Per KBPOM No 37 Tahun 2013 Batas Maksimum Penggunaan BTP Pewarna test.pdf
KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember...
Transcript of KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember...
KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS PENDIDIKAN DALAM
KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
KAWASAN SKUDAI
NORAZAH BINTI ALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS PENDIDIKAN DALAM
KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
KAWASAN SKUDAI
NORAZAH BINTI ALI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2010
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya dijelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NORAZAH BINTI ALI
Tarikh : APRIL 2010
v
Teristimewa untuk abah[En Ali Mohd Yusof] dan emak [Pn Maah
Mohamed] tersayang yang sentiasa
mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anakmu ini
juga kepada Along, Angah, Yana, Imah dan Adik
serta rakan-rakan yang sudi membantu
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian di rafa’kan ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah dan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada penyelia, Pn
Christina Andin @ Nur Qistina Abdullah di atas segala bimbingan, teguran, tunjuk
ajar, nasihat dan panduan yang telah dihulurkan sepanjang tempoh penyelidikan
projek ini dijalankan. Ribuan terima kasih kerana terus memberi nasihat, teguran dan
bimbingan tanpa jemu-jemu sehingga projek ini sempurna dilaksanakan.
Kepada Norain Idris yang bersusah-payah membantu, Norfaradila Rahim yang
memahami keadaan, teman seperjuangana Haris dan Ameza serta rakan-rakan yang
terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu menyiapkan projek ini.
Akhir sekali tidak lupa juga, kerjasama daripada guru-guru yang terlibat atas
pemberian kerjasama ketika proses mengumpul data amatlah dihargai.
Terima kasih
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kekerapan penggunaan CD perisian
kursus pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dalam kalangan guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah kawasan Skudai,
halangan-halangan yang dihadapi oleh guru dan presepsi guru dalam penggunaan CD
perisian kursus pendidikan. Seramai 38 guru kemahiran hidup di sekolah menengah
kawasan Skudai telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Soal selidik yang
mengandungi 24 item telah digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Sosial for Window version
15.0 (SPSS 15.0) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian
menunjukkan responden tidak kerap menggunakan CD perisian kursus pendidikan
yang dibekalkan KPM dengan catatan min keseluruhan 2.05. Kekurangan peralatan
LCD merupakan halangan utama dalam penggunaan CD perisian kursus pendidikan
dengan min sebanyak 4.97. Manakala dapatan kajian menunjukkan majoriti
responden memberi maklum balas positif terhadap persepsi mereka terhadap
penggunaan CD perisian kursus pendidikan. Cadangan-cadangan telah dibuat
kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, guru dan pelajar bagi mengatasi
masalah dalam kajian ini.
viii
ABSTRACT
This research was done to find out the frequency of courseware application
that been supplied by Ministry Of Education Malaysia among Living Skills teachers
at secondary school in Skudai, difficulties faced by teachers and their perception in
using the courseware. This research involved 38 living skills teachers from
secondary schools in Skudai, which had been chosen randomly for this study. A set
of questionnaire consists of 24 items was used as the research instrument. Data was
analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows 15.0
software. All the findings were presented in frequency, percentage, and mean. The
findings showed that the respondent seldom in using courseware with total mean
2.05. Lack of LCD equipment is major obstacle in using courseware with 4.97.
Majority respondents give positive perception on using courseware.
Recommendations for research are discussed to overcome problem in this study.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
HALAMAN DEDIKASI v
HALAMAN PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix - xi
SENARAI JADUAL xii - xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2 - 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5 - 6
1.7 Batasan Kajian 6 - 7
1.8 Definisi Istilah/Operational 7 – 9
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
x
2.2 Kaedah Pengajaran 12 – 14
2.3 Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer 14 – 16
2.4 Teknologi Multimedia 16 – 19
2.5 Halangan-Halangan Dalam E-Pembelajaran 19 – 23
2.6 Definisi CD-ROM 24
2.6.1 Perisian CD ROM 24 – 25
2.6.2 Strategi Aplikasi CD Dalam Pengajaran 25 – 26
2.6.3 Kepentingan Penggunaan CD-ROM
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 26 – 29
2.7 Penutup 29
BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 31 - 32
3.4 Instrumen Kajian 33 - 34
3.5 Kesahan Kandungan Soal Selidik 34 - 35
3.5 Kajian Rintis 35 - 36
3.6 Prosedur Kajian 36 - 38
3.7 Analisis Data 38 - 39
3.8 Penutup 40
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 41
4.2 Latar Belakang Responden 42 – 43
4.3 Maklumbalas Responden Terhadap Persoalan Kajian 43
4.3.1 Maklumbalas Responden Terhadap Persoalan
Kekerapan Penggunaan CD 44 – 45
4.3.2 Maklumbalas Responden Terhadap Persoalan
Halangan yang Dihadapi dalam Penggunaan
CD Perisian Kursus Pendidikan 46 – 47
4.3.3 Maklumbalas Responden Terhadap Persoalan
Persepsi Terhadap Penggunaan CD Perisian
Kursus Pendidikan 48– 50
xi
4.4 Penutup 50
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 51
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 52 - 53
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Kekerapan Penggunaan CD Perisian Kursus
Pendidikan 54 - 55
5.3.2 Halangan Yang Dihadapi Dalam Penggunaan
CD Perisian Kursus Pendidikan 56 - 58
5.3.3 Persepsi Terhadap Penggunaan CD Perisian
Kursus Pendidikan 58 - 59
5.3.4 Rumusan Keseluruhan 60 - 61
5.4 Cadangan Kajian 61 - 62
5.4 Penutup 62
RUJUKAN
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Senarai sekolah terlibat di kawasan Skudai 32
3.2 Taburan item soalan selidik 34
3.3 Kod item, bilangan item, pekali keboleh
percayaan alpha bagi setiap aspek
kekerapan penggunaan, halangan penggunaan
dan persepsi guru 36
3.4 Pengkelasan skala lima mata 38
3.5 Markat skala pengkaji 39
3.6 Perubahan markat dan skala 39
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
Bahagian A 42
4.2 Maklumbalas responden mengenai kekerapan
guru menggunakan CD perisian kursus
Pendidikan Dalam Proses P&P 44
4.3 Maklumbalas responden mengenai halangan
yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan
CD perisian kursus pendidikan dalam proses
P&P 46 - 47
xiii
4.4 Maklumbalas responden mengenai persepsi guru
dalam penggunan CD perisian kursus pendidikan
dalam proses P&P 48 - 49
xiv
SENARAI RAJAH
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Model Bagi Halangan-Halangan Dalam
E-Pembelajaran 20
3.1 Prosedur Kajian 37
xv
SENARAI SINGKATAN
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
CD - Compact Disc
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LCD - Liquid Crystal Display
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri
PKG - Pusat Kegiatan Guru
PPBK - Pengajaran Dan Pengajaran Berbantukan Komputer
PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal-selidik Kajian
B Surat Pengesahan Borang Soalselidik
C Surat Memohon Mendapatkan Maklumat
D Surat Kelulusan EPRD
E Surat Kebenaran JPN
F Kebolehpercayaan Kajian Rintis
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diperkenalkan
kepada guru-guru di sekolah dalam bentuk software mahupun dalam bentuk
hardware untuk membantu mereka dalam proses P & P. Pada tahun 1998, Bahagian
Teknologi Pendidikan [BTP] bersama dengan rangkaiannya Pusat Sumber
Pendidikan Negeri [PSPN] dan Pusat Kegiatan Guru [PKG] telah membangunkan
perisian kursus pendidikan yang berteraskan ‘resource base’, bersifat mesra
pengguna dan interaktif, serta mempunyai elemen penggayaan dan pemulihan.
Tujuan utama perisian dihasilkan adalah untuk memberi kaedah tambahan (selain
media cetak, audio dan video) kepada pelajar-pelajar dalam memperolehi
pengetahuan dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia
interaktif.
Walaubagaimanapun, menurut satu kajian yang dibuat mendapati hanya
beberapa peratus sahaja guru yang menggunakan CD perisian tersebut dalam proses
P&P mereka. Hal ini sedikit sebanyak dilihat sebagai satu pembaziran kerana pihak
kementerian telah mengeluarkan perbelanjaan bagi menghasilkan CD tersebut tetapi
tidak digunakan sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini
adalah untuk mengetahui penggunaan terhadap perisian-perisian yang telah
dibekalkan oleh kementerian kepada para guru dalam proses P&P mereka. Justeru,
dengan adanya kajian ini, kita dapat mengetahui sedikit sebanyak halangan yang
2
menyebabkan mengapa mereka kurang menggunakan CD kursus perisian yang
dibekalkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu, kebanyakan
para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu menggunakan
kaedah “Chalk and Talk” di mana guru secara keseluruhannya menjadi pengajar
kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana kaedah ini mudah
dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut.
Namun begitu, bagi pelajar suasana pembelajaran sebegini membuatkan
mereka bosan dan jemu kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru
sahaja yang mengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta
suasananya yang statik dan sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan
minat pelajar-pelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan.
Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi P&P yang mampu menarik minat
pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses P&P.
Maka, kini seiring dengan perkembangan teknologi, proses P&P juga telah
mencapai kemodenan di mana Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) telah diperkenalkan. Dengan wujudnya penggunaan komputer, maka pada
tahun 1998, BTP bersama dengan rangkaiannya PSPN dan PKG telah
membangunkan perisian kursus pendidikan yang berteraskan ’resource base’,
bersifat mesra pengguna dan interaktif, serta mempunyai elemen penggayaan dan
pemulihan.
Tujuan utama perisian dihasilkan adalah untuk memberi kaedah tambahan
(selain media cetak, audio dan video) kepada pelajar-pelajar dalam memperolehi
pengetahuan dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia
interaktif. Liputan mata pelajaran terdiri dari Sains, Matematik, Bahasa Inggeris,
3
Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam, Kajian Tempatan, Sejarah, Geografi dan
Kemahiran Hidup. Sehingga tahun 2004, sejumlah 233 judul perisian terbitan Sektor
Pelbagai Media Pendidikan, BTP telah diterbit dan diedarkan ke seluruh negara.
Namun, kemudahan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan guru.
Perkara ini dilihat dari aspek kurangnya penggunaan perisian PPBK yang
dibekalkan. Satu kajian yang dibuat oleh Unit Pembangunan Penyelidikan dan
Penilaian Bahagian Teknologi Pendidikan pada tahun 2001 ke atas penggunaan
perisian di sekolah-sekolah KDP (sekolah-sekolah yang melaksanakan program
Komputer Dalam Pendidikan) didapati hanya 9.67% penggunaan perisian kursus
dalam kalangan guru-guru di sekolah. Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada
5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP.
Dapatan hasil kajian mendapati bahawa 39.3% pelajar menggunakannya sebagai
pembelajaran kendiri. Guru-guru pula sebanyak 66.9% menggunakannya sebagai
bahan pemulihan.
Sekiranya CD perisian kursus ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya, maka
pembaziran juga akan turut berlaku. Hal ini kerana pihak kementerian telah
mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar bagi membeli peralatan komputer dan
menghasilkan bahan-bahan tersebut. Semasa bajet 2003 yang dibentangkan oleh
Perdana Menteri Ke-4, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memperuntukkan
RM978.7 juta untuk tujuan pembekalan peralatan ICT ke sekolah-sekolah. Selain
itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah hampir RM5 bilion dalam
tempoh tujuh tahun bermula 2002 hingga 2008 bagi melaksanakan dasar ini. Hal
inilah yang menyebabkan kerugian bagi beberapa pihak, antaranya pihak
kementerian pendidikan dan pelajar. Bagi para pelajar, mereka sepatutnya
berpeluang memperolehi kefahaman yang lebih berkesan sekiranya proses PPBK
kerap diamalkan.
Oleh itu, adalah perlu para guru di sekolah memanfaatkan segala bahan yang
telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran ini sekaligus dapat mengurangkan
pembaziran dan hak pelajar agar memperolehi P&P yang berkesan di sekolah.
4
1.3 Penyataaan Masalah
Pada masa kini, PPBK yang disediakan oleh pihak BTP, Kementerian
Pelajaran Malaysia [KPM] masih kurang digunakan secara optimum oleh guru-guru
di sekolah, terutamanya dalam kalangan guru matapelajaran selain Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris [PPSMI] khususnya
Kemahiran Hidup. Walaupun pelbagai kemudahan dan prasarana diberikan kepada
guru-guru, masih lagi terdapat rungutan dan permasalahan dalam penggunaan PPBK
dalam P&P di bilik darjah. Justeru itu, penyelidik ingin mengkaji penggunaan CD
perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh pihak kementerian pelajaran semasa
proses P&P dijalankan dalam kalangan guru Kemahiran Hidup. Dalam kajian ini,
penyelidik ingin mengetahui kekerapan penggunaan CD perisian kursus pendidikan,
mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru tersebut terhadap penggunaan CD
perisisan kursus pendidikan dalam P&P dan persepsi guru terhadap penggunaan CD
perisian kursus dalam P&P.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah mengenal pasti :
i) kekerapan penggunaan CD perisian kursus pendidikan dalam
kalangan guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah
ii) halangan yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup dalam
penggunaan CD perisian kursus pendidikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
iii) persepsi guru Kemahiran Hidup terhadap penggunaan CD perisian
kursus pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
5
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa persoalan yang
menjadi asas kajian:
i. Apakah kekerapan penggunaan CD perisian kursus pendidikan dalam kalangan
guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah?
ii. Apakah halangan yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup dalam penggunaan
CD perisian kursus pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
iii. Apakah persepsi guru Kemahiran Hidup terhadap penggunaan CD perisian
kursus pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat kerana mempunyai beberapa kepentingannya terhadap pihak
yang terlibat, antaranya ialah:
i. Kementerian Pelajaran Malaysia
Kajian ini akan membuat penilaian terhadap penggunaan CD perisian kursus
pendidikan yang telah diedarkan oleh pihak KPM dalam guru Kemahiran Hidup
dari sudut kekerapan penggunaan, halangan dan persepsi. Hasil kajian ini akan
menyumbang maklumat kepada Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia
tentang kekerapan, halangan dan persepsi dalam menggunakan CD perisian
kursus pendidikan dalam kalangan guru Kemahiran Hidup. Maklumat ini akan
membantu pihak berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk
menambahbaik sekiranya terdapat masalah yang dihadapi bagi mencapai objektif
PBK yang lebih berkesan. Tambahan pula, PBK telah lama diterapkan oleh guru
PPMSI khususnya dan ia perlulah dipraktikkan oleh semua guru.
6
Untuk menjayakan usaha ini, kajian yang mendalam, menyeluruh dan teliti
dapat dijalankan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan ini dan
memperbaikinya jika perlu. Walaupun ia telah lama dikenalkan di sekolah,
namun ia tidak begitu popular dan ia memerlukan kajian berterusan serta
penglibatan aktif semua pihak untuk meningkatkan lagi mutu P&P di negara kita.
ii. Guru
Hasil kajian mampu membekalkan hasil penyelidikan kepada guru khasnya
Kemahiran Hidup dalam merancang strategi yang terbaik untuk menerapkan
penggunaan CD perisian kursus pendidikan dalam proses pengajaran mereka.
Hasil kajian ini diharapkan akan membantu guru memanfaatkan kemajuan dalam
teknologi perkomputeran bagi melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka
dengan lebih licin dan berkesan, dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan kemudahan yang telah disediakan.
iii. Pelajar-pelajar
Kajian ini juga bertujuan dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang
kepentingan dan keperluan sekiranya P&P dijalankan dengan bantuan komputer.
Sekiranya mereka didedahkan dengan kewujudan alat bantu mengajar yang lebih
mudah difahami dan lebih jelas ini, maka proses pembelajaran mereka juga
mungkin lebih bermutu.
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini adalah terbatas kepada beberapa perkara
seperti berikut:
a) Terbatas kepada persoalan kajian sahaja.
7
b) Terbatas kepada sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai.
c) Menggunakan borang soal-selidik yang akan disediakan berdasarkan aspek
bimbingan pensyarah ke atas guru-guru terhadap penggunaan CD perisian
kursus pendidikan.
d) Kejituan kajian adalah bergantung kepada kejujuran guru yang menjawab
soalan soal-selidik dengan jujur.
1.8 Definisi Istilah/Operational
a. CD
Dipetik dari wikipedia.org, cakera padat (bahasa Inggeris: compact disc atau CD)
adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada
asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. Ia adalah antara alat yang
menggabungkan pelbagai elemen media iaitu grafik (gambar), animasi (gambar
yang bergerak), audio (suara), video (gambar dan suara) dan teks (tulisan).
Dalam kajian ini, CD merujuk kepada cakera padat iaitu alat bantu mengajar
digunakan dalam proses P&P dalam kalangan guru Kemahiran Hidup. CD ini
telah dibekalkan oleh KPM ke setiap sekolah kerajaan di Malaysia.
b. Perisian kursus pendidikan
Perisian kursus pendidikan ialah bahan atau modul pembelajan yang dihasilkan
menggunakan program komputer tertentu. Pada masa kini ia telah dihasilkan
dalam bentuk CD dan DVD agar mudah digunakan oleh guru dan pelajar.
(Bahagian Teknologi Pendidikan, 1977)
8
Dalam kajian ini, perisian kursus pendidikan adalah modul Kemahiran Hidup
yang dibangunkan oleh BTP mengikut silibus matapelajaran setiap tingkatan
dan disimpan dalam bentuk CD.
c. Guru
Mengikut wikipedia.org, guru ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik,
Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan
seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Guru juga merupakan istilah yang
digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang.
Istilah guru yang digunakan dalam kajian adalah responden yang terdiri daripada
guru yang mengajar Kemahiran Hidup di sekolah menengah di kawasan Skudai.
d. Kekerapan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kekerapan ditakrifkan sebagai keadaan
kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan. Kamus Pelajar Edisi Kedua pula
menyatakan kekerapan adalah keadaan kerap; kerapnya berlaku sesuatu yg
berulang-ulang.
Dalam kajian ini pula, kekerapan merujuk kepada kekerapan penggunaan CD
perisian kurus pendidikan oleh guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah
kawasan Skudai.
e. Halangan
Kamus Dewan Edisi Tiga mentakrifkan halangan sebagai aral, gangguan,
rintangan, tegahan.
9
Dalam kajian ini, halangan merujuk kepada rintangan/kekangan dalam
penggunaan CD perisian kurus pendidikan. Sebanyak sembilan halangan yang
telah dinyatakan dalam kajian ini.
f. Persepsi
Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan persepsi sebagai gambaran atau
bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan tanggapannya
terhadap alam dan kehidupan. Persepsi juga membawa maksud mempersepsi
membuat gambaran (bayangan) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu.
Dalam kajian ini, persepsi adalah pandangan guru Kemahiran Hidup terhadap
penggunaan CD perisian kursus pendidikan. Beberapa persepsi yang sesuai
telah disenaraikan dalam borang soal selidik kajian.
g. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran
atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang
dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.
Dalam kajian ini, PPBK merujuk kepada kaedah pengajaran menggunakan CD
perisian kursus pendidikan oleh guru dengan bantuan komputer. Antara
peralatan lain yang diperlukan dalam kaedah ini adalah LCD projector, skrin
dan pembesar suara.
10
1.9 Penutup
Bab ini telah membincangkan pengenalan kajian, latar belakang kajian,
pernyataan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian
dan definisi konsep. Di dalam bab ini telah diterangkan secara ringkas isi kandungan
untuk kajian ini. Keterangan yang lebih lanjut akan dibincangkan dalam Bab dua
hingga Bab lima.