kajian tindakan
Transcript of kajian tindakan
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
1.0) TAJUK KAJIAN
‘Folio-Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei, Kertas II Bahagian A bagi mata
pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima’.
2.0) NAMA PENYELIDIK
i) Ahmad Ridhuan bin Sapain
3.0) NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang, Tanjung Malim Perak
4.0) LATAR BELAKANG KAJIAN
Mata pelajaran Perdagangan ialah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan empat dan
tingkatan lima dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan
Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini memperkembang dan memperluas lagi pengetahuan dan
kemahiran asas perdagangan dan keusahawanan (kecuali aspek simpan kira) yang telah
dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah. Melaluinya
juga, nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan
lagi dalam kalangan pelajar.
Tujuan pendidikan Perdagangan ini adalah untuk memberi pendidikan perdagangan
dan keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan
prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang
bersangkutan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab,
berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri,
sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua bidang yang diceburi
berlandaskan sikap amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Merujuk kepada format menjawab soalan Perdagangan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), huraian fakta bagi isi-isi penting merupakan aspek yang ditekankan bagi
memantapkan jawapan calon. Bagi mata pelajaran Perdagangan ini, kertas II mempunyai
1
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
pemberat 60 peratus daripada jumlah markah keseluruhan. Justeru, pelajar perlu memahami
konsep dan fakta-fakta penting bagi tajuk-tajuk tertentu supaya dapat memudahkan pelajar
membuat huraian yang bernas bagi soalan esei (bahagian A) dan soalan berbentuk kajian
kes (bahagian B)
5.0) PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, topik kertas kerja kajian tindakan ini diperoleh
hasil temubual yang dilakukan di antara pengkaji dengan guru Perdagangan tingkatan li,
SMK maKalumpang iaitu Mohd Shukri bt Mohd Ghazali. Melalui temubual ini, pengkaji dapat
mengetahui serba sedikit mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 5 Arif di
sekolah tersebut dalam mendapatkan skor yang tinggi bagi mata pelajaran Perdagangan.
Didapati masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak mengetahui dan menguasai cara atau
kaedah menjawab soalan esei, kertas II bahagian A. Walaupun guru berkenaan telah
menerangkan beberapa kali kaedah menjawab soalan berbentuk esei semasa sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas, namun pelajar tersebut masih tidak
dapat menghurai dan menghubungkaitkan jawapan mereka dengan tajuk-tajuk yang telah
dipelajari. Selain itu, maklumat berkaitan masalah ini juga diperoleh dan dibincangkan
melalui penggunaan laman web iaitu perhubungan melalui ‘Facebook’ dengan menggunakan
kaedah ‘chatting’ dan mesej.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji dan guru berkenaan terhadap para pelajar
Tingkatan 5 Arif, mereka didapati masih dapat memahami sesuatu topik yang diajarkan
semasa proses P&P dijalankan. Namun demikian, melalui pemerhatian kami ketika pelajar
dikehendaki menjawab soalan esei, didapati terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak
dapat menulis jawapan esei dengan baik, lebih mudah dan jelas. Hal ini kerana pelajar tidak
mengembangkan sesuatu isi penting itu untuk mengukuhkan lagi jawapan mereka. Bagi
mereka, mengingati isi penting itu adalah mudah, tetapi pelajar tidak tahu bagaimana untuk
menjawab soalan tersebut mengikut kehendak soalan. Di sini, pelajar secara tidak langsung
tidak menjawab soalan yang diberikan mengikut format yang betul walhal mereka tahu
jawapan bagi soalan tersebut. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menghurai isi
dan fakta jawapan dengan baik dan jelas dalam menjawab soalan esei menyebabkan
mereka sukar mendapatkan skor yang tinggi dalam peperiksaan.
2
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri, terdapat dua
jangkaan yang menyebabkan pelajar tidak tahu teknik menjawab soalan esei dengan baik.
Pertama, pelajar mungkin tidak didedahkan dengan satu teknik khas atau cara yang
memudahkan mereka untuk mengingati fakta-fakta yang penting yang mempunyai
hubungkait dengan topik-topik yang lain dalam sesuatu topik yang dibincangkan. Selain itu,
guru dilihat lebih banyak menekankan teori pembelajaran semata-mata, di mana pelajar
mudah berasa bosan semasa proses P&P berlangsung. Hal ini kerana, bagi mata pelajaran
Perdagangan aktiviti di luar bilik darjah boleh dijalankan secara praktikal di mana ianya dapat
memberi gambaran kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan. Berdasarkan
pemerhatian dan praktikal yang pernah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini di tempat lain,
pelajar didapati lebih mudah mengingati sesuatu perkara itu berdasarkan praktikal
berbanding teori semata-mata.
6.0) FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Selain masalah yang wujud dalam menjawab soalan esei, kertas II bahagian A, pelajar juga
sebenarnya mempunyai kelemahan tertentu dalam menjawab soalan kertas I dan soalan
kertas II bahagian B. Namun, kajian ini hanya memfokus kepada kertas II bahagian A kerana
mendapati pelajar mempunyai kelemahan yang paling ketara dalam bahagian ini. Kajian ini
penting untuk dijalankan kerana guru perlu mengetahui punca kelemahan pelajar dalam
menghurai jawapan esei dan mengenal pasti kaedah yang paling berkesan untuk
meningkatkan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan pelajar dalam menjawab soalan.
Didapati, pelajar mengetahui isi penting bagi jawapan kepada soalan tersebut, tetapi
mereka mempunyai kesukaran dalam menyampaikan jawapan dalam bentuk esei yang jelas
dan tepat. Justeru, dalam kajian ini masalah berfokus kepada cara untuk menjawab soalan
esei, kertas II bahagian A.
Antara kelemahan yang dihadapi ialah:-
i. Pelajar tidak tahu untuk menghubungkaitkan isi penting dengan huraian yang
bersesuaian.
ii. Pelajar tidak memahami kehendak soalan yang sebenar.
iii. Pelajar tidak dapat membezakan antara isi penting dengan konsep atau fakta bagi
sesuatu topik.
3
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Contoh: sukar untuk membezakan konsep pengeluaran dengan kepentingan
pengeluaran.
7.0) OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian yang dijalankan, diharap agar pelajar-pelajar akan mencapai objektif
berikut:
7.1 Objektif Umum
i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei Kertas II Bahagian
A Perdagangan.
7.2 Objektif Khusus
i. Memberi penekanan dan minat kepada pelajar dalam mata pelajaran
Perdagangan.
ii. Dapat membezakan topik-topik yang ada dari segi konsep, penggunaan,
kepentingan dan kesan-kesannya.
iii. Memahami sesuatu soalan berdasarkan kata kunci yang diberikan dan
dikaitkan dengan isi penting yang ada.
iv. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti di luar bilik
darjah secara praktikal berbanding dengan teori semata-mata supaya
memudahkan mereka untuk mengingati sesuatu fakta atau isi penting.
v. Memberi idea kepada guru mata pelajaran dalam menyelesaikan masalah
dan mengatasi kelemahan pelajar berkenaan.
4
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
8.0) METODOLOGI KAJIAN
8.1) Reka Bentuk Kajian
Metodologi ialah unsur penting dalam rancangan kajian tindakan supaya kajian tindakan
yang ingin dilaksanakan mencapai objektifnya. Penggunaan model kajian tindakan dapat
membantu penyelidik merancang langkah yang perlu dilaksanakan dalam kajian tindakan
yang dirancang dengan lebih tersusun. Hal ini seterusnya dapat memudahkan proses
pelaksanaan tindakan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Model kajian tindakan yang dipilih oleh penyelidik ialah Model Somekh (1989).
Menurut Somekh (1989), kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang
melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk
memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah
kajian tindakan dalam Model Somekh.
Rajah 1: Model Somekh (1989).
Terdapat lapan langkah dalam model kajian Somekh,1989. Pada langkah pertama,
penyelidik perlu mengenal pasti masalah atau memfokuskan kepada kajian yang diminati.
Pada langkah dua, penyelidik perlu mengumpul data dan seterusnya menganalisis data atau
5
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
menghipotesis data pada langkah yang ketiga. Pada langkah keempat, penyelidik perlu
merancang pelan tindakan yang ingin dilakukan dan melaksanakan tindakan tersebut dalam
langkah kelima. Seterusnya pada langkah keenam penyelidik akan mengumpul data untuk
mengesahkan perubahan pelajarnya. Pada langkah yang ketujuh, penyelidik perlu
menganalisis dan menilai data yang diperolehi dan langkah ke lapan adalah putaran
seterusnya.
8.2) Sasaran Kajian
Kajian ini dilaksanakan secara kolaboratif di antara tiga orang pengkaji. Kumpulan sasaran
bagi kajian tindakan ini juga melibatkan seorang guru mata pelajaran Perdagangan dan
sebuah kelas pelajar Tingkatan 5 Arif, seramai 35 orang.
8.3) Instrument Kajian
Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, pengkaji telah meninjau
masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap keseriusan ketidakupayaan pelajar
dalam mengingati fakta dan menghurai jawapan bagi Kertas II Bahagian A, mata pelajaran
Perdagangan. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta dan
menghurai jawapan ini menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha membina
keyakinan pelajar untuk memahami fakta dan mengaplikasikanya dalam menjawab soalan
esei. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data menggunakan kaedah-kaedah berikut:
8.3.1) Ujian-ujian Penilaian
a) Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada para pelajar Tingkatan 5 Arif untuk mengesan sejauhmana
kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini
mengandungi 1 soalan esei dan perlu dijawab dalam masa 25 minit.
6
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
b) Ujian Pos
Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu Ujian Post diberikan kepada pelajar.
Langkah dan soalan yang sama dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk
menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan menghurai jawapan
bagi soalan esei. Seterusnya pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam
peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan selepas
tindakan dijalankan.
8.3.2) Soal Selidik
Pengkaji juga akan mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan
murid-murid ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada
murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian
pra dengan betul.
8.3.3) Pemerhatian
Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya pengkaji dapat mengamati dan mengenal
pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah
laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau
suasana yang wujud disebabkan tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan
sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses P&P berlaku.
8.4) METOD ANALISIS
8.4.1) Ujian-ujian Penilaian
Analisis markah pencapaian pelajar melalui Ujian Pra dan Ujian Post yang akan dijalankan.
7
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
8.4.2) Pemerhatian
Pemerhatian secara langsung akan dilakukan oleh para pengkaji disertai dengan membuat
catatan tentang pergerakan, tindak balas dan keaktifan pelajar, suasana pembelajaran dan
penerimaan aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
8.5) PERANCANGAN TINDAKAN
8.5.1) Aktiviti yang Dirancang
Penyelidik memberi bimbingan klinikal kepada ketiga-tiga pelajar sasaran selama empat
minggu. Masa yang diperuntukkan adalah berbeza bagi setiap aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan ialah:
i) Aktiviti 1: Membuat Folio Perdagangan mengikut topik-topik yang telah diberikan.
Tajuk yang diberikan adalah berdasarkan tajuk yang keluar dalam soalan bahagian A
ii) Aktiviti 2: Penulisan Jurnal (buku catatan)
Kamus (DBP, 1993) mentakrifkan jurnal sebagai buku catatan harian. Kini, aktiviti
menulis jurnal jarang dilakukan di sekolah. Melalui penulisan jurnal, pelajar dapat menulis
catatan mereka mengenai apa yang telah dipelajari, pendapat, komen ataupun kritikan.
Secara tidak langsung, penulisan jurnal dapat membantu pelajar membiasakan diri membuat
penulisan. Penulisan ini akan dijalankan selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P). Mengambil masa lebih kurang 15 minit dan dilakukan sekali sahaja dalam setiap
minggu.
iii) Aktiviti 3: Pembentangan
Pembentangan merupakan aktiviti di mana pelajar diminta untuk menerangkan
kepada guru tentang kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar menggunakan
bahan yang disediakan. Pembentangan dilakukan pada akhir proses P&P supaya pelajar
8
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
dapat mengingati kembali topik yang diajar oleh guru sepanjang proses P&P. Aktiviti ini
membantu guru mengenalpasti sama ada proses P&P berjalan dengan baik iaitu sama ada
proses P&P mencapai objektif seperti yang dikehendaki oleh guru. Maklumat yang diperolehi
boleh digunakan oleh guru untuk menambahbaik proses P&P pada masa-masa akan datang.
8.5.2) Bahan-bahan yang diperlukan
Jadual di bawah menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang
dirancang.
8.6) PELAKSANAAN TINDAKAN
8.6.1) Aktiviti 1: Folio
i) Memberi pelajar tajuk berkaitan dengan topik yang bersesuaian
ii) Memberi pelajar tempoh 2 minggu untuk menyiapkan folio tersebut
iii) Guru memberi arahan kepada pelajar cara dan teknik untuk membuat folio secara
ringkas dan tepat.
iv) Pelajar diarahkan untuk membuat huraian secara gambarajah, peta minda dan carta
aliran.
v) Tinjauan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memudahkan pelajar bertanya
sebarang masalah berkaitan dengan proses membuat folio mereka.
vi) Pembetulan boleh dilakukan selepas guru membuat pemeriksaan sehingga folio yang
dikehendaki siap dilakukan.
vii) Pelajar mudah memahami dan mengaitkan sesuatu topik tersebut dengan lebih jelas
dan terperinci.
Bil AKTIVITI 1:
FOLIO
AKTIVITI 2:
PENULISAN JURNAL
AKTIVITI 3:
PEMBENTANGAN
1. Kertas Buku Latihan Kertas Mahjong
2. Pensil Rak Khas di dalam kelas Marker Pen
3. Pen
4. Kad Manila
5. Warna
6. Ring
9
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
8.6.2) Aktiviti 2: Penulisan Jurnal
i) Pelajar perlu menyediakan sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai. Pelajar
perlu menulis nama masing-masing di atas kulit jurnal mereka.
ii) Setelah selesai proses P&P, dalam masa 15 minit pelajar akan menulis dalam jurnal
masing-masing tentang apa yang baru mereka pelajari, pendapat, komen ataupun
kritikan. Dengan cara ini, mereka boleh membuat renungan yang lebih menyeluruh.
iii) Setiap kali selepas pelajar menulis dalam jurnal, penyelidik akan membaca dan
menulis maklum balas penyelidik di bawah komen pelajar.
iv) Setelah selesai dibaca, buku jurnal itu akan dikembalikan ke rak buku yang
disediakan di dalam bilik darjah supaya pelajar bebas membacanya pada bila-bila
masa. Peyelidik akan sentiasa memberi maklum balas yang positif untuk
meningkatkan keyakinan pelajar melalui catatan penulisan mereka.
8.6.3) Aktiviti 3: Pembentangan
i) Pelajar sasaran seramai 3 orang dikehendaki duduk dalam 1 kumpulan dan
merumuskan tentang kefahaman mereka tentang topik yang telah diajar oleh guru
semasa proses P&P.
ii) Dengan menggunakan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong dan marker pen,
pelajar diminta melakarkan (peta minda) atau menulis kefahaman mereka pada kertas
mahjong.
iii) Pelajar kemudiannya diarahkan untuk membuat pembentangan di hadapan guru.
iv) Guru akan menilai kefahaman pelajar.
v) Guru akan membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan fakta atau konsep
dalam topik yang dibincangkan setelah mendengar pembentangan daripada pelajar.
vi) Aktiviti ini dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar
dalam memperbaiki kelemahan pelajar dalam menjawab soalan struktur kertas II
Bahagian A, Perdagangan.
Melalui kaedah yang dirancangkan, pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dan
meningkatkan pengetahuan sedia ada bagi meningkatkan kefahaman dalam P&P dan
seterusnya meningkatkan kemahiran menjawab soalan. Selain itu juga melalui aktiviti
10
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
pebentangan ianya dapat memperbaiki kelemahan dalam menjawab soalan kerana setiap
kesilapan yang dilakukan akan dikomen terus oleh guru, dengan itu dapat membetulkan
terus kesilapan yang biasa dilakukan oleh murid-murid dalam menerangkan fakta mahupun
dalam penerangan huraian.
Ringkasan teknik menjawab soalan.
1) membaca semua soalan.
2) lihat prakata setiap soalan.
3) rangka jawapan.
4) tandakan soalan yang akan dijawab.
5) terus menjawab kepada isi tanpa pengenalan.
6) isi jawapan berdasarkan jumlah perkataan markah.
7) gunaklan kertas berasingan untuk setiap soalan.
9.0) KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada
pihak-pihak tertentu seperti Ahli Jawatankuasa Kajian Tindakan Sekolah Menengah
Kebangsaan Perantau Kalumpang, Tanjung Malim, Perak, guru-guru sekolah melalui aktiviti
perkembangan staf, dan juga guru-guru Perdagangan.
10.0) PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
10.1) Jadual Pelaksanaan Kajian
11
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian
tindakan ini.
10.2) Kos Kajian
Kos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual kos kajian di
bawah.
BIL. JENIS BAHANKUANTITI X HARGA
SEUNITJUMLAH KOS
1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00
2 Printer Cartridge 1 x RM 50.00 RM 50.00
3 Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00
4 Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00
5 Buku catatan guru 3 x RM 2.00 RM 6.00
BIL. AKTIVITITARIKH
PELAKSANAAN
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 12 Mac 2010
2 Menulis proposal kajian 15 Mac 2010
3 Merancang tindakan 19 Mac 2010
4 Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos 22 Mac 2010
5 Pelaksanaan ujian pra 26 Mac 2010
6 Memproses data ujian pra 29 Mac 2010
7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 2 Mac 2010
8 Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian 9 Mac 2010
9 Pelaksanaan ujian pos 16 Mac 2010
10 Refleksi kajian 23 Mac 2010
11 Penulisan laporan kajian 24 mac 2010
12 Pembentangan dapatan kajian 2 Mac 2010
12
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
JUMLAH RM 148.00
Rujukan
Aini Haryati Mohamad, Faridahwati Mohd Shamsudin, Hasni Che Ismail, Lim Kong
Teong, Mohamad Basir Saud, Nasruddin Zainudin, Norsiah Mat, Nurli Yaacob. (2006)
Pengajian Perniagaan II. PEARSON MALAYSIA SDN. BHD. Petaling Jaya, Selangor
Darul Ehsan.
Alias Putih. (2008). Kajian tindakan di sekolah : satu pengenalan edisi kemaskini. Pure
Honey Enterprise, Jitra, Kedah
Jaya velu (2000). Pembangunan Profesional Guru : Kursus kajian tindakan berasaskan
sekolah. Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, sabah.
13