kajian tindakan

17
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan kemahiran motor halus melalui kemahiran mewarna bentuk asas murid prasekolah.

Transcript of kajian tindakan

Page 1: kajian tindakan

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran motor halus melalui kemahiran mewarna bentuk asas murid prasekolah.

Page 2: kajian tindakan

1

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.

Pengkaji telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Satak selama 14 tahun bermula

pada Jun 2001 sehingga kini. Pengkaji mengajar untuk matapelajaran Muzik dan

juga Bahasa Inggeris. Pengkaji juga pernah mengajar mata pelajaran Pendidikan

Seni yang kini lebih dikenali sebagai Pendidikan Seni dan Visual ( PSV) dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Kelas yang sering pengkaji ajar

untuk matapelajaran PSV ini kebanyakkannya Tahun 1 dan 2.

Pada masa yang sama, pengkaji adalag seorang penuntut Program Pensiswahan

Guru ( PPG ) di dalam semester 7 dalam Pengkhususan Pasekolah . Disebabkan

minat dengna murid prasekolah ini , mendorong pendidik menyambung ke peringkat

ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Pengkhususan ini.

Sepanjang pengkaji mengikuti program PPG ini , pengkaji diberi peluang untuk

mengajar dan mendalami pengetahuan berkaitan dengan Prasekolah ini. Setiap

semester , pengkaji melaksanakan tugasan dengan berkaitan dengan kerja kursus di

Kelas Prasekolah Bestari di sekolah pengkaji.

Setelah hampir 7 semester ini , pengkaji dapati dan telah mengesan terdapat

masalah kemahiran motor halus dari segi mewarna. Menurut Overby ( 2013 ) , murid

yang menguasai kemahiran mewarna dapat mewarna dengan baik tanpa terkeluar

daripada garisan objek serta mewarna dengan kemas. Berdasarkan takrif ini ,

pengkaji telah mengenalpasti masalah dan akan menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh segelintir murid prasekolah ini bagi meningkatkan kemahiran motor

halus melalui kemahiran mewarna bentuk asas di kalangan murid prasekolah.

Selain itu pengkaji juga pernah mendengar keluhan dari guru prasekolah serta

pembantunya kerana aktiviti mewarna merupakan salah satu aktiviti yang sering

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid di prasekolah.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian pengkaji di dalam kelas. Apabila

pengkaji mengedarkan lembaran kerja yang memerlukan murid murid mewarna,

terdapat murid yang akan mewarna dengan kelam kabut , tidak memberikan focus

dan sikap ingin cepat siap. Hasilnya mereka akan mewarna dengan tidak

sempurna , bermaksud terdapat ruang gambar yang tidak diwarnakan dan banyak

warna keluar dari garisan ruang gambar. Hasil yang comot.

Page 3: kajian tindakan

2

Disebabkan kebanyakan aktiviti yang terdapat di dalam KSPK yang diajar banyak

melibatkan kemahiran mewarna, pengkaji yakin bahawa penguasaan kemahiran ini

sangat penting dalam kalangan murid prasekolah ini. Sekiranya masalah mewarna

ini tidak dapat diatasi , kesannya murid tersebut akan mengalami keciciran

berbanding rakan-rakannya yang lain kerana sering lewat menyiapkan kerja-

kerjanya.

Pengkaji berharap agar kaedah ini akan dapat membantu dalam meningkatkan

kemahiran mewarna murid prasekolah ini supaya mereka dapat menguasai

kemahiran seni dalam usaha meningkatkan kreativiti dan minat dalam belajar.

2. TINJAUAN LITERATUR.

PENGGUNAAN PASIR :

Pasir merupakan salah satu alat terapi yang boleh digunakan dalam merawat murid.

Menurit Peridah (2009) , sejarah awal terapi pasir bermula sebai sand play adalah

berdasarkan psikologi C. G Jung dan dioperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Frau

Dora Kalff ( 1980).

Adam ( 1999 ) dalam Peridah (2009) pula menyatakan bahawa terapi pasir jinni giat

berkembang sebagai satu teknik yang boleh digunakan kepada kanak-kanak dan

orang tua. Ia boleh menimbulkan satu pengalaman transformasi yang amat

mendalam bagi kedua-dua pihak.

PENGGUNAAN WARNA.

Menurut Wyler dalam buku yang bertajuk Colour ang Language :Colour Terms in

English penggunaan warna mampu meningkatkan perkembangan bahasa yang

menrangkumi kemahiran membaca dan menulis. Verbalisasi warna menerusi warna

terhadap kanak-kanak dapat meningkatkan persepsi visual dan verbal semasa

membaca dan menulis.

Page 4: kajian tindakan

3

3. FOKUS KAJIAN.

Daripada refleksi di atas , didapati murid sangat lemah dari segi mewarna. Hal ini

kerana , apabila pengkaji melihat hasil karya yang diwarnakan olehnya, warnanya

terkeluar daripada garisan objek. Hasil warnanya tidak kemas. Masalah ini berlaku

kerana murid lemah dalam koordinasi mata dan tangan semasa mewarna ,cara

memegang pensil warna dengan betul ., mengikut garisan bentuk asas

menggunakan pensel warna , mewarna dengan sekata dan mewarna dengan

kemas. ( warna tidak terkeluar daripada garisan tepi ).

Oleh sebab itu , pengkaji mengambil idea dari terapi pasir tetapi tidak menggunakan

pasir tetapi menggunakan biji sagu yang berwarna untuk membantu meningkatkan

perkembangan koordinasi mata dan tangan subjek kajian menerusi alat yang

dinamakan “ fantastic sand” yang menggabungkan terapi seni menerusi

penggunaan warna dan terapi pasir menerusi penggunaan biji sagu berwarna

dalam meningkatkan kemahiran mewarna subjek kajian. Fokus kemahiran pula ialah

mewarna bentuk asas kerana ia merupakan aktiviti yang paling asas dalam

menguasai kemahiran mewarna dalam pengajaran dan pembelajaran .

4. OBJEKTIF KAJIAN.

Selepas kajian ini selesai dijalankan , murid diharapkan agar mencapai objektif

berikut :

Objektif Umum :

i Penggunaan Fantastic Sand dapat meningkatkan kemahiran mewarna

bentuk asas khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran dari Tunjang

Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti.

Objektif Khusus :

Penggunaan biji sagu berwarna menerusi alat intervensi ini dapat :

i Meningkatkan kekemasan hail kerja mewarna Responden A dalam Tunjang

Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti. Pengkaji berharap dengan

menggunakan kaedah “ Fantastic sand”, selepas intervensi dilaksanakan ,

Page 5: kajian tindakan

4

Responden A dapat mewarna dengan baik dan lebih kemas berbanding

sebelum intervensi dijalankan.

ii Meninggkatkan kemahiran mewarna bentuk asas Responden A. Pengkaji

berharap menerusi penggunaan “ Fantastic Sand” Responden A akan

mewarnakan bentuk asas dengan kemas tanpa warna yang terkeluar

daripada garisan.

5. SOALAN KAJIAN .

Berdasarkan kepada masalah dan kelemahan yang dialami oleh

responden yang dikaji, terdapat beberapa soalan yang timbul dalam

memastikan segala perancangan yang telah dirancang ini dilaksanakan

dengan jayanya. Antara perkara yang menjadi persoalan dalam kajian

ialah :

a) Bagaimanakah penggunaan “Fantastic Sand” dapat meningkatkan

kemahiran mewarna bentuk asas kepada murid prasekolah di dalam

kelas?

b) Sejauhmanakah penggunaan kaedah “Fantastic Sand” dapat

mengubah kelemahan kemahiran mewarna bentuk asas murid

prasekolah ke arah yang positif?

6 . KUMPULAN SASARAN.

Kajian ini melibatkan tiga orang daripada dua puluh lima orang murid Prasekolah

Bestari yang terdiri daripada :

a) Seorang murid Melayu

b) Dua orang murid Orang Asli.

7. PELAKSANAAN KAJIAN.

7.1 Tinjauan Masalah : Fasa Perancangan.

Page 6: kajian tindakan

5

Pengkaji telah merancang untuk menjalankan aktiviti intervensi berpandukan Model

Penyelidikan yang sangat bersesuai dalam bidang pendidikan iaitu Model Kemmis

dan Mc Taggart.

Rajah 1. Model Kemmis dan Mc Taggart.

Pengkaji memilih model ini sebagai panduan kerana pengkaji telah melakukan

proses kajian tindakan yang bermula dengan refleksi, kemudian merancang tindakan

( plan ) , bertindak ( action ) dan memerhati ( observe ) iaitu di gelungan 1. Jika

masalah yang tidak dapat di atasi , maka pengkaji haruslah memulakan proses

semula ke gelungan ke 2 sehinggala masalah itu dapat diatasi.

Pengkaji telah memilih Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti

kerana berdasarkan analisis tinjauan awal melalui pemerhatian , temubual dan

analisis dokumen , menunjukkan responden mempunyai masalah dalam kemahiran

motor halus iaitu kelemahan dalam koordinasi mata dan tangan .

7.2 Analisis Tinjauan Masalah

i Pemerhatian

Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian sebagai salah satu cara

untuk mengumpulkan data. Kaedah pemerhatian dipilih oleh pengkaji kerana

Page 7: kajian tindakan

6

pemerhatian adalah merupakan kaedah yang sesuai bagi mengukur

perubahan tingkah laku ( gerak kerja dalam konteks kajian ) yang eksplisit.

Dalam kajian ini , pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji akan

memerhatikan gerak kerja yang menjurus kepada kemahiran mewarna bentuk

asas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran responden di dalam dan

di luar kelas. Data diambil berdasarkan tiga gasa iaitu sebelum intervensi ,

semasa intervensi dan selepas intervensi.

Pengkaji akan melakukan pemerhatian selama seminggu mengikut jadual

PdP . Data pemerhatian diperolehi melalui pemerhatian berstruktur di mana

pengkaji akan menggunakan senarai semak bagi merkodkan data

penyelidikan.

Bagi meningkatkan kesahn dan kebolehpercayaan ke atas instrument yang

digunakan , pengkaji telah kamera bagi merakamkan sebarang perubahan

yang berlaku terhadap kemahiran mewarna responden dan menggunkan

senarai semak bagi membuat semakan terhadap pemerhatian yang dibuat

pengkaji.

ii Temubual.

Instrumen kedua yang akan digunakan oleh pengkaji ialah temubual. Kaedah ini

digunakan bagi mendapatkan maklumat secara mendalam daripada induvidu

yang terlibat. Kaedah ini sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian ini kerana data

yang diambil daripada induvidu yang terlibat secara lansung menerusi interksi

bersemuka. Pengkaji akan menemubual guru prasekolah , pembantu responden

untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh responden

tersebut. Pengkaji juga akan menemubual responden sendiri bagi mendapatkan

maklumbalas mengenai intervensi yang dilakukan sebelum , semasa dan

selepas intervensi dilaksanakan.

iii Analisis Dokumen

Page 8: kajian tindakan

7

Instrumen ketiga yang digunakan adalah analisi dokumen. Analisis dokumen ini

dijalankan terhadap hasil kerja responden sebelum intervensi “ Fantastic Sand “

digunakan dan selepas penggunaan “ Fantastic Sand “ . Analisis dokumen yang

dijalankan akan mengikut aspek yang ditetapkan iaitu dari segi cara memegang

pensil warna dengan betul ., mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel

warna , mewarna dengan sekata dan mewarna dengan kemas. ( warna tidak

terkeluar daripada garisan tepi ).

7.3 Tindakan yang dicadangkan.

Setelah analisis tinjauan dijalankan , pengkaji akan menjalankan 4 aktiviti yang

dirancangkan dan reponden akan lakukan :

Aktiviti 1 : mewarna dengan menggunakan stensil

Aktiviti 2 : menaburkan “Fantastic Sand” ke dalam stensil bentuk asas.

Aktiviti 3 : menaburkan “Fantastic Sand” pada lembaran kerja bentuk asas

tanpa menggunakan stensil.

Aktiviti 4: Ujian Kemahiran Mewarna Bentuk Asas.

7.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan.

Aktiviti 1 : mewarna dengan menggunakan stensil

Bahan : Kertas A4 , Stensil bentuk asas

Langkah – langkah :

Pengkaji akan membuat stensil berbentuk asas seperti bentuk segi

empat , bulat dan segi tiga dari kota keras .

Pengkaji mengedarkan kertas A4 kepada responden dan meminta

responden menekap stensil dan mewarnakan bentuk asas tersebut

dengan tanpa menanggalkan stensil tersebut.

Aktiviti 2 : menaburkan “ Fantastic Sand” ke dalam stensil bentuk asas.

Bahan : Kertas A4 , Stensil bentuk asas , biji sagu berwarna ( Fantastic

Sand).

Page 9: kajian tindakan

8

Langkah – langkah :

Pengkaji mengedarkan kertas A4 kepada responden.

Pengkaji meletakkan stensil bentuk asas di atas kertas A4 .

Pesponden diminta untuk menabur Fantastic Sand di dalam stensil

tersebut.

Responden harus focus agar Fantastic Sand tidak berselerak.

Aktiviti 3 : menaburkan “ Fantastic Sand” pada lembaran kerja bentuk asas

tanpa menggunakan stensil.

Bahan : Kertas A4 , Lukisan bentuk asas , lembaran kerja , Fantastic Sand .

Langkah – langkah :

Pengkaji mengedar kan lembaran kerja yang telah dilukis beberapa

bentuk asas .

Responden dikehendaki untuk menaburkan Fantastic Sand di atas

lembaran kerja tersebut tanpa penggunaan stensil bentuk asas.

Aktiviti 4: Ujian Kemahiran Mewarna Bentuk Asas.

Bahan : Lembaran kerja , pencil warna.

Langkah – langkah :

Pengkaji akan mengedarkan kertas lembaran kerja.

Responden dikehendaki mewarna dengan pensel warna bentuk – bentuk asas

yang terdapat di lembaran kerja tersebut.

Penilaian diambilkira dari segi cara memegang pensil warna dengan betul .,

mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel warna , mewarna dengan

sekata dan mewarna dengan kemas. ( warna tidak terkeluar daripada garisan

tepi ).

Page 10: kajian tindakan

9

8. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual pelaksanaan kajian telah dirancang bagi melaksanakan

tindakan. Jadual di bawah menunjukkan perancangan yang akan

dilaksanakan. Saya telah memilih Carta Gantt bagi memudahkan saya

meneliti proses sepanjang saya melaksanakan kajian dan penggunaan

Carta Gantt ini sangat efektif dan memudahkan.

AKTIVITI TAHUN 2015

JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL SEPT

Mengenal pasti

masalah dan

pengumpulan

data awal

Menulis

proposal kajian

Merancang

tindakan –

individu

Melaksanakan

tindakan –

aktiviti 1

Membincangka

n masalah yang

timbul dalam

tindakan 1

Melaksanakan

tindakan –

aktiviti 2

Membincangka

n masalah yang

timbul dalam

tindakan 2

Page 11: kajian tindakan

10

Melaksanakan

tindakan –

aktiviti 3

Melaksanakan

tindakan –

aktiviti 3

Ujian untuk

mengesan

perubahan

murid

Refleksi kajian

Menulis laporan

kajian

Pembentangan

dapatan kajian

Menerbitkan

prosiding

9. KOS KAJIAN

Page 12: kajian tindakan

11

BIL ITEM KUANTITI HARGA

SEUNIT

JUMLAH

1 Kertas A4 1 rim RM 14.00 RM 14.00

2 Pensel warna 3 kotak RM 5.30 RM 15.90

3 Biji sagu berwana

( hijau , merah, putih )

100g setiap

satu warna

RM.070 RM 2.10

4 Hadiah 3 buah RM 3.00 RM 9.00

5. Kertas A4 ( tebal) 10 keping RM 0.60 RM 6.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 47.00

RUJUKAN.

BUKU DAN JURNAL

Page 13: kajian tindakan

12

Craig, W. (2004). Stencils and Stenciling. South Africa: Struik Publishers.

Deiner, P. (2012). Inclusive Early Childhood Education: Development , Resourse,

and Literature. United States: Libraries Unlimited Inc.

Johnson, A.P. (2009). What every teacher should know about action research.

Boston, M.A.: Pearson Education Inc.

Koshy. V. (2010). Action research for improving educational practice (2nd. ed.)

London. Sage Publications.

Peridah Binti Mahal. (2009) Pendekatan Sand Play dalam menangani Masalah

Pergaulan Sosial: Satu Kajian Kes. Institut Pendidikan Guru Malaysia Batu

Lintang.

McNiff, J. & Whitehead, J. (2009). Doing and writing action research. London: Sage

Publications.

McNiff, J. & Whitehead, J. (2011). All you need to know about action

research. (2nd. ed.). London: Sage Publications

Zakiah Mohd Ashari.A.M. Keperluaan Aktiviti Bermain dan Kepentingannya

Terhadap Motivasi Kanak-Kanak. 2012. Universiti Teknologi Malaysia.