KAJIAN TINDAKAN
Transcript of KAJIAN TINDAKAN
NOR NADIYA BINTI AHMAD ZAINI
D20101037075
SET INDUKSI
Berdasarkan komen yang telah diberikan oleh pensyarah pada sesi penyeliaan pertama ialah cara guru memulakan sesi pengajaran boleh diterima, namun perlu lebih kreatif. Ketika seliaan pertama, saya telah memulakan sesi permulaan atau induksi set dengan meminta seorang murid untuk datang ke hadapan secara sukarela dan berlakon berkaitan dengan simpulan bahasa dan meminta murid lain untuk meneka situasi tersebut.
REFLEKSI PENGAJARAN LALU
Apabila melihat kembali komen-komen yang diberikan oleh pensyarah ketika menilai bagi seliaan pertama dan kedua, saya masih melihat bahawa kelemahan yang dipaparkan juga turut menyentuh aspek induksi set. Justeru itu, saya harus lebih menitikberatkan induksi set dengan mencari pelbagai jenis dan aspek yang perlu dipelajari sebelum memilih induksi set yang dapat menarik minat murid didalam kelas.
ISU KEPRIHATINAN
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
APAKAH INDUKSI SET?
PENGENAL
AN
•Guru menfokuskan minda murid
•Perkara-perkara yang sedia ada dalam minda mereka,diubah kepada hanya satu perkara
PELAKSANAAN
•Guru mengemukakan soalan-soalan kepada murid
•Jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin diajar
PENUTUP
•Hendaklah menyatakan kepada murid apakah objektif yang telah disediakan
•Garis panduan di minda murid supaya mereka boleh mengetahui apakah yang dikehendaki guru hasil daripada pengajaran
BAHAGIAN SET INDUKSI
a) Memastikan induksi set yang digunakan menarik minat
murid.
b) Mengenal pasti teknik yang digunakan guru ketika
menyampaikan induksi set.
OBJEKTIF
MERANCANG
Masa kajian
Murid yang terlibat
Kemahiran fokus
Kaedah pengajaran
Alat bantuan mengajar
Alat yang digunakan
untuk memungut
data
Perancangan pengajaran
PELAKSANAAN KAJIAN
Gelungan 1
MELAKSANA
Proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti yang telah dirancangkan dalam rancangan pengajaran harian. Pensyarah yang menyelia saya pada ketika itu ialah Dr Seri Lanang Jaya Bin Rohani telah melaksanakan seliaan bagi kali kedua. Beliau telah duduk dibahagian belakang murid iaitu ditengah dan berhadapan dengan papan putih.
MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN MENCERAP
ANALISIS DAN REFLEKSI
Berdasarkan pemerhatian saya,ketika permulaan kelas juga saya telah bertanyakan pendapat keseluruhan murid mengenai pengetahuan mereka berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Masing-masing sibuk memberikan jawapan. Ketika itu juga, saya memberikan perhatian kepada setiap murid dengan meminta satu persatu jawapan dari beberapa orang murid. Kelihatan masing-masing berpuas hati dengan situasi tersebut dan saya meminta mereka yang lain turut menyenaraikan jenis permainan yang masih belum disebut oleh rakan mereka sebelum ini. Kelihatan keadaan kelas menjadi lebih ceria dan menarik dengan perkongsian jawapan masing-masing.
KOMEN PENYELI
A
KOMEN GURU PEBIMBING
Berdasarkan komen yang diperolehi pada seliaan kedua, saya masih lagi beranggapan bahawa saya masih perlu untuk memperbaiki dan menjadikan induksi set lebih kreatif dan sekaligus dapat menarik minat murid-murid sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran.
Saya berharap juga, penggunaan paparan video dan penggunaan komputer dapat diaplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas bagi menarik lagi minat murid.
APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?
Induksi set adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak didampaikan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik sesuai untuk menyampaikan induksi set atau permulaan pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya.
RUMUSAN
RUJUKAN
Ee Ah Meng. (1987). Pedagogi untuk bakal guru.Petaling Jaya : Fajar Bakti
Mok Song Sang. (2001). Psikologi pendidikan untuk kursus diploma perguruan semester I. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
http://cikguonline.com/index.php? showtopic=258 http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn.pnp/pro transisi/ptgp_unit4b.pdf Miri, B., David, B.C., & Uri, Z. (2007). Research in science education [Electronic version]. Purposely teaching for the
promotion of higher-order thinking skills: a case of critical thinking. Diperoleh pada Februari 14, 2008 daripada Springer Science Business Media, Inc. 2007.
Nachiappan S., Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Siri pendidikan guru psikologi pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari. (1997). Prinsip pengajaran mikro. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Portal Pendidikan Utusan Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (2004). Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise. Siti Zamani Thamby (2008). Pengajaran kemahiran berfikir secara kritis di kalangan guru terlatih : pembinaan rancangan
pengajaran kemahiran berfikir secara kritis (kbk) dalam pengajaran sains. Kajian penyelidikan yang diterbitkan. Diperolehi pada Februari 15, 2008 daripada http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/ sains.htm