Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

download Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

of 12

Transcript of Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    1/12

    KAJIAN MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR: SEBAB DAN CARA MENGATASINYA.

    1.0 Pendahuluan

    Dewasa ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita berkaitan dengan kemerosotan disiplin dalam

    kalangan pelajar sekolah di negara kita seperti yang disiarkan di media massa arus perdana. Hal ini telah

    menimbulkan keresahan anggota masyarakat terutama sekali ibu bapa, pihak sekolah dan pemimpin

    negara. Memang tidak dinafikan bahawa gejala kemerosotan disiplin atau tingkah laku pelajar sekolah

    sering dikaitkan dengan teori psikologi perkembangan remaja. Remaja dalam lingkungan umur antara 12

    hingga 18 tahun dianggap sebagai masa yang kritikal dalam peringkat perkembangan manusia.

    Mead (dalam Marcia, 1980) berpendapat bahawa zaman remaja ialah satu transisi dari zaman kanak-

    kanak ke alam dewasa. Pada waktu ini, pelbagai konflik berlaku ekoran daripada halangan-halangan

    yang berlaku ke atas diri mereka dalam mencari identiti. Sebaliknya konflik tidak akan berlaku sekiranya

    harapan dan segala kemahuan mereka dipenuhi. Rogers (1951) menyatakan bahawa konsep kendiri

    akan mempengaruhi tingkah laku. Oleh hal yang demikian, jika seseorang remaja mempunyai kendiri

    yang rendah akan menyebabkan mereka berkelakuan memencilkan diri atau agresif. Di samping itu,

    remaja yang mempunyai kendiri yang rendah cenderung dan akur kepada tekanan sosial, tiada

    keyakinan diri, terpinggir dan membuat penilaian yang salah dan bergantung kepada penilaian yang

    dibuat oleh orang lain berbanding dengan remaja yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi.

    1.1 Definisi Disiplin

    Awang Had Salleh (1977) menyatakan bahawa umumnya orang menganggap disiplin sebagai

    ketenteraan dan pengawasan tingkah laku dengan kekerasaan, iaitu hukuman fizikal. Manakala Ee Ah

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    2/12

    Meng (1985) disiplin merupakan peraturan yang telah dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat

    bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.

    Ahli Pemikir moden berpendapat bahawa disiplin adalah pengawasan yang sepatut dibina dalam diri

    bagi mandapat cara hidup yang teratur dan sistematik supaya masa dan tenaga individu dapat

    digunakan sebaik mungkin.

    Kesimpulannya, disiplin merupalkan konsep yang mempunyai pengertian yang yang luas dan

    mempunyai pelbagai tafsiran. Seterusnya, disiplin mempunyai kaitan dengan tatasusila, kesopanan dan

    akhlak. Pelajar yang berdisiplin sentiasa rasional, keyakinan diri dan mempunyai ketabahan hati, setia

    kepada sekolah dan negara. Seseorang yang berdisiplin beradab, sentiasa menjaga ketertiban, berakhlak

    mulia, mematuhi ajaran dan nilai-nilai agama dan kebudayaan yang dianuti.

    1.2 Objektif

    Objektif esei ini ialah;

    i) Mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar

    ii) Mengenal pasti strategi-strategi yang kreatif dan inovatif dalam menangani masalah kemerosotan

    disiplin

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    3/12

    2.0 Latar Belakang MRSM Kota Putra

    MRSM Kota Putra yang terletak di Besut Terengganu telah mula beroperasi pada tahun 1998.

    Pengambilan pelajar yang pertama seramai 450 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4. Oleh

    sebab, permintaan pelajar untuk belajar di MRSM semakin bertambah pada setiap tahun maka MARA

    telah membina beberapa MRSM baru bagi menampung permintaan tersebut. Pada tahun 2003, MRSM

    Kota Putra telah telah mula mengambil pelajar tingkatan satu seramai 180 orang. Kini MRSM Kota Putra

    mempunyai 850 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan Lima.

    Pengetua MRSM Kota Putra sekarang ialah Hj Abdullah Bin Abdul Rahman. Ekoran pertambahan pelajar

    yang begitu ramai maka pelbagai prasarana telah dibina bagi memberi kemudahan kepada pelajar untuk

    menimba ilmu di sini.Mulai tahun 2009 MRSM Kota Putra mengorak langkah dengan memperkenalkan

    program baru iaitu hafazan Al-Quran dan Kemahiran Asas Tingkat 1 (KAT1). Nama MRSM Kota Putra juga

    turut mengalami perubahan dengan nama MRSM (Agama) sejajar degan program baru yang

    diperkenalkan.

    Apabila sesebuah institusi itu ditubuhkan maka sudah pasti peraturan dan garis panduan dirancang dan

    didokumen bagi memastikan operasi dapat dijalankan mengikut panduan yang telah ditetapkan. Maka

    MRSM Kota Putra telah merangka beberapa peraturan dan garis panduan kepada pelajar agar

    kehidupan pelajar lebih selesa dan berkesan.

    Terdapat beberapa peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pelajar MRSM Kota Putra.

    2.1 Matlamat dan etika pelajar

    1. Mewujudkan iklim persekolahan dan pembelajaran yang selamat, bersih, segar dan prihatin

    2. Membantu pelajar menguruskan diri dan masa mereka dengan berkesan

    3. Membina budaya kerja cemerlang dan berakhlak mulia

    2.2 Peraturan Pelajar

    i) Peraturan kod pakaian

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    4/12

    ii) Peraturan ke kelas persediaan

    iii) Peraturan keluar ke bandar

    iv) Peraturan balik bermalam

    v) Peraturan dan tatatertib di asrama

    vi) Peraturan am penginapan pelajar

    vii) Peraturan keselamatan penggunaan peralatan elektrik di asrama

    viii) Peraturan keselamatan diri/harta semasa kebakaran

    ix) Keselamatan wang di asrama

    x) Keselamatan Umum

    2.3 Peraturan Disiplin Pelajar

    Pada bila-bila masa pelajar ditegah dan dilarang daripada melakukan atau terlibat atau membiarkan

    dirinya terlibat secara langsung atau tidak dalam apa perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan dan

    dibuktikan sebagai kesalahan disiplin atau melanggar tatatertib yang telah ditetapkan oleh pihak

    maktab.

    2.3.1 Kesalahan disiplin kategori amat berat

    Contoh: berzina, mengadakan hubungan luat tabie, merogol, mencabul kehomatan, mendera,

    menyimpan dan menjual dadah, merompak.

    2.3.2 Kesalahan disiplin berat

    Contoh: Menyimpan memiliki, mengedar jenis tembakau, Menyimpan memiliki, mengedar minuman

    keras, Menyimpan memiliki, mengedar bahan lucah, berkerjasama dengan pertubuhan haram,

    bergaduh, memalsukan dokumen, berjudi

    2.3.3 Kesalahan disiplin sederhana berat

    Contoh: menceroboh kawasan larangan, merosakkan harta benda sekolah, menipu, meniru dalam

    peperiksaan, bersubahat, memperagakan imej negatif, biadab, kelakuan tidak senonoh.

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    5/12

    3.0 Punca Kemerosotan Disiplin Pelajar MRSM Kota Putra

    3.1 Pihak Sekolah

    Suhaili Hakim (2007) menyatakan bahawa sekolah juga penyumbang kepada masalah kemerosotan

    disiplin dalam kalangan pelajar sekolah jika tidak ditangani dengan bijaksana.

    3.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran Guru yang Membosankan

    Gejala kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah sering dikaitkan dengan pengajaran dan

    pembelajaran (selepas ini ditulis P&P) yang membosankan. Memang tidak dinafikan bahawa guru yang

    tidak membuat persediaan yang rapi, pengajaran yang tidak menyeronokkan kurang mendapat

    perhatian pelajar tambahan pula pengajaran yang berpusatkan guru mencetuskan kebosanan dalam

    kalangan pelajar ketika P&P berlaku. Keadaan ini menyebabkan berlaku gangguan dalam P&P. Sebagai

    contoh, jika pelajar tidak memberi perhatian semasa P&P, guru akan mengambil tindakan dengan

    mendenda pelajar berkenaan seterusnya pelajar berkenaan akan bertindak ponteng kelas, ponteng

    sekolah dan menganggu rakan mereka sedang belajar. Jika tindakan guru lebih keras kemungkinan,

    pelajar berkenaan akan menyimpan dendam terhadap guru berkenaan. Malah yang lebih teruk lagi,

    pelajar berkenaan bertindak lebih agresif dengan merosakkan harta benda guru dan mencederakan dan

    memukul guru berkenaan.

    3.1.2 Keadaan Fizikal Bilik Darjah

    Persekitaran dan keadaan fizikal bilik darjah yang tidak kondusif mendorong kepada masalah

    pelanggaran disiplin oleh pelajar. Misalnya, keadaan kelas yang kekurangan kemudahan seperti kipas

    siling, lampu yang tidak berfungsi, tingkap, pintu yang rosak akan menyebabkan pelajar berasa rimas

    dan tidak selesa malah suasana kelas yang kurang ceria menyumbang kepada masalah ini. Tambahan

    pula, bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan ketidakselesaan dalam

    proses P & P menyumbang kepada kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar.

    3.2 Keluarga

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    6/12

    Masalah disiplin juga disebabkan faktor keluarga. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Sikap ibu

    bapa kurang memberi perhatian dan kurang memberi kasih sayang kepada anak-anak serta ibu bapa

    yang mementingkan kerjaya iaitu sibuk denga kerjaya akan mendorong kepada kemerosotan disiplin.

    Selain itu, ada sesetengah keluarga juga yang sarat dengan konflik dan kurang interaksi dengan anak-

    anak menjadi penyumbang kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

    Faktor sosioekonomi keluarga juga menjadi penyumbang kepada masalah disiplin. Misalnya, kemiskinan

    menyebabkan anak-anak terlibat dengan kes mencuri di sekolah kerana pelajar inginkan sesuatu seperti

    pelajar daripada golongan berada. Di samping itu, anak yang sering didera sama ada secara fizikal atau

    mental menyebabkan emosi pelajar tidak stabil. Ekoran daripada masalah yang berlaku dalam keluarga

    akan menyebabkan pelajar akan membawa masalah ini ke sekolah.

    Terdapat ibu bapa yang mengongkong anak-anak iaitu tidak memberi peluang kepada anak-anakmembuat keputusan seperti tidak membenarkan anak-anak keluar dari rumah kecuali bersama-sama

    mereka. Hal ini akan mencetuskan keresahan dalam kalangan pelajar.

    Keluarga yang porak-peranda seperti berlaku pergaduhan, perceraian dalam keluarga menyebabkan

    berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Misalnya, ibu bapa sering bertengkar menyebabkan

    anak berasa bosan berada di rumah seterusnya anak akan mencari jalan penyelesaian di sekolah dengan

    cara yang salah iaitu melanggar disiplin. Konflik antara anak-anak dan ibu bapa di rumah menyebabkan

    anak-anak bersikap ganas. Oleh itu, mereka ingin mencari kebebasan di luar rumah dan akan terbawa-

    bawa ke sekolah. Keadaan menjadi lebih kronik apabila berlakunya penderaan, lari dari rumah,

    melakukan jenayah serta menyisihkan diri daripada keluarga dan masyarakat.

    3.3 Masyarakat

    Pengaruh sosial juga boleh menyumbang kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Pelajar yang

    merasakan bahawa kehadiran mereka dalam masyarakat tidak penting malah menyusahkan masyarakat

    akan mendorong mereka ke kancah yang tidak bermoral. Misalnya, remaja yang tidak mendapatperhatian daripada masyarakat akan mendorong ke arah yang negatif iaitu menyertai kumpulan subersif

    seperti skinhead, blachmetal, punk dan sebagainya. Ekoran daripada itu, meraka akan bersatu

    seterusnya melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang negara seperti ragur, rompak, buli

    dan sebagainya.

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    7/12

    Menurut Omardin Ashaari (1996) masalah disiplin pelajar merupakan kesan yang timbul dari faktor

    luaran yang wujud di persekitaran mereka. Pengaruh luaran seperti budaya lepak di pusat beli-belah

    punca pelajar kurang minat terhadap pelajaran dan melakukan tingkah laku negatif di dalam bilik darjah.

    Pergaulan dengan golonga belia yang lebih tua daripada mereka sering menjerumuskan terhadap

    kegiatan kurang sihat.

    3.4 Rakan Sebaya

    Rakan sebaya merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar. Tidak hairanlah bahawa rakan

    merupakan tempat pelajar berkongsi idea, pengalaman dan meluah perasaan. Malah rakan dianggap

    sebagai pelengkap kepada perkembangan seseorang pelajar sama ada menjurus kepada tingkah laku

    yang positif atau negatif. Tanpa rakan sebaya seseorang tidak akan mendapat maklum balas mengenai

    kesesuaian personaliti. Nilai murni seperti jujur, amanah, toleransidapat dipelajari daripada rakansebaya. Pengaruh negatif daripada sebaya juga tidak kurang hebatnya seperti lepak, bohsia, bohjan,

    menghisap rokok, dadah dan sebagainya mempengaruhi remaja. Keadaan ini menimbulkan masalah

    disiplin pelajar jika tidak ditangani dengan bijaksana.

    3.5 Media Massa

    Seperti yang sedia maklum, pada masa kini syarikat penerbitan berlumba-lumba menerbitkan bahan

    untuk tatapan penonton dan pembaca. Kita didedahkan dengan rancangan di kaca televisyen yang

    menarik dan menghiburkan malah di intenet juga tidak kurang hebatnya dan kita akan lebih terujaapabila melayarinya. Bahan yang diterbitkan mempunyai beberapa tujuan sama ada bertujuan untuk

    mendidik, mengajar, menambah pengetahuan, hiburan dan sebagainya. Penerbitan ini memberi impak

    yang negatif dan positif kepada remaja khususnya pelajar sekolah. Mengikut teori komunikas, media

    massa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pelajar terutama mereka yang menonton televisyen

    lebih daripada empat jam. Apabila pelajar sudah terpengaruh menyebabkan mereka cuba mengaplikasi

    kepada rakan mereka dengan tindakan yang bertentangan dengan peraturan dan norma-norma yang

    telah ditetapkan oleh pihak sekolah,

    4.0 Strategi Kreatif Menangani Kemerosotan Disiplin Pelajar

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    8/12

    4.1.1 Memperkasa Bidang kokurikulum

    Bidang kokurikulum sebagai agen pengimbang dalam sistem pendidikan yang bertujuan untuk

    mengembangkan potensi dan bakat serta minat pelajar selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan (FPK) iaitu bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani.

    Yang pada akhirnya untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

    Bidang kokurikulum yang dibahagikan kepada tiga komponen iaitu persatuan, sukan dan badan uniform

    sudah pasti dapat melahirkan pelajar yang berbakat dan berpotensi seterusnya melahirkan pelajar yang

    mempunyai sahsiah yang terpuji.

    Penglibatan pelajar dalam kokurikulum khususnya badan uniform yang menekankan pembentukkan

    disiplin diri pelajar. Pelajar dilatih dengan ketepatan masa, mematuhi arahan ketua, sentiasa bersedia

    dan semangat juang serta kerjasama yang tinggi mampu membendung pelajar daripada terjerumus ke

    kancah kesalahan disiplin. Melalui aktiviti bersukan, penekanan diberi terhadap kekuatan fizikal danmental. Pelajar akan didedahkan dengan teknik dan kaedah yang membolehkan pelajar mempunyai

    tahap kesihatan yang baik seterusnya melahirkan generasi yang mempunyai badan yang cergas dan

    minda yang cerdas. Oleh itu, dengan memperkenalkan dan memperkasakan kokurikulum mampu

    menangani salah laku dalam kalangan pelajar.

    4.1.2 Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling

    Zaman remaja dikatakan sebagai suatu zaman anak muda mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan

    yang hebat. Mereka yang mempunyai semangat daya juang dan daya saing yang tinggi serta

    diperkukuhkan dengan didikan agama yang sempurna sahaja mampu melawan segala cabaran tersebut.

    Oleh itu, peranan kaunselor pelajar memainkan peranan untuk menerapkan daya juang dan daya saing

    dalam diri pelajar untuk menangani masalaha disiplin pelajar. Kaunseling dan bimbingan adalah proses

    terbaik kerana mereka lebih mengutamakan kebajikan pelajar, keselamatan, bersikap adil dan

    bertanggungjawab merahsiakan segala maklumat pelajar yang bermasalah agar pelajar yang bermasalah

    berubah tingkah laku seterusnya menjadi contoh kepada pelajar lain. Unit kaunseling sekolah

    menganjurkan program terhadap pelajar bermasalah seperti kem jati diri, kem motivasi, kem

    kepimpinan dan sebagainya. Melalui program ini membolehkan pelajar mempunyai jati diri yang tinggi,sahsiah yang tinggi, dan daya saing dan daya juang yang tinggi.

    4.1.3 Kelab Pencegahan Jenayah

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    9/12

    Untuk menangani kemerosotan disiplin juga, pihak sekolah menubuhkan kelab pencegahan jenayah

    dengan bantuan pihak polis dan NGO yang berkaitan. Ahli-ahli kelab terdiri daripada pengawas. Kelab ini

    dapat membantu guru atau warden membuat rondaan di asrama dan di kelas. Mereka sebagai mata dan

    teliga kepada pihak sekolah dan pihak polis. Dengan ini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar dapat

    diatasi.

    4.1.4 Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

    Setiap sekolah mempunyai PIBG, jadi pihak sekolah boleh berganding bahu dengan PIBG menangani

    masalah displin, Mereka perlu diberi penjelasan dan kefahaman mengenai peraturan dan garis panduan

    yang berkaitan dengan gejala disiplin mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Sekiranya berlaku

    salah laku disiplin, ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak masing-masing dan tidak menunding

    jari kepada pihak sekolah ataupun membiarkan pihak sekolah mengatasinya secara bersendirian. Ibubapa juga perlu perkukuhkan dengan didikan agama yang secukupnya terhadap anak-anak melalui

    penilaian KAFA atau pendidikan moral. PIBG juga boleh menganjurkan kursus atau seminar kemahiran

    keibubapaan kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh PIBG

    sangat penting bagi memastikan ibu bapa cakna terhadap sekolah dan pelajar seterusnya masalah

    disiplin dapat ditangani dengan berkesan.

    4.1.5 Minggu Kesihatan dan Pendidikan Kesihatan

    Program yang dianjurkan dengan kerjasama pejabat kesihatan ini sangat penting terhadap pelajar

    kerana melalui program ini pelajar akan diterapkan dengan ilmu kesihatan khususnya ilmu penjagaan

    diri, selain ilmu yang diajarkan di dalam kelas melalui pendidikan Islam dan pendidikan moral.

    4.1.6 Kursus Kepimpinan Pelajar

    Kursus ini diadakan setiap tahun di sekolah-sekolah yang bermatlamatkan melahirkan insan yang

    mempunyai daya kepimpinan yang unggul. Kursus ini boleh diadakan dengan kerjasama Biro

    Tatanegara. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kaedah untuk melahirkan ciri-ciri

    pemimpin yang berwibawa dan karismatik . Selain pengawas, kursus yang dianjurkan oleh BTN ini juga

    boleh disertai oleh pelajar yang bermasalah dengan menggunakan pendekatan dan modul yang berbeza

    seperti untuk memupuk jati diri, sahsiah terpuji dan sebagainya. Kursus ini pernah diadakan di beberapa

    buah MRSM dan MARA yang bermatlamatkan untuk melahirkan jati diri yang unggul dalam diri pelajar.

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    10/12

    4.1.7 Ponteng Sifar

    Kempen ponteng sifar juga adalah salah satu program yang boleh menangani masalah disiplin dalam

    kalangan pelajar. Kempen ini boleh dilaksanakan melalui seminar, bengkel dan kursus malah sebaik-

    baiknya mendapat kerjasama dengan pihak RELA, polis, masyarakat setempat dan NGO.

    4.1.8 Melaksanakan Sistem fail Disiplin Sekolah

    Setiap minggu, Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) mengadakan mesyuarat untuk mendapat maklum balas

    bagi penambaikkan dan memantapkan fail disiplin sekolah. Pelajar yang melakukan kesalahan disiplin

    serius atau berulang kali, ibu bapa akan dipanggil oleh pihak sekolah untuk menjadi saksi semasa

    membuat akur janji tidak melakukan kesalahan yang berulang dan disaksikan oleh pengetua dan ibu

    bapa. Manakala hukuman bergantung kepada budi bicara guru disiplin atau pengetua sekolah. Sebelum

    hukuman dijatuhkan, LDP akan meyiasat kes tersebut secara terperinci dan jika didapati ada bukti kes

    maka pelajar tersebut akan dijatuhkan hukuman yang setimpal. Pelajar tersebut diberi peluang untuk

    membela diri seterusnya mengemukakan rayuan bertulis. Akhir sekali, setiap pelajar yang melakukan

    kesalahan disiplin akan dicatat kesalahannya di dalam fail disiplin sekolah.

    4.1.9 Semua Guru Adalah Guru Disiplin

    Teradapat dalam kalangan guru yang kurang mengambil berat terhadap masalah kebajikan dan disiplin

    pelajar dengan menganggap soal disiplin adalah tanggungjawab guru disiplin dan kaunselor sahaja.

    Tanggapan begini menyebabkan punca berlakunya salah laku pelajar sukar dikenalpasti sedangnkan

    penyelesaian dalam masalah disiplin perlu disegerakan.

    5.0 Cadangan Langkah Pemantapan Disiplin di MRSM Kota Putra

    5.1 Suburkan Amalan Keagamaan

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    11/12

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan menetapkan asas yang cukup mantap sebagai saksi pembangunan

    insan iaitu pembinaan kesucian rohani serta faktor kepercayaan kepada tuhan. Dengan kata lain, budaya

    beragama mesti disuburkan dalam setiap aktiviti pendidikan sama ada dalam bidang kokurikulum dan

    kurikulum. Matlamatnya tidak lain tidak bukan untuk pembinaan dan pengukuhan akidah kerana

    kerohanian akan membantu pembentukan akhlak mulia seseorang pelajar. Dengan itu, terjelmalah

    tanggungjawab moral dan sikap mulia dalam setiap aspek kehidupan pelajar.

    5.2 Kaji Semula Hukuman

    Omardin Ashaari (1996) menyatakan bahawa hukuman berbentuk deraan fizikal menimbulkan rasa

    kecewa malah lebih bermasalah daripada membantu proses pembelajaran. Malah, hukuman berbentuk

    deraan mendatangkan kesan lebih buruk seperti timbul perasaan dendam terhadap pihak sekolah.

    Memang tidak dinafikan bahawa kaedah denda yang diamalkan mampu mengatasi masalah disiplinpelajar. Namun, hukuman yang terbaik ialah dengan memberi kesedaran kepada pelajar terhadap

    kesalahan yang dilakukan seperti mengadakan perbincangan dengan ibu bapa, lawatan ke rumah dan

    sebagainya.

    5.3 Pengurusan dan Kepimpinan Yang Berwibawa

    Pengurusan dan kepimpinan yang berwibawa menggerakkan organisasi bagi menjalankan tugas seterus

    mencapai matlamat dan objektif. Pemimpin perlu memiliki sahsiah dan akhlak yang terpuji untuk

    menjadi suri teladan kepada pelajar supaya kita dikatakan guru kencing berdiri, murid kencing berlari.Pemimpin juga perlu mengamalkan dasar pintu terbuka iaitu sedia mendengar, menerima pandangan

    dan kritikan serta mengamalkan amalan muafakat dan musyawarah dalam membuat sesuatu

    keputusan.

    5.4 Menapis dan Mengawal Media Massa

    Antara cabaran yang terbesar yang mendepani para pelajar masa kini ialah corak rangsangan yangditerima sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Tambahan pula, dasawarsa ini

    perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya internet yang dikenali sebagai lebuh raya

    maklumat dan dunia tanpa sempadan merupakan penyumbang kepada salah laku pelajar. Oleh itu,

    pihak kerajaan perlu menapis dan mengawal bahan yang disiarkan dan diterbitkan ini kerana boleh

    merosakkan akidah, minda, gaya hidup pelajar. Sekiranya kawalan dan tapisan ini tidak dilaksanakan

  • 7/30/2019 Kajian Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

    12/12

    dengan baik maka segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk menangani

    masalah disiplin pelajar menjadi sia-sia.

    5.0 Kesimpulan

    Akhirulkalam, dapatlah dikatakan bahawa salah laku dalam kalangan pelajar masa kini didorong oleh

    beberapa faktor seperti iklim bilik darjah, rakan sebaya, persekitaran, media massa dan sebagainya.

    Guru merupakan golongan yang sering mendapat perhatian masyarakat maka rebah bangun merekalah

    menjadi barisan hadapan dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Namun begitu,

    peranan ibu bapa tidak boleh diketepikan kerana pendidikan itu bermula dari rumah malah hadis nabi

    ada menyatakan bahawa anak-anak ibarat kain putih ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada ingin

    menjadi majusi dan nasrani. Walau bagaimanapun, pihak lain juga berperanan dalam menangani

    masalah ini seperti media, masyarakat dan sebagainya.

    Bibliografi

    1. Awang Had Salleh, 1977, Bumiputera Dalam Pendidikan Sebuah Tinjauan Dari Konsep

    Pendemokrasian Peluang Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

    2. Dewan Siswa, Julai 2007, Dawama Sdn Bhd, Ampang Selangor

    3. Ee Ah Meng, 1985, Pedagogi Untuk Guru, Fajar bakti, Petaling Jaya

    4. Gragey, William, 1970, The Psychology of Diciplines, University of London, London

    5. Marcia, J.E, 1980, Identity in Adolescene. Handbook of Adolescent psychology of Being, New York

    6. Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd Amin, 1988, Psikologi Remaja, Fajar Bakti, Petaling Jaya