KAJIAN DAN KUPASAN NOVEL PAPA FORM 4 ( twitter BM )

31
TEMA DAN PERSOALAN Tema novel ini ialah pengorbanan seorang suami menghadapi isterinya yang koma , contohnya Intan Muliana koma setelah melahirkan dua orang anak; Ahmad dan Muhammad yang kembar siam dan suaminya tetap setia menjaganya sehinggalah Intan Muliana menghembuskan nafas yang terakhir. PERSOALAN Persoalan daripada novel ini ialah sikap simpati sesama rakan setugas , contohnya rakan Intan Muliana dan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang baru dilahirkan; Ahmad dan Muhammad, sebelum bayi itu dikebumikan. Selain

description

tema persoalan watak perwatakan teknik plot plot latar masyarakat latar masa latar tempat nilai pengajaran gaya bahasa

Transcript of KAJIAN DAN KUPASAN NOVEL PAPA FORM 4 ( twitter BM )

TEMA DAN PERSOALAN

Tema novel ini ialah pengorbanan seorang suami menghadapi isterinya yang koma, contohnya Intan Muliana koma setelah melahirkan dua orang anak; Ahmad dan Muhammad yang kembar siam dan suaminya tetap setia menjaganya sehinggalah Intan Muliana menghembuskan nafas yang terakhir.

PERSOALAN

Persoalan daripada novel ini ialah sikap simpati sesama rakan setugas, contohnya rakan Intan Muliana dan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang baru dilahirkan; Ahmad dan Muhammad, sebelum bayi itu dikebumikan. Selain itu nasib anak mangsa zina. Contohnya Rasylan ketika masih bayi diletakkan di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Klang, sehinggalah dia diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Selanjutnya persahabatan tanpa mengira keturunan, contohnya walaupun Julia

mengetahui Rasylan anak luar nikah tetapi yang dilihat ialah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya untuk dia terus berkawan dengan remaja itu. Akhir sekali menumpang kasih di rumah sepupu, contohnya Mak Cik Noraini pernah memiliki keluarga yang bahagia, tetapi menjelang har raya kira2 17 tahun yang lalu, kereta yang dipandu oleh suaminya terlibat dalam kemalangan menyebabkan suami dan kedua-dua orang anaknya terkorban lalu berteduh di rumah Jeffri dengan menjadi pembantu rumah keluarga tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Aku/Ju/Intan JuliaAnak kepada Juffri dan Intan Muliana. Ketika Julia berusia sebulan, tubuhnya sebesar anak kucing. Julia asyik menangis kerana kelaparan. Seorang doktor perempuan memerah susu mamanya yang dalam keadaan pengsan untuk diiberikan kepada Julia. Berketinggian 160sm. Di sekolah Julia dapat merasakan rakan2 cemburu terhadapnya kerana dia sering menjadi contoh atas kecemerlangannya dalam pelajaran. Dia berasa kehilangan apabila mamanya

dalam keadaan koma. Lulus dgn cemerlang dlm SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi UIA. Dia berkawan dengan Rasylan. Pada mulanya Julia menolak apabila papanya mahu kahwin lagi, tetapi akhirnya menerima kenyataan bahawa papanya berasa sunyi apabila hidup tanpa teman.

2. Papa/Jeffri Bertubuh tegap, bertinggian 175sm. Lulusan universiti luar negara. Bertugas sebagai Pensyarah Ekonomi di Kolej Iktisas. Dalam bab lain dikatakan sebagai pensyarah bidang sejarah di IPTA. Pernah bertugas sebagai guru di sekolah yang sama dengan isterinya, Sekolah Seri Gading dan di situlah cinta mereka mula berputik. Dikatakan Jeffri pernah putus cinta ketika belajar di universiti. Dikatakan juga pernah jatuh hati dengan seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Desa, Bidor. Ketika muda berbakat dalam permainan tenis. Kasihnya terhadap isterinya yang koma tidak pernah berkurangan. Berkahwin lagi dengan bekas pelajarnya, Aisyah kerana hidupnya sunyi.

3. Mama/Intan MulianaIsteri kepada Jeffri. Bertugas sebagai guru di Sekolah Seri Gading. Disebabkan kasih akan suaminya, die menurut kata suaminya agar mengandung lagi. Dia koma lebih tiga tahun setelah melahirkan anak yang diberi nama Ahmad dan Muhammad. Setelah sedar daripada koma, dia terkejut apabila mlihat suaminya sudah berkahwin lagi, kemudian dia menghembuskan nafasnya yang terakhir

4. Mak Cik NorainiSepupu kepada majikannya, Jeffri. Dia pernah memilik keluarga yang bahagia, tetepi menjelang hari raya kira2 17 tahun yang lalu, kereta yang dipandu leh suaminya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Bidor terlibat dalam kemalangan. Suami dan kedua-dua orang anaknya terkorban. Papa membawa Mak Cik Noraini tinggal bersama-samanya, jauh dari Johor Bahru agar dapat melupakan tragedi buruk itu. Dia menganggap keluarga Jeffri seperti keluarganya sendiri.

5. RasylanMenurut Encik Muaz al-Khalibi, Rasylan lahir akibat sikapnya yang tidak dapat mengawal nafsu, lalu membuat perbuatan terkutuk dengan pengemas biliknya. Apabila Muaz tamat belajar, dia meninggalkan perempuan Indonesia yang mengandung itu. Apabila Rasylan dilahirkan, dia diletakkan di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Klang, sehinggalah die diselamatkan orang lalu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakats ebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Rasylan tinggal bersama keluarga angkatnya di Taman Seri Andalas. SEorang yang pintar dalam pelajaran dan berharap persahabatannya bersama Julia akan berakhir dengan perkahwinan.

6. AisyahBekas pelajar Jeffri dan akhirnya berkahwin dengan pensyarahnya itu. Bersikap penyayang sehinggakan anak tirinya, Julia menyayanginya.

PLOT1. Permulaan

Julia minum petang bersama pembantu rumahnya, Mak Cik Noraini. Tidak lama kemudian, mamanya (Intan Muliana) dan papanya (Jeffri) masuk ke rumah. Papa mencadangkan mama masak untuk makan malam. Julia teringat kemesraan papa melayan mama apabila tangan mama terkena pisau. Mak Cik Noraini menceritakan sejarah pencintaan mama dan papa. Papa memberitahu yang mama mengandung. Mak Cik Noraini mengingatkan papa tentang masalah yang dihadapi oleh mama ketika melahirkan Julia. Mama menjelaskan, apa yang dilakukan kerana pengorbanan untuk suaminya yang menginginkan seoranga anak lagi.

2. Perkembangan

Ckg Suzie menumpang kereta mama kerana mahu ke pusat servis kereta. Dalam perjalanan, Ckg Suzie juga menegur sikap mama kerana mengandung lagi setelah 16 tahun tidak mengandung. Mama menolak hujah2 yang dikemukakan oleh Ckg Suzie dengan mengatakan Ckg Suzie tidak mengerti disebabkan belum berkahwin. Sudah lima bulan mama mengandung, Papa menasihati mama agar mematuhi pesanan doktor, terutama ketika makan ubat. Mak Cik Noraini terus menceritakan tentang keadaan Julia ketika baru dilahirkan. Papa membeli dua buah katil kerana mama dikatakan bakal melahirkan anak kembar. Jam 4.00 pagi, Julia dikejutkan dengan perkhabaran mamamahu bersalin. Mama dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras. Mama selamat melahirkan dua orang anak kembar tetapi bayi yang melekat dari kepala hingga bahagian punggung itu telah meninggal dunia. Manakala mama banyak kehilangan darah dan kini dlama keadaan koma. Bayi itu diberi nama Ahmad dan Muhammad. Rakan mama dan rakan papa mengunjungi jenazah sebelum dikebumikan.

3. PerumitanPapa mengambil alih tempat mama dengan menghantar dan menjemput Julia dari sekolah. Rasylan pelajar baharu sekolah ini mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Julia. Masing2 bertukar cerita. Julia berpeluang melihat gambar perkahwinan mama dan papa. Julia juga terbaca surat papa kepada mama pada awal perkahwinan mereka. Tahulah Julia betapa kasihnya papa terhadap mama. Di sekolah, Julia dapat merasakan rakan2 begitu cemburu terhadapnya kerana sering menjadi contoh atas kecemerlangannya dlam pelajaran. Di rumah pula, Julia berasa begitu sunyi sejak ketiadaan mama. Mak Cik Noraini mencadnagkan papa kahwin lagi, tetapi papa mash sanggup menanti kepulangan mama. Papa kemudian menanyakan kepada Julia tentang kertas peperiksaan yang dihadapi. Julia terkejut apabila papa membawa mama pulang ke rumah. Kata papa, biarpun mama masih koma, apabila mama di rumah, mudah untuk dijaga. Pada suatu hari Rasylan datang ek rumah Julia. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal bersama keluarga angkatnya di Taman Seri Andalas. Ayah angkatnya Datuk Mustakim telah mengambilnya dari

rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dia berusia 2 tahun. Menurut papa, kereta Datuk Mustakim telah melanggar ayah dan ibunya sehingga orang tuanya itu meninggal dunia. Sehingga kini Datuk Mustakim tidak berani bertemu dengan ahli keluarga papa. Papa tidak berkenan Julia terus berhubung dengan Rasylan kerana latar belakang hidupnya. Supaya pertengkaran dengan papa tidak berpanjangan, Julia berjanji mahu merenggangkan hubungannya dengan Rasylan. Keputusan SPM telah diumukan. Julia dan Rasylan memperoleh keputusan yang cemerlan. Ketika Julia mahu makan di Pizza Hut, dia ternampak papa makan bersama Aisyah. Ketika di rumah pula, Julia memberitahu papa tentang hasratnya melanjutkan pelajarannya di UIA dan tinggal di asrama.Papa menghantar Julia pada hari pendaftaran. Julia tinggal di Asrama Siti Khadijah, manakala Rasylan di Asrama Usman Affan. Mereka keluar bersama-sama ke kedai buku. Sekali lagi ternampak papa bersama Aisyah di Starbucks Coffee. Rasylan memberitahu bahawa Encik Muaz al-Khalibi menyuruhnya membuat DNA. Untuk kali ketiga,

di REstoran A&W, Julia terserempak papa dengan Aisyah sedang berbual. Hatinya berasa begitu kecewa.

4. KlimaksJulia terdegar perbualan Mak CIk Noraini dengan papa tentang hasrat papa mahu kahwin lagi. Kemudian, Julia memberitahu sudha tiga kali dia terserempak papa makan bersama Aisyah. Bagi Julia, papa mengkhianati mama kerana mahu berkahwin lagi. Disebabkan suara Julia begitu lantang dan papa tidak tidak dapat mengawal perasaan, papa menampar pipi Julia. Awal pagi esoknya Julia sudah mahu balik ke asrama dengan menaiki teksi. Kemudian, Rasylan menjelaskan dia sudah membuat ujian DNA dan darahnya dalam satu kelompok dengan darah Encik Muaz al-Khalibi. Dia tetap tidak menerima lelaki itu sebagai ayahnya. Bagi Julia, walau sesiapa pun ayah Rasylan, dia tetap menerima Rasylan. Beberapa hari kemudian, papa datang mahu bertemu Julia. Pada awalnya, Julia tidak mahu bertemu, tetapi setelah

menerima pujukan Rasylan, akhirnya dia menerima. Papa menjelaskan tujuan dia mahu berkahwin lagi supaya ada orang menjaganya, apatah lagi papa dalam keadaan tidk sihat. Memikirkan kebahagiaan papa, akhirnya Julia bersetuju rancangan papa itu.

5. PeleraianPada suatu petang, Julia menerima ajakan papa untuk diperkenalkan kepada calon isterinya, Aisyah. Pada hari pernikahan, Julia tidak ikut serta dengan alasan mahu menjaga mama. Julia dalam keadaan demam. Selama tiga hari Julia terlantar di hospital. Dr. Razif menasihati Julia agar bertenang dan menerima segala-galayang berlaku dengan hati yang terbuka. Pada suatu malam Aisyah masuk ke bilik mama. Papa menegur Aisyah kerana masuk ke bilik mama tanpa berteman. Bagi papa, isteri keduanya itu perlu berteman ketika bertemu madunya untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Papa menegur mama yang masih koma. Tiba2, mama membuka mata dan mulut. Mama menggerakkan tangan dan jejarinya. Bibirnya terkumat-kamit mahu

menyatakan sesuatu. Mama memandang Aisyah. Papa menceritakan kedudukan Aisyah dalam hidupnya. Tiba-tiba, dada mama bergoncang dengan kencang. Julia membisikkan ke telinga mama dua kalimah syahadat. Mama begitu payah mahu mengucap, namun akhirnya dia berjaya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Papa membetulkan tangan mama seperti orang mahu bersolat. Akhirnya, papa menangis kesedihan menghadapi situasi seperti itu.

GAYA BAHASAGaya bahas amat penting dalam sesebuah karya kreatif. Pengarang akan menggunkaan kehebatan berbahasa sebaik mungkin untuk menambat hati pembaca agar berterusan membaca novel. Kadang2 cerita yang dipaparkan biasa sahaja, tetapi disebabkan gaya bahasa yang digunakan menarik, makan pembaca terpikat untuk berterusan membaca.

1. Peribahasa

Banyak peribahasa terdapat dalm novel ini, antaranya “macam belangkas” (m/s 5) “ditelan mati emak dan kalau diluahkan pulak, mati bapak” (m/s 23), “kerbau ditarik hidungnya” (m/s 105) dan “bagai menatang minyak yang penuh” (m/s 176)

2. Bahasa InggerisDisebabkan latar masyarakat yang digambarkan merupakan masyarakat yang elit yang tinggal di bandar, terdapat beberapa ungkapan Inggeris untuk menggambarkan realiti percakapan seharian. Antaranya simple, bodyguard, cheesecake, junior, I, you dan tackle.

TEKNIK PENCERITAAN1. Teknik Pemerian

Dalam sesebuah novel teknik pemerian memang sering digunakan oleh pengarang. Teknik ini amat mudah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran, ataupun pendirian watak dalam membincangkan

sesuatu isu. Sebagai contoh, pada halaman 135, pengarang menggambarkan Julia tahu pada waktu sekarang Rasylan perlukan seseorang tempat mengadu cerita dan sekai gus tempat hendak bermanja. Walaupun keadaan terlalu berbeza namun naluri mereka perlukan sesuatu yang serupa

2. Teknik DialogTeknik ini digunakan untuk melahirkan pendapat watak tentang sesuatu isu. Kebiasaannya hanya hal yang penting sahaja dinyatakan dlam bentuk dialog. Sebagai contoh, pada halaman 173 hingga 174, gambarkan papa meluahkan perasaannya yang dia memerlukan seseorang kawan untuk mengingatkan papa tarikh pertemuan dengan doktor dan seumpamanya. Papa menjelaskan hal ini kerana dirinya sudah tua dan tidak larat lagi.

3. Teknik Imbas KembaliTeknik ini digunakan untuk mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang dialami oleh watak. Melalui teknik ini, pembaca akan mendapat gambaran

sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan watak terganggu. Sebagai contoh, pada halaman 26, Julia teringat kata mamanya dahulu bahawa papa sering menjadi rebutan dan kerlingan manja gadis2 yang sebaya dengannya. Sering kali juga mama merajuk disebabkan gadis2 yang tidak segan2 menegur papa. Papa dengan sifat pemalunya yang menebal di dalam diri juga sering serba-salah kerana sering terjerat dengan perasaan diri.

4. Teknik monologTeknik monolog digunakan untuk menggambarkan watak sedang berkata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira atau duka. Oleh sebab novel ini menggunakan ganti nama pertama “aku”, banyaklah monolog yang dilakukan oleh watak utama. Monolog juga dapat dilihat menerusi watak lain. Sebagai contoh, pada halaman 195, Jeffri melahirkan rasa gembira kepada Julia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM, lalu diluahkan rasa gembira itu di hadapan isterinya yang koma. Dikatakan

Julia memperoleh keputusan yang baik, mahu memohon masuk ke matrikulasi di UIA, mengambil kursus ekonomi dan mengharapkan agar dapat menjadi seorang pakar ekonomi yang disegani dan dihormati.

LATAR1. Latar masyarakat

Terdapat latar masyarakat dalam novel ini antaranya masyarakat yang sanggup berkorban kerana kasih terhadap isteri, contonye Intan Muliana koma setelah melahirkan dua orang anak; Ahmad dan Muhammad yang kembar siam dan suaminya tetap setia menjaganya sehinggalah Intan Muliana menghembuskan nafas yang terakhir. Seterusnya masyarakat yang mudah bersimpati terhadap rakan setugas, contohya rakan Intan Muliana dan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang baru dilahirkan; Ahmad dan Muhammad, sebelum bayi itu dikebumikan. Selain itu masyarakat yang bersikap zalim

terhadap bayi walaupun hasil perbuatan zina yang dilakukan, contohnya Rasylan ketika masih bayi diletakkan oleh ibunya di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Klang, sehinggalah dia diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatn Kebajikan Masyarkat sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Akhir sekali masyarakat yang menjalinkan perhubungan tanpa mengira keturunan, contohnya walaupun Julia mengetahui Rasylan anak luar nikah tetapi yang dilihat ialah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya untuk dia terus berkawan dengan remaja itu.

2. Latar tempat.Latar tempat dalam novel ini ialah adalah di dalam rumah., contohnya Julia bersama keluarganya; papa, mama dan Mak Cik Noraini dan seterusnya ketika mamanya diletakkan di dalam bilik lebih tiga tahun ketika tidak sedarkan diri. Seterusnya di Kolej Matrikulasi UIA, contohya tempat Julia dan Rasylan belajar setelah memperoleh keputusan yang

cemerlang dalam SPM. Akhir sekali di padang tenis, contohnya di tempat itu Julia bermain tenis bersama papanya, kemudian dengan Aisyah.

3. Latar masaLatar masa dalam novel ini mengambil masa lebih tiga tahun, contohnya jika dikira dari sejak Julia berada di tingkatan 4 hinggalah Julia berada di UIA barulah mamanya meninggal dunia. Selain itu pada wkatu petang, contohnya ketika Julia bermain tenis bersama papanya, kemudian dengan Aisyah. Akhir sekali pada waktu malam, contohnya selepas solat MAghrib, Jeffri banyak menghabiskan masa dengan berdialog dengan isterinya yang masih koma.

NILAI MURNIantara nilai murni dalam novel ini ialah baik hati, contohnya keluarga

Jeffri menerima Mak Cik Noraini yang menghadapi tekanan jiwa akibat suami dan 2 orang anaknya meninggal dunia dengan menjadikan perempuan itu sebagai pembantu rumahnya. Seterusnya berdikari, contohnya Julia tinggal di asrama tempatnya belajar di Matrikulas UIA kerana keinginan hidup berdikari tanpa menyusahkan orang tuanya. Selain itu kasih sayang, contohnya Jeffri tetap menyayangi isterinya walaupun isterinya itu dalam keadaan koma dan dia menjaga isterinya itu lebih tiga tahun sehinggalah isterinya itu meninggal dunia. Di samping itu semangat bermasyarakat, contohnya rakan Intan Muliana dan rakan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang baru dilahirkan; Ahmad dan Muhammad, sebelum ayi itu dikebumikan. Akhir sekali hormat-menghormati, contohnya walaupun Julia mengetahui Rasylan anak luar nikah tetapi die tetap menghormati remaja itu kerana yang dilihat ialah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya.

PENGAJARANAntara pengajaran daripada novel ini ialah seorang suami perlu bertanggungjawab menjaga isterinya dalam keadan susah dan senang, contohnya Intan Muliana koma setelah melahirkan dua orang anak ; Ahmad dan Muhammad yang kembar siam dna suaminya tetap setia menjaganya sehinggalah Intan Muliana menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seterusnya kita hendaklah bersimpati terhadap nasib malang rakan setugas, contohnya rakan Intan Mulian dan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang dilahirkan;Ahmad dan Muhammad, sebelum bayi itu dikebumikan. Selain itu janganlah kita menambah dosa terhadap perbuatan yang pernah kita lakukan, contohnya sikap ibu Rasylan yang meletakkan Rasylan ketika masih bayi di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Klang untuk menutup malu akibat perbuatannya berzina janganlah kita ikuti. Akhir sekali dalam bersahabat kita perlu melihat akhlak, bukannya latar belakang, contohnya Julia walaupun mengetahui Rasylan anak luar nikah tetapi

yang dilihat ialah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya untuk berterusan berkawan dengan remaja itu.