KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA...

13
KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati Mohd Ramly & Suhailiza Md. Hamdani Dakwah dan Pengurusan Islam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Kajian ini bertujuan untuk menganalisa garis panduan ataupun mekanisma bagi penghasilan produk yang bertepatan dengan konsep Halalan Taiyyiban. Bagi tujuan tersebut satu kajian perbandingan akan dibuat di antara beberapa buah negara pengeluar produk halal di mana fokus dan penilaian akan dilakukan terhadap mekanisma yang telah diaplikasikan dalam memastikan pengeluaran produk yang bertepatan dengan Syariat Islamiyyah. Konsep Halalan Tayyiban dari perspektif Fiqh sebagai rangka rujuk kajian akan dikupas dengan lebih terperinci. 1.0 Pendahuluan Kita selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam dan mempunyai pemikiran yang maju selaras dengan konsep Islam Hadhari seharusnya tidak boleh mengabaikan konsep halal-haram pemakanan. Meskipun kita mungkin melihat agak remeh untuk memikirkan tentang isu ini, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Oleh itu, adalah amat penting pemakanan halal yang mampu menjana pembinaan Muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia. Oleh itu,kajian ini akan membicarakan dan membuat perbandingan mekanisme penentuan status makanan halal yang sedang dilaksanakan di negara Malaysia,Indonesia dan Australia. Bagi tujuan tersebut tiga buah organisasi yang mempunyai kuasa untuk memantau dan mengeluarkan sijil pengesahan halal akan dikaji. Ketiga-tiga organisasi tersebut ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM), Insititut Pengkajian Makanan, Ubat-ubatan dan kosmetik Majlis Ulama Indonesia (LP POM MUI) dan The Australian Federation of Islamic Councils INC. 2.0 Pengertian Halal Halal berasal dari perkataan Arab berasal dari kata halla,yahillu,hallan yang membawa pengertian dari sudut bahasa sebagai:Membatalkan yang haram. 1 Halal dari segi istilah bermaksud dibenarkan atau mengikut syara’. Oleh itu halal merangkumi perkara- perkara yang harus, mubah, makruh mutlaq dan makruh tanzihan di mana diharuskan melakukannya dan tiada tegahan oleh hukum syara’.Bagaimanapun penggunaan dan pengertian halal adalah lebih tepat digunakakan bagi perkara-perkara yang diharuskan daripada perkara-perkara yang makruh. Manakala pengertian halal di dalam al-Quran merujuk kepada perkara atau tindakan yang dibenarkan oleh "Pembuat Undang-Undang” iaitu Allah." 2 1 Wizaratul Al-Auqaf Wa-Al-Syu’un Al-Islamiah,Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah ,juz.18,m/s 16. 2 Ibid. 1

Transcript of KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA...

Page 1: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA

Oleh:

Roslizawati Mohd Ramly & Suhailiza Md. Hamdani Dakwah dan Pengurusan Islam

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Kajian ini bertujuan untuk menganalisa garis panduan ataupun mekanisma bagi penghasilan produk yang bertepatan dengan konsep Halalan Taiyyiban. Bagi tujuan tersebut satu kajian perbandingan akan dibuat di antara beberapa buah negara pengeluar produk halal di mana fokus dan penilaian akan dilakukan terhadap mekanisma yang telah diaplikasikan dalam memastikan pengeluaran produk yang bertepatan dengan Syariat Islamiyyah. Konsep Halalan Tayyiban dari perspektif Fiqh sebagai rangka rujuk kajian akan dikupas dengan lebih terperinci. 1.0 Pendahuluan

Kita selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam dan mempunyai pemikiran yang maju selaras dengan konsep Islam Hadhari seharusnya tidak boleh mengabaikan konsep halal-haram pemakanan. Meskipun kita mungkin melihat agak remeh untuk memikirkan tentang isu ini, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Oleh itu, adalah amat penting pemakanan halal yang mampu menjana pembinaan Muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia.

Oleh itu,kajian ini akan membicarakan dan membuat perbandingan mekanisme penentuan status makanan halal yang sedang dilaksanakan di negara Malaysia,Indonesia dan Australia. Bagi tujuan tersebut tiga buah organisasi yang mempunyai kuasa untuk memantau dan mengeluarkan sijil pengesahan halal akan dikaji. Ketiga-tiga organisasi tersebut ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM), Insititut Pengkajian Makanan, Ubat-ubatan dan kosmetik Majlis Ulama Indonesia (LP POM MUI) dan The Australian Federation of Islamic Councils INC.

2.0 Pengertian Halal

Halal berasal dari perkataan Arab berasal dari kata halla,yahillu,hallan yang membawa pengertian dari sudut bahasa sebagai:Membatalkan yang haram.1

Halal dari segi istilah bermaksud dibenarkan atau mengikut syara’. Oleh itu halal merangkumi perkara-perkara yang harus, mubah, makruh mutlaq dan makruh tanzihan di mana diharuskan melakukannya dan tiada tegahan oleh hukum syara’.Bagaimanapun penggunaan dan pengertian halal adalah lebih tepat digunakakan bagi perkara-perkara yang diharuskan daripada perkara-perkara yang makruh. Manakala pengertian halal di dalam al-Quran merujuk kepada perkara atau tindakan yang dibenarkan oleh "Pembuat Undang-Undang” iaitu Allah."2

1 Wizaratul Al-Auqaf Wa-Al-Syu’un Al-Islamiah,Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah,juz.18,m/s 16. 2 Ibid.

1

Page 2: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

3.0 Pengertian Thaiyyib

Kata thayyib berasal dari kata thaba,ertinya baik,menyenangkan,enak,lazat, nikmat atau bersih. 3

Pengambilan makanan yang halal dan thayyib (baik) dijelaskan oleh Allah s.w.t:

}با وال تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبينيا أيها الناس آلوا مما في األرض حالال طي: )168:سورة البقرة(

Maksudnya:

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.“

)سورة النحل: 114(} فكلوا مما رزقكم الله حالال طيبا واشكروا نعمت الله إن آنتم إياه تعبدون

Maksudnya: ” Maka makanlah rezeki yang Allah kurniakan kepada kamu yang halal lagi baik dan bersyukurlah dengan nikmat Allah s.w.t yang jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu sembah."

)سورة األنفال: 69(} فكلوا مما غنمتم حالال طيبا واتقوا الله إن الله غفور رحيم{

Maksudnya: “Maka makanlah apa yang telah kamu semai yang halal lagi baik dan bertaqwalah kamu

kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah”.

Berdasarkan ayat-ayat di atas, pengertian halal dapat difahami sebagai sesuatu yang dibolehkan oleh Allah SWT berdasarkan suatu prinsip ataupun peraturan yang selaras dengan sunnatullah. Manakala jika digabungkan perkataan halalan tahyyiban maka dapat difahami bahawa Allah SWT menghendaki manusia supaya memakan perkara-perkara yang bukan sahaja halal, bahkan baik, bersih dan tidak memudaratkan. Walau bagaimanapun penting untuk difahami di sini ialah halal dan thayyiban bukan merupakan dua perkara yang berasingan. Pengertian halal itu sebenarnya merangkumi aspek thayyiban atau secara mudahnya apa yang dikategorikan sebagai halal menurut syariat Islam itu ianya adalah thayyib. Penekanan kepada konsep halalan thaiyyiban disini juga boleh difahami sebagai satu signifikasi ketaatan hamba kepada pencipta-Nya dan juga sebagai satu syarat yang membolehkan sesuatu amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya daripada Abu Hurairah bermaksud: " Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintahkan kepada sekalian rasul” ( Diriwayatkan oleh Muslim). 3 Ibid.

2

Page 3: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

Allah berfirman:

)سورة البقرة :172(} يا أيها الذين آمنوا آلوا من طيبات ما رزقناآم واشكروا لله إن آنتم إياه تعبدون{

Maksudnya "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah." 4.0 Konsep Makanan halal dalam Islam

Merujuk kepada Wahbah Zuhaili Konsep makanan halal merangkumi aspek-aspek berikut;

• Sumber makanan dan minuman • Penyembelihan • Pengendalian • Bahan-bahan • Perkakasan • Bebas dari kotoran

4.1 Sumber makanan

Tumbuhan Semua tumbuhan halal kecuali yang memabukkan, beracun dan merbahaya kepada tubuh badan. Haiwan Segelintir masyarakat Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam.

Semua haiwan darat halal zatnya untuk dimakan,kecuali4:

• Babi dan anjing (al-Baqarah:173),(Hadis riwayat Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Termizi5)

4 Wahbat Zuhaili,Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu,Dar Al-Fikr,t.t,juz 4,m/s 2591-2595. )5/143،284: نيل األوطار" ( الكلب خبيث، خبيث ثمنه:" قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم 5

3

Page 4: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

• Bangkai (haiwan yang mati dengan tidak disembelih,termasuk di dalamnya haiwan yang matinya tercekik,dipukul, jatuh,ditanduk,diterkam oleh haiwan buas kecuali yang sempat kita menyembelihnya) kecuali ikan dan belalang(Al-Maaidah:3)

• Binatang yang bertaring/gading seperti gajah,harimau dan sebagainya. • Binatang yang mempunyai kuku/cakar,menangkap dan makan dengan menggunakan

kuku atau cakarnya seperti burung hantu,helang dan sebagainya.(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Muslim6)

• Binatang yang menjijikkan seperti ulat,biawak,kutu,biawak dan sebagainya.( Al-A’raaf:157).

• Binatang yang dibenarkan oleh Islam untuk membunuhnya seperti ular,burung gagak,tikus anjing galak,burung helang.

• Binatang yang dilarang membunuhnya seperti semut,lebah,burung hud-hud,burung pelatuk dan sebagainya.

• Daging yang dipotong daripada binatang yang masih hidup. • Binatang yang beracun dan mudharat apabila dimakan. • Segala bentuk najis seperti bangkai,darah,nanah dan semua yang keluar dari qubul dan

dubur adalah zatnya haram maka tidak boleh dimakan.(Al-An’aam:145)

Semua haiwan laut halal zatnya kecuali yang menyerupai binatang darat yang haram dimakan seperti anjing laut dan babi laut. Manakala semua binatang amfibia tidak halal zatnya untuk dimakan seperti buaya,penyu,kura-kura walau bagaimanapun telur penyu mengikut jumhur ulama’ adalah halal untuk dimakan.

Mineral Mineral yang diperoleh dari sumber tanah dan air, seperti petrol, garam dan vitamin dibenarkan kecuali apabila merbahaya kepada kesihatan atau sistem saraf. Produk Bio-Teknologi Dalam kes melibatkan makanan dan minuman dihasilkan melalui bioteknologi, bahan makanan dan minuman asas perlu diperhatikan. Sekiranya sumber makanan itu dibenarkan, maka produk itu dianggap halal. Bagi sesetengah makanan yang diproses, teknik pemprosesan perlu dinilai oleh pakar fiqah Islam untuk menentukan status halalnya.

4.2 Kaedah penyembelihan.

Penyembelihan menurut syara' hanya sempurna jika terpenuhnya syarat berikut: • Dilakukan oleh Muslim yang sihat akalnya, matang dan memahami asas penyembelihan. • Binatang yang disembelih mestilah halal. • Binatang itu hidup sebelum dan ketika disembelih. • Waktu disembelih,binatang itu dihadapkan ke arah kiblat. • Alat penyembelihannya harus tajam dan tidak terdiri daripada tulang,kuku atau gigi. • Sewaktu sembelihan, tidak disebut selain dari nama Allah7. Hal ini disepakati oleh

semua ulama kerana orang jahiliah bertaqarrub kepada Tuhan dan berhalanya dengan cara menyembelih binatang dan dijadikan korban sembahan untuk berhala.

• Penyembelihan atau penusukan (nahr) itu harus dilakukan di leher binatang berkenaan, iaitu bahawa kematian binatang sebagai akibat dari terputusnya urat nadi atau

6 Rasulullah s.a.w bersabda: "Telah melarang Rasulullah s.a.w memakan tiap-tiap binatang buas yang bersaing(bertaring), dan tiap-tiap yang mempunyai kuku mencengkam”. 7 Bacaan wajib waktu menyembelih binatang: “ Bismillahi Allahuakbar”.Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal,kedua-duanya harus diucapkan,iaitu tasmiyah atau bismillah dan takbir atau Allahu Akbar,tetapi menurut Imam Bukhari,hanya menyebut nama Allah sahaja,dan ini sudah mencakup tasmiyah dan takbir.

4

Page 5: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

kerongkongnya. Penyembelihan paling sempurna, iaitu terputusnya kerongkong, tenggorok dan urat nadi.Sebab utama yang menjadi dasar penyembelihan secara demikian ialah agar darah binatang yang disembelih itu itu dialirkan semua,sehingga segala macam racun yang terdapat dalam darah itu tak ikut termakan.Itulah sebabnya mengapa darah itu haram dimakan.

• Semasa pembersihan,binatang tersebut adalah yang sudah mati selepas disembelih. • Air yang digunakan untuk membersihkan binatang hendaklah air mutlaq,yang suci dan

menyucikan.

4.3 Pengurusan makanan. Cara pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan.Pemprosesan atau penyediaan makanan halal memerlukan tempat yang sangat bersih. Sepanjang proses ini bahan halal tidak boleh terkena sebarang bahan tidak halal/haram.

4.4 Penyimpanan.

Penyimpanan sangat penting untuk mengekalkan status halal, semua makanan halal tidak boleh tersentuh atau berada dekat dengan bahan tidak halal/haram. Kebersihan sangat ditekankan dalam Islam, dan ini termasuklah pada setiap aspek aktiviti manusia seperti pakaian, peralatan dan premis. Oleh itu restoran dan stor mestilah juga bersih dan bebas dari bahan tidak halal.

4.5 Ramuan atau bahan-bahan.

Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. ebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.

4.6 Perkakas/Peralatan Konsep halal juga melibatkan peralatan dan perkakas yang digunakan semasa penyembelihan, pemprosesan, memasak, menghidang dan menyimpan. Semua peralatan digunakan mesti bersih dan dibasuh selalu untuk memastikan kebersihan. Membasuh mesti disempurnakan dengan cara membilas dengan air bersih. Jika terdapat sebarang perkakas kotor, ia boleh mengakibatkan makanan menjadi samada meragukan atau haram.

5

Page 6: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

PERKARA JAKIM LP POM MUI AFIC MEKANISME PENENTUAN STATUS HALAL

1. Penilaian dari segi syariah dilakukan terhadap perkara-perkara berikut:- I. Sumber: Bahan

1. Penilaian dari segi syariah dilakukan terhadap perkara-perkara berikut:-

I. Sumber , bahan

1)Penilaian Syariah dilakukan terhadap perkara-perkara berikut:- .Sumber: Bahan mentah dan ramuan makanan

5. 0 MEKANISME PENENTUAN STATUS HALAL MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA

6

Page 7: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

Mentah: Ramuan makanan, aditif (bahan pengawet) mestilah halal

II. Penyembelihan:

penyembelih, stunning, cara menyembelih, penyembelihan

III. Premis makanan/pengeluar produk: Alat penyembahan agama tidak dibenarkan berada di dalam premis atau kawasan pemprosesan halal, manakala bilik solat untuk pekerja Muslim mesti disediakan, dua orang pekerja Muslim bergama Islam, waragnegara mesti diletakkan di bahagian dapur/ pengendalian dan penyediaan makanan.

IV. Amalan pekerja:

Pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) tentang hal syariah, shahadah, fatihah, solat

2. Penilaian Teknikal: I.Sumber: Bahan mentah,

Ramuan makanan/aditif mestilah thaiyiban/selamat

II.Pemprosesan :GAP, GHP, GMP, HACCP ,Stor

III.Kebersihan Pekerja:. Pekerja hendaklah

mentah dan ramuan makanan adituf (mestilah halal )

II.Penyembelihan (tidak dinyatakan)

III.Premis/pengeluar produk (tiada dinyatakan sama ada premis tersebut perlu menyediakan bilik solat untuk pekerja Muslim ataupun tidak. Patung sembahan juga tidak dinyatakan)

IV.Amalan pekerja: tiada dinyatakan dengan jelas namun berdasarkan kepada syarat yang dikenakan oleh LP POM MUI bahawa Penyelaras unit audit dalaman mestilah beragama Islam maka boleh di andaikan bahawa pegawai tersebut mempunyai pengetahuan tentang syariah Islam.

aditif (mestilah halal) II. Penyembelihan: Penyembelih, stunning, cara menyembelih dan penyembelihan III. Premis/pengeluar/ rumah sembelihan: mestilah menyediakan bilik solat IV Pekerja : Muslim, berakal (waras) dan mengamalkan ajaran Islam

2.Penilaian aspek teknikal

2. Penilaian teknikal I. Sumber : bahan mentah dan ramuan tambahan (mestilah thaiyyiban/selamat )

I. Sumber : bahan mentah dan ramuan tambahan (mestilah thaiyyiban/selamat )

II. Pemprosesan: Penilaian terhadap pemprosesan dilakukan berdasarkan kepada:-

II. Pemprosesan: Tempat sembelihan, stor tiada percampuran antara produk halal dan tidak halal.

a. Penelitian Dokumen

7

Page 8: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices)

V.Premis/ syarikat pengeluar: Dinding, siling, lantai, parit, pembuangan, sampah, persekitaran, LILATI (lipas, lalat,kipas ) haiwan lain dan bebas dari percampuran barangan halal dan tidak halal sama termasuklah penggunaan alat, fasiliti dan sebagainya.

Sistem Jaminan Halal dan Garis Panduan Operasi Pengeluaran yang didokumenkan oleh syarikat pengeluar /premis.

IIII Kebersihan pekerja: Mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik. b. Laporan dari Unit

Auditor Halal Dalaman III. Kebersihan Pekerja (tidak dinyatakan) IV. Premis/ syarikat pengeluar : Tidak ada percampuran antara barangan halal dan tidak halal termasuklah penggunaan alat, fasiliti dan sebagainya

IV. Pekerja untuk sembelihan mesti berdaftar dengan AFIC, diberi latihan dan kursus selama dua minggu dan mesti membawa I.D yang dikeluarkan oleh AFIC sepanjang tempoh bertugas. v. Tempat sembelihan: Bersih dari sebarang unsur yang boleh mencemarkan kehalalan sesuatu produk . Jika tempat digunakan untuk barangan yang tidak halal, tempat tersebut mestilah dibersihkan sebelum produk halal di bawa masuk. Alat yang digunakan untuk produk tidak halal juga mesti dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk produk halal. Pendekatan Mekanisma Penentuan Status Halal dilakukan seperti berikut:-

Pendekatan Mekanisma Penentuan Status Halal dilakukan seperti berikut:-

Pendekatan Mekanisma Penentuan Status Halal dilakukan seperti berikut:-

PENDEKATAN MNEKANISME PENENTUAN STATUS HALAL

I Membuat penelitian dokumen permohonan

II Pemeriksaan fizikal premis

III Analisa makmal

a. Sampel bahan yang disyaki mengandungi sumber haram di ambil untuk di

I Penilaian dan penilitian dokumen

II . Penghantaran unit Audit ke lokasi syarikat pengeluar yang memohon sijil halal. (Pihak yang memohon akan diberitahu melalui surat tentang kedatangan Unit Audit

I. Pemeriksaan dan penelitian dokumen tentang kandungan dan ramuan yang digunakan dalam penghasilan produk halal II.Pemeriksaan terhadap status halal bahan-bahan yang digunakan di dalam

8

Page 9: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

analisa b. Sampel dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianilisis

Halal ke syarikat mereka). Antara perkara-perkara yang dinilai:-

c. Keputusan analisis membantu dalam keputusan Panel, tugas dan perancangn aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan

IV Pertimbangan Panel

Terhadap laporan yang dikemukakan pemeriksa dan menimbangkan sama ada memperaku atau tidak permohonan halal V Pemantauan Bila-bila masa selepas sijil dikeluarkan

a. Pemeriksaan berkala Secara berjadual dari masa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap standard halal

b.Pemantauan berdasarkan aduan. Dilakukan dalam tempoh 24 jam (waktu bekerja) setelah menerima aduan awam mengenai penyalahgunaan perbahasan halal atau sebaginya.

a. Pengurusan Sistem Jaminan halal. b. Dokumen bahan yang digunakan, proses pengendalian dan penghasilan, penyediaan, pembungkusan dan penghantaran serta penyimpanan produk, sijl halal bagi ramuan yang digunakan dan dokumen yang berkaitan.

pemprosesan dan penghasilan produk di lakukan oleh Pegawai Teknologi Makanan AFIC . Jika didapati terdapat kandungan yang tidak halal permohonan pengesahan halal ditolak.

c. Tempat di mana produk disediakan, dihasilkan dan diproses dan juga di bungkus semula (bagi produk luar), Pemeriksaan juga dilakukan di syarikat pembekal.

III. Setelah Pegawai Teknologi Makanan AFIC selesai membuat pemeriksaan terhadap kandungan produk pemeriksaan lanjut di peringkat lapangan akan dilakukan oleh Pengurus Halal AFIC dan para pegawai AFIC .

d. Menilai proses penghasilan bagi setiap produk

- Selepas penilaian lapangan dilakukan dan jika di dapati produk tersebut memenuhi kriteria halal yang ditetapkan maka produk tersebut akan dianugerahkan sijil halal.

e. Pengambilan contoh hanya bagi bahan yang disyaki mengandungi bahan yang haram sahaja.

f. Hasil pemeriksaan/audit dan hasil laporan maklmal dinilai dalam Rapat Tenaga Ahli LP POM MUI. Jika telah memenuhi syarat maka satu laporan hasil audit dibuat untuk diserahkan kepada Sidang Komisi Fatwa MUI untuk diputuskan status kehalalannya.

j. Bagi tujuan kawalan

IV. Pemantauan dilakukan oleh pegawai yang dilantik oleh AFIC. Aktiviti pemantauan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu memberi notis pemberitahuan. Pegawai yang dilantik perlu diberikan kerjasama oleh premis/pengeluar semasa pemeriksaan di jalankan

9

Page 10: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

dan pemantauan pihak syarikat yang telah mendapat sijil pengesahan halal LP POM MUI disyaratkan menandatangani satu perjanjian yang membolehkan pihak LP POM MUI datang membuat pemeriksaan tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu.

k. Repot bertulis

berkenaan Audit dalaman mesti dihantar oleh syarikat pengeluar yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal setiap 6 bulan kepada LP POM MUI

10

Page 11: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

6.0 ASPEK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA KETIGA-TIGA NEGARA Berdasarkan kepada jadual di atas secara umumnya di dapati aspek penilaian syariah di dalam mekanisme penentuan status halal di antara ketiga-tiga negara tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Ketiga-tiga negara didapati memberi penekanan kepada sumber bahan mentah, ramuan makanan termasuklah bahan pengawet mestilah menepati syariat Islamiyyah iaitu halal . Persamaan yang jelas juga boleh didapati dari aspek penekanan kepada pemeliharaan syariat Islam yang dapat menjamin status kehalalan sesuatu produk melalui pengambilan pekerja Muslim yang bertugas di bahagian pegendalian, pemprosesan dan penyediaan produk makanan. Para pekerja Muslim tersebut juga dimestikan mempunyai pengetahuan tentang syariah, bertingkah-laku yang selaras dengan ajaran Islam serta menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Dari aspek sembelihan, kedua-dua negara Malaysia dan Australia tidak begitu menggalakkan kaedah penggunaan stunning kepada haiwan. Di Australia, AFIC mendapati kaedah tersebut tidak begitu bersesuaian kerana pelaksanaan kaedah tersebut dikatakan tidak menepati syariat Islam (AFIC Halal Standard’2006: 21). Jika pelaksanaan stunning terpaksa dilakukan kedua-dua negara mensyaratkan bahawa alat yang digunakan untuk stunning8 tidak memudaratkan atau mendatangkan kecederaan kekal dan mengakibatkan kematian kepada haiwan. Hal ini bagi memastikan supaya haiwan yang disembelih selepas proses stunning mati akibat sembelihan dan bukannya disebabkan oleh stunning. Manakala bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar halal, selamat dan baik dilaksanakan dengan membuat penilaian teknikal dari aspek pemprosesan, kebersihan pekerja dan juga tempat produk diproses, disediakan, dikendalikan, dibungkus, disimpan dan dipindahkan. Jika diteliti berdasarkan kepada jadual di atas didapati bahawa pendekatan yang digunakan oleh Malaysia bagi menghasilkan produk yang tahiyyiban adalah berdasarkan HACCP (food safety according to hazard analysis and critical control point) GHP (Good Hygiene Practices) dan GMP (Good Manufacturing Practices) iaitu memastikan kebersihan pekerja, dan juga premis serta peralatan yang digunakan tidak tercemar atau dicampur adukkan antara yang halal dan haram. Walaupun kedua-dua negara Indonesia dan Australia tidak menyatakan dengan jelas sama ada sistem yang digunakan sama seperti di Malaysia ini tidak bermakna bahawa kedua-dua negara mengabaikan aspek keselamatan dan kebersihan di dalam penghasilan produk makanan. Ini kerana kedua-dua negara juga menitik-beratkan aspek kebersihan pekerja, premis dan peralatan. Satu perkara yang agak menarik untuk diperhatikan ialah di Australia bagi memastikan haiwan sembelihan dan proses sembelihan bukan sahaja halal bahkan baik dan selamat untuk dimakan AFIC telah menetapkan beberapa peraturan yang agak ketat berkaitan dengan penyembelih dan sembelihan. Di antara peraturan tersebut ialah penyembelih mestilah seorang yang taat beragama dan diperakui oleh dua orang ahli agama yang dikenali, menjalani latihan dan kursus selama dua minggu, berdafttar dengan AFIC dan mempunyai kad permit bagi membolehkannya melakukan penyembelihan serta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan mematuhi piwaian kebersihan yang ditetapkan. AFIC juga menempatkan Penyelia Bahagian Halal dan pemeriksa halal yang dilantik secara sepenuh masa bagi memastikan proses penyembelihan dilakukan mengikut syariat Islam dan juga bertanggung jawab memastikan status halal sesuatu produk. Pendekatan yang seumpama ini walau bagaimanpun tidak diamalkan di Malaysia dan Indonesia. Dari aspek pendekatan mekanisme penentuan status halal didapati bahawa ketiga-tiga negara menekankan aspek pemeriksaan yang sama. Sebagai contoh pemeriksaan ke premis ataupun kilang (yang memohon sijil pengesahan halal) diadakan selepas penelitian dokumen dilakukan. Selain daripada

8 Stunning yang digunakan hendaklah water stunning bagi ayam/itik dan electrical stunning bagi lembu, kerbau dan kambing atau

yang seumpama dengannya. Walau bagaimanapun di Malaysia mana-mana stunning boleh digunakan sekiranya dipersetujui oleh Fatwa. Sila rujuk Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, 2005, hlm.23.

11

Page 12: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

itu analisa terhadap bahan yang diragui status kehalalannya turut dilaksanakan di ketiga-tiga buah negara sebelum sesuatu sijil pengesahan halal boleh dikeluarkan. Walau bagaimanapun didapati langkah yang lebih ketat di ambil oleh Indonesia di dalam memastikan status kehalalan sesuatu produk di mana pemeriksaan turut dilakukan di syarikat yang membekalkan bahan mentah. Bagi memastikan syarikat ataupun premis yang mendapat pengesahan sijil halal benar-benar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan ketiga-tiga negara melakukan aktiviti pemantauan. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan dari segi amalan yang dilakukan di Malaysia, Indonesia dan Australia. Di Australia aktiviti pemantauan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan, manakala di Malaysia walaupun pemantauan boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi tidak dinyatakan sama ada notis pemberitahuan perlu dihantar ataupun tidak kepada syarikat terlibat. Di Indonesia pula, syarikat yang telah mendapat pengesahan sijil halal perlu menghantar laporan setiap enam bulan kepada LP POM MUI. KESIMPULAN Secara umumnya adalah didapati bahawa mekanisma penentuan status halal yang di gariskan di Malaysia, Indonesia dan Australia adalah menepati konsep halalan thayyiban seperti yang ditetapkan oleh syariat Islam. Namun begitu dari aspek mekanisma penentuan halal yang berhubung dengan penyembelihan adalah didapati bahawa pendekatan yang digunakan oleh AFIC (Australia) lebih menjamin status kehalalan daging sembelihan. Hal ini kerana terdapat prosedur yang ketat dan juga bersistematik yang telah dijalankan oleh AFIC. Sementara itu Indonesia juga didapati mengambil tindakan yang agak tegas di dalam memastikan status halal sesuatu produk dengan membuat pemeriksaan ke syarikat pembekal. Manakala usaha Malaysia juga wajar dipuji kerana menggunakan sistem yang moden dan terkini di dalam memastikan produk halal yang dikeluarkan benar-benar selamat dan tidak memudaratkan.

12

Page 13: KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA … kerja iCEPs/Kajian Perbandingan...KAJIAN PERBANDINGAN MEKANSIMA PENENTUAN HALAL PRODUK MAKANAN DI ANTARA MALAYSIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA Oleh: Roslizawati

Rujukan: Abu Muhammad,Abdullah bin Ahmad Qadamah,AlMughni, t.t. Dar Al-Fikr,Beirut. AFIC Halal Standard’ 2006 Al-Nawawi,Muhyi Al-DinAbi Zakaria Yahya bin Sharif An Nawawi,Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab,Sunnah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, 2005, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Nasional Malaysia Berhad: Kuala Lumpur. Mariam Abdul Latif, Sistem Halal –GMP/HACCP Dan Mekanisme JAKIM dalam Menentukan Status Halal Makanan Untuk Pengusaha Makanan dan Restoran, Kertas kerja dibentangkan di Seminar Makanan Halal (HaFos) 2006, Kolej Universiti Islam Malaysia, 27 Disember 2006. Procedure to Obtain the Halal Certificate, LP POM MUI, rujuk (http://www.halalmui.or.id/files/static/pedSHE2.pdf) tarikh akses: 2 Januari 2007. Wahbat Zuhaili,Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu , t.t. Dar Al-Fikr Waljamaah, t.t. Beirut Wizaratul Al-Auqaf Wa-Al-Syu’un Al-Islamiah,Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah. t.t. t.t. www.serambinews.com tarikh akses: 28 Disember 2006

.

13