Kajian Ragam Bahasa Di Sekolah

download Kajian Ragam Bahasa Di Sekolah

of 14

description

Sosiolinguistik

Transcript of Kajian Ragam Bahasa Di Sekolah

SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT Tugasan 3 : Kumpulan 13KAJIAN RAGAM BAHASA ANTARA GURU DI SEKOLAHAhmad Shukri bin Abd. MajidMohd Hairi bin SuhaimiPengenalanBahasa merupakanaspek terpenting dalam kehidupan manusia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Bahasa juga adalah sebuah sistem komunikasi bagi manusia berhubung sesama sendiri, bekerjasama, memahami, bergaul, beramah mesra, menunjukkan emosi, perasaan dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain). Kesilapan penggunaan bahasa berlaku kepada sesiapa sahaja. Dalam konteks pendidikan, kesilapan penggunaan bahasa ini berlaku kepada guru-guru praperkhidmatan, guru-guru permulaan, guru-guru yang telah berkhidmat sama ada yang mempunyai opsyen bahasa Melayu ataupun yang bukan opsyen bahasa Melayu. Sikap pengguna bahasa sering dikaitkan dengan kesilapan penggunaan bahasa. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2002), banyak pelajar beranggapan bahawa bahasa Melayu itu mudah kerana bahasa itu ialah bahasa ibunda mereka. Mereka lupa dan tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu yang digunakan seharian sebenarnya dialek Melayu yang banyak berbeza dengan bahasa Melayu baku. Selain itu, pengaruh media massa juga menjadi penyebab hal ini berlaku sehingga timbullah keadaan yang dikatakan kesalahan, kesilapan dan kekeliruan bahasa. 2.0 Definisi Ragam BahasaSeperti manusia, bahasa juga mempunyi ragamnya. Keadaan ini timbul kerana bahasa itu hak masyarakat dan masyarakatlah yang menentukan pengunaan sesuatu bahasa tersebut. Ragam bahasa merupakan bahasa perbualan yang merangkumi pelbagai aspek seperti perbualan dengan seseorang yang lebih tua, lebih muda atau orang yang mempunyai pangkat kehormat dalam kerajaan.Menurut Halliday(1964) dalam buku The linguistic sciences and languages, ragam merupakan satu unsur bahasa yang penting apabila bahasa digunakan dalam berbagaibagai situasi. Bahasa haruslah menepati situasi sosial supaya bahasa sesuai dengan keadaan sosial tertentu . Ragam bahasa ialah kepelbagaian bentuk bahasa yang diucapkan oleh pemakainya untuk tujuan tertentu. Zaba (1962) menyatakan bahawa ragam bahasa mampu untuk menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya kepada pembaca dan pendengar.Zaba15 Ragam BahasaBahasa sindiranBahasa menggiatBahasa herdikBahasa mengejekBahasa terbalikPertanyaan ingkarBahasa seruan /mengeluhBahasa bukan Bahasa bertimbalBahasa berulangBahasa naikBahasa tempelakBahasa melampauBahasa merajukBahasa jenakaKamaruddin & Siti Hajar (1997) pula menyatakan bahawa ragam bahasa merupakan satu unsur bahasa dan bukannya unsur makna. Makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa ragam.3.0 Pernyataan MasalahMengkaji kepelbagaian ragam bahasa yang melibatkan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq, Alor Setar, Kedah Darul Aman.4.0 Kepentingan KajianMenyedarkan individu daripada bersikap negatif seperti ragam bahasa herdik atau menggiat.Mengeratkan kemesraan seperti ragam bahasa jenaka.Menjaga air muka atau maruah orang lain walaupun berbahasa dalam keadaan marah.Mewujudkan masyarakat bekejasama dan prihatin.5.0 Objektif Kajian Menyingkap dengan lebih mendalam tentang ragam bahasa . Dapat menilai bahasa yang baik, indah, kasar dan keras . Dapat membezakan situasi percakapan .Dapat mengenali dan menghormati sesama insan.6.0 Soalan kajian Sejauhmanakah penggunaan ragam bahasa wujud di sekolah?Apakah jenis-jenis ragam bahasa yang dapat dikaji dalam perbualan guru dengan murid dan guru dengan guru?7.0 Metodologi kajian 7.1 Kaedah Rujukan Maklumat di internet dan rujukan buku-buku di perpustakaan.7.2 Kaedah Pemerhatian Dalam situasi sebenar penggunaan ragam bahasa oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq, Alor Setar, Kedah Darul Aman.Dapatan kajian Terdapat pelbagai ragam bahasa yang digunakan oleh guru di sekolah. Di antaranya ialah bahasa sindiran, bahasa menggiat, bahasa mengejek, bahasa terbalik, bahasa tempelak, bahasa herdik, bahasa melampau, bahasa rendah, bahasa naik, bahasa turun, bahasa ingkar, bahasa seruan, bahasa ulang, bahasa bertimbal, bahasa nafi dan bahasa jenaka.Bahasa sindiran Bentuk bahasa yang digunakan untuk menyindir orang tertentu. Digunakan ialah secara tidak langsung, berbelit-belit, tidak berterus terang.Ayat contoh:Kalau tak siapkan kerja sekolahpun tak pa, bukannya cikgu nak marahkan hangpa.Amboi, bersihnya meja hang, macam lori bandaran!Bahasa menggiat Digunakan untuk mengejek atau mempersendakan seseorang. Lazimnya kata-kata atau perkataan yang digunakan untuk mengejek itu mengandungi dua makna, satu yang tersuratdan satu lagi yang tersirat.Contoh:galah bagi orang yang tinggi lampai.gajah bagi orang yang gemuk.manja bagi murid yang kuat menangis.Ayat contoh:Tu dia aihh..tingginya budak tu..macam galahBahasa mengejek Digunakan untuk mengejek hampir sama dengan ragam bahasa yang digunakan untuk bergiat. Mungkin untuk bergurau senda atau menyakiti orang lain.Ayat contoh:Amboi, gebunya pipi cikgu Rokiah, macam bulan!Anak orang kayapun pakai kasut kotoq!Bahasa terbalik Mempunyai tujuan atau muslihat tertentu atau ada udang di sebalik batu.Ayat contoh: Baguih la tu, rajin-rajinlah hangpa ponteng sekolahLain kali tak payah bawak buku teks mai sekolah, tambah berat beg saja.Bahasa tempelak Digunakan untuk mencerca, mencela, menggunakan kata-kata yang pedas dan keras dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan orang tertentu. Untuk menjatuhkan maruah seseorang.Ayat contoh: Dulu masa duit banyak hang lupa diri, la ni apa dah jadi..padan muka hang.Kalau semua cikgu bodo, pasai apa ayah hang hantaq hang mai sekolah ni.Bahasa herdik Digunakan untuk memaki-hamun atau menengking seseorang. Intonasi atau nada suara yang digunakan adalah tinggi. Bahasa yang digunakan adalah kasar dan kesat.Ayat contoh: Hang pi kluaq kelas.. Dahla kerja sekolah tak siap, hingaq pulak tu. Bahasa melampauMengherdik, menyindir atau menempelak, memaki hamun atau mengada-adakan sesuatu semata-mata untuk menjatuhkan maruah atau memalukan orang tertentu.Contoh: Hang tu dah la badan macam gajah, otak macam lembu, penyegan pula tu.Muka saja come, tapi tulisan macam cakaq ayam.Bahasa rendah Menunjukkan seseorang itu tidak sombong, baik hati dan suka merendahkan dirinya apabila berbual dengan orang lain.Ayat contoh :Aku tak pandai pun..Hang lagi pandai..Aku ni cikgu SPM saja, hang boleh la..ada ijazah.Bahasa naik Digunakan oleh orang yang lupa diri, bongkak, takbur, dan sombong.Ayat contoh:Aku ni dahla pandai, hensome pulak tu.Kalau buat kerja itu biaqla nampak macam cikgu DG41 bukan macam cikgu maktab. Bahasa turun Berlawanan dengan ragam naik. Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ragam rendah. Mengunakan bahasa dengan tujuan untuk merendahkan diri. Untuk berkomunikasi dengan lebih selesa.Ayat contoh:Hangpa kena paham, mak pak hangpa orang susah, hidup kais pagi makan pagi saja. Bahasa Ingkar Digunakan untuk menunjukan keengganan , tidak mahu menurut perintah , tidak mengaku salah atau memungkiri sesuatu.Ayat contoh: Saya tidak ambik duit budak-budak tu.Bukan saya yang buat cerita tu, cikgu.Sudahlah cikgu, kami dah tak larat nak meeting sampai petang ni. Bahasa seruan Memanggil dengan suara yang sederhana dengan tujuan untuk menganjurkan atau mengusulkan sesuatu. Bertujuan untuk mendapat perhatian orang.Ayat contoh:Amboi , cantiknya cikgu baru tu!Selamat pagi, cikgu!Cikgu, esok ada meeting lagi ka? Bahasa ulang Digunakan untuk memastikan sesuatu yang diucapkan itu difahami atau untuk memperkukuhkan hujah yang telah disampaikan.Ayat contoh : Jangan! Jangan! Jangan hangpa buat keja tu lagi . Nanti hangpa yang rugi.Apa yang hangpa buat ni tak baik untuk hangpa, takdak faedah untuk hangpa lepas tu tak dak manafaat untuk mak pak hangpa.Bahasa bertimbal Bermaksud mempertimbangkan atau membandingkan dua perkara atau dua benda.Ayat contoh :Cikgu ni , lagi murah lagi dia tawaq pulak.Semakin banyak saya bagi muka, makin mua pula perangai hangpa. Bahasa nafi Digunakan untuk menunjukkan maksudmenolak , menidakkan, tidak mengakui dan menyangkal.Ayat contoh:Bukan. Bukan saya yang jahanamkan printer tu.Saya tak pernah pi pun ghumah budak tu. Bahasa jenaka Digunakan untuk tujuan bergurau , menggelikan hati ataupun dengan tujuan untuk mewujudkan suasana lucu atau menghiburkan hati. Sering digunakan di dalam situasi yang tidak formal. Ayat contoh:Ingatkan Neelofa, rupanya Cikgu Hasmah.Amboi, comenya Kak Sal hari ni, serupa pegawai bank .Kesimpulan Ragam bahasa merangkumi semua aspek dalam sesuatu bahasa. Ragam bahasa juga merupakan sesuatu yang dikatakan pelengkap dalam bahasa Melayu dan penggunaannya agak meluas di seluruh Malaysia . Kesalahan penggunaan bahasa ini haruslah ditangani oleh sebuah pihak. Sebagai pengguna bahasa, kitalah yang seharusnya lebih bertanggungjawab menggunakan bahasa yang betul. Untuk memastikan penguasaan bahasa kita menjadi baik, setiap pengguna bahasa haruslah rajin membuat rujukan dan membaca buku yang berkualiti.RujukanAbdul Hamid Mahmood, & Inderbir Kaur.(1995). Beberapa Kajian terhadap Kesalahan Bahasa, Jurnal Dewan Bahasa, Jld. 39, Bil. 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn. Bhd.Asiah Idris. (2003). Penyimpangan dalam Penggunaan Bahasa: Tidak Tahu atau Tidak Mengambil Tahu? Dewan Bahasa: Disember 2003. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (1996). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Baskaran Nadeson. (2000). Analisis Kesalahan Bahasa Dalam Karangan Murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Jurnal Penyelidikan MPSAH, Sungai Petani, Kedah.Dewan Bahasa dan Pustaka. (1995). Gaya Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Goh O. S. (1991). Pengajaran Tatabahasa KBSM: Masalah dan Pelaksanaan, Jurnal Dewan Bahasa, 4-6, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Institut Perguruan Batu Lintang (2008). Jurnal Penyelidikan 2008. Kuching: Institut Perguruan Batu Lintang.Koh Boh Boon (1989). Perspektif-prespektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia: Analisis Kesalahan Kesalahan Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Dilakukan oleh Sekumpulan Siswazah. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim. (2007). Liku-liku Bahasa. Shah Alam: K Publishing Sdn Bhd.Zainal Abidin Ahmad. (2000), Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi Baharu. Cetakan Pertama Edisi Kedua 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.http://search.yahoo.com/search?p=ragam+bahasa&ei=UTF-8&fr=fp-top" http://search.yahoo.com/search?p=ragam+bahasa&ei=UTF-8&fr=fp-tophttp://www.google.com/search?hl=en&ie=ISO-8859-1&q=ragam+bahasa" http://www.google.com/search?hl=en&ie=ISO-8859-1&q=ragam+bahasahttp://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm" http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm