KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

21
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 Tema PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA Tajuk Kajian PETEMPATAN DI KAWASAN TAMAN CENGAL UTAMA,SEREMBAN ,NEGERI SEMBILAN DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI TOKYO, JEPUN Nama Calon : Mohd Nadzmi B Abd Mustaffa Tingkatan : 2 Al Khawarizmi No. K/P : 950823-05-5571

Transcript of KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Page 1: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATANPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

Tema

PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

Tajuk Kajian

PETEMPATAN DI KAWASAN

TAMAN CENGAL UTAMA,SEREMBAN ,NEGERI SEMBILAN

DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN

DI TOKYO, JEPUN

Nama Calon : Mohd Nadzmi B Abd Mustaffa

Tingkatan : 2 Al Khawarizmi

No. K/P : 950823-05-5571

Guru Penilai :PUAN ROHAZIAH BINTI JUNOH

Page 2: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

SENARAI KANDUNGAN

Bil Bab/Aspek M/S

1 Tajuk

2 Senarai Kandungan

3 Penghargaan

4 Pendahuluan

5 Objektif Kajian

6 Kawasan Kajian

7 Kaedah Kajian

8 Dapatan Kajian8.1 Jenis dan Pola Petempatan8.2 Faktor yang Mempengaruhi Petempatan8.3 Fungsi Petempatan8.4 Masalah Petempatan8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

9 Rumusan

10 Lampiran

11 :Rujukan

Page 3: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Penghargaan

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan

limpah kurnia – Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan

jaya dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

guru subejek geografi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan

sumber rujukan yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli

keluarga saya atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan

selama saya menyiapkan folio ini.

Disamping itu, terima kasih kepada rakan – rakan sekelas

kerana telah memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah

anda kongsikan bersama saya

Page 4: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Pendahuluan

2.1 Nama saya Mohd Nadzmi B Abd Mustaffa . Saya menuntut dalam

tingkatan 2AK di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak.

Sebagai memenuhi kehendak subjek geografi, saya perlu menyiapkan

satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “Petempatan Di

Kawasan Taman Cengal Utama,Seremban ,Negeri Sembilan Dan

Perbandingannya Dengan Petempatan Di Tokyo, Jepun”. Saya telah

memilih Taman Cengal Utama untuk menjalankan kajian.

2.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana saya telah tinggal lebih

daripada 9 tahun dan terdapat ramai kawan – kawan dan keluarga

yang dapat memudahkan saya menyiapkan folio ini.

2.3 Saya telah mengambil masa selama 1 minggu untuk mengumpul

maklumat serta menyiapkan dengan sempurna folio ini.

Page 5: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:-

a. Mengenal pasti jenis dan pola petempatan.

b. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi petempatan.

c. Menghuraikan fungsi petempatan.

d. Menerangkan masalah petempatan.

e. Menyenaraikan langkah mengurangkan masalah petempatan.

f. Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Page 6: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Kawasan kajian

Kawasan kajian saya meliputi kawasan perumahan tempat saya

tinggal di Taman Cengal Utama.Taman Cengal Utama terletak dalam

mukim Ampangan Senawang ,Seremban Negeri Sembilan.Bentuk

muka bumi di kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah yang

telah mengalami pembangunaan yang pesat di Negeri Sembilan.Ia

terletak berhampiran dengan lebuhraya baru iaitu Lebuhraya

KASEH(Kuala Lumpur-Seremban-Kuala Pilah-Kuantan).Antara

pembangunan yang terletak berhampiran rumah saya ialah,Stadium

Tunku Abdul Rahman Paroi.Stadium ini terdapat pelbagai kemudahan

sukan dan merupakan tempat diadakan pertandingan peringkat

kebangsaan seperti SUKMA,MSSNS dan MSSM..

Page 7: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

KAEDAH KAJIAN

Ketika menjalankan dan menyiapkan kerja khusus Geografi ini, saya telah menggunakanbeberapa kaedah untuk menyiapkan kajian ini.

Antaranya ialah:

– Kaedah PemerhatianSaya menjalankan pemerhatian untuk mengetahui sistem petempatan diTaman Cengal Utama.

– RujukanSaya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 2, bukurujukan dan internet bagi mendapatkan maklumat tambahan di kawasan kajiandan kawasan perbandingan.

Page 8: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Hasil Kajian

8.1 : Jenis dan Pola Petempatan

Jenis dan Pola Petempatan

Taman Cengal Utama adalah sebuah petempatan yang terdapat

di Seremban dan padat dengan penduduk. Ini kerana Taman

Cengal Utama mempunyai pelbagai kemudahan seperti rumah,

pusat membeli-belah dan aliran pengangkutan yang baik.

Manakala pola petempatan yang terdapat di Seremban ialah

berpusat, berkelompok dan terancang.

Pola Petemapatan di Kawasan

SeremabanBerpusat

Berkelompok

Terancang

Page 9: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Peratusan % 65 15 30

Bandaraya Tokyo juga merupakan petempatan bandar seperti

Seremban. Walaubagaimanapun, Seremban tidak sepesat bandaraya

Tokyo. Tokyo dikatakan lebih padat berbanding Seremban kerana

Tokyo merupakan ibu negara bagi Jepun dan merupakan daerah

metropolitan terbesar di dunia berdasarkan jumlah penduduknya

sebanyak 33,750,000 di bandaraya tersebut dan sekitarnya.

8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

Antara faktor yang mempengaruhi petempatan di Seremban ialah

bentuk muka bumi bertamah pamah sesuai untuk perkembangan

petempatan.

Pembinaan bangunan dan lain-lain kemudahan sesuai dapat dibina di

kawasan

yang rata. Antara kawasan pembangunan yang di bina ialah kawasan

perumahan seperti Taman Cengal Utama.

Page 10: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Begitu juga petempatan bandar di bandar negara yang dibanding iaitu

Tokyo.Tokyo mempunyai lebih sedikit bangunan pencakar langit

dibandingkan dengan bandar lain yang seukurannya kerana peraturan

pembinaan gempa buminya. Dalam sempadan pentadbiran Tokyo

adalah dua gugusan pulau di Lautan Pasifik secara langsung selatan:

Pulau Izu, dan Pulau Ogasawara, yang memanjang lebih daripada

1,000 km jauh dari tanah besar Jepun. Disebabkan oleh pulau-pulau

ini dan kawasan-kawasan bergunung-ganang ke barat, angka

kepadatan penduduk keseluruhan Tokyo jauh rendah berbanding

angka sebenar untuk kawasan bandar dan pinggir bandar Tokyo.

Faktor lain yang mempengaruhi petempatan Seremban ialah pelbagai

kegiatan

prasarana yang dijalankan di sini. Kemudahan institusi pendidikan

juga seperti SMK Panchor, SMKParoi, SK paroi dan Institusi

Kemahiran Belia dan sebagainya. Begitu juga dengan kemudahan

sosial dan kebajikan seperti Hospital Besar Seremban dan Dewan

Majlis Perbandaran Seremban disediakan di sini. Terdapat juga

kemudahan institusi kewangan di Jitra seperti Bank Simpanan

Nasional, Bank Islam dan Pejabat Tabung Haji. Sekitar 12 juta orang

tinggal di Tokyo dan ratusan ribu lainnya berulang-alik setiap hari

dari daerah sekitarnya untuk bekerja dan berurusan di Tokyo. Tokyo

adalah pusat politik, ekonomi, budaya dan akademik di Jepun serta

tempat tinggal raja Jepun dan kerusi pemerintahan negara, dan

sekaligus merupakan pusat perniagaan dan ekonomi utama untuk

seluruh Asia Timur.Tokyo merupakan sebuah pusat kewangan

antarabangsa utama, menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar

dunia syarikat-syarikat bank pelaburan dan insurans, dan berfungsi

sebagai satu hab untuk industri-industri pengangkutan, penerbitan,

dan penyiaran Jepun.

Page 11: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

8.3 Fungsi Petempatan

Di kawasan ini didapati berfungsi sebagai kegiatan perniagaan.

Terdapat banyak

bangunan yang didirikan menjalankan perniagaan.Antara perniagaan

yang dijalankan ialah

24 jam (7 E-Eleven), pasaraya ( C-Mart, Aneka, K Ceria), makanan dan

minuman (Restoran) seperti Nashmir, Old Town, Pizza Hut , KFC dan

sebagainya.

Perindustrian merupakan sektor ekonomi yang paling utama buat

Tokyo yang amat bergantung kepada pengimportan bahan mentah

dan minyak. Manakala, pertanian yang merupakan sektor ekonomi

yang kecil mempunyai subsidi yang tinggi dan merupakan satu sektor

yang dilindungi. Ini dapat dilihat dengan jelas pada pertanian yang

melibatkan beras.

Tokyo juga mengadakan usaha untuk mencipta buah-buahan dan

sayur-sayuran yang mempunyai rasa yang sedap. Buahan-buahan dan

sayur-sayuran ini sangat mahal walaupun kos tinggal di Tokyo telah

diambil kira (RM 70 untuk sebiji pir Jepun. Namun begitu ia sangat

berkualiti tinggi. Tokyo mempunyai salah sebuah industri perikanan

yang terbesar di dunia yang merangkumi hampir 15% daripada

penangkapan ikan seluruh dunia, khususnya ikan tuna.

8.3 Masalah Petempatan

Hasil daripada perbualan saya dengan ayah saya yang

merupakan Ahli Jawatan Kuasa RELA Taman Cengal Utama, saya

Page 12: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

dapati pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di

sini. Antara masalah – masalah tersebut ialah:-

Kecurian

Masalah ini banyak berlaku di kawasan perumahan ini. Oleh

kerana ianya terletak berhampiran jalan besar dan kawasan rumah

kedai ramai orang luar yang memasuki kawasan ini. Jadi tidak

hairanlah berlaku kes pecah rumah dan kecurian. Tambahan pula

kawasan Taman Cengal terletak berhampiran kawasan setinggan

yang banyak menyumbang kepada masalah social .

Selain itu, kemudahan – kemudahan awam yang lain seperti

pondok telefon yang didirikan untuk panggilan kecemasan telah

dirosakkan dan tidak dapat digunakan lagi oleh para penduduk

terutamanya ketika berlaku sebarang kecemasan seperti rompakan,

kecurian dan kebakaran.

Pembinaan

Projek pembinaan lebuhraya KASEH yang sedang dibina

sekarang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap bentuk muka

bumi di kawasan persekitaran berhampiran Taman Cengal Utama.

Kerja-kerja meratakan jalan menyebabkan berlakunya hakisan tanah

yang teruk.Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila berlakunya hujan

lebat.Air dari bukit yang ditarah bercampur tanah mehgalir ke jalan-

jalan utama dan menyebabkan jalan kotor.Hujan yang berterusan juga

akan menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan-kawasan

rendah.Pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah untuk

mengatasinya.

Tokyo terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan

Gunung Berapi

Page 13: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Pasifik (Pacific Ring of Fire). Ini menyebabkan Tokyo kerap

mengalami gegaran bumi berkekuatan rendah dan kadang-kala

merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan

juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini sering

menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi yang terbaru

adalah Great Hanshin Earthquake yang terjadi pada tahun 1995.

Disebabkan oleh kedudukan geografinya, terdapat banyak mata air

panas di Jepun dan kebanyakkannya dijadikan tempat peranginan.

Masalah lain yang menyusahkan penduduk di sini ialah kurangnya

peluang pekerjaan yang disediakan di sini.

Kebanyakan para belia yang tinggal di sini menggangur dan tidak

mempunyai sebarang pekerjaan. Disebabkan ini banyak yang

membuat rungutan

dan aduan tentang masalah ini sedangkan petempatan kita

memerlukan banyak pekerja untuk memenuhi peluang tersebut.

Tokyo juga mempunyai jangka hayat (life expectancy) yang paling

tinggi di dunia. Pertumbuhan penduduk Tokyo dijangka akan berhenti

sama sekali pada tahun 2007 dengan 20% penduduk berumur lebih

dari 65 tahun. Pertukaran dalam struktur demografik telah

menimbulkan pelbagai isu sosial, terutama potensi penurunan tenaga

kerja dan peningkatan kos keselamatan sosial seperti rancangan

persaraan awam.

8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi. Di sini, adalah

beberapa cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang

diedarkan untuk mengatasi masalah tersebut adalah:-

Page 14: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi

mengatasi masalah kecurian. Bagi mereka yang melakukan jenayah

ini, boleh dikenakan denda dan hukuman yang setimpal. Penduduk

setempat turut mengadakan rondaan pada waktu malam dengan

kerjasama penduduk taman dan RELA.

Bagi masalah Tokyo, perancang kerajaan Jepun kini dalam perdebatan

hangat

mengenai cara menangani masalah jangka hayat ini. Imigrasi dan

galakan kelahiran kadangkala dicadangkan sebagai satu cara

penyelesaian untuk membekalkan tenaga kerja muda untuk

menyokong masyarakat yang semakin tua ini. Kerajaan juga

menggalakkan para wanita memberi tumpuan kepada keharmonian

rumah tangga dan menggalakkan supaya kahwin dalam usia awal.

Page 15: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Rumusan

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut

tentang Petempatan Di Kawasan Taman Cengal

Utama,Seremban ,Negeri Sembilan Dan Perbandingannya Dengan

Petempatan Di Tokyo, Jepun. Hasil daripada kajian ini, menjadikan

saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba

lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan

infrastruktur yang lengkap.

Page 16: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Lampiran

Page 17: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

gambar satelit menunjukkan peta seremban, Bandar

metropolis Tokyo dan peta jepun

Rujukan

– Laman web:

Page 18: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

i) http://www.googleearth.com.html

ii) http://www.kedah.gov..my.html

iii) http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo

buku-

buku rujukan geografi PMR

buku teks tingkatan 2