Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

12
PISMP 3 - IP (PN RUSYATI BT HANAFIAH) LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “IS KEVIN BLUFFING “ 1.0 PENDAHULUAN. Berdasarkan lampiran 8, saya dan kumpulan telah menjalankan suatu analisis kes yang bertajuk ” Is Kevin Bluffng ” oleh Carol Yake. Artikel ini menceritakan tentang kepayahan seorang guru iaitu Carol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Selain itu, ia juga menyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid tersebut iaitu Kevin. 2.0 SINOPSIS.

description

hgfhgdchgn那就好,hvjhcncjgchgdhtgdcjgfujfgkujgvkgjkgvjhfjhfjyhfjyhfhfg

Transcript of Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

Page 1: Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

PISMP 3 - IP (PN RUSYATI BT HANAFIAH)

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “IS KEVIN BLUFFING “

1.0 PENDAHULUAN.

Berdasarkan lampiran 8, saya dan kumpulan telah menjalankan suatu analisis kes

yang bertajuk ” Is Kevin Bluffng ” oleh Carol Yake. Artikel ini menceritakan tentang

kepayahan seorang guru iaitu Carol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14

tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya.

Selain itu, ia juga menyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid

tersebut iaitu Kevin.

2.0 SINOPSIS.

Lampiran ini bermula apabila seramai 23 orang murid gred enam di Lockhaven

Elementary School tergamam melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevin yang

bertenggek di bahagian kekisi tangga diluar kelas mereka seperti mahu membunuh

diri. (m/s 143, perenggan 1 baris 3-4). Kevin merupakan seorang murid yang

bermasalah dan didiagnosis sebagai psikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam

Page 2: Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

kelas masalah tingkah laku, namun disebabkan beberapa masalah dia ditempatkan

kedalam kelas Miss Carol(m/s 143, perenggan 3 baris 1-4). Kebanyakan rakan kelas

Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihat dia memukul Miss Carol (m/s 144,

perenggan 4 baris 3-6). Disebabkan masalah tingkahlaku yang ditimbulkan, Guru

Besar sekolah akan meminta John Patterson, pembantu sekolah untuk

mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilik Miss Allison King, guru kelas

masalah tingkahlaku. Di situ dia akan dikenakan “Time-out” dalam kurungan kayu

sehinggalah dia bertenang. Dia akan dimasukkan ke kurungan, jika melakukan

kesalahan kerana dia telah difahamkan oleh Miss carol dan Allison tentang salah

laku yang boleh menyebabkan dia ke situ. (m/s 144, perenggan 8). Beberapa

minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkan tingkap kelasnya

dengan tujuan untuk menakutkan Miss Carol namun membatalkan hasratnya apabila

Miss Carol memberitahu bahawa ibu Kevin yang terpaksa membayar kesemua

cermin tingkap yang dia pecahkan. (m/s 144, perenggan 9&10). Pada suatu hari,

semasa di kawasan tapak permainan Kevin telah memberitahu kepada Miss Carol

tentang bapanya yang suka memukulnya dan Miss Carol juga tahu yang Ibu Kevin

telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itu telah meninggalkan kesan yang

mendalam kepada Kevin. Pada masa inilah yang Miss carol menyedari bahawa

melalui pengalaman lampaunya, dia belajar mengawal orang di sekelilingnya

dengan keganasan termasuklah keluarganya sendiri. (m/s 145, perenggan 13). Miss

Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berat tentang Kevin

dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. (m/s 145, perenggan 15). Pada

penghujung lampiran ini, ditimbulkan persoalan adakah Miss carol bersalah jika

Kevin mati. (m/s 145, perenggan 17).

3.0 TEORI YANG BERKAITAN

3.1     Teori yang terlibat dalam kajian kes ini ialah teori Ekologi Bronfenbrenner dimana ia

menekankan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya terhadap perkembangan

individu. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksi

diantara individu dengan ibu bapanya, gurunya, rakan-rakan dan lain-lain. Terdapat

satu system yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang mana

individu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Dan

pada tahap yang lebih tinggi, terdapat pula mesosistem yang terdiri daripada

gabungan mikrosistem. Contohnya interaksi antara guru dengan ibu bapa, keluarga

Page 3: Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

dengan sekolah. Apabila terdapat masalah dalam satu mikrosistem,ia akan

menjejaskan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah mempengaruhi

keadaan seseorang di sekolah. Dalam kes yang dikaji, dapat dilihat perkaitan teori

ini apabila tingkah laku ganas Kevin telah menakutkan rakan-rakan sekelasnya yang

lain (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6) ataupun Kevin yang menghadapi konflik

dalaman tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Miss Carol.

3.2       Teori seterusnya yang berkaitan adalah teori keperluan permodelan Albert Bandura.

Hasil kajian Bandura & Walters pada 1963, didapati pelbagai tingkahlaku sosial

seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil

pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam kes ini,

sikap ganas bapa Kevin telah menyebabkan Kevin menjadi sepertinya apabila cuba

mmengawal orang lain melalui keganasan. (m/s 145, perenggan 13)

4.0 KONSEP YANG BERKAITAN

4.1 Konsep kecerdasan emosi ialah dimana individu mempunyai beberapa kemahiran

sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati, kemahiran

mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain. Dalam kes ini, kemahiran bersosial

dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dilihat pada Miss Carol yang mampu

mendekati Kevin dan bersimpati terhadap perasaannya. (m/s 144, perenggan 11,

baris 3). Manakala bagi Kevin pula, dia dilihat tidak mempunyai kemahiran

meregulasikan emosinya dan tidak mengenalpasti emosi orang lain.

5.0 MODEL YANG BERKAITAN

5.1 MODEL DISIPLIN BILIK DARJAH

5.1.1     Terdapat dua model disiplin bilik darjah yang diceritakan didalam kes yang dikaji ini.

Pertama  ialah model Asertif oleh Lee Canter. Penggunaan model ini lebih kurang

sama dengan modifikasi tingkah laku tetapi melibatkan kewujudan set peraturan

(rules) yang diikuti dengan penggunaan ganjaran dan hukuman sebagai lanjutan

(consequence). Bantuan diperlukan daripada ibu bapa, guru-guru dan pihak

pentadbiran sekolah untuk mengukuhkan lagi tindakan ini. Selain itu, Model asertif

membolehkan guru untuk menjelaskan tingkah laku yang dikehendakinya daripada

murid. Contoh dalam kes ini, Miss Carol dan Miss Allison telah membuat satu

senarai peraturan yang perlu diikuti oleh Kevin, akan tetapi dia telah melanggarnya

dan mendapat hukuman(time-out) (m/s 144, perenggan 8 )

Page 4: Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

5.1.2     Model yang kedua ialah  model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968),

berpendapat murid boleh dibantu oleh guru untuk memahami motif dan

menyingkirkan salahlaku, dan ini lebih berkesan dilakukan apabila murid merasai

akibat logikal tingkah laku mereka sendiri. Murid perlu diberi pilihan dan bukan

dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan oleh guru. Ini tidak langsung akan

mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalam kes yang dikaji, Miss Carol telah

memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang akibat tingkahlakunya dan berjaya

menghalang  gangguan darinya. (m/s 144, perenggan 9&10 )

6.0  CADANGAN STRATEGI

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan iaitu dengan membawa Kevin kepada guru disiplin. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan guru disiplin.  Tindakan yang dikenakan adalah berpatutan dengan kesalahan dan dilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Ini kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi dan fisiologi murid yang berkenaan. Cadangan kedua pula ialah dengan menghantar Kevin, murid bermasalah tingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Ini kerana mereka ini merupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikan masalah tingkah lakunya. Tambahan lagi, kaunseling juga boleh diadakan kepada pihak penjaga Kevin.

REFLEKSI HASIL PEMBELAJARAN SEPANJANG KURSUS.

Bermula sejak  Januari tahun 2009, sebagai pelajar Kursus Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru kampus Darulaman diwajibkan

untuk mempelajari subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) di

bawah kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan. Banyak ilmu yang telah saya pelajari

sehingga hari ini bagi subjek yang telah dikendalikan oleh Pn Hjh Rusyati Bt

Hanafiah, salah seorang pensyarah kelas kami. Melalui ilmu yang dicurahkan beliau,

ia membekalkan saya dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek pengurusan

bilik darjah dan tingkah laku murid khususnya waktu ditugaskan ke sekolah nanti.

Bagi subjek ini, secara dasarnya dapat saya katakan kandungan pelajarannya

adalah lebih kepada pemahaman sebagai seorang guru terhadap beberapa model

atau konsep mahupun teori-teori pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid.

Model-model ini adalah berdasarkan kepada kes-kes realiti dalam dunia pendidikan

yang dikumpul sebagai pendedahan awal kepada guru-guru pelatih untuk mengkaji

Page 5: Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

masalah tingkah laku murid dan cara pengurusannya, bagaimana mewujudkan

hubungan dengan kelurga dan oihak sekolah dalam menyelesaikan masalah

tersebut serta beberapa model untuk mengawal iklim bilik darjah. Antara contoh

yang dapat saya beri ialah cara guru untuk mewujudkan hubungan ”Rapport”

dengan murid, penggunaan model-model disiplin, model modifikasi tingkah laku

Skinner, dan lain-lain. Selain itu dalam sukatan yang diberikan jugaterdapat cara-

cara menjadi seorang guru yang efektif dan asertif.

 Permulaan tajuk yang saya pelajari  konsep pengurusan bilik darjah sekolah

rendah. Pada zaman moden hari ini, dalam dunia pendidikan di seluruh dunia

banyak konsep bilik darjah telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk

mewujudkan suasana kondusif yang mana mementingkan keselesaan murid untuk

belajar, ruang pergerakan untuk interaksi guru dan murid serta sudut-sudut tertentu

untuk bahan pengajaran dan informasi. Konsep pengurusan yang diperkenalkan

juga adalah bergantung kepada jenis-jenis murid seperti murid bekeperluan khas

termasuklah kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza dari murid normal, selain

perubahan susunan kerusi meja dari bentuk tradisi kepada pelbagai susunan lain

yang memberikan murid persekitaran yang lebih bebas. Selain itu, sebagai pengurus

bilik darjah, guru harus mememenuhi beberapa ciri-ciri untuk menjadi guru yang

efektif, lebih-lebih lagi di zaman alaf baru ini. Antaranya ialah beriltizam,

berwawasan, berpandangan global, sentiasa bersikap positif dan sentiasa

berorientasikan maklumat. Selain itu, pengamalan budaya keguruan juga harus

dihayati seperti amalan membaca, bermusyawarah dan berpandangan global.

Seterusnya dalam tajuk peranan guru dalam bilik darjah pula diibaratkan guru

sebagai seorang pemandu yang sentiasa mengawal persekitaran pembelajaran

untuk mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. Ini kerana persekitaran murid

mampu mempengaruhi proses pembelajarannya dan memberi kesan kepada

tingkah laku murid tersebut baik dari segi fizikal mahupun psiko-sosial. Dalam

mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru harus mewujudkan set

peraturan di dalam bilik darjah. Ini dilakukan sebagai memberi garis panduan

kepada murid tentang batasan-batasan yang perlu mereka patuhi semasa berada  di

dalam kelas. Akan tetapi, peraturan yang diwujudkan adalah dibawah kuasa guru

sepenuhnya dan jika boleh, sila dapatkan persetujuan dan sokongan daripada ibu

Page 6: Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

bapa untuk mengelakkan masalah di masa akan datang. Tetapi guru juga boleh

bertindak bijak dengan memberikan murid peluang untuk menentukan peraturan

mengawal tingkahlaku sendiri dan dipersetujui oleh guru yang dikenali juga sebagai

kontrak. Selain mengurus insan, guru juga bertanggungjawab mengurus pentaksiran

dalam bilik darjah. Ini merangkumi aspek ujian dan peperiksaan serta pengurusan

sumber maklumat murid. Perkara ini penting untuk menilai kemajuan prestasi murid

disamping merekod perkembangan atau masalah murid untuk rujukan ibu bapa

mahupun pihak-pihak lain seperti kementerian pendidikan dan pihak hospital.

Menyusul pula tajuk seterusnya adalah berkaitan juga dengan pengurusan bilik

darjah tetapi dalam aspek hubungan guru-murid. Dalam tajuk ini, saya banyak

mempelajari kepentingan membina hubungan guru-murid, faktor-faktor yang

mempengaruhinya dan strategi-strategi untuk membina hubungan positif bersama

murid. Antara contohnya ialah dari perkara yang paling ringkas dengan menghafal

nama murid dan juga menghubungi pihak keluarga, biarpun sekadar bertanya

khabar mereka.

Selain itu dalam tajuk pengurusan disiplin bilik darjah yang merangkumi

konsep disiplin bilik darjah dan model-model disiplin seperti modifikasi tingkahlaku,

model asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurrs, model kelompok Kounin dan

model Terapi Realiti,saya mendapat banyak input yang saya rasakan hampir 50 %

kandungan subjek ini berkaitan dengannya. Keseluruhan model ini mempunyai

tujuan yang sama iaitu mengawal tingkah laku yang bermasalah disiplin. Terdapat

beberapa elemen yang ditekankan seperti kaitan persekitaran murid dengan

masalah tingkah lakunya, keperluan murid tersebut, prinsip motivasi dan peneguhan

serta lain-lain yang mana sehingga hari ini masih diaplikasikan oleh guru-guru di

sekolah-sekolah. Contohnya dalam model modifikasi tingkah laku, dikatakan tingkah

laku individu adalah dirangsang oleh persekitarannya dan individu akan bertindak

mengikut rangsangan tersebut. Selain itu, Skinner, tokoh model ini menekankan

tentang penggunaan peneguhan seperti ganjaran, pujian dan dendaan untuk

mengubah tingkah laku yang yidak diingini. Sepanjang sesi syarahan yang

melibatkan tajuk ini saya dapati ia menarik dan masih relevan untuk diaplikasikan

tetapi perlu diadaptasikan dengan keadaan murid pada hari ini. Walaupun model

yang dikemukakan mempunyai kekuatan, model-model tersebut juga mempunyai

kelemahan. Justeru, guru haruslah bijak mempertimbangkan model mana dan bila

masa yang sesuai untuk digunakan supaya masalah disiplin murid dapat

Page 7: Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

diselesaikan.Kemudian, baru saya mempelajari tentang masalah disiplin dan tingkah

laku bermasalah. Tajuk ini merangkumi jenis-jenis masalah disiplin seperti buli dan

gangsterisme, tingkah laku bermasalah seperti tingkahlaku disruptif dan destruktif

iiaitu vandalisme, melawan guru serta sebab-sebab berlakunyya masalah-masalah

ini. Antara sebab-musabab terjadinya masalah ini ialah pengaruh sosio-budaya

murid tersebut serta faktor pengalaman lampaunya yang penuh konflik dan trauma.

Walaupun masalah disiplin ini berat, tetapi ia juga mempunyai pengurusan

tertentu bagi mengurangkan maslah ini. Contohnya dengan menghantar murid

berjumpa ke pihak kaunselor, meggunakan teknik disiplin seperti modifikasi

tingkahlaku serta dirujuk kepada gur disiplin. Akan tetapi perlu diingat, sebarang

hukuman yang dijatuhkan ke atas murid haruslah bertujuan memberi pengajaran

bukannya mendatangkan kecederaan, baik dari segi fizikal mahupun emosi. Jika

boleh, bentuk peneguhan negatif seperti ini menjadi pilihan terakhir yang dipilih oleh

guru. Justeru, guru haruslah bersikap asertif sejak dari mula mengajar pada awal

tahun. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peraturan yang telah ditetapkan

guru dan sekiranya murid ingkar, guru akan kenakan tindakan ke atas murid

tersebut. Melalui cara ini juga, dapat dilihat ia meggunakan aplikasi prinsip

”pudaran(fading)” dengan menegur terus atau mengambil tindakan atas kesilapan

yang dilakukan murid.

Walaubagaimanapun, dalam pengendalian subjek ini terdapat beberapa

kelemahan yang perlu diatasi. Ini dapat difahami kerana manusia itu tidaklah

sempurna dan kesilapan pasti akan berlaku. Antaranya yang paling banyak masalah

ialah semasa  proses pembentangan pelajar. Semasa sesi pembentangan, pasti

sesi itu akan tergendala kerana masalah yang terjadi untuk menyambungkan

paparan ”slide-show” dari komputer kepada ”projector”. Hal ini terjadi kerana pelajar

tidak membawa komputer peribadinya sendiri untuk digunakan. Masalah ini juga

terjadi kerana pelajar tidak mempunyai kepakaran dalam perkara-perkara yang

melibatkan perkakasan komputer.

Masalah seterusnya pula ialah pembelajaran yang dilakukan hanyalah

semata-mata teori di dalam bilik darjah sahaja. Pelajar tidak dapat melihat dengan

mata kepala sendiri melalui benda maujud tentang apa yang dipelajari dan hanya

mengagak sahaja untuk menggunakan konsep model yang telah dipelajari.

Page 8: Kajian Kes is Kevin Bluffing 1

Disini saya memberi cadangan penambahbaikan supaya subjek ini akan lebih

diminati oleh golongan pelajar-pelajar akan datang. Pertamanya untuk mengatasi

malah tentang pembentangan, pensyarah dan pelajar harus bersama-sama

menambah ilmu untuk menggunakan kelengkapan komputer supaya tidak timbul

masalalah. Kedua, pensyarah harus memikirkan alternatif lain supaya

pembentangan dapat dijalankan dengan lancar, contohnya dengan menempah bilik

Makro. Mungkin juga pembentangan boleh dilakukan dengan cara yang bebas,

supaya tiddak bergantung kepada penggunaan ”powerpoint” sahaja. Disampin itu,

pelajar dapat menyerlahkan kekreatifan masing-masing.

Kedua, bagi mengatasi masalah yang kedua, cadangan saya mudah sahaja.

Adakan lawatan ke sekolah. Melalui lawatan ke sekolah, bakal guru akan dapat

memahami dengan lebih mendalam atau menghayati kandungan sukatan subjek

yang dipelajari. Ini kerana mereka dapat merasai sendiri kes dan bukan sekadar

mehgkkaji kes orang lain. Selain itu, mungkin pihak Jabatan  Ilmu Pendidikan boleh

mengadakan, menganjur pertandingan bahas atau kolaaborasi bersama Institut

Pendidikan Guru yang lain Melalui peluang pengalaman yang diberikan, pelajar akan

lebih bersemangat dan meminati subjek ini.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn Rusyati Bt. Hanafiah

atas pengajaran yang telah dicurahkan olehnya dan saya bersyukur serta berdoa

kepada tuhan agar saya memperolehi keputusan yang cemerlang bagi subjek ini.