Kajian Pasaran Keropok Ikan.pdf

23
1 Kajian ini dibuat ekoran arahan daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian yang bertujuan mengkaji potensi industri berasaskan ikan. Untuk itu, FAMA telah diminta untuk mengenalpasti dan menyediakan maklumat berkaitan dengan industri keropok di Malaysia. Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan industri pertanian sebagai tunggak pertumbuhan negara menjelang 2020 menerusi peranan pertanian sebagai pengeluar bahan makanan, pembekal bahan mentah agri-industri dan pasaran keluaran sektor pertanian, kerajaan menerusi Dasar Pertanian Negara ke 3 (DPN 3) telah memperuntukkan sejumlah RM1530 juta kepada Jabatan Perikanan berbanding cuma RM 532 juta dalam Rancangan Malaysia ke 7 (RM7). Ia jelas menunjukan bahawa kerajaan serius dalam meningkatkan industri perikanan dan dalam usaha untuk memajukan sektor tersebut, beberapa pendekatan dan garis panduan baru telah ditetapkan. Antaranya: ! Tumpuan lebih kepada industri/komoditi keutamaan ! Galakan pembangunan teknologi baru ! Meningkatkan pembangunan industri nilai tambah PENDAHULUAN

Transcript of Kajian Pasaran Keropok Ikan.pdf

  • 1

    Kajian ini dibuat ekoran arahan daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian yang

    bertujuan mengkaji potensi industri berasaskan ikan. Untuk itu, FAMA telah diminta

    untuk mengenalpasti dan menyediakan maklumat berkaitan dengan industri keropok di

    Malaysia.

    Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan industri pertanian sebagai tunggak

    pertumbuhan negara menjelang 2020 menerusi peranan pertanian sebagai pengeluar

    bahan makanan, pembekal bahan mentah agri-industri dan pasaran keluaran sektor

    pertanian, kerajaan menerusi Dasar Pertanian Negara ke 3 (DPN 3) telah

    memperuntukkan sejumlah RM1530 juta kepada Jabatan Perikanan berbanding cuma RM

    532 juta dalam Rancangan Malaysia ke 7 (RM7). Ia jelas menunjukan bahawa kerajaan

    serius dalam meningkatkan industri perikanan dan dalam usaha untuk memajukan sektor

    tersebut, beberapa pendekatan dan garis panduan baru telah ditetapkan. Antaranya:

    ! Tumpuan lebih kepada industri/komoditi keutamaan

    ! Galakan pembangunan teknologi baru

    ! Meningkatkan pembangunan industri nilai tambah

    PENDAHULUAN

  • 2

    Kajian ini telah dijalankan bermula 1hb Februari 2002 sehingga Mei 2002. Ianya telah

    dijalankan serentak di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat lengkap dan

    terperinci

    Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengetahui:

    1. Menentukan saiz industri (pengeluaran) keropok:

    " Bilangan pengusaha

    " Jenis yang dikeluarkan

    " Kuantiti dihasilkan

    " Bahan mentah digunakan

    " Pengeluaran ikut negeri

    " Cara pemasaran

    2. Perantara pasaran

    3. Citarasa pengguna

    4. Masalah dihadapi

    .

    OBJEKTIF KAJIAN

    LATARBELAKANG KAJIAN

  • 3

    Keropok adalah sejenis makanan ringan yang lazimnya diproses daripada ikan, udang

    atau sotong diadun bersama tepung kanji dan/atau tepung sagu sebagai rencah utama.

    Mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, keropok mestilah

    mengandungi komponen berasaskan ikan yang digaul dengan tepung kanji dengan atau

    tanpa perencah.

    Keropok ikan yang belum digoreng hendaklah mengandungi:

    ! Bagi keropok ikan yang dihasilkan daripada ikan segar selain dari krustasean

    dan moluska, kandungan protein hendaklah tidak kurang daripada 15%.

    ! Bagi keropok yang dihasilkan dari krustasean dan moluska, kandungan

    protein hendaklah tidak kurang daripada 6.9% .

    Produk yang boleh dihasilkan melalui industri pemprosesan ikan merangkumi produk

    moden dan tradisional. Antara produk moden yang dihasilkan berasaskan ikan ialah sate

    ikan, shasimi, sausage, fish cake, fish ball dan fish fillet. Sementara produk tradisional

    pula antaranya ialah ikan kering, pekasam, jeruk dan keropok.

    LITERATURE REVIEW

  • 4

    Untuk kajian ini maklumat yang dikumpul melibatkan data primer dan data sekunder.

    Terdapat 2 kaedah yang dilaksanakan dalam mengumpul data primer:

    1. Survey Questionnaire

    2. Face To Face Interview

    Ia Melibatkan Tiga Peringkat Iaitu:

    1. Pengusaha/Pengeluar Industri Keropok

    2. Perantara

    3. Pengguna

    Melalui kaedah ini, maklumat asas berkaitan pengusaha dan perantara industri keropok

    dapat dikumpulkan melalui kaedah bancian 100%.

    Manakala kesemua maklumat-maklumat pengguna pula dikumpul berdasarkan kaedah

    Simple Randam Sampling atau persampelan rawak mudah.

    : Bilangan Responden Kajian Potensi Pasaran Keropok 2002

    Responden Bilangan (Orang) Pengusaha 366 Perantara 359 Pengguna 532 Jumlah 1257 Sumber: FAMA

    Seramai 1257 orang responden telah ditemubual semasa kajian ini dijalankan. Sila lihat

    Jadual 1 di atas sebagai rujukan.

    JADUAL 1

    METODOLOGI KAJIAN

  • 5

    : Peratusan Responden Ikut Negeri

    Peratusan (%) Negeri Industri Perantara Johor 7.67 12 Kedah 7.14 11 Kelantan 20.63 7 Melaka 0.26 9 N.Sembilan 0.26 8 Pahang 11.11 9 P.Pinang 0.53 10 Perak 1.32 1 Perlis 0.53 8 Selangor 2.12 8 Terengganu 40.74 6 K.Lumpur 0.79 7 Sabah 2.38 1 Sarawak 4.50 3

    Sumber : FAMA

    JADUAL 2

  • 6

    Hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini dapat dipecahkan dan dianalisa dari tiga

    sudut utama iaitu:

    ! Industri atau Pengeluar

    ! Perantara

    ! Pengguna

    ! INDUSTRI/PENGELUAR

    Daripada 366 orang pengusaha yang ditemubual, 360 orang adalah mewakili kaum

    Bumiputera. Manakala 6 orang lagi atau 2% (dari Jadual 3) terdiri daripada kaum selain

    Bumiputera. Sementara itu, bagi mendapatkan gambaran sebenar taraf perusahaan

    pengusaha keropok tempatan, sila rujuk Carta 1 di bawah.

    . : Milikan Perusahaan

    Milikan Peratusan (%) Bumiputera Bukan Bumiputera

    98% 2%

    Daripada peratusan milikan di atas dapat disimpulkan bahawa majoriti pengusaha

    keropok di Malaysia adalah terdiri daripada kaum Bumiputera . Sementara hanya

    sebahagian kecil sahaja kaum bukan Bumiputera yang terlibat dalam perusahaan ini.

    ANALISA KAJIAN

    0 1 0 0 2 0 0 3 0 0 4 0 0

    B ila n g a n

    Pe r s e o r a n g a n

    S y a r ik a t /K o n g s i

    K ila n gB im b in g a n

    CARTA 1: Taraf Perusahaan

    JADUAL 3

  • 7

    Dari segi pembayaran pula, terdapat dua kaedah utama yang menjadi pilihan iaitu:

    ! Tunai

    ! Kredit Didapati 70% memilih untuk menggunakan kaedah bayaran tunai manakala selebihnya

    30% memilih untuk pembayaran berkredit.

    >KAPASITI PENGELUARAN : Kapasiti Peralatan Dimiliki Peralatan Kapasiti (kg) Mesin bancuh 27-995,416 Mesin relai ikan 15-279,848 Mesin potong 25-268,115 Mesin pembungkus 6-169,535 Kuali 2-60,264 Peti sejuk 10-182,315 Stor bahan mentah 300-69,100 Bidar 30-318,583 Kawah 30-544,761 Lesung 110-570 Stor penyimpanan 900-11,500 Lain-lain 2411-162,111 : Peratus Pembuatan Keropok Bahan-bahan Peratusan (%) Kanji 25-40 Ikan 38-40 Sagu 7-20 Tepung Ubi 6-11 Garam 1-2 Minyak Masak 1-3 Serbuk Perasa 1-3

    JADUAL 4

    JADUAL 5

  • 8

    > PENGELUARAN IKUT BULAN

    Pengeluaran keropok tertinggi bagi tahun 2002 untuk seluruh negara adalah pada

    bulan April dengan kuantiti pengeluaran sebanyak 2,200 MT. Ini kerana

    permintaan adalah tinggi pada bulan tersebut. Manakala pada bulan Disember

    pula cuma sebanyak 585 MT keropok dihasilkan. Penurunan dalam pengeluaran

    ini adalah berpunca daripada faktor cuaca. Sebagaimana dimaklumi, musim

    tengkujuh bermula pada bulan Disember terutama di negeri-negeri di Pantai

    Timur dan ini mengakibatkan nelayan-nelayan tidak dapat turun ke laut untuk

    menangkap ikan. Kesannya, bekalan ikan untuk menghasilkan keropok akan

    berkurangan menyebabkan pengeluaran tidak dapat dihasilkan sebagaimana pada

    bulan-bulan biasa.

    Jan

    Mac

    Mei

    Jul

    Sep

    t

    Nov

    S1

    0

    500

    1000

    1500

    2000

    2500

    kg

    CARTA 2 : Kuantiti Pengeluaran Keropok (Kg) Ikut Bulan

  • 9

    > PENGELUARAN IKUT NEGERI

    Pengeluaran keropok secara keseluruhan mengikut negeri bagi tahun 2002 adalah

    sebanyak 211,795 MT. Kelantan mengeluarkan produk tersebut sebanyak 8,054

    MT iaitu mewakili 39% daripada keseluruhan pengeluaran. Manakala Terengganu

    pula menghasilkan sebanyak 5,470 MT keropok. Jika diamati, didapati pengeluar

    terbesar keropok adalah negeri-negeri di Pantai Timur dengan peratusan

    pengeluaran sebanyak 76% daripada jumlah keselurahan pengeluaran. Selebihnya

    iaitu 24% dikeluarkan oleh negeri-negeri di Pantai Barat, Sabah dan Sarawak.

    Fenomena ini wujud disebabkan faktor kesenangan bagi mendapatkan punca

    bekalan ikan untuk menghasilkan produk keropok. Ini kerana baik Kelantan,

    Terengganu dan Pahang terletak berdekatan Laut China Selatan.

    Secara amnya, keropok berasaskan ikan terbahagi kepada dua iaitu keropok

    keping dan keropok lekor. Bagi keropok keping, ianya boleh dipecahkan kepada

    beberapa jenis tertentu sebagaimana yang dinyatakan pada Jadual 6 di bawah.

    Maka, jumlah keropok keping yang dihasilkan ialah sebanyak 686 MT.

    Ia biasanya dihasilkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Bagaimanapun,

    kebaisaannya keropok keping boleh didapati dalam bentuk bulat dan berwarna

    kelabu kehitaman.

    CARTA 3 : Peratusan Pengeluaran Keropok (MT) Ikut Negeri

    Pantai Timur76%

    Pantai Barat24%

  • 10

    : Jenis Keropok Keping & Kuantiti Dihasilkan

    Jenis Kuantiti (MT) Mentah 656 Segera Sira Manis 10 Segera Sira Pedas 14 Lain-lain 8 Sementara itu, bagi keropok lekor pula jenis yang popular di kalangan penggemar

    keropok ialah dari jenis makan rebus dan makan goreng. Bentuk, saiz dan warna

    keropok ini biasanya berbentuk bulat panjang/silinder berwarna kelabu

    kehitaman. Jumlah yang dihasilkan adalah sebanyak 51 MT.

    : Jenis Keropok Lekor & Kuantiti Dihasilkan

    Jenis Kuantiti (MT) Makan Rebus 34 Makan Goreng 17

    : Jenis Keropok Yang Dipasarkan Oleh Perantara Di Seluruh Malaysia

    Jenis Kuantiti (MT) Keropok Keping 99 Keropok Segera 8 Keropok Lekor 144 Jumlah 251 Secara keseluruhannya, kuantiti keropok yang diedarkan oleh perantara di setiap

    negeri di Malaysia adalah sebanyak 251 MT. Sila rujuk Jadual 8 di atas bagi

    maklumat lengkap.

    JADUAL 6

    JADUAL 7

    JADUAL 8

  • 11

    > JENIS KEROPOK YANG DIKELUARAN

    Pengeluaran keropok keping secara keseluruhannya adalah berjumlah 739 MT. Ia

    merangkumi keropok keping mentah dengan pengeluaran sebanyak 656 MT iaitu

    mewakili 89% daripada kesemua pengeluaran keropok, keropok keping segera 74

    MT dan keropok lain-lain 8 MT. Bagi keropok keping segera, ia dipecahkan

    kepada dua jenis iaitu keropok keping segera sira manis dengan jumlah

    pengeluaran sebanyak 10 MT manakala keropok keping sira pedas pula dihasilkan

    sebanyak 14 MT. Sila lihat Carta 4 sebagai rujukan.

    Kebanyakan keropok keping yang dihasilkan adalah berbentuk bulat dengan

    warna kelabu kehitaman.

    Biasanya keropok mengandungi 90% kandungan ikan di mana ikan yang

    digunakan terdiri daripada ikan parang, tamban dan selayang.

    CARTA 4 : Jenis Keropok Keping Yang Dikeluarkan Seluruh Malaysia

    Kpg Segera7%

    K.Segera Sira manis

    1% K.Segera Sira Pedas

    2%

    Lain-lain1%

    Kpg Mentah89%

  • 12

    Harga keropok di pasaran dalam negeri adalah dalam julat RM1.00 RM15.00

    sekilogram. Perbezaan harga ini wujud mengikut negeri serta cara pemasarannya.

    > PEMASARAN

    Daripada Carta 5 di atas didapati, majoriti pengusaha keropok lekor memilih kaedah

    pemasaran jual sendiri dengan peratusan sebanyak 63%. Ini kemudiannya diikuti

    kaedah pemborong di mana peratusannya adalah 19%. Kedua-dua saluran pemasaran

    ini didapati lebih banyak digunakan oleh pengusaha keropok lekor berbanding kaedah

    lain.

    Selain itu juga berdasarkan kajian ini, didapati 93% keropok lekor dipasarkan dalam

    negeri manakala selebihnya iaitu 7% dipasarkan di luar negeri.

    Bagi keropok keping pula, kebanyakan pengusahanya turut memilih saluran pemasaran

    jual sendiri sebagai kaeadah pemasaran utama dengan peratusan 41% diikuti kaedah

    agen sebagai kaedah ke dua penting di mana peratusannya sebanyak 33%.

    Manakala 76% keropok keping dipasarkan dalam negeri dan 24% dipasarkan di luar

    negeri. Rujuk Carta 6 di bawah.

    Peruncit9%

    Lain-lain1%

    Jual sendiri63%

    Peraih2%

    Pemborong19%

    Agen6%

    Dalam negeri76%

    Luar negeri24%

    CARTA 5 : Peratusan Kaedah Pemasaran Keropok Lekor

    CARTA 6 : Luang Pemasaran Keropok Keping

  • 13

    Selain itu juga didapati harga jualan adalah berbeza mengikut saluran pemasaran. Bagi

    keropok keping, harga jualan yang biasa dikenakan oleh perantara adalah dalam julat

    RM4.00-RM15.00 sekilogram. Manakala bagi keropok lekor pula, harga dikenakan

    adalah sekitar RM1.00-RM11.00 sekilogram. Harga yang diterima oleh pengguna adalah

    lebih murah dan rendah jika dibeli terus daripada pengusaha keropok tersebut.

    ! PERANTARA Seramai 313 orang daripada jumlah keseluruhan 359 orang perantara menjual dan

    mengedarkan keropok di premis jualan mereka. Selebihnya iaitu 46 orang tidak menjual

    mahupun mengedarkan produk tersebut di premis mereka.

    Selain itu, ramai pengusaha yang tdak berminat untuk menjual mahupun mengedarkan

    produk berkenaan di premis jualan mereka kerana ianya tidak mendapat sambutan

    menggalakan daripada pembeli. Untuk maklumat lanjut, rujuk Carta 7 di bawah.

    >JENIS KEROPOK & KUANTITI DIPASARKAN Jenis keropok yang dipasarkan/dijual oleh perantara ialah keropok lekor dan keropok

    keping. Jumlah keseluruhan kuantiti jualan bagi kedua-dua jenis keropok ini ialah

    sebanyak 257 MT di mana kuantiti keropok keping sebanyak 112 MT dan keropok lekor

    sebanyak 144 MT.

    CARTA 7 : Sebab Perantara Tak Jual/Edar Keropok Di Premis

    T id a k d a p a t s a m b u la n

    T a k ta h u m a n a n a k

    c a r i p e m b e k a l

    T a k p e rn a h c u b a L a in - la in

    0

    5

    1 0

    1 5

    B ila n g a n

  • 14

    ! PENGGUNA

    Dari Carta 8 di bawah didapati jenis keropok keping yang paling digemari oleh pengguna

    dari sudut pandangan pengeluar/pengusaha keropok ialah keropok jenis sedia goreng. Ia

    mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 84% berbanding keropok keping jenis lain.

    Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati daripada 532 orang responden yang

    ditemubual, 493 orang atau 94% tahu tentang keropok. Sila rujuk Carta 9 di bawah bagi

    mendapatkan peratusan sebenar.

    Selain itu, 88% daripada responden tersebut tahu tentang jenis-jenis keropok yang ada di

    pasaran. Manakala selebihnya didapati tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang

    keropok.

    CARTA 8 : Peratusan Jenis Keropok Keping Yang Digemari Pengguna Dari Pandangan Pengeluar

    sedia goreng84%

    sira pedas5%

    segera biasa9%

    sira manis2%

  • 15

    Daripada kajian didapati 88% pengguna suka makan keropok (Carta 10). Manakala

    selebihnya iaitu 12% tidak begitu gemarkan makanan berasaskan ikan tersebut. Selain

    itu, kebanyakan pengguna hanya mengambil keropok dalam jangka masa kadang-

    kadang sahaja dalam diet makanan mereka. (Rujuk carta 11 di bawah).

    Berdasarkan kajian ini, didapati kuantiti keropok yang dibeli/dimakan oleh pengguna

    adalah sebanyak 3 MT sebulan. Pengguna tertinggi produk ini ialah penduduk di Sabah

    dengan jumlah penggunaan sebanyak 2 MT sebulan. Kebiasaannya keropok ini boleh

    didapati pada harga antara RM2-RM10 sekilogram.

    9 4 .2 6 %

    5 .7 4 %

    Y a Tid a k

    Ya88%

    Tidak12%

    CARTA 9 : Peratusan Pengguna Yang Tahu/Tidak Tentang Keropok

    CARTA 10 : P eratusan Pengguna Yang Suka/Tidak Makan Keropok

  • 16

    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini didapati keropok keping segera perisa ikan

    lebih digemari berbanding keropok-keropok lain. Sebanyak 59% pengguna memilih

    keropok jenis ini manakala 27% gemarkan keropok keping segera sira manis.

    Bagaimanapun, hanya 1% pengguna menyukai keropok lekor.

    Selain itu, 33% pengguna memperolehi bekalan keropok di pasar runcit, 28% pengguna

    mendapatkan produk tersebut di pasar awam dan 11% pengguna lain membeli keropok di

    super/hypermarket. Sementara itu 28% pengguna lain memilih outlet lain bagi

    mendapatkan bekalan keropok mereka.

    Dari kajian ini juga didapati 66% pengguna menggemari keropok manakala selebihnya

    34% tidak menyukai produk tersebut. Selain itu, 88% pengguna menggemari keropok

    kerana rasanya yang rangup dan 12% lagi menyukainya kerana rasanya yang sedap.

    0 20 40 60 80 100 120 140 160 180 200

    Hari-hari

    Seminggu

    Sebulan

    Kadang-kadangK

    eker

    apan

    Bilangan

    CARTA 11 : Kekerapan Pengguna Beli/Makan Keropok

    0%0%38%

    14%

    43%

    5%

    Tidak Sedap Sukar Diperolehi Tidak Tahan Lama Lain-lain

    CARTA 12 : Sebab-Sebab Pengguna Tidak Makan Keropok

  • 17

    Mengikut Carta 12 di atas, dapat dikenalpasti sebab-sebab pengguna tidak suka

    makan/gemarkan keropok. Antara sebab-sebabnya ialah rasanya yang tidak sedap, sukar

    untuk mendapatkan produk tersebut, produk ini tidak tahan lama dan lain-lain alasan

    lagi. Di sini dapat dilihat bahawa sebanyak 43% pengguna tidak suka makan keropok

    kerana ianya tidak sedap manakala 14% lagi mengatakan kerana tidak tahan jika

    disimpan lama. Sila rujuk Carta 12 di atas bagi mendapatkan peratusan secara

    keseluruhan.

    *Tiada data/maklumat pengguna bagi negeri Sarawak.

  • 18

    > FAMA SEBAGAI PROMOTER Daripada temubual yang dijalankan ke atas pengusaha keropok, 54% didapati

    menyokong FAMA sebagai promoter (rujuk Carta 13 di bawah) dalam mempromosikan

    produk mereka. Manakala selebihnya tidak bersetuju dengan usul tersebut kerana telah

    mempunyai pasaran mereka sendiri.

    >

    >BAHAN MENTAH YANG DIPERLUKAN DARI FAMA

    Berdasarkan Carta 14 di atas, didapati bahawa terdapat empat jenis bahan mentah yang

    paling utama diminta oleh pengusaha keropok daripada FAMA iaitu ikan, kanji, sagu dan

    tepung ubi di mana ikan merupakan bahan mentah tertinggi diminta (105 MT) diikuti

    dengan sagu (27 MT), tepung ubi (14 MT) dan kanji (11 MT).

    Bekalan ini adalah diperlukan daripada FAMA (jika FAMA berupaya membekalkannya)

    pada bila-bila masa sahaja ia diperlukan.

    CARTA 13 : Pemilihan FAMA Sebagai Promoter

    setuju54%

    tak setuju46%

    POTENSI PASARAN FAMA

    CARTA 14 : Bahan Mentah Diperlukan (Mt/Bulan)

    020406080

    100120

    Mt

    ikan sagu tepung ubi kanji

  • 19

    Masalah utama yang dihadapi pengusaha keropok ialah dalam mendapatkan bekalan

    ikan. Ini kerana wujud masalah dari segi harga ikan yang mahal dan kesukaran untuk

    memperolehinya secara berterusan. Ia mungkin terjadi kerana faktor cuaca

    memandangkan kebanyakan bekalan ikan diperolehi dari negeri-negeri di Pantai Timur.

    Oleh kerana wujudnya musim tengkujuh pada penghujung bulan setiap tahun bagi negeri-

    negeri tersebut, maka bekalan ikan tidak dapat disempurnakan sebagaimana bulan-bulan

    biasa.

    Jenis bantuan yang diperlukan oleh pengusaha-pengusaha keropok tempatan ialah dari

    segi bantuan mesin dan peralatan untuk membuat dan memproses keropok. Ini kerana

    kebanyakan pengusaha tersebut terdiri daripada kaum Bumiputera yang kurang

    mempunyai modal kewangan bagi mendapatkan mesin dan peralatan yang lebih moden.

    MASALAH DIHADAPI

  • 20

    Industri keropok berasaskan ikan di Malaysia berpotensi besar untuk dimajukan.

    Walaubagaimanapun, masih banyak lagi kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dan

    untuk itu beberapa langkah dan usaha perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak terlibat dan

    bertanggungjawab bagi meningkat dan mengembangkan lagi industri keropok tempatan.

    Antara langkah-langkah dan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dan diambil perhatian

    yang serius ialah:

    1. Bantuan Kerajaan Dari Segi Modal Fizikal Dan Modal Kewangan. Ini kerana majoriti pengusaha keropok tempatan merupakan pengusaha Bumiputera

    yang menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai modal wang

    yang mencukupi untuk mengembangkan perusahaan mereka.

    Kerajaan boleh membantu pengusaha ini dalam meningkatkan pengeluaran

    keropok mereka melalui pemberian insentif tertentu seperti peralatan

    membuat/memproses keropok yang lebih moden.

    2. Sistem Pemastian Kualiti Dalam Pengendalian Pemprosesan Dan Penyediaan Keropok.

    Kebersihan dan sanitasi adalah aspek penting dalam penyediaan makanan bagi

    menentukan makanan tersebut selamat untuk dimakan. Penyediaan makanan dalam

    keadaan yang tidak bersih boleh menimbulkan berbagai masalah seperti keracunan

    makanan. Walaupun industri keropok ini diusahakan secara kecil-kecilan oleh

    pengusaha tempatan, sewajarnya pengetahuan tentang kebersihan dan sanitasi tidak

    boleh dianggap ringan. Oleh itu semua yang terlibat dalam pemprosesan dan

    penyediaan keropok ini perlu didedahkan dengan maklumat berkaitan dengan

    kebersihan dan sanitasi agar keropok yang dihasilkan adalah bersih dan selamat

    daripada pencemaran.

    CADANGAN

  • 21

    3. Penerapan Sistem HACCP Dalam Industi Keropok HACCP atau Hazard Analysis and Critical Control Point diistilahkan sebagai

    bahaya titik kawalan genting dalam pemprosesan makanan. Titik kawalan genting

    ialah bahan, tempat, amalan atau proses jika tidak dikawal dan diawasi dengan betul

    akan membawa kepada pencemaran makanan. Sistem ini mengenalpasti punca

    bahaya makanan dan mengadakan sistem pengawasan. Ia juga menumpukan langkah-

    langkah pencegahan dalam setiap pemprosesan makanan dan bukannya analisis pada

    produk akhir. Dengan sistem HACCP ini akan dapat menambahkan lagi keyakinan

    pengguna terhadap keropok tempatan. Sehingga kini, Kementerian Kesihatan

    Malaysia sedang dalam usaha mewajibkan penerapan sistem HACCP dalam industri

    makanan.

    4. Pembungkusan Dan Perlabelan. Jika diperhatikan, aspek ini kurang diambil berat oleh pengusaha keropok tempatan

    sedangkan ianya penting dalam pemasaran keropok. Sewajarnya, elemen ini diambil

    perhatian yang serius kerana ia merupakan salah satu apek penting dalam kawalan

    mutu makanan. Penggunaan bahan pembungkusan yang sesuai dapat menentukan

    jangkamasa hayat produk dan penerimaan produk di pasaran. Rekabentuk

    pembungkusan dan label yang menarik serta mudah dikendalikan akan dapat

    meningkatkan penjualan dan mutu keropok yang dibungkus.

    5. Promosi Bagi mengembangkan dan meningkatkan lagi pengeluaran keropok tempatan,

    sewajarnya dilaksanakan promosi besar-besaran untuk memperkenalkan keropok

    sebagai salah satu makanan tradisional tempatan bukan sahaja kepada penduduk

    tempatan malah pelancong asing.

  • 22

    Perkembangan ekonomi, proses perbandaran dan saingan pulangan pelaburan daripada

    aktiviti-aktiviti lain memberi cabaran hebat kepada sektor pertanian di Malaysia. Oleh

    itu, perlunya kepada perubahan-perubahan yang agresif dan dinamik bagi menjadikan

    sektor pertanian lebih mantap, cekap dan berdaya saing yang tinggi dengan sektor

    perindustrian dan sektor-sektor lain.

    Ikan dan produk berasakan perikanan diketahui umum menjadi salah satu menu makanan

    utama penduduk di negara ini. Tambahan pula ia merupakan sumber protein penting dan

    mudah diperolehi.

    Oleh itu adalah dijangkakan bahawa produk perikanan ini akan memberikan impak yang

    besar dalam sektor pertanian secara amnya dan seterusnya akan meningkatkan

    permintaan terhadap produk ini secara khususnya. Ia merangkumi:

    ! Makanan kesihatan

    ! Makanan selamat

    ! Makanan berkualiti

    ! Persembahan menarik (termasuk pembungkusan)

    ! Makanan mudah peroleh (convenience food)

    ! Makanan segera/sedia masak

    ! Harga berpatutan

    Maklumat-maklumat berkaitan pengeluaran dan pemasaran keropok di Malaysia telah

    berjaya dikumpulkan melalui kajian ini. Selain itu, maklumat mengenai masalah yang

    dihadapi oleh pengusaha serta citarasa pengguna terhadap keropok turut diperolehi.

    Industri keropok adalah satu industri produk tempatan yang berpotensi besar untuk

    dimajukan. Sewajarnya industri ini dikembangkan dan diperkenalkan bukan sahaja

    KESIMPULAN

  • 23

    kepada penduduk tempatan malah kepada pelancong asing juga. Namun begitu,

    pengeluaran keropok perlu ditingkatkan dengan mengatasi masalah-masalah yang wujud

    dalam industri ini.

    Data kuantiti pengeluaran keropok yang diperolehi semasa kajian ini dijalankan

    memperlihatkan bahawa potensi pasaran keropok adalah baik dan mampu dikembangkan

    lagi. Walaubagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha keropok perlu

    ditangani dengan sewajarnya agar industri ini dapat berkembang dengan lebih pesat.

    Penglibatan kerajaan amat dan masih diperlukan jika pasaran keropok tempatan ingin

    diperluaskan.

    INDUSTRI/PENGELUARJenisJenis