Kajian Tindakan Matematik Thn 4

4
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN Tajuk Kajian : Meningkatkan penguasaan murid dalam penyelesaian masalah “problem solving” Nama Pengkaji : Encik Abu Hanafi Bin Abu Samah Nama Sekolah : SK Tropicana 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu Matapelajaran Matematik adalah matapelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Semasa peperiksaan PKBS 1 2014, terdapat murid yang tidak dapat menguasai bahagian penyelesaian masalah “Problem Solving”. Hampir keseluruhan murid dari 5 Jatil gagal menyelesaikan masalah dengan tepat. Topik penyelesaian masalah ini akan digunakan dalam topik lain semasa di Tahun 4, 5 dan 6 nanti seperti perpuluhan dan pecahan. Ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid sering tidak dapat menyatakan keperluan yang dikehendaki oleh soalan. Murid hanya meneka dan tidak dapat menyatakan proses yang terlibat.Topik ini dirasakan penting kerana murid akan menggunakannya hampir setiap bab yang akan dipelajari di Tahun 4,5 dan 6. 2. Fokus Kajian Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 5 Jati dalam matapelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah murid yang tidak dapat menguasai penyelesaian masalah yang melibatkan proses penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid adalah:- a) Kesilapan dalam menyatakan keperluan soalan b) Tidak dapat mengaitkan soalan dengan proses yang terlibat 3. Objektif Kajian Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan murid yang telibat dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Keyakinan murid juga akan bertambah dalam soalan penyelasaian masaalah. i) Objektif Umum: Meningkatkan penguasaan murid dalam topik penyelesaian masalah menggunakan kaedah penggunaan warna. ii) Objektif Khusus

Transcript of Kajian Tindakan Matematik Thn 4

Page 1: Kajian Tindakan Matematik Thn 4

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Kajian : Meningkatkan penguasaan murid dalam penyelesaian masalah “problem solving”

Nama Pengkaji : Encik Abu Hanafi Bin Abu Samah

Nama Sekolah : SK Tropicana

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran laluMatapelajaran Matematik adalah matapelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Semasa peperiksaan PKBS 1 2014, terdapat murid yang tidak dapat menguasai bahagian penyelesaian masalah “Problem Solving”. Hampir keseluruhan murid dari 5 Jatil gagal menyelesaikan masalah dengan tepat. Topik penyelesaian masalah ini akan digunakan dalam topik lain semasa di Tahun 4, 5 dan 6 nanti seperti perpuluhan dan pecahan. Ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid sering tidak dapat menyatakan keperluan yang dikehendaki oleh soalan. Murid hanya meneka dan tidak dapat menyatakan proses yang terlibat.Topik ini dirasakan penting kerana murid akan menggunakannya hampir setiap bab yang akan dipelajari di Tahun 4,5 dan 6.

2. Fokus KajianSebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 5 Jati dalam matapelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah murid yang tidak dapat menguasai penyelesaian masalah yang melibatkan proses penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid adalah:-a) Kesilapan dalam menyatakan keperluan soalanb) Tidak dapat mengaitkan soalan dengan proses yang terlibat

3. Objektif KajianSelepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan murid yang telibat dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Keyakinan murid juga akan bertambah dalam soalan penyelasaian masaalah.i) Objektif Umum:Meningkatkan penguasaan murid dalam topik penyelesaian masalah menggunakan kaedah penggunaan warna.ii) Objektif KhususSecara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada murid dan guru.• Murid dapat menyatakan maklumat yang diberikan oleh soalan(what is given) dan kehendak soalan(what is ask for?).• Murid dapat menyelesaikan masalah • Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.• Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang dijalankan.• Mengubah persepsi murid mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik.

Page 2: Kajian Tindakan Matematik Thn 4

4. Kumpulan SasaranKajian ini akan melibatkan semua murid kelas 5 Jati iaitu seramai 25 orang murid yang terdiri daripada murid berbangsa Melayu dan India.

5. Tindakan yang dicadangkan1. Kaedah dan Pendekatan Warna yang sepadan

a. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan kaedah “Warna”b. Warna yang digunakan adalah Biru, Merah dan Hijau

Biru : What is given?Merah : Ask For ?Hijau : Operation

c. Murid akan menggariskan menggunakan pensel warna pada soalan yang diberikan.

d. Warna biru akan digariskan pada nombor yang ada di dalam soalane. Warna merah akan digariskan pada ayat yang menggandungi tanda soal “?”f. Warna hijau akan digariskan pada perkataan tertentu di kawasan yang

bergaris merah. Perkataan tersebut akan menentukan operasi yang terlibat berdasarkan jadual yang diberikan kepada pelajar.

g. Jadual yang diberikan adalah formula penentuan operasi yang terlibat.

6. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tempoh Pelaksanaan

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpul data awal. 3 Mac 20142 Menulis proposal kajian 14 Mei 20143 Merancang tindakan (Individu) 23 Mei 20144 Melaksanakan tindakan –aktiviti 1 10 Jun 20145 Melaksanakan tindakan –aktiviti 2 13 Jun 20146 Ujian mengesan pencapaian murid 17 Jun 20147 Refleksi kajian 21 Jun 20148 Menulis laporan kajian 5 Julai 20149 Pembentangan dapatan kajian 22 Julai 2014

Page 3: Kajian Tindakan Matematik Thn 4

7. Jumlah Peruntukan Yang Dipohon

Bil Jenis bahan harga seunit Kuantiti Jumlah kos

1 Kertas Mahjong 4 × RM0.50 RM 2.00

2 Kertas A4 1 × RM7 RM 7.00

3 Fotostat Bahan dan laporan kajian RM10.00

4 Laminating 17 × RM 2 RM34.00

5 Alat Tulis RM20.00

Jumlah RM63.00

Disediakan oleh,

.....................................................

(ABU HANAFI BIN ABU SAMAH)

Guru Matematik Tahun 5,

SK. Tropicana.