kajian pencemaran

download kajian pencemaran

of 122

description

note

Transcript of kajian pencemaran

Microsoft Word - COVER

KEHIDUPAN LESTARI DI KAWASAN PEJIRANAN PERUMAHAN INDUSTRI: KAJIAN KES DI PASIR GUDANGMOHAMAD ZULEZZUAN BIN HASBIUNIIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: KEHIDUPAN LESTARI DI KAWASAN PEJIRANAN PERUMAHAN INDUSTRI: KAJIAN KES DI PASIR GUDANGSESI PENGAJIAN: 2007/2008Saya MOHAMAD ZULEZZUAN HASBI.(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (9 )SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)9 TIDAK TERHAD

Disahkan Oleh:(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)Alamat Tetap:NO. 42, KG BATU BALAI P.M. DR. MOHD ISMID MOHD SAID27030 JERANTUT Nama PenyeliaPahang DARUL MAKMURTarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)PENGESAHAN PENYELIASaya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.Tandatangan : ...................................................... Nama Penyelia : P.M. Dr. Mohd Ismid Mohd SaidTarikh : 28 April 2008Tandatangan : ......................................................Nama PenolongPenyelia

: Dr. Rozana ZakariaTarikh : 28 April 2008KEHIDUPAN LESTARI DI KAWASAN PEJIRANAN PERUMAHAN INDUSTRI: KAJIAN KES DI PASIR GUDANGMOHAMAD ZULEZZUAN HASBILaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan AwamFakulti Kejuruteraan AwamUniversiti Teknologi MalaysiaAPRIL 2008Saya akui karya ini yang bertajuk Kehidupan Lestari Di Kawasan Pejiranan Perumahan Industri: Kajian Kes Di Pasir Gudang adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.Tandatangan : ...................................................... Nama Penulis : Mohamad Zulezzuan Hasbi Tarikh : 28 April 2008Buat ibu dan ayah serta keluarga tercintaPENGHARGAANSyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan saya kesempatan dan kekuatan untuk menyiapkan projek ini. Selawat dan salam juga buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua.Setinggi-tinggi penghargaan saya dahulukan buat penyelia projek saya yang telah bertungkus-lumus mencurahkan ilmu dan memberikan bantuan, PM. Dr. Mohd Ismid Mohd Said.Seterusnya, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang turut memberikan nasihat dan dorongan semangat untuk saya melaksanakan projek ini.Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua teman seperjuangan, rakan sefakulti dan rakan yang banyak membantu. Nabilah, Izzat, Zuhaili, dan yang lain-lain, terima kasih sahabat.Akhir kata, terima kasih juga saya tujukan kepada individu yang banyak membantu terutama sekali buat Pak Usop, En. Ramli dan lain-lain. Semoga Allah merahmati kita semua. AminABSTRAKKehidupan lestari merupakan lantunan daripada impak negatif yang dibawa oleh pembangunan terhadap alam sekitar pada hari ini. Aktiviti-aktiviti manusia, keamatan dan pertumbuhan yang mendadak bersama dengan aktiviti industri sering merosakkan alam sekitar. Masalah seperti pencemaran udara dan bunyi serta peningkatan suhu adalah hasil daripada aktiviti perindustian yang akan memberi kesan terhadap kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai kehidupan lestari di pejiranan perumahan industri Pasir Gudang kerana Pasir Gudang adalah kawasan perindustrian yang pesat di Johor. Untuk mencapai objektif kajian, soal selidik terhadap penduduk di kawasan perumahan yang telah dipilih iaitu Taman Air Biru dan Taman Scientex dilakukan. Pengumplan data tapak juga dijalankan dengan menggunakan alat GrayWolf DirectSense TOX PPC Kit, MiniVol Portable Air Sampler and Meter Aras Bunyi. Parameter yang terlibat adalah sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), karbon monoksida (CO), partikel zarahan terampai (PM10), suhu dan bunyi. Data kemudiannya dibandingkan dengan piawaian dari World Health Organization (WHO) dan Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (RMG). Keputusan menunjukkan keamatan CO masih di dalam had yang di benarkan manakala bagi SO2 dan NO2, tiada data diperolehi. Bagi keamatan PM10 dan bunyi, nilai yang diperolehi telah melebihi had yang diluluskan. Maklumbalas daripada penduduk pula di dapati negatif. Majoriti penduduk di kawasan kajian mangadu dan tidak berpuas hati terhadap kondisi persekitaran dalam rumah mereka. Daripada kajian ini, dapat disimpulkan bahawa alam sekitar dan kehidupan di kawasan pejiranan perumahan industri Pasir Gudang kurang lestari.ABSTRACTSustainability living concept is the reflection of the negative impact caused by various developments on the environment today. Humanitys activities, unprecedented growth and intensity together with industrial activities often harm the environment. Problems such as poor air quality, climate changes and noise pollution results from the industrial activities, will affect the quality of humans life and to the natural environment. The aim of this study is to assess the sustainability living in residential- industrial neighbourhood at Pasir Gudang area due to Pasir Gudang as one of the largest industrial areas in Johor. In order to meet the objectives of this study, a set of questionnaire were distributed to the residents of Pasir Gudang at two selected location (Taman Scientex and Taman Air Biru). On site measurement also were carried out by using GrayWolf DirectSense TOX PPC Kit, MiniVol Portable Air Sampler and Sound Level Meter. The parameters involved were sulphur dioxide (SO2), nitrogen dioxide (NO2), carbon monoxide (CO), suspended particulate (PM10), temperature and sound. The data collected were then analyzed and compared with the standard of World Health Organization (WHO) and Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (RMG). Results showed that the concentration of CO still in the allowable limit while for SO2 and NO2, there was no concentration detected. But for PM10 concentration and sound level, the reading exceeded the limit. On the other hand, respond from the residents was negative. Majority of the residents in selected location were complained and not satisfied towards indoor environmental condition of their houses. Therefore, from this study, it can be conclude that the environment and life in residential industrial neighbourhood at Pasir Gudang area is less sustainable.ISI KANDUNGANBAB PERKARA MUKA SURATJUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACTISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAHSENARAI SINGKATAN DAN SIMBOLSENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xiixiii xvxvii1 PENGENALAN1.1 Pengenalan Kepada Masalah 11.2 Kawasan Kajian 41.3 Matlamat dan Objektif Kajian 51.4 Skop Kajian 62 KAJIAN LITERATUR2.1 Lestari 72.1.1 Definisi 72.1.2 Evolusi Lestari 82.1.3 Prinsip Lestari 112.1.4 Tahap Alam Sekiar Lestari 122.2 Indoor Environmental Quality (IEQ) 132.2.1 Indoor Air Quality (IAQ) 142.2.2 Ventilasi 142.2.3 Pencahayaan 152.2.4 Terma 152.2.5 Bunyi 152.3 Pencemaran Udara 162.3.1 Punca-Punca Pencemaran Udara 172.3.1.1Karbon Monoksida (CO) 172.3.1.2Oksida Sulfur (SOx) 192.3.1.3Oksida Nitrogen (NOx) 212.3.1.4Ozon (O3) 222.3.1.5Partikel 232.4 Pencemaran Bunyi 242.4.1 Punca-Punca Pencemaran Bunyi 252.4.1.1Pengangkutan 262.4.1.2Perindustrian dan Pembinaan 272.4.1.3Aktiviti Manusia 282.5 Zon dan Keselamatan 292.6 Local Agenda 21 302.7 Pengukuran Alam Sekitar Lestari 302.7.1 Penunjuk Berperingkat-Lowell Center 322.7.2 Penunjuk Nisbah 332.8 Piawaian 332.8.1 Garis Panduan Kualti Udara2.8.1.1 Recommended Malaysian Air 34Quality Guidelines (RMG) 352.8.1.2 World Health Organisation (WHO) 362.8.2 Garis Panduan Bunyi Bising 373 METODOLOGI KAJIAN3.1 Pengenalan 393.1.1 Soal Selidik 403.1.2 Pengumpulan Data Tapak 403.1.3 Maklumat Sekunder 423.2 Alat Pengukuran 423.2.1 Meter Aras Bunyi 433.2.2 MiniVol Portable Air Sampler 443.2.3 GrayWolf DirectSense TOX PPC Kit 453.3 Kawasan Kajian 463.3.1 Lokasi Taman Perumahan 484 KEPUTUSAN DAN ANALISIS4.1 Analisis Soal Selidik 514.1.1 Kawasan Kajian Terlibat 514.1.2 Kelembapan 534.1.2.1 Sumber Kelembapan Dalam Rumah 534.1.2.2 Udara Lembap TerperangkapPenyebab Bau Busuk 544.1.3 Peredaran Udara 554.1.3.1 Sumber Halangan Peredaran UdaraSegar 564.1.4 Masalah Habuk/Jerebu 584.1.4.1 Sumber Yang MenyebabkanMasalah Habuk 594.1.5 Kenaikan Suhu Akibat Aktiviti Industri 604.1.6 Masalah Bunyi Bising 614.1.6.1 Sumber Masalah Bunyi Bising 624.1.7 Pengaratan Pada Bahan Binaan 634.1.7.1 Punca Pengaratan 644.1.8 Kelunturan Warna 654.1.8.1 Punca Kelunturan Warna 664.1.9 Keadaan Dalaman Persekitaran Yang Sihat 674.1.9.1 Menghadapi Masalah Kesihatan(Dalam Kawasan PerindustrianPasir Gudang) 684.1.9.2 Tiada Masalah Kesihatan (LuarDari Kawasan Perindustrian PasirGudang) 694.1.10 Kesedaran Mengenai Pembangunan Lestari 704.1.11 Tahap Kefahaman Terhadap PembangunanLestari 714.1.11.1Sumber Maklumat Yang DiPerolehBerkaitan Pembangunan Lestari 724.1.12 Pengoperasian Industri Dalam KeadaanLestari 734.1.12.1Faktor Yang MempengaruhiAktiviti Industri Berjalan DenganLestari 744.1.12.2Faktor Yang MempengaruhiAktiviti Industri Berjalan DenganTidak Lestari 754.2 Analisis Data Tapak 765 PERBINCANGAN5.1 Perbincangan Keputusan Kajian 806 KESIMPULAN DAN CADANGAN6.1 Kesimpulan 846.2 CadanganRUJUKAN LAMPIRAN A C

8588 - 9091 - 102SENARAI JADUALNO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT2.12.22.32.42.52.62.72.82.93.13.23.34.14.24.3

Sumber-sumber karbon monoksida 19Kesan-kesan COHb kepada manusia 19Kesan terhadap kesihatan akibat oksida sulfur 21Penyumbang NOx mengikut sektor 22Punca-punca bunyi dan parameter yang berkaitan 27Pengkelasan zon mengikut jenis industri 29Piawaian Recommemded Malaysian Air QualityGuidelines (RMG) 35Piawaian World Health Organisation (WHO) 36Had bunyi bising 38Bilangan rumah dan jarak mengikut lokasi tamanperumahan 40Perincian soal selidik 40Jenis-jenis industri di Pasir Gudang 47Data tapak kualiti udara, bunyi dan suhu dikawasan kajian 77Data tapak kualiti udaradan suhu Januari 2005 79Data tapak kualiti udaradan suhu Disember 2005 79SENARAI RAJAHNO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT1.02.12.23.13.23.33.43.54.14.24.34.44.54.64.74.84.9

Kedudukan Pelabuhan Tanjung Langsat 5Penunjuk Berperingkat-Lowell Center 33Perkaitan antara semua jenis aspek penunjuk 34Carta alir kajian 39Meter Aras Bunyi 43MiniVol Portable Air Sampler 45GrayWolf DirectSense TOX PPC Kit 46Lokasi kawasan kajian 50Peratusan responden mengikut taman 52Tahap kepuasan penduduk terhadap kelembapan 53Sumber kelembapan dalam rumah 54Pendapat penduduk terhadap udara lembapterperangkap penyebab bau busuk 55Tahap kepuasan penduduk terhadap peredaranudara segar 56Sumber halangan peredaran udara segar 57Pendapat penduduk mengenai masalah habuk didalam rumah 58Sumber yang menyebabkan masalah habuk 59Pendapat penduduk mengenai masalah kenaikansuhu akibat aktiviti industri 604.104.114.124.134.144.154.164.174.184.194.204.214.224.234.24

Maklumbalas penduduk terhadap masalah bunyibising 61Sumber masalah bunyi bising 62Maklumbalas penduduk terhadap pengaratanbahan di kediaman 63Punca pengaratan di rumah 64Peratusan pendapat penduduk mengenai masalahkelunturan warna 65Punca kepada masalah kelunturan warna 66Tahap kepuasan penduduk terhadap persekitarandalaman yang sihat 67Pengalaman penduduk berkaitan masalahkesihatan ketika di dalam kawasan Pasir Gudang 68Pengalaman penduduk mengenai kesihatan jikaberada di luar kawasan Pasir Gudang 69Kesedaran penduduk mengenai pembangunanlestari 70Tahap kefahaman penduduk terhadappembangunan lestari 71Sumber maklumat yang diperolehi oleh pendudukmengenai pembangunan lestari 72Pendapat penduduk berkaitan operasi industri 73Faktor yang mempengaruhi aktiviti industriberjalan dengan lestari 74Faktor yang mempengaruhi aktiviti industriberjalan dengan tidak lestari 75SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL% Cperatusdarjah celcius

g/m3mikrogram per meter padu

a.carus ulang-alik

d.carus terus

COkarbon monoksida

CO2karbon dioksida

COHbkarboksihemoglobin

Coxoksida karbon

dBdesibel

dB(A)desibel pemberat A

JASJabatan Alam Sekitar

IPUIndeks Pencemaran Udara

kmkilometer

LCSP Mg/m2/hari Mg/m3Lowell Center for Sustainable Productionmilligram per meter padu per hari milligram per meter padu

NIOSHNational Institute for Occupational Safety and Health

N2Onitrous oksida

N2O3nitrus trioksida

N2O4nitrous tetraoksida

NOnitrogen oksida

NO2nitrogen dioksida

NO3NOxnitrogen trioksidaoksida nitrogen

O2O3PANoksigen ozonperoksid asetil nitrat

PBTPGPihak Berkuasa tempatan Pasir Gudang

pgpagi

PM10ppmbahan partikel 10bahagian per juta @ part per million

ptgpetang

PTLPelabuhan Tanjung Pelepas

RMGRecommended Malaysian Air Quality Guidelines

S2O3S2O7SOsulfur seskuioksida sulfur heptaoksidasulfur monoksida

SO2SO3SO4SOxsulfur dioksida sulfur trioksida sulfur tetraoksidaoksida sulfur

t/htengahari

UNUnited Nations

UNCEDUnited Nations Conference on Environment and Development

WCEDWorld Commission on Environment and Development

WHOWorld Health Organisation

VOCsebatian organik meruap

SENARAI LAMPIRANLAMPIRAN TAJUK MUKA SURATA Borang maklumat soal selidikB1 Nilai cerapan data mentah (Taman Scientex) B2 Nilai cerapan data mentah (Taman Air Biru) C Foto Cerapan Di Lokasi Kajian

91 - 9697 - 99100 - 101102BAB 1PENGENALAN1.1 Pengenalan Kepada MasalahKira-kira empat dekad lalu, program angkasa telah membolehkan manusia melihat planet bumi buat pertama kali. Dari program angkasa ini, ahli-ahli astronomi telah memperoleh imej dan persepsi baru mengenai bumi. Tetapi, di sebalik imej dan persepsi baru planet bumi ini, timbul kebimbangan mengenainya. Aktiviti-aktiviti manusia dan keamatan populasi yang bertambah sejak pertengahan abad ke-21 telah mengubah corak ekologi asli sistem bumi serta menjejaskan kualiti kehidupan manusia. Justeru itu, badan-badan antarabangsa yang peka terhadap isu ini mula menubuhkan polisi yang berkaitan dengan alam sekitar lestari.Local Agenda 21 merupakan satu program yang diwujudkan bertujuan untuk memastikan pembangunan lestari terlaksana dan berjaya. Konsep dan prinsip Local Agenda 21 telah dipersetujui oleh 178 buah negara termasuk Malaysia untuk mempraktikkan pembangunan lestari di negara masing-masing. Program ini memerlukan kerjasama semua pihak samada di peringkat kebangsaan mahupundi peringkat antarabangsa agar alam sekitar pada masa hadapan dapat dilindungi.Pembangunan lestari tidak hanya difokuskan kepada aspek alam sekitar sahaja, malah lebih meluas. Terdapat tiga unsur yang terkandung di dalam pembangunan lestari iaitu unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar. Untuk mengukuhkan lagi konsep ini, gerakan-gerakan negara bersatu (UN) telah merujuk pembangunan lestari sebagai pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan perlindungan terhadap alam sekitar. Bagi tujuan penyelidikan ini, fokus hanya akan diberikan terhadap unsur alam sekitar sahaja.Dalam menjayakan kehidupan lestari, alam sekitar lestari membawa maksud kehidupan harus direka dengan sumber yang efisien seperti sumber air dan kuasa. Untuk kehidupan sosial pula, kehidupan yang dirancang, dan dibina haruslah selamat dan terjamin dalam mencapai kehidupan lestari. Bagi unsur ekonomi, kehidupan perlu stabil dari segi kewangan serta pertumbuhan ekonomi.Peningkatan populasi secara mendadak merupakan antara faktor utama proses urbanisasi berlaku. Keadaan ini pula dikaitkan dengan masalah seperti kualiti udara dalaman dan luaran, kebersihan, bekalan air serta masalah sisa buangan domestik dan industri. Salah satu kesan peningkatan urbanisasi yang ketara adalah pencemaran udara. Masalah ini disumbangkan oleh peningkatan kadar trafik di mana keperluan pengangkutan di kawasan kota akan terus bertambah akibat daripada kesan perkembangan ekonomi dan populasi. Pelepasan gas dari stesen janakuasa dan industri pula akan meruncingkan lagi masalah pencemaran udara. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan daripada populasi dunia terdedah kepada keadaan yang tidak sihat akibat daripada keamatan bahan pencemar udara seperti pepejal terampai, gas sulfur dioksida(SO2) dan pelbagai bahan pencemar lain (Richard Lette, 2005).Di Malaysia, kepesatan pembangunan secara langsung telah menyumbang kepada peningkatan masalah pencemaran seperti pencemaran udara, air, sampah sarap dan bunyi. Namun, isu yang kurang di beri perhatian di negara kita ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi berpunca daripada penggunaan jentera-jentera moden dalam kerja-kerja pembinaan seperti kerja penanaman cerucuk, kenderaan bermotor, premis hiburan serta rutin harian masyarakat seperti mendengar radio dan menonton televisyen. Selain itu, aktiviti kilang-kilang industri turut memberikan impak yang negatif.Indoor Environmental Quality (IEQ) merujuk kepada tahap kualiti udara di dalam sesebuah bangunan. IEQ bergantung kepada beberapa faktor. Contohnya, kualiti udara luaran, rekabentuk sistem ventilasi, jenis bahan yang digunakan pada bangunan dan pelbagai lagi. Kriteria-kriteria ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang ingin membangunkan sesebuah projek seperti projek kawasan perumahan khususnya agar bangunan yang dibina tersebut mempunyai tahap kualiti udara dalaman yang baik.Pasir Gudang merupakan lokasi perindustrian yang terulung di selatan semenanjung Malaysia. Penglibatan aktif daripada pelabur-pelabur tempatan dan luar negara telah menyumbang kepada pertumbuhan pesat perindustrian di kawasan tersebut. Kilang-kilang yang berpindah dari Johor Baharu ke Pasir Gudang pula telah memberikan kesan langsung di mana keadaan ini telah menimbulkan beberapa masalah seperti pencemaran udara dan bunyi. Disamping itu, pertambahan kenderaan dan kesibukan lalulintas turut memburukkan lagi keadaan. Akibat daripada pertumbuhan pesat perindustrian di kawasan Pasir Gudang, proses urbanisasi telah berlaku dan seterusnya mengakibatkan permintaan yang tinggi terhadap penempatan. Sedar ataupun tidak, fenomena ini secara langsung mempunyai kaitan dengan pembangunan lestari. Pembinaan kawasan perumahan di kawasan ini sebenarnya mempunyai hubungan terhadap jenis rumah yang bakal dibina, bahan yang akan digunakan serta kos. Tetapi, adakah penduduk berpuashati dengan rekabentuk penempatan, tahap kebisingan dankualiti udara di kawasan tersebut? Adakah konsep dan prinsip pembangunan lestari diaplikasikan?Justeru itu, berdasarkan keadaan di atas, satu kajian dan analisis perlu dilakukan supaya masalah-masalah yang timbul berkaitan kehidupan lestari dapat dikenalpasti. Kajian ini akan memberikan fokus kepada kawasan perjiranan perumahan-industri di daerah Pasir Gudang.1.2 Kawasan KajianShah Alam, Seberang Perai, Pasir Gudang dan Paka merupakan nama-nama besar pusat perindustrian di Malaysia. Namun, Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL) menjadi tarikan utama pelabur-pelabur luar buat masa ini. PTL mula beroperasi pada tahun 2003 dan mampu menanggung jumlah kargo yang besar seperti bahan kimia berbahaya dan petroleum.Faktor ini turut menjadi tarikan para pemaju perumahan untuk membangunkan kawasan perumahan akibat permintaan yang tinggi khususnya daripada tenaga kerja industri selain daripada kedudukannya yang strategik Kawasan penempatan yang dibina kebiasaannya berhampiran dengan kawasan perindustrian untuk memudahkan pekerja- pekerja industri berulang-alik ke tempat kerja. Tetapi, dalam kerancakan membangunkan kawasan penempatan, pemaju alpa dan kurang menitikberatkan kesan jangka masa panjang terhadap alam sekitar.

Rajah 1.0 Kedudukan Pelabuhan Tanjung LangsatAntara perusahaan industri yang wujud di Pasir Gudang adalah industri petroleum dan karbon, perusahaan makanan, pengangkutan, elektronik dan pelbagai lagi. Kepesatan industri yang ada di Pasir Gudang juga secara tidak langsung telah memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar dan juga kualiti hidup manusia1.3 Matlamat dan Objektif KajianMatlamat utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kehidupan lestari di kawasan pejiranan perumahan industri di daerah Pasir Gudang. Selain itu, kajian ini juga mempunyai matlamat untuk mengenalpastii tahap keselesaan dan keselamatan penduduk yang tinggal di pejiranan perumahan industri berdasarkan maklumbalasdaripada mereka. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif telah dikenalpasti. Objektif bagi kajian kes ini adalah seperti berikut:i. Untuk mengukur tahap kepuasan penduduk yang tinggal di kawasan perjiranan perumahan industri Pasir Gudangii. Untuk menilai kondisi persekitaran di kawasan pejiranan perumahan industriPasir Gudang1.4 Skop KajianSkop utama kajian ini adalah kawasan kajian telah dihadkan kepada dua kawasan taman perumahan sahaja iaitu Taman Air Biru dan Taman Scientex di daerah Pasir Gudang. Bagi kajian menggunakan kaedah soal selidik, jumlah penduduk yang disoal selidik adalah 60 orang iaitu 30 orang penduduk di Taman Air Biru dan 30 orang penduduk di Taman Scientex. Parameter yang akan dikaji difokuskan kepada indoor (dalam rumah) dan outdoor (luar rumah) sahaja. Antara parameter tersebut adalah parameter udara yang terdiri daripada zarah terampai dan gas-gas seperti gas karbon monoksida (CO) serta parameter bunyi. Parameter suhu turut direkodkan untuk mengenalpasti tahap suhu di kawasan kajian.BAB 2KAJIAN LITERATUR2.1 Lestari2.1.1 DefinisiKonsep lestari pertama kali diperkenalkan di World Commission on Environment and Development (WCED) pada tahun 1987. Lestari telah didefinasikan sebagai memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengganggu keperluan generasi pada masa hadapan (Harding, 2006). Lestari terdiri daripada kelancaran aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial yang berhubung dengan kehidupan manusia. Definisi lestari sendiri sebenarnya telah menunjukkan bahawa konsep ini sangat mencabar. Apa yang cuba digambarkan di sini ialah jika suatu aktiviti yang dijalankan hanya memenuhi dua aspek contohnya aspek ekonomi dan sosial sahaja tanpa mengambilkira aspek alam sekitar, maka aktiviti tersebut tidak boleh dikategorikan sebagai lestari (Gibson, 2001).Lestari turut digambarkan sebagai tiga garis asas yang memberi kesan dalam membuat keputusan mengenai kepentingan alam sekitar, ekonomi dan sosial (OConnor,2006). Bagaimanapun, definisi yang telah dijelaskan sebenarnya telah melangkaui tiga garis asas tersebut melalui penekanan terhadap kepentingan hubungan di antara ketiga- tiga aspek tersebut agar matlamat yang dikehendaki dapat di capai.Sehingga kini, masih terdapat perbincangan mengenai maksud sebenar lestari, khususnya dikalangan para sarjana dan professional. Bagi kebanyakan, kesukaran untuk menterjemahkan maksud sebenar lestari merupakan punca bagi mereka untuk menyatakan bahawa konsep ini kurang relevan.Konsep lestari ini bermula dari dunia politik global sebagai satu cara untuk meminta dunia pada hari ini membantu mereka mencari jalan penyelesaian kepada masalah serius yang wujud di antara aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial. Penyelesaian kepada masalah ini merupakan cabaran kepada pembangunan lestari. Konsep lestari ini sebenarnya adalah mudah tetapi perlaksanaannya adalah sukar.Lestari juga merupakan satu langkah permulaan untuk membantu menyokong sistem kehidupan ekologi samada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Pada masa yang sama, pembangunan turut diperlukan. Bukan sahaja untuk memastikan keselamatan sumber semulajadi, malah juga mamberikan masyarakat lebih pilihan dan kuasa untuk mengawal faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan mereka (Gibson,2001). Pembangunan dan lestari yang digabungkan akan membolehkan pembangunan dapat dijalankan tanpa menganggu sumber-sumber semulajadi dan ekologi untuk jangka masa panjang. Di samping itu, ia turut meningkatkan kualiti kehidupan manusia.Bagaimanapun, kerjasama yang erat di antara pelbagai agensi sangat di perlukan dalam mencapai pembangunan lestari. Halangan yang utama akan muncul semasa dalam proses untuk membina kerjasama antara semua pihak yang terlibat. Oleh itu, semua pihak harus mempunyai cara yang tersendiri dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi kebaikan semua pihak.2.1.2 Evolusi LestariPada 1987, Perdana Mentari Norway iaitu Gro Hartlem Brutland telah melancarkan buku yang bertajuk Our Common Future (Sneddona, 2005). Bermula dari detik tersebut, era lestari bermula. Beliau telah mempengerusikan Suruhanjaya Brutland di mana beliau telah bekerja keras selama dua tahun untuk cuba menyelesaikan masalah utama di dalam politik dunia iaitu konflik yang ketara di antara aspek alam sekitar dan pembangunan.Ahli-ahli ekologi di seluruh dunia telah memberikan amaran dari tahun 1960 bahawa planet bumi telah melangkaui beberapa had (Hargroves et al, 2005). Antaranya ialah:i. Manusia telah mengakibatkan perubahan cuaca di mana kepekatan karbon dioksida (CO2) di atmosfera telah meningkat sebanyak 28% dan beberapa bahan kimia baru seperti klorofluorokarbon (CFC) mula mengancam lapisan ozonii. Aktiviti penebangan hutan dan meratakan tanah menular dengan pantasiii. Bekalan air bersih dan air bawah tanah semakin berkurangan dan tercemariv. Manusia di seluruh dunia mempunyai bahan kimia bertoksik di dalam tisu badan merekav. Kehilangan spesies secara berterusan dan ancaman terhadap kepentingan ekosistem semakin ketaraBukti saintifik terhadap masalah yang di hadapi menunjukkan bahawa masalah ini semakin serius dan para saintis mula melontarkan pendapat. Para ekologi pula memberikan amaran bahawa pertumbuhan populasi perlu di kurangkan manakala pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan pula harus dicegah sekiranya ia membawa kepada masalah seperti yang dinyatakan di atas. Dalam aspek sosial pula, negara-negara yang sedang membangun khususnya yang menghadapai masalah kemiskinan tidak sependapat dengan ahli ekologi (Gibson, 2001). Pada mereka, pembangunan adalah yang utama. Mereka memerlukan makanan, air bersih serta tempat perlindungan. Sejuta masyarakat yang tinggal di dalam kemiskinan mempunyai alasan yang kukuh dalam pembangunan ekonomi.Suruhanjaya Brutland menyimpulkan bahawa pembangunan adalah perlu tetapi sekarang ia harus di ubah (Gibson, 2001). Pembangunan haruslah lebih terarah kepada pembangunan lestari. Pembangunan yang bakal dijalankan seharusnya memenuhi keperluan masyarakat tanpa mendatangkan masalah kepada alam sekitar. Dalam erti kata lain, pembangunan haruslah memenuhi keperluan semasa dan generasi masa hadapan melalui peningkatan ekonomi, sosial serta alam sekitar.UN memulakan projek jangka masa panjang untuk menjadikan ekonomi global lebih lestari. Pada tahun 1992 di Rio de Jenairo, Brazil, persidangan Negara-negara bersatu dianjurkan (Vethavanam, 2006) . Program yang terperinci untuk abad ke-21 iaitu Local Agenda 21 telah depersetujui ketika persidangan tersebut. Local Agenda 21 merupakan satu rancangan yang diwujudkan bertujuan untuk melindungi alam sekitar.Proses lesatri semakin mengembang dan meluas di peringkat global. Persidangan dunia mengenai pembangunan lestari telah dianjurkan pada 26 Ogos hingga4 September 2002 bertempat di Johannesburg (Gibson, 2001). Ketika ini, pemimpin negara dari seluruh dunia berkumpul dan memberikan laporan kemajuan program ke arah lestari. Pada masa yang sama, beratus-ratus organisasi bukan kerajaan serta kumpulan perniagaan hadir berkongsi maklumat serta menilai kemajuan. Beribu-ribu kerajaan tempatan pula melaporkan bagaimana mereka melaksanakan Local Agenda 21 di negara mereka.2.1.3 Prinsip LestariKonsep lestari telah banyak dibincangkan selama lebih 17 tahun (Harding,2006). Walaupun terdapat jutaan artikel, ribuan definisi yang dicadangkan serta ratusan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan di seluruh dunia yang tertarik mengenai isu ini, namun pertengkaran mengenai konsep lestari masih wujud (Harding, 2006). Kita dilihat tidak mampu untuk mencapai persetujuan mengenai maksud sebenar lestari dan bagaimana konsep lestari harus dilaksanakan. Walaupun masih terdapat pertelingkahan pendapat sehingga kini, namun merka sependapat berkaitan beberapa prinsip umum dalam hal-hal konsep lestari (Hargroves et al, 2005). Antaranya ialah:i. Memastikan nilai alam sekitar dihargai dan pemulihan alam sekitar dijalankanii. Penggabungan matlamat di dalam polisi dan aktiviti yang berkaitan dengan aspek alam sekitar, sosial, manusia serta ekonomiiii. Memastikan kesaksamaan di antara generasi sekarang serta pada masa hadapan iv. Komitmen terhadap praktikal yang terbaikv. Kemerlukan pemerintah yang peka dan berkalibervi. Prinsip penambahbaikan yang berterusan vii. Komuniti yang lestariviii. Kerjasama yang erat antara pihak tempatan dan antarabangsa2.1.4 Tahap Alam Sekiar LestariAlam sekitar lestari boleh dikelaskan kepada tiga tahap iaitu lemah, kuat dan sangat kuat. Pengkelasan ini berdasarkan kepada empat jenis modal ataupun sumber iaitu modal buatan, modal semulajadi, modal manusia, modal sosial.Tahap alam sekitar lestari lemah bermaksud pemeliharaan secara menyeluruh tanpa mengira jenis modal (sumber). Alam sekitar lestari lemah ditolak oleh Beckerman (1994), tetapi diterima dalam bahagian ekonomi. Sebahagian besar mahupun keseluruhan modal alam sekitar boleh ditukar kepada modal buatan.Pemeliharaan setiap modal (sumber) secara berasingan tergolong di dalam tahap alam sekitar lestari yang kuat. Sumber alam semula jadi perlu dipelihara agar tidak pupus manakala modal buatan manusia seperti kilang perlu dipelihara agar kekal lama. Namun masih terdapat beberapa modal serta sumber yang berkurang tetapi masih di dalam keadaan yang terkawal.Pemeliharaan modal (sumber) yang dijalankan dengan ketat pula dikelaskan sebagai tahap alam sekitar lestari yang sangat kuat. Pada kelas ini, sebarangpengurangan modal tidak berlaku manakala bahan yang tidak boleh dikitar semula tidak boleh digunakan dan semua mineral yang tertanam di dalam perut bumi tidak diganggu.2.2 Indoor Environmental Quality (IEQ)National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH) merujuk IEQ sebagai kualiti udara di dalam sesebuah bangunan serta persekitarannya. Bahan cemar udara boleh terjana dari bangunan itu sendiri atau di pengaruhi oleh persekitaran luaran. Jika keamatan bahan cemar melebihi dari had yang ditetapkan, masalah berkaitan IEQ akan meningkat walaupun sistem bangunan tersebut direka dengan baik dan diselenggara. Penyelidik NIOSH mendapati bahawa masalah berkaitan IEQ selalunya berpunca daripada sistem ventilasi, bahan binaan, peralatan dan perkakasan, asap serta bahan cemar dari luar bangunan. Mengekalkan kesihatan dan keselesaan IEQ dalam mana-mana bangunan memerlukan penyatuan pelbagai koomponen pada satu sistem yang kompleks. Terdapat lima komponen di dalam IEQ (Zakaria, 2007) seperti yang disenaraikan di bawah:i. Indoor Air Quality (IAQ)ii. Ventilasi iii. Termaiv. Bunyiv. Pencahayaan2.2.1 Indoor Air Quality (IAQ)IAQ adalah penting kepada kesihatan manusia kerana setiap individu banyak meluangkan masa di dalam rumah atau bangunan. IAQ menggambarkan tahap kesegaran, kesihatan dan keselesaan di dalam sesebuah bangunan atau rumah (Zakaria,2007). Tahap kesegaran, kesihatan dan keselesaan bergantung kepada keamatan bahan kimia dan toksik yang ada di udara. IAQ yang terjana mempunyai interaksi dengan udara dari luar, bahan binaan yang digunakan, peralatan dan perkakasan, sistem ventilasi dan penyelenggaraan serta aktiviti penghuni sesebuah bangunan tersebut (Zakaria,2007).2.2.2 VentilasiNIOSH mendefinasikan ventilasi sebagai bekalan udara ke dalam sesebuah bangunan dari luar melalui pintu, tingkap, juga dari bangunan itu sendiri seperti keretakan yang berlaku pada dinding. Ventilasi terbahagi kepada dua iaitu ventilasi semulajadi dan ventilasi mekanikal. Ventilasi semulajadi terhasil daripada pintu dan tingkap yang dibuka serta keretakan yang ada pada dinding. Ventilasi semulajadi dibawa oleh angin atau perbezaan tekanan di antara dalam dan luar bangunan. Bagi sistem ventilasi mekanikal, udara dari luar dibawa masuk oleh peralatan mekanikal seperti kipas atau saluran angin.2.2.3 PencahayaanPencahayaan yang mencukupi juga penting dalam meningkatkan kualiti IEQ dalam sesebuah bangunan. Pencahayaan sebenarnya memberi kesan fisiologi terhadap penghuni di dalam bangunan tersebut (Zakaria, 2007). Sumber pencahayaan yang utama dan terpenting adalah dari matahari. Justeru itu, sesebuah bangunan yang bakal dibina harus menitikberatkan faktor orentasi bangunan.2.2.4 TermaTerma adalah merujuk kepada suhu, halaju udara, kelembapan dan insulasi (Zakaria, 2007). Parameter yang memberi kesan kepada proses pemindahan haba mempengaruhi kesan yang mendalam terhadap keselesaan terma. Selain itu, tahap terma di dalam sesebuah bangunan bergantung kepada keadaan semasa terma di luar bangunan.2.2.5 BunyiSecara umumnya, bunyi merujuk kepada sebarang bunyi atau suara yang tidak disukai, dikehendaki, diingini atau disenangi oleh seseorang atau orang ramai samada secara semulajadi atau gabungan bunyi dari aktiviti manusian (Nadiman, 2007). Tahap kebisingan turut memainkan peranan yang penting kepada IEQ. Sumber-sumber yangmenghasilkan bunyi terdiri daripada kenderaan, aktiviti industri serta manusia sendiri. Bunyi yang kuat boleh mendatangkan mudarat kepada manusia seperti kehilangan pendengaran.2.3 Pencemaran UdaraSecara umumnya, pencemaran udara boleh membawa erti kehadiran di luar atmofera daripada satu atau lebih pencemar udara seperti (habuk, wap berbau, gas, kabus, bau, dan asap) dalam kuantiti mencukupi, dalam segala ciri-ciri, dan dalam tempoh masa yang berlaku menyulitkan kesejahteraan manusia, tumbuhan, dan haiwan mahupun harta, yang secara rasionalnya mengganggu keselesaan dan keceriaan kehidupan dan harta benda (Ramli, 2007).Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia merujuk pencemar sebagai sebarang bahan semulajadi yang merebak samada dalam bentuk pepejal, semi-pepejal atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap dalam campuran sekurang-kurangnya dua bahan atau sesuatu objek yang berbau atau bising atau panas merebak, dibuang atau dimasukkan daripada apa jua sumber secara langsung atau pun tidak yang menyebabkan pencemaran dan termasuklah bahan berbahaya untuk alam sekitar.Secara ringkasnya, pencemaran udara juga didefinisikan sebagai kehadiran sebarang bahan cemar udara dalam atmosfera dengan ciri-ciri serta jangka masa tertentu sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang di mana kesannya bolehmengakibatkan apa jua mudarat kepada kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan atau harta benda, atau mengganggu keselesaan serta kedamaian hidup sesuatu komuniti.2.3.1 Punca-Punca Pencemaran Udara2.3.1.1 Karbon Monoksida (CO)Gas CO mempunyai sifat-sifat yang lazim di mana ia merupakan gas yang tidak berwarna dan tidak berbau yang terhasil daripada pembakaran karbon dalam bahan bakar yang tidak lengkap. Penyumbang terbesar kepada pencemaran udara yang mewakili hampir 56% daripada jumlah keluaran CO seluruh dunia adalah daripada pembakaran bahan api yang menghasilkan asap kenderaan bermotor. Bahan api merupakan bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Apabila dibakar, karbon akan berpadu dengan oksigen di udara dan menghasilkan karbon dioksida melalui persamaan2.1:C + O2 CO2 (2.1)Manakala dalam keadaan kurang beroksigen, karbon akan berpadu dengan satu atom oksigen menghasilkan karbon monoksida melalui persamaan 2.2:C + O CO (2.2)Karbon monoksida adalah gas yang merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa panjang. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Paras CO yang tinggi dalam kawasan bandar adalah berpunca dari kesesakan trafik yang tinggi (Tchobanoglous e.t al 1985). Di dalam kawasan bandar 85% hingga 95% daripada jumlah keluaran CO adalah dari sumber pengangkutan jalan. Selain itu, sumber keluaran CO termasuklah dari industri pemprosesan seperti pemprosesan keluli dan pembuatan bahan kimia, pembakaran terbuka dan sumber semulajadi seperti pembakaran hutan. Jadual 2.1 menunjukkan sumber-sumber kepada penghasilan CO di seluruh dunia (Kamaruzaman, 2007).Karbon monoksida adalah gas yang bersifat membunuh makhluk hidup terutama sekali manusia. Walaubagaimanapun, kesannya masih lagi belum mempengaruhi tumbuh-tumbuhan terutama di kawasan bandar. Gas CO ini akan mengganggu penyerapan oksigen pada darah kerana CO lebih mudah terikat oleh darah dibandingkan dengan oksigen dan gas-gas lainnya. Karbon monoksida yang terdapat dalam darah manusia pada kadar 70% hingga 80% boleh menyebabkan kematian. Selain itu, CO berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin (COHb) di mana separuh daripada hemoglobin ini (yang sepatutnya membawa oksigen di dalam paru- paru) membawa CO menyebabkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah menjadi berkurangan. Pengurangan oksigen inilah yang boleh menyebabkan pening kepala, pitam ataupun kematian.Dalam keadaan ini, bagi menentukan paras oksigen yang normal diperolehi, jantung seseorang terpaksa bekerja keras daripada biasa dan seterusnya penyakit- penyakit kardiovaskular akan bertambah dengan bertambahnya paras CO. Jadual 2.2 menunjukkan aras COHb berserta dengan kesannya ke atas kesihatan manusia (Kamaruzaman, 2007).Jadual 2.1: Sumber-sumber karbon monoksidaSumber Karbon Monoksida (CO)Peratus (%)

Kenderaan Pengangkutan Jalanraya56.0

Enjin dan Kenderaan Selain Jalanraya32.0

Industri Pemprosesan4.0

Pembakaran Bahn Api6.0

Lain-lain12.0

Jumlah100.0

(Sumber: Kamaruzaman, 2007)Jadual 2.2: Kesan-kesan COHb kepada manusiaAras COHbKesan

> 5.0Perubahan fungsi jantung dan pulmonari

10.0 80.0Pening kepala, keletihan, mengantuk,koma, masalah pernafasan, kematian

2.3.1.2 Oksida Sulfur (SOx)Semua hidupan mengandungi unsur sulfur. Sulfur wujud dalam bentuk oksida sulfur (SOx) dalam atmosfera dan merupakan bahan pencemar udara yang paling banyak terserak secara antropogenik. Umumnya terdapat 6 sebatian oksida sulfur, iaitu sulfurmonoksida (SO), sulfur dioksida (SO2), sulfur trioksida (SO3), sulfur tetraoksida (SO4), sulfur seskuioksida (S2O3) dan sulfur heptaoksida (S2O7) (Said, 2006).Antara sifat sulfur dioksida adalah tidak berwarna, tidak menyala dan tidak meletus. Ia akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau telur busuk. Ia amat terlarut dalam air, iaitu 11.3 g/100ml. Berat molekulnya ialah 2.264, iaitu lebih berat berbanding udara dan boleh berserakan dan mengampai dalam atmosfera. Proses pengampaian ini mengambil masa selama 2 hingga 4 hari, dan dengan bantuan tiupan angin, ia boleh bergerak sejauh 100 km dari sumber pelepasanya (Said, 2006).Lebih 8% daripada oksida sulfur terhasil secara antropogenik, iaitu menerusi pembakaran bahan api di sumber yang berstesen. Daripada jumlah keseluruhan SOx tersebut, 85% terhasil dari loji-loji janakuasa elektrik dan 2 % dari kenderaan bermotor.13% lagi terhasil daripada penapisan petroleum, pembuatan simen dan peleburan kuprum (Said, 2006).Dua sulfur oksida yang penting dalam kajian pencemaran udara ialah sulfur dioksida (SO2) dan sulfur trioksaida (SO3). Malah gas ini sering digunakan oleh para saintis untuk menunjukkan kehadiran gas pencemar, terutamanya yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil (Fairchild, 1975).Gas SO2 sememangnya terkandung dalam komposisi udara. Pada keadaan biasa, kepekatannya mencapai 3 ppm hingga 5 ppm. Pendedahan yang lama kepada gas ini akan menyebabkan seseorang akan terasa gatal dan sakit pada kulit. Selain daripada manusia, gas pencemar ini turut memberi kesan yang buruk kepada tumbuhan. Jadual2.3 menunjukkan kesan kesihatan yang disebabkan oleh oksida sulfur.SO2 juga dikenali dengan sifatnya yang menghakis. Ianya dapat dilihat melalui satu eksperimen dengan meletakkan sebatang besi yang didedahkan kepada SO2 dengan kepekatan 0.12 ppm. Selepas setahun, jisim panel besi tersebut telah berkurangan sebanyak 16% yang diakibatkan oleh hakisan sulfur.Jadual 2.3: Kesan terhadap kesihatan akibat oksida sulfurKepekatan (ppm)MasaKesan

0.03 0.5BerterusanKesan kesihatan kepada pesakit bronkitis

0.5 1.41 minitBau dapat dikesan

0.3 1.515 minitGangguan kepada mata

1.0 5.030 minitMeningkatkan kemerosotan laluan udara.Kehilangan deria baru

5.0 20.0> 6 jamMerosakkan sistem paru-paru

> 20.0> 6 jamTisu paru-paru akan di penuhi dengan air

(Sumber: Said, 2006)2.3.1.3 Oksida Nitrogen (NOx)Oksida Nitrogen terbentuk melalui penetapan haba nitrogen atmosfera. Gas ini terbentuk melalui dua proses utama iaitu secara biologi semulajadi dan juga secara antropogenik. Pembentukan gas NOx secara biologi adalah melalui bakteria dalam tanah yang membentuk nitrus oksida (N2O) dalam atmosfera. Proses pembakaran di dalam kenderaan merupakan penyumbang utama NOx dalam atmosfera. Hampir 96% daipada penghasilan NOx secara antopogenik adalah berkaitan dengan proses pembakaran bahan api (Abdul Kader, 2003).Di Amerika Syarikat, hampir separuh daripada oksida nitrogen atmosfera berpunca dari sumber pegun. Bahan api fosil mengandungi sebatian nitrogen, yang juga teroksida kepada NO semasa pembakaran. Berdasarkan Jadual 2.4, sektor pengangkutan jalanraya dan stesen janakuasa merupakan penyumbang yang tinggi iaitu masing-masing sebanyak 40% daripada keseluruhan oksida nitrogen.Jadual 2.4: Penyumbang NOx mengikut sektorSektorPeratus (%)

Stesen Janakuasa40.0

Pengangkutan Jalanraya40.0

Industri10.0

Refinari2.0

Domestik3.0

Industri Perkhidmatan2.0

Sumber lain3.0

(Sumber: Abdul Kader, 2003)2.3.1.4 Ozon (O3)O3 ialah gas yang terdiri daripada gabungan tiga atom oksigen. Selalunya ia tidak tersebar secara terus ke dalam udara. Ia terbentuk daripada tindak balas kimia di antara NOx dan sebatian organik meruap (VOC) dengan kehadiran cahaya matahari (Isa,2006).Ozon memiliki struktur kimia yang sama, sama ada ia terbentuk pada aras permukaan atau pun sejauh berpuluh batu ke atmosfera dan boleh menjadi baik atauberbahaya bergantung kepada lokasinya di atmosfera. Ozon baik terbentuk secara semula jadi di stratosfera di antara 10 ke 30 batu di atas permukaan bumi (Isa, 2006). Ozon stratosfera membentuk lapisan yang melindungi kehidupan bumi daripada sinaran yang berbahaya dari matahari. Pada bahagian bawah atmosfera bumi, ozon aras permukaan dianggap ozon berbahaya. Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas penghasilan ozon:NOx + VOC + Cahaya Matahari Ozon (2.3)Asap kenderaan bermotor dan pengeluaran dari industri, wap bahan api, sisa kimia dan sumber semula jadi boleh menyebarkan NOx dan VOC. Ia seterusnya membantu pembentukan ozon. Cahaya matahari dan kepanasan cuaca menyebabkan ozon aras permukaan membentuk kepekatan berbahaya di udara. Kebanyakan kawasan bandar cenderung untuk mengandungi paras ozon berbahaya yang tinggi, tetapi di kawasan luar bandar juga mempunyai risiko peningkatan paras ozon kerana faktor angin yang membawa bersama ozon dan bahan pencemar dari kawasan bandar.2.3.1.5 PartikelPartikel dikenalpasti sebagai bahan penyebar, pepejal atau cecair di mana aggregat individu lebih besar daripada satu molekul yang kecil (kira-kira 0.002 m dalam diameter) tetapi lebih kecil daripada 500 m. Contoh partikel termasuklah habuk,asap, wap, abu terbang, dan spray. Partikel juga dikelaskan dan diperbincangkan merujuk kepada sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi (Tchobanoglous et al, 1985).Selain itu, bahan partikel yang dibawa oleh udara berbagai dan meluas dalam bentuk fizikal dan kimia, sumber dan saiz partikel. Sebagai contoh, partikel PM10 (pecahan partikel dalam udara oleh saiz sangat kecil (