Kajian Kes

download Kajian Kes

of 1

Transcript of Kajian Kes

KAJIAN KES: Kerja SepasukanAbu dan Khadijah berpotensi untuk menjana kerja sepasukan yang mantap. Sejak dari awal kedua-duanya sudah ada kesedaran untuk berbincang tentang perancangan kerja mereka. Tindakan ini memberi gambaran bahawa mereka tidak mementingkan diri, sebaliknya boleh berbincang bersama-sama dan mengutamakan kepentingan organisasi demi perpaduan dan kecekapan kumpulan.

Khadijah mempunyai wawasan untuk memastikan semua anak buahnya dapat mencapai matlamat dan meningkatkan prestasi jabatan melalui pendekatan SKT. Beliau bercadang untuk memperkemaskan perincian kerja setiap staf. Seterusnyadengan cara mengutarakan matlamat dan prestasi kerja yang perlu dicapai oleh setiap staf beliau yakin prestasi staf akan meningkat. Hal ini kerana ahli pasukan dalam organisasi masing-masing jelas tentang matlamat, walaupun bidang tugas berlainan tetapi matlamat mereka sama dan sepadu.Pendekatan Khadijah bersifat idealistik, dan sebaliknya Abu bersifat realistik dan praktis. Abu yakin beliau mampu mewujudkan budaya positif dalam kalangan pekerjanya.Keyakinan Abu terhadap ketrampilan serta wibawa stafnya untuk mencapai matlamat dan meningkatkan prestasi jabatan memberi peluang kepadanya untuk membina hubungan baik dan harmoni. Kaedah mengaturkan aktiviti dan perancangan secara berkala serta mengikut keadaan apabila perlu bersifat realistik dan praktis namun demikian beliau tidak melepaskan begitu sahaja. Sekali-sekala pendekatan perbengkelan untuk aktiviti penyelesaian masalah akan diadakan untuk membantu meningkatkan kompetensi staf.Sekiranya kedua-dua pentadbir ini bergabung tenaga organisasi itu berpotensi untuk menjadi kumpulan yang mantap kerana semua staf akan memahami tugas dan matlamat masing-masing. Pengurusan bersifat saintifik dan idealistik yang dipaparkan oleh Khadijah dapat dineutralkan dengan pendekatan bersifat realistik, humanistik dan praktik yang diyakini oleh Abu. Kesepakatan untuk memilih jalan tengah akan memberi peluang kepada staf melakukan aktiviti yang realistik serta praktis tetapi terarah kepada pencapaian dan peningkatan kompetensi. Kepercayaan untuk membentuk budaya kerja positif yang berasaskan ketrampilan serta keinginan untuk menyumbang kepada organisasi adalah satu aset kepada organisasi ini untuk menjadi kumpulan yang sangat dinamik.