Kajian Kes Kerja Sepasukan.pdf

1

Click here to load reader

Transcript of Kajian Kes Kerja Sepasukan.pdf

  • Kajian Kes Kerja Sepasukan

    Khadijah dan Abu telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Unit.

    Kedua-duanya mempunyai pengalaman mengurus unit di pusat

    masing-masing. Khadijah dan Abu berkongsi pandangan tentang

    perancangan yang sesuai untuk dilaksanakan, sepanjang tempoh

    transisi menduduki jawatan tersebut, sewaktu berehat di kantin.

    Khadijah menawarkan diri untuk memperkemaskan perincian kerja

    (job specification) setiap staf dan seterusnya mengutarakan matlamat

    dan prestasi kerja yang perlu dicapai oleh setiap staf. Berdasarkan

    pengalaman dan pengetahuannya mengenai peranan dan fungsi unit

    di jabatan sebelum ini, dia berhasrat menyediakan SKT untuk setiap

    staf. Dia yakin pendekatannya akan mencapai matlamat dan

    meningkatkan prestasi jabatan, dan pada masa yang sama mampu

    mengawal staf mencapai SKT tersebut.

    Abu pula berpendapat bahawa dia mampu mewujudkan budaya kerja

    staf di samping berusaha mengikuti kelas pengajian lanjutan selepas

    waktu kerja sebagai salah satu bentuk pengukuhan bidang

    pengurusan. Dia berasa yakin semua staf sudahpun memiliki

    ketrampilan yang diperlukan serta mereka amat berwibawa untuk

    mencapai matlamat dan meningkatkan prestasi jabatan. Dia hanya

    berhasrat untuk mengadakan aktiviti dan perancangan secara

    berkala serta mengikut keadaan apabila perlu selain dari usaha

    beliau mengatur bengkel penyelesaian masalah untuk meningkatkan

    kompetensi staf. Abu begitu yakin dengan keupayaannya malah dia

    merasakan setiap staf boleh menyumbang terhadap keberkesanan

    kumpulan.