kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

31
X PENGENALAN Kelas sosial mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan sosial manusia. Individu dilahirkan ke dalam kelas sosial dan kelas sosial ini akan mempengaruhi kewujudannya seperti mana faktor-faktor sosial yang lain juga. Berdasarkan pemahaman ini maka penting untuk kita memahami mengapa proses stratifikasi merupakan asas utama kepada sesebuah masyarakat. Dalam kebanyakan masyarakat, ketidaksamaan dalam pendapatan, kekayaan, kuasa, dan darjat merupakan fakta asas dalam kehidupan. Walau pun masyarakat cuba mengelakkan daripada wujudnya ketidaksamaan ini tetapi masyarakat masih tidak dapat menghapuskan adanya sistem kelas. Contohnya, negara yang dahulu dikenali sebagai Soviet Union, cuba mewujudkan masyarakat tanpa stratifikasi, tetapi masih ada perbezaan dalam darjat dan ganjaran. Ahli masyarakatnya yang berada dalam Parti Komunis, iaitu mereka yang elit, mendapat keistimewaan untuk diri dan keluarga mereka. Contohnya, ahli Politburo dan setiausaha kebangsaan Parti Komunis memandu kereta hitam Zil limosin, berharga $100,000 setiap satu, manakala kebanyakan rakyat Rusia tidak berpeluang langsung memiliki kereta. Parti Cina Komunis juga telah menjadi kelas yang memerintah berdasarkan kepentingan peribadi. T T o o p p i i k k 8 8 X Stratifikasi dan Mobiliti Sosial HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan perbezaan di antara ketiga-tiga dimensi stratifikasi; 2. Menjelaskan bagaimana ahli sosiologi mengenal pasti kelas sosial; 3. Menghuraikan maksud mobiliti sosial dan bagaimana ia berlaku; 4. Menjelaskan perbezaan di antara stratifikasi sosial dan kelas sosial; dan 5. Menerangkan kesan-kesan stratifikasi sosial.

Transcript of kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

Page 1: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

PENGENALAN

Kelas sosial mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan sosial manusia. Individu dilahirkan ke dalam kelas sosial dan kelas sosial ini akan mempengaruhi kewujudannya seperti mana faktor-faktor sosial yang lain juga. Berdasarkan pemahaman ini maka penting untuk kita memahami mengapa proses stratifikasi merupakan asas utama kepada sesebuah masyarakat. Dalam kebanyakan masyarakat, ketidaksamaan dalam pendapatan, kekayaan, kuasa, dan darjat merupakan fakta asas dalam kehidupan. Walau pun masyarakat cuba mengelakkan daripada wujudnya ketidaksamaan ini tetapi masyarakat masih tidak dapat menghapuskan adanya sistem kelas. Contohnya, negara yang dahulu dikenali sebagai Soviet Union, cuba mewujudkan masyarakat tanpa stratifikasi, tetapi masih ada perbezaan dalam darjat dan ganjaran. Ahli masyarakatnya yang berada dalam Parti Komunis, iaitu mereka yang elit, mendapat keistimewaan untuk diri dan keluarga mereka. Contohnya, ahli Politburo dan setiausaha kebangsaan Parti Komunis memandu kereta hitam Zil limosin, berharga $100,000 setiap satu, manakala kebanyakan rakyat Rusia tidak berpeluang langsung memiliki kereta. Parti Cina Komunis juga telah menjadi kelas yang memerintah berdasarkan kepentingan peribadi.

TTooppiikk  88 Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan perbezaan di antara ketiga-tiga dimensi stratifikasi;

2. Menjelaskan bagaimana ahli sosiologi mengenal pasti kelas sosial;

3. Menghuraikan maksud mobiliti sosial dan bagaimana ia berlaku;

4. Menjelaskan perbezaan di antara stratifikasi sosial dan kelas sosial; dan

5. Menerangkan kesan-kesan stratifikasi sosial.

Page 2: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 154

MEMAHAMI STRATIFIKASI

Manusia cenderung untuk meletakkan individu mengikut darjat dan ini telah mewujudkan ketidaksamaan. Maka, terdapatlah mereka yang berada sebelah atas dan di sebelah bawah hierarki. Apakah perbezaan di antara stratifikasi dan kelas sosial? Stratifikasi sosial bermaksud mewujudkan lapisan dalam populasi yang menguasai pembahagian yang ketidaksamaan terhadap keperluan; pendapatan, kekayaan, kuasa dan darjat. Setiap lapisan ini adalah kelas sosial iaitu sebahagian daripada populasi di mana ahlinya memegang pembahagian yang sama ke atas keperluan yang sukar diperolehi dan berkongsi nilai, norma, dan gaya hidup yang sama. Bilangan kelas sosial dalam struktur stratifikasi adalah berbeza. Struktur stratifikasi mungkin mempunyai kelas atasan atas, atasan tengah, atasan bawah, pertengahan atas, pertengahan tengah, pertengahan bawah dan bawahan bawah. Negara-negara membangun hanya mempunyai kelas atasan dan bawahan sahaja. Karl Marx dan Max Weber adalah mereka yang banyak menyumbang kepada pengajian tentang stratifikasi dalam masyarakat. Marx menerangkan tentang kepentingan ekonomi dalam kelas sosial manakala Weber pula menekankan tentang aspek darjat dan kuasa dalam stratifikasi. Kajian kedua-dua tokoh ini telah memberikan gambaran kepada kita bahawa stratifikasi mempunyai multidimensi.

8.1.1 Dimensi Stratifikasi

Dalam membincangkan stratifikasi sosial, dua tokoh sosiologi yang terkenal haruslah diambil kira iaitu Karl Marx dan Max Weber. Karl Marx mementingkan dimensi ekonomi dalam menerangkan stratifikasi, manakala Max Weber lebih tertumpu kepada dimensi-dimensi kuasa dan darjat. (a) Dimensi Ekonomi: Karl Marx

Mengikut Marx faktor ekonomi adalah pembolehubah tidak bersandar yang menerangkan tentang kewujudan kelas sosial. Weber pula melihat dimensi ekonomi sebagai pembolehubah bersandar. Beliau lebih mementingkan kesan ekonomi ke atas stratifikasi. Marx mengenalpasti beberapa kelas sosial dalam zaman industri, iaitu buruh, pembantu rumah, pekerja kilang, seniman, pengusaha kecil, kapitalis mata wang dan meramalkan bahawa masyarakat kapitalis akhirnya akan dikecilkan kepada dua kelas sosial sahaja. Mereka yang

8.1

Page 3: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 155

mempunyai kapital, bourgeoisie akan memerintah manakala mereka yang bekerja untuk mendapat gaji, proletariat akan diperintah. Kelas kapitalis akan mengeksploitasi pekerja. Walaupun pekerja melakukan kerja sepenuhnya, mereka akan menerima tahap gaji cukup untuk hidup manakala kapitalis akan menikmati hasil pekerjaan pekerja. Marx seterusnya meramalkan, disebabkan kapitalis menguasai hasil pengeluaran (tanah, kilang), maka mereka akan memerintah dan mengeksploitasi buruh. Kaum buruh pula tidak mempunyai apa-apa kecuali tenaga bekerja. Mengikut Marx, semua aspek masyarakat kapitalis iaitu kerja, agama, pemerintah, perundangan dan moraliti adalah ditentukan oleh ekonomi. Kapitalis menguasai kesemua institusi sosial yang mana mereka menggunakan untuk kepentingan sendiri. Mereka mampu menstrukturkan sistem perundangan, sistem pendidikan dan kerajaan untuk memenuhi kepentingan mereka. Mengikut Marx, semua masyarakat kapitalis adalah merupakan sebuah struktur yang bersandar kepada ekonomi, ini yang mengenal pasti sesebuah masyarakat. Weber pula melihat masyarakat sebagai beberapa kelas sosial. Weber mengenal pasti kesan hubungan manusia dengan institusi ekonomi. Weber mendefinisikan ini sebagai peluang hidup iaitu kemungkinan menjamin „perkara yang baik dalam hidup,‰ seperti perumahan, pendidikan, kesihatan yang baik, dan makanan. Kemungkinan untuk mendapat „perkara yang baik dalam hidup‰ ini ada kaitan langsung dengan sumber ekonomi seperti pengurusan harta tanah, pendapatan, mewarisi, dan faedah daripada pelaburan. Keadaan kehidupan yang diukur dengan mengambil kira makanan, pakaian, perumahan atau kesihatan telah meningkat lebih baik di Eropah dan Amerika. Sungguh pun begitu masih terdapat ketidaksamaan ekonomi di kalangan negara-negara di barat, tidak terkecuali Amerika sendiri. Untuk memahami sejauhmana terdapat ketidaksamaan ekonomi maka kita perlu bezakan di antara pendapatan dengan kekayaan. Pendapatan adalah bilangan wang yang diterima dalam jangka masa tertentu oleh individu atau kumpulan. Kekayaan pula merujuk kepada semua sumber ekonomi yang dimiliki oleh individu atau kumpulan. Apakah kesan kepada peningkatan ketidaksamaan pendapatan? Akibat daripada ketidaksamaan pendapatan ialah:

• Penjagaan kesihatan yang tidak memuaskan;

• Pemakanan yang terhad;

Page 4: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 156

• Kualiti perumahan yang rendah; dan

• Kurang perlindungan polis. Ini adalah di antara keadaan yang merugikan akibat peningkatan di antara golongan yang kaya dan miskin di Amerika. Perbezaan ini juga telah membawa kepada:

• Rendahnya tahap pendidikan sebab peningkatan kemasukkan ke kolej bermakna peningkatan juga kepada tahap pendapatan.

• Kurangnya bilangan mereka yang berkelulusan masuk ke dalam pasaran pekerjaan, mengakibatkan kurangnya perkembangan tenaga pekerja mahir.

• Ini akan menjejaskan kualiti tenaga pekerja sebab bertambahanya pendapatan yang rendah akan seterusnya membawa kepada pencapaian akademik pelajar yang rendah di semua peringkat persekolahan.

• Seterusnya ini akan mempengaruhi perkembangan pekerjaan berdasarkan perbezaan pendapatan.

(b) Dimensi Kuasa: Max Weber

Kuasa mempunyai keupayaan untuk mengawal tingkahlaku manusia walaupun bertentangan dengan kehendak mereka. Individu atau kumpulan yang mempunyai kuasa mampu untuk menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri tetapi bukan untuk masyarakat sejagat. Apakah yang dimaksudkan dengan stratifikasi kuasa? Mengikut Karl Marx, manusia yang mempunyai dan mengawal kapital adalah mereka yang mempunyai kuasa. Ahli sosiologi bersetuju manusia yang berjaya dalam ekonomi merupakan mereka yang berkeupayaan untuk meningkatkan kuasa mereka. Mereka yang mewah mempunyai kuasa untuk mempengaruhi peraturan cukai agar memihak kepada kepentingan mereka. Walau bagaimanapun ramai ahli sosiologi, bermula daripada Weber, berpendapat bahawa kejayaan ekonomi dan kuasa tidak semestinya bertindih. Pandangan ini berdasarkan beberapa hujah: (i) Pertama, wang yang boleh digunakan untuk kuasa tidak semestinya

akan digunakan dengan cara ini. Wang adalah sumber untuk meningkatkan kuasa tetapi ini bergantung kepada keputusan menggunakannya untuk matlamat tersebut. Contohnya, terdapat ramai keluarga yang kaya di Amerika tetapi mereka tidak

Page 5: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 157

menggunakan sumber ekonomi mereka untuk meraih kuasa politik seperti keluarga Kennedy.

(ii) Kedua, pemilikan wang melalui pengeluaran bukan hanya

merupakan asas kepada kuasa. Mereka yang mempunyai kepakaran ilmu juga boleh menggunakannya untuk memperkembangkan kuasa mereka. Contohnya, ramai peguam mengalihkan sebahagian besar daripada kepakaran mereka kepada menguasai kuasa. Kemahiran bertutur juga adalah kemungkinan satu lagi sumber. Kemasyhuran adalah faktor yang memberi peluang kepada Albert Einstein dipelawa untuk menjadi presiden Israel pada tahun 1952. Beliau bagaimana pun menolak dengan mengatakan bahawa, „Saya tahu sedikit sahaja mengenai alam semula jadi dan tidak langsung tentang manusia.‰

(iii) Kuasa juga berkaitan dengan kedudukan sosial seseorang. Pegawai

yang dilantik mempunyai lebih kuasa berbanding dengan mereka yang berpangkat rendah. Mereka yang memegang jawatan eksekutif dalam bidang media massa adalah sangat berkuasa walaupun mereka tidak kaya sangat.

(iv) Akhir sekali, manusia boleh mengatasi kekurangan sumber ini

sekiranya mereka mempunyai pengikut yang ramai atau mereka bijak menguruskan sumber. Contohnya, Hitler berkeupayaan untuk mengubah sumber yang terhad kepada pergerakan politik yang berpengaruh. Beliau mendapat kuasa dengan berjanji untuk mengubah negara Jerman daripada kemerosotan ekonomi selepas Perang Dunia I.

(c) Dimensi Darjat: Max Weber

Dimensi ketiga stratifikasi sosial ialah darjat iaitu pengiktirafan, kehormatan dan keagungan yang dikaitkan dengan kedudukan sosial seseorang itu. Darjat didefinisikan sebagai budaya dan masyarakat seseorang. Bagaimanakah seseorang itu diberi kedudukan darjat? (i) Pertama, penilaian sosial yang disenangi adalah berdasarkan kepada

norma dan nilai dalam sesebuah kumpulan. Ketaatan, keagungan, kehormatan diberi kepada ketua dalam kumpulan Mafia, tetapi ketua-ketua Mafia ini tidak mendapat darjat yang tinggi di luar kumpulan mereka walaupun masyarakat Amerika mengkagumi kegiatan pergerakan mereka.

Page 6: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 158

(ii) Kedua, darjat tidak diberi secara sukarela atau dituntut. Ahli saintis tidak boleh mencalonkan diri mereka untuk memenangi Hadiah Nobel; wartawan tidak boleh menerima Hadiah Pulitzer; dan eksekutif korporat tidak boleh menganugerahkan diri mereka doktor kehormat. Pengiktirafan mesti datang daripada orang lain.

(iii) Ketiga, mereka yang dianugerahkan tahap darjat yang sama

berkongsi gaya hidup yang dapat dikenal pasti. Anak-anak mereka berkemungkinan tinggi dapat masuk ke universiti swasta; anak-anak dari keluarga kelas bawahan berkemungkinan tidak mendapat tempat di kolej sama sekali.

Sejauh manakah keupayaan sumber berkait rapat dengan dimensi darjat? Mereka yang mempunyai sumber ekonomi yang mencukupi mungkin menggunakannya untuk meningkatkan darjat mereka; mereka boleh memiliki barangan dan perkhidmatan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan mereka kepada orang lain. Thorstein Veblen menamakan fenomena ini conspicuous consumption. Contohnya, tetamu di rumah kediaman peranginan musim panas Cornelius Vanderbilt di Newport, Amerika, mempunyai tujuh puluh bilik dengan harga US$10 juta, tetamu boleh memilih di antara air masin dan air tawar dalam bilik mandi; tetamu di kediaman mewah Baron Alfred de Rothschild boleh memilih susu lembu dari Jersey, Hereford atau Shorthorn. Manakala eksekutif di Ford Motor Company, Lee Iacocca dan rakan-rakannya boleh menikmati menu makan tengah hari yang dihantar dari mana-mana negara di dunia. Bagaimanakah darjat diagihkan? Darjat diagihkan mengikut sistem nilai sesebuah masyarakat. Mereka yang berstatus tinggi adalah yang terpenting; dinilai sebagai paling tinggi dan mempunyai darjat tertinggi. Masyarakat Amerika memandang tinggi kepada kemewahan dan kuasa maka mereka akan meletakkan darjat yang tinggi kepada individu yang kaya dan berkuasa. Dalam zaman moden ini sumber utama darjat adalah yang berkaitan dengan pekerjaan. Pembahagian darjat yang diletakkan kepada pekerjaan di Amerika adalah seperti di Jadual 8.1. Ternyata pekerjaan kolar putih (doktor, peguam, profesor) mendapat darjat yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berkolar biru (jurutera, mekanik kereta, tukang paip). Sebagaimana diramalkan pakar bedah, peguam dan profesor menduduki darjat tertinggi manakala penjaga bangunan, pemandu bas dan pengumpul sampah diberi darjat yang paling rendah. Anda mungkin hairan apabila mubaligh dan

Page 7: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 159

profesor diberi darjat yang lebih tinggi berbanding dengan pegawai bank. Ini menunjukkan walaupun kekayaan dan kuasa biasanya menentukan darjat seseorang itu tetapi terdapat juga pengecualian.

Jadual 8.1: Kaedah Penempatan Kendiri

Pekerjaan Darjat Skor (Skor)

Pakar bedah 87

Peguam 75

Profesor 74

Jurutera 71

Pengetua sekolah 69

Ahli farmasi 68

Jururawat berdaftar 66

Akauntan 65

Ahli olahraga profesional 65

Guru sekolah rendah 64

Pegawai bank 63

Doktor haiwan 62

Pegawai polis 61

Pelakon 60

Penyunting/pemberita 60

Tekong TV 60

Peniaga 60

Page 8: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 160

Guru taska 55

Pekerja sosial 52

Pengurus mayat 49

Pemain muzik jazz 48

Posmen 47

Ajen insuran 46

Setiausaha 46

Kerani bank 43

Penjual kereta 43

Mubaligh Kristian 41

Jurujual 36

Pemandu bas 32

Pelayan 29

Pengumpul sampah 28

Penjaga bangunan 22

Pelacur 14

Pengemis 11

Sumber: General Social Survey, National Opinion Research Center, 1996

 

AKTIVITI 8.1

Cuba anda senaraikan darjat pekerjaan mengikut pandangan masyarakat di Malaysia.

Page 9: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 161

Apakah asas penentuan darjat pekerjaan? Mengikut Robert Hodge, Paul Siegel, dan Peter Rossi (1964), mereka mengatakan bahawa semua masyarakat bergantung kepada beberapa faktor semasa membuat penilaian darjat pekerjaan. Ada juga yang mengatakan bahawa asas penilaian ini sama dalam semua masyarakat yang maju dan kurang maju. Darjat skor pekerjaan berbeza mengikut:

• Pemampasan;

• Pendidikan;

• Kemahiran;

• Keperluan keupayaan;

• Kekuasaan berkaitan dengan pekerjaan;

• Kepentingan pekerjaan kepada masyarakat jelata; dan

• Gaya pekerjaan (pekerjaan kolar putih berbanding kolar biru).

Akhir-akhir ini gender juga telah memainkan peranan dalam darjat pekerjaan. Mengapakah perbezaan budaya menilai pekerjaan dengan cara yang sama? Donald Treiman menjalankan kajian di 60 negara termasuk Eropah barat dan timur, Amerika utara dan selatan serta Afrika. Beliau merumuskan bahawa semua masyarakat mesti mencapai sesuatu objektif. Contohnya, kedamaian dalam negara mesti dikekalkan dan pelbagai barangan seperti makanan, perumahan, pakaian, dan pengangkutan mesti dihasilkan dan diagihkan. Begitu juga dengan pelbagai budaya memperkembangkan kedudukan pekerjaan yang sama atas sebab fungsi yang sama. Ini adalah penerangan mengikut teori funsional. Masyarakat di seluruh dunia menyediakan darjat pekerjaan mereka mengikut hierarki darjat yang hampir sama. Ini adalah disebabkan masyarakat boleh mengawal sumber yang terhad berbanding dengan pekerjaan. Perbezaan memperolehi sumber iaitu melalui kemahiran, pihak berkuasa, harta tanah, kesemua ini mewujudkan kuasa yang berbeza. Kuasa untuk menguasai sumber terhad digunakan untuk mendapatkan keistimewaan penghormatan. Kuasa dan penghormatan digunakan untuk mendapatkan darjat. Dengan cara ini satu darjat pekerjaan yang sejagat di dunia boleh diwujudkan. Cara ini dijelaskan mengikut teori konflik.

Page 10: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 162

 

8.1.2 Kewujudan Stratifikasi Peringkat Universal

Stratifikasi sosial bukanlah sesuatu yang boleh dilihat secara mikro sahaja, tetapi boleh juga dilihat pada peringkat universal. Manusia dikelaskan mengikut darjat atau kelas sosial; pada masa yang sama, negara-negara juga boleh turut distratifikasikan menurut pendapatan ekonominya:

• Negara-negara berpendapatan tinggi;

• Negara-negara berpendapatan sederhana; dan

• Negara-negara berpendapatan rendah. (a) Negara-negara Berpendapatan Tinggi

Amerika dilihat sebagai negara yang mempunyai banyak peluang dan rakyatnya percaya bahawa terdapat peluang untuk meningkatkan kelas sosial mereka kepada status yang lebih tinggi. Impian rakyat Amerika ialah mereka percaya seseorang yang berada di tahap sederhana, berusaha dan tidak putus asa akan mampu mencapai sebanyak yang dihajati. Berpusat kepada kepercayaan ini ialah setiap individu yang dilahirkan dalam keluarga miskin boleh menikmati kehidupan yang selesa iaitu ada sebuah rumah, sebuah kereta, dan menghantar anak ke kolej. Sekiranya individu tersebut berusaha lebih dan mengikut peraturan maka dia mampu meletakkan dirinya dalam kelas pertengahan. Adakah ini benar? Data tentang ketidaksamaan pendapatan dan kekayaan mencerminkan terdapat sebilangan rakyat Amerika yang ketinggalan dalam rebutan kekayaan ini; yang kaya menjadi semakin kaya sementara yang miskin berada di tahap miskin atau menjadi lebih miskin. Kajian tentang pencapaian status menunjukkan impian rakyat Amerika berbeza daripada realiti hidup sebenar. Pencapaian status bergantung kepada gender, bangsa dan etnik seseorang. Ada ahli sosiologi yang melihat Amerika sebagai sebuah negara di mana terdapat „yang berada‰ dan „yang tidak berada,‰ dan tidak ramai yang berada di antara kedua-duanya. Analisa pendapatan menunjukkan bahawa rakyat Amerika yang berumur di antara 25 hingga 75 tahun, separuh daripada mereka akan melalui

SEMAKI KENDIRI 8.1

Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga dimensi stratifikasi?

Page 11: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 163

kemiskinan untuk jangka masa setahun, separuh pula akan menikmati kehidupan mewah untuk setahun (10 kali ganda tahap kemiskinan) dan hanya 2 % sahaja yang menghabiskan 50 tahun hidup mereka dengan berada di antara tahap kemiskinan dan kekayaan (Rank & Hirschl, 2001). Sementara usaha untuk keluar daripada kemiskinan menjadi semakin sukar untuk mereka. Aaron Berstein (2003) mendapati 53% keluarga yang miskin pada tahun 1900an masih lagi miskin pada akhir abad tersebut, peratus yang lebih tinggi berbanding pada abad sebelumnya. Dalam masa 30 tahun peratus anak muda yang miskin iaitu 5% yang mempunyai ijazah masih tidak berubah. Keupayaan untuk mereka mencapai status sosio-ekonomi yang lebih tinggi berbanding dengan bapa mereka juga telah menurun semenjak beberapa abad yang lalu. Beliau juga mendapati sukar untuk masyarakat pendatang mencapai kejayaan ekonomi yang stabil. Di antara sebab berlakunya perubahan ini ialah transformasi telah berlaku dalam struktur pekerjaan. Perubahan industri telah menyingkirkan jawatan yang bergaji tinggi dan menggantikan dengan jawatan yang bergaji rendah. Apabila pekerjaan di bahagian pembinaan menurun maka kebanyakan pekerjaan dibuka dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan. Tetapi sektor perkhidmatan mempunyai dua bentuk agihan pendapatan iaitu pentadbir yang bergaji tinggi dan pekerja profesional seperti doktor dan mereka berada di atas dan pekerja bergaji rendah seperti penjual burger dan penjual telefon bimbit berada di bawah. Walaupun ketidaksamaan telah meningkat, peluang yang sama mungkin tidak akan wujud dan pendapatan keluarga menurun setiap tahun semenjak tahun 1999 hingga 2004, namun kebanyakan rakyat Amerika masih hidup selesa berbanding dengan mereka yang berada dari tahun 1970an dan awal 1980an. Ramai rakyat Amerika percaya bahawa mereka mempunyai peluang yang lebih baik untuk memajukan diri mereka, mereka telah lakukan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka, dan anak-anak mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik daripada mereka. Negara-negara yang kaya di dunia, kebanyakannya merupakan negara kapitalis seperti England, German, Peranchis, Norway, Finland, Denmark, Sweden, dan Switzerland di Eropah barat; Australia dan New Zealand di Oceania; dan Jepun di Asia, dan negara-negara Arab seperti Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu. Negara-negara ini menguasai kebanyakan kekayaan di dunia. Disebabkan penekanan kepada kekayaan maka tahap kehidupan rakyat di negara-negara tersebut, walapun ada yang miskin tetapi masih lagi mewah berbanding dengan individu yang berpendapatan sederhana.

Page 12: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 164

(b) Negara-negara Berpendapatan Sederhana Negara-negara yang ekonominya di tahap sederhana adalah seperti negara Rusia, Poland, Bulgaria, Republik Czech, Republik Slovak, Hungary, Romania, Estonia, Latvia, Lithuania dan Cuba. Kesemua negara ini dahulunya dibawah kuasa Rusia. Walaupun rakyat di negara-negara tersebut adalah lebih mewah berbanding dengan mereka yang berada di negara-negara yang berpendapatan rendah, mereka masih tidak menikmati kehidupan mewah seperti rakyat di negara-negara yang berpendapatan tinggi. Walaupun rakyat di negara-negara ini tinggal di kawasan bandar tetapi terdapat peratus yang lebih tinggi tinggal di kawasan luar bandar dan mengusaha aktiviti pertanian. Kategori pendapatan sederhana meliputi negara-negara lain seperti Mexico, Latin Amerika dan Amerika Selatan sehingga kepada sebahagian Afrika, sehingga negara Thai, Malaysia, dan New Guinea di timur jauh.

(c) Negara-negara Berpendapatan Rendah

Ekonomi berpendapatan rendah berkisar kepada aktiviti pertanian. Negara-negara yang terlibat merentas sempatan selatan Amerika sehingga Afrika ke Cina seterusnya ke Indonesia. Populasi dalam negara-negara ini adalah sangat tinggi. Dua pertiga populasi dunia tinggal dalam 60% kawasan bumi. Negara-negara ini mempunyai satu persamaan iaitu kemiskinan. Kebanyakan rakyat di negara-negara berpendapatan rendah ini hidup kurang daripada 7% daripada garisan kemiskinan rasmi Amerika. Mereka ini hidup dalam kegelapan disebabkan mereka terperangkap dalam dua pengikatan iaitu populasi mereka meningkat sementara mereka mengekalkan tahap kelahiran tradisional yang tinggi.

 

STRATIFIKASI MENGIKUT KELAS SOSIAL Setelah memahami konsep stratifikasi secara umum, mungkin terlintas dalam fikiran anda: apakah kepentingan atau implikasi kelas sosial ke atas kehidupan anda? Fikirkan sejenak: adakah terdapat perbezaan peluang melanjutkan pelajaran ke universiti di antara anak orang kaya dan anak orang miskin? Faktor

8.2

SEMAK KENDIRI 8.2

Senaraikan ciri-ciri stratifikasi universal.

Page 13: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 165

ekonomi banyak berkait rapat dengan kedudukan kelas sosial seseorang itu. Sebelum kita mendalami lagi persoalan ini, marilah kita berbincang tentang cara-cara menentukan kelas sosial.

8.2.1 Penentuan Kelas Sosial

Bagaimanakah kita menentukan kelas sosial? Dalam perbualan seharian, kita akan bercakap tentang „kelas atasan,‰ „kelas pertengahan‰ dan „kelas bawahan,‰ yang merujuk kepada kelas sosial sebagai kumpulan tersendiri. Terdapat dua pegangan tentang konsep ini di kalangan ahli sosiologi. Pandangan pertama ialah memang wujud kelas dalam masyarakat seperti kelas kolar putih dan kelas kolar biru (the relational model). Pandangan kedua, pembahagian kelas tidak jelas dan kabur disebabkan sifat kelas tersebut yang tidak terganggu dan berterusan. Kelas sosial mempunyai persamaan di antara satu kelas dengan yang lain dan ini mencerminkan kedudukan dan bukan sesuatu yang telah ditetapkan. Perbezaan kelas sosial boleh dikenal pasti melalui beberapa pendekatan:

• keadah objektif (objective method),

• kaedah penempatan kendiri (self-placement method), dan

• kaedah reputasi (reputational method).

Walaupun pada setiap kaedah terdapat pertindihan di antara kelas namun begitu terdapat juga perbezaan dalam hasil dapatan di antara kelas tersebut. Setiap kaedah ada kekuatan dan kelemahannya. (a) Kaedah Objektif (The Objective Method)

Kaedah ini merujuk kepada kelas sosial sebagai kategori statistik. Perkataan objektif pula bermaksud kaedah ini menggunakan kriteria angka untuk mengkategorikan individu. Kategori-kategori ini dibentuk oleh ahli sosiologi dan statistik. Mereka mengkategorikan kelas sosial mengikut pendapatan, jenis pekerjaan atau tahap pendidikan (atau kombinasi ketiga-tiga ini). Kaedah objektif menyediakan ukuran statistik dalam mengenal pasti berbagai hubungan dalam kelas seperti jangkaan hidup, penyakit mental, perceraian, sikap ahli politik, tahap jenayah, dan aktiviti masa lapang. Pendekatan melalui kaedah ini merupakan yang paling mudah dan murah untuk mengkaji kelas sosial sebab data statistik boleh didapati daripada agensi kerajaan dan biro penapisan. Walau bagaimanapun, ada perkara-perkara lain yang perlu dilihat selain daripada hanya data statistik sahaja.

Page 14: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 166

Dalam kehidupan seharian kita terdapat berbagai cara untuk individu meningkatkan kecemerlangan diri mereka. Ini bermaksud bahawa bukan sahaja kategori pendapatan, pendidikan atau pekerjaan yang diambil kira tetapi terdapat juga maksud dan definisi yang diberi oleh orang lain ke atas kualiti kategori-kategori ini. Contohnya, salah satu definisi budaya yang diberi kepada kategori pekerjaan ialah martabat atau darjat, kekaguman dan kehormatan yang dipersepsikan oleh masyarakat terhadap sesuatu jenis pekerjaan. Ahli sosiologi menggunakan skor darjat pekerjaan untuk menentukan kedudukan ini. Pengkaji melakukan tinjauan yang luas ke atas populasi yang ingin dikaji dan menyoal responden untuk menganggarkan kedudukan sosial setiap pekerjaan dalam senarai yang diberikan. Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk meletakkan skor darjat kepada jenis pekerjaan responden dalam kajian-kajian lain (Jadual 8.1). Kaedah ini membenarkan individu mengenal pasti kelas sosial yang manakah ia tergolong. Kelas disifatkan sebagai kategori sosial di mana individu berkumpul bersama orang lain yang dianggap mempunyai sifat-sifat yang sama. Sifat-sifat ini berkemungkinan mengikut atau tidak kepada apa yang dianggap oleh ahli saintis sebagai garis pengkelasan. Pengkaji bertanya kepada responden untuk mengenal pasti kelas sosial. Mengikut kehidupan keluarga di Amerika kedudukan kelas keluarga bergantung kepada kedudukan suami dalam pasaran kerja. Namun begitu, persepsi ini telah bertukar dengan kemasukkan kaum wanita ke dalam alam pekerjaan di mana saiz keluarga mereka telah menjadi lebih kecil. Kebanyakan wanita menilai kedudukan kelas keluarga mereka berdasarkan kedudukan kelas suami mereka. Sekarang ini kedua-dua suami isteri mencantum pendapatan mereka untuk menetapkan kedudukan mereka tetapi mereka masih menekankan kepada darjat pekerjaan suami mereka sebagai penentu. Kebaikan kaedah ini ialah keupayaannya untuk diaplikasikan kepada populasi yang besar. Walau bagaimanapun kaedah ini mempunyai kelemahannya. Kemungkinan kelas yang dikenal pasti oleh individu adalah hanya aspirasinya sahaja dan bukan penilaian sebenarnya tentang dirinya. Dalam kajian tahun 2005 kesemua responden mengenal pasti diri mereka sebagai pekerja kelas pertengahan atau atasan walaupun terdapat lima kategori yang mereka boleh pilih. Tidak ramai responden yang kaya melabelkan diri mereka sebagai kelas atasan dan tidak ramai yang miskin melabelkan diri mereka sebagai kelas bawahan.

Page 15: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 167

(b) Kaedah Penempatan Kendiri Warner dan rakan-rakan menjalankan kajian mereka sebelum Perang Dunia II ke atas responden yang tinggal di pekan kecil di Amerika. Pada tahun 1978, ahli sosiologi Richard D. Coleman dan Lee Rainwater mengemaskinikan dan mengembangkan pemahaman kita tentang struktur kelas dengan memasukkan responden daripada kawasan bandar di Amerika. Mereka mengabungkan kaedah penempatan kendiri dan kaedah reputasi, menemubual penduduk di Kansas City dan Boston dan menyoal mereka tentang persepsi tahap kehidupan moden. Dapatan daripada kategori tentang bagaimana penduduk di bandar menetapkan kedudukan tahap kehidupan diri mereka dan orang lain masih digunakan untuk menerangkan tentang stratifikasi kelas di Amerika: • Mereka yang telah mencapai kejayaan dalam kehidupan. Dalam kelas

struktur, teratas adalah terdiri daripada individu kaya kelas elit.

• Mereka yang sedang menikmati kejayaan dalam kehidupan. Eksekutif korporat dan kumpulan profesional tergolong dalam kelas ini.

• Mereka yang telah mencapai impian untuk menjadi golongan kelas pertengahan. Individu ini menikmati „kehidupan selesa‰ daripada aspek kebendaan tetapi masih kekurangan daripada mereka yang menikmati kehidupan mewah kelas atasan.

• Mereka yang mempunyai kehidupan selesa. Semasa melalui kehidupan selesa ini kumpulan ini mempunyai sumber kewangan yang kurang berbanding dengan mereka yang berada di kelas atas dan mereka ini juga tinggal di kawasan yang kurang mewah.

• Mereka yang melalui kehidupan biasa. Terdapat setengah masyarakat Amerika yang menikmati pekerjaan yang „dihormati‰ tetapi untuk menjalani kehidupan seharian, mereka menghadapi sedikit kekangan daripada aspek sumber.

• Mereka yang sedang menghadapi kesusahan dalam kehidupan. Masyarakat kumpulan ini mendapati kesukaran untuk menjalani kehidupan seharian. Kedua-dua suami isteri bekerja namun begitu pendapatan mereka masih rendah.

• Mereka yang miskin. Masyarakat ini tergolong dalam kumpulan yang „terbawah dan terbiar.‰ Ramai di antara ahlinya mendapat bantuan kerajaan.

Page 16: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 168

Pembahagian ini memberi gambaran yang jelas. Ahli sosiologi dan masyarakat umumnya mendapati penggunaan label „kelas atasan,‰ „kelas pertengahan,‰ „kelas buruh,‰ dan „kelas bawahan‰ adalah lebih mudah digunakan untuk membezakan kelas dalam masyarakat. Pengkaji juga mencadangkan label-label ini sesuai dengan penunjuk kelas seperti pendapatan, pendidikan, tahap kemahiran pekerjaan, dan pekerjaan yang bersifat manual dan bertentangan dengan yang bersifat bukan manual. Selain daripada itu, label-label ini juga mempunyai makna kepada kebanyakan manusia disebabkan ia bersabit dengan pekerjaan dan harta benda.

(c) Kaedah Reputasi (The Reputational Method)

Dalam kaedah penempatan kendiri responden diminta mengkelaskan diri mereka tetapi dalam kaedah reputasi pula responden disoal bagaimana mereka menilai orang lain. Pendekatan ini menggambarkan kelas sebagai satu kumpulan sosial di mana manusia berkongsi perasaan yang sama dan diikat bersama melalui corak interaksi yang kukuh. Maka kelas bergantung kepada pengetahuan tentang siapa kenal siapa. Pendekatan ini diterima pada tahun 1930an apabila W. Lloyd Warner dan rakan-rakan mengkaji struktur kelas dalam tiga komuniti di Amerika iaitu „Yankee City‰ (Newburyport, Massachusetts), sebuah pekan di New England yang mempunyai populasi seramai 17,000 penduduk; „Old City‰ (Natchez, Mississippi), komuniti di sebelah selatan yang berpopulasi sebanyak 10,000 orang; dan „Jonesville‰ (Morris, Illinois), sebuah pekan disebelah barat tengah yang berpopulasi sebanyak 6,000. Dalam Yankee City dan Old City, Warner mengenal pasti enam kelas:

• Atasan atas;

• Atasan bawah;

• Atasan pertengahan;

• Bawahan pertengahan;

• Bawahan atasan; dan

• Bawahan bawah. Konsep yang diutarakan oleh Warner tentang sistem kelas di Amerika telah dipopularkan oleh pihak media dan mendapat sambutan daripada masyarakat umum. Sehingga hari ini konsep ini masih digunakan untuk mencerminkan persepsi kehidupan masyarakat Amerika terhadap kelas sosial.

Page 17: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 169

8.2.2 Implikasi Kelas Sosial Dalam Masyarakat

Kelas sosial adalah di antara aspek kehidupan sosial yang sangat mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak. Misalnya, kelas sosial menentukan peluang kehidupan seseorang; besar kemungkinan individu dan kumpulan menikmati barang dan perkhidmatan yang diingini dan peluang untuk kehidupan yang sihat dan berpanjangan. Peluang kehidupan ini merujuk kepada tahap kehidupan dan peluang individu membuat pemilihan. Contohnya, kelas sosial menjejaskan pendidikan. Semakin tinggi kelas sosial ibu bapa semakin berpeluang anak-anaknya akan ke sekolah dan semakin baik pencapaian mereka. Kemiskinan yang berpanjangan menjejas keupayaan kognitif, dan pengalaman kemiskinan semasa remaja pula menjejas pencapaian kognitif. Kanak-kanak yang sentiasa hidup dalam kemiskinan sehingga umur 5 tahun mempunyai purata IQ 9 mata lebih rendah berbanding kanak-kanak yang tidak pernah mengalami kemiskinan. Perbezaan ini boleh dijelaskan dengan tahap pendidikan ibu, tahap perceraian, atau kaum. Kelas sosial juga mempengaruhi jangkaan kesihatan dan kehidupan seseorang. Sosio-ekonomi yang rendah berkemungkinan merupakan penyumbang yang paling berkuasa ke atas kematian dan morbid pramasa. Ini bukan hanya berlaku di Amerika tetapi di seluruh dunia. Kesihatan manusia dipengaruhi oleh pendapatan, pendidikan, dan kelas sosial dalam semua negara industri. Begitu juga dengan pendidikan, kemiskinan daripada zaman kanak-kanak berlanjutan sehingga menjejaskan kesihatan apabila dewasa. Walaupun faktor-faktor risiko kesihatan seperti gemuk, merokok dan kurang bersenam adalah lumrah di kalangan individu yang rendah sosio-ekonominya, penyelidik juga menekankan kepada faktor terdedahannya individu itu kepada bahaya persekitaran tempat kerja apabila menjelaskan terdapatnya perbezaan kelas ke atas kematian dan morbid pramasa. Kajian juga menunjukkan terdapat faktor-faktor selain daripada gaya hidup dan terdedahnya kepada bahaya kesihatan yang bertanggungjawab ke atas hubungan di antara kelas sosial dan kesihatan. Ahli sosiologi, Mirowsky dan Ross (2003) menekankan bahawa faktor primari adalah pendidikan, manakala

SEMAK KENDIRI 8.3

1. Bagaimanakah ahli sosiologi mengenalpasti kelas sosial? 2. Jelaskan perbezaan di antara keempat-empat kaedah penentuan

kelas sosial.

Page 18: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 170

Link dan Phelan (1995) pula mengatakan bahawa terdapat berbagai faktor yang menjejaskan kelas sosial. Kelas sosial juga menjejaskan peluang kehidupan dalam cara lain. Semasa Peperangan Vietnam, terdapat 80% daripada 2.5 juta lelaki Amerika yang berkhidmat di Asia Tenggara, 27 juta lelaki ini pula mencapai umur untuk menyertai peperangan tersebut dan mereka ini datang daripada keluarga kelas buruh dan berlatarkan kemiskinan. Semasa kapal Titanic tenggelam dalam tahun 1912, penumpang kelas pertama mempunyai dua kali ganda peluang untuk diselamatkan berbanding dengan mereka dalam kelas ketiga. Kelas sosial juga menjejas gaya hidup manusia, iaitu cara dan banyaknya mereka menikmati barangan dan perkhidmatan. Kemudahan makanan seperti piza beku, ubi kentang goreng, hamburger merupakan menu yang lazimnya dimakan oleh keluarga yang berpendapatan rendah berbanding dengan mereka yang berpendapatan tinggi. Kelas sosial juga mempengaruhi gaya perabut yang dibeli dan program yang ditonton. Corak tingkahlaku juga dipengaruhi oleh kelas sosial. Misalnya, mengundi meningkat dengan tahap sosio-ekonomi dalam kebanyakan negara-negara barat. Mereka yang berada dalam kelas bawahan memulakan aktiviti seksual diperingkat umur yang lebih muda manakala mereka yang berada dalam kelas atasan menjalani aktviti seksual yang berbagai. Kesimpulannya, kedudukan kelas sosial seseorang itu memberi peluang luas untuk menikmati aktiviti kehidupan.

8.2.3 Stratifikasi dan Peluang Kehidupan

Pengagihan yang tidak seimbang terhadap pendapatan, kekayaan, kuasa, dan darjat menambahkan kesan ke atas ahli masyarakat. Dua kategori kesan kelas sosial ialah peluang kehidupan (life chances) dan gaya hidup (lifestyle). (a) Peluang Kehidupan

Peluang kehidupan ini merujuk kepada keupayaan untuk memiliki perkara-perkara yang baik dalam kehidupan seperti kesihatan,

AKTIVITI 8.2

Bincangkan bagaimana perbezaan pendapatan dan pendidikan mempengaruhi kesihatan ahli masyarakat di Malaysia?

Page 19: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 171

kebahagiaan, pendidikan, kekayaan, perlindungan perundangan, dan juga nyawa kita sendiri. Kemungkinan memiliki dan menjaga ganjaran kebendaan dan bukan kebendaan adalah sangat dipengaruhi oleh tahap kelas sosial. Kuasa, darjat, dan ganjaran ekonomi meningkat dengan tahap kelas sosial seseorang. Begitu juga dengan pendidikan, satu jalan yang sangat penting kepada ganjaran-ganjaran ini. Bagaimanakah kelas sosial mempengaruhi peluang kehidupan? Kemungkinan untuk memperolehi kehidupan itu sendiri merosot dengan adanya tahap kelas sosial. Sama ada diukur dengan bilangan kematian atau jangka masa hidup, besar kemungkinan seorang individu akan hidup lebih lama apabila beliau bergerak ke atas dalam struktur stratifikasi. Ketaksamaan yang merupakan asas kepada peluang kehidupan adalah disebabkan oleh perbezaan nilai yang diletakkan ke atas perhatian tentang kesihatan, penekanan kepada pemakanan yang betul, kebimbangan tentang kebersihan diri, dan keupayaan untuk memiliki kesemua ini. Dalam memperkatakan tentang peluang kehidupan maka tidak hairanlah kesihatan fizikal dipengaruhi oleh tahap kelas sosial. Mereka yang tergolong dalam struktur bawahan berkemungkinan jatuh sakit atau kurang upaya dan akan menerima bantuan kesihatan yang kurang baik. Begitu juga dengan mereka yang mengidap sakit mental. Individu yang berada di tahap kelas bawahan mempunyai kemungkinan lebih besar untuk mengalami kerisauan mental dan berkemungkinan kurang menerima bantuan terapi, sama ada mencukupi atau sebaliknya. Terdapat banyak ketidaksamaan dalam peluang kehidupan tetapi hanya beberapa sahaja yang dapat disebut di sini.

• Golongan miskin membayar lebih untuk barangan dan perkhidmatan yang sama.

• Mereka juga berkemungkinan ditangkap sebab melakukan jenayah dan mereka berkemungkinan dituduh dan dipenjarakan.

• Mereka berkemungkinan tidak mengenali sesiapa untuk meminta pertolongan mereka melarikan diri daripada sistem perundangan seperti mendapatkan tiket ke pertandingan bola sepak atau mendapat pertolongan daripada seorang ahli politik.

• Mereka juga menerima perkhidmatan awam seperti pengumpulan sampah, perlindungan polis, memperbaiki jalan tetapi yang tidak berkualiti.

Page 20: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 172

(b) Gaya Hidup Bagaimana kelas sosial mempengaruhi gaya hidup? Golongan kaya dan miskin dipisahkan lebih daripada hanya dengan wang ringgit tetapi juga daripada aspek pendidikan, perkahwinan, perhubungan keluarga, penjagaan anak, sikap politik dan tingkahlaku dan hubungan keagamaan. • Mereka yang berada dalam kelas sosial atasan cenderung untuk

berkahwin pada usia yang lebih lanjut, mengalami tahap perceraian yang rendah, dan boleh menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan.

• Sementara ibu bapa kelas buruh dan pertengahan mempunyai persamaan dalam penjagaan anak berbanding dengan dahulu walaupun masih lagi terdapat persamaan.

• Berbanding dengan kelas pertengahan, ibu bapa kelas bawahan cenderung untuk kurang memberi perhatian kepada keperluan sosial dan emosi anak-anak; daripada aspek disiplin mereka cenderung untuk menggunakan hukuman fizikal daripada berbincang.

• Ibu bapa kelas pertengahan pula lebih berminat untuk menolong anak-anak memperkembangkan sifat-sifat seperti mengambil berat tentang orang lain, mengawal diri dan sifat ingin tahu.

• Akhir sekali ibu bapa kelas buruh menekankan pengakuran, peraturan, dan kemas sementara ibu bapa kelas pertengahan menekankan matlamat kendiri, kebebasan, sifat ingin memulakan sesuatu dan kreatif.

Penglibatan dalam politik meningkat mengikut tahap kelas sosial. Misalnya di Amerika: • kelas pertengahan dan atasan cenderung untuk memihak kepada parti

Republican,

• manakala kelas buruh dan bawahan cenderung untuk menyokong parti Democrats.

• kelas bawahan cenderung untuk menjadi lebih bersikap terbuka tentang isu ekonomi berbanding mereka yang dalam kelas pertengahan dan atasan tetapi lebih konservatif tentang isu sosial.

Page 21: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 173

• kelas bawahan lebih menyokong persatuan pekerja, pengawalan perniagaan oleh kerajaan, dan program kebajikan sosial tetapi bersikap kurang bertoleransi dan simpati terhadap isu yang melibatkan hak awam dan hal ehwal antarabangsa berbanding mereka dalam kelas yang lebih tinggi.

MOBILITI SOSIAL

Individu yang berada dalam masyarakat atau kumpulan boleh bergerak dari satu tahap ke tahap yang lain dalam sistem stratifikasi dan ini dipanggil mobiliti sosial. Ketidaksamaan sosial merujuk kepada perbezaan dalam pengagihan keuntungan dan kerugian; stratifikasi sosial adalah sistem struktur ketidaksamaan; dan mobiliti sosial merujuk kepada pergerakan individu atau kumpulan dari satu status sosial kepada yang lain. Mobiliti sosial boleh berlaku dalam dua cara: (i) Masyarakat berubah, mengubah pembahagian tenaga pekerja,

memperkenalkan jawatan baru, mengurangkan jawatan lama, dan mengalih peruntukkan sumber. Kadang kala perubahan sosial berlaku disebabkan ahli masyarakatnya yang berada dalam strata bawah berasa geram dikecualikan daripada bergerak ke dalam strata yang lebih tinggi dan berusaha untuk mengubah peraturan sosial yang telah bertapak.

(ii) Mobiliti sosial boleh berlaku apabila pergerakan berlaku dengan

kewujudan berbagai jenis bakat. Walaupun mereka yang berada dalam strata yang tinggi berkemungkinan menguasai peluang untuk latihan dan pendidikan, tetapi mereka tidak mampu mengawal pengagihan keupayaan dan bakat. Manusia mesti dipilih daripada strata bawahan untuk melakukan peranan dalam masyarakat yang boleh meningkatkan status mereka.

8.3

SEMAK KENDIRI 8.4

Terangkan kesan-kesan stratifikasi sosial ke atas aspek-aspek berikut:

• Peluang kehidupan

• Gaya kehidupan

Page 22: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 174

 

8.3.1 Sistem Terbuka dan Sistem Tertutup

Sistem stratifikasi berbeza daripada aspek membenarkan individu bergerak masuk atau keluar dari strata tertentu. Individu selalunya bergerak secara menegak ke atas atau ke bawah dalam taraf tertentu atau melintang kepada status yang lain yang berada dalam taraf yang sama. Apabila individu boleh mengubah statusnya dengan mudah, ini disebut sebagai sistem terbuka. Sebaliknya, apabila individu menghadapi kesukaran untuk menukar statusnya, ini dipanggil sebagai sistem tertutup. Status pencapaian (achievement status) adalah terbuka untuk individu atas dasar pemilihannya dan persaingannya sendiri dan ini terdapat dalam sistem stratifikasi yang terbuka. Status berpunca (ascribed status) adalah status yang diberikan kepada individu oleh kumpulan atau masyarakat dan ini biasanya terdapat dalam sistem tertutup. Walaupun tidak ada masyarakat yang keseluruhannya terbuka atau tertutup tetapi di Amerika terdapat contoh terbaik sistem terbuka. Contohnya, Abraham Lincoln seorang hero Amerika. Beliau merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang miskin yang melalui kerja keras telah dapat bergerak keluar daripada rumah pondoknya ke White House. Amerika mencerminkan sebuah masyarakat di mana semua orang boleh mengubah dan memperbaiki kehidupan diri mereka. Amerika bukan dibina di atas dasar semua manusia boleh menikmati status yang sama atau masyarakat tanpa kelas. Sebaliknya, demokrasi memegang kepada prinsip iaitu semua manusia dapat peluang yang sama untuk bergerak ke atas dalam sistem kelas yang mereka berada. Mengikut kepercayaan budaya Amerika, ganjaran dalam kehidupan sosial diberi mengikut merit dan kebolehan dan berapa banyak sumbangan anda kepada masyarakat dan komuniti. Kepercayaan ini menjana peluang untuk manusia menikmati ganjaran yang terdapat dalam masyarakat. Kebanyakan masyarakat Amerika percaya mereka mempunyai peluang untuk maju, mereka mempunyai tahap kehidupan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka dan anak-anak mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya daripada mereka. Walaupun sistem Amerika berdasarkan kepada pencapaian, status berpunca yang berdasarkan kepada kaum, gender, umur dan dimensi sosial yang lain masih mempunyai pengaruh yang penting ke atas peluang pencapaian individu.

SEMAK KENDIRI 8.5

1. Apakah itu mobiliti sosial? 2. Bagaimanakah mobiliti sosial berlaku?

Page 23: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 175

Pengaturan kasta Hindu yang diamalkan di India sebelum 1900 merupakan contoh sebuah sistem tertutup. Di bawah sistem ini, kehidupan individu diuruskan mengikut peraturan yang terdapat dalam castanya yang diwarisi sejak dilahirkan dan ini tidak boleh diubah sepanjang hayatnya. Ahli masyarakat yang berada dalam casta bawahan ini dipandang rendah dan hina, tidak dipedulikan, dan ditindas oleh mereka yang berada dalam casta yang lebih tinggi, tidak kira kebolehan atau tingkahlaku mereka. sehingga hari ini casta masih lagi mencorakkan tingkahlaku setengah pihak terutama merek yang berada di kawasan luar bandar, menentukan peraturan tentang perkahwinan, pemakanan, perumahan, dan pekerjaan. Walau pun terdapat perbezaan yang jelas tentang stratifikasi di antara sistem terbuka dan tertutup, secara praktiknya terdapat beberapa ciri-ciri persamaan di antara kedua-dua casta ini. Di Amerika sistem ketidakadilan kaum mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri yang terdapat dalam sistem casta.

 

8.3.2 Jenis-jenis Mobiliti Sosial  Mobiliti sosial boleh berlaku dalam banyak bentuk. Contohnya, mobiliti boleh berlaku secara menegak atau melintang. Mobiliti menegak melibatkan pergerakan daripada satu status kepada satu status yang lebih tinggi atau rendah. Rakyat Amerika berbeza dalam meletakkan darjat kepada beberapa jenis pekerjaan. Misalnya, seorang juru jual (Jadual 8.1, skor darjat 36) menjadi seorang peguam (skor 75), pergerakan ini melibatkan mobiliti ke atas. Sekiranya, jurujual tersebut menjadi pengumpul sampah (skor 28), perubahan ini melibatkan mobiliti ke bawah. Sekiranya kerani bank (skor 43) mengubah pekerjaannya kepada penjual kereta (skor 43), maka pergerakan ini melibatkan mobiliti mendatar. Mobiliti mendatar melibatkan pergerakan dari satu status sosial kepada satu status sosial yang mempunyai persamaan darjat. Mobiliti ini boleh melibatkan di antara generasi (intergenerational mobility) atau di kalangan generasi (intrageneratinal mobility). Mobiliti di antara generasi melibatkan perbandingan di antara status sosial ibu bapa dan anaknya pada satu ketika dalam kerja masing-masing (contohnya, menilai darjat pekerjaan mereka pada masa umur yang sama). Kajian menunjukkan terdapat kebanyakan minoriti, mungkin juga majoriti rakyat Amerika yang bergerak ke atas dan ke

SEMAK KENDIRI 8.6

Jelaskan perbezaan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup.

Page 24: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 176

bawah sekurang-kurangnya sedikit dalam hireraki kelas setiap generasi. Mobiliti di kalangan generasi pula melibatkan perbandingan status seseorang dalam jangka masa yang panjang. Terdapat limitasi kepada berbagai pengalaman mobiliti manusia. Pergerakan yang kecil adalah lumrah dan pergerakan yang besar jarang berlaku. (a) Mobiliti Sosial dan Pencapaian Status

Apabila ahli sosiologi menyebut tentang mobiliti sosial mereka sering merujuk kepada mobiliti pekerjaan di antara generasi. Mobiliti sosial berlaku akibat daripada perubahan struktur pekerjaan dan ekonomi. Ramai rakyat Amerika menganggap peluang untuk bergerak menaiki status sosial lebih cerah di Amerika berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Sebenarnya, peluang kenaikan status mobiliti di Amerika tidaklah sebaik mana pun, dan dalam setengah kes adalah lebih teruk lagi berbanding dengan negara-negara perindustrain yang lain. Pada umumnya, rakyat Amerika adalah lebih kepada pergerakan mobiliti ke atas daripada ke bawah merintasi generasi. Apakah penyebab kepada tingginya pergerakan ke atas berbanding ke bawah dalam mobiliti sosial di antara generasi di Amerika? • Pertama, perubahan dalam struktur pekerjaan merintas masa: Dengan

perkembangan teknologi maka wujud lebih banyak jawatan dibahagian atas struktur pekerjaan berbanding dengan di bawah.

• Kedua, perbezaan kelahiran anak ada kaitan dengan kelas sosial: Bapa yang bekerja sebagai pekerja kolar putih mempunyai bilangan anak yang kurang berbanding dengan bapa yang bekerja sebagai kolar biru. Keadaan ini memberi ruang untuk mereka yang berkolar putih bergerak ke atas dalam hieraki kelas. Terdapat ramai lelaki yang berpindah ke pekerjaan kolar putih berbanding dengan mereka yang keluar.

(b) Memahami Mobiliti Sosial

Kita boleh lebih memahami mobiliti sosial dengan melihat pencapaian status, yang mengenal pasti proses di mana individu memasuki alam pekerjaan dan mencapai status dalam masyarakat. Dua contoh kajian sosiologi klasik tentang transmisi status dan pencapaian telah menunjuk beberapa faktor yang penting. (i) Pertama, melibatkan kajian yang melihat kepada perkembangan

teknik untuk mempelajari status pekerjaan individu merintasi kitaran hidupnya (Blau & Duncan, 1972). Ini dipanggil sebagai kitaran hidup

Page 25: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 177

sosioekonomi dan melibatkan beberapa tahap, bermula daripada kelahiran ke dalam sebuah keluarga yang mempunyai status sosial yang khusus dan melalui alam kanak-kanak, sosialisasi, persekolahan, mencari pekerjaan, pencapaian dalam pekerjaan, perkahwinan, dan maklumat dan fungsi sebuah unit keluarga yang baru.

(ii) Kedua, berdasarkan kajian ke atas pelajar sekolah menengah atas dan

menjejak perkembangan mereka sehingga mereka lulus daripada sekolah tersebut (Sewell et al., 1970; Sewell & Hauser, 1975).

Kedua-dua kajian mendapati menamatkan persekolahan mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas pencapaian pekerjaan. Status ibu bapa mempunyai pengaruh secara langsung ke atas pencapaian pekerjaan; ini memainkan peranan yang tidak langsung ke atas status pencapaian di sekolah. Satu lagi faktor yang penting ialah perhubungan latar belakang keluarga dengan status semasa dewasa iaitu tahap pencapaian aspirasi yang seseorang itu pelajari bersama keluarganya. Kajian seterusnya menggunakan kajian Sewell dan rakan-rakan dan mendapati pencapaian pekerjaan diperolehi melalui pencapaian pendidikan dan keupayaan kognitif (Warren, Hauser, & Sheridan, 2002). Dalam kajian yang terkini pula, dapatan menunjukkan bahawa sosial yang mewah membawa kepada seseorang itu menamatkan pengajian di kolej sebelum mendapat perkerjaannya yang pertama dan kombinasi ini menghasilkan pendapat yang melonjakkan.

8.3.3 Faktor-faktor Lain Yang Mempengaruhi Pencapaian Status

Terdapat pengkritik yang mengatakan bahawa tidak benar pekerjaan di pasaran terbuka kepada mereka yang mempunyai kedudukan berdasarkan pendidikan dan keupayaan sahaja. Seterusnya kita akan melihat faktor-faktor lain yang berpengaruh ke atas pencapaian status seseorang. (a) Kumpulan Etnik

Satu kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan terdapat perbezaan di antara kanak-kanak lelaki kulit putih dan hitam daripada aspek pencapaian pendidikan (Portes & Wilson, 1976). Dapatan kajian ini menunjukkan latar belakang sosio-ekonomi, keupayaan mental, dan pencapaian akademik di dapati lebih penting untuk pencapaian kanak-kanak kulit putih, sementara harga diri dan aspirasi pelajaran adalah faktor-faktor yang berkaitan dengan kanak-kanak kulit hitam. Begitu juga

Page 26: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 178

ada dapatan kajian yang menunjukkan pendidikan menolong dalam peningkatan pendapatan bagi mereka yang berkulit putih.

(b) Gender

Berikut merupakan beberapa kajian yang berkaitan dengan gender. • Kajian di Britain menunjukkan mobiliti sosial untuk lelaki kulit putih

tidak boleh digeneralisasi kepada kaum wanita (Abbott & Wallace, 1997).

• Walaupun pembahagian pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita dan pembahagian wanita yang bekerja untuk mendapatkan pendapatan telah meningkat, kedua-dua kategori wanita ini masih lagi bekerja sebagai pekerja rutin dan berada di kategori pekerjaan terbawah.

• Begitu juga di Amerika di mana wanita adalah berkemungkinan berada di skala pendapatan yang terbawah dan berkemungkinan tidak akan berada di atas atau bertahan lama berbanding dengan lelaki (Gittleman & Joyce, 1995).

• Anak perempuan berkemungkinan tidak akan mewarisi pekerjaan ayahnya dan berkemungkinan dipengaruhi oleh pekerjaan ibunya berbanding dengan anak lelaki (Hurst, 1998).

• Kaum lelaki pula mendapati pendidikan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian status mereka; manakala untuk kaum perempuan, pendidikan merupakan faktor yang menentukan pencapaian status mereka (Hurst, 1998).

• Kaum wanita lebih dipengaruhi oleh faktor keluarga dan kehidupan berkeluarga berbanding dengan kaum lelaki.

• Kehadiran anak akan mengurangkan mobiliti ke atas untuk wanita berbanding dengan lelaki (Waddoups & Assane, 1993).

(c) Bangsa dan Gender

Bangsa juga ada kaitan dengan gender dalam penentuan pencapaian status. Misalnya, kajian menunjukkan wanita kulit putih di Memphis Amerika, yang dibesarkan dalam keluarga kelas buruh kurang menerima sokongan dan galakkan dalam pencapaian pelajaran dan kerjaya mereka berbanding dengan wanita kulit putih yang dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan dan wanita kulit hitam yang dibesarkan dalam keluarga buruh atau pertengahan (Higginbotham & Weber, 1992). Contohnya, 86%

Page 27: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 179

daripada wanita kulit hitam daripada kelas pertengahan berkata keluarga menyokong mereka ke kolej berbanding dengan 70% wanita kulit putih kelas pertengahan, 64% wanita kulit hitam kelas buruh dan hanya 56% wanita dibesarkan dalam kelas buruh.

(d) Dwi Pasaran Buruh (Dual Labour Market)

Terdapat satu lagi faktor yang menyumbang kepada penentuan individu kepada pelbagai pekerjaan iaitu dwi-pasaran buruh, di mana sektor ekonomi primari atau teras menyediakan „kerja yang baik‰ dan sektor sekunder atau pengiran menyediakan „kerja kurang baik,‰ bergaji rendah, keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan, dan sedikit ruang untuk kenaikan pangkat. Pengambilan untuk kedua-dua sektor ini berbeza, Afrika Amerika, Hispanik, orang asli Amerika, dan wanita mendapat kerja di sektor sekunder.

8.3.4 Mobiliti Sosial di Negara-negara Membangun dan Sedang Membangun

Mobiliti sosial harus dilihat dalam konteks pembangunan sesebuah negara tersebut. Untuk tujuan ini, kita harus membezakan mobiliti sosial di:

• Negara-negara membangun

• Negara-negara sedang membangun

• Negara-negara kurang membangun (a) Negara-negara Membangun

Negara-negara membangun boleh dirujuk sebagai negara-negara perindustrian. Ini termasuk negara Amerika dan Kanada di Utara Amerika; Britain, Perancis, Jerman, Switzerland, dan negara-negara perindustrain lain di barat Eropah; Jepun di Asia; dan Australia dan New Zealand in kawasan Oceania. Walaupun mereka mempunyai perbezaan dalam sistem ekonomi, negara-negara ini adalah kapitalis. Negara-negara ini hanya merangkumi 16% penduduk populasi di dunia tetapi mereka menguasai 31% sumber kekayaan bumi. Kekayaan mereka adalah melimpah sehingga rakyat termiskin mereka masih mempunyai kehidupan yang jauh lebih

AKTIVITI 8.3

Jelaskan jenis-jenis mobiliti sosial yang terdapat dalam masyarakat Malaysia.

Page 28: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 180

baik dan jangka hayat yang lebih panjang berbanding dengan penduduk yang tinggal di negara-negara yang kurang maju.

(b) Negara-negara Sedang Membangun

Negara-negara sedang membangun atau kurang perindustrian termasuk negara-negara yang dahulunya di bawah Soviet Union dan Eropah Timur. Negara-negara ini menguasai 20% kawasan bumi dan 16% penduduk dunia. Perbezaan di antara rakyat negara-negara membangun dan mereka yang berada dalam negara-negara sedang membangun ialah: • Negara-negara sedang membangun mempunyai pendapatan yang

kurang sedikit daripada mereka yang tinggal di negara-negara membangun.

• Kebanyakan penduduk di negara-negara membangun adalah lebih beruntung daripada mereka yang tinggal di negara-negara sedang membangun. Contohnya, kemudahan elektrik, air, pengangkutan, telefon, dan juga makanan.

• Penduduk di negara-negara membangun berkedudukan lebih tinggi daripada mereka di negara-negara sedang membangun. Manakala penduduk di negara-negara sedang membangun adalah lebih tinggi status mereka daripada penduduk di negara-negara kurang membangun.

Faedah daripada perindustrian adalah tidak seimbang. Terdapat bilangan penduduk yang ramai di negara-negara sedang membangun yang masih buta huruf dan tersangat miskin.

(c) Negara-negara Kurang Membangun

Di negara-negara kurang membangun kebanyakan penduduknya adalah petani yang tinggal di kampung. Negara-negara ini merangkumi 49% kawasan bumi dan 68% penduduk dunia. Kebanyakan penduduk ini adalah:

• berpendapatan kurang daripada $1,000 setahun dan ada yang kurang daripada ini.

• tidak mempunyai bekalan air dalam rumah mereka.

• tidak mendapat rawatan daripada doktor bertauliah.

Page 29: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 181

Kemudahan ubat-ubatan moden hanya mengurangkan kematian bayi tetapi tidak mengurang kelahirannya, menyebabkan bilangan penduduk meningkat.

• Manusia dilahirkan ke dalam keluarga yang mempunyai kelas sosialnya tersendiri. Untuk memahami kepentingan kelas sosial, kita perlulah mengetahui tentang stratifikasi sosial dan dimensi-dimensinya.

• Terdapat tiga dimensi stratifikasi sosial iaitu dimensi ekonomi, dimensi kuasa dan dimensi darjat. Ketiga-tiga dimensi inilah yang menentukan kelas sosial seseorang.

• Terdapat kaedah-kaedah yang digunakan untuk menentukan kelas sosial seseorang. Ahli sosiologi menggunakan kaedah objektif, kaedah penempatan kendiri dan kaedah reputasi.

• Terdapat juga faktor-faktor seperti kumpulan etnik, gender dan bangsa yang mempengaruhi kebarangkalian seseorang bergerak merentasi kelas sosial, sama ada menaik atau menurun dalam tahap darjat pekerjaan.

• Stratifikasi sosial juga menentukan sama ada sesebuah negara itu menjadi negara membangun, negara sedang membangun atau negara kurang membangun.

        

Apakah yang mengakibatkan kewujudan tiga jenis negara di dunia?

AKTIVITI 8.4

Page 30: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 182

Darjat pekerjaan

Dimensi darjat

Dimensi ekonomi

Dimensi kuasa

Dimensi stratifikasi sosial

Gaya kehidupan

Implikasi kelas sosial

Kaedah objektif

Kaedah penempatan kendiri

Kaedah reputasi

Kedudukan darjat

Kelas sosial

Mobiliti di antara generasi

Mobiliti di kalangan generasi

Mobiliti sosial

Negara berpendapatan rendah

Negara berpendapatan sederhana

Negara berpendapatan tinggi

Negara kurang membangun

Negara membangun

Negara sedang membangun

Peluang kehidupan

Pencapaian status

Sistem terbuka

Sistem tertutup

Stratifikasi sosial

 

Abbott, P., & Wallace, C. (1997). An introduction to sociology: Feminist perspectives. London: Routledge.

Berstein, A. (2003). Waking up from the American Dream: Dead-end jobs and the

high cost of college could be choking off upward mobility. Business week online Dec.

Blau, P. M., & Duncan, O. D. (1972). The American occupational structure. New

York: John Wiley. Gittleman, M., & Joyce, M. (1995). Earnings mobility in the United States.

Monthly labor review. September 3-11:1967-91. Link, B. G., & Phelan, J. C. (1995). Social conditins as fundamental causes of

disease. Journal of health and social behavior (extra issue).

Page 31: kajian sosial-Stratifikasi dan Mobiliti Sosial

TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL 183

Mirowsky, J., & Ross, C. E. (2003). Education, social status, and health. New York: Aldine de Gruyter.

Portes, A., & Wilson, K. L. (1976). Black-white differences in educational

attainment. American sociological review, 41:414-31. Rank, M. R., & Hirschl, T. A. (2001). Rags or riches? Estimating the probabilities

of poverty and influence across the adult American and affluence across the adult American life span. Social science quarterly, 82(4).

Sewell, W. H., Archiald, O. H., & Ohlendorf, G. W. (1970). The educational and

early occupational status attainment process: Replication and revision. American sociological review.

Sewell, W. H., & Hauser, R. M. (1975). Education, occupation, and earnings:

Achievement in early career. New York: Academic Press. Warren, J. R., Hauser, R. M., & Sheridan, J. T. (2002). Occupational stratification

across the life course: Evidence from the Wisconsin Longitudinal Study. American sociological review.

http://www.census.gov//hhes/income/histinc/histinctb.html