Kajian Salmiza

download Kajian Salmiza

of 85

Transcript of Kajian Salmiza

MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP HABA MELALUI KAEDAH EKPSPERIMEN BAGI MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 5

SALMIZA BINTI ABDUL GHANI 741107035210

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( SAINS ) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI SAINS OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2010

PENGAKUAN

Bahawa dengan ini , saya Salmiza binti Abdul Ghani , ingin menyatakan bahawa berikut adalah hasil kajian dan rujukan mengenai kaedah atau strategi-strategi pembelajaran sains bagi meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, ia tidak mengandungi bahan-bahan yang telah diterbitkan atau ditulis sebelum ini oleh seseorang atau bahan yang telah diterima sebagai hasil karya untuk kelulusan pengsiswazahan mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain kecuali nukilan dan ringkasan nukilan lain yang telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh : 20 November 2010

Tandatangan Pelajar : . Nama : Salmiza binti Abdul Ghani No. Matrik :741107 03 - 5210

i

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah eksperimen dalam meningkatkan kefahaman murid bagi konsep haba yang dipelajari untuk Tahun Lima. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pos dan borang soal selidik pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah quasi eksperimen dan subjek kajian terdiri daripada 50 orang pelajar dari dua kelas Tahun Lima dari Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah. Seramai 25 pelajar dalam kumpulan eksperimen mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan 25 orang pelajar yang lain di dalam kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran teori. Kajian ini dijalankan selama tiga minggu dan sebanyak empat hipotesis nul dikemukakan. Data yang diperolehi daripada ujian pra dan pos dianalisis menggunakan program SPSS versi 10.05. Statistik deskriptif digunakan untuk menghitung min skor, sisihan piawai, skor

maksimum dan skor minimum, manakala statistik inferensi iaitu prosedur Independent Samples Test dan Paired Samples Test digunakan untuk menguji hipotesis nul sama ada diterima atau ditolak. Dapatan kajian menunjukkan hipotesis nul ( H0 manakala hipotesis nul ( H02 1

) diterima

), ( H0

3

) dan ( H0

4

) ditolak. Penerimaan hipotesis

menunjukkan tidak terdapat perbezaan min skor ujian pra di antara kedua-dua kumpulan tersebut, manakala penolakkan hipotesis nul pula menunjukkan terdapat perbezaan min skor bagi kedua-dua kumpulan itu di dalam ujian pos dan juga di antara ujian pra dan ujian pos. Implikasi daripada kajian ini dapat merumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran amali lebih berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains berbanding kaedah pengajaran secara teori atau fakta.

ii

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah keizinanNya, Kajian Berasaskan Sekolah ini dapat disiapkan bagi memenuhi keperluan kursus HBEF2503 mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Jusni bin Nasirun, selaku tutor di dalam penghasilan kajian ini, di atas segala bimbingan dan panduan yang diberikan sehingga siapnya penulisan kajian ini.

Juga diabadikan buat rakan rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi dorongan bagi menjayakan kajian ini.

Diabadikan kenangan buat suami yang amat dikasihi, Abdul Razak bin Ali, anakanak Alya binti Abdul Razak, Alif bin Abdul Razak dan Arif bin Abdul Razak atas pengorbanan, dorongan dan kesabaran yang telah diberikan sepanjang pengajian ini.

Sekian, terima kasih Salmiza binti Abdul Ghani

iii

ISI KANDUNGAN SURAT

MUKA

PENGAKUAN ABSTRAK PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

i ii iii iv vii viii x

BAB 1 : MASALAH KAJIAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kerangka Konseptual Tujuan Kajian 1 2 3 4 5 5 6 6 7 7

1.5.1 Objektif Kajian 1.5.2 Persoalan Kajian 1.5.3 Hipotesis Kajian 1.6 1.7 Kepentingan Kajian Batasan Kajian

iv

1.8 1.9

Definisi Istilah Ringkasan

8 9

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 2.2 2.3 Pendahuluan Kajian Lepas Ringkasan 10 10 14

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 Pendahuluan Rekabentuk Kajian Instrumen Kajian Prosedur Analisis Data Sampel dan Populasi Kajian Prosedur Kajian Pengumpulan dan Pemprosesan Data Ringkasan 15 15 17 21 22 22 25 26

v

BAB 4 : ANALISIS DATA 4.1 4.2 4.3 Pendahuluan Profil Subjek Kajian Analisis Data Berdasarkan Ujian Pra dan Pos Ke Atas Kedua-dua Kumpulan 4.4 4.5 4.6 Pengujian Hipotesis Dapatan Soal Selidik Pelajar Ringkasan 29 34 39 40 27 27

BAB 5 : RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 Pendahuluan Ringkasan Kajian Rumusan Hasil Dapatan Kajian Kesimpulan Implikasi Cadangan Kajian Lanjutan Ringkasan 41 41 43 47 49 52 54

vi

RUJUKAN

Senarai Lampiran A B C D Ujian Pra Ujian Pos Borang Soal Selidik Pelajar Skor Subjek Kedua-dua Kumpulan Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos E Analisis Statistik Deskriptif Ujian Pra Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan Analisis Statistik Deskriptif Ujian Pos Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan 70 69 57 62 67

Senarai Jadual Jadual 3.1 Kedudukan Nombor Soalan Ujian Pra Dan Ujian Pos ( Bahagian A ) Jadual 3.2 Kedudukan Nombor Soalan Ujian Pra Dan Ujian Pos ( Bahagian B ) Jadual 3.3 Kedudukan Nombor Soalan Ujian Pra Dan Ujian Pos ( Bahagian C ) Jadual 3.4 Kedudukan Nombor Soalan Ujian Pra

Muka surat

18

19

19

vii

Dan Ujian Pos ( Bahagian D ) Jadual 3.5 Jadual Jadual Skor Jawapan Ujian Pra dan Pos

20 21 21

3.6 Skor Markah Ujian Dan Gred 4.1 Taburan Bilangan dan Peratus Subjek Mengikut Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 28

Jadual

4.2

Analisis Ujian Pra dan Pos Ke atas Kumpulan Eksperimen 29

Jadual

4.3 Analisis Ujian Pra dan Pos Ke atas Kumpulan Kawalan 31

Jadual

4.4

Min, Sisihan Piawai, Skor Minimum dan Maksimum Ujian Pra 32

Jadual

4.5

Min, Sisihan Piawai, Skor Minimum dan Maksimum Ujian Pos 33

Jadual

4.6

Analisis Independent Samples Test Terhadap Ujian Pra Antara Kumpulan Kawalan dan Eksperimen 34

Jadual

4.7

Statistik Kumpulan dan Analisis Independent Samples Test Terhadap Ujian Pos Antara Kumpulan Kawalan dan Eksperimen 36

Jadual 4.8

Analisis Paired Samples Statistics Dan Paired Samples Test Terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos Untuk Kumpulan Kawalan 37

Jadual 4.9

Analisis Paired Samples Statistics Dan Paired Samples Test Terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos Untuk

viii

Kumpulan Eksperimen Jadual 4.10 Dapatan Min Skor Bagi Setiap Item dalam Borang Soal Selidik Pelajar Jadual 4.11 Min Skor Item Soal Selidik

38

39 4

Senarai Rajah Rajah 1.1 Rajah 3.1 Rajah 3.2 Kerangka Konseptual Kajian Langkah Menjalankan Kajian Langkah-langkah Aktiviti Amali oleh Pelajar 4 17 24

ix

MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN BAHAN MELALUI KAEDAH EKPSPERIMEN BAGI MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 5

BAB 1 MASALAH KAJIAN

1.1

Pendahuluan

Amalan mengajar sains sebagai satu koleksi fakta akan menyebabkan pelajar menjurus kepada pemikiran bukan sains iaitu menerima fakta tanpa berfikir. Pemikiran seperti ini tidak membantu perolehan konsep sains seperti yang dicapai melalui kaedah proses sains yang mengutamakan pembuktian logik. Mempelajari sains secara koleksi fakta akan menyebabkan salah tanggapan atau salah konsep di kalangan pelajar dan juga membosankan kerana melibatkan aktiviti menghafal fakta sahaja tanpa tiada aktiviti pemikiran aras tinggi seperti pemikiran kritis dan kreatif.

Sains bersifat dinamik kerana konsep, prinsip atau teori sains bersifat tidak kekal dan boleh diubah dengan penemuan sains yang baru. Penemuan sains biasanya diperolehi melalui kaedah proses sains dan kaedah ini telah digunakan oleh para saintis lampau dan sekarang. Oleh itu, sangat penting kemahiran proses sains diajar di sekolah kerana ia dapat mendidik pelajar untuk berfikir seperti seorang saintis. Peluang utama adalah dengan menggunakan kaedah amali dalam makmal sains.

1

Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah amali dalam tajuk Meningkatkan kefahaman Konsep Pengembangan dan Pengecutan Bahan Melalui kaedah Eksperiman dan bagaimana kaedah amali membolehkan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran proses sains dengan tumpuan khusus kepada mengenal pasti dan mengawal tiga pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar.

1.2

Latar Belakang Kajian

Ramai pendidik sains percaya bahawa kaedah amali merupakan satu aktiviti pembelajaran yang penting dalam pendidikan sains. Kaedah amali berupaya memberikan pengalaman konkrit kepada pelajar dan membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar untuk meneroka lebih lanjut fenomena sains serta memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM ( 2000 ), kaedah amali mempunyai tujuh langkah dan salah satu daripadanya ialah menjalankan eksperimen. Dalam menjalankan eksperimen, kemahiran proses sains dapat diterapkan seperti proses mengawal pembolehubah dan dalam KBSR, semua pelajar diberi peluang untuk menjalankan amali dengan bimbingan guru.

2

1.3

Pernyataan Masalah

Mempelajari sains secara koleksi fakta atau teori boleh menimbulkan rasa bosan di kalangan pelajar kerana pelajar hanya perlu mempelajari, memahami dan mengingatkan kembali fakta sains yang diajar oleh guru. Di sini, pelajar hanyalah sebagai penerima fakta sains yang diajar oleh guru tanpa berfikir. Apabila pelajar mengalami kekeliruan dan kesukaran dalam memahami mata pelajaran Sains, pelajar akan cepat berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar.

Kemahiran proses sains membolehkan pelajar mempertingkatkan lagi kemahiran berfikir secara rasional, analitis dan kritis serta mengembangkan kemahiran dalam

mengendalikan maklumat dan menyelesaikan masalah. Melalui kaedah amali, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran proses sains ketika melakukan amali. Mempelajari sains tanpa melibatkan kaedah amali akan menyebabkan para pelajar tidak mengetahui kemahiran proses sains kerana mereka tidak mempraktikkannya. Akibatnya apabila para pelajar menjawab soalan ujian bulanan atau peperiksaan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan Bahagian B kerana soalan-soalannya melibatkan kemahiran proses sains terutamanya mengenalpasti pembolehubah.

3

1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah amali dalam membolehkan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran proses sains dengan tumpuan khusus kepada mengenal pasti dan mengawal tiga pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar dalam tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan

1.4.1

Objektif Kajian

Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objektif berikut : i) Untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan min skor ujian pra bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen. ii) Untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan untuk kumpulan kawalan. iii) Untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan untuk kumpulan eksperimen. iv) Untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan min skor ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.

4

1.4.2

Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, persoalan kajian seperti berikut perlu diformulasikan : i) Adakah terdapat perbezaan min skor ujian pra bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen. ii) Adakah terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan untuk kumpulan kawalan. iii) Adakah terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan untuk kumpulan eksperimen. iv) Adakah terdapat perbezaan min skor ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.

1.4.3

Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa hipotesis nul yang ingin dikaji : i) Tidak terdapat perbezaan min skor ujian pra bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen. ii) Tidak terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan untuk kumpulan kawalan. iii) Tidak terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan untuk kumpulan eksperimen.

5

iv)

Tidak terdapat perbezaan min skor ujian pos bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.

1.5

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini sangat penting kepada Panitia Sains, guru-guru sains dan para pelajar SK Sultanah Asma. Antaranya : i) Hasil kajian ini diharap dapat membolehkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan mengaplikasikan kaedah amali di dalam makmal sains. ii) Hasil kajian ini diharap dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai pembolehubah, meransang minat dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains.

6

1.6

Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut : i) Kajian ini terbatas kepada SK Sultanah Asma yang terletak di daerah Kota Setar dan menggunakan bilangan pelajar yang sedikit. Mereka bukanlah merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar sains Tahun Lima. ii) Kajian ini terbatas kepada dua buah kelas Tahun Lima iaitu kelas kumpulan kawalan dan kelas kumpulan eksperimen yang mempunyai pencapaian yang hampir sama. iii) Sukatan pelajaran Tahun Lima adalah meluas dan kajian ini hanya terhad kepada topik Pengembangan dan Pengecutan Bahan. iv) Dalam kajian wujud kesukaran untuk mengawal pemboleh ubah luar yang memesong dari tujuan kajian misalnya maklumat palsu yang mungkin diberi oleh sampel kajian.

7

1.7

Ringkasan

Bab ini menghuraikan rasional, objektif, hipotesis dan kepentingan kajian. Antara lain bab ini merumuskan bahawa pelajar yang hanya menerima segala pengajaran sains yang diajar oleh guru secara teori akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Dengan adanya kaedah amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan berupaya memberikan pengalaman konkrit kepada pelajar dan membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar untuk meneroka lebih lanjut fenomena sains serta memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada pelajar dan menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif.

8

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Mengikut kajian-kajian yang lepas, keberkesanan kaedah amali dalam pembelajaran sains telah terbukti. Kaedah amali didapati dapat membantu pelajar menguasai kemahiran proses sains seperti mengawal pembolehubah, membuat hipotesis, mengeksperimen dan sebagainya. Namun begitu, terdapat ramai guru yang mengabaikan kaedah ini disebabkan oleh kekangan masa dan masih menggunakan kaedah tradisional iaitu mementingkan pengajaran fakta menerusi buku teks yang berteraskan peperiksaan. Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agak membosankan dan pelajar sukar memahami konsep yang disampaikan oleh guru. Bab ini akan meninjau beberapa hasil kajian yang berkaitan dengan kaedah amali dan keberkesanan kaedah ini dalam membolehkan pelajar mengenal pasti dan mengawal pembolehubah.

9

2.2

Kajian Lepas

Wrutheran, Alyas, Rohani & Wan Mazlan dalam kajian mereka ke atas pelajar tingkatan empat di tujuh buah sekolah di daerah Kuala Terengganu (2000), ternyata ada hubungan yang signifikan antara kaedah amali dengan peningkatan pemahaman di kalangan pelajar Sains Tulin. Ramai pelajar Sains Tulin merasakan amali sains membantu mereka memahami konsep-konsep sains dan menguasai kemahiran manipulatif, pembelajaran sains juga menjadi lebih bermakna jika banyak amali dibuat. malah

Menurut Chiappetta & Collette dalam kajiannya (1998) , amali dalam sains adalah finding out and learning through firsthand experiences . Amali sains sepatutnya membolehkan pelajar merancang dan melibatkan diri atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti pemerhatian, pengelasan, pengumpulan data, penjelasan, mengeksperimen dan sebagainya. Dalam konteks yang umum, amali sains juga disebut eksperimen, ujikaji atau kerja praktikal sains. Kaedah amali berbanding dengan kaedah lain, berupaya memberikan pengalaman konkrit kepada pelajar.

10

Mengikut Chan Fook Cheong ( 1983 ), objektif-objektif untuk menjalankan aktiviti ujikaji dalam sains adalah di antaranya : i) ii) iii) iv) v) mengajar kemahiran-kemahiran manipulatif menggalakkan pemerhatian menjelaskan teori menggalakkan kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah membezakan fakta-fakta sains yang diperolehi dari ujikaji dengan penerangan fenomena secara teori. vi) vii) membina kemahiran-kemahiran interaksi di antara sesama pelajar. menyedari batasan-batasan terhadap keputusan ujikaji disebabkan wujudnya kesilapan. viii) ix) membuat kesimpulan daripada fakta-fakta yang diperhatikan. menunjukkan bagaimana ahli-ahli sains menyelesaikan masalah melalui pendekatan secara saintifik.

11

Pusat Perkembangan Kurikulum,KPM (2000), menggariskan tujuh langkah asas dalam kaedah amali sains atau eksperimen iaitu :

i) ii) iii) iv) v) vi) vii)

mengenal pasti masalah membuat hipotesis menjalankan eksperimen mengumpul data menganalisis data membuat kesimpulan membuat pelaporan

Menjalankan amali turut melibatkan proses mengawal pembolehubah, menentukan peralatan dan bahan sains dan menentukan langkah menjalankan amali. Dalam KBSR, semua pelajar akan diberi peluang untuk menjalankan amali yang telah ditetapkan dengan bimbingan guru.

Sains adalah satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian dan ujikaji yang sistematik. Beberapa kajian terkini mengenai bagaimana kanak-kanak mempelajari sains selalunya dikaitkan dengan constructivist view ( Aguirre, Haggerty & Linder, 1990: Wellington, J. 1989 ), iaitu pelajar memberi makna kepada maklumat dan peristiwa baru sebagai hasil dari interaksi antara pengetahuan dan pengalaman lalu individu tersebut dengan pemerhatiannya pada masa kini.

12

Untuk itu, makmal sains dijadikan tempat khas melaksanakan aktiviti saintifik secara berterusan terutamanya di institusi-institusi pengajian dan pusat-pusat penyelidikan. Dalam sistem persekolahan Malaysia, makmal sains di sekolah-sekolah menengah telah sekian lama memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992 ).

Mengikut Ismail Jusoh ( 1999 ), pelajar-pelajar daripada pelbagai peringkat kebolehan akademik ( rendah, sederhana, dan tinggi ) dapat dilatih untuk menguasai kemahiran proses sains. Selain itu, Ismail Jusoh juga menyatakan kepentingan menguasai kemahiran proses sains berdasarkan keperluan yang perlu dipenuhi oleh pelajar disebabkan ia adalah merupakan tuntutan daripada Falsafah Pendidikan Sains Negara.

Menurut Ronald & Syakima (2005) dalam kajiannya ke atas pelajar Kolej Matrikulasi, Labuan, tujuan amali adalah untuk membolehkan pelajar mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kuliah untuk kefahaman pelajar. Kelas amali merupakan aktiviti praktikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat

memperkukuhkan teori dan konsep fizik di samping memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni. Ini jelas menunjukkan bahawa apabila pelajar menjalankan amali dalam pembelajaran sains, pelajar mendapati mereka akan lebih memahami teori sains yang telah diajar oleh guru dan pelajar telah berjaya menghubungkaitkan amali dengan teori dan konsep fizik yang diguna pakai dalam amali yang dijalankan.

13

Bass & Cavin (1997) menyatakan bahawa sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang sistematik dan melibatkan pemerhatian dan eksperimen dalam mengkaji fenomena alam. Kaedah pemerhatian dan eksperimen adalah asas kepada prosedur mendapatkan data dan maklumat bagi memperjelaskan fenomena sains dalam alam ini. Ahli pendidikan sains telah memperincikan lagi prosedur pengkajian sains dengan apa yang dinamakan sebagai proses sains. Kemahiran proses sains inilah yang menjadi alat dalam menjalankan kajian terhadap kejadian sains. Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada kemahiran proses asas dan kemahiran proses bersepadu. Kemahiran proses asas melibatkan

kemahiran tahap pemikiran yang rendah iaitu kebolehan memerhati, mengelas, mengukur menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menghubungkan antara perubahan ruang dan masa. Manakala kemahiran proses bersepadu merupakan gabungan proses asas sains dan memerlukan aras pemikiran yang lebih tinggi iaitu kemahiran mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan menjalankan eksperimen.

14

Menurut Lembaga Peperiksaan , Kementerian Pelajaran Malaysia, penilaian amali sains yang telah diperkenalkan untuk mata pelajaran sains tulen seperti Kimia, Fizik, dan Biologi dalam Sijil Peperiksaan Malaysia ( SPM ) telah dimansuhkan pada 1998. Mulai 1998 ujian amali ini diperkenalkan dalam bentuk penaksiran baru yang menggabungkan penilaian kedua-dua komponen kemahiran saintifik melalui Penilaian Kerja Amali (PEKA). Pada tahun yang sama juga Kertas Amali Bertulis bagi mata pelajaran Kimia, Fizik dan Biologi juga telah diperkenalkan untuk calon persendirian.

PEKA diperkenalkan dengan penekanan kepada elemen kemahiran saintifik , kemahiran manipulatif , sikap saintifik dan nilai murni yang menggunakan tugasan amali sebagai satu instrument pengukuran. PEKA ialah penaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan Rujukan Kriteria yang merujuk kepada penjaminan kualiti. Penaksiran ini dibuat secara berterusan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru penaksir terhadap pelajar. Ini membawa maksud penilaian ini dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran di makmal. Pelajar akan diminta menjalankan amali serta membuat laporan dan guru membuat penaksiran menerusi pemerhatian semasa pelajar menjalankan amali.Pada masa ini amalan PEKA dikembangkan ke semua peringkat termasuk di sekolah rendah. telah

15

2.3

Rumusan

Daripada tinjauan literatur yang dibuat, kaedah amali dalam pembelajaran sains perlulah dijalankan sebaik mungkin dan harus dipergiatkan lagi di sekolah kerana terdapat peningkatan pemahaman para pelajar terhadap teori dan konsep sains yang dipelajari menerusi buku teks. Melalui kaedah amali juga didapati para pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran proses sains seperti mengawal pembolehubah, membuat hipotesis, menjalankan eksperimen dan sebagainya yang terlibat semasa menjalankan amali di makmal sains. Minat dan motivasi para pelajar dalam pembelajaran sains juga menunjukkan peningkatan kerana dengan melakukan amali, pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang konkrit dan secara tidak langsung memudahkan para pelajar mempelajari sesuatu konsep dan teori.

16

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan

Banyak kajian yang lepas menunjukkan kaedah amali membawa kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada penggunaan kaedah amali dalam tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan dan bagaimana mengesan keberkesanan kaedah amali dalam membolehkan pelajar menguasai kemahiran proses sains bersepadu iaitu kemahiran mengenal pasti dan mengawal pembolehubah.

3.2

Rekabetuk Kajian

Kajian ini menggunakan rekabentuk quasi-eksperimen di mana kajian ini membuat pemilihan subjek ke dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Pengkaji tidak membuat penyusunan semula kelas-kelas tersebut. Kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terdiri daripada para pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang hampir sama dan terbentuk daripada pelajar-pelajar yang sedia ada di dalam kelas masingmasing mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah berkenaan. Kesan pembolehubah ekstranus boleh dihapuskan melalui penggunaan kaedah analisis berstatik.

17

Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra dan pos untuk mengkaji keberkesanan kaedah amali dan melalui kaedah amali, para pelajar dapat menguasai kemahiran proses sains iaitu mengenal pasti dan mengawal pembolehubah apabila dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen. Sebelum ujian, pelajar-pelajar terlebih dahulu dimaklumkan tentang ujian yang akan dijalankan berdasarkan topik konsep haba supaya para pelajar lebih bersedia. Selepas diberi ujian pra, jawapan-jawapan akan dikumpulkan dan direkodkan markah untuk mengetahui sejauh manakah kemajuan atau peningkatan yang ditunjukkan oleh kumpulan eksperimen selepas proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah amali dilaksanakan.

Seterusnya, kumpulan eksperimen akan diberi rawatan iaitu mempelajari dan memahami topik Pengembangan dan Pengecutan Bahan dengan menggunakan kaedah eksperimen manakala kumpulan kawalan pula akan diajar dengan menggunakan kaedah berdasarkan teori dan fakta sains oleh guru sains mereka seperti biasa.Sebaik sahaja proses pengajaran dan pembelajaran selesai, satu ujian pos akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan kaedah eksperimen yang telah dijalankan. Seterusnya data yang diperolehi daripada ujian pos akan dianalisis.

18

3.3

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, instrumen kajian terdiri daripada kertas ujian untuk ujian pra dan ujian pos. Ujian pra dan pos digunakan untuk mengkaji keberkesanan kaedah amali dan melalui kaedah amali, para pelajar dapat menguasai kemahiran proses sains iaitu mengenal pasti dan mengawal pembolehubah apabila dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen. Ujian pra akan diberi serentak kepada kedua-dua kumpulan sampel kajian sebelum kajian dilaksanakan dan ujian pos juga akan diberikan serentak kepada keduadua kumpulan sampel kajian selepas kajian dilaksanakan. Selain daripada itu juga, borang soal selidik pelajar digunakan dalam kajian ini untuk mengetahui persepsi pelajar mengenai keberkesanan kaedah amali dalam meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran Sains. Borang soal selidik ini hanyalah untuk kumpulan eksperimen, kerana hanya kumpulan ini yang menerima kaeadah

pengajaran dan pembelajaran secara amali.

3.3.1

Ujian Pra dan Pos

Ujian ini mengandungi 5 soalan aneka pilihan (Bahagian A), 7 soalan betul atau salah (Bahagian B ), 4 soalan isi tempat kosong ( Bahagian C ) dan 10 soalan berbentuk struktur ( Bahagian D ) yang melibatkan kemahiran proses sains (Lampiran A dan Lampiran B) . Ujian yang diberi kepada para pelajar perlu menepati huraian sukatan pelajaran Sains Tahun Lima dan meliputi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Bahan . Pengkaji akan merujuk soalan-soalan daripada buku teks dan buku-buku rujukan untuk dijadikan instrumen.

19

3.3.2

Borang Soal Selidik

Setelah ujian pos dijalankan kepada kumpulan kawalan dan eksperimen, pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik yang mengandungi 10 item kepada para pelajar kumpulan eksperimen untuk mengetahui persepsi pelajar -pelajar tersebut mengenai keberkesanan kaedah amali dalam meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains ( Lampiran C ).

3.4

Prosedur Analisis Data

Untuk memudahkan proses analisis data, setiap jawapan yang dipilih dalam ujian akan diberi skor tertentu seperti jadual 3.1 di bawah :

Kadar skor Jika jawapan yang diberi adalah betul Jika jawapan yang diberi adalah separa betul Jika jawapan yang diberi adalah salah

Nilai skor 2 1 0

Jadual 3.1: Skor Jawapan Ujian Pra dan Pos

20

Dalam kajian ini terdapat 30 item yang dibina untuk melihat keberkesanan kaedah amali yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jumlah markah keseluruhan adalah 60 markah. Setiap skor yang diperolehi oleh pelajar ditukar kepada 100 markah. Daripada jadual di atas, skor minimum ialah 0 manakala skor maksimum pula ialah 2. Jumlah skor yang diperolehi akan dikategorikan kepada tahap-tahap gred seperti di jadual 3.2 di bawah : Skor 75-100 60-74 50-59 40-49 0-39 Gred A B C D E

Jadual 3.2 : Skor Markah Ujian Dan Gred

3.5 Sampel dan populasi kajian

Kajian ini akan dijalankan untuk pelajar Tahun Lima di sebuah sekolah rendah di daerah Kota Setar. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma. Kajian ini akan melibatkan dua buah kelas yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih kurang sama iaitu para pelajar yang mempunyai pencapaian akademik pada tahap yang sederhana. Oleh itu kelas yang mana akan menjadi kumpulan kawalan atau kumpulan eksperimen tidak menjadi masalah dalam kajian ini. Justeru itu juga, tidak timbul masalah dalam membandingkan dapatan kajian di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Seramai 25 orang pelajar akan terlibat dalam setiap kumpulan untuk kajian ini.

21

3.6 Prosedur kajian

Ujian pra dan pos akan dilaksanakan dengan menggunakan item-item soalan yang digubal dengan teliti untuk memastikan item soalan yang disediakan tidak mengelirukan sampel kajian. Berpandukan data yang dikumpulkan daripada ujian pra, pengkaji akan membuat perancangan awal dan teliti dalam menggarap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk menguji keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran kaedah amali untuk kumpulan eksperimen. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan dijalankan di makmal sains di sekolah tersebut dan kedudukan pelajar di dalam makmal sains adalah dalam kumpulan kecil yang telah sedia ada.

Pengkaji akan memberi penerangan tentang tujuan aktiviti amali diadakan dan penjelasan ini merangkumi konsep atau teori yang akan dipelajari. Penerangan ini juga melibatkan prosedur amali, langkah-langkah keselamatan dan teknik-teknik pengendalian peralatan dan bahan sains. Pelajar juga diberi penerangan tentang kaedah merekod data dan aspek kebersihan peralatan dan bahan sains sepanjang amali dijalankan.

Apabila amali dijalankan, pemantauan akan dilakukan oleh pengkaji di mana pengkaji akan berbincang dengan pelajar dan membetulkan kesalahan pelajar. Pelajar digalakkan bertanya soalan yang boleh meransang pemikiran pelajar terhadap amali yang sedang

22

berlangsung. Pengkaji akan memberi perhatian kepada cara pelajar mengawal pembolehubah dan merekodkan data.

Seterusnya, data yang diperolehi dari aktiviti amali akan dianalisis dan ditaksirkan. Kesimpulan akan dibuat daripada analisis tersebut. Pelajar digalakkan membuat tafsiran dalam kerangka hipotesis yang telah dirangka terlebih dahulu. Pengkaji akan meminta pandangan pelajar sekiranya tafsiran amali dan kesimpulan yang diperolehi tidak menepati konsep sains atau menyanggahi konsep sains dan pelajar akan dibimbing untuk membuat laporan.

Ketika pelajar sedang menjalankan aktiviti amali, pelajar perlu memberi tumpuan terhadap beberapa aspek iaitu pernyataan hipotesis, pengawalan pembolehubah yang dimanipulasi, dimalar dan bergerak balas, langkah pengumpulan dan merekod data, menganalisis dan mentafsir maklumat daripada jadual, carta atau graf dan menerangkan dapatan amali serta menyatakan kesimpulan. Langkah-langkah tersebut dapat dilihat berdasarkan rajah 3.1.

Kaedah Amali

i) pernyataan hipotesis

23

iv) maklumat ditafsir dan ii) pengawalan pembolehubah yang dimanipulasi, dimalar dan bergerak balas dianalisis melalui jadual, carta atau graf v) menerangkan dapatan amali dan menyatakan kesimpulan amali iii) langkah pengumpulan dan merekod data

Rajah 3.1 : Langkah-langkah aktiviti amali oleh pelajar

Setelah proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah amali selesai dilaksanakan, kedua-dua kumpulan sampel kajian akan diberi ujian pos. Ujian pos ini adalah untuk melihat sama ada terdapat peningkatan dari segi min skor kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan kaedah amali dan untuk membandingkan dengan kumpulan kawalan yang diajar menggunakan kaedah teori sahaja.

Data yang diperolehi dari ujian pos ini akan dibandingkan dengan data yang dikumpul dari ujian pra. Ini adalah untuk melihat sama ada kaedah amali yang diajar benar-benar berkesan di dalam meningkatkan pemahaman, pengetahuan dan penguasaan kemahiran proses sains iaitu mengenal pasti dan mengawal pembolehubah. Keberkesanan kaedah

24

amali ini dapat dilihat dengan membandingkan jumlah markah yang diperolehi oleh setiap pelajar kumpulan eksperimen dari ujian pra dan ujian pos. Keberkesanan kaedah amali ini juga dapat diukur dengan membandingkan pencapaian keseluruhan kumpulan eksperimen yang diajar dengan kaedah amali dengan kumpulan kawalan yang diajar dengan kaedah teori. Setelah ujian pos dijalankan, pengkaji meminta para pelajar dari kumpulan eksperimen memberi respon terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran amali yang dijalankan dengan cara mengisi borang soal selidik.

3.7

Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Data-data yang dikumpulkan dari ujian pra dan ujian pos akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package The Sosial Science (SPSS) versi 10.05. Dalam kajian ini, statistik deskriptif digunakan untuk mencari min, sisihan piawai, skor maksimun dan minimun bagi membandingkan ujian pra dan ujian pos antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Selain itu, statistik inferensi iaitu IndependentSamples Test dan Paired-Samples Test digunakan dalam menentukan hipotesis kajian ini.

Untuk melihat respon atau persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran sains secara amali, pengkaji akan mentafsirkan datanya dalam bentuk min skor bagi setiap item dalam borang soal selidik. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item akan menunjukkan penerimaan yang positif dan sebaliknya purata min skor yang rendah menunjukkan penerimaan yang negatif.

25

3.8

Ringkasan

Kajian ini menggunakan rekabentuk quasi-eksperimen, maka terdapat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian pra dan ujian pos diberikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan eksperimen akan mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah amali manakala kumpulan kawalan akan mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran seperti biasa iaitu kaedah teori atau fakta. Selepas mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah amali, kumpulan eksperimen akan diminta menjawab ujian pos. Bagi kumpulan kawalan, mereka juga diminta menjawab ujian pos dan masa ujian pos dijalankan adalah serentak di antara dua kumpulan ini. Data yang diperolehi akan dianalisis melalui statistik

deskriptif dan inferensi dengan bantuan perisian program SPSS versi 10.05. Manakala bagi dapatan untuk soal selidik pula akan dianalisis dengan menafsirkan datanya dalam bentuk min skor bagi setiap item dalam borang tersebut. Purata min skor yang tinggi menunjukkan penerimaan yang positif dan purata min skor yang rendah menunjukkan penerimaan yang negatif.

26

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1

Pendahuluan

Bab ini menjelaskan mengenai dapatan dan analisis data yang diperolehi daripada kajian yang mengkaji keberkesanan kaedah amali dalam menyatakan tiga pembolehubah bagi tajuk Meningkatkan Kefahaman Konsep Haba Melalui kaedah eksperimen untuk mata pelajaran Sains Tahun Lima. Dapatan kajian dimulakan dengan penerangan mengenai subjek kajian dan diikuti dengan dapatan analisis data daripada ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan dan eksperimen serta analisis data berdasarkan purata min skor bagi dapatan soal selidik.

4.2

Profil Subjek Kajian

Data mengenai profil subjek kajian diperolehi berdasarkan temubual dengan guru Sains yang mengajar di kelas-kelas tersebut dan dengan mengumpul markah-markah yang diperolehi oleh para pelajar dalam ujian-ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan

27

tahun. Hasil daripada temubual tersebut dan dapatan dari analisis markah-markah yang diperolehi oleh para pelajar dari kedua-dua kumpulan tersebut, didapati pencapaian para pelajar kumpulan eksperimen adalah hampir sama dengan pencapaian para pelajar kumpulan kawalan.

Jadual 4.1 menunjukkan bilangan dan peratus subjek mengikut kelas dan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran Sains. Bagi kelas kumpulan eksperimen seramai 5 orang pelajar ( 20 % ) mendapat gred A, 15 orang pelajar (60 % ) mendapat gred B, 3 orang pelajar (12 % ) mendapat gred C dan 2 orang pelajar mendapat gred D ( 8 % ).

Manakala untuk kelas kawalan yang akan menerima kaedah pengajaran dan pembelajaran secara teori, bilangan subjek yang mendapat gred A adalah seramai 4 orang ( 16 % ), 16 orang pelajar mendapat gred B ( 64 % ), 3 orang pelajar mendapat gred C ( 12 %) dan 2 orang pelajar mendapat gred D ( 8 % ).

Gred Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun A B C D E

Kaedah Pengajaran Amali ( Kumpulan Eksperimen ) Bilangan 5 15 3 2 % 20 60 12 8 -

Kaedah Pengajaran Teori ( Kumpulan Kawalan ) Bilangan 4 16 3 2 % 16 64 12 8 -

28

Jumlah

25

100

25

100

Jadual 4.1 : Taburan Bilangan dan Peratus Subjek Mengikut Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa sebahagian besar subjek yang terlibat di dalam kajian ini memiliki tahap pengetahuan sedia ada tentang sains dan kemahiran proses sains yang memuaskan.

4.3

Analisis Data Berdasarkan UjianPra Dan Pos Ke Atas Kedua-dua Kumpulan

Setelah ujian pra dan pos dijalankan kepada kedua-dua kumpulan, didapati terdapat perbezaan yang ketara terhadap pencapaian para pelajar yang mengikuti bimbingan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah amali.

Skor awal subjek diperolehi melalui ujian pra, manakala skor akhir subjek diperolehi melalui ujian pos (Lampiran D). Jadual di bawah menunjukkan analisis skor ujian pra dan pos bagi kumpulan eksperimen.

29

Gred Ujian

Ujian Pra Bilangan %

Ujian Pos Bilangan %

A 8 32 B 12 48 16 64 C 9 36 1 4 D 4 16 E Jumlah 25 100 25 100 Jadual 4.2 : Analisis Ujian Pra dan Pos Ke atas Kumpulan Eksperimen Berdasarkan analisis ujian pra, didapati tiada pelajar yang mendapat gred A, sebanyak 12 orang pelajar mendapat gred B ( 48 % ), 9 orang pelajar mendapat gred C ( 36 % ) dan sebanyak 4 orang pelajar mendapat gred D ( 16 % ). Manakala di dalam ujian pos, kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Ini menunjukkan bahawa bimbingan pembelajaran melalui kaedah amali telah berjaya meningkatkan pencapaian prestasi para pelajar dalam mata pelajaran Sains. Berdasarkan analisis ujian pos,sebanyak 8 orang pelajar telah berjaya mendapat gred A (32 %),16 ( 64 % ) orang pelajar mendapat gred B iaitu peningkatan sebanyak 16 % dan hanya seorang pelajar sahaja mendapat gred C ( 4 % ). Tiada seorang pun pelajar dari kumpulan eksperimen mendapat gred D atau gagal.

30

Bagi kumpulan kawalan, analisis skor markah ujian pra dan ujian pos adalah seperti jadual di bawah.

Gred Ujian A B C D E Jumlah

Ujian Pra Bilangan 10 11 4 25 % 40 44 16 100

Ujian Pos Bilangan 13 11 1 25 % 52 44 4 100

Jadual 4.3 : Analisis Ujian Pra dan Pos Ke atas Kumpulan Kawalan

Berdasarkan analisis ujian pra dari jadual di atas, didapati tiada pelajar yang mendapat gred A, sebanyak 10 orang pelajar mendapat gred B ( 40 % ), 11 orang pelajar mendapat gred C (44 % ) dan sebanyak 4 orang pelajar mendapat gred D ( 16 % ). Manakala di

31

dalam ujian pos, kumpulan kawalan telah menunjukkan peningkatan tetapi amat sedikit. Ini mungkin kerana mereka telah pernah didedahkan kepada soalan-soalan di dalam ujian pos semasa para pelajar ini menjawab soalan-soalan di dalam ujian pra, yang berubah di dalam ujian pos ini hanyalah susunan nombor-nombor soalan. Berdasarkan analisis ujian pos, tiada pelajar di dalam kumpulan kawalan berjaya mendapat gred A, sebanyak 13 orang pelajar telah berjaya mendapat gred B (52 %), 11 ( 44 % ) orang pelajar mendapat gred C dan seorang pelajar dari kumpulan kawalan mendapat gred D ( 4 % ). Berdasarkan kepada analisa pencapaian, kedua-dua kumpulan telah menunjukkan peningkatan di dalam ujian pos. Akan tetapi, peningkatan pencapaian bagi kumpulan eksperimen lebih ketara berbanding kumpulan kawalan. Ini menunjukkan objektif kajian ini tercapai iaitu melalui kaedah amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian prestasi para pelajar di dalam mata pelajaran Sains.

Analisis statistik deskriptif ( Lampiran E ) yang digunakan menunjukkan bahawa min skor ujian pra bagi kumpulan eksperimen adalah 57.88 dengan sisihan piawai 7.8757, manakala min skor untuk kumpulan kawalan adalah 56.52 dengan sisihan piawai 7.0777. Skor maksimum bagi kedua-dua kumpulan adalah sama iaitu 70, manakala untuk skor minimum kumpulan eksperimen adalah 46 dan kumpulan kawalan adalah 42. Jadual di bawah menunjukkan min, sisihan piawai, skor maksimum dan minimum ujian pra bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

32

Bilangan Pelajar

Min

Sisihan piawai 7.8757 7.0777

Skor

Skor

Kumpulan eksperimen Kumpulan Kawalan

25 25

57.88 56.52

Minimum Maksimum 46 70 42 70

Jadual 4.4 : Min, Sisihan Piawai, Skor Minimum dan Maksimum Ujian Pra

Bagi ujian pos, analisis statistik deskriptif ( Lampiran E ) menunjukkan min skor kumpulan eksperimen adalah 71.00 dengan sisihan piawai 7.2744 manakala min skor kumpulan kawalan adalah 61.52 dengan sisihan piawai 6.9349. Ini menunjukkan min skor prestasi kumpulan kawalan adalah lebih rendah berbanding kumpulan eksperimen. Bagi skor maksimum, kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan iaitu dari 70 dalam ujian pra kepada 85, skor maksimum untuk kumpulan kawalan tidak berubah dengan skor maksimum ujian pra iaitu 70. Skor minimum ujian pos bagi kumpulan eksperimen adalah 52 dan kumpulan kawalan adalah 48. Jadual 4.5 menunjukkan min, sisihan piawai, skor maksimum dan minimum ujian pos bagi kedua-dua kumpulan.

Bilangan Pelajar

Min

Sisihan piawai 7.2744

Skor

Skor

Kumpulan

25

71.00

Minimum Maksimum 52 85

33

eksperimen Kumpulan Kawalan

25

61.52

6.9349

48

70

Jadual 4.5 : Min, Sisihan Piawai, Skor Minimum dan Maksimum Ujian Pos

4.4

Pengujian Hipotesis

Prosedur Independent Samples Test digunakan untuk menguji kewujudan perbezaan antara min skor satu pembolehubah bagi dua kumpulan sampel yang tidak saling bergantungan. Dalam kajian ini, prosedur Independent Samples Test digunakan untuk menguji hipotesis nul ( H0 1 ) iaitu, tidak terdapat perbezaan min skor ujian pra bagi tajuk Pengembangan dan Pengecutan Jirim antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen .

Signifikan pada aras = 0.025 Levene's Test for Equality of Variances F Sig. t df

t-test for Equality of Means

Sig. Mean Std. Error 95% (2Difference Difference Confidence tailed) Interval of the Difference .524 -1.3600 2.1177 Lower Upper -5.6180 2.8980

PRETEST Equal .940 .337 -.642 variances assumed Equal variances not assumed

48

-.642 47.462 .524

-1.3600

2.1177

-5.6192 2.8992

34

Jadual 4.6 : Analisis Independent Samples Test Terhadap Ujian Pra Antara Kumpulan Kawalan dan Eksperimen

Analisis prosedur Independent Samples Test terhadap ujian pra kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam jadual 4.6 menunjukkan nilai signifikan 2-tailed adalah 0.524, oleh kerana nilai signifikan melebihi 0.025 ( 0.05 / 2 ) ,maka hipotesis nul ( H0 1 ) diterima. Ini menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan terhadap min skor ujian pra bagi tajuk haba antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen dan didapati sebelum kajian dijalankan, kebolehan para pelajar dalam kedua-dua kumpulan berkenaan bagi tajuk Haba adalah hampir sama.

Ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada analisis bagi Ujian Levenes (Jadual 4.6 ), di mana f (0.940) = 0.337. Nilai signifikan melebihi aras keertian 0.05, ini membuktikan bahawa kedua-dua kumpulan tersebut iaitu kumpulan kawalan dan eksperimen mempunyai varians yang seragam.

35

Prosedur Independent Samples Test juga digunakan untuk menguji hipotesis nul ( H0 4 ) iaitu, tidak terdapat perbezaan min skor ujian pos bagi tajuk haba antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.Analisis prosedur Independent Samples Test terhadap ujian pos kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam jadual 4.7 menunjukkan nilai signifikan 2-tailed adalah 0.000. Oleh kerana nilai signifikan adalah kurang daripada 0.025 (0.05/2), maka hipotesis nul ( H0 4 ) ditolak. Ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan terhadap min skor ujian pos bagi tajuk haba antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen. Didapati, min skor pencapaian ujian pos kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi iaitu 71.00 berbanding dengan min skor ujian pos kumpulan kawalan iaitu 61.52. KUMP POSTEST kawalan eksperimen N 25 25 Mean 61.5200 71.0000 Std. Deviation 6.9349 7.2744 Std. Error Mean 1.3870 1.4549

36

Levene's Test for Equality of Variances F Sig. t df

t-test for Equality of Means

POSTEST Equal .211 .648 -4.716 variances assumed Equal variances not assumed

48

Sig. Mean Std. Error 95% Confidence (2- Difference Difference Interval of the tailed Difference ) Lower Upper .000 -9.4800 2.0101 -13.5215 -5.4385

-4.716 47.891 .000

-9.4800

2.0101

-13.5218 -5.4382

Signifikan pada aras = 0.025 Jadual 4.7 : Statistik Kumpulan dan Analisis Independent Samples Test Terhadap Ujian Pos Antara Kumpulan Kawalan dan Eksperimen Bagi menguji hipotesis yang menguji kewujudan perbezaan min skor bagi sepasang pembolehubah yang bersandar antara satu sama lain untuk satu kumpulan populasi, prosedur Paired- Samples Test digunakan. Untuk hipotesis nul (H0 2) iaitu tidak terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Haba untuk kumpulan kawalan , analisis prosedur Paired-Samples Test terhadap min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan dalam jadual 4.8 menunjukkan nilai signifikan 2-tailed adalah 0.000, maka dengan itu nilai signifikan adalah kurang daripada 0.025 ( 0.05 / 2 ). Oleh itu hipotesis nul ( H0 2 ) ditolak, ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan terhadap min skor ujian pra dan pos bagi tajuk Haba untuk kumpulan kawalan. Akan tetapi, perbezaan min skor pencapaian ujian pra (56.52 ) dan ujian pos ( 61.52 ) untuk

37

kumpulan tersebut adalah lebih rendah iaitu sebanyak 5.0 sahaja. Perbezaan min skor ini wujud kerana para pelajar telah didedahkan kepada soalan-soalan tersebut semasa ujian pra, ini kerana soalan-soalan di dalam ujian pra dan pos adalah sama, yang berubah hanyalah kedudukan nombor-nombor soalan. Paired Samples Statistics Mean N Std. Std. Error Deviation Mean PREKAW 56.5200 25 7.0777 1.4155 POSKAW 61.5200 25 6.9349 1.3870

Pair 1

Paired Samples Test Paired Differences Mean 95% Confidence t df Sig. Interval of the (2Difference tailed) Std. Std. Error Deviation Mean Lower Upper 3.0277 .6055 -6.2498 -3.7502 -8.257 24 .000

Pair 1 PREKAW -5.0000 POSKAW Signifikan pada aras = 0.025

Jadual 4.8 : Analisis Paired Samples Statistics Dan Paired Samples Test Terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos Untuk Kumpulan Kawalan Untuk hipotesis nul ( H0 3 ) iaitu, tidak terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Haba untuk kumpulan eksperimen , analisis prosedur PairedSamples Test terhadap min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen dalam jadual 4.9 menunjukkan nilai signifikan signifikan adalah kurang daripada 0.025 ( 0.05 / 2 ). 2-tailed adalah 0.000, maka nilai

38

Oleh itu hipotesis nul ( H0 3 ) ditolak, ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan terhadap min skor ujian pra dan pos bagi tajuk Haba untuk kumpulan eksperimen dan perbezaan min skor pencapaian ujian pra ( 57.88 ) dan ujian pos (71.00) untuk kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan iaitu sebanyak 13.12. Ini menunjukkan bimbingan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah amali dapat meningkat prestasi pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Paired Samples Statistics Mean Pair 2 PREEKSP POSEKSP 57.8800 71.0000 N 25 25 Std. Std. Error Deviation Mean 7.8757 1.5751 7.2744 1.4549

Paired Samples Test 95% Confidence t df Sig. Interval of the (2Difference tailed) Std. Std. Error Deviation Mean Lower Upper Pair 2 PREEKSP -13.1200 3.3951 .6790 -14.5214 -11.7186 -19.322 24 .000 POSEKSP Signifikan pada aras = 0.025 Jadual 4.9 : Analisis Paired Samples Statistics Dan Paired Samples Test Terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos Untuk Kumpulan Eksperimen 4.5 Dapatan Soal Selidik Pelajar Paired Differences Mean

39

Dapatan untuk soal selidik pelajar dianalisis dengan mentafsirkan datanya dalam bentuk min skor bagi setiap item dalam borang tersebut. Min skor bagi setiap item dalam borang soal selidik ditunjukkan dalam jadual 4.10.

3 Sangat setuju

2 Setuju

1 Kurang Setuju

BI L 1 2 3 4 5 6 7 8

PERNYATAAN

3

2 2 3 2 0 3 1 2 1

1 MIN SKOR 0 0 0 0 2 0 1 0 2.9 2.9 2.9 3.0 2.7 3.0 2.8 3.0

Pembelajaran Sains lebih bermakna jika banyak 23 amali dibuat Amali Sains membantu saya memahami fenomena 22 alam Saya dapat memahami konsep Sains yang 23 kompleks melalui amali Sains Saya dapat menguasai kemahiran manipulatif 25 dengan menjalankan amali Sains. Saya rasa waktu amali Sains harus ditambah 20 Saya dapat mengaitkan teori yang dipelajari dalam 24 amali Amali Sains dapat membantu meningkatkan 22 pencapaian saya dalam mata pelajaran Sains Amali Sains membantu saya mengenalpasti dan 24 mengawal pembolehubah malar, manipulasi dan bergerakbalas dalam setiap eksperimen yang dijalankan. Amali Sains dapat meningkatkan minat saya 23 terhadap mata pelajaran Sains Bagi saya aktiviti amali pembelajaran Sains penting dalam 24

9 10

2

0 0

2.9 3.0

Jadual 4.10 : Dapatan Min Skor Bagi Setiap Item Dalam Borang Soal Selidik Pelajar

40

Persepsi para pelajar terhadap keberkesanan kaedah amali dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah positif. Setiap pelajar dalam kumpulan eksperimen bersetuju bahawa kaedah amali dalam pembelajaran Sains dapat membantu pelajar meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian prestasi mereka di dalam mata pelajaran Sains. Ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada dapatan min skor setiap item dalam soal selidik yang kebanyakannya tinggi iaitu di antara 2.7 hingga 3.0. Skor 2.0 3.0 1.0 1.9 Tahap Tinggi Rendah Penerimaan Positif Negatif

Jadual 4.11 : Min Skor Item Soal Selidik

4.6

Ringkasan

Berdasarkan daripada analisis data yang diperolehi dalam kajian yang dijalankan, didapati prestasi para pelajar meningkat apabila kaedah amali diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan dari segi gred di dalam ujian pos, di mana seramai 8 orang pelajar dari kumpulan eksperimen telah berjaya mendapat gred A (32 %),16 ( 64 % ) orang pelajar mendapat gred B iaitu peningkatan sebanyak 16 %, manakala hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat gred C ( 4 % ) iaitu penurunan sebanyak 32 %. Tiada seorang pun pelajar dari kumpulan eksperimen yang mendapat gred D. Ini menunjukkan kaedah amali berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains.

41

Penerimaan persepsi para pelajar yang positif dalam setiap item di dalam borang soal selidik juga menunjukkan bahawa para pelajar bersetuju mengenai keberkesanan kaedah amali di dalam meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian prestasi mereka di dalam mata pelajaran Sains. BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan

Bab ini menjelaskan sepintas lalu ringkasan mengenai kajian yang telah dijalankan dan rumusan berkaitan dengan dapatan kajian. Seterusnya dapatan kajian dan implikasi kajian dibincangkan, selanjutnya beberapa cadangan mengenai kajian dikemukakan di dalam bab ini.

5.2

Ringkasan Kajian

Mempelajari sains secara koleksi fakta akan menyebabkan salah tanggapan atau salah konsep di kalangan pelajar dan juga membosankan kerana melibatkan aktiviti menghafal fakta sahaja tanpa tiada aktiviti pemikiran aras tinggi seperti pemikiran kritis dan kreatif. Ramai pendidik sains percaya bahawa kaedah amali adalah merupakan satu aktiviti pembelajaran yang penting dalam pendidikan sains. Kaedah amali berupaya memberikan pengalaman konkrit kepada pelajar dan membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan

42

motivasi pelajar untuk meneroka lebih lanjut fenomena sains serta memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM ( 2000 ), kaedah amali mempunyai tujuh langkah dan salah satu daripadanya ialah menjalankan eksperimen. Dalam menjalankan eksperimen, kemahiran proses sains dapat diterapkan terutamanya proses mengawal pembolehubah dan dalam KBSM, semua pelajar diberi peluang untuk menjalankan amali dengan bimbingan guru. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah amali dalam membolehkan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran proses sains dengan tumpuan khusus kepada mengenal pasti dan mengawal tiga pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar dalam tajuk Haba Di dalam kajian ini, keberkesanan kaedah amali diukur melalui ujian pos setelah para pelajar menerima pembelajaran selama empat minggu bersama dengan pengkaji. Pengkaji juga mendapat maklumbalas pelajar mengenai keberkesanan kaedah amali ini melalui borang soal selidik pelajar.

Kajian ini menggunakan kaedah quasi-eksperimen, di mana sebanyak 25 orang pelajar kumpulan eksperimen telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah amali dan 25 orang pelajar kumpulan kawalan telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah teori. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang pelajar Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

Ujian pra diberikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen di awal kajian untuk mengukur tahap kebolehan di dalam pencapaian mata pelajaran Sains. Selepas

43

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah amali, kumpulan eksperimen akan diminta menjawab ujian pos. Bagi kumpulan kawalan, mereka juga diminta menjawab ujian pos dan masa ujian pos dijalankan adalah serentak di antara dua kumpulan ini. Data yang diperolehi akan dianalisis melalui statistik deskriptif dan

inferensi dengan bantuan perisian program SPSS versi 10.05. Manakala bagi dapatan untuk soal selidik pula akan dianalisis dengan mentafsirkan datanya dalam bentuk min skor bagi setiap item dalam borang tersebut. Purata min skor yang tinggi menunjukkan penerimaan yang positif dan purata min skor yang rendah menunjukkan penerimaan yang negatif.

5.3

Rumusan Hasil Dapatan Kajian

Rumusan hasil kajian ini meliputi perbincangan daripada jadual-jadual yang terdapat di dalam bab 4 dan meliputi perbincangan mengenai penerimaan dan penolakkan hipotesis yang telah dibina.

5.3.1

Perbincangan daripada Jadual

Berdasarkan kepada jadual 4.2, didapati tiada pelajar dari kumpulan eksperimen yang berjaya mendapat gred A di dalam ujian pra, 12 orang pelajar telah mendapat gred B ( 48 % ), 9 orang pelajar mendapat gred C ( 36 % ) dan seramai 4 orang pelajar telah mendapat gred D. Ini menunjukkan sebanyak 16 % pelajar tidak lulus dan hanya 84 %

44

pelajar yang telah lulus di dalam ujian pra. Tetapi, setelah kaedah amali diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains ke atas kumpulan eksperimen, didapati terdapat peningkatan yang positif dari segi pencapaian prestasi pelajar terutama penambahan bilangan pelajar yang mendapat gred A melalui ujian pos yang telah dijalankan.

Di dalam ujian pos yang telah dijalankan, didapati sebanyak 8 orang pelajar telah mendapat gred A ( 32 % ) dan tiada pelajar yang gagal bagi ujian ini. Ini membuktikan kaedah amali dapat membantu para pelajar meningkatkan prestasi di dalam mata pelajaran Sains. Hasil dapatan ini sama dengan hasil dapatan Wrutheran, Alyas, Rohani dan Wan Mazlan ( 2000 ) yang menjalankan kajian ke atas pelajar tingkatan empat di tujuh buah sekolah di daerah Kuala Terengganu yang menyatakan ada hubungan yang signifikan antara kaedah amali dengan peningkatan pemahaman di kalangan pelajar Sains Tulin.

5.3.2

Perbincangan Daripada Hipotesis

Dengan menggunakan prosedur Independent Samples Test, telah menunjukkan nilai signifikan adalah lebih besar daripada aras keertian 0.025 ( 0.05 /2 ), maka hipotesis nul ( H01

) iaitu tidak terdapat perbezaan min skor ujian pra bagi tajuk Haba antara

kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen telah diterima. Ini bermaksud tidak wujud perbezaan yang signifikan terhadap min skor ujian pra bagi tajuk Haba antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen dan didapati sebelum kajian dijalankan,

45

kebolehan para pelajar dalam kedua-dua kumpulan berkenaan bagi tajuk Haba adalah hampir sama.

Analisis prosedur Independent Samples Test untuk hipotesis nul ( H0

4

) iaitu, tidak

terdapat perbezaan min skor ujian pos bagi tajuk Haba antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen telah menunjukkan nilai signifikan 2-tailed adalah 0.000. Oleh kerana nilai signifikan adalah kurang daripada 0.025 ( 0.05 /2 ) , maka hipotesis nul ( H0 4 ) ditolak. Ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min skor ujian pos bagi tajuk Haba antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen. Didapati, min skor pencapaian ujian pos kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi iaitu 71.00 berbanding dengan min skor ujian pos kumpulan kawalan iaitu 61.52. Untuk menguji hipotesis nul ( H0 digunakan. Untuk hipotesis nul ( H0 2 ) iaitu, tidak terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Haba untuk kumpulan kawalan , analisis prosedur PairedSamples Test terhadap min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan telah menunjukkan nilai signifikan 2-tailed adalah 0.000, maka dengan itu nilai signifikan adalah kurang daripada 0.025 ( 0.05/2 ).2

) dan ( H0 3), prosedur Paired Samples Test telah

Oleh itu hipotesis nul ( H0 2 ) ditolak, ini bermaksud wujud perbezaan yang signifikan terhadap min skor ujian pra dan pos bagi tajuk Haba untuk kumpulan kawalan. Akan tetapi, perbezaan min skor pencapaian ujian pra (56.52 ) dan ujian pos ( 61.52 ) untuk kumpulan tersebut adalah lebih rendah iaitu sebanyak 5.0 sahaja. Perbezaan min skor ini

46

wujud kerana para pelajar telah didedahkan kepada soalan-soalan tersebut semasa ujian pra, ini kerana soalan-soalan di dalam ujian pra dan pos adalah sama, yang berubah hanyalah kedudukan nombor-nombor soalan.

Untuk hipotesis nul ( H0 3 ) iaitu, tidak terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk Haba untuk kumpulan eksperimen , analisis prosedur PairedSamples Test terhadap min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen menunjukkan nilai signifikan 2-tailed adalah 0.000, maka nilai signifikan adalah kurang daripada 0.025 ( 0.05 / 2 ).

Oleh itu hipotesis nul ( H0 3 ) ditolak, ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan terhadap min skor ujian pra dan pos bagi tajuk Haba untuk kumpulan eksperimen dan perbezaan min skor pencapaian ujian pra ( 57.88 ) dan ujian pos (71.00) untuk kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan iaitu sebanyak 13.12. Ini membuktikan bimbingan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah amali dapat meningkat prestasi pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Dari analisis di atas, dapat dirumuskan bahawa pada peringkat awal iaitu sebelum kaedah pembelajaran amali dijalankan, terdapat pelajar yang masih kurang memahami beberapa konsep Sains dan dalam mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah manipulasi, malar dan bergerakbalas. Tetapi, setelah kaedah amali diaplikasikan di dalam proses pengajaran

47

dan pembelajaran Sains, didapati terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar berdasarkan ujian pos yang telah dijalankan.

Oleh itu, kajian ini dapat menjawab persoalan tentang hubungan yang signifikan antara kumpulan eksperimen yang mengaplikasikan kaedah amali dalam pembelajaran Sains dengan kumpulan kawalan yang diajar menggunakan kaedah teori. Walaupun kedua-dua kumpulan mempunyai tahap pengetahuan yang hampir sama, tetapi setelah dibimbing mempelajari Sains dengan menggunakan kaedah amali, maka terdapat peningkatan yang positif bagi kumpulan eksperimen yang menerima kaedah pengajaran tersebut.

5.3.3

Perbincangan Daripada Dapatan Soal Selidik Pelajar

Persepsi para pelajar terhadap keberkesanan kaedah amali dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah positif. Setiap pelajar dalam kumpulan eksperimen bersetuju bahawa kaedah amali dalam pembelajaran Sains dapat membantu pelajar meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian prestasi mereka di dalam mata pelajaran Sains. Ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada dapatan min skor setiap item dalam soal selidik yang kebanyakannya tinggi iaitu di antara 2.7 hingga 3.0. Daripada soal selidik tersebut, didapati kesemua pelajar dalam kumpulan eksperimen bersetuju bahawa kaedah amali dapat membantu para pelajar lebih memahami teori sains dan dapat menghubungkaitkan amali dengan teori dan konsep sains yang dipelajari.

48

Dapatan ini menyokong hasil kajian dapatan soal selidik yang dijalankan oleh Ronald dan Syakima ( 2005 ) dalam kajiannya ke atas pelajar Kolej Matrikulasi, Labuan yang mendapati kaedah amali membolehkan pelajar lebih memahami teori sains yang diajar oleh guru dan dapat menghubungkaitkan amali dengan teori dan konsep fizik yang diguna pakai dalam amali yang dijalankan.

5.4

Kesimpulan

Berdasarkan kepada analisis data yang diperolehi dalam kajian yang dijalankan, didapati peningkatan prestasi pelajar mempunyai kaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran amali yang dijalankan oleh pengkaji. Pengajaran yang menggunakan kaedah amali merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digariskan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ). Dalam KBSR, semua pelajar akan diberi peluang untuk menjalankan amali yang dengan bimbingan guru.

Di dalam KBSM, kaedah amali merupakan salah satu strategi pengajaran dalam makmal sains yang dicadangkan kepada guru-guru untuk meningkatkan pencapaian para pelajar. Dikatakan amali sains merupakan kemuncak kepada pengajaran dan pembelajaran sains berdasarkan kepada 4 rasional iaitu :i) amali sains dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memahami konsep yang kompleks dan abstrak secara konkrit.

49

ii)

amali sains dapat membantu pelajar membina kemahiran yang tidak dapat dibina melalui kaedah pengajaran yang lain.

iii)

amali sains boleh meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar untuk meneroka lebih lanjut fenomena sains

iv)

amali sains memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar.

Oleh itu, guru-guru boleh mengaplikasikan kaedah amali ini di dalam strategi pengajaran di dalam makmal kerana amalan mengajar sains sebagai satu koleksi fakta akan menyebabkan pelajar menjurus kepada pemikiran bukan sains iaitu menerima fakta tanpa berfikir. Sains bersifat dinamik kerana konsep, prinsip atau teori sains bersifat tidak kekal dan boleh diubah dengan penemuan sains yang baru. Penemuan sains biasanya diperolehi melalui kaedah proses sains dan kaedah ini telah digunakan oleh para saintis lampau dan sekarang. Oleh itu, sangat penting kemahiran proses sains diajar di sekolah kerana ia dapat mendidik pelajar untuk berfikir seperti seorang saintis. Peluang utama adalah dengan menggunakan kaedah amali dalam makmal sains.

50

5.5

Implikasi

Hasil dapatan kajian menunjukkan pencapaian para pelajar dari kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan kawalan, di mana terdapat peningkatan yang positif di dalam prestasi para pelajar di dalam kumpulan eksperimen. Selain daripada itu, dapatan dari soal selidik menunjukkan persepsi para pelajar terhadap keberkesanan kaedah amali dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah positif. Setiap pelajar dalam kumpulan eksperimen bersetuju bahawa kaedah amali dalam pembelajaran Sains dapat membantu pelajar meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian prestasi mereka di dalam mata pelajaran Sains.

Maka, ini menyokong dapatan kajian lepas yang dijalankan dengan Wrutheran, Alyas, Rohani dan Wan Mazlan ( 2000 ) yang menjalankan kajian ke atas pelajar tingkatan empat di tujuh buah sekolah di daerah Kuala Trengganu yang menyatakan ada hubungan yang signifikan antara kaedah amali dengan peningkatan pemahaman di kalangan pelajar Sains Tulin.

Hasil dapatan soal selidik juga, mendapati kesemua pelajar dalam kumpulan eksperimen bersetuju bahawa kaedah amali dapat membantu para pelajar lebih memahami teori sains dan dapat menghubungkaitkan amali dengan teori dan konsep sains yang dipelajari.

51

Dapatan ini menyokong hasil kajian dapatan soal selidik yang dijalankan oleh Ronald dan Syakima ( 2005 ) dalam kajiannya ke atas pelajar Kolej Matrikulasi, Labuan yang mendapati kaedah amali membolehkan pelajar lebih memahami teori sains yang diajar oleh guru dan dapat menghubungkaitkan amali dengan teori dan konsep fizik yang diguna pakai dalam amali yang dijalankan.

Dapatan kajian membuktikan melalui kaedah pengajaran amali, guru dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari Sains dan ini akan dapat membuang tanggapan bahawa sains adalah satu mata pelajaran yang sukar. Kaedah amali yang terancang dalam pengajaran sains dapat memudahkan para pelajar untuk memahami konsep yang kompleks dan abstrak secara konkrit tanpa menggunakan teknik hafalan.

Walaupun kaedah amali dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memahami konsep yang kompleks dan abstrak secara konkrit. Namun, guru mempunyai tugas yang amat penting semasa para pelajar menganalisis dan mentafsir data. Guru boleh meminta pandangan pelajar sekiranya tafsiran amali dan kesimpulan yang diperolehi tidak menepati konsep sains atau menyanggahi konsep sains, kemudian guru harus membimbing pelajar membuat tafsiran dan kesimpulan yang menepati konsep sains supaya tidak berlaku miskonsepsi atau salah tanggapan konsep di dalam minda pelajar.

Sungguhpun kaedah amali berkesan di dalam membolehkan para pelajar lebih memahami teori sains yang diajar oleh guru dan dapat menghubungkaitkan amali dengan teori dan

52

konsep sains yang diguna pakai dalam amali yang dijalankan. Namun, timbul juga masalah terutamanya dari segi kekangan masa iaitu kaedah amali memerlukan masa yang agak panjang di dalam menjalankan sesuatu amali yang melibatkan topik yang lebih kompleks. Sedangkan sukatan pelajaran perlu diselesaikan sebelum peperiksaan akhir tahun, akibatnya kadang kala guru terpaksa meringkaskan pengajaran mereka. Mungkin masalah ini dapat diatasi dengan mengadakan kelas amali tambahan kepada para pelajar terutama pelajar-pelajar yang lemah. Oleh itu, diharap melalui kaedah pengajaran amali, pencapaian para pelajar di dalam mata pelajaran Sains akan terus meningkat selaras dengan penekanan Kementerian Pelajaran yang menumpukan kepada peningkatan prestasi pelajar melalui soalan peperiksaan sains Bahagian B ( Amali ) kerana soalan-soalannya meliputi penguasaan Kemahiran Proses Sains terutama sekali dalam mengenalpasti pembolehubah.

53

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan. Diharapkan cadangan-cadangan yang dikemukakan ini dapat memberi kebaikan kepada pihak sekolah dan pihak-pihak yang berkaitan.

i)

Kajian ini merupakan kajian quasi eksperimen yang meliputi populasi yang terhad, iaitu di sebuah sekolah harian biasa. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh mewakili semua pelajar di sekolah-sekolah yang lain. Maka itu,kajian seperti ini boleh dilanjutkan ke kawasan yang lebih luas sama ada di peringkat daerah atau pun negeri.

54

ii)

Guru-guru dicadangkan agar membuat perancangan yang teliti sebelum kaedah amali diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ini penting supaya para pelajar dapat menghubungkaitkan amali dengan teori atau konsep sains yang telah diajar. Di samping itu, pemantauan guru dalam sepanjang perjalanan amali merupakan aspek penting dalam memastikan kejayaan melaksanakan sesuatu amali.

iii)

Pihak-pihak yang berkaitan iaitu JPN, PPD dan pihak sekolah dicadangkan dapat mengadakan kursus terutamanya kepada tenaga pengajar baru dan lama dalam mendedahkan kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran sains dari masa ke semasa terutamanya kaedah pengajaran dan pembelajaran amali.

iii)

Pihak sekolah dicadangkan agar dapat menambahkan waktu pembelajaran sains di dalam jadual waktu kelas supaya para guru dapat menjalankan amali dengan lebih terancang dan para pelajar dapat memahami dan menghubungkaitkan amali dengan teori atau konsep sains yang diguna pakai di dalam amali tersebut.

iv)

Pihak sekolah juga dicadangkan tidak terlalu menekankan guru-guru tentang kemestian menghabiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaan akhir tahun, ini kerana di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains yang penting bukanlah kuantiti sukatan pelajaran yang diajar kepada para pelajar tetapi kualiti kuantiti yang diajar kepada para pelajar. Sekiranya para pelajar tidak memahami

55

topik-topik yang diajar oleh guru, maka pembelajaran sains menjadi tidak bermakna kepada para pelajar.

v)

Guru-guru Sains dicadangkan sentiasa mencari sumber dan maklumat sama ada dengan membuat rujukan dari guru pengalaman atau guru pakar, rujukan dari buku-buku dan juga rujukan dari internet di dalam usaha untuk memperkasakan lagi penguasaan guru-guru dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar.

5.7 Ringkasan

Kajian ini dijalankan bagi menentukan keberkesanan kaedah amali dalam membolehkan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran proses sains dengan tumpuan khusus kepada mengenal pasti dan mengawal tiga pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar dalam mata pelajaran Sains. Berdasarkan kepada kaedah quasi eksperimen yang dijalankan selama empat minggu iaitu 30 minit x 2 waktu yang melibatkan 50 orang subjek, dapatan kajian ini

56

menunjukkan pencapaian kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan kaedah pengajaran amali lebih tinggi daripada kumpulan kawalan yang diajar menggunakan kaedah teori. Berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh para pelajar dan disokong dengan keputusan pencapaian yang lebih tinggi, maka wajarlah kaedah amali dijadikan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran sains.

RUJUKAN

Bass & Gavin ( 1997 ). EDUS 2035 Perancangan Kurikulum Pendidikan Sains. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

57

Chan Fook Cheong ( 1983 ). Ujikaji Dalam Sains. Berita Harian. Disember 1983

Chiappetta & Collette ( 1998 ). SBSC 3203 Kegiatan Amali dalam Sains. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

Faculty of Education, Arts and Social Science ( 2006 ). HBEF 4106 School- Based Research : Open University Malaysia.

Fakulti Sains dan Pendidikan Asas ( 2004 ). SBSC 3203 Kegiatan Amali dalam Sains. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

Ismail Jusoh ( 1999 ) . Latihan Kemahiran Proses Sains Melalui Kaedah Inkuiri . Jurnal Kurikulum : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1992 ). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tambahan Tingkatan V. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali ( 2006 ). Analisis Statistik Inferensi ( T- Test and Anova ) Latihan dan Laporan : Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah

Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali ( 2006 ). Modul Aplikasi Perisian SPSS : Analisis Statistik Inferensi ( T- Test and Anova ) : Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah

58

Pusat Pengajian Sains dan Pendidikan Asas ( 2003 ). EDUS 2035 Perancangan Kurikulum Pendidikan Sains : Open University Malaysia.

Ronald & Syamina ( 2005 ). http :// www. Kmph.matrik.edu.my A/Web RnD/Research % Paper/ Kertas_kertas%20 Untuk%20 Seminar%20R&D%

Wrutheran Sinnadurai, Rohani,Alyas & Wan Mazlan. Amali Sains Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Teras di kalangan Pelajar Tingkatan Empat:http:72.14.235.104/ search?q=cache: ElyDTAjuJsAJ: mpkt.edu.my/penerbitan /03%2520A...

Wellington, J. ( 1989 ). Skills and Processes In Science Edication. London : Routledge.

59

60

61

62

63

64

65

66

67

68

69

70

Apendiks C

Borang Soal Selidik Pelajar

Maklumbalas Pelajar Jawab semua soalan Sila beri maklumbalas secara jujur dan ikhlas, kerjasama anda sangat dihargai.

ARAHAN Untuk setiap pernyataan pilih SATU jawapan sahaja. Sila bulatkan jawapan mengikut skala yang diberi.

Sangat setuju

3

2

1

Kurang setuju

3 -

sangat setuju

Berkualiti tinggi. Jelas dan tepat dalam membantu pembelajaran

2 1 -

setuju kurang setuju

Tahap baik. Sentiasa membantu Jarang membantu dalam pembelajaran

71

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8

PERNYATAAN SKOR Pembelajaran Sains lebih bermakna jika banyak amali dibuat 3 2 1 Amali Sains membantu saya memahami fenomena alam 3 2 1 Saya dapat memahami konsep Sains yang kompleks melalui amali 3 2 1 sains Saya dapat menguasai kemahiran manipulatif dengan menjalankan 3 amali Sains. Saya rasa waktu amali Sains harus ditambah 3 Saya dapat mengaitkan teori yang dipelajari dalam amali 3 Amali Sains dapat membantu meningkatkan pencapaian saya 3 dalam mata pelajaran Sains Amali Sains membantu saya mengenalpasti dan mengawal 3 pembolehubah malar, manipulasi dan bergerakbalas dalam setiap 2 2 2 2 2 1 1 1 1 1

9 10

eksperimen yang dijalankan. Amali Sains dapat meningkatkan minat saya terhadap mata 3 pelajaran Sains Bagi saya aktiviti amali penting dalam pembelajaran Sains 3

2 2

1 1

Lampiran D

72

Skor subjek kedua-dua kumpulan dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Kump Kawalan 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 Pra 60.00 70.00 58.00 55.00 63.00 65.00 52.00 62.00 68.00 62.00 58.00 58.00 45.00 42.00 50.00 52.00 50.00 52.00 58.00 62.00 48.00 48.00 55.00 60.00 60.00 Pos 65.00 70.00 62.00 58.00 68.00 68.00 58.00 70.00 70.00 68.00 67.00 58.00 52.00 48.00 52.00 52.00 55.00 58.00 68.00 70.00 58.00 55.00 58.00 68.00 62.00 Kump Pra Pos 75.00 77.00 82.00 68.00 73.00 68.00 80.00 70.00 65.00 72.00 52.00 70.00 68.00 78.00 67.00 68.00 70.00 68.00 65.00 80.00 68.00 85.00 78.00 60.00 68.00

Eksperimen 2.00 64.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 66.00 70.00 55.00 62.00 53.00 68.00 62.00 50.00 62.00 46.00 60.00 48.00 60.00 48.00 50.00 58.00 55.00 50.00 68.00 55.00 70.00 68.00 47.00 52.00

Lampiran E

73

Analisis Statistik Deskriptif Ujian Pra Kumpulan Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan N PREEKS PREKW Valid N (listwise) 25 25 25 Minimum Maximu Mean Std. m Deviation 46.00 70.00 57.8800 7.8757 42.00 70.00 56.5200 7.0777

Analisis Statistik Deskriptif Ujian Pos Kumpulan Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan N POSEKS POSKW Valid N (listwise) 25 25 25 Minimu Maximu Mean Std. m m Deviation 52.00 85.00 71.0000 7.2744 48.00 70.00 61.5200 6.9349

74