KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

19
MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 3 DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA Oleh: Norazizah binti Israpil Sekolah Kebangsaan Tempoyang Kuala Lipis, Pahang. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk memudahkan murid mengingat dan menghurai isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu menggunakan kaedah peta minda. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah berdasarkan markah yang diberikan semasa latihan penulisan yang diadakan. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam teknik mereka menghasilkan karangan. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa ada perubahan positif dalam amalan pengajaran saya berbanding dengan pengajaran saya sebelum ini. LATAR BELAKANG KAJIAN 1

Transcript of KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

Page 1: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 3 DALAM PENULISAN BAHASA

MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA

Oleh:

Norazizah binti Israpil

Sekolah Kebangsaan Tempoyang

Kuala Lipis, Pahang.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk memudahkan murid mengingat dan

menghurai isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu

menggunakan kaedah peta minda. Kaedah yang digunakan dalam kajian

ini adalah untuk melatih murid-murid melahirkan dan menghuraikan isi-isi

penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi. Kaedah

pengumpulan data yang digunakan adalah berdasarkan markah yang

diberikan semasa latihan penulisan yang diadakan. Kajian ini mendapati

bahawa ada peningkatan dalam teknik mereka menghasilkan karangan.

Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa ada perubahan positif dalam

amalan pengajaran saya berbanding dengan pengajaran saya sebelum

ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Saya telah menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Tempoyang.

Sekolah ini merupakan sekolah kategori luar bandar. Sekolah ini terletak kira-kira 8

kilometer dari bandar Kuala Lipis dan bersebelahan dengan Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majoriti ibubapa atau penjaga terdiri daripada guru,

pensyarah atau pun pegawai perhutanan. Bilangan murid di SK Tempoyang adalah

seramai 184 orang.

Saya diberi tugas untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun 3UIA.

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tahap satu di setiap sekolah

1

Page 2: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

merupakan perkara yang amat penting. Ini kerana pada tahap permulaan mata

pelajaran Bahasa Melayu, guru-guru berperanan untuk memperkenalkan huruf

kepada murid-murid. Sesetengah murid mungkin menghafal nombor dengan

sebutan atau percakapan sahaja tetapi gagal untuk menulis dengan betul. Namun,

saya cukup bertuah kerana murid-murid di sekolah ini mempunyai pendedahan dari

segi pendidikan bukan sahaja di sekolah bahkan juga di rumah. Boleh dikatakan

hampir separuh daripada murid yang saya ajar aktif dan memberikan kerjasama

ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

PERNYATAAN MASALAH

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara dan menjadi mata pelajaran

utama dalam sistem pendidikan. Objektif utama pengajaran Bahasa Melayu adalah

berfokuskan kepada kebolehan murid-murid menulis, membaca, dan menutur

dengan baik. Di samping itu, Bahasa Melayu juga turut membantu murid

mempelajari mata pelajaran lain yang turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai

bahasa perantaraan.

Saya merupakan seorang guru praktikum Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan

Tempoyang di dalam daerah Kuala Lipis, pelajar di sekolah ini terdiri daripada 184

orang pelajar. Saya mendapati bahawa murid tahun 3 masih lagi agak sukar

membina ayat dan menjana idea untuk menghasilkan karangan pendek. Apabila

murid diberi gambar dan diarah untuk membina ayat, ia tidak menjadi masalah.

Namun apabila diberi pula sebuah tajuk karangan murid di dapati agak sukar

menjana idea untuk menghasilkan ayat untuk membina karangan yang ringkas. Oleh

itu saya telah membuat kajian untuk mengenal pasti cara terbaik untuk murid

membina ayat yang mudah untuk menghasilkan karangan yang mudah.

2

Page 3: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

Rajah 1: Contoh Penulisan Murid

Latihan tersebut menunjukkan murid masih lemah mengemukakan isi-isi penting

yang berkaitan dengan tajuk karangan. Oleh sebab kekurangan isi, murid-murid ini

gagal untuk membuat huraian yang tepat dan berkaitan. Ada di antara mereka

mengemukakan isi yang kabur dan kurang jelas. Ini menyebabkan isi karangan

mereka terpesong dan terkeluar daripada tajuk. Kelemahan ini menyebabkan

mereka tidak dapat menghasilkan karangan yang baik dan seterusnya menjejaskan

markah mereka.

Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang

agak rendah. Pertama, murid-murid ini masih belum dapat menguasai dengan baik

kemahiran mengemukakan isi-isi penting serta membuat huraian terhadap isi-isi

tersebut. Kedua, kaedah pengajaran yang saya gunakan selama ini kurang memberi

kesan terhadap pemahaman mereka.

3

Page 4: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid membina ayat dan

menjana idea dengan mudah menggunakan kaedah peta minda.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang akan saya lakukan adalah bertujuan untuk membantu murid

agar:

1) Murid dapat membina ayat yang mudah.

2) Menjana idea berdasarkan peta minda yang dibina.

3) Murid mahir dalam menghasilkan peta minda berdasarkan tajuk yang diberi.

4) Murid dapat membina perenggan yang mudah untuk menghasilkan karangan

yang ringkas.

SOALAN KAJIAN

Antara soalan kajian adalah:

1) Apakah kaedah yang saya boleh gunakan untuk membantu murid agar dapat

membina ayat tanpa bantuan gambar?

2) Mampukah murid saya membina ayat dan menjana idea tanpa bantuan

gambar?

3) Adakah cara saya menggunakan kaedah peta minda dapat menarik minat

murid untuk berasa seronok belajar membina ayat?

4) Adakah akhirnya murid dapat menghasilkan ayat mudah dengan betul?

KESIGNIFIKAN KAJIAN

Dengan mendedahkan dan membiasakan kaedah 5W 1H dan peta minda

bagi menjana idea akan memudahkan murid untuk membina ayat bagi

menghasilkan perenggan dalam karangan.

4

Page 5: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Penyelidikan

Penyelidikan ini mengaplikasikan model penyelidikan tindakan ( Model Kemmis dan

Taggart, 1992) seperti gambarajah berikut:

5

MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN

Terdapat beberapa murid tahun 3 yang kurang mahir membina ayat dan membina perenggan dalam karangan.

REFLEKSI

Kaedah mengukur yang berkesan berjaya mengatasi permasalahan murid

Latih tubi yang bersistematik menangani masalah murid.

PERANCANGAN.

Membiasakan murid dengan membina peta minda berdasarkan 5w 1h

Melaksanakan kaedah membina ayat mudah tanpa bantuan gambar

Menjalankan latihan penulisan karangan

TINDAKAN

Memastikan murid sentiasa menggunakan kaedah peta minda dan 5w 1h

PENGUMPULAN DATA

Latihan dan pemarkahan

Pemerhatian pelaksaan tugasan dalam bilik darjah

Menilai hasil kerja murid

Maklumat dari guru kelas, guru Bahasa Malaysia dan guru mata pelajaran lain

Latihan penulisan dan pemarkahan.

Page 6: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

SASARAN KAJIAN

Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada murid dari Tahun 3 Sekolah Kebangsaan

Tempoyang, Kuala Lipis.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah terhad kepada penulisan ayat dan karangan sahaja.

INSTRUMEN KAJIAN

Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah iaitu:

I. Latihan : bertulis

II. Latihan : bertulis

ANALISIS KAJIAN

i. Latihan dan pemarkahan dengan melihat murid dapat membina peta

minda dengan menggunakan kaedah 5w 1h berdasarkan soalan penulisan

karangan yang diberi.

ii. Bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid mengenai perkembangan

idea dengan menggunakan kaedah 5w 1h berdasarkan tajuk yang diberi.

iii. Latihan mambina ayat yang mudah untuk membina perenggan dalam

karangan.

TINJAUAN AWAL

Saya telah membuat tinjauan awal masalah murid melalui:

i. Latar belakang muridii. Semasa ujian penilaian 1iii. Penelitian hasil tugasan murid

6

Page 7: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

ANALISIS HASIL TUGASAN MURID

Tugasan yang diberikan oleh guru adalah dari segi menghasilkan karangan ringkas

berdasarkan tajuk yang diberi.

ANALISIS UJIAN PRA BERTULIS

Ujian pra bagi kemahiran penulisan bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan

dalam penulisan ayat serta karangan murid tahun 3 yang terdiri daripada murid-

murid yang masih kurang pededahan kepada penulisan karangan.

PERANCANGAN TINDAKAN

Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat, didapati murid-murid berkenaan perlu

diberikan bantuan secara penulisan berkumpulan dan juga secara peribadi dalam

mengenali teknik menghasilkan ayant yang betul berpandukan peta minda dan

kaedah 5w 1h dan membantu mereka menguasainya dengan baik. Dengan itu,

pemantapan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P), menggunakan bahan

bantu belajar yang menarik, merangsang minat murid dan latih tubi yang aktif dibuat

dan dihasilkan bagi membantu mereka dengan cara:

i. P&P yang baik dan menepati keseluruhan objektif.

ii. Penggunaan bahan bantu belajar yang bersesuai dengan pemahaman

murid dan mampu menarik minat murid.

iii. Guru memberikan “personal teaching” untuk murid-murid.

iv. Guru memberikan latih tubi dan latihan pengukuhan untuk menguji

penguasaan murid-murid terhadap apa yang mereka pelajari.

v. Guru memberikan ujian pasca bertulis.

7

Page 8: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

PERLAKSANAAN TINDAKAN

Perlaksanaan tindakan adalah seperti berikut:

i. Hari 1-5 : Guru membuat latihan kepada semua murid. Latihan ini

dijalankan dengan memberikan murid lembaran kerja yang memerlukan

murid menghasilkan sebuah karangan ringkas yang bertajuk ‘Kemeriahan

Majlis Hari Keluarga’.

ii. Hari 6-10 : Murid-murid diberi latih tubi dan bimbingan mengenai teknik

menghasilkan peta minda menggunakan kaedah 5w 1h untuk menjana

idea. Guru akan memastikan setiap pelajar menguasai kaedah tersebut.

iii. Hari 11-15 : Setiap murid diarahkan menghasilkan ayat mudah

berdasarkan peta minda yang telah dihasilkan secara lisan dan tulisan.

PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data yang saya gunakan dalam kajian ini ialah melalui markah

ujian penilaian dan latihan harian murid. Pada awal bulan Februari, saya telah

mengumpul maklumat awal tentang kajian ini melalui keputusan latihan harian

murid. Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas

terhadap bilangan murid yang terlibat serta tahap pencapaian mereka. Berpandukan

maklumat daripada tinjauan awal ini, saya telah meneliti buku latihan harian murid.

Hasil daripada penelitian ini, saya telah memperolehi maklumat tentang kelemahan

murid-murid ini. Seterusnya saya pun memulakan langkah untuk melaksanakan

kajian ini. Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah mengumpul data melalui 4 siri

Latihan Penulisan Bahasa Melayu. Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat

dalam Borang Analisis Markah Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan

keputusannya menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

8

Page 9: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

TINDAKAN DALAM KAJIAN

Saya telah merancang untuk melaksanakan kajian ini bermula dari awal bulan

Februari hingga penghujung bulan Mac. Saya telah mengenal pasti 6 orang murid

untuk dijadikan subjek kajian ini. Saya melaksanakan pengajaran saya

menggunakan Kaedah Peta minda dan Kaedah 5w 1H. Saya memperuntukkan 2

waktu (60minit) pada setiap hari Khamis untuk melaksanakan p&p menggunakan

kaedah ini. Saya menggunakan 1 waktu (30 minit) untuk perbincangan dan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu (30 minit)

untuk murid-murid membuat latihan penulisan. Saya akan membuat penilaian

terhadap keberkesanan kaedah ini dengan mengadakan latihan pada setiap minggu

dalam tempoh kajian ini.

Sehari sebelum memulakan pengajaran, saya telah memberitahu murid tentang

jenis karangan dan tajuk yang akan diajar supaya mereka membaca format dan

beberapa contoh karangan yang berkaitan serta membuat rujukan tentang tajuk

tersebut. Dengan cara ini, murid-murid sudah ada pengetahuan tentang karangan

yang akan diperbincangkan nanti.

Saya telah melaksanakan beberapa langkah p&p menggunakan kaedah ini.

Langkah-langkah p&p yang saya gunakan adalah seperti berikut.

Set Induksi : Bersoal jawab tentang tajuk.

Langkah 1 : Perbincangan tentang format karangan dan Kaedah Peta Minda

dan Kata Soal yang digunakan untuk mencatat dan mencari isi-isi

penting.

Langkah 2 : Perbincangan tentang perenggan pendahuluan menggunakan kata

soal.

Langkah 3 : Menggunakan kata soal untuk mencari isi-isi penting.

Menggunakan peta minda untuk mencatat isi-isi penting.

Langkah 4 : Perbincangan tentang perenggan penutup menggunakan kata soal.

Langkah 5 : Latihan penulisan.

Penutup : Rumusan tentang tajuk.

9

Page 10: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

Saya memulakan langkah p&p dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang

berkaitan dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka.

Seterusnya di dalam langkah pertama, saya berbincang dengan murid-murid tentang

format karangan (untuk karangan yang berformat sahaja).

Di dalam langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan membincangkan

perenggan pendahuluan. Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam

perenggan pendahuluan, murid-murid boleh menggunakan kata soal untuk

menerangkan tentang tajuk atau mengemukakan isu semasa yang berkaitan dengan

tajuk. Sebagai contoh dalam karangan yang bertajuk “ Cara Membalas Jasa Ibu

Bapa”, saya telah meminta murid menggunakan kata soal siapa dan apa. Saya

telah memilih subjek kajian untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Contoh soalan: Siapakah ibu bapa?

Contoh jawapan murid: Orang yang melahir dan membesarkan kita.

Contoh soalan: Apakah jasa ibu bapa kita?

Contoh jawapan murid: Memelihara dan memberi kita pelajaran.

Di dalam langkah ketiga, saya melatih murid-murid menggunakan kata soal yang

sesuai untuk melahirkan isi-isi penting. Sebagai contoh, murid menggunakan kata

soal bagaimana untuk mencari jawapan atau isi yang berkaitan dengan tajuk.

Contoh soalan: Bagaimanakah kita membalas jasa ibu bapa kita?

Contoh jawapan murid: Belajar bersungguh-sungguh.

Sekiranya jawapan yang diberikan itu tepat dan berkaitan, maka pujian dan tepukan

diberikan kepada murid berkenaan. Murid tersebut atau murid lain dikehendaki

mencatat isi yang telah dikemukakan tadi pada peta minda seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 2.

Setelah mengemukakan beberapa isi penting yang berkaitan, murid dikehendaki

menggunakan kata soal yang sesuai untuk menghuraikan isi tersebut. Sebagai

contoh, murid boleh menggunakan kata soal mengapa untuk membuat huraian.

Contoh soalan: Mengapakah kita perlu belajar bersungguh-sungguh?

Contoh jawapan murid: Supaya berjaya dalam pelajaran.

Setelah menghuraikan tajuk, murid dikehendaki memberikan contoh yang berkaitan

sebagai bukti huraian. Murid juga dikehendaki menggunakan kata soal yang sesuai

untuk menyatakan contoh yang berkaitan.

10

Page 11: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

Contoh soalan: Apakah perasaan ibu bapa apabila kita berjaya?

Contoh jawapan Murid: Bangga dan gembira.

Rajah 2: Contoh Peta Minda

11

CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA

Menggembirakan Hati Ibu Bapa

Berbuat baik dengan adik beradik yang lain

Menunjukkan Tingkah Laku yang Baik

Membantu ibu Bapa

Belajar Bersungguh-sungguh

Page 12: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

Seterusnya di dalam langkah keempat, saya membimbing murid menulis bahagian

penutup menggunakan kata soal yang sesuai untuk membuat rumusan tentang

tajuk.

Sebagai contoh murid boleh menggunakan kata soal mengapa untuk memberi

kesimpulan tentang keseluruhan isi yang telah diperbincangkan.

Contoh soalan: Mengapakah kita perlu membalas jasa ibu bapa kita?

Contoh jawapan murid: Kerana ibu bapa telah banyak berkorban kepada kita.

Untuk langkah yang terakhir, saya telah memberi latihan penulisan kepada murid-

murid. Semasa membuat latihan, saya memberi bimbingan secara individu. Saya

membimbing dan melatih mereka membina dan menyusun ayat dengan betul. Saya

juga menggalakkan mereka menggunakan kata wacana seperti oleh itu, tambahan

pula, oleh yang demikian, selain daripada itu, dan sebagainya untuk

menyambung isi.

REFLEKSI

Pada awal kajian ini, saya dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan

perhatian semasa perbincangan. Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan

tidak tahu sahaja. Mereka kurang memberi tumpuan semasa saya memberi

penerangan. Saya telah membuat teguran terhadap sikap mereka ini. Selepas

beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah

menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam aktiviti

perbincangan. Saya sangat berpuas hati dengan sikap yang mereka tunjukkan itu

serta peningkatan pencapaian mereka.

Saya dapati penggunaan kaedah peta minda dan kata soal dalam kajian ini ada

memberi kesan yang positif terhahap pemahaman murid-murid saya. Kaedah ini

dapat mempertingkatkan markah mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Saya juga

berpuas hati dengan hasil kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan

pengajaran saya telah menampakkan hasil yang memberansangkan berbanding

dengan kaedah yang saya gunakan sebelum ini.

12

Page 13: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

Saya bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk mencari isi-isi penting dalam

Bahasa Melayu Pemahaman. Pada persepsi saya, kaedah ini juga sesuai digunakan

untuk mencari isi-isi penting bagi petikan pemahaman. Saya juga akan terus

menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Melayu kerana kaedah ini dapat

memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan karangan yang baik.

Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini saya dapati sebagai seorang guru, saya

perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita

gunakan ada kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang

murid kita berbeza dari berbagai segi. Saya berpuas hati dengan kajian ini kerana

hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk saya meneruskan lagi penyelidikan

saya.

PENUTUP

Kesimpulannya, dengan penyelidikan yang telah saya lakukan ini dapat membantu

murid-murid tahun 3, Sekolah Kebangsaan Tempoyang dapat menulis dan

menghasilkan karangan dengan baik. Akhirnya diharapkan teknik dan kaedah yang

saya gunakan ini dapat dipraktikkan bagi murid-murid dalam aktiviti penulisan

Bahasa Melayu.

13

Page 14: KAJIAN TINDAKAN JIDJAH

BIBLIOGRAFI

Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in

Education. San Francisco: Josey-Bass Publishers.

Amir Awang. (1986). Teori-teori Pembelajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

14