Kajian Tindakan Pendahuluan 2015

2
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Matematik merupakan mata pelajaran wajib dalam sistempendidikan di Malaysia. Selain itu, Matematik juga merupakan mata pelajaran wajib bagi pel pelajar pengajian tinggi terutama dalam bidang kejuruteraan. Seorang juruter mempunyai latar belakangyang baik dalam Matematik. Ini kerana Matematik merupakan asas Sains dan Teknologi (Holtzapple !ee"e, #$$$%. &ebanyakan ku yang ditawarkan di uni'ersiti juga banyak merangkumi unsur matematik. Setiap kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian kita. &ita tidak daripadanya sama ada kitasuka atau pun tidak.Semasa membeli-belah, kita menggunakan matematik. Semasa memasak di dapur, kita menggunakan matemati juga. Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana ha hasil seni dilukis dan dibina, antaranya yang dapat dilihat adalah erkembar )etronas yang tersergam indah di &uala *umpur. Tanpa kebij dalam matematik maka, tiadalah jurutera dan arkiteks yang berkaliber. Meman matematik sangat memainkan peranannya dalam kehidupan kita, ianya merupakan +ungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang bera bawah. )ekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlu

description

kt

Transcript of Kajian Tindakan Pendahuluan 2015

1.0PENDAHULUAN1.1PengenalanMatematik merupakan mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, Matematik juga merupakan mata pelajaran wajib bagi pelajar-pelajar pengajian tinggi terutama dalam bidang kejuruteraan. Seorang jurutera haruslah mempunyai latar belakang yang baik dalam Matematik. Ini kerana Matematik merupakan asas Sains dan Teknologi (Holtzapple & Reece, 2000). Kebanyakan kursus yang ditawarkan di universiti juga banyak merangkumi unsur matematik. Setiap hari, kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian kita.Kita tidak boleh lari daripadanya sama ada kita suka atau pun tidak. Semasa membeli-belah, kita menggunakan matematik. Semasa memasak di dapur, kita menggunakan matematik juga. Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasil-hasil seni dilukis dan dibina, antaranya yang dapat dilihat adalah pada bangunan Berkembar Petronas yang tersergam indah di Kuala Lumpur. Tanpa kebijaksanaan dalam matematik maka, tiadalah jurutera dan arkiteks yang berkaliber. Memandangkan matematik sangat memainkan peranannya dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah. Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan penguasaan matematik yang tinggi. Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang individu. Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu.

Justeru itu, bolehlah dirumuskan bahawa matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja mampu untuk mengaplikasi pengetahuan matematik mereka, tetapi juga menyelesai masalah baru. Dalam erti kata lain, individu berliterasi matematik yang