Kajian Kes

12
KAJIAN KES 1.0 SUBJEK Nama: Shanti (bukan nama sebenar) Jantina: Perempuan Asal: Daerah Kulaijaya, Johor Bharu Umur: 12 tahun Bangsa: India Agama: Hindu Bilangan adik-beradik: anak bongsu dalam 4 orang adik-beradik Pekerjaan bapa: Kerani Tinggal bersama: Keluarga Pencapaian akademik: Cermelang Cita-cita: Peguam 2.0 KES Nama Kes: Tekanan emosi Perihal kes: tekanan emosi Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan emosi telah mendefinisikan tekanan emosi sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Pekerja

description

m

Transcript of Kajian Kes

KAJIAN KES1.0 SUBJEKNama: Shanti (bukan nama sebenar)

Jantina: Perempuan

Asal: Daerah Kulaijaya, Johor Bharu

Umur: 12 tahun

Bangsa: IndiaAgama: HinduBilangan adik-beradik: anak bongsu dalam 4 orang adik-beradik

Pekerjaan bapa: KeraniTinggal bersama: Keluarga

Pencapaian akademik: CermelangCita-cita: Peguam

2.0 KESNama Kes: Tekanan emosi

Perihal kes: tekanan emosi

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan emosi telah mendefinisikan tekanan emosi sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas-tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas-tugas harian mereka.

Kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera.Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan.Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak-kanak yang mempamerkan tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat, keadaan psikososial kanak-kanak pula perlu dinilai dengan terperinci.

Kajian kes:

Shanti (bukan nama sebenar) seorang murid Tahun 6 di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kulaijaya. Beliau merupakan seorang murid yang petah berbicara dan periang. Bercita-cita menjadi seorang peguam dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan dan ringan tulang. Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Bapanya bekerja sebagai kerani manakala ibunya seorang suri rumah. Kesemua abangnya telah bekerja. Lahir dalam keluarga yang akrab dan bahagia.

Shanti ditemui sedang menangis oleh Guru Bimbingan Kaunseling di belakang tandas ketika murid lain sedang menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Abang ke-3 yang merupakan saudara paling rapat dan tempat Shanti berkongsi perasaan terutama apabila berhadapan dengan masalah telah meninggal dunia beberapa bulan lalu. Shanti menerima kematian sebagi takdir yang tidak mampu dihalang namun kematian yang begitu tragis di mana mayat abangnya ditemui renting dalam kereta yang dibakar tidak dapat diterima. Kesedihan bercampur kemarahan dan dendam membara apabila mengetahui hasil siasatan pihak berwajib mendapati penjenayah ialah jiran yang merupakan sahabat baik abangnya sendiri. Walaupun penjenayah telah menerima hukuman namun Shanti merasakan hukuman yang diterima tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Shanti menyalahkan sistem perundangan yang tidak member keadilan kepada abangnya.

Shanti berasa terlalu sunyi kerana teman bicara telah tiada dan sering bermimpi dikunjungi teman meminta dia membalas dendam. Shanti sering mengingau dan meracau apabila bangun dari tidur. Shanti menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu berbuat apa-apa sehingga dia merasakan tidak mampu mengawal kemarahan dan kadang kala menyalahkan takdir yang menimpa abangnya. Shanti kini menjadi seorang yang pendiam, pemarah, suka menyendiri dan tidak dapat member tumpuan kepada pelajaran. Ketika berada di rumah Shanti lebih suka menghabiskan masa di dalam biliknya dan menghabiskan masa dengan merenung dan berbicara dengan gambar-gambar mendiang abangnya.

3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL Teori yang dipilih: Teori Pemusatan Perseorangan (Carl Rogers)Rasianal Teori Dipilih

Teori ini dipilih kerana teori pemusatan perseorangan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Seseorang manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Manusia adalah membina, bekerjasama, boleh dipercayai, realistik dan sanggup bersosial. Menurut teori ini, sifat negative seperti marah dan benci memang wujud akibat daripada penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Teori ini lebih menumpukan pada pengalaman kini, perasaan-perasaan dan interaksi.

Tujuan asas teori pemusatan perseorangan adalah untuk mencipta suasana yang kondusif dalam usaha membantu klien menjadi seorang yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya, Rogers (1961) menyatakan beberapa ciri manusia yang menuju ke arah kesempurnaan kendiri :

Kesediaan klien untuk menerima,merasai,dan mengalami realiti sebenar

Yakin pada diri sendiri

Klien dipandu perasaan dan pemikiran sendiri

Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.

Hanya dengan penerimaan dan penghormatan barulah individu akan bersedia berkongsi masalahnya.

Kaunselor tidak memilih matlamat khas untuk mereka tetapi mengutamakan pandangan klien agar mereka dapat menjelaskan matlamat mereka sendiri.

Matlamat teori pemusatan perseorangan bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu bagi diri setiap individu. Terapi ini berpusat pada klien, bukan sekadar tentang masalah yang diluahkan oleh klien. Menurut Roger (1977) matlamat terapi bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah tetapi lebih daripda itu iaitu membantu klien dalam proses perkembangan agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada masa kini dan masa hadapan.

Menurut Rogers mereka yang terlibat dengan proses terapi sering bertanya :

Bagaimana saya boleh menjadi diri saya yang sebenar? Bagaimana saya hendak mengenal diri saya sendiri ? Bagaimana saya boleh menjadi apa yang saya impikan ?Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori

Seperti dalam kajian kes, Shanti tidak dapat menerima kenyataan bahawa abangnya yang ke-3 dimana merupakan saudara yang paling rapat dan tempat dia berkongsi perasaan telah meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan dengan sepenuhnya. Walaupun penjenayah sudah menerima hukuman yang setimpal tetapi Shanti tidak menganggap bahawa hukuman itu setimpal dengan kematian abangnya. Shanti berasa sunyi dengan ketiadaan abangnya sehingga sering bermimpi dikunjungi oleh abangnya meminta Shanti untuk membalas dendam. Oleh itu, dia sering mengigau dan meracau apabila bangun dan tidur. Dia menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu melakukan apa-apa. Disebabkan perasaan tersebut, perangai dan personaliti Shanti sudah berubah. Dia menjadi seorang yang pendiam, pemarah, suka menyindari diri dan tidak dapat menumpukan kepada pelajarannya. Di rumah, Shanti lebih suka berada di bilik berenung dan berbicara dengan gambar-gambar abang kesayangannya.Matlamat Terapi

Matlamat teori pemusatan perseorangan Carl Rogers adalah klien mendapat kebebasan dan integrasi sepenuhnya dalam penyelasaikan masalanya. Kaunselor hanya sebagai fesilitator dan klien diberi kebebasan untuk meluahka perasaan dan mencari jalan penyelesaian dengan seupayaan sendiri. Teori ini juga membantu klien memperkembangan diri. Teori ini juga membantu klien untuk menangani bukan sahaja masalah sekarang tetapi juga masalah akan datang. Teknik Yang DigunakanMendengar, menerima, menghormati, memahami dan bertindak balas.

Kecenderungan menggunakan hanya satu teknik sahaja akan mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi kaku. Teknik tersebut harus berdasarkan perasaan jujur kaunselor, dan bukan secara was-was. Teknik ini dapat mewujukan suatu perhubungan yang empatik antara kaunselor dan klien yang membolehkannya mengalami perasaan ketulenan, penerimaan, spontan dan perasaan disini dan ketika ini. Teknik yang digunakan ini memerlukan penyertaan sepenuhnya dari kaunselor dan klien.

Shanti kehilangan orang yang dia boleh meluahkan perasaannya, oleh itu emosi dia tertekan. Dengan menggunkan teori ini, kauselor hanya berperanan sebagai pendengar dan fasilitator, membimbing dan menggalakan Shanti untuk meluahkan segala perasaannya supaya emosinya kembali seperti biasa.

Kaunselor perlu bertolak ansur dengan klien, dimana kaunselor memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir; serasa dan bertindak dan ketiadaan struktur membenarkan klien menjelajah perasaan-perasaannya secara mendalam. Dengan cara ini, klien dapat meluahkan perasaaannya dengan sepenuhnya supaya emosinya dapat menjadi baik semula.4.0 TINDAKAH KAUNSELORSaya telah meneroka Shanti dengan sepenuhnya untuk mengenal pasti dan memahami situasinya. Sebelum itu, saya perlu memastikan Shati berasa selamat untuk mengeluahkan apa yang dia fikir. Saya perlu menunjukkan diri saya yang sebebar tanpa terselindung ataupun memakai topeng semasa sesi kaunseling dijalankan. Saya akan memberikan sepenuh perhatian saya ketika Shanti berkata kepada saya. Pada waktu ini, saya hanya akan menjadi pendengar yang sejati tanpa memberi sebarang pandangan dan hanya mendengar sahaja. Saya memberi peluang kepadanya untuk meluahkan segala perasaan yang dia telah pendam semenjak kematian abangnya tidak kira apa yang dia luahkan itu perasaan negatif atau positif.

Selepas Shanti berhenti bercakap, saya akan berkata mula dengan ayat seperti ini. jika apa yang saya dengar ini betul... Kemudian, saya akan berdiam dan beri luang kepadanya untuk berfikir atau selambung dalam emosi atau pemikirannya. Saya akan menunggu dengan sabar tanpa memaksa Shanti bercakap, supaya dia dapat memikir dan faham apa yang telah dia luahkan itu sebenarnya perasaan negative yang telah menganggu kehidupan hariannya. Setelah Shanti mula kembali bercakap, saya hanya mendengar dengan senyum sahaja. Saya perlu mempunyai perasaan empati ketika berdepan dengan Shanti kerana dia memerlukan orang untuk mendengar perasaanya bukannya orang yang memberi arahan atau perintah. Saya perlu faham akan apa perasaan dan betapa dia harap abang kesayangannya masih hidup. Sepanjang sesi kaunseling, saya juga akan memperhatikan perbuatan ataupun pergerakan Shanti ketika dia sedang bercakap. Saya perlu memastikan keadaan Shanti, jika mendapati perubahan keadaan atau emosinya menjadi tidak menentu, sekiranya dia tidak dapat meluahkan lagi apa yang ingin dia cakap, berikan dia segelas air untuk menenangkan emosinya, sekira dia masih boleh bercakap, saya tidak akan menghalang dia malah memberi dia meluahkan sahaja apa yang dia ingin keluarkan. Saya akan menghormati pemikiran dan percakapan yang diluah atau dikatakan oleh Shanti.Pertanyaan seperti perasaan Shanti sekarang ? juga akan saya ajukan kepadanya. Saya akan memberi Shanti untuk membuat keputusan bagaimana dia hendak menguruskan emosinya dan jika abangnya mengunjungi dia di dalam mimpi, apa yang dia boleh lakukan. Saya hanya akan memberi pandangan bukannya arahan kepada Shanti. Sebab mengikut teori yang saya gunakan, setiap manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab, jadi adalah tanggungjawab Shanti sendiri untuk mencari jalan keluar dari masalah tekanan emosi yang dihadapi olehnya. 5.0 IMPLIKASI

Melalui teknik yang saya gunakan semasa sesi kaunseling dijalankan, Shanti dapat dan boleh meluahkan perasaan dan apa yang dia telah bendam dalam hatinya selama ini. Dia akan berasa lega dan merasa beban yang dia letak dalam hatinya menjadi ringan selepas dapat bercakap dan berkongsi masalah dan perasaanya dengan saya. Emosi dia akan kembali seperti biasa dan tingkah lakunya juga akan kembali seperti biasa selepas dia dapat menerima dengan ketiadaan abangnya tersebut.

Masalah Shanti akan dapat diselesaikan dengan menggunakan semua kemahiran kaunseling yang telah saya gunakan dan kemahiran yang telah dia pelajari menerusi sesi kaunseling ini. Kemahiran mendengar dan perasaan empati sangat penting untuk seorang kaunselor semasa sesi kaunseling ini dijalankan. 6.0 REFLEKSI

Kekuatan

Membina hubungan teraputik antara kaunselor dengan klien.

Perhubungan antara kaunselor dengan klien dari awal hingga akhir sesi kaunseling.

Tidak berpusatkan kaunselor klien bertanggungjawab membuat keputusan.

Menekankan hubungan hormat-menghormati antara kaunselor dan klien.

Pendekatan paling selamat digunakan di sekolah.

Matlamat menjadikan individu lebih berdikari dan bertanggungjawab ke atas dirinya.

Kekuatan Terapi

Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah :

a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien

b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan

c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

Kelemahan

Penyalahgunaan keintiman hubungan.

Proses yang lama disebabkan kaunselor mengikuti perkembangan klien dari awal hingga akhir kaunseling.

Limitasi/kelemahan Teori

Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah ;

a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.

b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien

c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.

7.0 CADANGAN

Saya mencadangkan supaya teori ini diterapkan kepada semua guru dan pelajar disekolah agar mereka dapat memahami diri mereka, manusia di sekeliling mereka dan juga dapat mengawal emosi mereka. Dengan ini, warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan mereka dan memperkembangkan lagi kekuatan atau kebolehan mereka. Melalui ilmu kaunseling, mereka juga dapat mempelajari cara untuk mengatasi masara mereka dengan sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. Dapat menghadapi sebarang masalah dalam kehiduoan ini adalah suatu cabaran yang perlu ditempuhi oleh semua individu, jadi penting untuk mereka mempelajari cara untuk menanggani masalah.

Unit Bimbingan dan Kaunseling perlu ditubuhkan di semua jenis sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling ini memegang peranan untuk mengukuhkan lagi ilmu kaunseling sendiri yang ada pada setiap individu menerusi seminar, lawatan, bengkel, latihan dalam kumpulan (LDK), sesi kelompok, kem, ceramah dan lain-lain yang diadakan. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini, semua warga sekolah akan memperoleh manfaat dan daapt berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka dengan lebih baik.Cadangan ini saya utarkan kerana semasa saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah pilihan saya, saya mendapati guru kaunseling disekolah tersebut juga ada mengajar kelas biasa selain daripada menjalankan tugasnya sebagai guru bimbingan. Guru bimbingan di sekolah hanya akan menganjurkan kem motivasi untuk calon UPSR. Guru atau guru besar hanya menghantar murid yang mempunyai masalah pelajaran pelajar yang teruk sahaja dihantar ke bilik bimbingan supaya masalah murid tersebut dapat diselesaikan. Boleh dikatakan guru bimbingan telah dianggap sebagai bidadari ataupun malaikat yang boleh menyelesaian apa-apa jua masalah yang murid hadapi. Untuk melahirkan sekolah yang cermelang bukan sahaja bergantung kepada guru besar dan juga guru bimbingan, ia memerlukan kekuatan dan kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan sebuah sekolah. Jika semua warga sekolah menjalankan tugas mereka dengan amanah dan cekap, pasti dapat melahirkan lagi banyak sekolah yang berprestasi tinggi di negara kita. 8.0 PENUTUP

Pada pendapat saya kes seperti masaalh tekanan emosi yang dihadapi oleh Shanti dapat diatasi dengan baik jika mempunyai kaunselor yang dapat bertindak dengan bijak. Kaunselor yang dapat memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling dengan baik, berkesan dan berjaya.