Kajian Tindakan PD

11

Click here to load reader

description

perdagangankajian tindakan

Transcript of Kajian Tindakan PD

Page 1: Kajian Tindakan PD

1.0) TAJUK KAJIAN

Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei, Kertas II Bahagian A bagi mata pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Menggunakan Kaedah Jawapan Pendek

2.0) NAMA PENYELIDIK/GURU

i) Hajizul Bin Abdul

3.0) NAMA SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin, Sipitang.

4.0) LATAR BELAKANG KAJIAN

Mata pelajaran Perdagangan ialah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini memperkembang dan memperluas lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan dan keusahawanan (kecuali aspek simpan kira) yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3). Melaluinya juga, nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan dalam kalangan pelajar.

Tujuan pendidikan Perdagangan ini adalah untuk memberi pendidikan perdagangan dan keusahawana supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip serta amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang bersangkutan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua bidang yang diceburi berlandaskan sikap amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Merujuk kepada format menjawab soalan Perdagangan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), huraian fakta bagi isi-isi penting merupakan aspek yang ditekankan bagi memantapkan jawapan calon. Bagi mata pelajaran Perdagangan ini, kertas II mempunyai pemberat sebanyak 60 peratus daripada jumlah markah keseluruhan. Justeru, pelajar perlu memahami konsep dan fakta-fakta penting bagi tajuk-tajuk tertentu supaya dapat memudahkan pelajar membuat huraian yang bernas bagi soalan esei (bahagian A) dan soalan berbentuk kajian kes (bahagian B)

5.0) PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, topik kertas kerja kajian tindakan ini diperoleh hasil perbincangan yang dilakukan di antara guru dengan Ketua Panitian Perdagangan dan Ekonomi, SMK Sindumin iaitu Encik Azrul Ibrahim bersama Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, SMK Sindumin iatu Pn. Nismaliha Ismail. Melalui perbincangan tersebut, guru dapat mengetahui dan mengenal pasti mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 Adan di SMK Sindumin dalam mendapatkan skor yang tinggi bagi mata pelajaran Perdagangan. Didapati terdapat sebilangan pelajar Tingkatan 4 Adan tidak mengetahui dan menguasai cara atau kaedah menjawab soalan esei, kertas II bahagian A. Walaupun guru telah menerangkan beberapa kali kaedah menjawab soalan berbentuk esei semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas, namun pelajar

Page 2: Kajian Tindakan PD

tersebut masih tidak dapat menghurai dan menghubungkaitkan jawapan mereka dengan tajuk-tajuk yang telah dipelajari.

Berdasarkan pemerhatian guru terhadap pelajar Tingkatan 4 Adan, mereka didapati masih dapat memahami sesuatu topik yang diajarkan semasa proses P&P dijalankan. Namun demikian, melalui pemerhatian yang dilakukan ketika pelajar dikehendaki menjawab soalan esei, didapati terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak dapat menulis jawapan esei dengan baik, lebih mudah dan jelas. Hal ini kerana pelajar memberikan fakta yang kurang tepat dan tidak mengembangkan sesuatu isi penting itu untuk mengukuhkan lagi jawapan mereka. Bagi mereka, mengingati isi penting itu adalah mudah, tetapi pelajar tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan tersebut dengan fakta atau isi penting yang mereka ketahui. Di sini, pelajar secara tidak langsung tidak menjawab soalan yang diberikan mengikut format yang betul, dan ada juga pelajar yang tidak menjawab soalan yang diberikan walhal mereka tahu jawapan bagi soalan tersebut. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menghubungkait fakta jawapan dalam menjawab soalan esei menyebabkan mereka sukar mendapatkan skor yang tinggi dalam peperiksaan.

Guru juga telah membuat penilaian terhadap jawapan pelajar Tingkatan 4 Adan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah dijalankan pada Bulan Mei 2012, dan mendapati bahawa sebilangan besar pelajar Tingkatan 4 Adan tidak menjawab soalan esei dan sebahagian lagi menjawab soalan tetapi tidak menepati kehendak soalan. Setelah perbincangan terhadap soalan peperiksaan tersebut dijalankan, guru mendapati bahawa pelajar Tingkatan 4 Adan tidak dapat menghubungkait fakta jawapan yang mereka ketahui dengan soalan peperiksaan tersebut. Perkara ini menguatkan lagi fokus kajian guru terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 Adan dalam menjawab soalan esei, bahagia A bagi mata pelajaran Perdagangan.

Berdasarkan pemerhatian lanjut yang dijalankan oleh pengkaji, terdapat dua jangkaan yang menyebabkan pelajar tidak tahu teknik menjawab soalan esei dengan baik. Pertama, pelajar mungkin tidak didedahkan dengan satu teknik khas atau cara yang memudahkan mereka untuk mengingati fakta-fakta yang penting yang mempunyai hubungkait dengan topik-topik yang lain dalam sesuatu topik yang dibincangkan. Selain itu, pelajar mudah berasa bosan semasa proses P&P berlangsung jika guru lebih menekankan aspek teori dalam topik yang dibincangkan.

6.0) FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Selain masalah yang wujud dalam menjawab soalan esei, kertas II bahagian A, pelajar juga sebenarnya mempunyai kelemahan tertentu dalam menjawab soalan kertas I dan soalan kertas II bahagian B. Namun, kajian ini hanya memfokus kepada kertas II bahagian A kerana mendapati pelajar mempunyai kelemahan yang paling ketara dalam bahagian ini. Kajian ini penting untuk dijalankan kerana guru perlu mengetahui punca kelemahan pelajar dalam menyatakan fakta jawapan dan menghurai jawapan esei dan mengenal pasti kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan pelajar dalam menjawab soalan.

Didapati, pelajar mengetahui isi penting bagi jawapan kepada soalan tersebut, tetapi mereka mempunyai kesukaran dalam menyampaikan jawapan dalam bentuk esei yang jelas dan tepat. Justeru, dalam kajian ini masalah berfokus kepada cara untuk menjawab soalan esei, kertas II bahagian A.

Page 3: Kajian Tindakan PD

Antara kelemahan yang dihadapi ialah:-

i. Pelajar tidak tahu untuk menghubungkaitkan isi penting dengan huraian yang bersesuaian.

ii. Pelajar tidak memahami kehendak soalan yang sebenar.

iii. Pelajar tidak dapat membezakan antara isi penting dengan konsep atau fakta bagi sesuatu topik. Contoh: sukar untuk membezakan konsep keperluan dan kehendak manusia.

7.0) OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian yang dijalankan, diharap agar pelajar-pelajar akan mencapai objektif berikut:

7.1 Objektif Umum

i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan esei Kertas II Bahagian A Perdagangan.

7.2 Objektif Khusus

i. Memberi penekanan dan minat kepada pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan.

ii. Dapat membezakan topik-topik yang ada dari segi konsep, penggunaan, kepentingan dan kesan-kesannya.

iii. Memahami sesuatu soalan berdasarkan kata kunci yang diberikan dan dikaitkan dengan isi penting yang ada.

iv. Mengingati dengan lebih baik fakta jawapan dan menghubungkaitkannya dengan soalan.

v. Memberi idea kepada guru mata pelajaran dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan pelajar berkenaan.

8.0) METODOLOGI KAJIAN

8.1) Reka Bentuk Kajian

Metodologi ialah unsur penting dalam rancangan kajian tindakan supaya kajian tindakan yang ingin dilaksanakan mencapai objektifnya. Penggunaan model kajian tindakan dapat membantu penyelidik merancang langkah yang perlu dilaksanakan dalam kajian tindakan yang dirancang dengan lebih tersusun. Hal ini seterusnya dapat memudahkan proses pelaksanaan tindakan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Model kajian tindakan yang dipilih oleh guru bagi melaksanakan kajian ini ialah Model Somekh (1989). Menurut Somekh (1989), kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah kajian tindakan dalam Model Somekh.

Page 4: Kajian Tindakan PD

Rajah 1: Model Somekh (1989).

Terdapat lapan langkah dalam model kajian Somekh,1989. Pada langkah pertama, penyelidik perlu mengenal pasti masalah atau memfokuskan kepada kajian yang diminati.

Pada langkah dua, penyelidik perlu mengumpul data dan seterusnya menganalisis data atau menghipotesis data pada langkah yang ketiga. Pada langkah keempat, penyelidik perlu merancang pelan tindakan yang ingin dilakukan dan melaksanakan tindakan tersebut dalam langkah kelima. Seterusnya pada langkah keenam penyelidik akan mengumpul data untuk mengesahkan perubahan pelajarnya. Pada langkah yang ketujuh, penyelidik perlu menganalisis dan menilai data yang diperolehi dan langkah ke lapan adalah putaran seterusnya.

8.2) Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah pelajar Tingkatan 4 Adan, seramai 21 orang.

8.3) Instrument Kajian

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, guru telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap keseriusan ketidakupayaan pelajar dalam mengingati fakta dan menghurai jawapan bagi Kertas II Bahagian A, mata pelajaran Perdagangan. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta dan menghurai jawapan ini menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha membina keyakinan pelajar untuk memahami fakta dan mengaplikasikanya dalam menjawab soalan esei. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data menggunakan kaedah-kaedah berikut:

8.3.1) Soal Selidik

Guru juga akan mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan murid-murid ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul.

8.3.2) Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya guru dapat mengamati dan mengenal pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan

Page 5: Kajian Tindakan PD

tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses P&P berlaku.

8.4) METOD ANALISIS

8.4.1)Penilaian berasaskan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun

Keberkesanan kajian akan dapat dinilai melalui analisis markah pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

8.4.2) Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung akan dilakukan oleh guru disertai dengan membuat catatan tentang pergerakan, tindak balas dan keaktifan pelajar, suasana pembelajaran dan penerimaan aktiviti yang dijalankan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

8.5) PERANCANGAN TINDAKAN

8.5.1) Aktiviti yang Dirancang

Guru memberi bimbingan klinikal kepada pelajar Tingkatan 4 Adan selama empat minggu. Masa yang diperuntukkan adalah berbeza bagi setiap aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan ialah:

i) Aktiviti 1: Menjawab soalan objektif dan mencari fakta jawapan

Dalam aktiviti ini, pelajar diminta untuk menjawab soalan objektif (Kertas 1) Perdagangan dan mengenal pasti fakta jawapan yang terdapat dalam setiap soalan tersebut dengan merujuk kepada buku Teks Perdagangan. Pelajar dikehendaki menjawab 10 soalan objektif dalam masa 20 minit secara berkumpulan (2 orang) dan kemudian jawapan akan dibincangkan bersama guru.

ii) Aktiviti 2: Menghubungkaitkan fakta jawapan dalam soalan objektif dengan soalan esei

Setelah pelajar dapat mengenal pasti fakta jawapan yang terdapat dalam soalan objektif, pelajar dikehendaki menjawab soalan esei yang berkaitan dengan soalan objektif yang diberikan oleh guru dalam masa 25 minit, dengan menghubungkait fakta jawapan yang terdapat dalam soalan objektif tersebut dan membuat rujukan pada buku Teks Perdagangan. Pelajar hanya perlu menjawab soalan esei tersebut dengan menyatakan fakta jawapan dengan contoh tanpa perlu membuat huraian bagi fakta jawapan yang dinyatakan. Kemudian jawapan akan dibincangkan bersama guru.

iii) Aktiviti 3: Menulis fakta jawapan pada papan putih

Pelajar dikehendaki menulis jawapan pada papan putih bagi soalan yang dikemukakan oleh guru dengan merujuk buku Teks Perdagangan dan fakta jawapan yang terdapat pada soalan objektif yang diberikan oleh guru. Kemudian guru akan membincangkan jawapan kepada soalan esei tersebut dengan memberikan jawapan sebenar dan markah bagi jawapan murid.

Page 6: Kajian Tindakan PD

8.5.2) Bahan-bahan yang diperlukan

Jadual di bawah menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang dirancang.

1: MENCARI FAKTA JAWAPAN 2: MENJAWAB SOALAN ESEI 3: PENULISAN FAKTA JAWAPAN

1. Kertas A4 Kertas A4 Soalan Objektif

2. Pensil Buku Nota dan Latihan Marker Pen

3. Pen Kertas Soalan Esei

4. Kertas Soalan Objektif

5. Buku Teks dan rujukan

8.6) PELAKSANAAN TINDAKAN

8.6.1) Aktiviti 1: Menjawab soalan objektif dan mencari fakta jawapan

i) Memberi pelajar soalan objektif dengan tajuk yang bersesuaian.

ii) Memberi pelajar masa untuk menjawab soalan dan mencari fakta jawapan. Jawapan ditulis pada kertas A4 yang disediakan atau dalam buku nota/latihan.

iii) Pelajar dibenarkan merujuk buku Teks Perdagangan atau buku rujukan Perdagangan untuk mencari fakta jawapan soalan objektif.

iv) Guru membantu murid dalam mencari fakta jawapan.

v) Guru akan membincangan jawapan soalan objektif dan fakta jawapan bagi setiap soalan.

vi) Pelajar dapat mengingati dan memahami fakta jawapan dengan baik disamping menguasai teknik menjawab soalan objektif. Fakta jawapan tersebut boleh membantu pelajar untuk menjawab soalan esei Perdagangan.

8.6.2) Aktiviti 2: Menghubungkaitkan fakta jawapan dalam soalan objektif dengan soalan esei

i) Pelajar perlu menyediakan sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai. Pelajar perlu menulis nama masing-masing di atas kulit jurnal mereka.

ii) Setelah selesai proses P&P, dalam masa 15 minit pelajar akan menulis dalam jurnal masing-masing tentang apa yang baru mereka pelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Dengan cara ini, mereka boleh membuat renungan yang lebih menyeluruh.

iii) Setiap kali selepas pelajar menulis dalam jurnal, penyelidik akan membaca dan menulis maklum balas penyelidik di bawah komen pelajar.

Page 7: Kajian Tindakan PD

iv) Setelah selesai dibaca, buku jurnal itu akan dikembalikan ke rak buku yang disediakan di dalam bilik darjah supaya pelajar bebas membacanya pada bila-bila masa. Peyelidik akan sentiasa memberi maklum balas yang positif untuk meningkatkan keyakinan pelajar melalui catatan penulisan mereka.

8.6.3) Aktiviti 3: Menulis fakta jawapan pada papan putih

i) Pelajar sasaran seramai 3 orang dikehendaki duduk dalam 1 kumpulan dan merumuskan tentang kefahaman mereka tentang topik yang telah diajar oleh guru semasa proses P&P.

ii) Dengan menggunakan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong dan marker pen, pelajar diminta melakarkan (peta minda) atau menulis kefahaman mereka pada kertas mahjong.

iii) Pelajar kemudiannya diarahkan untuk membuat pembentangan di hadapan guru.

iv) Guru akan menilai kefahaman pelajar.

v) Guru akan membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan fakta atau konsep dalam topik yang dibincangkan setelah mendengar pembentangan daripada pelajar.

vi) Aktiviti ini dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar dalam memperbaiki kelemahan pelajar dalam menjawab soalan struktur kertas II Bahagian A, Perdagangan.

9.0) KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti Ahli Jawatankuasa Kajian Tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin, Muadzam Shah, Pahang, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Perdagangan.

10.0) PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

10.1) Jadual Pelaksanaan Kajian

Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian tindakan ini.

BIL. AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 12 Julai 2010

2 Menulis proposal kajian 15 Julai 2010

3 Merancang tindakan 19 Julai 2010

4 Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos 22 Julai 2010

5 Pelaksanaan ujian pra 26 Julai 2010

Page 8: Kajian Tindakan PD

6 Memproses data ujian pra 29 Julai 2010

7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 2 Ogos 2010

8 Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian 9 Ogos 2010

9 Pelaksanaan ujian pos 16 Ogos 2010

10 Refleksi kajian 23 Ogos 2010

11 Penulisan laporan kajian 24 Ogos 2010

12 Pembentangan dapatan kajian 2 September 2010

10.2) Kos Kajian

Kos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual kos kajian di bawah.

BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS

1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00

2 Printer Cartridge 1 x RM 50.00 RM 50.00

3 Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00

4 Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00

5 Buku catatan guru 3 x RM 2.00 RM 6.00

JUMLAH: RM 148.00