KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah...

23
PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR EXPERIENCE (FYE) DI FAKULTI ALAM BINA, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI SERTA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) IDAYATI BINTI RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah...

Page 1: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR EXPERIENCE (FYE) DI

FAKULTI ALAM BINA, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS

GEOINFORMASI SERTA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM

MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

IDAYATI BINTI RAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan
Page 3: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan
Page 4: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR EXPERIENCE (FYE) DI FAKULTI

ALAM BINA, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

SERTA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

IDAYATI BINTI RAHIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan
Page 6: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

iii

DEDIKASI

Khasnya untuk:

Suami yang dicintai Asrun Afandi bin Mat Saaid

Allahyarham ayahanda yang dikasihi Haji Abdul Rahim bin Haji Kamisan

Bonda yang disayangi Hajah Nengseh binti Haji Saleh

Adik-adik tersayang

Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan .

Kejayaan ini adalah hadiah untuk kalian semua.

Tidak lupa untuk:

Kawan-kawan semua

Khasnya yang terlibat dalam menjayakan kajian ini

Terima kasih di atas segala sokongan & keperihatinan ...

Page 7: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah.... Segala pujian dan syukur kepada Allah S.W.T. dengan limpah dan kurnia-

Nya, Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda.

Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan

ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Tuan Haji Hassan bin Hushin yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan sepanjang tempoh penyediaan Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amatlah dihargai.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada tiga pihak yang sudi untuk

ditemu bual iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Zaki Kamsah, Dekan Pengajian Pra Siswazah, Profesor Megat Mohd Ghazali B Megat Abd. Rahman, Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Dr Dayang Norhayati Abang Jawawi, Penyelaras FYE di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat dan Puan Norizan Salleh, Penolong Pendaftar Pengajian Pra-Siswazah. Segala kerjasama dan maklumat yang diberikan amat dihargai.

Buat rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya di dalam penyelidikan ini diucapkan ribuan terima kasih di atas jasa kalian. Semoga Allah jualah yang membalasnya.

Page 8: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap aktiviti

First Year Experience (FYE); mengenalpasti jenis atau bentuk aktiviti First Year

Experience yang telah dijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan

Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat dan

mengenalpasti perancangan Jawatankuasa First Year Experience dan pihak

Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experience supaya

lebih sistematik dan efisien. Kajian ini melibatkan 254 orang pelajar tahun pertama

di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi dan Fakulti

Sains Komputer dan Sistem Maklumat di Universiti Teknologi Malaysia dengan

menggunakan instrumen kajian soal selidik yang terdiri daripada 20 soalan. Selain

itu, tiga pihak yang terlibat dalam instrumen kajian temu bual yang terdiri daripada

10 soalan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Aspek yang dikaji

adalah tahap persepsi pelajar terhadap program First Year Experience yang

dijalankan. Analisis mengikut item dilakukan dengan menggunakan Statistical

Package Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil kajian mendapati tahap persepsi

pelajar berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min keseluruhan ialah 3.27.

Manakala bagi maklum balas temu bual pula mendapati ketiga-tiga orang responden

bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat,

ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan bengkel. Mereka juga bersetuju

perancangan Jawatankuasa FYE dan pihak PPS dalam pengurusan program FYE

supaya lebih sistematik dan efisien adalah melalui enam pendekatan iaitu Living

Learning Communities, Peer Mentoring, Enhanced First Year Classroom,

Supplemental Instruction & Tutoring, Orientation and Focused First Year

Experience Advising.

Page 9: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

vi

ABSTRACT

This research was conducted to identify the perception of students about

First Year Experience (FYE) activity, identification of type or form of activity that

have been conducted for First Year Experience (FYE) in the Faculty of Built

Environment, Faculty of Geoinformation and Engineering and Faculty of Computer

Science and Information Systems, and identification of The Committee of First Year

Experience and Undergraduate Studies planning towards a more systematic and

efficient First Year Experience management. This research which involved 254 first

year students of Faculty of Built Environment, Faculty of Geoinformation and

Engineering and Faculty of Computer Science and Information System in

Universiti Teknologi Malaysia have adopted the questionnaire instrument which

contains 20 questions. Besides, there are three parties involved in the interview

instrument with 10 questions. Data obtained was analyzed descriptively. Aspects

that have been investigated is the level of student’s perception on previous First

Year Experience program. Statistical Package Social Science (SPSS) version 11.5

was utilized to analyse the data. The result obtained showed that the level of

student’s perception is moderate with an overall mean of 3.27. Whereas, three

respondents from the interview session agreed the program should consist of

briefing, talks, motivation camp, camping and workshop. The respondents also

agreed that Committee of First Year Experience and Undergraduate Studies can

create a more systematic and efficient FYE program by six approaches which are

Living Learning Communities, Peer Mentoring, Enhanced First Year Classroom,

Supplemental Instruction & Tutoring, Orientation and Focused First Year

Experience Advising.

Page 10: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Rasional Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Operasional 10

1.10 Penutup 14

Page 11: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Program First Year Experience (FYE) 15

2.2.1 First Year Experience (FYE) secara umum 15

2.2.2 First Year Experience (FYE) di luar negara 17

2.2.3 First Year Experience (FYE) di UTM 19

2.3 Tinjauan Penulisan dan Kajian Lepas 21

2.3.1 Teori Pembangunan Pelajar 21

2.4 Penutup 24

BAB 3 METADOLOGI

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 29

3.5 Kajian Rintis 30

3.5.1 Kesahan Instrumen Kajian 30

3.5.2 Keboleh Percayaan Instrumen Kajian 31

3.6 Instrumen Kajian 32

3.6.1 Pengumpulan Data Primer 32

3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 35

3.7 Kaedah Analisis Data 35

3.8 Prosedur Kajian 37

3.9 Penutup 37

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Keputusan dan Analisis Data Soal Selidik Bahagian A 41

Page 12: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

ix

4.3 Keputusan dan Analisis Data Soal Selidik Bahagian B 45

4.4 Analisis Temu bual 55

4.5 Penutup 69

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 71

5.3 Rumusan 80

5.4 Cadangan 81

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.6 Penutup 83

BIBLIOGRAFI 84

Page 13: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pelajar tahun pertama sesi 2008/2009 mengikut 4

fakulti

3.1 Taburan responden soal selidik kajian berdasarkan 29

fakulti

3.2 Skala Likert 33

3.3 Item soal selidik 34

3.4 Item temu bual 35

3.5 Pertimbangan yang akan digunakan oleh penyelidik untuk 36

menjawab persoalan kajian yang berkaitan

4.1 Tahap pencapaian berdasarkan skor min 40

4.2 Jadual Skala Likert 40

4.3 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut jantina 41

4.4 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut kursus 42

4.5 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut fakulti 43

4.6 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut kelulusan 44

akademik

4.7 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut tempat 45

tinggal

4.8 Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis 46

kefahaman tentang Program Pengalaman Tahun Pertama

(First Year Experience -FYE)

4.9 Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis 47

Page 14: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

xi

Pengisian Program Pengalaman Tahun Pertama (First Year

Experience -FYE)

4.10 Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis 50

pelaksanaan tentang Program Pengalaman Tahun Pertama

(First Year Experience -FYE)

4.11 Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis aktiviti 52

yang dijalankan dalam Program Pengalaman Tahun Pertama

(First Year Experience -FYE)

4.12 Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis 53

pandangan @ pendapat tentang Program Pengalaman Tahun

Pertama (First Year Experience -FYE) secara umum

4.13 Jadual maklum balas sesi temu bual antara Profesor Madya 64

Dr. Mohd Zaki Kamsah, Dekan Pengajian Pra Siswazah (PPS),

Profesor Megat Mohd Ghazali B Megat Abd. Rahman,

Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan dan Sains

Geoinformasi (FKSG) serta Dr Dayang Norhayati Abang Jawawi,

Penyelaras FYE di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

(FSKSM).

Page 15: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

FYE - First Year Experience

FAB - Fakulti Alam Bina

FKSG - Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

FSKSM - Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

PPS - Pengajian Pra-Siswazah

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

SBC - Sarjana Muda Sains Pembinaan

SBQ - Sarjana Muda Ukur Bahan

SCB - Sarjana Muda Sains komputer- Bioinformatik

SCJ - Sarjana Muda Sains Komputer-Kejuruteraan Perisian

SGU - Sarjana Muda Kejuruteraan-Geomatik

STS - Sangat Tidak Setuju

SP - Sisihan Piawai

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

TDA - Timbalan Dekan Akademik

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 16: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 87

B Jadual temu bual 92

C Surat pengesahan soal selidik daripada 93

Puan Norizan Salleh

D Surat akuan pelajar 94

E Surat Maklumat Pelajar Tahun Pertama di UTM 95

F Analisis kebolehpercayaan Alpha Cronbach 97

Page 17: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Program First Year Experience (FYE) di universiti-universiti luar negara telah

lama diperkenalkan dan dilaksanakan. Program FYE ini dirangka dengan tujuan

membantu pelajar tahun pertama menghadapi masalah yang dihadapi semasa berada di

kampus. Antara isunya adalah berkaitan dengan keluarga, rakan, kewangan, kemahiran

belajar, pengurusan masa, motivasi diri dan juga persekitaran pembelajaran. Ini kerana

kebanyakan daripada pelajar tahun pertama mendapati pembelajaran di universiti adalah

berbeza dengan corak pendidikan semasa di sekolah, M.Z.Kamsah (2005).

Oleh itu, universiti-universiti di luar negara seperti di Amerika Syarikat, United

Kingdom dan Australia bakal menjadikan pengalaman pelajar tahun pertama sebagai

fokus utama di universiti. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti

pertambahan bilangan pelajar, pelebaran universiti dalam latar belakang pelajar, terdapat

pelajar yang menarik diri, pertambahan pelaksanaan dalam teknologi pengajaran dan juga

penyampaian kursus yang fleksibel. Ini merupakan satu perubahan dalam sistem

pendidikan di universiti di mana selama ini pelajar dibiarkan bebas mengikut acuan

sendiri dalam pembelajaran dan kehidupan mereka di kampus. Dengan adanya program

FYE ini, pensyarah akan bukan sahaja berperanan dalam pengajaran tetapi juga

menitikberatkan latar belakang pelajar tahun pertama yang pelbagai. Perhubungan baik

yang terjalin antara pensyarah, pelajar kanan dan pelajar tahun pertama akan merangsang

Page 18: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

2

kepada pembelajaran pelajar tahun pertama seterusnya dapat menyesuaikan diri dengan

kehidupan dan sistem akademik di universiti.

Bagi memastikan program FYE ini berjalan dengan lancar dan berkesan, ada di

antara universiti-universiti luar negara yang menjadikan FYE sebagai subjek yang

menyumbang kepada satu jam kredit. Program-program yang disediakan di antaranya

ialah mengadakan kelas, seminar dan perkhemahan.

Justeru setelah menilai pelaksanaan program FYE ini membawa banyak manfaat

kepada pelajar tahun pertama, pihak pentadbiran di Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) iaitu Dr. Ahmad Kamal Idris, Mantan Dekan Pengajian Pra-Siswazah telah

mengambil inisiatif dengan memperkenalkan program FYE di UTM pada tahun 2006.

Pelaksanaan program FYE adalah mengikut perancangan yang telah diperbincangkan

oleh Jawatankuasa FYE bagi setiap fakulti di UTM. Namun bagi menyediakan program

FYE yang masih baru di Malaysia ini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran adalah

bukan satu kerja yang mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih serta sokongan yang

berterusan daripada pihak pentadbir, Jawatankuasa FYE dan pelajar tahun pertama

sendiri bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Walaupun fakulti-fakulti telah cuba merealisasikan matlamat prgram FYE ini

yang memasuki tahun ketiga dengan bantuan yang diberikan seperti kewangan (sebelum

ini pelajar menyediakan kewangan sendiri manakala sebahagian lagi sumber adalah

sumbangan dari staf akademik sendiri) namun hakikatnya terdapat masalah yang timbul

dalam pelaksanaan program FYE ini.

Page 19: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

3

1.2 Latar Belakang

Kebanyakan pelajar tahun pertama menghadapi kesukaran semasa menyesuaikan

diri dengan kehidupan di kampus sama ada dari segi akademik mahupun kehidupan sosial

mereka, M.Z.Kamsah (2005). Justeru pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), amat

menitikberatkan prestasi pelajar tahun pertama. Pelbagai usaha dijalankan bagi

menambahbaik pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, jati diri dan kemahiran

generik (kemahiran insaniah) kumpulan pelajar tersebut. Oleh itu, pihak fakulti atau

bahagian di UTM telah merancang program First Year Experience (FYE) secara

keseluruhannya menekankan kepada aspek-aspek motivasi, peningkatan kemahiran

belajar, penerapan pengetahuan dan kefahaman tentang Sistem dan Peraturan Akademik

UTM serta kesedaran kerjaya. Wakil dari setiap fakulti (Jawatankuasa FYE) atau

bahagian akan dihantar untuk sama-sama berbincang, bermuafakat dan bertukar-tukar

idea semasa perbincangan atau mesyuarat yang dijalankan. Program-program yang

dirancang akan dikendalikan sendiri oleh pihak fakulti dengan kerjasama daripada

bahagian-bahagian yang berkaitan seperti Unit Bahasa Inggeris, Pusat Kaunseling dan

Kerjaya dengan Pengajian Pra-Siswazah yang bertindak sebagai penyelaras program FYE

(menguruskan tuntutan kewangan).

Oleh itu, kajian ini perlulah dijalankan agar dapat mencari serta mencadangkan

langkah-langkah yang terbaik untuk memantapkan lagi program FYE di UTM. Antara

pendekatan yang digunakan adalah melalui temu bual dan soal selidik. Melalui temu

bual, maklumat yang sebenar akan diperolehi secara langsung daripada beberapa orang

staf akademik yang terlibat dalam program FYE. Sementara, soal selidik pula

berfokuskan kepada pelajar tahun pertama di UTM di mana maklumat yang diperolehi

secara sulit dan akan diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For

Social Science) versi 11.5 for window .

Page 20: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

4

Di UTM, terdapat dua belas buah fakulti yang diwujudkan bagi memenuhi

aspirasi, keperluan dan kehendak negara. Berikut adalah Jadual 1.1 yang menunjukkan

jumlah pelajar tahun pertama di dua belas buah fakulti.

Jadual 1.1: Pelajar tahun pertama sesi 2008/2009 mengikut fakulti Bil Fakulti Jumlah

1 Fakulti Alam Bina 233

2 Fakulti Kejuruteraan Awam 217

3 Fakulti Kejuruteraan Elekktrik 290

4 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 327

5 Fakulti kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli 323

6 Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi 247

7 Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan 26

8 Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan 48

9 Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia 352

10 Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat 278

11 Fakulti Sains 361

12 Fakulti Pendidikan 110

Jumlah 2812

Sumber : Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik) Oleh itu, atas saranan daripada Penolong Pendaftar Pengajian Pra-Siswazah Puan

Norizan Salleh, kajian ini dijalankan di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Alam Bina, Fakulti

Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem

Maklumat. Ini adalah kerana ketiga-tiga buah fakulti tersebut merupakan di antara

fakulti yang aktif melaksanakan program FYE.

Terdapat lima program yang ditawarkan di Fakulti Alam Bina iaitu :

1. Sarjana Muda Sains Pembinaan.

2. Sarjana Muda Ukur Bahan.

Page 21: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

5

3. Sarjana Muda Seni Bina.

4. Sarjana Muda Seni Bina Landskap.

5. Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah. Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi pula menawarkan lima program

iaitu : 1. Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik).

2. Sarjana Muda Sains (Geoinformatik).

3. Sarjana Muda Sains (Remote Sensing).

4. Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah).

5. Sarjana Muda Sains (Pembangunan dan Pentadbiran Tanah). Terdapat lima program yang ditawarkan oleh pihak Fakulti Sains Komputer dan

Sistem Maklumat iaitu :

1. Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Maklumat).

2. Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer dan Komunikasi).

3. Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).

4. Sarjana Muda Sains Komputer (Industrial Computing).

5. Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia).

6. Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinformatik).

1.3 Pernyataan Masalah

Walaupun perjalanan pengurusan berjalan mengikut yang dicadangkan, isu

pelaksanaan program FYE di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini telah

mengundang beberapa persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh beberapa pihak

mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Ini kerana pertambahan mahupun

perancangan sesuatu aktiviti dalam program FYE bagi pelajar tahun pertama adalah di

bawah tanggungjawab Jawatankuasa FYE di setiap fakulti di UTM. Sejajar dengan itu,

adakalanya wakil yang dihantar oleh setiap fakulti ibarat melepas batuk di tangga.

Page 22: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

6

Pemilihan wakil tersebut sering bertukar, tidak konsisten dan acapkali tidak

menyampaikan maklumat yang diperolehi melalui perbincangan kepada ahli

Jawatankuasa FYE yang lain. Selain itu, walaupun semasa merancangkan sesuatu

program FYE, Jawatankuasa FYE mempunyai suatu prinsip bahawa program yang

dijalankan perlulah untuk faedah pelajar tahun pertama. Namun, pelarasan bagi setiap

program yang dicadangkan adalah berbeza dan tidak selaras di antara fakulti-fakulti di

UTM. Promosi-promosi yang dijalankan untuk program tersebut pula adalah tidak

meluas dan sekata. Terdapat pelajar yang tidak tahu tentang program-program FYE yang

dijalankan. Selain itu, pelaksanaan program FYE menjadi kurang berkesan kerana

penguatkuasaan terhadap program yang dijalankan kurang efektif walaupun pelajar tahun

pertama menyedari program tersebut merupakan aktiviti wajib bagi mereka. Ini

menyebabkan ramai pelajar yang tidak ambil kisah.

Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang

berkaitan dengan pelaksanaan program First Year Experience (FYE) di Fakulti Alam

Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan

Sistem Maklumat. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar

terhadap aktiviti First Year Experience di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan

Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, mengenalpasti

jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telah dijalankan di Fakulti Alam

Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan

Sistem Maklumat dan mengenalpasti perancangan Jawatankuasa First Year Experience

dan pihak Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experience

supaya lebih sistematik dan efisien.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap aktiviti First Year Experience di

Page 23: KAJIAN TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR … · bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan

7

Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti

Sains Komputer dan Sistem Maklumat.

1.4.2 Mengenalpasti jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telah

dijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat.

1.4.3 Mengenalpasti perancangan Jawatankuasa First Year Experience dan pihak

Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experience supaya

lebih sistematik dan efisien.

1.5 Persoalan Kajian

Untuk mencapai matlamat kajian ini, maka persoalan yang berkaitan ialah:

1.5.1 Apakah tahap persepsi pelajar terhadap aktiviti First Year Experience di

Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti

Sains Komputer dan Sistem Maklumat?

1.5.2 Apakah jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telah

dijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat?

1.5.3 Apakah perancangan Jawatankuasa First Year Experience dan pihak Pejabat

Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experience supaya

lebih sistematik dan efisien?