Kajian tindakan
-
Upload
desmond-chicharito -
Category
Documents
-
view
4.099 -
download
11
Transcript of Kajian tindakan
KPD 3026
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN II
KUMPULAN B
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
NAMA : DESMOND BAOK ANAK BUDA
NO MATRIK : D20091034633
PENSYARAH : EN. OMAR HISHAM BIN
MOHD BAHARIN
0
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1. Penghargaan 2
2. Pengenalan
Tajuk kajian
Nama penyelidik
Nama sekolah
Abstrak
3
3. Refleksi pengajaran lalu - kelemahan 4 - 5
4. Isu keprihatinan 5
5. Objektif kajian:
Objektif am
Objektif khas
6
6. Metodologi kajian 7 - 9
7. Pelaksanaan kajian 10 - 18
8. Cadangan kajian seterusnya 19
9. Bibliografi 20
10 Lampiran 21 - 22
1
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan keberkatannya saya
berjaya menyiapkan laporan kajian tindakan ini dengan jayanya dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah subjek KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran II
Encik Omar Hisham bin Mohd Baharin di atas kesudiaan beliau membantu saya serta
rakan- rakan yang lain sepanjang proses menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar beliau, proses menyiapkan laporan kajian tindakan ini akan
mengambil masa yang lama. Tidak dilupakan juga kepada pihak Universiti yang telah
menyediakan segala kemudahan dan fasiliti yang mencukupi dalam menjayakan kajian
tindakan ini.
Walaupun secara tidak langsung, rasa terima kasih juga saya ucapkan kepada
ibu bapa di kampung yang telah membantu dari segi kewangan dan juga setiap
dorongan yang mereka berikan kepada saya. Tanpa mereka, saya tidak dapat membeli
segal peralatan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan pada kali ini. Pelbagai ilmu
baru telah saya perolehi sepanjang menyempurnakan laporan kajian tindakan ini.
Tambahan pula, ianya juga sebagai persediaan untuk saya mengajar dengan lebih
baik pada masa akan datang dengan mengetahui setiap kelemahan saya sewaktu
pengajaran mikro ini.
Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan di atas segala pertolongan dan
tunjuk ajar kalian selama ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua.
2
PENGENALAN
Pada semester ini, saya telah mengambil kursus KPD 3026 Pengajaran
Teknologi dan Penaksiran II yang berjumlah 6 jam nilai kredit. Kursus ini memerlukan
saya untuk melakukan pengajaran mikro. Oleh itu, saya perlu mengkaji tentang
kelemahan yang ada semasa saya melakukan pengajaran mikro tersebut terhadap
rakan- rakan satu kursus di dalam kumpulan yang sama. Kelemahan yang ada pada
pengajaran mikro yang pertama itu perlu saya perbaiki bagi tujuan penambahbaikan
untuk pengajaran mikro kali kedua.
TAJUK KAJIAN : Penggunaan kaedah perkaitan dan bahan bantú mengajar di
dalam proses pengajaran bagi menarik minat dan seterusnya
membangkitkan rasa ingin tahu pelajar dalam mata pelajaran
sains pertanian.
NAMA PENYELIDIK : Desmond Baok Anak Buda
NAMA SEKOLAH : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
ABSTRAK.
Kajian tindakan ini dijalankan ke atas pelajar semester 6 yang mengambil
jurusan sains pertanian dan yang sedang mengikuti kursus KPD3026 Pengajaran,
Teknologi dan Penaksiran II. Seramai 20 orang respondan terlibat di dalam
melaksanakan proses kajian ini. Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah
bagi mengaplikasikan kaedah perkaitan dan bahan bantu mengajar di dalam proses
pengajaran bagi menarik minat dan seterusnya membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
di dalam mata pelajaran sains pertanian.
Kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui respon dan tumpuan para pelajar di
dalam kelas semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
respondan para pelajar di dalam senarai semak yang telah diedarkan, maka kelemahan
yang ada akan diperbaiki semasa proses pengajaran kali yang kedua.
3
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU
Kelemahan.
Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah saya edarkan semasa
menjalankan mikro pengajaran, saya dapati bahawa saya lemah dalam menggunkan
teknik yang menyeronokkan di dalam proses pengajaran. Hal ini menyebabkan
pengajaran yang saya lakukan pada hari tersebut menjahdi tidak menarik dan tahap
motivasi para pelajar berada di paras yang rendah. Saya juga kurang menyelitkan
unsur-unsur lawak di dalam pengajaran membuatkan para pelajar menjadi bosan
mendengar dan memberi perhatian semasa saya tengah mengajar.
Selain itu, pergerakan badan atau body language saya juga lemah pada ketika
itu. Ini kerana pergerakan saya hanya tertumpu di bahagian hadapan kelas sahaja.
Perkara seperti ini membuatkan saya seakan-akan tidak mengambil perhatian
terhadap para pelajar yang duduk di bahagian belakang. Para pelajar yang tidak diberi
perhatian sepenuhnya mudah hilang semangat untuk belajar dan perkara seperti ini
boleh merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan yang seterusnya adalah saya lemah dalam membangkitkan rasa
ingin tahu pelajar di dalam kelas pada hari tersebut. Disebabkan perkara ini,
penglibatan para pelajar kurang semasa saya tengah menjalankan proses mikro
pengajaran. Fokus sebenar pengajaran yang dijalankan pada hari tersebut juga tidak
sepenuhnya sebaliknya saya lebih membiarkan para pelajar menjana idea sendiri
tanpa bimbingan dan galakan yang sepatutnya.
Antara kelemahan lain yang terdapat pada sesi pengajaran mikro saya adalah
persediaan yang saya buat memang tidak memenuhi kriteria penilaian yang hendak
dibuat. Di samping rasa gugup dan kurang yakin merencatkan sedikit suasana
pengajaran pada hari tersebut. Kejelasan suara juga tidak begitu memuaskan.
Walaupun tidak begitu menarik, pengajaran yang saya lakukan berjalan dengan lancar
dan tiada masalah yang tidak diingini berlaku.
Selain Itu juga, saya terlupa untuk memberi tahu para pelajar tentang objektif
pembelajaran pada hari tersebut dan sepatutnya saya perlu memberitahu objektif
4
tersebut kepada para pelajar agar para pelajar dapat gambaran yang lebih jelas lagi
berkenaan tajuk yang akan disampaikan.
2.0 ISU KEPRIHATINAN.
Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah saya kaji, masalah utama
saya hanya tertumpu kepada elemen mewujudkan motivasi iaitu teknik yang
menyeronokkan dan membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar. Hal ini
kerana, pada masa pengajaran mikro dijalankan saya tidak menggunakan teknik yang
sesuai dengan suasana kelas pada ketika itu. Perkara seperti ini menyebabkan para
pelajar susah untuk mengikuti perkembangan pengajaran yang saya lakukan
seterusnya membawa kepada kegagalan dalam membangkitkan rasa ingin tahu para
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Bagi menarik minat dan menambat hati para pelajar, saya haruslah
menggunakan teknik yang menyeronokkan dalam pengajaran di samping membantu
membangkitkan rasa ingin tahu yang ada pada para pelajar. Terdapat pelbagai kaedah
dan cara yang boleh diaplikasikan di dalam kelas sewaktu pengajaran dijalankan.
Antaranya ialah menggunakan kaedah perkaitan dengan menggunakan contoh abstrak
yang terdapat di sekeling para pelajar. Sebagai contoh, menggunakan benda yang
sinonim dengan pelajar iaitu pen, buku, beg dan sebagainya. Dengan cara ini, pelajar
mudah tertarik dengan pengajaran yang dilakukan di samping dapat menolong
membangkitkan rasa ingin tahu yang terdapat di dalam diri pelajar. Dengan
menggunakan teknik pengajaran seperti ini, sudah semestinya apa yang hendak
disampaikan oleh guru dapat diterima dengan mudah oleh para pelajar. Selain itu,
proses pengajaran juga berlangsung dengan lancar dan terkawal. Hal ini akan dapat
menarik fokus pelajar untuk memberi perhatian terhadap apa yang hendak saya
sampaikan di dalam kelas. Tambahan pula, saya berharap dengan cara ini saya dapat
meningkatkan lagi kefahaman pelajar saya sehingga mereka mahir dalam tajuk ini.
5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.
3.1OBJEKTIF AM
- Meningkatkan peratusan lulus di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malayasia (SPM) bagi subjek Sains Pertanian sekolah di peringkat negeri.
3.2OBJEKTIF KHAS
- Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran sains
pertanian.
- Meningkatkan rasa ingin tahu para pelajar semasa belajar mata pelajaran
sains pertanian.
- Membantu para pelajar untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam
peperiksaan akhir tahun.
- Mengubah pandangan para pelajar agar mereka tidak merasakan lagi mata
pelajaran sains pertanian adalah subjek yang membosankan.
6
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah:
1. Pemerhatian
2. Eksperimen
- Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah berdasarkan rekabentuk
kajian Bassey (1998) dan Hand (2001) yang mana terdiri daripada
lima peringkat.
Peringkat pertama:
- Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian ( Define the
problem and frame research questions).
- Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian
hendaklah dirangkakan.
Peringkat kedua:
- mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah
pengajaran boleh diubah (collect data and decide how teaching could
be changed).
- pada peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas
kepada data tersebut untuk mengenalpasti bagaimana perubahan
pengajaran dapat memberikan kesan. Kejian terhadap subjek
pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat
dibuat dalam mengenalpasti tindak balas.
Peringkat ketiga:
- laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the
selected changes to teaching).
- perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan
refleksi akan dilaksanakan.
7
Peringkat keempat:
- Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (monitor and
evaluate the changes made)
- Kajian tindakan boleh diterjemahkan dalam pelbagai maksud
termasuk menyimpan nota mesyuarat, perbincangan-perbincangan
staf, temuduga dan soalan kajiselidik.
Peringkat kelima:
- melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian
mengulang semula kitaran jika perlu ( Review and reflect upon the
changes. Repeat cycle if necessary).
4.2 SASARAN.
- Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar yang mengambil subjek KPD3026
kumpulan B yang terdiri daripada 18 orang pelajar Melayu dan 2 orang
pelajar bangsa lain- lain.
4.3 PENGUMPULAN DATA ATAU INSTRUMEN
4.3.1 Pemerhatian
- Pengumpulan data adalah melalui kaedah pemerhatian melalui
senarai semak iaitu senarai semak Para dan senarai semak Pos.
Satu set instrumen kajian telah dibina, yang mengandungi 14 items
dan dibahagikan kepada empat subskala bagi mengukur amalan
pengajaran yang berkesan terhadap pengajaran guru pada hari
tersebut. Borang senarai semak ini berbentuk skala Likert empat
poin yang skala 1 kurang baik, skala 2 bermaksud sederhana,
skala 3 bermaksud baik dan skala 4 adalah sangat baik. Para
pelajar hanya perlu menanda pada kotak- kotak nombor yang
8
dipilih dan dipersetujui. Bagi menentukan kesahan dalaman dan
kebolehpercayaan, ítem- ítem dalam subskala borang senarai
semak ini akan dianalisis dengan terperinci.
4.3.2 Temubual melalui soalan.
- Soalan:
1. Adakah teknik pengajaran yang saya guna menyeronokkan?
2. Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu membangkitkan
rasa ingin tahu anda?
3. Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses pengajaran saya
berlangsung?
4. Adakah bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat membantu
kamu memahami subtopik ini?
5. Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya perbaiki di
masa akan datang?
4.4 BATASAN KAJIAN.
- Batasan kajian hanya terhad pada set induksi sahaja
9
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.
5.1Tinjauan masalah.
- Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat melalui tiga peringkat
pemerhatian iaitu melalui borang senarai semak pra dan pos serta
temubual.
5.1.1 Pemerhatian sebelum (senarai semak pra)
Saya telah membuat pengajaran mikro dan semua pelajar saya telah
membuat pemerhatian terhadap pengajaran mikro yang telah saya lakukan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan
selepas kajian. Pemerhatian ini juga dibuat berdasarkan borang senarai
semak yang telah saya berikan satu setiap orang. Semasa pengajaran
dilakukan, saya dapati bahawa para pelajar mula menjadi bosan dan hilang
tumpuan terhadap apa yang cuba saya sampaikan. Setelah menganalisis
borang senarai semak, saya dapati bahawa teknik pengajaran yang saya
gunakan di dalam kelas tidak menyeronokkan.
5.1.2 pemerhatian selepas (senarai semak pos)
Setelah menjalankan pengajaran mikro kali kedua dan menganalisis borang
senarai semak, saya dapati semua respon yang diberikan oleh para pelajar
terhadap pengajaran yang saya lakukan sangat positif dan terdapat banyak
peningkatan. Selain itu, saya juga turut merakam sesi pengajaran mikro kali
kedua ini sebagai rujukan saya dalam membuat analisis pengajaran. Hal ini
menunjukan bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan mampu menarik
perhatian pelajar dan mereka berasa seronok mengikuti perkembangan
pengajaran yang saya lakukan. Di samping itu, saya juga telah berjaya
memotivasikan para pelajar dengan meningkatkan rasa ingin tahu yang ada
dalam diri mereka. Tambahan pula, dalam pengajaran kali ini saya mampu
10
mengawal keadaan kelas dan memberi arahan kepada pelajar agar
mengangkat tangan jika hendak menjawab soalan yang saya kemukakan.
5.1.3 Temubual.
Saya telah menemubual dua orang pelajar secara rawak dan hasil daripada
temubual yang saya jalankan didapati bahawa teknik pengajaran yang saya
gunakan sememangnya tidak menyeronokkan dan saya juga gagal dalam
membangkitkan rasa ingin tahu yang ada dalam diri pelajar yang saya ajar.
5.2 Analisis tinjauan masalah.
5.2.1 Analisis pemerhatian.
Setelah menganalisis borang penilaian yang telah saya edarkan sebelum
bermulanya pengajaran mikro, saya dapati kelemahan yang paling ketara
yang saya lakukan adalah dari segi teknik pengajaran. Melalui analisis
borang penilaian ini ternyata teknik pengajaran yang saya gunakan tidak
menyeronokkan. Sebanyak 55% sahaja yang memberi penilaian positif
manakala 45% memberi penilaian yang tidak memuaskan.
11
JUMLAH BILANGAN, PERATUSAN DAN PURATA PELAJAR UNTUK
MENGETAHUI KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Analisis borang senarai semak pra (mikro 1)
Bil. Komponen Kemahiran Baik
(bilangan)
Baik
(%)
Purata
1.Menarik Perhatian.
Nada suara.
Penggunaan bahan bantu mengajar.
Pergerakan badan (body language).
15
18
12
75
90
6075%
2. Mewujudkan Motivasi.
Membangkitkan rasa ingin tahu.
Teknik yang menyeronokkan.
Soalan yang berkaitan dengan topik
pembelajaran.
13
11
14
65
55
7063%
3. Membuat Perkaitan.
Perkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada.
Perkaitan dengan isi pembelajaran baru.
Perkaitan dengan minat dan pengalaman
murid.
15
17
14
75
85
70
77%
4. Menstrukturkan
Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan.
Mengemukakan soalan yang berkaitan.
Menyatakan had tugasan.
15
14
13
75
70
65
70%
12
Analisis borang senarai semak pos (mikro 2)
Bil. Komponen Kemahiran Baik
(bilangan)
Baik
(%)
Purata
1.Menarik Perhatian.
Nada suara.
Penggunaan bahan bantu mengajar.
Pergerakan badan (body language).
19
16
16
95
80
8085%
2. Mewujudkan Motivasi.
Membangkitkan rasa ingin tahu.
Teknik yang menyeronokkan.
Soalan yang berkaitan dengan topik
pembelajaran.
19
19
20
95
95
10097%
3. Membuat Perkaitan.
Perkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada.
Perkaitan dengan isi pembelajaran baru.
Perkaitan dengan minat dan pengalaman
murid.
20
20
20
100
100
100
100%
4. Menstrukturkan
Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan.
Mengemukakan soalan yang berkaitan.
Menyatakan had tugasan.
20
20
13
100
100
65
88%
ANALISIS GRAF UNTUK BORANG SENARAI SEMAK PRA ( MIKRO 1)
13
menarik perhatianmewujudkan motivasi
membuat perkaitanmenstrukturkan
0
10
20
30
40
50
60
70
80
mikro pengajaran 1
ANALISIS GRAF UNTUK BORANG SENARAI SEMAK POST ( MIKRO 2)
14
menarik perhatian mewujudkan motivasi membuat perkaitan menstrukturkan75
80
85
90
95
100
mikro pengajaran 2
5.3 Tindakan Yang Dijalankan.
15
1) Saya telah menggunakan kaedah perkaitan dalam memulakan sesi pengajaran
pada kali ini. Sebelum masuk ke topik yang diajar, saya telah menyuruh pelajar
mengeluarkan sebatang pen dan meminta mereka untuk memberikan jawapan
apakah komponen yang membentuk sebatang pen tersebut menjadi lengkap.
2) Saya telah menggunakan kad manila yang telah saya lukiskan carta pai mengenai
topik yang akan diajar tetapi tidak menyatakan tajuk. Saya telah meminta para
pelajar untuk meneka apakah tajuk yang mereka akan pelajari berdasarkan carta pai
tersebut.
5.4 Jadual Perlaksanaan Pengajaran Mikro.
Jadual Perlaksanaan.
BIL. AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN
1.Mengenalpasti masalah dan pengumpulan
data awal.
3 MAC 2012
2. Menulis kertas cadangan/ proposal. 8 MAC 2012
3. Merancang tindakan. 8 MAC 2012
4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 14 MAC 2012
5. Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan 1.
14 MAC 2012
6. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 14 MAC 2012
7. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan
data awal.
16 MAC 2012
8. Menulis proposal kajian tindakan 20 MAC 2012
9. Merancang tindakan. 24 MAC 2012
10. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 9 MEI 2012
11. Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan 1.
9 MEI 2012
12. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 9 MEI 2012
16
13. Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan 2.
10 MEI 2012
14 Ujian untuk mengesan pencapaian murid. 10 MEI 2012
15 Refleksi kajian. 28 MEI 2012
16 Menulis laporan kajian. 29 MEI 2012
17 Pembentangan dapatan kajian. 30 MEI 2012
5.5 Kos Yang Diperlukan.
Kos Kajian.
BIL. JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS
1. Buku catatan guru 1 RM2.00 RM2.00
2. Bahan bantu
mengajar (BBM)
- - RM10.00
3. Fotostat bahan dan
laporan kajian
tindakan
- - RM13.00
JUMLAH RM25.00
5.6 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian.
17
Kajian tindakan ini telah dijalankan dalam masa 9 minggu kuliah. Kajian tindakan
yang saya lakukan ini hanya tertumpu kepada set induksi untuk satu subtopik
sahaja. Masa yang saya peruntukkan untuk menjalankan kajian ini hanyalah 5 minit
sahaja memandangkan kemahiran pengajaran yang saya pilih adalah set induksi
sahaja. Para pelajar telah membuat pemerhatian melalui borang senarai semak
pos beberapa minggu selepas pemerhatian melalui borang senarai semak pra.
Tujuan penggunaan senarai semak pra adalah untuk mengenalpasti di manakah
kelemahan saya dan senarai semak pos pula adalah untuk melihat perubahan yang
berlaku setelah saya menjalankan pengajaran untuk kali kedua. Selain itu, tujuan
saya mengedarkan borang senarai semak ini adalah untuk melihat sejauh mana
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan di
dalam kelas.
5.7 Refleksi Kajian.
Berdasarkan jadual analisis bagi kaedah pemerhatian melalui borang senarai
semak pra dan pos yang telah saya edarkan, saya mendapati bahawa terdapat
peningkatan yang ketara dalam aspek mewujudkan motivasi. Tambahan pula, cara
pengajaran yang saya gunakan telah meningkat peratusannya sebanyak 40%. Hal
ini menunjukkan bahawa saya berhasil menggunakan teknik pengajaran yang
menyeronokkan. Ternyata kaedah perkaitan yang saya gunakan semasa
memulakan sesi pengajaran mampu menarik minat dan menambat hati para
pelajar. Selain itu, bahan bantu mengajar yang saya gunakan juga telah membantu
para pelajar dalam menjana idea seterusnya membawa kepada penglibatan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya.
18
Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian ini, beberapa
cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
1. Menyatakan objektif pembelajaran, kandungan keseluruhan topik pembelajaran
dan tugasan yang akan dijalankan pada sesi pengajaran dengan lebih jelas dan
terperinci.
2. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
suasana persekitaran sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan
pembelajaran.
3. Membiasakan diri dengan menggunakan bahan bantu mengajar sebagai
maklumat tambahan dan juga sebagai nota sokongan dalam menjalankan
proses pengajaran.
4. Membiasakan diri menganggap pelajar sebagai kawan bagi memudahkan
proses komunikasi berlaku dengan lancar dan seterusnya membawa kepada
pengawalan kelas sepenuhnya oleh guru.
5. Menggunakan tutur kata yang standard bagi memudahkan para pelajar untuk
memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.
7.0 Bibliografi.
19
1. Creative Thinking (2009). Diperoleh pada Mei, 28 2012 daripada
http://gb5023researchaction.wordpress.com/2009/10/29/tugasan-kelas-
model-kajian-tindakan/.
2. Creative thinking (2008). Diperoleh pada Mei, 28 2012 daripada
http://kajiantindakanpontian.blogspot.com/2008/10/contoh-laporan-kajian-
tindakan.html.
8.0 Lampiran.
20
Borang senarai semak.
Nama: Desmond Baok Anak Buda
Nombor matrik: D20091034633
BORANG PENILAIAN BIMBINGAN KEMAHIRAN SET INDUKSI
Tahun: ……………………… Mata pelajaran: …………………………………..
Tarikh: ………………………………..
Tandakan ( / ) dalam ruangan yang berkenaan.
Baik ( 2 ), Lemah (1 )
Bil Komponen kemahiran 1 2
1. Menarik perhatian
Nada suara
Penggunaan bahan bantu mengajar
Pergerakan badan
2. Mewujudkan motivasi.
Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik menyeronokkan
Soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran
3. Membuat perkaitan.
Perkaitan dengan pengetahuan sedia ada
Perkaitan dengan isi pembelajaran baharu
Perkaitan dengan minat dan pengalaman murid
4. Menstrukturkan
Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan.
Mengemukakan soalan yang berkaitan
Menyatakan had tugasan yang dijalankan
Temubual bersama pelajar :
21
Cikgu (Desmond): Adakah teknik pengajaran yang saya guna menyeronokkan?
Pelajar (Afiq) : Pada pendapat saya, teknik pengajaran yang cikgu gunakan agak
kurang menarik dan membosankan.
Cikgu (Desmond): Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu
membangkitkan rasa ingin tahu anda?
Pelajar (Afiq) : Saya rasa tidak kerana teknik yang cikgu gunakan tidak memberi
sebarang idea kepada saya untuk menyertai sesi pembelajaran.
Cikgu (Desmond): Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses
pengajaran saya berlangsung?
Pelajar (Afiq) : Cikgu tidak bergerak ke arah belakang kelas semasa mengajar.
Selain itu, cikgu juga tidak memberi peluang kepada setiap
orang untuk menjawab soalan cikgu dengan mengikut
giliran
Cikgu (Desmond) : Adakah bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat
membantu kamu memahami subtopik ini?
Pelajar (Afiq) : Saya rasa bahan bantú yang cikgu sediakan agak baik dan sedikit
sebanyak dapat membantu saya untuk mengikuti perkembangn
pembelajaran.
Cikgu (Desmond) : Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya
perbaiki di masa akan datang?
Pelajar (Afiq) : Pada pendapat saya, cikgu haruslah menggunakan teknik yang
lebih baik, banyakkan bergerak ke arah palajar dan memberi
peluang kepada setiap pelajar untuk melibatkan diri di dalam
pengajaran yang cikgu jalankan.
22