Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

33
KAJIAN TINDAKAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER TABLET SEBAGAI ALAT BANTUAN MENGAJAR DALAM MEMPERSEMBAHKAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS FARIDAH BINTI JA'AFAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH 28 OGOS 2014

description

Oleh : Faridah Jaafar

Transcript of Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

Page 1: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER TABLET SEBAGAI ALAT BANTUAN MENGAJAR

DALAM MEMPERSEMBAHKAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS

FARIDAH BINTI JA'AFAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

28 OGOS 2014

Page 2: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU :

Selama tujuh tahun saya mengajar matapelajaran Matematik Tingkatan Satu dan Tingkatan

Dua di SMK Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Saya telah mengenalpasti kecenderungan

pelajar saya yang terdiri daripada golongan awal remaja. Mereka didapati kurang cenderung

untuk mempelajari Matematik, ditambah pula waktu pembelajaran sesi petang dengan masa

pembelajaran awal petang dan lewat petang yang singkat menyebabkan kebanyakan pelajar

saya iaitu lebih dari 50 peratus dalam satu-satu kelas menjadi kurang minat dan agak kurang

responsif terhadap pembelajaran mereka. Ini dibuktikan apabila sesuatu soalan berbentuk

responsif ditujukan kepada mereka, mereka menjadi agak pasif untuk menjawab atau dengan

kata lain minat menjawab soalan yang ditujukan adalah kurang. Keadaan ini menyebabkan

timbul kesukaran untuk saya menilai tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran

dalam kelas kerana masalah respon terhadap pembelajaran. Seperti guru-guru lain pada

akhir waktu pembelajaran, saya akan menanyakan adakah mereka benar-benar faham

dengan pengajaran saya pada hari tersebut dan jawapan yang biasa didengar adalah mereka

faham. Perkara-perkara biasa lain ialah yang saya dapati hampir 30 peratus skema jawapan

latihan akan sama untuk kelas pandai, 50 peratus skema jawapan latihan akan sama untuk

kelas pertengahan dan 90 peratus untuk kelas belakang. Ini menunjukkan bahawa pelajar

saya mempunyai sikap bekerjasama untuk mendapatkan jawapan atau menyelesaikan

masalah dan pada telahan saya mereka faham dengan pengajaran saya tetapi keputusan hasil

ujian dan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun amat mengecewakan.

Page 3: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

2.0 FOKUS KAJIAN :

Berdasarkan permasalahan tersebut, saya mengandaikan kemungkinan mereka tidak

membuat ulangkaji sebelum peperiksaan. Walaupun pelajar-pelajar saya mempunyai sikap

bekerjasama untuk menyelesaikan permasalahan matematik sesama mereka tetapi mereka

tidak memiliki kemahiran menyelesaikan masalah matematik secara bersendirian.

Kadangkala juga saya berfikir mungkin permasalahan itu wujud hasil dari masalah

pengajaran saya sendiri yang agak tradisional iaitu menulis di papan putih menggunakan

marker, meminta pelajar menyalin nota dan membuat latihan yang banyak menyebabkan

kelas sesi petang yang hambar menjadi membosankan. Saya cuba membuat perbandingan

pola pembelajaran pelajar zaman dahulu dengan zaman sekarang dan mendapati bahawa

pelajar sekarang lebih cenderung untuk menggunakan multimedia untuk belajar melalui

jaluran lebar berbanding mengulangkaji pelajaran melalui buku. Pelajar sekarang lebih suka

menaip daripada menulis dan menggunakan agen carian seperti google daripada bertanyakan

soalan kepada guru. Hasil dapatan (findings) yang saya perolehi ini, saya cuba mengaitkan

kecenderungan pelajar dengan pengajaran saya di dalam kelas. Saya telah cuba ubah

daripada meminta pelajar melihat contoh di dalam buku teks dengan mengambil inisiatif

mengambil gambar setiap helaian contoh untuk dimasukkan ke dalam alat bantuan mengajar

multimedia saya supaya dapat dipaparkan dan ini dapat menarik perhatian semua pelajar

untuk ikut bersama-sama dengan saya untuk mendapatkan maklumat penting dari setiap

soalan yang telah dipaparkan tadi. Saya mendapati pelajar memberikan respon yang agak

baik dengan memberi tumpuan terhadap setiap pengajaran yang saya sampaikan di dalam

kelas. Masalah seperti pelajar terlupa untuk membawa buku teks tidak lagi menjadi satu

beban kepada saya. Masa menyalin nota juga dapat dijimatkan dan tumpuan pembelajaran

pada hari tersebut adalah berkisar kepada contoh latihan yang pelbagai. Dengan menganalisa

contoh latihan yang pelbagai, ianya telah membuka ruang kepada pelbagai soalan rantaian

dari soalan berkenaan. Perbezaan ketara yang saya dapat hasil daripada transformasi yang

saya lakukan ini ialah pelajar yang dahulunya pasif di dalam kelas kini tidak segan silu untuk

bertanya malah ada diantara para pelajar saya juga sudah berani tampil kehadapan untuk

berkongsi cara penyelesaian dengan menggunakan kaedah penyelesaian cara mereka sendiri.

Apa yang menggembirakan saya ialah rasa keterlibatan mereka menyelesaikan permasalahan

yang diberikan di dalam kelas menunjukkan peningkatan fokus waktu pembelajaran.

Page 4: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN :

Objektif Am :

Meningkatkan peratus kelulusan subjek Matematik sekolah.

Objektif Khusus :

Meningkatkan fokus pembelajaran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

Meningkatkan penglibatan menyeluruh pelajar semasa sesi pembelajaran berlaku (Pembelajaran berpusat kepada pelajar - kolaborasi berlaku)

Meningkatkan peratus lulus pelajar dalam subjek Matematik

4.0 KUMPULAN SASARAN :

Kajian melibatkan keseluruhan pelajar tingkatan 2 SMK Sungai Layar.

Page 5: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

5.0 PROSEDUR KAJIAN :

Kajian melibatkan keseluruhan pelajar tingkatan 2 SMK Sungai Layar.

5.1 Tinjauan Awal :

Tiga buah kelas diambil sebagai sampel untuk terlibat dengan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan komputer tablet dan LCD TV di bilik tayangan iaitu kelas

201, 204 dan 208.

5.2 Tindakan Intervensi :

Mengumpul data keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013, keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013, Ujian Bulan Mac 2014 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

Membandingkan data keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013, keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 sebagai data sebelum menggunakan komputer tablet dalam pengajaran dan pembelajaran dengan Ujian Bulan Mac 2014 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 iaitu sebagai data selepas menggunakan komputer tablet dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menyediakan borang soal selidik secara online kepada setiap pelajar untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan keberkesanan dan harapan mereka terhadap penggunaan komputer tablet di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mencetak analisis daripada soal selidik yang telah di buat menggunakan google form.

Page 6: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

5.3 Penilaian Tindakan Intervensi :

5.3.1 Penilaian Berdasarkan Analisis Keputusan Ujian dan Peperiksaan 2013 dan 2014.

Berikut adalah analisis keputusan yang telah diperoleh hasil daripada Membandingkan data keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013, keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 sebagai data sebelum menggunakan komputer tablet dalam pengajaran dan pembelajaran dengan Ujian Bulan Mac 2014 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 iaitu sebagai data selepas menggunakan komputer tablet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kelas yang terlibat dengan penggunaan komputer tablet adalah dari kelas 201, 204 dan 208 sahaja.

Pada tahun 2013, peperiksaan murid diambil berdasarkan format PMR iaitu Kertas 1 40 soalan objektif dengan tempoh masa 1 jam 15 minit dan Kertas 2 melibatkan 20 soalan subjektif dengan tempoh masa menjawab selama 1 jam 45 minit. Kertas satu meliputi markah sebanyak 40 markah manakala kertas 2 pula meliputi markah sebanyak 60 markah dan merupakan tahun kelas perintis kepada Sistem Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pada tahun 2014 pula, peperiksaan murid diambil berdasarkan format PT3 di mana soalan terdiri daripada Kertas 1 meliputi markah sebanyak 30 markah dan kertas 2 terdiri daripada bahagian A meliputi markah sebanyak 60 markah dan bahagian B meliputi markah sebanyak 40 markah di mana kesemuanya adalah dalam bentuk subjektif. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjawab peperiksaan adalah selama 2 jam.

JADUAL PERBANDINGAN KEPUTUSAN 2013 DAN 2014

TingkatanPBS PPT Mei

2013PBS PAT

Oktober 2013UJIAN1 Mac

2014PPT Mei

2014% Perbezaan Gred

Puratax y x y x y x y P1 P2 P3

101/201 1.96 60.8 2 60 4.54 9.2 3.62 27.6 -0.8 -50.8 18.4102/202 2.49 50.2 2.23 55.4 4.47 10.6 4.32 13.6 5.2 -44.8 3103/203 2 60 2.76 44.8 4.86 2.8 3.86 22.8 -15.2 -42 20104/204 2.59 48.2 2.74 45.2 5 0 4.89 2.2 -3 -45.2 2.2105/205 3.37 32.6 3.31 33.8 4.97 0.6 5 0 1.2 -33.2 -0.6106/206 3.9 22 4.11 17.8 4.97 0.6 4.87 2.6 -4.2 -17.2 2107/207 4.11 17.8 4.32 13.6 4.88 2.4 4.97 0.6 -4.2 -11.2 -1.8108/208 4.62 7.6 4.62 7.6 4.97 0.6 4.94 1.2 0 -7 0.6109/209 4.97 0.6 5 0 5 0 5 0 -0.6 0 0110/210 4.95 1 4.96 0.8 5 0 5 0 -0.2 -0.8 0

x mewakili gred puratay mewakili pencapaian dalam bentuk peratus dan diperoleh dari formula berikut :

y=−20x+100

Page 7: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

GRAF GARIS BAGI KELAS YANG DI AJAR

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober

2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 2014

0.000.501.001.502.002.503.003.504.004.505.00

101 (2013) ke 201 (2014)

101 (2013) ke 201 (2014)

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar yang sama dari kelas 101 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 201 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku penurunan peratusan sebanyak 0.8% melibatkan gred purata 1.96 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 2.00 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan memberikan kesan yang paling ketara iaitu penurunan sebanyak 50.8%. Walaubagaimanapun berlaku peningkatan peratusan sebanyak 18.4% melibatkan gred purata 4.54 bagi Ujian Bulan Mac 2014 kepada gred purata 3.62 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Pelajar dari kelas ini telah diberi pendedahan kepada penggunaan komputer tablet pada tahun 2014.

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober

2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 2014

0.00

1.00

2.00

3.00

4.00

5.00

6.00

105 (2013) ke 204 (2014)

105 (2013) ke 204 (2014)

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar dari kelas 105 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 204 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku kenaikan peratusan sebanyak 1.2% melibatkan gred purata 3.37 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 3.31 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan memberikan kesan yang paling ketara iaitu penurunan sebanyak 33.8%. Walaubagaimanapun berlaku peningkatan peratusan

-0.8%

-50.8%18.4%

1.2%-33.8%

2.2%

Page 8: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

sebanyak 2.2% melibatkan gred purata 5.00 bagi Ujian Bulan Mac 2014 kepada gred purata 4.89 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Pelajar dari kelas ini telah diberi pendedahan kepada penggunaan komputer tablet pada tahun 2014.

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober

2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 2014

4.40

4.50

4.60

4.70

4.80

4.90

5.00

108 (2013) ke 208 (2014)

108 (2013) ke 208 (2014)

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar dari kelas 108 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 208 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang perubahan peratusan dimana gred purata bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 kekal kepada 4.62. Perubahan format penilaian peperiksaan menurun sebanyak 7%. Walaubagaimanapun berlaku peningkatan peratusan sebanyak 0.6% melibatkan gred purata 4.97 bagi Ujian Bulan Mac 2014 kepada gred purata 4.94 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Pelajar dari kelas ini telah diberi pendedahan kepada penggunaan komputer tablet pada tahun 2014.

0%

-7%0.6%

Page 9: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

GRAF GARIS BAGI KELAS YANG DI AJAR CIKGU A

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober 2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 20140.000.501.001.502.002.503.003.504.004.505.00

102/202

102/202

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar yang sama dari kelas 102 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 202 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan peratusan sebanyak 5.2% melibatkan gred purata 2.49 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 2.23 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan memberikan kesan yang paling ketara iaitu penurunan sebanyak 44.8%. Walaubagaimanapun berlaku peningkatan peratusan sebanyak 3% melibatkan gred purata 4.47 bagi Ujian Bulan Mac 2014 kepada gred purata 4.32 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

5.2%

-44.8%3%

Page 10: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

GRAF GARIS BAGI KELAS YANG DI AJAR CIKGU B

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober 2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 20140.00

1.00

2.00

3.00

4.00

5.00

6.00

103/203

103/203

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar yang sama dari kelas 103 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 203 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku penurunan peratusan sebanyak 15.2% melibatkan gred purata 2.00 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 2.76 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan memberikan kesan yang paling ketara iaitu penurunan sebanyak 42%. Walaubagaimanapun berlaku peningkatan peratusan sebanyak 20% melibatkan gred purata 4.86 bagi Ujian Bulan Mac 2014 kepada gred purata 3.86 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober 2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 20140.00

1.00

2.00

3.00

4.00

5.00

6.00

105/205

105/205

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar yang sama dari kelas 105 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 205 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan peratusan sebanyak 1.2% melibatkan gred purata 3.37 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 3.31 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan memberikan kesan ketara iaitu penurunan sebanyak 33.2%. Peratusan gred terus menurun sebanyak 0.6% melibatkan gred

-15.2%

-42%20%

1.2%

-33.2% -0.6%

Page 11: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

purata 4.97 bagi Ujian Bulan Mac 2014 kepada gred purata 5.00 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober 2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 20144.95

4.96

4.97

4.98

4.99

5.00

5.01

109/209

109/209

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar yang sama dari kelas 109 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 209 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku penurunan peratusan sebanyak 0.6% melibatkan gred purata 4.97 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 5.00 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan tidak memberikan kesan perubahan peratusan bagi kelas ini. Peratusan gred terus kekal kepada gred purata 5.00 bagi Ujian Bulan Mac 2014 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

-0.6%

0% 0%

Page 12: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

GRAF GARIS BAGI KELAS YANG DI AJAR CIKGU C

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober 2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 20140.00

1.00

2.00

3.00

4.00

5.00

6.00

106/206

106/206

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar yang sama dari kelas 106 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 206 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku penurunan peratusan sebanyak 4.2% melibatkan gred purata 3.90 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 4.11 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan memberikan kesan ketara iaitu penurunan sebanyak 17.2%. Walaubagaimanapun berlaku peningkatan peratusan sebanyak 2% melibatkan gred purata 4.97 bagi Ujian Bulan Mac 2014 kepada gred purata 4.87 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober 2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 20140.00

1.00

2.00

3.00

4.00

5.00

6.00

107/207

107/207

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar yang sama dari kelas 107 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 207 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku penurunan peratusan sebanyak 4.2% melibatkan gred purata 4.11 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 4.32 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan memberikan kesan ketara iaitu penurunan sebanyak 11.2%. Peratusan gred terus menurun sebanyak 1.8% melibatkan gred

-4.2%

-17.2% 2%

-4.2%

-11.2%-1.8%

Page 13: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

purata 4.88 bagi Ujian Bulan Mac 2014 kepada gred purata 4.97 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

PBS PPT Mei 2013

PBS PAT Oktober 2013

UJIAN1 Mac 2014

PPT Mei 20144.92

4.93

4.94

4.95

4.96

4.97

4.98

4.99

5.00

5.01

110/210

110/210

Graf garis diatas merupakan analisis kajian melibatkan pelajar yang sama dari kelas 110 pada tahun 2013 yang telah naik ke tingkatan 210 pada tahun 2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku penurunan peratusan sebanyak 0.2% melibatkan gred purata 4.95 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 kepada gred purata 4.96 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Perubahan format penilaian peperiksaan menurun sebanyak 0.8%. Peratusan gred terus kekal kepada gred purata 5.00 bagi Ujian Bulan Mac 2014 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

-0.2%

-0.8%0%

Page 14: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

PBS PPT Mei 2013 PBS PAT Oktober 2013

UJIAN1 Mac 2014 PPT Mei 20141.00

1.50

2.00

2.50

3.00

3.50

4.00

4.50

5.00

5.50

101/201102/202103/203104/204105/205106/206107/207108/208109/209110/210

Ujian/Peperiksaan bagi Setiap Kelas

Gred

Pur

ata

Berdasarkan graf garis dan carta palang di atas, dapatan kajian menunjukkan bahawa purata gred bagi ujian yang dilakukan pada tahun 2013 adalah menurun sebanyak 2.18%. Hal ini mungkin disebabkan oleh tahun pertama pelajar diperkenalkan dengan Sistem Peperiksaan Berasaskan Sekolah dan tahun kedua guru menguruskan PBS di sekolah. Kekeliruan terhadap sistem penilaian ini sedikit sebanyak memberi impak kepada penurunan peratusan gred. Pada tahun 2014 penurunan gred purata paling ketara disebabkan peralihan format peperiksaan daripada PMR kepada PT3 iaitu purata peratusan gred sebanyak 25.22%. PMR terdiri daripada soalan objektif 40 markah untuk kertas 1 dan subjektif 60 markah bagi kertas 2. Manakala PT3 terdiri daripada kertas 1 30 markah dan kertas 2 100 markah dimana keseluruhan soalan adalah berbentuk subjektif semata-mata. Walaubagaimanapun, berlaku peningkatan peratusan gred purata iaitu sebanyak 4.38% pada ujian yang berlaku pada 2014. Berdasarkan graf diatas juga, jelas menunjukkan kualiti gred purata adalah berdasarkan kedudukan kelas berikut iaitu gred purata terbaik adalah dari kelas 101/201 diikuti oleh 103/203, 102/202, 106/206, 104/204, 108/208, 107/207, 105/205, 109/209 dan 110/210.

ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN/PEPERIKSAAN BAGI SETIAP KELAS

Page 15: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

5.3.2 Penilaian Berdasarkan Analisis Soal Selidik Secara Online Kepada Setiap Pelajar Berkenaan Keberkesanan dan Harapan Mereka Terhadap Penggunaan Komputer Tablet di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Soal selidik secara online kepada setiap pelajar untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan keberkesanan dan harapan mereka terhadap penggunaan komputer tablet di dalam pengajaran dan pembelajaran telah di laksanakan pada akhir bulan 5 2014 sehingga akhir bulan 7 2014 menggunakan aplikasi google form. Sehingga tarikh yang telah ditetapkan seramai 240 maklumbalas yang telah diterima iaitu 53% daripadanya adalah dari tingkatan 2, 39% dari tingkatan 1, 1% dari tingkatan 3, 2% dari tingkatan 4 dan 4% dari tingkatan 5. Berikut ialah hasil dapatan yang telah diperolehi dan dipersembahkan dalam bentuk carta pai dan carta palang.

Kajian juga menunjukkan bahawa 37% daripadanya adalah lelaki manakala selebihnya iaitu 63% adalah perempuan.

Carta palang diatas menunjukkan kajian berkenaan subjek kegemaran murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek pertama yang menjadi pilihan murid ialah subjek Matematik dengan peratusan tertinggi sebanyak 17%, diikuti oleh subjek Sains iaitu 16%, Pendidikan Islam 15%, Bahasa Melayu 14%, Bahasa Inggeris 11%, Sejarah dan Geografi dengan

Page 16: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

peratusan yang sama iaitu 8%, Kemahiran Hidup 7% dan lain-lain 5%. Ini menunjukkan bahawa tahap kecenderungan pelajar terhadap subjek matematik adalah sangat memberangsangkan.

Carta palang dibawah adalah kajian berkenaan dengan cara penyampaian guru di dalam kelas mengikut persepsi murid :

Carta palang di atas adalah berkenaan kaedah penyampaian guru Matematik di dalam kelas pada masa sekarang. Kajian menunjukkan bahawa 46% guru masih menggunakan papan putih atau papan hitam sebagai medium menyampaikan ilmu, diikuti oleh penggunaan komputer tablet berbantukan LCD TV iaitu sebanyak 27%, komputer tablet berbantukan projektor LCD 10%, komputer laptop berbantukan LCD TV 7%, komputer laptop berbantukan projektor LCD 5%, dan komputer desktop berbantukan LCD TV dan komputer desktop berbantukan projektor LCD dengan peratusan yang sama iaitu 3%. Ini menunjukkan penggunaan papan putih atau papan hitam masih menjadi pilihan utama guru-guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas.

Carta palang di atas adalah berkenaan alat bantuan mengajar yang digunakan oleh guru semasa pengajaran didalam kelas. Kajian menunjukkan bahawa 32% guru membawa set (geometri, bongkah pepejal, globe) bersaiz besar di dalam kelas, diikuti komputer tablet 22%, pembesar suara 14%, carta (graf, peta, jadual) bersaiz besar 13%, komputer laptop 11% dan projektor LCD 9%. Ini menunjukkan bahawa guru memanfaatkan alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah yang rata-ratanya bersaiz besar di dalam kelas.

Page 17: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

Carta palang dibawah adalah kajian berkenaan dengan kaedah pembelajaran murid di dalam kelas berdasarkan jawapan pilihan murid :

Carta palang di atas adalah berkenaan cara murid mempelajari subjek Matematik di dalam kelas. Kajian menunjukkan bahawa 18% murid memberi tumpuan penuh di dalam kelas dengan membuat catatan penting palam kelas, diikuti oleh 14% murid melengkapkan semua latihan yang diberikan oleh guru di dalam kelas, 13% murid mengulangkaji dengan rakan-rakan lain sekiranya tidak memahami kandungan yang disampaikan oleh guru di dalam kelas, 12% murid memberi tumpuan terhadap proses pengajaran tanpa membuat sebarang catatan nota, dan murid akan bertanya guru di dalam kelas sekiranya tidak memahami kandungan yang disampaikan oleh guru, 8% murid menyalin semua apa yang guru tulis dan sampaikan di dalam kelas dengan harapan boleh mendapat markah tinggi di dalam kelas, dan murid membuat latihan tambahan sebagai latihan pengayaan, 7% murid belajar di saat-saat akhir kerana yakin boleh menghafal semua formula di dalam buku teks, 5% murid yang tidak mengambil kesah dengan latihan yang diberikan oleh guru di dalam kelas dan 3% murid yang tidak memberi tumpuan dan tidak sabar untuk keluar dari kelas. Ini menunjukkan tidak sampai satu perempat pun pelajar yang benar-benar memberi tumpuan di dalam kelas dengan membuat catatan penting di dalam kelas.

Page 18: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

Carta palang di atas adalah berkenaan cara murid menangani persiapan mengurus masa menjelang minggu peperiksaan. Kajian menunjukkan bahawa peratusan tertinggi iaitu 24% murid menghafal formula, 23% murid membuat latihan tajuk yang sukar, 20% mengulangkaji seminggu sebelum peperiksaan, 17% murid esok peperiksaan malam baru mengulangkaji, 9% murid langsung tidak bersedia menghadapi peperiksaan, dan 8% murid mengulangkaji sebulan sebelum peperiksaan.

Carta pai di atas adalah berkenaan fokus pelajar di dalam kelas. Kajian menunjukkan 55% murid menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian di dalam kelas. Manakala 45% lagi tidak menghadapi masalah untuk memberi perhatian di dalam kelas.

Carta pai di atas adalah berkenaan pemahaman murid di dalam kelas. Kajian menunjukkan bahawa peratusan tertinggi iaitu 55% murid memahami sedikit daripada pengajaran yang di sampaikan, diikuti oleh 35% murid yang faham dengan pengajaran yang disampaikan, 9% murid yang sangat faham dengan pengajaran yang disampaikan dan 2% murid yang langsung tidak memahami pengajaran yang disampaikan di dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa tidak sampai separuh daripada pelajar yang faham dengan pengajaran yang cuba disampaikan oleh guru di dalam kelas.

Page 19: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

Kajian di bawah adalah berkenaan kaedah pengajaran yang dipilih oleh pelajar.

Carta palang di atas adalah berkenaan kaedah pengajaran yang menjadi pilihan murid. Kajian menunjukkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 23% murid suka dengan kaedah belajar menggunakan tayangan imej paparan LCD TV, diikuti 22% murid suka dengan kaedah belajar menggunakan papan putih dan marker, 20% murid suka dengan kaedah belajar menggunakan tayangan video pengajaran pada LCD TV, 12% murid suka dengan kaedah belajar menggunakan papan hitam dan kapur, 9% murid suka dengan kaedah belajar menggunakan projektor dan skrin dan 7% murid suka dengan kaedah belajar dengan membaca dan menyalin dari buku teks dan belajar menggunakan projektor dan papan putih.

Carta pai di atas adalah berkenaan kaedah pengajaran yang lebih mudah difahami oleh murid di dalam kelas. Kajian menunjukkan 61% murid lebih faham pengajaran sekiranya guru menunjukkan demonstrasi di dalam kelas manakala 39% lebih suka jika pengajaran di dalam kelas berdasarkan paparan grafik menggunakan perisian khas komputer.

Page 20: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

Carta palang di atas adalah berkenaan cadangan murid bagi meningkatkan pemahaman di dalam kelas. Kajian menunjukkan bahawa peratus tertinggi iaitu 33% murid mencadangkan supaya guru memperbanyakkan latihan, diikuti oleh 31% murid mencadangkan agar guru memperbanyakkan contoh soalan dan penyelesaian di dalam kelas, 28% murid mencadangkan guru supaya memperbanyakkan perbincangan soalan di dalam kelas dan 8% murid mencadangkan guru memperbanyakkan latihan secara online.

Carta pai di atas adalah berkenaan kaedah pengajaran yang menjadi pilihan murid. Kajian menunjukkan bahawa 37% murid memilih kaedah pengajaran menggunakan komputer tablet berbantukan LCD TV di dalam kelas, diikuti oleh 23% murid memilih kaedah pengajaran menggunakan papan putih atau papan hitam, 14% murid memilih kaedah pengajaran menggunakan komputer laptop berbantukan LCD TV, 12% murid memilih kaedah pengajaran menggunakan komputer tablet berbantukan projektor LCD, 10% murid memilih kaedah pengajaran menggunakan komputer laptop berbantukan projektor LCD, 3% murid memilih kaedah pengajaran menggunakan komputer desktop berbantukan projektor LCD dan 2% murid memilih kaedah pengajaran menggunakan komputer desktop berbantukan LCD TV.

Page 21: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

Carta palang di atas adalah berkenaan jaringan sosial yang sering dilayari oleh murid. Kajian menunjukkan bahawa peratusan tertinggi iaitu 34% murid gemar melayari Facebook, diikuti oleh 23% murid melayari Google Share, 15% murid melayari Whatsapp, 11% murid melayari Tweeter, 10% murid melayari Instagram dan 8% melayari laman Blog.Carta pai di atas adalah berkenaan laman blog yang telah saya hasilkan bermula November

2013 iaitu laman puanmatematik.blogspot.com. Laman ini di wujudkan sebagai satu alternatif untuk membantu murid-murid yang lemah penguasaan di dalam kelas juga sebagai satu cara untuk murid mengulangkaji di mana-mana sahaja mereka berada. Kajian menunjukkan bahawa peratusan tertinggi iaitu 40% murid menyatakan mereka tidak pernah mendengar tentang laman blog yang telah di buat, diikuti oleh 31% murid menyatakan bahawa mereka pernah mendengar tetapi tidak pernah melayari laman blog tersebut, 15% murid mengakui pernah membuka hanya sekali dan 14% murid mengakui selalu melayari laman blog tersebut untuk tujuan mengulangkaji.

Page 22: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

5.4 Refleksi Kajian :

Berdasarkan "Penilaian Analisis Keputusan Ujian dan Peperiksaan 2013 dan 2014" (merujuk perkara 5.3.1), saya berpendapat bahawa data yang diperolehi untuk digunakan dalam kajian ini adalah tidak mencukupi bagi menyokong keputusan kajian. Ini adalah kerana dalam tempoh mengadaptasi pembelajaran dan pengajaran menggunakan komputer tablet, terdapat faktor lain yang boleh dianggap sebagai gangguan atau dengan kata lain mempengaruhi keputusan pencapaian murid seterusnya mempengaruhi hasil dapatan kajian. Antara gangguan yang ketara kepada hasil dapatan kajian ialah format soalan yang berubah iaitu dari format Penilaian Menengah Rendah ke format Pentaksiaran Tingkatan 3. Keadaan ini dapat dilihat melalui pemerhatian terhadap kecerunan graf garis yang agak ketara pada sela pertengahan untuk semua graf garis keputusan bagi semua kelas tingkatan 1 pada tahun 2013 yang naik ke tingkatan 2 pada tahun 2014 seperti yang dipaparkan.

Walaubagaimanapun, melalui satu soal selidik yang telah dijalankan secara online iaitu "Keberkesanan dan Harapan Murid Terhadap Penggunaan Komputer Tablet di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran" (merujuk perkara 5.3.2) menunjukkan hasil dapatan seperti berikut :1. Murid cenderung kepada kaedah pengajaran melibatkan contoh soalan dan cara

penyelesaian masalah yang banyak di dalam kelas.2. Murid juga cenderung kepada pengajaran berdasarkan demonstrasi daripada guru

menggunakan alatan bantu mengajar yang sama seperti mereka dan bukan alatan berskala besar.

3. Murid juga cenderung kepada pengajaran menggunakan paparan yang jelas dan terang seperti LCD TV dan papan putih.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat sepanjang pengajaran menggunakan komputer tablet, menunjukkan hasil dapatan seperti berikut :1. Saya dapati murid yang dulunya pasif di dalam kelas kini sudah mula berani bertanyakan

soalan di dalam kelas.2. Murid menunjukkan komunikasi yang baik dengan guru.3. Murid boleh memberi tumpuan di dalam kelas meskipun terdapat banyak gangguan di

luar kelas.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA :

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya bercadang untuk meneruskan kajian ini

sehingga dapat membuktikan bahawa penggunaan komputer tablet sebagai alat bantuan

mengajar dalam mempersembahkan pengajaran di dalam kelas adalah sangat berkesan.

Page 23: Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Komputer Tablet#2

7.0 RUJUKAN :

Melibatkan pautan laman sesawang seperti berikut :

1 http://is.gd/uN7wTY Contoh-contoh kajian tindakan dari Sektor Pengurusan

Akademik, Jabatan Pendidikan Kedah

8.0 LAMPIRAN :

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Mendapat surat pelaksanaan program satu sekolah satu kajian kali ke-4/2014

28.04.2014

2 Menulis proposal kajian 23.05.2014

3 Menghantar proposal kajian ke Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Kedah (u.p. : Encik Azammer Azizan) sebelum 01.06.2014

28.05.2014

4 Merancang Tindakan 23.05.2014

5 Melaksanakan tindakan 1 25.05.2014

6 Post Mortem 1 30.05.2014

7 Melaksanakan tindakan 2 26.05.2014

8 Post Mortem 2 15.06.2014

9 Melaksanakan tindakan 3 22.06.2014

10 Post Mortem 3 06.07.2014

11 Soal selidik guru dan pelajar 02.07.2014

12 Refleksi kajian 10.07.2014

13 Menulis laporan kajian 15.08.2014

14 Menghantar kajian tindakan ke Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Kedah (u.p. : Encik Azammer Azizan) sebelum 30.08.2014

29.08.2014