Kajian Fabrik

55
PENGENALAN Kajian Fabrik Gentian dapat dikelaskan kepada: Gentian asli Gentian buatan Gentian Asli Gentian asli berasal daripada sumber semulajadi. Contohnya adalah daripada gentian tumbuhan dan gentian haiwan. i) Gentian tumbuhan: Gentian tumbuhan untuk fabrik adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80 peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa adalah padat dan teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan. Kapas Pokok kapas banyak ditanam di India, Amerika Syarikat, Russia, China dan Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehingga sebesar telur ayam; terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur

Transcript of Kajian Fabrik

Page 1: Kajian Fabrik

PENGENALAN

Kajian Fabrik

Gentian dapat dikelaskan kepada:

Gentian asli

Gentian buatan

Gentian AsliGentian asli berasal daripada sumber semulajadi. Contohnya adalah daripada gentian

tumbuhan dan gentian haiwan.

 

i) Gentian tumbuhan:

  Gentian tumbuhan untuk fabrik adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80

peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian

tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi unsur karbon,

hidrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa adalah padat dan teratur. Susunan ini

memberikan kekuatan pada batang tumbuhan.

Kapas

  Pokok kapas banyak ditanam di India, Amerika Syarikat, Russia, China dan Mesir. Tinggi

pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya

berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur

meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehingga sebesar telur ayam;

terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas

matang. Setiap pokok yang akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap

buah pula mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas.

Pokok kapas Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis:

Kapas Sea Island 

Kapas Mesir  

Kapas Amerika 

Kapas India 

Page 2: Kajian Fabrik

- Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabrik

yang ringan seperti Batiste.

- Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel

kelengkapan rumah tangga dan industri.

- Kapas India digunakan untuk menhasilkan fabrik berkualiti rendah.

Contoh Fabrik dari Gentian Kapas

1. Fabrik tebal

Denim Drill Terry

2. Fabrik Sedehana

Belacu Gingham Poplin

Page 3: Kajian Fabrik

3. Fabrik Nipis

Muslin Lawn Voile

Linen

Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Fleks ditanam di Russia, Poland, Perancis, dan

Romania. Tinggi pokok fleks lebih kurang satu meter. Daunnya kecil dan tirus, bunganya biru

atau putih dan berbatang kecil. Gentian yang baik didapati semasa pokok berbunga atau ketika

batangnya berwarna hijau. Gentian fleks menghasilkan yan dan tow.

Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, dan berkilat. Yan urai digunakan

untuk membuat fabrik batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga dan

pakaian. Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut dan terasa panas

apabila dipegang. Tow digunakan untuk membuat pakaian, cadar, dan tuala.

Pokok Fleks

Page 4: Kajian Fabrik

Contoh Fabrik Linen

Damask Linen Berat Linen Jarang

Gentian Benang Sayat Dihasilkan daripada bulu haiwan, contohnya kambing biri-biri. Kualiti gentian bergantung

kepada baka kambing, iklim dan kaedah penternakan.

Baka Mohair Baka Angora

Contoh Fabrik Benang Sayat

Tweed Twill Jersy

Page 5: Kajian Fabrik

Gentian Sutera

  Dalam jangkamasa tiga hingga tujuh hari ,telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan

diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak

empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun.

Ulat Sutera

Contoh Fabrik Sutera

Satin Jacquard Crepe De Chine

Page 6: Kajian Fabrik

Ciri gentian asli sumber tumbuhan ialah :-

(a)    Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah

(b)   Mudah menyerap lembapan

(c)    Selesa dipakai

(d)   Pengalir haba yang baik

(e)   Tidak kenyal dan mudah renyuk

(f)     Tahan pada suhu tinggi dan sinaran matahari

(g)    Tahan pada asid lemah dan alkali

Ciri gentian asli sumber haiwan ialah :-

(a)    Kukuh tetapi lemah apabila basah

(b)   Daya penyerapan baik

(c)    Selesa dipakai kerana lembut

(d)   Pengalir haba yang baik

(e)   Tidak mudah renyuk

(f)     Rosak pada suhu tinggi dan alkali

Page 7: Kajian Fabrik

Gentian Buatan

(a)    Selulosa terjana semula

Selulosa + alkali + soda kaustik ( viskos )

Selulosa + asid asetik ( asetat )

Selulosa + asetik anhidrida + metilena klorida ( triasetat )

(b)   Sintetik

Petroleum + etilena ( poliester )

Arang batu + udara + air ( poliamida )

Petroleum + ammonia + air ( akrilik )

1. Ciri gentian buatan ialah :-

(a)    Kukuh tetapi lemah apabila basah

(b)   Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik

(c)   Tidak selesa dipakai

(d)   Penebat haba yang baik

(e)   Kenyal dan tidak mudah renyuk

(f)    Suhu sederhana

(g)   Tahan pada cahaya matahari

(h)   Tahan pada asid

Page 8: Kajian Fabrik

CIRI-CIRI FABRIK KAPAS

Ciri Fabrik Kapas

Ketahanan terhadap suhu

• suhu yang panas• cahaya matahari

Kekonduksianhaba

• pengalir haba yangbaik

Ketahanan terhadap bahan kimia

• tahan asid dan alkali

Ketahanan terhadap mikroorganisma• Mudah bertahi lalat

Keselesaan• Selesa dipakai• Kandunan lembapan 7%• Daya penyerapan 21%

Kekenyalan• Mudah renyuk

• Mengecut semasa cucian pertama

Penyerapan lembapan• Mudah menyerap

lembapan• Bersifat hidrofilik

• Tiada cas elektrostatik

Keteguhan• teguh semasa

kering atau basah

Page 9: Kajian Fabrik

UJIAN DAN KEPUTUSAN PEMBAKARAN FABRIK 

Kapas/ Linen

Mudah terbakar

Nyalaan api berwarna kuning dan terang

Baunya seperti kertas terbakar.

Hasil pembakaran ialah ringan dan berwarna kelabu.

Sutera/ Benang sayat

Terbakar secara perlahan

Apabila dibakar fabrik ini tidak menyala tetapi hanya berasap

Mengeluarkan bau seperti rambut terbakar.

Hasil pembakarannya seperti manik hitam yang bolehdihancurkan.

Poliester

Mencair dan mengecut

Nyalaan api berwarna kuning

Menghasilkan bau yang harum.

Hasil pembakaran, butir hitam yang keras.

Nilon

Mudah terbakar, mencair dan mengecut menjadi manik-manik putih yang keras dan

susah dipecahkan. Kurang menyala

Apabila dibakar menghasilkan bau seperti daun saderi.

Page 10: Kajian Fabrik

1. Perbezaan antara gentian asli dan gentian buatan :-

GENTIAN ASLI GENTIAN BUATAN

Gentian diperoleh mengikut musim

Kualiti berubah mengikut cuaca,

nutrien dan serangga atau penyakit.

Ciri fizikal bergantung pada

pertumbuhan semulajadi tumbuhan atau

haiwan

Gentian mempunyai kuasa menyerap

lembapan yang baik

Tahan pada suhu yang tinggi

Ketidakseragaman hasil keluaran

 Pengeluaran yang berterusan

Kualiti terkawal

Ciri fizikal bergantung pada proses

permintalan dan kemasan yang

diberikan.

Kebanyakkan gentian mempunyai daya

penyerapan lembapan yang rendah

kecuali viskos.

Tahan pada suhu sederhana.

Hasil keluaran adalah seragam.

Page 11: Kajian Fabrik

PROSES JAHITAN

Proses menjahit terdiri daripada urutan langkah-langkah yang digunakan dalam pembinaan

pakaian. Antaranya lalah;

i. Kelim

ii. Belah

iii. Kancing

iv. Penghilangan gelembung

v. Penyudah tepi

vi. Lengan

vii. Garis leher

1) KELIM

Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik  bagi mendapatkan

bentuk pakaian atau artikel.

Jenis Kelim

a.Kelim Belah Kangkung

b.Kelim Betawi

c.Kelim papan mesin

d.Kelim papan tangan

e.Kelim lipat tindih

Page 12: Kajian Fabrik

a) Kelim Belah Kangkung

Cantuman dua keping fabrik yang dijahit dengan sebaris mata jahitan.Kelim ini mudah

dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk

pakaian, artikel dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5

cm.

Ciri kelim belah kangkung

-Lebar kedua-dua basi kelim sama.

-Kelim rata dan terbuka.

-Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

-Tidak beralur di sebelah luar.

Kelim belah kangkung boleh dikemaskan dengan :

i) Dijahit lilitubi

ii) Dijahit insang pari

iii) Digunting tepinya bentuk pucuk rebung

iv) Dijahit mesin

v) Diapit atau kun

vi) Menggunakan kedua-dua tepi kain.

Page 13: Kajian Fabrik

Jahitan Belah Kangkung

KELIM BELAH

KANGKUNG

DENGAN JAHIT

LILITUBI

Page 14: Kajian Fabrik

KELIM BELAH KANGKUNG DENGAN JAHIT INSANG PARI

Page 15: Kajian Fabrik

KELIM BELAH KANGKUNG DENGAN JAHIT MESIN

Page 16: Kajian Fabrik

KELIM BELAH

KANGKUNG DENGAN MENGGUN

TING BENTUK PUCUK

REBUNG

Page 17: Kajian Fabrik

B) Kelim Betawi

Mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada abric nipis kerana kelim ini kukuh.

Ciri kelim betawi

- Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.

- Kelim tidak beralur di jahitan pertama.

- Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.

- Kelim tidak bergulung.

- Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

Cara Menjahit Kelim Betawi

* Temukan kedua-dua belah dalam kain.

* Semat dan jelujur di garisan pemadan.

* Cabut peniti-peniti.

* Mesin 0.3-0.4 cm ke atas dari garisan pemadan.

* Cabut jelujur.

* Gunting tepinya kurang daripada 0.3-0.4 cm.

* Tekankan kelim dengan hujung seterika dengan cermat untuk mengelakkan alur-alur.

* Temukan sebelah luar kain dan elakkan daripada terjadinya alur-alur pada kelim.

* Jelujur 0.3-0.4 cm dari jahitan mesin yang pertama.

* Mesin di sepanjang garisan pemadan.

* Cabut jelujur dan tekan kelim dengan cermat.

Page 18: Kajian Fabrik

Langkah Menjahit kelim Betawi

LANGKAH 1 LANGKAH 3

LANGKAH 2 LANGKAH 4

Page 19: Kajian Fabrik

KELIM BETAWI

Page 20: Kajian Fabrik

C) Kelim Papan Mesin

- Kelim papan mesin ialah kelim berjahit dua kali yang boleh dibuat di sebelah luar pakaian atau di sebelah dalam pakaian.

- Kelim ini rata, kukuh dan sesuai untuk fabrik nipis dan tebal. - Lebar kelim yang siap biasanya berukuran 4mm hingga 6 mm.

- Ia digunakan untuk membuat pakaian dalam, kemeja, blaus kemeja, pijama, seluar, pakaian kerja, jean dan pada fabrik bercorak..

Kebaikannya:1. Kukuh kerana terdapat dua baris jahitan.

2. Kemas kerana semua tepi fabrik tidak kelihatan.

3. Rata.

4. Mudah dicuci/didobi.

Keburukannya:1. Tebal dan berat bila digunakan pada fabrik tebal.

2. Dua baris jahitan mesin kelihatan di sebelah luar pakaian jika kelim ini dibuat

dari sebelah luar.

Cara Membuat Kelim Papan Mesin

Temukan kedua-dua keeping kain dengan sebelah dalam berhadapan. Semat,

jelujur dan mesin di garisan pemadan.

Cabutkan jelujur dan guntingkan basi kelim bahagian hadapan 0.9cm dan basi

kelim di bahagian belakang 0.4cm lebar.

Lipatkan basi kelim bahagian hadapan ke atas basi kelim bahagian belakang

dan jelujur.

Tekankan kelim supaya tepi yang berlipat menghala ke belakang pakaian.

Page 21: Kajian Fabrik

Semat dan jelujur.

Mesin rapat dengan tepi yang berlipat. Cabut jelujur dan tekan dengan kemas.

Kelepet kelim itu dilipat dan dijahit hala ke bahagian belakang pakaian.

KELIM PAPAN MESIN

Page 22: Kajian Fabrik

d) Kelim Papan Tangan

- Kelim papan tangan ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia dijahit tangan dengan menggunakan

jahit sembat.

- Jikalau disudahkan di sebelah luar, terdapat dua baris jahit sembat di sebelah luar tetapi jika

disiapkan di sebelah dalam terdapat satu baris jahit di sebelah luar sahaja.

- kelim ini digunakan hanya untuk pakaian dalam dan pakaian tidur jika tidak ada mesin jahit.

Kebaikan

Kelim ini kukuh sebab ada dua barisan jahitan.

Merupakan kelim yang kemas kerana tepi-tepinya yang berbulu disembunyi di dalam

kelepet.

Kelim yang rata.

Keburukan

Masa menjahitnya terlalu lama.

Cara Membuat

- Cara membuat kelim ini sama dengan kelim papan mesin.

- Perbezaan antara kelim papan mesin dan kelim papan tangan ialah :

* Jelujur halus digunakan untuk menyambung kepingan kain.

* Jahit sembat digunakan untuk menetapkan kelim itu rata pada pakaian.

Page 23: Kajian Fabrik

KELIM

PAPAN TANGA

N

Page 24: Kajian Fabrik

e) Kelim Lipat Tindih

- Kelim ini berguna untuk stail dan perhiasan pakaian.

- Dijahit pada sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain.

- Kelim ini kukuh kerana dijahit pada tiga lapis kain.

- Digunakan untuk mencantumkan panel-panel pada baju dan skirt, dan memasang bahu

mendatang serta ben-ben pada pakaian.

Cara membuat Kelim Lipat Tindih

Lipatkan basi kelim kepada sebelah luar sepanjang garisan pemadan bahagian atas.

Semat dan jelujur basi kelim.

Snip basi lipatan di tepi-tepi yang melengkung.

Sediakan bahagian sebelah bawah jika ia bergelembung. Tekan lisu-lisu.

Letakkan sebelah dalam bahagian atas kepada sebelah kanan bahagian bawah dengan

lipatan bahagian atas terletak tepat di garisan pemadan bahagian bawah.

Semat dan jelujur. Mesin berhampiran dengan lipatan di sebelah kanan.

Cabut jelujur dan kemaskan belakangnya.

Page 25: Kajian Fabrik

KELIM LIPAT TINDIH

Page 26: Kajian Fabrik

2) BELAH

- Belah ialah satu proses jahitan pada pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan ditanggalkan.

- Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lengan, dan di rusuk dengan mengikut fesyen pakaian.

- Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan mengadakannya.

Jenis-jenis Belah

i. Belah kelepet sama lebarii. Belah slit berlapikiii. Belah lapik kain selariiv. Belah berkunv. Belah berplaket

i. Belah slit berlapik

* Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di hujung lengan.

Ciri belah slit berlapik

Garis belah rata. Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut. Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar. Tidak ada alur di cantuman.

ii. Belah berzip

*Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat diperoleh dalam pelbagai

jenis, saiz, dan warna.

*Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan:

Jenis fabrik Warna Kedudukan

Page 27: Kajian Fabrik

*Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik.

Ciri belah berzip

Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang. Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran tujuh mm hingga sepuluh mm. Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan. Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya. Kelim tidak berkedut. Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut.

JENIS-JENIS BELAH

Page 28: Kajian Fabrik

BELAH

Page 29: Kajian Fabrik

3.KANCING

* Kancing ialah alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel, bagi mengekalkan bentuknya dan

selesa semasa dipakai.

*Semua kancing perlu dijahit kukuh pada pakaian atau artikel.

*Kancing boleh berfungsi sebagai perhiasan pakaian.

*Pemilihan kancing bergantung kepada fesyen pakaian dan kesesuaian fabrik.

Jenis-jenis Kancing

Butang Katup

Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang

BELAH

Page 30: Kajian Fabrik

Butang dan lubang butang

Butang dan gelungan fabrik ( rulo )

Riben

Velkro ( pita nilon )

Zip

Butang Katup

- Merupakan sejenis kancing yang kurang kekukuhannya jika dibandingkan denagn cangkuk dan palang.

- Saiz dagangan butang katup yang paling kecil ialah ‘0’ dan yang paling besar ialah ‘ 04’ , dengan

pelbagai warna.

- Butang katup terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet.

Cangkuk dan Palang

- Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing yang kukuh dan sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang

atau tali pinggang.

- Apabila menjahit cangkuk dan palang, tentukan kedudukannya sama paras, mata jahitannya kemas

dan kukuh, serta kancing tidak kelihatan dari sebelah luar.

BUTANG

Page 31: Kajian Fabrik

BUTANG

BUTANG

Page 32: Kajian Fabrik

4.PENGHILANGAN GELEMBUNG

* Menghilangkan gelembung ialah mengurangkan atau menghilangkan kain berlebihan supaya

pakaian padan dengan si pemakai.

* Digunakan juga untuk tujuan-tujuan perhiasan, memberi bentuk kepada pakaian dan

menyenangkan seseorang bergerak.

Cara-cara Menghilangkan Gelembung

Lisu pemadan

Kedut lepas

Lisu-lisu

BUTANG

Page 33: Kajian Fabrik

Lisu Pemadan

* Lisu pemadan ialah sekeping kain berbentuk V yang dibuat pada pakaian untuk membentuk

pakaian.

* Ia digunakan untuk menghilangkan gelembung

* Lisu-lisu pemadan digunakan pada pinggang, lubang lengan, siku lengan, dada dan bahu-

bahu blaus, baju, seluar pendek dan seluar panjang.

* Hujung lisu menirus kepada bahagian lebar bentuk badan.

* Lisu pemadan dibuat di sebelah dalam kain dan ditekan supaya ia tidak kelihatan begitu

terang.

Kedut Lepas

* Kedut-kedut ialah satu cara menghilangkan gelembung yang biasa digunakan pada pakaian

kanak-kanak dan pakaian untuk gadis-gadis yang tinggi lampai.

* Kedut lepas terletak dengan elok jika dibuat pada kain nipis.

Lisu-lisu

* Lisu ialah lipatan yang dibuat pada kain mengikut benang longsin tetapi lebarnya tidak

ditetapkan.

* Lisu-lisu digunakan untuk menghilangkan gelembung di suatu tempat dan memberi

gelembung di tempat lain.

* Lisu memerlukan kira-kira tiga kali ganda kain mengikut ukuran siapnya.

Jenis-jenis Lisu

Lisu Beriring

Lisu Bertentang

BUTANG

Page 34: Kajian Fabrik

Lisu Terbalik

Lisu Beriring

* Lisu beriring mempunyai lipatan-lipatan kain yang dilipatkan ke satu hala.

* Lisu beriring boleh dikumpulkan mengikut stail masing-masing

* Lisu ini boleh ditekan atau dibiarkan begitu sahaja. Sebahagiannya boleh juga dimesin untuk

menetapkan kedudukannya.

Lisu bertentang

* Lisu ini dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak membelakang antara satu

dengan lain.

* Lipatan-lipatan lisu hendaklah bertemu di sebelah dalam kain.

Lisu Terbalik

* Lisu terbalik dibuat dengan melipat dua lisu beriring bertemu di sebelah luar.

JENIS-JENIS LISU

Page 35: Kajian Fabrik

LISU

PEMA

Page 36: Kajian Fabrik

LISU

PEMA

LISU

BERIRING

Page 37: Kajian Fabrik

LISU

BERIRING

LISU

BERTENTANG

Page 38: Kajian Fabrik

LISU

TERBALIK

Page 39: Kajian Fabrik

5.PENYUDAH TEPI

- Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel.

- Tujuan penyudah tepi ialah untuk:

* Mengukuh

* Mengemas

Page 40: Kajian Fabrik

*Menghias

- Jenis penyudah tepi

i.Kelepet

- Kelepet lurus

- Kelepet berganda

- Kelepet berbentuk

ii.Penjuru

- Penjuru jahit tindih

- Penjuru temu sudut

iii.Lapik

- Lapik lurus

- Lapik berbentuk

iv.Kun

v.Ropol

vi. Renda

vii.Kuf / manset

viii.Jahitan sulaman hiasan

iii)Lapik Berbentuk

- Penyudah tepi pada pakaian atau artikel yang boleh disiapkan di sebelah luar atau sebelah dalam.

- Lapik berbentuk digunakan untuk melapik atau mengemaskan garis leher, lubang lengan, dan pinggang

skirt atau slek. Penyudah tepi pada garis leher boleh dibuat dalam bentuk bulat, empat segi, ‘V’, dan

‘U’.

Page 41: Kajian Fabrik

- Untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu, lapik dalam yang nipis digunakan dengan

melekatkannya ke lapik berbentuk.

Ciri-ciri Lapik Berbentuk

Lapik terletak rata. Lapisan bawah pakaian atau artikel tidak kelihatan. Cantuman lapik tidak berkedut. Cantuman tidak beralur. Lapik tidak menggelembung. Ira lapik sama dengan ira pakaian atau artikel.

Kun

- Kun adalah satu cara untuk mengemaskan tepi pakaian atau artikel. Kun boleh juga dijadikan hiasan.

- Kun dibuat dengan menggunakan pita jalur serong tepat daripada fabric yang sama dengan pakaian

atau pita serong dagangan.

- Lebar pita yang diperlukan ialah empat kali ganda daripada lebar kun yang siap.

Ciri-ciri Kun

Ukuran kun sama lebar keseluruhannya. Kun terletak sama rata pada fabrik. Kun tidak berpintal. Cantuman kun tidak berkedut.

JENIS-JENIS

PENYUDAH TEPI

Page 42: Kajian Fabrik
Page 43: Kajian Fabrik

KELEPET LURUS

Page 44: Kajian Fabrik

6.LENGAN

- Lengan adalah sebahagian daripada baju. Terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana mengikut fesyen.

Page 45: Kajian Fabrik

Jenis Lengan

Lengan padanan rata Lengan gelembung Lengan Bishop Lengan Raglan Lengan Magyar Lengan Kimono

Lengan Padanan Rata

- Lengan padanan rata atau lengan biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian tubuh. Panjang

lengan adalah berdasarkan fesyen yang dipilih. Hujung lengan boleh disiapkan denagn kelepet , lapik

atau kun.

Ciri-ciri Lengan Padanan Rata

- Garis tengah lengan bertemu di garis bahu.

- Kelim lengan bertemu di kelim rusuk baju.

- Lengan yang baik tergantung dengan elok.

- Basi kelim lubang lengan dikemaskan.

- Cantuman lengan tidak berkedut.

Contoh Jahitan Lengan Padanan Rata

LENGAN

PADAN

Page 46: Kajian Fabrik

7.KOLAR

-Kolar ialah bahagian tambahan pada baju di garis leher.

LENGAN

PADAN

Page 47: Kajian Fabrik

Jenis Kolar

Kolar Rata Kolar Gulung Kolar Tegak/Lurus

-Kolar berfungsi untuk:

* Mengawal suhu badan.

* Melindungi kecacatan di bahagian leher.

* Mengekalkan ciri kolar pada pakaian tradisional.

Ciri Kolar

Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric. Permukaan kolar rata. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang. Kedua-dua hujung kolar sama lebar. Kolar bawah tidak kelihatan di tepi kolar. Cantuman kelim kolar tidak beralur.

Contoh Kolar Lurus