kajian kes noraini

download kajian kes noraini

of 12

Transcript of kajian kes noraini

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    1/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    1. PRAKATA

    Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya

    menyiapkan tugasa yang diamanahkan kepada saya dengan jayanya. Walaupun di saat-

    saat yang mencabar seperti ini, saya dapat mengatasi semua halangan dan rintangan yang

    dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini.

    Walaubagaimanapun, tanpa tunjuk ajar daripada pihak puan, mustahil untuk saya

    menyiapkan tugasan ini dengan baik. Segala tunjuk ajar yang diberikan itu, sangat

    berguna kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

    Sebagai insan biasa, saya sememangnya memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada

    pihak puan untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Noraini

    Zainal Abidin kerana telah banyak membantu saya dalam melaksanakan amanah yang

    diberikan ini.

    Saya juga amat berterima kasih kepada Puan Guru Besar Sk. Seksyen 7, Shah Alam

    kerana telah memberikan kerjasama yang cukup baik terhadap tugasan saya ini. Tidak

    lupa kepada orang yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang sewajarnya iaitu

    kepada responden saya, adik Wan Amirul Afiq serta penjaganya yang telah menunjukkan

    atau memberikan saya input-input serta kerjasama yang amat baik.

    Harapan saya agar tugasa saya ini dapat memberikan manfaat kepada adik Wan Amirul

    Afiq untuk lebih maju dalam pembelajaran.

    Sekian.

    1

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    2/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    2. PENDAHULUAN

    Keupayaan seseorang murid dalam menguasai sesuatu pembelajaran adalah bergantung

    kepada keupayaan struktur penting yang ada pada seseorang murid dalam mencapai

    objektif pembelajaran yang direncanakan oleh guru. Struktur penting ini adalah

    keupayaan mendengar, bertutur, melihat dan keupayaan otak itu sendiri. Dalam pada itu,

    saya telah memilih seorang murid untuk dijadikan sebagai sample kajian yang mana

    memiliki salah satu daripada ketidakupayaan yang disebut. Murid yang saya pilih ini

    adalah memiliki masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Semasa lahir,

    responden lahir pada usia tujuh bulan di dalam kandungan. Selepas lahir, responden

    terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selama lebih kurang dua tahun. Selain

    daripada itu pada usia 3 tahun, responden terpaksa pula menggunakan alat bantuan

    pendengaran selama lebih kurang 2 tahun. Sehingga hari ini, responden masih lagi

    berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan. Saya telah memilih

    responden ini bagi membantu beliau untuk lebih maju dalam pembelajaran supaya tidak

    tertinggal jauh berbanding murid normal yang lain. Dalam pada itu, beliau juga seorang

    murid yang pasif dan tidak banyak bercakap. Mempunyai keupayaan berfikir yang lemah

    serta tidak dapat membuat penyelesaian masalah kendiri. Setelah saya memerhatikan

    beliau selama seminggu, ia telah membuatkan saya terpanggil untuk mengetahui dengan

    lebih mendalam masalah sebenar yang dihadapi oleh murid ini. Oleh sebab itu, saya telah

    melaksanakan kajian tentang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid ini supaya

    saya dapat membantu beliau untuk lebih maju dalam pembelajaran dalam mengenal pasti

    masalah sebenar yang dihadapi serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk

    mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid ini.

    2

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    3/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    3. LATAR BELAKANG RESPONDEN

    Responden

    1. Nama : Wan Amirul Afiq B. Wan Adli

    2. Umur : 8 tahun3. Jantina : Lelaki

    4. Adik Beradik : 2 orang

    5. Agama : Islam

    6. Bangsa : Melayu

    7. Alamat : No. 29 Jalan Empangan 2, 8/14B, 40000 Shah Alam, Selangor.

    Bapa

    1. Nama : Wan Adli B. Wan Hassan

    2. Umur : 35 tahun

    3. Jantina : Lelaki

    4. Agama : Islam

    5. Bangsa : Melayu

    6. Alamat : No. 29 Jalan Empangan 2, 8/14B, 40000 Shah Alam, Selangor.

    7. Pekerjaan : Pegawai KWSP

    8. Pendapatan : RM 3170.00

    9. Pencapaian Akademik : Diploma

    Ibu

    1. Nama : Azlifaizah Bt. Abdul Latip

    2. Umur : 35 tahun

    3. Jantina : Perempuan

    4. Agama : Islam

    5. Bangsa : Melayu

    6. Alamat : No. 29 Jalan Empangan 2, 8/14B, 40000 Shah Alam, Selangor.

    7. Pekerjaan : Kerani Panasonic

    8. Pendapatan : RM 1800.00

    9. Pencapaian Akademik : SPM

    3

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    4/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    4. FOKUS KAJIAN

    4.1 TINGKAH LAKU SOSIAL

    Tingkah laku sosial merupakan tingkah laku semulajadi yang ditunjukkan oleh seseorang

    terhadap persekitarannya. Dalam proses kajian saya terhadap responden ini, saya

    membahagikan tingkah laku sosial responden saya kepada bebrapa faktor iaitu:-

    Pengurusan diri

    Kebolehan bekerjasama

    Ketakutan dan keberanian

    4.1.1 Pengurusan Diri

    Responden saya merupakan seorang yang sukar untuk mengurus diri dalam hal-hal yang

    berkaitan pemakaian, pembersihan diri dan pemakanan. Setelah diselidik dan

    menemubual ibu bapa responden, saya dapati responden tidak boleh memilih sendiri

    pakaian yang hendak dipakai untuk ke sekolah. Sebaliknya ia memerlukan bantuan ibu

    bapa untuk menyediakan serta memakaikan pakaian untuk ke sekolah. Dalam bab

    pembersihan diri juga responden menghadapi masalah untuk mandi, memberus gigi

    kerana beliau lambat untuk melakukan sesuatu. Responden perlu dipaksa untuk

    melakukan sesuatu perkara. Selain itu responden juga menghadapi masalah dalam

    pemakanan. Responden tidak dapat memilih makanan yang sepatutnya di makan kerana

    beliau lambat untuk berfikir.

    4

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    5/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    4.1.2 Kebolehan Bekerjasama

    Dalam bab kerjasama di dalam kelas, responden saya ini sukar untuk memberikan

    kerjasama dalam sesuatu aktiviti di dalam kumpulan. Beliau lebih gemar untuk menerima

    semua cadangan atau hanya menunjukkan tanda setuju terhadap sesuatu perkara. Beliau

    tidak dapat memberikan cadangan atau idea ketika bermain dan berinteraksi dengan

    rakan. Beliau juga tidak menunjukkan minat serta tidak bersemangat dalam melibatkan

    diri bagi kerja-kerja berkumpulan. Beliau lebih gemar untuk melakukan sebarang aktivit

    secara bersendirian.

    4.1.3 Ketakutan Dan Keberanian

    Responden adalah seorang yang sangat mudah menangis dan menunjukkan emosi yang

    negatif dihadapan orang lain. Responden berani untuk ke tandas sekiranya ditemani oleh

    rakan sekelas. Ketakutan responden lebih terserlah apabila beliau diarahkan oleh guru

    untuk membaca ayat atau perkataan yang ditulis oleh guru di papan putih. Ini adalah

    kerana penglihatan responden tidak berapa baik serta tidak mempunyai kemahiran

    membaca yang baik.

    4.2 PEMBELAJARAN

    Pemerhatian juga saya laksanakan dalam bab pembelajaran responden. Terdapat banyak

    perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh responden. Perkara-perkara tersebut adalah :-

    Kemahiran membaca

    Kemahiran menulis

    Kemahiran mengira

    5

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    6/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    4.2.1 Kemahiran Membaca

    Responden tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Ini adalah kerana

    beliau mempunyai masalah penglihatan iaitu matanya sedikit juling. Beliau tidak dapat

    melihat dengan baik apabila sesuatu ayat atau perkataan yang ditulis oleh guru di papan

    putih. Oleh yang demikian beliau tidak menghiraukan apa yang diajar oleh guru

    seterusnya akan menyebabkan beliau ketinggalan dalam pembelajaran. Apabila melihat

    sesuatu, beliau akan cuba sengetkan kepalanya untuk melihat dengan lebih jelas. Perkara

    ini telah menyebabkan beliau rasa malu untuk belajar.

    4.2.2 Kemahiran Menulis

    Kemahiran menulis responden juga agak kurang kerana disebabkan oleh masalah

    penglihatan yang dihadapi. Beliau tidak dapat menulis sesuatu huruf dengan tepat kerana

    apa yang dilihat tidak sama dengan apa yang ditulis. Sesuatu huruf itu ditulis berdasarkan

    penglihatan beliau. Kadang-kadang, huruf yang ditulis itu hanyalah berbentuk simbul

    atau corak apabila guru mengarahkan menulis ayat. Sebaliknya berlaku jika diarahkan

    untuk menulis huruf atau perkataan. Beliau menunjukkan sedikit kemajuan sekiranya

    diarahkan menulis huruf atau perkataan. Ini disebabkan oleh huruf atau perkataan itu

    lebih senang dilihat dan lebih senang ditafsirkan oleh beliau.

    4.2.3 Kemahiran Mengira

    Kemahiran mengira merupakan satu kemahiran yang memerlukan keupayaan otak yang

    amat cerdas. Responden yang saya perhatikan ini juga mempunyai masalah dalam

    masalah mengira kerana beliau juga seorang murid yang lembam. Beliau lambat dalam

    6

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    7/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    menyelesaikan masalah matematik. Walaupun soalan yang diajukan itu merupakan asas

    sahaja dalam matematik. Contohnya soalan yang berkaitan dengan tambah dan tolak.

    Guru matematik beliau iaitu Pn. Juhanida Bt. Abdurahman telah cuba untuk memberi

    lebih perhatian kepada beliau, tetapi beliau masih menghadapi masalah tersebut. Ini juga

    adalah disebabkan oleh beliau lebih suka menerima cadangan dan tidak mahu bertanya.

    5. HALANGAN DALAM PROSES P&P YANG MENYEBABKAN MURID

    TIDAK BOLEH MAJU

    Saya juga telah membuat pemerhatian terhadap responden dalam proses P&P yang

    dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Saya telah memerhatikan dua proses P&P yang

    dijalankan di dalam kelas beliau iaitu bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.

    Pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua guru tersebut adalah proses P&P yang hanya

    melibatkan murid normal. Ini adalah kerana kelas yang diduduki oleh responden saya ini

    ialah kelas perdana atau kelas biasa. Saya perhatikan kepada responden saya yang sangat

    sukar menerima proses pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas kerana beliau

    tidak dapat melihat dengan baik apa yang ditulis oleh guru. Beliau lebih gemar untuk

    melakukan kerja sendiri daripada mendengar arahan guru. Guru tidak dapat memberikan

    lebih perhatian kepada beliau kerana di kelas tersebut mempunyai 39 orang murid. Jadi,

    perhatian guru tersebut terbatas kepada semua murid. Guru tidak dapat memberikan

    fokus terhadap seseorang murid itu dengan lebih lama. Ini menyebabkan responden saya

    ini tidak dapat perhatian yang sewajarnya daripada guru tersebut.

    7

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    8/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    6. PENDEKATAN

    Fokus kajian saya juga melibatkan beberapa pendekatan terutama dari aspek umur murid,

    kemahiran mengajar guru dan persekitaran.

    6.1 Umur

    Jika kita lihat, responden saya ini berumur 8 tahun atau berada di darjah dua. Dari aspek

    umur responden ini, kita sedia maklum bahawa responden akan dapat menguasai

    kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Tetapi beliau tetap

    ketinggalan dalam pembelajaran kerana guru yang mengajar mengikut kesesuaian umur

    seseorang murid dalam kelas. Boleh dikatakan responden saya ini dua tahun ketinggalan

    ke belakang di dalam mengusai kemahiran asas seperti membaca, mengira dan menulis

    disebabkan masalah yang dihadapi oleh beliau. Oleh sebab itu, responden saya ini tidak

    sesuai untuk berada di kelas perdana yang mempunyai murid-murid yang telah

    mempunyai perkembangan yang normal dalam aspek umur.

    6.2 Kemahiran Mengajar Guru

    Kemahiran mengajar guru juga saya perhatikan di dalam proses P&P yang dijalankan di

    dalam kelas responden saya ini. Kebanyakkan guru yang mengajar hanya menggunakan

    kemahiran mengajar untuk murid-murid yang normal. Teori Behaviourisme boleh

    diaplikasikan oleh guru di dalam kelas contohnya pembelajaran bacaan dapat berlaku

    melalui latihan, pembiasan atau pengalaman. Oleh itu, guru hendaklah melibatkan murid-

    murid dalam pengajaran atau dikenali pengjaran berpusatkan murid seperti mengadakan

    aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya. Dalam kes

    8

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    9/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    responden saya ini, guru jarang sekali memberi perhatian yang lebih terhadap responden

    saya. Ini adalah kerana murid yang berada di kelas tersebut adalah seramai 39 orang. Ini

    menyukarkan guru untuk menggunakan kemahiran berpusatkan murid. Guru lebih gemar

    menggunakan kemahiran berpusatkan guru yang mana hanya penerangan demi

    penerangan yang dibuat tanpa mendapat respon daripada murid. Responden saya sangat

    sukar untuk menerima kemahiran seperti ini kerana beliau seorang yang lembam. Beliau

    tidak akan bertanya soalan kepada guru, sebaliknya hanya bersetuju dengan apa yang

    diajar oleh guru tersebut walaupun beliau tidak faham. Ini terbutki apabila selesai proses

    P&P saya mengambil kesempatan untuk menemubual responden. Apabila soalan

    diajukan samada beliau faham atau tidak faham, beliau hanya diam dan tidak berkata apa-

    apa. Saya juga cuba memberikan soalan yang berkaitan dengan pembelajaran yang

    berlaku, ternyata beliau tidak dapat menjawabnya dengan baik.

    6.3 Persekitaran

    Persekitaran atau suasana belajar yang kondusif memainkan peranan yang penting dalam

    membantu murid mencapai objektif pembelajaran. Dalam kes ini, responden saya tidak

    mendapat suasana belajar yang sewajarnya kerana beliau berada di kelas perdana yang

    mana melibatkan kebanyakkan murid normal dari segi kemahiran asas. Oleh yang

    demikian, responden tidak dapat bertindak balas dengan persekitarannya kerana

    responden tidak dapat mendengar serta melihat dengan baik. Responden akan berasa

    malu untuk melibatkan diri dengan persekitarannya kerana merasa memiliki kekurangan

    diri. Dalam pada itu juga, ada di antara rakan-rakannya mengejek serta mengusik beliau

    9

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    10/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    dengan kelemahan yang ada pada responden. Ini telah menyebabkan responden lebih

    malu untuk menonjolkan diri di dalam kelas.

    7. CADANGAN TINDAKAN

    Bagi tujuan memberikan pembelajaran yang adil kepada responden, saya telah

    mencadangkan beberapa tindakan yang sewajarnya dilakukan untuk membantu

    responden supaya maju dalam pembelajarannya. Cadangan ini berkisar kepada dua faktor

    penting iaitu :-

    Guru

    Ibu bapa

    7.1 Guru

    Di dalam pembelajaran di kelas guru perlulah menggunakan kemahiran yang sesuai

    untuk semua murid supaya murid-murid yang lemah atau menghadapi masalah

    ketidakupayaan ini tidak ketinggalan dalam proses P&P. Guru perlulah menggunakan

    pendekatan yang berbeza sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah

    ketidakupayaan di dalam sesebuah kelas. Pendekatan yang paling sesuai ialah

    berpusatkan murid. Guru hendaklah melibatkan semua murid dalam proses P&P yang

    dijalankan. Penumpuan yang lebih hendaklah diberikan kepada murid yang mempunyai

    masalah ketidakupayaan.

    10

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    11/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    7.2 Ibu Bapa

    Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Ibu bapa

    perlulah lebih fokus dalam menghadapi masalah anak yang mempunyai masalah

    ketidakupayaan. Dalam kes responden ini, ibu bapanya hendaklah berjumpa dengan

    doktor dan meminta nasihat daripada doktor supaya responden ditempatkan di sekolah

    khas yang mana tempat yang lebih sesuai kepada responden. Ini adalah bertujuan supaya

    responden tidak ketinggalan dalam pelajaran. Di sekolah khas terdapat kemahiran yang

    khusus yang diajar kepada murid yang mengalami masalah ketidakupayaan. Sekiranya

    semua pihak bertanggungjawab dalam menghadapi masalah ini, saya yakin bahawa

    responden akan lebih maju dalam pelajarannya.

    11

  • 8/6/2019 kajian kes noraini

    12/12

    Mohd Fadzil Izham B. Moahamd ( 820407115015 ) ( 1020727 ) ISED 3 Sec. 18

    8. PENUTUP

    Kajian yang saya jalankan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana murid yang

    mempunyai ketidakupayaan dapat belajar bersama-sama murid normal yang lain. Tetapi

    ternyata murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan tidak boleh berada di kelas

    perdana kerana proses P&P yang berlaku sangat tidak sesuai dengan kebolehan serta aras

    mereka. Responden saya telah menunjukkan situasi di mana beliau tidak dapat mengikuti

    sepenuhnya proses P&P yang berlaku di dalam kelas. Beliau lebih gemar untuk bermain

    sendirian atau membuat kerja sendiri daripada memberikan tumpuan terhadap guru yang

    sedang mengajar. Perkara ini berlaku disebabkan oleh pendekatan atau pun kemahiran

    yang dilaksanakan di dalam kelas perdana sangat tidak sesuai kepada murid yang

    menghadapi masalah ketidakupayaan. Dalam pada itu, semua pihak diharap dapat

    menyedari akan hal ini supaya murid-murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan

    tidak dihantar ke sekolah-sekolah biasa. Ini bagi mengelakkan murid-murid ini

    ketinggalan dalam pembelajaran. Tempatkanlah mereka di sekolah-sekolah khas supaya

    mereka mendapat pendidikan yang secukupnya sama seperti murid-murid normal yang

    lain.

    12