Kajian Tindakan

9
1 4 LANGKAH MUDAH UNTUK MENULIS FORMULA ION UNSUR KUMPULAN 1 EVELYN INTIK AK RAMBOK SMK BUKIT SENTOSA, RAWANG ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 aliran Sains di dalam subtopik Sifat kimia unsur Kumpulan 1. Seramai 31 orang pelajar kelas 4 Beta, SMK Bukit Sentosa, Rawang dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, buku modul pelajar dan rakaman video. Hasil analisis menunjukkan pelajar mengalami masalah untuk menulis formula ion bagi unsur lithium, natrium dan kalium. Pelajar tidak dapat menentukan cas ion unsur tersebut dengan betul. Pelaksanaan kajian akan difokuskan kepada 4 langkah mudah untuk menulis formula ion lithium, natrium dan kalium dengan betul. Pelajar akan diajar menggunakan cara ini semasa di dalam kelas tambahan. Selepas selesai penerangan, pelajar akan diberi lembaran kerja untuk menguji keberkesanan teknik yang telah dicadangkan.

description

contoh kajian tindakan

Transcript of Kajian Tindakan

Page 1: Kajian Tindakan

1

4 LANGKAH MUDAH UNTUK MENULIS FORMULA ION UNSUR KUMPULAN 1

EVELYN INTIK AK RAMBOK

SMK BUKIT SENTOSA, RAWANG

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar

Tingkatan 4 aliran Sains di dalam subtopik Sifat kimia unsur Kumpulan 1. Seramai 31 orang

pelajar kelas 4 Beta, SMK Bukit Sentosa, Rawang dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, buku modul pelajar dan rakaman video.

Hasil analisis menunjukkan pelajar mengalami masalah untuk menulis formula ion bagi unsur

lithium, natrium dan kalium. Pelajar tidak dapat menentukan cas ion unsur tersebut dengan

betul. Pelaksanaan kajian akan difokuskan kepada 4 langkah mudah untuk menulis formula

ion lithium, natrium dan kalium dengan betul. Pelajar akan diajar menggunakan cara ini

semasa di dalam kelas tambahan. Selepas selesai penerangan, pelajar akan diberi lembaran

kerja untuk menguji keberkesanan teknik yang telah dicadangkan.

Page 2: Kajian Tindakan

2

1.0 Refleksi

Pada 16 April 2014 yang lalu, saya telah menjalankan makropengajaran di SMK

Bukit Sentosa, Rawang, Selangor untuk kelas 4 Beta. Saya diberi tajuk sifat kimia

unsur Kumpulan 1 dalam topik Jadual Berkala Unsur. Ini adalah merupakan

pengalaman pertama saya mengajar di kelas sebenar. Situasi dan suasana di dalam

kelas adalah sangat berbeza berbanding dalam kelas mikropengajaran. Sikap pelajar

adalah sangat berbeza dengan aras kecerdasan yang berbeza.

Saya dapati masalah utama pada makro pertama ini adalah kemahiran untuk

menerangkan mengenai konsep formula ion. Akibatnya, pelajar mengalami masalah

untuk memahami hubungan antara susunan elektron dengan sifat kimia unsur

Kumpulan 1.

Saya telah mengarahkan pelajar untuk menjawab soalan pada buku modul

setelah selesai membuat penerangan mengenai sifat-sifat kimia. Hasil dari

pemerhatian awal saya dapati bahawa pelajar mempunyai kesukaran untuk menjawab

soalan berkaitan dengan formula ion. Ada sebahagian daripada pelajar tidak dapat

menulis formula ion yang betul untuk unsur Kumpulan 1 walaupun saya sudah

menunjukkan cara menjawab soalan yang sama di hadapan kelas. Walaupun mereka

telah belajar bagaimana cara untuk menulis formula sebatian kimia pada tajuk

sebelumnya, saya berasa risau kerana mereka tidak dapat memberikan formula ion

yang betul.

Namun, setelah merujuk semula kepada Huraian Sukatan Pelajaran Kimia,

penerangan lanjut mengenai pembentukan formula ion adalah dalam topik ikatan

kimia iaitu topik selepas Jadual Berkala Unsur. Oleh itu, saya mencari cara yang

mudah dan ringkas supaya pelajar dapat memahami mengenai penulisan formula ion.

Page 3: Kajian Tindakan

3

2.0 Fokus kajian

Kajian ini akan fokus kepada penulisan formula ion yang betul. Oleh itu, sangat

penting untuk pelajar mengingati simbol bagi unsur-unsur Kumpulan 1. Selain itu,

kajian ini adalah untuk mengukuhkan pengetahuan sedia ada pelajar mengenai konsep

duplet/oktet, konfigurasi elektron dan susunan elektron dalam atom.

Selain itu, kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar

dalam ujian bulanan mata pelajaran Kimia. Guru Kimia kelas 4 Beta ada menyatakan

bahawa tahap kecerdasan pelajar kelas 4 Beta adalah lebih rendah jika dibandingkan

dengan kelas Sains yang lain. Oleh itu, hayat tumpuan kebanyakkan pelajar dalam

kelas ini adalah singkat.

3.0 Objektif kajian

3.1 Objektif umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sifat

kimia unsur kumpulan 1.

3.2 Objektif khusus

i. Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai pembentukan ion unsur

Kumpulan 1 semasa tindak balas kimia.

ii. Memastikan pelajar dapat menulis formula ion yang betul untuk unsur

lithium, natrium dan kalium.

iii. Membantu pelajar menghubungkait sifat kimia unsur Kumpulan 1

dengan susunan elektron.

Page 4: Kajian Tindakan

4

4.0 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 Beta SMK

Bukit Sentosa sesi 2014. Jumlah pelajar adalah seramai 31 orang yang terdiri daripada

18 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan.

5.0 Pelaksanaan kajian

5.1 Tinjauan masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenal pasti dilakukan melalui

pemerhatian, buku modul pelajar dan rakaman video pengajaran.

a) Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian secara tidak langsung terhadap

tingkah laku pelajar sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

b) Buku modul pelajar

Selepas selesai menerangkan isi pembelajaran kepada pelajar, saya

mengarahkan mereka menjawab beberapa soalan di dalam buku modul

sebagai aktiviti pengukuhan. Daripada itu, saya dapat menilai tahap

kefahaman pelajar dengan memerhatikan cara mereka menjawab

sesuatu soalan.

Page 5: Kajian Tindakan

5

c) Rakaman Video

Saya telah merakam sesi makropengajaran untuk mendapatkan

gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai suasana di dalam

kelas, tingkah laku pelajar serta kelemahan sesi pembelajaran untuk

tujuan penambahbaikan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis Pemerhatian

Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati pelajar tidak suka

untuk melibatkan diri semasa proses pembelajaran. Tiada

pelajar yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjawab

soalan yang saya ajukan. Namun, mereka dapat memberikan

jawapan yang betul bila diajukan kepada seluruh kelas.

5.2.2 Analisis Buku Modul Pelajar

Kebanyakkan pelajar tidak dapat menjawab soalan yang

meminta mereka menyatakan formula ion bagi unsur kumpulan

1. Mereka tidak dapat membezakan cas bagi ion unsur

Kumpulan 1 iaitu lithium, natrium dan kalium. Mereka tidak

dapat membezakan cas unsur jika dalam keadaan atom dan

dalam bentuk ion. Mereka menanyakan soalan seperti, “Kenapa

cas positif dan bukannya negatif?, Kenapa atom lithium

mendermakan elektron dalam tindak balas?”

Page 6: Kajian Tindakan

6

5.2.3 Analisis Video

Dalam rakaman video tersebut, reaksi pelajar semasa menjawab

soalan dalam buku modul dapat dilihat dengan jelas. Mereka

seperti tidak mempunyai idea dan memerlukan bimbingan guru

untuk menjawab soalan yang baru sahaja diterangkan. Pelajar

juga tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana tidak

memahami kehendak soalan.

5.3 Melaksanakan Tindakan

Saya akan mengadakan kelas tambahan untuk subtopik unsur-unsur Kumpulan

1 khususnya mengenai hubungan antara sifat-sifat kimia unsur Kumpulan 1

dengan susunan elektron bagi kumpulan sasaran. Saya akan menggunakan

teknik 4 langkah ini untuk mengajar tentang formula ion.

Contoh Soalan: Pembentukan ion lithium dalam tindak balas kimia.

Langkah 1: tentukan susunan elektron

Pelajar perlu tahu bilangan nombor proton untuk atom lithium iaitu 3

Selepas itu, pelajar akan membuat susunan elektron untuk atom lithium iaitu

2.1.

Page 7: Kajian Tindakan

7

Langkah 2: susunan elektron duplet atau oktet

Berapa elektron yang perlu didermakan/diterima bagi mencapai susunan

elektron duplet/oktet?

Atom lithium akan mendermakan 1 elektron untuk mencapai susunan duplet

2.

Langkah 3: persamaan pembentukan ion

lukiskan susunan elektron untuk atom lithium

Langkah 4: tentukan cas ion

Atom yang mendermakan elektron akan bercas positif. Sebagai contoh ion

lithium (2.1) akan bercas positif 1 (+1) kerana berlebihan 1 elektron untuk

mencapai susunan duplet.

Cara penulisan yang betul: Li+

Atom yang menerima elektron akan bercas negatif kerana kekurangan

elektron. Sebagai contoh ion fluorida (2.7) akan bercas negatif 1 (-1) kerana

kekurangan 1 elektron untuk mencapai susunan oktet.

Selepas penerangan mengenai 4 langkah ini, saya akan memberikan

setiap pelajar satu lembaran kerja untuk menilai kefahaman mereka selepas

menggunakan teknik ini.

1+

Li Li

Li

Page 8: Kajian Tindakan

8

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

Kumpulan sasaran untuk kajian ini sebolehnya diperluaskan kepada

semua pelajar Tingkatan 4 aliran Sains di SMK Bukit Sentosa.

Kemudahan di dalam kelas harus dipastikan berfungsi dan dalam

keadaan baik supaya tidak menganggu sesi pelaksanaan kajian.

Page 9: Kajian Tindakan

9

Rujukan

Madznah Bachok. (2004).Format penulisan laporan kajian tindakan. Manual kajian

tindakan.

Mary Tan Mui Yee. (2012). Kesan penggunaan aktiviti “hands-on” dalam proses

pembelajaran sains tahun empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP

SN. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 2012, 180-194.

Noor Fatihah Md Noor. (2008). Keberkesanan penggunaan kaedah mnemonik dalam

topik jadual berkala unsur tingkatan empat. Kajian ilmiah tahun akhir. Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Yeap (2013). eNotes: chemistry spm form 4 and 5. Percetakan Jiwabaru. Selangor.