kajian tindakan

download kajian tindakan

of 8

description

kajian tindakan

Transcript of kajian tindakan

JABATAN PELAJARAN PERAK,

1.TajukMurid Autisma: Menangani Masalah Tumpuan Perhatian dalam Pembelajaran Bahasa Cina dengan Menggunakan Kaedah Penyekatan Mobiliti.4.Latar Belakang KajianSewaktu saya menjalani PdP Bahasa Cina di kelas empat Hijau (4H), saya menghadapi masalah tumpuan pengajaran walaupun kelas saya hanya mempunyai 23 orang. Daripada 23 orang murid saya ini, terdapat 2 orang murid bangsa melayu dan 1 orang murid kurang berupaya (OKU). Mereka masing-masing mempunyai masalah bahasa, komunikasi dan sosial pada tahap berbeza. Setelah saya meneliti corak tingkahlaku dan personaliti anak-anak murid saya, saya mendapati 2 orang murid tidak boleh menumpu perhatian sewaktu pembelajaran. Keadaan ini sedikit sebanyak telah mengganggu proses P&P dalam kelas.

Secara umumnya, autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Kanak-kanak autisma mempamerkan kesemua atau sebahagian ciri daripada yang berikut: suka bersendirian, sukar bergaul langsung dengan individu lain, menunjuk tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa (Hamid Arshat, 2009). Maka, kegagalan menumpu perhatian dan memahami arahan guru oleh 2 orang murid autisma ini juga mengganggu proses pembelajaran mereka.5.Masalah / Fokus KajianMasalah utama yang sering murid hadapi ialah masalah tumpuan perhatian pada guru. Mereka suka bersendirian dan seoleh-oleh hidup dalam dunia sendiri. Dalam dunia sendiri mereka, mereka suka berlari ke sana sini, menyanyi, menconteng buku, memutar-mutar pensil dan menepuk-nepuk tangan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan masalah murid dalam tumpuan pembelajaran dengan penyekatan mobiliti mereka (immobilization). 6.Rasional KajianKajian ini dijalankan kerana 2 orang murid autisma dari kelas PK2 ini sering gagal mengikuti kelas. Tingkahlaku mereka juga telah mengganggu pembelajaran rakan kelas lain.7.Objektif Kajian

Objektif Umum: Untuk memastikan semua murid kelas PK2 boleh mendapat ilmu sewaktu proses pengajaran & pembelajaran Bahasa Cina dengan tumpuan perhatian yang setinggi mungkin.2 orang murid autisma bertingkahlaku hiperaktif itu dapat dikawal dan menumpu perhatian dalam kelas.Objektif Khusus:

1. Mengawal tingkahlaku 2 orang murid autisma yang bermobiliti tinggi.

2. Membina amalan rutin 2 orang murid autisma untuk mendengar arahan guru semasa proses P&P: membaca dan menulis.

3. Menanam rasa minat belajar murid kelas PK2.8.Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah seramai 2 orang murid autisma bertingkahlaku hiperaktif dalam kelas Pendidikan Khas 2: Woon Zi Jie & Pang Kim Seong.9.Strategi TindakanAktiviti 1: Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat-ubatan untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan (Hamid Arshat, 2009). Dalam kajian ini, saya akan menggunakan kaedah pengubahsuaian tingkah laku untuk mengurangkan mobiliti Zi Jie dan Kim Seong. Strategi ini melibatkan susunan meja dan kerusi kelas yang ditunjuk seperti di bawah:

Rajah 1: Pelan Kelas semasa P&P

Aktiviti 2: Pemerhatian: Woon Zi Jie amat suka menyanyi. Selain itu, dia suka menconteng dan membaca buku yang bergambar dan berwarna-warni. Oleh itu, mobiliti Zi Jie mungkin boleh dikurangkan dengan susunan meja sebegitu dan pembacaan buku kesukaan dia.

Aktiviti 3: Pemerhatian: Bagi Pang Kim Seong pula, dia amat suka membaca kad gantung binatang dan buku Sains. Oleh itu, mobiliti Kim Seong boleh dikurangkan dengan susunan meja sebegitu dengan kawalan pembantu pengurusan murid kelas (PPM) serta diberikan kad binatang dan buku Sains.

Aktiviti 4: Teknik pengajaran berpusatkan murid dengan pendekatan secara individu. Bagi setiap waktu kembar Bahasa Cina (60 minit), setiap murid akan belajar bersama saya selama 7 hingga 10 minit mengikut keadaan. Jika waktu Bahasa Cina hanya sewaktu sahaja (30 minit), masa untuk setiap murid adalah 3 hingga 5 minit mengikut keadaan. Bagi Woon Zi Jie dan Pang Kim Seong, mereka akan belajar pada giliran terakhir sementara rakan kelas lain sedang membuat lembaran kerja.10. Jadual Pelaksanaan KajianMasa/ TempohAktiviti

Minggu Pertama (1 minggu) Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid.

Guru membuka buku bacaan perkataan murid.

Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid pada teks dan membaca teks buku.

Guru memegang tangan murid untuk membimbing murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti.

Murid mungkin tidak memberi respon atau cuba melepaskan tangan guru.

Jika murid bertindak ganas, guru akan memegang tangan murid dengan lebih kuat lagi atau memberhentikan tindakan mengikut keadaan murid.

Minggu ke 2 dan minggu ke 3

(2 minggu) Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid.

Guru membuka buku bacaan perkataan murid.

Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid pada teks dan membaca teks buku.

Guru memegang tangan murid untuk membimbing murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti.

Murid mungkin tidak memberi respon atau memberi respon pada kandungan pengajaran tertentu sahaja: contoh: nyanyian

Murid mungkin mulai menerima cara pembelajaran ini dan tidak bertindak ganas lagi.

Minggu ke 4 dan minggu ke 5

(2 minggu) Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid.

Guru membuka buku bacaan perkataan murid.

Guru tidak perlu memegang tangan murid. Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersama-sama.

Guru membaca teks buku dan murid mengikut.

Guru masih memegang tangan murid untuk membimbing murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti.

Minggu ke 6

(1 minggu) Guru mengarah murid untuk mengeluarkan buku teks atau buku bacaan.

Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersama-sama.

Guru membaca teks buku dan murid mengikut.

Guru tidak perlu memegang tangan murid untuk bimbingan lembaran kerja.

11. Anggaran Kos Kajian

ItemKos seunitJumlah Kos

Kertas A4RM 10.00 x 1 unitRM 10.00

JumlahRM 10.00

12.Keputusan dan Analisis KajianSelepas pelaksanaan tindakan selama 6 minggu, satu penilaian diambil ke atas kedua-dua murid yang diperhati. Terdapat 5 aspek tingkahlaku telah diambil kira untuk mengkaji tingkahlaku murid-murid sasaran. Kemudian, perbandingan tingkahlaku murid sebelum dan selepas kajian telah dilakukan untuk memperlihat perkembangan pengubahsuaian tingkah laku murid. Jadual 12a : Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid Pang Kim Seong Sebelum dan Selepas Tindakan

TingkahlakuSebelum Selepas

1. Mengeluarkan buku bacaan dan buku aktiviti tanpa bantuan

2. Membuka buku bacaan tanpa bantuan//

3. Menunjuk jari pada teks dan membaca tanpa bantuan./

4. Menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti tanpa kawalan tingkahlaku./

5. Memberi respon semasa P&P//

Jadual 12b: Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid Woon Zi Jie Sebelum dan Selepas Tindakan

TingkahlakuSebelum Selepas

1. Mengeluarkan buku bacaan dan buku aktiviti tanpa bantuan/

2. Membuka buku bacaan tanpa bantuan/

3. Menunjuk jari pada teks dan membaca tanpa bantuan./

4. Menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti tanpa kawalan tingkahlaku.

5. Memberi respon semasa P&P/

Berdasarkan analisis ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam pengurusan tingkahlaku tetapi pada tahap berbeza. Bagi murid Pang Kim Seong, sebanyak 4 daripada 5 aspek telah tercapai dari keseluruhan tingkahlaku yang dinilai, iaitu berjaya sebanyak 80%. Bagi murid Woon Zi Jie, hanya 3 daripada 5 aspek tingkahlaku yang betul tercapai dalam tempoh kajian, maka kejayaan dicapai adalah sebanyak 60%.

13.Refleksi Kajian Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang perkembangan kemajuan murid dinilai dari kekerapan berlakunya tingkahlaku yang salah dalam kelas, iaitu tidak berduduk di tempat belajar semasa proses P&P. Berdasarkan pemerhatian selama 6 minggu selepas pelaksanaan tindakan, didapati kedua-dua murid mendapat kemajuan yang memuaskan. Walau bagaimanapun, kedua-dua murid ini masih boleh terganggu oleh beberapa jenis benda dalam kelas semasa proses P&P. Bagi murid Pang Kim Seong, dia lebih mudah ditarik perhatian oleh alatan media elektronik seperti buku cerita berbunyi dan komputer. Bagi murid Woon Zi Jie, dia akan tertarik pada pensel warna, alatan media elektronik dan bekas air. Maka, mereka tidak dapat menumpu perhatian pada P&P jika elemen-elemen ini berada di sekeliling mereka. 14. Cadangan LanjutanMemandangkan pengubahsuaian tingkahlaku murid belum lagi mencapai kejayaan 100%, maka saya akan meneruskan kajian ini dengan membuat penambahbaikan seperti aktiviti dengan token ekonomi dan reward menu, pendekatan extinction agar masalah tingkahlaku kedua-dua orang murid ini boleh dikurangkan kepada tahap minima.

PAGE 3