KAJIAN TINDAKAN

4
SMK IDEAL HEIGHTS BUKIT IDAMAN 68100 BATU CAVES SELANGOR KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2011 TAJUK: MENGATASI MASALAH PENGIRAAN DALAM FIZIK YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN ‘PREFIXES’ OLEH: PUAN FEDYA FITHRI MOHD BAKRI CIK AYUNI KELOLAAN: PANITIA FIZIK BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

Transcript of KAJIAN TINDAKAN

Page 1: KAJIAN TINDAKAN

SMK IDEAL HEIGHTSBUKIT IDAMAN

68100 BATU CAVESSELANGOR

KERTAS CADANGAN

KAJIAN TINDAKAN

2011

TAJUK:MENGATASI MASALAH PENGIRAAN

DALAM FIZIKYANG MELIBATKAN

PENGGUNAAN ‘PREFIXES’

OLEH:PUAN FEDYA FITHRI MOHD BAKRI

CIK AYUNI

KELOLAAN:PANITIA FIZIK

BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

Page 2: KAJIAN TINDAKAN

1. TajukMengatasi masalah pengiraan dalam Fizik yang melibatkan penggunaan ‘Prefixes’.

2. Nama Penyelidik Puan Fedya Fithri Bt Mohd BakriCik Ayuni

3. Alamat SekolahSekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman 68100 Batu Caves Selangor.

4. Latar Belakang KajianBerdasarkan format Sijil Peperiksaan Malaysia bagi kertas Fizik terdapat 25% soalan berbentuk pengiraan. Soalan-soalan pengiraan ini menggunakan nombor yang berbentuk piawai (Standard Form Number) yang melibatkan penggunaan ‘Prefixes’. Kegagalan pelajar mengingat susunan dan nilai ‘Prefixes’ ini mengakibatkan pelajar membuat kesilapan pengiraan dan seterusnya kehilangan markah.

5. Masalah/Fokus KajianMasalah yang dihadapi pelajar ialah kesukaran mengingat susunan dan nilai ‘Prefixes’ dan menyebabkan kesilapan penggantian nilai dalam pengiraan.

6. Rasional KajianRasional kajian ini dijalankan kerana pelajar sering kehilangan markah disebabkan kesilapan penggantian nilai ‘Prefixes’ dalam pengiraan.

7. Objektif KajianUntuk memudahkan pelajar mengingat susunan dan nilai ‘Prefixes’.

8. Kumpulan SasaranKumpulan sasaran ialah seramai 20 orang yang terdiri daripada 10 orang pelajar 4 Sains 1 dan 10 orang 4A2.

9. Perlaksanaan Kajian

9.1 Pemerhatian SebelumDaripada pemerhatian didapati pelajar sukar mengingat susunan dan nilai ‘Prefixes’.

Page 3: KAJIAN TINDAKAN

9.2 Tindakbalas Dalam Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran.Pelajar sering melakukan kesilapan pengiraan di dalam latihan yang diberikan oleh guru.

9.3 Ujian PencapaianDi dalam ujian yang dijalankan pelajar masih melakukan kesilapan pengiraan yang sama kerana masih tidak dapat mengingat susunan dan nilai ‘Prefixes’.

9.4 PerancanganBagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan kaedah ‘Nyanyian - Prefixes’.

9.5 TindakanPelajar diminta menghafal ‘Prefixes’ menggunakan teknik nyanyian. Dengan menghafal lagu tersebut pelajar lebih mudah mengingat susunan dan nilai ‘Prefixes’.

9.6 Pemerhatian SelepasDaripada pemerhatian, pelajar lebih mudah mengingat dan dapat mengelakkan kesilapan penggantian nilai ‘Prefixes’ serta mengurangkan kesilapan pengiraan.

9.7 RefleksiKaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah pengiraan Fizik.

10. KesimpulanMelalui kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar menyelesaikan masalah pengiraan Fizik dan memperolehi markah yang lebih tinggi.