KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

10
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 146 MENINGKATKAN KEMAHIRAN NYANYIAN PIC SOLFA DENGAN KAEDAH ZOLTAN KODALY Justina Anak Daniel Sajat Chang Yun Ping Abstrak Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran nyanyian pic solfa, La, So, Fa, Mi, Re da Do. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Meranek Kota Samarahan sebagai subjek dan pemilihan adalah berdasarkan kepada ujian amali, kaedah temubual tidak berstruktur dan juga nota lapangan yang telah dijalankan. Tinjauan awal dilakukan membuktikan murid-murid tersebut mempunyai masalah dalam nyanyian pic lagu solfa. Kaedah Zoltan Kodaly digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Kaedah Zoltan Kodaly melibatkan dua langkah iaitu nyanyian solfa berjeda dan "Yakinkan Do saya". Data kajian dikumpulkan melalui tiga kaedah iaitu ujian amali pra dan pos, pemerhatian rakan kritikal dan amali nyanyian. Melalui pelaksanaan kaedah Zoltan Kodaly, dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian pada nyanyian pic solfa kelima-lima subjek tersebut. Analisis data menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dan melalui data latihan nyanyian subjek telah menunjukkan pencapaian 100%. Keputusan keseluruhan membuktikan bahawa kaedah Zoltan Kodaly adalah salah satu cara yang dapat membantu dan meningkatkan kemahiran nyanyian pic solfa. Pengenalan Saya Justina anak Daniel Sajat merupakan pelajar tahun terakhir dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Januari 2008, opsyen major Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Saya berasal dari Kampung Jenan Serian. Pendidikan Muzik dilaksanakan pada julung kali di seluruh Malaysia melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983. Pendidikan Muzik KBSR merupakan program pembelajaran bagi persekolahan sekolah rendah yang memberi tumpuan eleman pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai murni dengan meliha perkembangan diri dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan status dalam struktur KBSR, mata pelajaran muzik ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain afektif murid khususnya dalam bidang seni. Menurut (Nye,&Nye 1985) Muzik juga mempunyai nilai-nilai murni dalam membina akhlak, keyakinan dan perasaan positif serta menjadi medium dalam kesihatan dari segi fizikal dan mental. Fokus utama bagi masalah kajian ini adalah murid-murid tidak dapat menyanyikan pic solfa la, so, fa, mi, re dan do dengan betul dan tepat. Selama tiga semester praktikum yang saya lalui, topik dan item pembelajaran adalah sama dan setiap aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran adalah berbeza. Namun begitu, sepanjang ketiga-tiga praktikum yang telah saya laksanakan saya mendapati bahawa setiap sekolah mempunyai masalah yang berbeza tetapi masalah utama ialah masalah nyanyian pic solfa. Secara jujurnya, saya mengakui bahawa saya rasa sangat bimbang dan risau akan prestasi murid-murid. Saya tidak pasti, samada masalah murid dalam pengajaran dan pembelajaran muzik wujud disebabkan saya atau disebaliknya? Adakah selama ini proses pengajaran dan pembelajaran saya silap atau salah? Praktikum terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Meranek dan saya diberi peluang untuk melaksanakan tindakan kajian berdasarkan masalah yang saya hadapi. Dengan adanya peluang dan masa yang diberi, saya perlu menggunakannya dengan sepenuhnya dan mencari data-data bagi menyelesaikan masalah tersebut dan akan menjadi garis panduan bagi saya di masa akan datang dalam persediaan menjadi bakal pendidik pada masa akan datang.

Transcript of KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

Page 1: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 146

MENINGKATKAN KEMAHIRAN NYANYIAN PIC SOLFA DENGAN KAEDAH ZOLTAN KODALY

Justina Anak Daniel Sajat Chang Yun Ping

Abstrak

Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran nyanyian pic solfa, La, So, Fa, Mi, Re da Do. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Meranek Kota Samarahan sebagai subjek dan pemilihan adalah berdasarkan kepada ujian amali, kaedah temubual tidak berstruktur dan juga nota lapangan yang telah dijalankan. Tinjauan awal dilakukan membuktikan murid-murid tersebut mempunyai masalah dalam nyanyian pic lagu solfa. Kaedah Zoltan Kodaly digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Kaedah Zoltan Kodaly melibatkan dua langkah iaitu nyanyian solfa berjeda dan "Yakinkan Do saya". Data kajian dikumpulkan melalui tiga kaedah iaitu ujian amali pra dan pos, pemerhatian rakan kritikal dan amali nyanyian. Melalui pelaksanaan kaedah Zoltan Kodaly, dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian pada nyanyian pic solfa kelima-lima subjek tersebut. Analisis data menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dan melalui data latihan nyanyian subjek telah menunjukkan pencapaian 100%. Keputusan keseluruhan membuktikan bahawa kaedah Zoltan Kodaly adalah salah satu cara yang dapat membantu dan meningkatkan kemahiran nyanyian pic solfa.

Pengenalan

Saya Justina anak Daniel Sajat merupakan pelajar tahun terakhir dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Januari 2008, opsyen major Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Saya berasal dari Kampung Jenan Serian. Pendidikan Muzik dilaksanakan pada julung kali di seluruh Malaysia melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983. Pendidikan Muzik KBSR merupakan program pembelajaran bagi persekolahan sekolah rendah yang memberi tumpuan eleman pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai murni dengan meliha perkembangan diri dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan status dalam struktur KBSR, mata pelajaran muzik ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain afektif murid khususnya dalam bidang seni. Menurut (Nye,&Nye 1985) Muzik juga mempunyai nilai-nilai murni dalam membina akhlak, keyakinan dan perasaan positif serta menjadi medium dalam kesihatan dari segi fizikal dan mental. Fokus utama bagi masalah kajian ini adalah murid-murid tidak dapat menyanyikan pic solfa la, so, fa, mi, re dan do dengan betul dan tepat. Selama tiga semester praktikum yang saya lalui, topik dan item pembelajaran adalah sama dan setiap aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran adalah berbeza. Namun begitu, sepanjang ketiga-tiga praktikum yang telah saya laksanakan saya mendapati bahawa setiap sekolah mempunyai masalah yang berbeza tetapi masalah utama ialah masalah nyanyian pic solfa. Secara jujurnya, saya mengakui bahawa saya rasa sangat bimbang dan risau akan prestasi murid-murid. Saya tidak pasti, samada masalah murid dalam pengajaran dan pembelajaran muzik wujud disebabkan saya atau disebaliknya? Adakah selama ini proses pengajaran dan pembelajaran saya silap atau salah? Praktikum terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Meranek dan saya diberi peluang untuk melaksanakan tindakan kajian berdasarkan masalah yang saya hadapi. Dengan adanya peluang dan masa yang diberi, saya perlu menggunakannya dengan sepenuhnya dan mencari data-data bagi menyelesaikan masalah tersebut dan akan menjadi garis panduan bagi saya di masa akan datang dalam persediaan menjadi bakal pendidik pada masa akan datang.

Page 2: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 147

Fokus Kajian

Tanggungjawab saya sebagai guru pelatih major muzik adalah untuk mendidik dan mengajar murid-murid untuk menghayati, mengalami, mengetahui asas pendidikan muzik. Menurut (Johami Abdullah,1993) beliau telah berhujah bahawa muzik boleh membawa banyak kebaikan kepada individu. Muzik mempunyai potensi untuk membantu seseorang individu menyedari keesaan Tuhan dengan lebih mudah, mendapat dan merasai ketenangan jiwa di paras yang lebih tinggi dan menjadi warganegara yang lebih gembira dan harmoni. Kenyataan ini membuktikan bahawa semua pelajar berhak mempelajari muzik malah beliau menegaskan bahawa muzik membawa banyak kebaikan kepada individu. Selain daripada itu muzik juga mempunyai potensi membantu perkembangan seseorang individu. Pendidikan Muzik diajar di sekolah bukan bertujuan untuk melahirkan pemuzik tetapi bagi mengeimbangi perkembangan individu. Muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan.

“The goal of the music education should not be to train performes technically but to develop their musical faculties” (Zimmermam 1981) Singing, as a vocal as, is the expression of musical value in vocal tune, it is not atempt to do something with vokal tune (Louis Bachner,1944;pg23)

Singing has played a most importand part in he history of music.(Reginard Barret 1959;pg14)

Berdasarkan penyataan tersebut jelas menegaskan bahawa eleman dan kemahiran nyanyian merupakan perkara yang perlu dititik beratkan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Selaras dengan objektif sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR iaitu objektif kelima, “Memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul”.Asas pembentukkan nyanyian adalah bermula daripada pic. Pic bermaksud tinggi rendah sesuatu bunyi dan apabila pic disusun ia akan membentuk sebuah melodi. Melodi yang disusun dalam sesebuah skor akan membentuk sebuah lagu bagi suatu nyanyian. Seperti yang termaktub dalam Huraian Sukatan Pendidikan Muzik 2002 iaitu penekanan pada elemen 1.2 Melodi di mana penekanan kepada tajuk pic. Pic dan melodi saling berkaitan antara satu sama lain dalam satu keluarga. Menurut Joseph Machlis (1995) A melody is a succession of single pitches or tones perceived by the mind as a unity. Just as we hear the words of a sentences not singly but in relation to the entire through, so do we perceive the pitches of a melody in relation to each other.

Melody cannot separated from pitch and rhythm. Each musical sound in a melody has two fundamental qualities, pitch and duration. when used secession, pitch plus duration values from melodie. When pitched changed in melody, the give the melody direction, sometimes moving upward, downward and staying the same. (Michon Rozmajzl ,pg 46:2006)

Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan item 2.2 Pengalaman Muzik (2.1.2 Menyanyi secara muzikal) di kelas Tahun Empat, saya mendapati bahawa sebilangan murid saya tidak dapat menyanyikan pic lagu dengan betul.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapai bahawa murid saya sukar menyanyikan lagu mengikut pic yang betul. (REFPP 070211)

Namun begitu, saya masih ragu-ragu dengan isu tersebut dan pada minggu itu juga tetapi hari yang berbeza saya telah melaksanakan pengajaran muzik aspek dan item yang sama tetapi aras

Page 3: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 148

yang berbeza. Langkah pengajaran saya berlainan iaitu menggunakan strategi berkumpulan dan secara individu, malah masalah nyanyian pic yang tidak tepat juga berlaku.

Pengajaran hari ini dapat dilaksanakan dengan lancar, murid-murid dapat mempraktikkan postur nyanyian iaitu secara duduk dan berdiri dengan betul, tetapi sebilangan murid tidak dapat menyanyikan pic dengan betul. (REFPP 160211)

Menurut Michon Rozmajzl (2006) singing is one of the most important of all musical experinces and the correctly sing on pitch. Beliau menegaskan bahawa menyanyi merupakan salah satu pengalaman muzikal yang sangat penting dan perlu dinyanyikan dengan pic yang betul.

Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat muzik semula jadi kanak-kanak iaitu suara mereka sendiri. Pendidikan muzik harus dimulakan dari peringkat awal kanak-kanak lagi. (Zoltan Kodaly, 1882-1967,dinyatakan dalam Johami Abdullah 1993)

Kenyataan tersebut jelas menyatakan prinsip-prinsip utama dalam falsafah Kodaly. Beliau juga telah beberapa kali mengatakan bahawa semua orang harus berliterasi muzikal dan lebih menekankan kaedah vokal kerana beliau berpendapat bahawa kemahiran vokal harus mendahului segala jenis kemahiran muzik yang lain dengan alat-alat muzik. Jelaslah bahawa vokal kanak-kanak sangat penting dalam permulaan dan nyanyian merupakan instrumen penting dalam penerokaan muzik pada peringkat permulaan. Menurut (Zoltan Kodaly, 1882-1967, dinyatakan dalam Johami Abdullah 1993) penekanan yang jelas kepada aktiviti nyanyian, merencanakan melodi dengan notasi, nyanyian solfa,..merupakan ciri utama dalam pendekatan muzik. Berdasarkan kenyataan tersebut, saya menegaskan bahawa nyanyian pic solfa sangat penting untuk permulaan dalam pengajaran dan pengetahuan pendidikan muzik. Menurut Shahidan (2009) asas muzik ialah irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Walaupun nampak mudah, tetapi nyanyian solfa adalah asas sebelum ke peringkat nyanyian dan jika nyanyian solfa tidak ditekankan maka peringkat nyanyian seterusnya akan mengalami masalah. Saya berasa bimbang dengan sebilangan murid-murid saya yang tidak dapat dan belum menguasai kemahiran nyanyian pic dengan betul. Minggu ketiga, aspek pengajaran saya hari tersebut ialah aspek pengalaman muzikal iaitu item 2.1.3 menyanyi solfa la, so, fa, mi, re, dan do. Berdasarkan refleksi rancangan pengajaran saya mendapati bahawa memang wujud masalah nyanyian pic solfa di kalangan segelintir murid-murid Tahun 4 saya. Sangat merisaukan, dan saya tidak dapat mengetahui apakah yang berlaku, dimanakah kesilapan dan masalah utama di kalangan murid-murid saya. Adakah selama ini pengajaran dan pembelajaran saya silap, atau sukar difahami. Bagi mengesahkan kewujudan masalah ini, saya telah melakukan beberapa teknik pengumpulan data dan analisis tinjauan awal. Tinjauan dan data awal yang telah saya jalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah dan di manakah masalah utama yang berlaku. Antaranya ialah melalui kaedah pemerhatian, ujian amali dan temubual tidak berstruktur. Berdasarkan nota lapangan semasa saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa:

Guru memainkan kibod untuk membimbing murid dalam nyanyian pic solfa. Semasa nyanyian pic solfa la, so, fa, mi, re dan do menaik dan menurun ada sebilangan murid yang tidak dapat membunyikan pic dengan betul. (NL240211)

Page 4: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 149

Namun begitu saya masih belum berpuas hati, maka dengan itu saya telah melaksanakan satu ujian amali bagi mengukuhkan masalah yang di hadapi oleh murid-murid saya. Ujian amali ini dilaksanakan secara individu untuk semua murid tahun empat iaitu dengan menguji setiap murid dengan menyanyikan pic solfa secara individu dengan menyanyikan pic solfa do, re, mi, fa, so, la, ti, dan do’ secara menaik dan menurun. Selepas menganalisis keputusan ujian, saya dapat rumuskan bahawa terdapat lima orang murid mempunyai masalah dalam nyanyian pic solfa di mana nyanyian solfa mereka tidak tepat pada pic. Bagi memastikan dan mengesahkan bahawa kelima-lima orang murid tersebut betul-betul mengalami masalah dalam nyanyian pic solfa, saya telah menjalankan sekali lagi ujian amali tetapi kali ini ujian amali pic solfa hanya melibatkan enam pic sahaja kerana selaras dengan Huraian Sukatan Pelajaran tahun empat, peringkat pengajaran pic solfa terdapat enam pic sahaja iaitu la, so, fa, mi, re dan do. Jadual 1: Ujian amali Pic Solf

MURID PIC SOLFA

La So Fa Mi Re Do A x x x x x x

B x x x / / /

C x x x x x /

D x x x x x /

E x x x x x x

Ujian amali yang telah dilaksanakan adalah dengan menguji kelima-lima murid dengan menyanyikan pic solfa secara individu. Setiap murid hanya menyanyikan pic solfa secara menaik dan menurun sahaja. Dapat dirumuskan bahawa kelima-lima orang murid tersebut memang mempunyai masalah dalam nyanyian pic solfa. Menerusi dapatan yang diperolehi daripada ujian amali, saya telah menjalankan satu temubual tidak berstruktur dengan kelima-lima orang murid tersebut. Melalui temu bual dengan lima orang murid yang bermasalah dalam nyanyian pic solfa tersebut, saya mendapati mereka memberi respon dan menyatakan mereka suka aktiviti nyanyian tetapi tidak dapat menyanyi dengan suara yang betul. Ini bermaksud mereka mempunyai masalah dalam menyanyikan pic solfa yang betul.

Nurul : ..cikgu..saya tak dapat menyanyilah..suara sik sampe Haziq :..kena saya tak dapat nyanyi cikgu..saya mau nyanyi cikgu Fatihah : saya tak dapatlah cikgu,..susah.. (TB 240211)

Maka, objektif kajian tindakan ini, objektif utama yang ingin saya capai ialah untuk meningkatkan kemahiran nyanyian pic solfa iaitu la, so, fa, mi, re, dan do dengan menggunakan kaedah Zotlan Kodaly.

Kumpulan Sasaran

Kajian tindakan ini melibatkan seramai lima orang murid, iaitu terdiri daripada tiga orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki.

Petunjuk: / : Dapat menyanyi pic dengan betul X : Tidak dapat menyanyikan pic dengan betul

Page 5: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 150

Jadual 2: Kumpulan Sasaran

Nama murid Kategori Subjek Jantina Tahap pencapaian

Nurul Atikah A Perempuan Sederhana

Haziq B Lelaki Sederhana

Saifullah C Lelaki Lemah

Rohadatul D Perempuan Sangat Lemah

Fatihah E Perempuan Baik

Strategi

Setelah mengenalpasti masalah, saya telah menggunakan kaedah Zoltan Kodaly dalam pelaksanaan kajian saya. Menurut Choksy(1981);There are very real values from using Kodaly tecniques of solfa, hand singing and rythm duration yo student in classroom. Solfa is valuable because is provides pure vowel sound and clean in singing. Nyanyian solfa berjeda Menurut (Zoltan Kodaly, 1882-1967,dinyatakan dalam Johami Abdullah 1993) kanak-kanak tidak dapat menyanyikan not-not yang berjeda separuh ton atau semiton dengan tepat dan memuaskan...nyanyian pentatonik do re mi so la tidak terdapat sebarang jeda semiton. Kanak-kanak perlu belajar perkara yang mudah dahulu sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Terdapat tujuh urutan dan setiap langkah diulang berkali-kali agar subjek dapat menguasai setiap pic dan jeda yang dipelajari. Berdasarkan jadual solfa berjeda tersebut, subjek-subjek dibimbing untuk latihan nyanyian solfa bedasarkan urutan, di mana urutan pertama adalah pada tangga teratas dan seterusnya. Langkah pertama adalah, guru iaitu saya akan memainkan pic pada urutan pertama iaitu pic so mi dan diulang secara dua kali, kemudian subjek-subjek saya akan mengajuk pic tersebut dengan menyanyikannya semula. Langkah dan urutan ini dijalankan berulang-ulang sehingga subjek-subjek tersebut dapat menyanyikan pic dengan tepat pada setiap urutan kemudian barulah beralih ke urutan seterusnya Subjek akan dilatih dan dibimbing untuk menyanyikan not berjeda berulang-ulang dan kerap kali. Latihan nyanyian dilaksanakan mengikut jadual solfa berjeda. Jadual Solfa berjeda

Page 6: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 151

Aktiviti seperti ini mampu mempertingkatkan kemampuan seseorang menyanyi dalam pic yang sangat baik melalui pendengaran yang aktif dan pendengaran yang aktif dapat memberi kefahaman tentang perbezaan ton dan kualiti ton. “Yakinkan Do Saya” Dalam langkah ini ia menggunakan konsep “moveable Do System” dimana not “Do” berubah untuk nada yang berlainan dan sebagai contoh, C natural adalah Do dalam nada C major, D adalah Do dalam nada D major dan sebagainya. Menurut (Zoltan Kodaly, 1882-1967, dinyatakan dalam Johami Abdullah 1993) sistem do bergerak lebih meyakinkan kanak-kanak untuk menyanyi di mana-mana tangga nada. Langkah latihan nyanyian adalah mengikut urutan:

i Subjek dilatih untuk nyanyian solfa dalam nada C major terlebih dahulu dimana not tonik do adalah C.

ii Subjek dilatih secara berkumpulan terlebih dahulu kemudian secara individu iii Latihan nyanyian keratan tiga bar dalam tangganada tersebut dijalankan secara

berulang-ulang sehingga subjek dapat menyanyikannya secara lancar dan dapat menguasai pic nada tersebut.

iv Kemudian subjek dibimbing untuk menyanyikan solfa dalam tangga nada G major. Sama seperti langkah pada nada C major dimana subjek dilaih dalam kumpulan terlebih dahulu kemudian secara individu dan latihan nyanyian dijalankan secara berulang-ulang.

v Setelah selesai latihan nyanyian secara berulang barulah beralih ke nada D major.

Latihan 1 Nada C Major

Latihan 2 Nada G Major

Latihan 3 nada D Major

Page 7: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 152

Kaedah Mengumpul Data

Ujian Amali Pra dan Pos Ujian amali yang telah saya laksanakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian amali pra dan ujian amali pos. Di dalam ujian amali pra dan pos ini, subjek-subjek saya akan diuji secara individu untuk menyanyikan keenam-enam pic solfa. Semasa melaksanakan ujian amali, instrumen yang saya gunakan ialah Skor Solfa Lagu Alphabet. Pemerhatian Rakan Kritikal Bagi pemerhatian rakan kritikal, saya telah memilih pasangan praktikum saya iaitu Cik Kong Ing Chie untuk membuat pemerhatian bagi membuktikan tahap pencapaian subjek. Semasa saya melaksanakan ujian amali pos, rakan klinikal saya membuat pemerhatian pada subjek dan sekaligus mencatatkan dapatan melalui borang senarai semak yang telah disediakan. Dalam pemerhatian rakan kritikal ini instrumen yang digunakan borang senarai semak dan borang tersebut diberi awal sebelum membuat pemerhatian. Amali Nyanyian Amali nyanyian solfa yang laksanakan adalah berbeza daripada ujian amali pra dan ujian amali pos. Pada amali nyanyian tersebut, saya menggunakan solfa lagu London Bridge. Subjek diminta untuk menyanyikan lagu solfa London Bridge secara beramai-ramai dan diulang secara dua kali. Kemudian subjek dikehendaki untuk menyanyikan lagu tersebut secara individu. Masa pelaksanaan latihan nyanyian tersebut adalah selepas melaksanakan ujian amali pos. Semasa latihan nyanyian dijalankan instrumen yang saya gunakan adalah senarai semak.

Analisis dan Dapatan

Ujian Amali Pra dan Pos Berdasarkan ujian amali pra dan ujian amali yang telah saya laksanakan pada kelima-lima subjek, dapat dilihat dengan jelas bahawa keputusan ujian amali sangat berbeza.

Rajah 1: Graf keputusan Ujian Amali Pra dan Pos

Berdasarkan kepada rajah 1, pencapaian tertinggi untuk pencapaian ujian amali pra ialah tiga pic iaitu pada pic solfa Mi, Re dan Do manakala pencapaian terendah ialah 0 iaitu pada pic solfa La, So, dan Fa. Menurut Shahidah bin Muhd Yusof (2009:23) penggunaan kaedah sebutan kodaly dan nyanyian solfa adalah latihan yang amat penting untuk melatih nyanyian. Selepas

Page 8: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 153

menjalankan kaedah Zolan Kodaly, peningkatan pencapaian subjek sangat memberangsangkan dan keputusan yang dicapai adalah sangat baik dan cemerlang. Dapat dilihat dengan jelas bahawa subjek dapat menyanyikan pic solfa La dan Fa yang menunjukkan peningkatan dari 0 kepada 4. Bagi pic solfa So, pencapaian semasa ujian amali pra adalah 0 dan meningkat kepada 5 selepas pelaksanaan kaedah strategi. Namun begitu, peningkatan yang paling cemerlang adalah bagi pic solfa Do, Mi, dan So dengan mencatatkan peningkatan 100% dimana kesemua subjek dapat menyanyikan pic solfa lagu Alphabet dengan tepat dan betul. Pemerhatian rakan kritikal Jadual menunjukkan jadual kekerapan pic solfa yang dapat dinyanyikan dengan betul dan tepat oleh kelima-lima subjek kajian tindakan saya. Ia menunjukkan bahawa bagi pic solfa So, Mi dan Do masing-masing mempunyai kekerapan 5, dan bagi pic solfa La, Fa, dan Re masing-masing mencapai 4 kekerapan. Berdasarkan jadual kekerapan hasil daripada pemerhatian rakan kritikal, saya mendapati keputusan pencapaian subjek saya sama dengan keputusan yang telah saya perolehi. Jadual 3: Kekerapan Analisis Nyanyian Pic Solfa lagu Alphabet

Pic Solfa Kekerapan Subjek

La 4 So 5

Fa 4

Mi 5

Re 4

Do 5 Amali Nyanyian Hasil daripada pemerhatian dan senarai semak telah saya buat, saya mendapati bahawa kesemua subjek saya telah memberikan pencapaian dan penguasaan yang sangat cemerlang. Dapat ditunjukkan pada jadual senarai semak latihan nyanyian solfa menunjukkan bahawa kelima-lima orang subjek saya dapat menyanyikan kesemua pic solfa dengan betul dan tepat. Jadual 4: Senarai Semak Amali Nyanyian

Subjek Nyanyian Pic Solfa

La So Fa Mi Re Do A / / / / / /

B / / / / / /

C / / / / / /

D / / / / / /

E / / / / / /

Merujuk kepada jadual 4, subjek kajian menunjukkan pencapaian nyanyian pic solfa yang betul dan tepat secara 100%. Tiada kesilapan nyanyian pic solfa yang berlaku malah menunjukkan pencapaian yang meyakinkan berbanding dengan keputusan ujian amali pos. Dapatan latihan nyanyian pic solfa menunjukkan bahawa subjek kajian saya betul-betul dapat menguasai

Petunjuk: / : Dapat menyanyi pic dengan betul X : Tidak dapat menyanyikan pic dengan betul

Page 9: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 154

nyanyian pic solfa dengan baik. Perbandingan pencapaian mereka menunjukkan peningkatan yang positif secara keseluruhan dan kesemua mereka berjaya membuktikan yang mereka lakukan yang lebih terbaik. Secara keseluruhannya, melalui perbandingan Ujian Amali Pra dan Ujian Amali Pos Nyanyian Solfa Lagu Alphabet, serta pemerhatian rakan kritikal dan juga Amali Nyanyian Solfa yang dibuat menunjukkan bahawa kesemua subjek kajian saya mampu mengatasi masalah nyanyian pic solfa melalui kaedah Zoltan Kodaly.

Refleksi

Kajian tindakan yang telah saya laksanakan ini, memberi banyak manfaat dan faedah kepada diri saya terutamanya bagi mengetahui dan melatih diri saya agar sentiasa peka dengan masalah dan keperluan murid-murid. Kajian tindakan ini juga dapat membantu saya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Menurut Shahidah (2009) melalui aktiviti nyanyian murid-murid berasa senang dan memberi respon secara spontan dan melahirkan ekspresi diri malah mengalakkan penglibatan mereka secara aktif dalam aktiviti muzik. Tetapi sekiranya pic nyanyian tidak tepat maka murid-murid tidak dapat melahirkan respon seperti sedemikaan. Saya telah menjalankan satu kaedah iaitu menggunakan Kaedah Zoltan Kodaly di mana subjek dilatih dalam nyanyian berjeda secara berperingkat dan kemudiannya dilatih mengunakan tonik solfa. Setelah melaksanakan kaedah strategi, hasil dapatan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan saya juga dapat merasakan bahawa Kaedah Zoltan Kodaly ini dapat membantu saya untuk memperbaiki masalah nyanyian pic solfa. Walaubagaimanapun kekuatan kaedah Zoltan Kodaly dalam latihan nyanyian pic solfa telah memberi banyak impak kepada subjek malah dapat memperbaiki corak pengajaran dan pembelajaran saya. Kekuatan kaedah ini adalah dari segi pelaksanaannya iaitu kaedah latihan yang berperingkat-peringkat. Di mana subjek menjalankan latihan secara berperingkat dan menggunakan teknik ansur maju iaitu dari yang mudah ke peringkat yang sukar. Sesuai dengan tahap pencapaian kanak-kanak di mana mereka tidak dapat mempelajari sesuatu perkara sekaligus pada tahap yang sukar tetapi perlu dibimbing dan diberi latihan secara berperingkat. Selain itu kekuatan kaedah ini adalah subjek dapat merasakan sendiri bagaimana tahap antara jeda-jeda solfa yang dinyanyikan. Pengajaran dan latihan ini lebih kepada pembelajaran secara “hands-on” di mana murid-murid dapat merasakan dan mengalami sendiri pengalaman dan pembelajaran tersebut. Manakala, bagi kelemahan yang dapat saya iaitu dari segi tempoh pelaksanaan yang terlalu singkat. Segelintir subjek yang sukar untuk dilatih dan diberi pendedahan dalam menggunakan kaedah dan strategi yang saya jalankan. Kesilapan dari saya sendiri iaitu dimana saya terlepas pandang dan terlupa meletakkan dan memasukkan pic la dan fa dalam langkah “Yakinkan Do Saya”. Kesilapan ini saya ketahui setelah selesai membuat rangka dan draf laporan dan strategi juga telah dilaksanakan. Saya mengakui bahawa kelemahan dalam diri saya adalah cuai, namun begitu saya berharap sekiranya diberi peluang unuk menjalankan kajian sekali lagi saya pasti akan memasukkan pic La dan Fa dalam langkah tersebut. Kesimpulannya, sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini dijalankan saya sentiasa memantau dan memastikan kesemua subjek dan menumpukan perhatian agar mereka terlibat secara aktif. Bukan setakat untuk mencapai objektif kajian tetapi untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan subjek terhadap nyanyian pic solfa dan juga pendidikan muzik sepanjang hayat.

Page 10: KAJIAN TINDAKAN MUZIK 4.pdf

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011 155

Seorang bakal pendidik muzik, saya harus merenung sejauh manakah pendidikan muzik dapat meningkatkan tahap penguasaan murid-murid malah dapat mencapai visi dan misi falsafah pendidikan negara. Namun demikian, generasi muda seperti saya seharusnya menunjukkan kepekaan dan sensitiviti yang lebih ketara kepada soal penghayatan pengajaran dan pembelajaran muzik.

Cadangan Kajian Seterusnya

Bagi kajian seterusnya, penggunaan Kaedah Pendekatan Zoltan Kodaly masih dikekalkan dan diguna bagi mengatasi nyanyian pic solfa. Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Isyarat Tangan Kodaly boleh diperkenalkan dan didedahkan kepada murid-murid. Kaedah Isyarat Tangan Kodaly ini menggunakan isyarat tangan bagi memberikan kedudukan fizikal setiap pic not. Menurut Zoltan Kodaly; Lois Choksy (1981) The sign language of Kodaly & Curwen is very useful o teach pupils the correct pitch Selain daripada itu, nyanyian pic solfa juga boleh dijalankan dengan Perwakilan Grafik. Perwakilan grafik adalah perwakilan not-not muzikal dengan menggunakan simbol. Dalam kaedah ini, kanak-kanak diajar untuk menggunakan simbol untuk mewakili not-not dalam sesebuah lagu. Penggunaan perwakilan grafik juga dapat membantu kanak-kanak menyanyikan pic dengan tepat dan betul kerana mereka melihat pergerakan not tersebut. Latihan nyanyian solfa berjeda juga boleh diimprovisasi dengan menyerapkan kaedah permainan. Fokus kajian adalah peringkat tahap umur kanak-kanak dimana mereka lebih gemar dan suka akan permainan. melalui kaedeh solfa berjeda yang dijalankan secara permainan boleh mempercepatkan lagi penguasaan mereka kerana kecerdasan pelbagai mereka diserap masuk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

Bachner,L (1944) Dynamic Singing. Great Britian J.B. Mackie & Co Ltd Dunfermline Scoland Barret,R.B (1959) Singing for fun. Faber & Faber Limited, 24 Russell Square, London Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementeian

Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur Choksy, Lois (1981) The Kodaly Context: Creating an Environment for Musical Learning. New

Jersey: Prentice Hall Nye,R.E & Nye,V.T (1985) Music in the Elementary School, 5thed, Englewood Aiffs,NJ:

Pretice HallS Machlis,J (1995) The enjoyment of music. W.W. Norton & Company.Inc Unied States of

America. Rozmajzl,M & Boyer,R (2006). Music Fundamentals Methods, and Materials for the

Elementary Classroom Teacher. Pearson Education, Inc: United States of America Shahidan bin Muhd Yusof (2009). Peningkatan pengajaran dan pembelajaran nyanyian

menggunakan kaedah sebutan bagi murid tahun 4 Sk Hakim,Teh Jitra Pulau Timbul Kedah. Thesis B.Ed 2009

Zimmerman,M.P. (1981) Child Development and Music Education, dlm. Documentary Report of the Ann Arbor Symposium.Virginia: Music Educators National Conference.