Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

86
KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5 SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN) YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN . MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C- TAHUN 5 MENGGUNAKAN MODUL “JELMAAN” Oleh: Pn.Faridah bt.Doya Guru Cemerlang Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid- murid Tahun 5 Bestari, yang lemah membuat

description

Kajian Tindakan Penulisan

Transcript of Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Page 1: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA MELAYU   PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN)   YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM

BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5

MENGGUNAKAN MODUL “JELMAAN”

Oleh:Pn.Faridah bt.Doya

Guru Cemerlang Bahasa MelayuSekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid

Tahun 5 Bestari, yang lemah  membuat ulasan dalam

Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat

adalah seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-

murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan

Page 2: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

yang diberi tidak melebihi 50 patah

perkataan.Markah penuh yang diperuntukkan untuk

bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah

keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012).

Untuk menghasilkan ulasan,murid-

murid  dikehendaki menentukan nilai yang terdapat

dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu

dan nilai tersebut kemudiannya perlu dihuraikan

dengan mengambil contoh  berdasarkan pernyataan

atau cerita  yang terdapat dalam petikan sahaja. 

Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro

yang saya adakan pada 4 Oktober 2012 yang lalu,

menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh

markah penuh dalam bahagian ini melalui latihan

secara individu walaupun saya telah mengajar murid

saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil

inovasi saya sendiri yang diberi nama“Teknik

SSDA”.Saya berasa amat kecewa kerana target saya

untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat

markah penuh -20/20 atau sekurang-kurangnya 19/20

masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan

kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang

Page 3: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

pandai dan bakal mengharumkan nama sekolah

dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang.

Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat

pula,saya dapati punca utama murid kehilangan

markah adalah kerana mereka tidak dapat

menentukan nilai yang tepat berdasarkan pernyataan

yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa  terpanggil

untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang

berlaku.Untuk itu saya telah menghasilkan modul

yang saya beri nama modul” JELMAAN”di mana

modul ini mula saya jalankan pada 10 Oktober

2012.Saya memilih nama ini kerana latihan yang

saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana

memerlukan murid menjelmakan nilai-nilai tersirat  di

sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti di

lampiran 1.Disebabkan sekolah hanya ada beberapa

minggu  sebelum bercuti ,maka saya dapat

mempraktikkan modul ini sebanyak enam kali sahaja

namun pencapaiannya amat memberangsangkan

1.0   REFLEKSI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN LALU

Page 4: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata

pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Bestari di sekolah

saya.Kelas 5 Bestari ini  merupakan kelas yang baik

dan murid-muridnya

pandai,aktif ,kreatif,berketrampilan dan berpotensi

untuk mendapat gred A dalam kesemua mata

pelajaran  khasnya Bahasa Melayu Pemahaman dan

Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras

dalam UPSR..Bagi sekolah saya yang sentiasa ingin

mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini

merupakan kelas harapan untuk pencapaian

cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas

2),terkandung 3 soalan yang harus dijawab oleh

murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina

Ayat),Bahagian B (Karangan Berformat dan Tidak

Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk

mendapatkan markah yang cemerlang,murid-murid

haruslah mendapat markah yang baik dalam setiap

bahagian tersebut.

Page 5: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-

tiga bahagian ini saya ajar dengan penuh

minat,semangat dan rasa tanggungjawab apatah lagi

saya mengajar anak-anak kampung saya

sendiri.Sebagai guru cemerlang,saya lebih

memberatkan teknik pengajaran saya bagi

memudahkan murid saya menerima apa yang saya

sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan

saya ialah murid-murid saya masih tidak mencapai

markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam

bahagian C seperti yang saya targetkan  pada hal

mereka merupakan murid elit.Seringkali saya

termenung sendirian memikirkan apakah masalah

murid saya sebenarnya.Kadang-kadang saya

meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu yang

lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang

saya terima tidak banyak membantu.Antara ayat

yang saya terima:

       -….tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun

6 nanti tahulah dia orang buat   

             ulasan tu..

Page 6: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

       -….jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik

lagi

       -….Dapat markah 17 pun kira ok la tu…dan lain-

lain lagi.

Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan

yang sama terus berlaku.Kertas latihan murid  yang

semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa

kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam

perasaan yang hanya Tuhan sahaja yang

mengetahui malah saya turut tercabar dengan

gelaran jawatan yang saya pegang.Kenapa masalah

terus berlaku sedangkan saya telah berusaha

memberi penerangan yang sebaik mungkin

menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai gambar

serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip

hidup saya iaitu  “Masalah hanya akan dapat

diselesaikan jika sesuatu dilakukan” Keazaman dan

semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya

untuk menghasilkan kajian tindakan ini.

2.0   ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Page 7: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja

pengajaran makro dijalankan,saya mendapati tidak

ada seorang pun  daripada 18 orang murid mendapat

markah penuh 20/20 dan hanya 1 orang mendapat

markah 19/20 .Melalui latihan tersebut,post-mortem

yang dibuat adalah seperti berikut:

PERKAR

A

MARKAH

20/2

0

19/2

0

18/2

0

17/2

0

16/2

0

15/2

0

14/2

0

13/2

0

12/2

0

11/2

0

Bwh

10/2

0

Bilangan

Murid

Capai

- 1/18 2/18 1/18 4/18 5/18 3/18 1/18 1/18 - -

Peratus - 5.5 11.1

1

5.5 22.2 27.7 16.6 5.5 5.5 - -

Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan

murid memperoleh markah sederhana

sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu

sahaja sedangkan markah bahagian ini amat

membantu murid mencapai gred A dalam subjek

Penulisan Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam

Page 8: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

mencapai gred yang baik ini sudah tentu akan

memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan

keseluruhan dan gred purata mata pelajaran

ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR yang saya

semak setiap tahun juga,menunjukkan murid

menghadapi masalah yang besar dalam bahagian

yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik

sekalipun dalam bahagian A dan B sedangkan

Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk

mereka mencapai gred A seperti yang

diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya

masalah ini.

Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini

ialah murid tidak tahu  menentukan nilai yang tepat

atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang

diberi melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa

dibantu atau dibimbing oleh guru.Jika dilihat pada

skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid

tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap

nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat

menepati pernyataan yang diberi.

Page 9: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Justeru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini

tidak saya selesaikan memandangkan murid-murid

saya mempunyai kualiti diri dalam

pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya

yakin jika murid saya diberi latih tubi yang

cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka

dengan mudah dapat menentukan nilai berdasarkan

pernyataan yang diberi.

3.0   OBJEKTIF KAJIAN

3.1  Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk

meningkatkan  pencapaian murid dalam subjek

Penulisan Bahasa Melayu-Kertas 2 (012)di SK Astana

Raja. 

3.2  Objektif Khusus

i) Memastikan sekurang-kurang 10 daripada 18 orang

murid 5B mendapat  sekurang-kurangnya markah

19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu

semasa peperiksaan akhir tahun.

Page 10: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid

dalam menjelmakan nilai yang tersirat dalam

pernyataan.

iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2

di SK Astana Raja mengajar bahagian C

menggunakan modul yang dihasilkan.

iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu SK Astana Raja dari

segi gred purata 

4.0  KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari

Sekolah Kebangsaan Astana Raja yang terdiri

daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6 daripada 18

orang murid ini merupakan murid elit yang aktif dan

berketrampilan manakala yang selebihnya berada

dalam kategori pandai.

5.0   METODOLOGI  KAJIAN

5.1  Semakan Lembaran Kerja

Page 11: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

   Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara

tidak langsung dapat menilai tahap pencapaian

murid dalam menguasai kamahiran berkenaan

 5.2 Pemerhatian Dalam P&P

      Respon murid dilihat secara tidak langsung

sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab

diadakan.

 5.3 Peperiksaan Akhir Tahun

    Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun

dijadikan bahan untuk mengukur  pencapaian

murid dan keberkesanan modul yang dibuat.

 5.4 Soal Selidek

     Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada

murid untuk mendapatkan maklum balas    murid

berkenaan Modul JELMAAN yang saya jalankan.

6.0   PELAKSANAAN KAJIAN

6.2  TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

6.2.1 Semakan lembaran kerja

Page 12: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid,saya

telah menyemak lembaran kerja murid dengan lebih

berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada

mulanya / sebelum kajian dijalankan murid

melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam

menentukan nilai berbanding dengan selepas kajian

dijalankan.Selepas kajian dijalankan,saya berasa

hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid

saya.Saya juga mula menarik nafas lega kerana apa

yang usahakan mula membuahkan hasil.

6.2.2  Pemerhatian dalam P&P

Saya telah membuat pemerhatian sepanjang p&p

dijalankan khususnya semasa sesi soaljawab

diadakan sebelum dan selepas kajian.Sebelum

kajian dijalankan ada murid yang kurang memberi

respon dan sering  menyatakan nilai yang salah

berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas

kajian dan menggunakan set latihan dalam Modul

“JELMAAN” yang saya buat.Mereka nampak lebih

terjurus kepada jawapan sebenar atau nilai yang

tepat serta menjawab dengan penuh

Page 13: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan

bahagian C ini.

6.2.3  Peperiksaan Akhir Tahun

Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan amat

bermakna sekali buat saya kerana di sinilah saya

boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul

yang saya jalankan.Ternyata berlaku peningkatan

yang agak drastik pada keputusan peperiksaan

mereka dalam karangan bahagian C.Data pencapaian

adalah seperti berikut:

PERKARA MARKAH

20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20

MARKAH LATIHAN

SEMASA PENGAJARAN

MAKRO

(Penc.Sebelum Guna

Modul

-

-

1/18

5.5

%

2/18

11.11

%

1/18

5.5%

4/18

22.2%

5/18

27.7%

3/18

16.6%

MARKAH

PEP.AKHIR THN

2/18 8/18 2/18 3/18 1/18 2/18

Page 14: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

(Penc.Selepas Guna

Modul

11.1% 55.5% 11.1% 16.6% 5.5

%

11.1%

Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun

menunjukkan petanda baik bahawa modul ini banyak

mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah

melonjakkan pencapaian dalam bahagian ini.

Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru

Bahasa Melayu yang lain dan meminta mereka

mempraktikkan kepada murid masing-masing

selepas itu.Disebabkan masa yang begitu

terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali sahaja

dalam pengajaran mereka.

6.2.4  Soal Selidik

Borang soal selidek telah diberikan kepada murid

untuk mendapatkan maklum balas berkenaan modul

yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon

positif.Berikut adalah analisis soal selidik yang telah

dijawab oleh murid:

Skala Likert:   1.sangat tidak setuju

                        2.tidak setuju

                        3.kurang setuju

Page 15: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

                        4,setuju

                        5,sangat setuju

Bil SKALA 1 2 3 4 5

Item            (Bilangan

Murid)

1. Kemahiran membuat ulasan

dalam Penulisan Bahagian C

merupakan pelajaran yang

mudah

7 5 5 1 0

2. Penulisan Bahagian C mudah

dijawab tanpa teknik dari

Modul JELMAAN

9 7 2 0 0

3. Saya berasa lebih mudah

menjawab Penulisan Bahagian

C selepas guru melaksanakan

Modul JELMAAN

0 0 0 6 12

4. Saya berasa amat seronok

menjawab set-set latihan

dalam Modul JELMAAN

0 0 1 10 7

5. Setelah menjalani set-set

latihan dalam modul JELMAAN

saya mempunyai lebih

0 0 0 6 12

Page 16: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

keyakinan untuk membuat

ulasan pada Bahagian C.

6. Modul JELMAAN benar-benar

membantu saya.

0 0 0 5 13

Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini

juga turut memberi komen.Antara komen   tersebut

adalah seperti berikut:

….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan

dalam modul ini,saya dapat melihat     pencapaian

yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi

….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi

kerana murid-murid saya  lebih mudah menentukan

nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam

Modul JELMAAN ini.

….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul

Panitia BM di sekolah kita serta digunapakai oleh

semua murid tahap 2 di sekolah ini.

      6.3  Tindakan yang diJalankan

   1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat

Ulasan) yang saya beri sebagai kerja    rumah

Page 17: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari

idea untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

murid saya sehinggalah saya terfikir untuk membuat

modul yang men gandungi set latih tubi menentukan

/menjelmakan nilai ini di mana modul itu saya

namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih

sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C

   2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi

dalam modul tersebut,terlebih dahulu saya akan

menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini

kepada murid saya.

  3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari

dalam waktu pelajaran Bahasa Melayu Tahun5

Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini

adalah seperti berikut:

         Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN

TARIKH MASA SET LATIHAN

MODUL

10 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 1  & 2

12 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 3 & 4

15 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 5 & 6

17 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 7 & 8

19 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi   8 &10

Page 18: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

22 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 11 &12

   4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk

mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan

penggunaan modul melalui borang soal selidik yang

saya sediakan. 

   5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan

Akhir Tahun yang diadakan.

   6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat

pencapaian murid dalam bahagian C.

6.4  Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian

Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2

minggu sahaja.Hal ini adalah kerana hari

persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi

sebelum Peperiksaan  Akhir Tahun diadakan.

Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya

telah membuat soal selidik tentang pandangan

mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh

manakah penerimaan mereka terhadap kaedah ini di

samping merekodkan markah pada bahagian ini

secara terperinci seperti pada Lampiran 2.

Page 19: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN

berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian

dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana

secara tidak langsung telah meningkatkan

pencapaian murid secara keseluruhan dalam Subjek

Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati

kerana apa yang saya usahakan telah membuahkan

hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa

Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa

Melayu yang lain telah mencadangkan agar Modul ini

dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah

saya.Perkara ini telah pun sampai ke

pengetahuan  Guru Besar kami.Beliau

bangga  malah turut memberi semangat kepada

guru-guru lain untuk mencontohi usaha

saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam

mesyuarat panitia pada bulan Disember 2012 nanti.

6.5 Refleksi Kajian

Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan

perubahan drastik khasnya pada bahagian C ini amat

ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan

kaedah inovasi “SSDA” yang saya jalankan dan

Page 20: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

“Modul JELMAAN” ini ternyata banyak membantu

murid dalam membuat ulasan seperti yang

diharapkan.Malah modul ini sentiasa menjadi

sebutan murid-murid saya.

Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada

murid kelas 5 Bestari  telah menghantar SMS

mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya

kerana telah berjaya melonjakkan prestasi anaknya

dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari Anugerah

Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai

ibu bapa yang berpuas hati serta menyatakan rasa

gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka dalam

sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga

mengetahui tentang modul yang saya gunakan

melalui anak-anak mereka.

7.0  CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa

cadangan perlu dibuat untuk memperbaiki dan

meningkatkan penggunaan modul ini .Antara

cadangan tersebut adalah seperti berikut:

Page 21: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

 1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari

semasa ke semasa dan melengkapkan   lagi modul

ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan

mempelbagaikan  bentuk latihan seperti peta

minda ,aktiviti memadankan dan lain-lain lagi.

2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang

menggunakan modul ini dengan menyediakan

hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat

markah penuh / tertinggi / melepasi target dalam

setiap set latihan yang diberi.

3.Membawa ke Mesyuarat  Panitia Bahasa Melayu dan

membincangkan penggunaan modul ini   secara

rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2

di sekolah saya

 4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk

menambah set latihan bagi modul supaya dapat

dibukukan untuk menafaat bersama.

8.0  PENUTUP

     Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan

dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-

guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta

Page 22: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

daerah saya amnya.Hasil kajian ini terdapat

perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran

guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini

akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses

p&p saya lebih menarik,berkesan dan

menyeronokkan.Sebagai guru kita seharusnya peka

dengan masalah dan keperluan murid dan

bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang

mereka hadapi.Kita juga haruslah mempunyai ilmu

pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi

menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan(FPK).

9.0  RUJUKAN

1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI

2.Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,Siri Pendidikan Fajar Bakti,Kuala 

Page 23: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

   Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

3.Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM

4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar    Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris-Bahasa  Melayu.    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTS Professional   Publishing Sdn.Bhd.

7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html

8. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

Page 24: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

9. http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan

10. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

11. http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html

12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc=HP_ss

Lampiran 1

CONTOH SET LATIHAN 1-  MODUL

JELMAAN  (Bersama Contoh Jawapan)

BIL PENYATAAN

1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat

2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan

3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa

4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin

5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan

Page 25: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati

7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,

8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah

9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas berhati-hati / berwaspada

10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan

11 Bersarapan  bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan

12 Sembahyang / solat taat

13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati

14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab

15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin

16 Memberi  salam menghormati

17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa

18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa

19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang

20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi

21 Makan / berbual-bual / bercuti  bersama keluarga kasih sayang

22 Bergotong- royong kerjasama

23 Menziarahi  / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang

Page 26: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Lampiran 2

REKOD PENCAPAIAN PELAJAR 

Bil

NAMA MURIDMARKAH

BAHAGIAN CSEBELUM

MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN

MARKAH BAHAGIAN C

SELEPAS MENGGUNAK

AN MODUL JELMAAN

1. M. ZAM ZUHAIRI B MOHD ZAMRI

19/20 20/20

2. M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN

15/20 19/20

3. M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI

18/20 19/20

4. NURFATIN SYAFIQAH BT AMRAN

16/20 19/20

5. M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN

16/20 18/20

6. NUR MASATIKAF 16/20 19/20

Page 27: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

BT AMRI

7. MUHAMMAD ANAS B AZAHARI

17/20 19/20

8. DAYANA BATRISYA BT SHAMSOL

18/20 20/20

9. MUHD. FIRDAUS B MAT JALIL

15/20 18/20

10. NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK

15/20 19/20

11. MUHD. HAIKAL B MOHD AZREEN

14/20 17/20

12. IZZATUL WAFA BT MUSTAFA

16/20 19/20

13. M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI

15/20 17/20

14. AIDA NAJWA BT ADNAN

14/20 19/20

Page 28: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

15. SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM

15/20 16/20

16. NUR KHAIRIAH SALWA BT SAHAK

14/20 17/20

17. MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM

12/20 15/20

18. SITI SOLEHAH BT MUHAMAD

13/20 15/20

http://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.html

Page 29: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Contoh Kajian Tindakan

MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMAHAMAN BACAAN DAN MENULIS

KARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK SUMBANGSARAN

ABSTRAK: Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan suatu

keperluan asas di negara ini. Bagi mengajar subjek bahasa pula, kemahiran membaca dan

menulis merupakan tunjang utama dalam menguasai bahasa tersebut. Tanpa kemahiran-

kemahiran ini, penguasaan bahasa tidak akan dapat berjalan dengan jayanya. Oleh hal

yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal meningkatkan penguasaan membaca

dan menulis dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran dengan

menggunakan teknik sumbangsaran. Responden kajian terdiri daripada tujuh orang

murid yang merangkumi semua murid tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan

Ibrahim Fikri. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk pemerhatian sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung selain daripada Ujian Pra dan

Ujian Pos. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid-

murid atau responden ini mempunyai masalah dalam kemahiran membaca dan menulis

dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap kedua-dua kemahiran tersebut.

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, satu kaedah atau pendekatan pemulihan

amat penting bagi membantu responden menguasai kemahiran membaca dan menulis

untuk kepentingan mereka di masa akan datang.

1.0       PENGENALAN

Page 30: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Membaca dan menulis merupakan satu asas yang penting dalam mempelajari sesuatu

perkara. Tanpa bacaan, seseorang itu tidak akan mendapat sesuatu maklumat dan

keadaan ini akan menyebabkan daya fikiran otak mereka tidak dapat berfungsi dengan

baik. Menurut Yahya ( 2005 ) tujuan membaca adalah bagi memahami teks yang dibaca

dan kandungan teks yang dibaca memberi makna kepada pembacanya. Keupayaan

membaca merupakan satu kemahiran yang unik dan dinamik dan keadaan ini perlu ada

bagi setiap individu ketika mereka membaca kerana pada masa ini, keupayaan kognitif

mereka secara tidak langsung akan aktif dan dapat memproses sesuatu perkara yang baru.

Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk

visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta

pembaca juga berupaya untuk mentafsirkan maksud yang dibacanya. Pemahaman bacaan

bergantung kepada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan

pengalaman membaca.

Sementara itu, kemahiran menulis juga merupakan satu aspek penting dalam

pembelajaran bahasa. Kemahiran menulis dan membaca tidak dapt dipisahkan jika

mempelajari sesuatu bahasa. Kemahiran ini merupakan suatu budaya intelek yang saling

melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan

satu proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan keupayaan ini disalurkan

secara bersistem atau berperingkat iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa,

audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis

merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai bidang di sekolah. Pencapaian dan kebolehan

yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan

Page 31: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran bahasa yang

lain.

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu

sama lain iaitu dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan mereka

masing-masing. Oleh yang demikian, guru yang mengajar subjek bahasa seharusnya cuba

memahami keperluan konsep pemulihan atau kaedah lain yang dapat membantu murid-

murid di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran

membaca dan menulis dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Selain mampu

untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis, murid-murid juga

sekali gus akan dapat membantu meningkatkan kemahiran kendiri mereka.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama

Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka dan

menghasilkan program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan

Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program

Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM). Usaha-usaha seperti inilah yang akan

membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, peranan

guru-guru yang mengajar subjek bahasa dan bukan bahasa amatlah penting supaya

murid-murid mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini seperti murid-murid

yang lain. Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat

membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk

bersaing dengan rakan-rakan mereka yang normal.

2.0       REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Page 32: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Secara keseluruhannya, para pelajar bagi kelas tingkatan empat ini agak lemah dalam

menguasai isi pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis semasa

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas. Salah satu puncanya ialah mereka

kekurangan motivasi untuk belajar dan juga sokongan daripada guru. Hanya sebahagian

kecil pelajar sahaja yang mempunyai minat dan berpotensi untuk maju dalam mata

pelajaran yang diajarkan.

            Sepanjang guru mengajar topik yang melibatkan penulisan karangan, murid-murid

tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tambahan pula, mereka kurang

mengetahui makna sesuatu perkataan dan memerlukan penjelasan daripada guru. Selain

itu, keputusan pelajar dalam ujian juga agak tidak memuaskan guru.

            Para pelajar gagal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis yang diajar.

Hanya 28% pelajar sahaja yang mendapat markah yang agak tinggi iaitu sebanyak 15%.

Kaedah hafal dan tulis yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

adalah gagal untuk menarik perhatian pelajar dalam penulisan karangan.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung dari awal sudah semestinya akan

mendatangkan masalah kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran kepada

topik-topik lain yang melibatkan penulisan karangan. Sehubungan dengan itu, satu

tindakan sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil bagi mengatasi

masalah ini.

3.0       OBJEKTIF KAJIAN

Page 33: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Dalam kajian yang dijalankan ini, objektif umum adalah untuk mengenal pasti masalah

dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid tingkatan empat yang mempunyai

masalah pendengaran. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

            3.1       Objektif Am

a)      Meningkatkan peratusan kelulusan dalam penulisan karangan.

b)      Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran topik-topik lain yang berkaitan

dengan penulisan karangan.

c)      Membentuk kaedah yang sesuai dengan keupayaan murid-murid.

3.2       Objektif Khusus

a)      Murid-murid dapat meningkatkan penguasaan membaca dan menulis karangan

berdasarkan teknik sumbangsaran.

b)      Pelajar dapat menyelesaikan semua soalan lembaran kerja yang diberikan mengikut masa

yang ditetapkan oleh guru

c)      Pelajar dapat lulus ujian pos yang melibatkan penulisan karangan.

4.0       KUMPULAN SASARAN

Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan tujuh orang murid tingkatan empat di

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri.

5.0       PELAKSANAAN KAJIAN

            5.1       Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan kepada

pemerhatian, ujian pra, dan ujian pos.

5.1.1    Pemerhatian

Page 34: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku kumpulan sasaran

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, iaitu sebelum dan selepas kajian.

Sebelum kajian dijalankan, para pelajar kurang memberi perhatian kepada proses

pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Keadaan berubah setelah kajian

dilaksanakan dalam kalangan pelajar, iaitu pelajar lebih berminat, lebih yakin dan

berusaha menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru.

5.1.2    Ujian Pra dan Ujian Pos

Pengkaji juga menyediakan set Ujian Pra dan diberikan kepada kumpulan sasaran

pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka

terhadap kemahiran membaca dan menulis. Secara tidak langsung, pengkaji dapat

mengesan kelemahan kedua-dua kemahiran tersebut dalam kalangan murid. Item dalam

ujian pra terdiri daripada lima soalan yang berkaitan dengan proses pembinaan ayat dan

pemahaman teks bacaan. Selepas itu, pelajar diuji lagi dengan ujian pos dengan format

soalan yang sama.

            5.2       Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1    Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati:

a)      Pelajar lebih memahami petikan dan dapat menulis dengan baik.

b)      Suasana pembelajaran dalam kelas lebih bermakna.

 5.2.2   Analisis Ujian Pra

Setelah dianalisis keputusannya, hampir kesemua pelajar gagal menguasai

kemahiran memahami petikan dan menulis karangan.

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra

Page 35: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

MARKAH (%) JUMLAH PELAJAR

5 3

10 3

15 2

20 0

25 0

30 0

JUMLAH 7

            

Dapatan daripada Ujian Pra di atas menunjukkan bahawa seramai 3 orang murid

mendapat markah sebanyak 5%, 3 orang murid mendapat markah sebanyak 10% dan 2

orang murid mendapat markah sebanyak 15%.

            Hasil ujian ini menunjukkan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membantu

murid-murid meningkatkan penguasaan membaca dan menulis terhadap penulisan

karangan. Oleh itu, teknik bercerita digunakan untuk mengatasi masalah ini.

5.3       Tindakan Yang Dijalankan

Pengkaji melakukan tindakan berikut dalam mendapatkan hasil kajian:

a)       Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada para pelajar setelah selesai mengajar topik yang

berkaitan dengan karangan. 

b)      Pelajar-pelajar juga diberi latih tubi dalam membaca dan menulis karangan dengan

menggunakan teknik bercerita.

c)       Selepas itu, pengkaji menjalankan Ujian Pos apabila semua pelajar telah   menguasai

penggunaan teknik bercerita.

Page 36: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

d)      Kemudian, pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian

Pos.

5.4       Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu. Setiap kali memasuki

waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, pengkaji akan membimbing para pelajar untuk

meningkatkan penguasaan bacaan dan menulis karangan dengan menggunakan teknik

bercerita. Pelajar-pelajar telah menjalani Ujian Pra seminggu sebelum diperkenalkan

dengan teknik bercerita. Manakala Ujian Pos pula dijalankan sebulan selepas itu.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dijalankan, didapati pelajar lebih mudah

untuk membaca dan menulis karangan dengan menggunakan teknik bercerita.

                                                     Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos

MARKAH (%) JUMLAH PELAJAR

5 0

10 0

15 2

20 3

25 2

30 0

JUMLAH 7

           

Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat dua orang pelajar yang

mendapat markah sebanyak 15%, tiga orang murid mendapat markah 20% dan dua

orang murid mendapat markah sebanyak 25%.

Page 37: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

            Dapatan ini juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pemahaman

bacaan teks dan penulisan karangan berdasarkan teknik sumbangsaran. Berikut

merupakan perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos.

Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

MARKAH (%) Bil Pelajar(Ujian Pra)

Bil Pelajar

(Ujian Pra)

5 3 0

10 3 0

15 2 2

20 0 3

25 0 2

30 0 0

JUMLAH 7 7

5.5       Refleksi Kajian

Dapatan dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan

teknik sumbangsaran dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran

bahasa terutamanya pemahaman bacaan dan penulisan karangan. Hal ini dapat

dikukuhkan dan dibuktikan lagi dengan perbandingan keputusan yang telah dijalankan

iaitu melalui Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar

tingkatan empat.

Pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian telah dilaksanakan ini menunjukkan

peningkatan yang baik dan memuaskan. Di samping itu, hasil dapatan kajian bukan

Page 38: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

sahaja menunjukkan bahawa kaedah atau cara ini telah membantu para pelajar

meningkatkan kefahaman, tetapi juga membina keyakinan diri terhadap sesuatu yang

telah dipelajari oleh pelajar serta menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih

ceria dan bersemangat. Tambahan pula, para pelajar juga memberi respons yang

memuaskan kepada guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru.

Hasil kajian juga mendapati bahawa teknik sumbangsaran ini dapat membantu

murid-murid memahami apa yang dibaca oleh mereka dan sekali gus dapat menambah

perbendaharaan kata mereka. Penambahan perbendaharaan kata amat penting terutama

ketika melibatkan aktiviti penulisan terutamanya melibatkan penulisan karangan. Kaedah

latih tubi yang melibatkan bacaan juga dapat membantu murid-murid menguasai

kemahiran membaca dan ini sekali gus dapat membantu murid-murid dalam kelancaran

ketika membaca. Murid-murid ini juga percaya bahawa penguasaan kemahiran membaca

yang baik dapat menjadikan aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu aktiviti yang

amat menarik jika dikendalikan dengan betul.

6.0       CADANGAN

Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan

potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan pemahaman bacaan dan menulis murid-

murid tingkatan empat yang mempunyai masalah pendengaran. Hal ini supaya kemahiran

menulis dan membaca mereka selari dengan murid-murid normal sebaya dengan mereka.

            Cadangan yang boleh dilakukan adalah antaranya iaitu pengajaran asas kemahiran

membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid-murid

dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya

disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu

Page 39: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi

keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah yang digunakan

oleh guru bahasa dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan dan penat semasa

proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah terutama untuk aktiviti membaca.

            Selain itu, teknik ini juga boleh digunakan oleh kelas-kelas yang lain untuk

meningkatkan pemahaman bacaan dan sekali gus dapat membantu murid-murid untuk

menulis karangan dengan baik. Bagi menangani masalah menulis pula dalam kalangan

murid-murid ini, satu kelas tambahan dilakukan untuk membantu murid-murid ini dalam

kemahiran menulis. Semasa melaksanakan kelas ini, lembaran-lembaran kerja disediakan

sebagai pengukuhan kepada murid-murid dalam aktiviti menulis. Selain itu, guru juga

boleh menggunakan bahan seperti buku-buku untuk memberi pendedahan kepada murid-

murid tentang penulisan terutamanya dalam penulisan karangan dan rumusan.

           

7.0       KESIMPULAN

Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta

motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini

memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu

mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya

memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin.

Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin akauntabiliti

bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran yang

mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan negara

berimpak tinggi.

Page 40: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Persepsi guru tentang imej murid bermasalah pendengaran yang memerlukan

bantuan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan

secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung.

Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan

membantu murid yang mengalami masalah ini untuk berjaya. Pihak berkaitan juga perlu

mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam

permasalahan kemahiran membaca dan menulis terutama untuk mengajar murid-murid

yang mengalami masalah pendengaran.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa

faktor kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa

mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam kerjasama

yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim

persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang

murid bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta

berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap

pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif

dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya

dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak

dicapai oleh guru.

BIBLIOGRAFI

Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim:   Quantum

Books.

Page 41: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Teknik pengajaran dan pembelajaran diperolehi pada November 20 2011

melalui http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

Kaedah dan teknik mengajar diperoleh pada Mac 10 2011

melaluihttp://www.scribd.com/doc/13259494/Kaedah-Dan-Teknik-Mengajar

http://moshi2-mycorner.blogspot.com/2012/09/contoh-kajian-tindakan_17.html

Page 42: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa MelayuIni merupakan kajian tindakan yang perlu saya laksanakan untuk tugasan saya semester ini. Moga tugasan ini boleh kita kongsi bersama. 

PENGHARGAAN

            Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah saya

menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN  MEMBINA AYAT

DI DALAM DISIPLIN PENULISAN  BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN

4   dapat disempurnakan dengan sebaiknya.

            Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya ialah ingin

membetulkan  perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada antara guru penyelidik yang

masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan tentang pembentukan ayat yang

betul.

            Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima kasih

kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat berguna  berkaitan kajian tindakan

ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada  guru panitia Bahasa Melayu yang

selalu membimbing saya memantapkan lagi proses menyediakan  Laporan Kajian Tindakan ini.

            Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu

saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan

mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya.

Page 43: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

            Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan ia sebagai

panduan  dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk rakan-

rakan seperjuangan saya.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN  MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN  BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4

Oleh :Puan Nor Azila binti Md. Nor

Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

 ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid  di

Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini.  Selain itu , saya juga ingin

meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap .

Tinjauan awal  telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam

buku latihan .  Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi

morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan

kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah

ini , saya telah  menyediakan formula yang mudah untuk murid ini  memperbaiki kemahiran

membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya saya dapati , terdapat

peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid saya ini.  Saya juga berasa teruja

untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

Page 44: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

1.0  LATAR BELAKANG KAJIAN:

            Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B dan

Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan

dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama

dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam

penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik ,

menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam

penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak

latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan

baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa pasar

semasa menulis ayat.  Tanda bacan yang ditulis  tidak menepati ciri-ciri penulisan yang

sebenar.  Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya dapati murid belum boleh membina ayat

secara gramatis  dengan hanya melalui aktiviti  perbincangan dalam kelas dan perbincangan

melalui kumpulan. Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga

tidak banyak membantu murid saya .  Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran

juga termasuk guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan

menggunakan formula SPPA iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana -

apa / bagaimana ) bagi mengatasi kelemahan murid ini.

2.0  FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang

murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan di

Page 45: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis , mereka

gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang

demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki kemahiran  dalam

pembinaan ayat agar murid-murid  ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN

            Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif

tersebut:

            3.1 )  Objektif Am

      Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat  dengan lengkap dan gramatis.

           3.2 )  Objektif Khusus

       Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.

      Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.

      Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata

yang diberikan dengan baik.

4.0  KUMPULAN SASARAN

            Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4

Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu.  Kumpulan sasaran ini terdiri daripada

6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

5.0  PELAKSANAAN KAJIAN

Page 46: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

5.1 Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan

awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan

pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.

i ) Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis. Pada

awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana mereka

baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum menguasai

cara untuk membina ayat secara gramatis.

ii )  Pemeriksaan buku latihan.

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan

kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara untuk

membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat yang dibina

tiada kaitan dengan gambar yang diberkan ,

iii)  Ujian pra.

Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji tahap

penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk membina

Page 47: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang murid ini masih

gagal membina ayat secara gramatis.

5.2  Analisis Tinjauan Masalah

 Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data

yang di sediakan.

Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)BIL NAMA MURID Ujian

DiagnostikUjian

bulan Feb

1 Basker a/l Subramaniam 3 4

2 Danny Dave a/l Raman 4 4

3 Jaynishia a/p Bala 3 4

4 Justin a/l  Fernendez 4 5

5 Kapil a/l Jaynesan 3 4

6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 4

7 Muhammad Isma bin Kamsan 4 5

8 Nurul Alina binti Yusof 4 4

9 Nurul Fatehah binti Fauzi 5 5

10 Sabrina a/p Ramandran 3 4

11 Zaidi bin Harun 3 4

Page 48: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Rajah  1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut dibuat

sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam

membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.

5.3 Tindakan yang dijalankan.

            Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh

tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan

pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar.

            Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan

gambar yang diberi dan kaedah  kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa sesi

pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami  gambar ,

mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan catatkan kata kerja

yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan Tarik .  Dalam kaedah

ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari aktiviti yang terdapatkan

dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid perlu bulatkan gambar dan

catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak , mengubah dan sebagainya. Pada

waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina ayat menggunakan kata tanya ( siapa .

buat apa , di mana , bila / bagaimana )

            Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan

kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.

Set Induksi      : Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar

yang ditunjukkan

Langkah 1       : Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar

Page 49: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Langkah 2       : Murid mencari  5 kata kerja / aktiviti  yang ada kaitan dengan kehendak soalan .

Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah

dikenalpasti.

Langkah 3       : Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di mana .

bila / bagaimana )

Langkah 4       : Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina.

Penutup           : Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan.

            Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan

jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid.

            Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti keseluruhan 

gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan / aktiviti yang ada

kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan

gambar.

            Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan

kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )

Contoh: soalan            : siapa di dalam gambar ?

              jawapan         : Pak Kassim

              soalan            : sedang buat apa ?

              jawapan         : membanting padi.

              soalan            : di mana ?

            jawapan           :  di sawah padi / di bendang

              soalan           : bila ?

Page 50: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

              jawapan         : di musim menuai.

Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis kepada

murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan kosa kata

yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap membina 5 ayat ,

murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya.

Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di

                                     bendang semasa musim menuai.

            Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012

sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah mengadakan 3

kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam tempoh pelaksanaan

kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai

objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu.

5.4 Dapatan Kajian

Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah

dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual ini

merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.

BIL NAMA MURIDJENIS UJIAN

Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3

1 Basker a/l Subramaniam 5 7 9

2 Danny Dave a/l Raman 6 6 9

Page 51: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

3 Jaynishia a/p Bala 6 7 10

4 Justin a/l  Fernendez 7 8 10

5 Kapil a/l Jaynesan 5 7 8

6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 5 7

7 Muhammad Isma bin Kamsan 7 8 10

8 Nurul Alina binti Yusof 6 7 9

9 Nurul Fatehah binti Fauzi 7 8 10

10 Sabrina a/p Ramandran 7 7 9

11 Zaidi bin Harun 7 8 10

Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid

tersebut. Seramai 10 orang iaitu  91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya

seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan yang

amat ketara,

            Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran yang

telah dijalankan.

Cikgu       : Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan                      

meningkat setelah  belajari melalui kaedah dan teknik ini.

Fatehah  : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat      

                 dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu!

Cikgu      : Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan

                 kamu yang berada di skor cemerlang.  Awak masih ada masalah dengan        

penggunaan kaedah ini ? 

Page 52: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih baik.              

Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.

Cikgu     : Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca

                 untuk menambahkan kosa kata kamu.

5.5  Refleksi   Kajian.     

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah  dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor

markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat

bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada

tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan

masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga

melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan

penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada nmurid-murid

saya.

            Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya

melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah yang

diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu

melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang

betul untuk membina ayat dengan baik.  Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya

dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.6  Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.

Page 53: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid

semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid mahir

sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan

menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B.  Ini

kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.

Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada

murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk

memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai oleh

rakan-rakan saya nanti.

Rujukan :

Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS

            Profesional Publishing Sdn Bhd.

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian

            Tindakan Teknologi Pendidikan

Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis

             Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia

Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimens

Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD

         3026.

http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com

http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com

http://eilahasnor.blogspot.com/p/kajian-tindakan.html

Page 54: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Kajian TindakanMENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN (BERBENTUK UMUM – LANGKAH – LANGKAH ) TINGKATAN 2 DENGAN KAEDAH RAJAH

1.0 REFLEKSI

Penulisan karangan menjadi sukar kerana pelajar –pelajar hari ini kurang mempunyai kemahiran mengembangkan isi karangan. Sebagai akibatnya, isi soalan karangan yang berbentuk umum ( langkah-langkah ) sukar di kembangkan/dihuraikan oleh para pelajar dalam masa yang cepat dengan baik. Hal ini merupakan dapatan pemerhatian saya terhadap pelajar 2KT1 hasil analisis ujian bulanan yang pertama.

Bagaimana pelajar saya boleh mengembangkan isi karangan? Semua ini telah menjadi dorongan kepada saya untuk menjalankan kajian tindakan ini.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Saya mendapati semua pelajar 2KT1 tidak dapat mengembangkan isi karangan dengan baik dalam ujian 1 yang lepas atau melepasi markah 50% Walaupun mereka mengetahui isi karangan. Masalah ini jika tidak diatasi akan menyebabkan pelajar tidak dapat menulis karangan dengan baik dalam masa yang ditetapkan.

Page 55: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Oleh itu, saya yakin sekiranya pelajar dapat mengingat akronim tertentu, maka pasti pelajar dapat menjawab soalan tentang “langkah - langkah” dan sinonim dengannya. Hal ini akan meningkatkan keyakinan dan keseronokkan pelajar menulis atau mengarang seterusnya meningkatkan prestasi mata pelajaran bahasa Melayu kertas penulisan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menghurai isi karangan yang berbentuk umum ( langkah-langkah ) dan sinonim dengannya.

3.2 Objektif Khusus

Kajian ini bertujuan untuk membantu para pelajar mengembangkan isi / fakta tentang soalan karangan berbentuk umum ( langkah-langkah ) dan sinonim dengannya.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Satu kelas iaitu Tingkatan 2KT 1 yang terdiri daripada 15 orang pelajar telah diambil sebagai responden kajian. Pelajar yang terlibat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu;

• 5 orang – pelajar yang boleh menulis karangan secara biasa tanpa bantuan guru.• 5 orang – pelajar yang boleh menulis karangan secara biasa dengan bantuan guru pada tahap minimum.

Page 56: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

• 5 orang – pelajar yang boleh menulis karangan secara biasa dengan bantuan guru sepenuhnya.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian Tindakan ini melibatkan empat fasa iaitu fasa tinjauan masalah, fasa analisis tinjauan masalah, fasa tindakan dan fasa refleksi. Kajian ini akan dijalankan selama 4 minggu dengan pengawasan pengkaji. Antara instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah :

5.1. Ujian Pre Kemahiran mengembangkan isi soalan berbentuk umum ( langkah-langkah )5.2. Kemahiran menggunakan Kaedah Rajah5.3. Ujian Post kemahiran mengembangkan isi soalan umum ( langkah-langkah )

6.0 TINJAUAN MASALAH

6.1 Pemerhatian

Saya akan menyemak latihan yang diberi kepada pelajar. Jika ada kesilapan, pelajar akan diminta membuat pembetulan dan hantar semula latihan tersebut kepada saya.

6.2 Ujian Pra Kemahiran Mengembagkan Isi Soalan Umum ( langkah – langkah )

Kemahiran mencari fakta karangan soalan umum ( langkah-langkah ) .

Page 57: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Soalan : Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi masalah kemalangan jalan raya hari iniSampel diminta mencari dan mengembangkan isi soalan ini.

7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

7.1 Analisis Pemerhatian

Pelajar mengambil masa yang lama ( hampir 1jamt untuk mengembangkan sekurang-kurangnya 3 isi tajuk karangan yang di beri)

7.2 Analisis Ujian Pra

Semua sample yang terlibat mengambil masa yang lama (lebih kurang 1jam ) untuk mengembangkan isi karangan;

- 6 orang dapat mengembangkan 3 isi karangan pada tahap sederhana- 4 orang dapat mengembangkan 2 isi pada tahap sederhana- 4 orang dapat mengembangkan 1 isi pada tahap sederhana- Seorang tdapat mengembangkan 2 isi pada tahap lemah

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGAKAN

8.1 Kaedah Rajah

Kaedah ini telah digunakan dan dipilih memandangkan ia dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Justeru proses

Page 58: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

memahami dan mengingat menjadi mudah Antara Langkah 8.1 Guru Menyebut akronim “KISMme” dan pelajar diminta mengikutnya

8.2 Guru memperkenalkan maksud setiap huruf ;

K – KERAJAANI - IBU BAPA S – SEKOLAHM – MASYARAKATme –MEDIA MASSA

8.3 Pelajar kemudian ditanya dengan soalan ;

Apakah yang dapat dibuat oleh (KISMme ) ?Bagaimana caranyaApakah contohnya ?

8.4 Guru dan pelajar berbincang kaitan rajah di bawah dengan soalan yang diajukan

K - K APA/ BAGAIMANA /CONTOH- U

I - A APA / BAGAIMANA / CONTOH- M

S - K APA / BAGAIMANA /CONTOH - K

M - KJ APA / BAGAIMANA /CONTOHKMe – PTI APA / BAGAIMANA /CONTOH

Page 59: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

8.4 Pelajar dikehendaki menulis jawapan daripada soalan yang diberi

9.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 23 Mac 20082. Merancang tindakan 24 Mac 20083. Menulis proposal kajian 24 Mac 20084. Melaksanakan kajian tindakan (aktiviti 1 ) 3 April 20085. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1 ( dalam panitia ) 3 April 20086. Melaksanakan tindakan ( aktiviti 2 ) 9 April 20087. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 ( dalam panitia ) 9 April 20088. Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar 17 April 20089. Refleksi kajian 17 April 200810. Menulis laporan kajian 21 April 200811. Pembentangan dapatan kajian 28 April 2008

10.0 KOS KAJIANKERTAS A 4 = 1 RIM ( RM 8.50 )

11.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

Fasa pelaksanaan tindakan ini melibatkan dua kali perjumpaan bersama pelajar. Kaedah rajah dan penjelasan langkah – langkah pelaksanaannya digunakan untuk pertama kali. Selepas analisis dan refleksi dijalankan, Kaedah ini diulang semula untuk perjumpaan kali kedua.

Page 60: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Akhir sekali Ujian Post Kemahiran MENGEMBANGKAN isi karangan berbentuk umum ( langkah-langkah ) dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah ini.

12.0 REFLEKSI KESELURUHAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah akronim dapat meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan berbentuk umum ( langkah –langkah dan yang sinonimnya) dalam masa yang singkat. Hal ini kerana pelajar yang dapat mencari kata kunci mengembangkan isi karangan yang tepat dan cepat, akan membantu mereka mengarang dengan baik atau sekurang-kuranngnya menepati kehendak soalan.

13.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Untuk kajian seterusnya, saya berharap dapat mengembangkan kaedah rajah ini dalam tajuk karangan yang lain. Selain itu, saya akan memilih akronim yang mudah dingat dan sesuai dengan pelajar.

BIBLIOGRAFIIshak Haron (1979), Panduan Pengajaran Mengajar Bahasa Malaysia di Sekolah Menegah : Satu “ conceptual Framework” dalam Penulisan Karangan : DBP

http://muhamadaliharun.blogspot.com/2010/09/kajian-tindakan.html

Page 61: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

KAJIAN TINDAKAN

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN

TINDAKAN

(PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DALAM FAIL PANITIA)

Nama pengkaji : TUMINAH BINTI BAHAROM

Tajuk Kajian:MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

YANG

                     MENEPATI KEHENDAK SOALAN DENGAN MENGGUNAKAN KAAEDAH

JADUAL

                     4 AYAT.

MEREFLEK

Saya mengajar di kelas 5 INTELEK bagi mata pelajaran BAHASA MELAYU

Page 62: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Masalah utama bagi pelajar saya ialah  MEREKA TIDAK DAPAT MENGHASILKAN  PENDAHULUAN

KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN SOALAN.

Hal ini dapat dibuktikan daripada SEMAKAN HASIL KERJA MURID DAN KEPUTUSAN UJIAN ULANG

KAJI 1.

(pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan murid/ keputusan ujian/temubual ( sekurang-

kurangnya daripada dua sumber data) di dalam kelas semasa saya mengajar.

Analisis yang didapati daripada  HASIL KERJA MURID adalah seperti berikut :

1.TIDAK MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK-

2.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM

   SOALAN-

3.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT SOKONGAN YANG TEPAT DAN  MENARIK-

4.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT ARAH YANG MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN

   SOALAN.-

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan ujian-

UJIAN ULANG KAJI 1

ISU DALAM SOALAN-BULI

Page 63: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

KEHENDAK SOALAN –PERANAN REMAJA

KESILAPAN PELAJAR-

1.TIDAK MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK

2. TIDAK MENULIS AYAT UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM

   SOALAN-

3. TIDAK MENULIS AYAT SOKONGAN YANG TEPAT DAN  MENARIK-

4. TIDAK MENULIS AYAT ARAH YANG MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN

   SOALAN.-

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka  

TIDAK MEMPUNYAI KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN MENEPATI ARAHAN

SOALAN.

Page 64: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana MENGANGGAP PELAJAR TELAH

MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI KEHENDAK

SOALAN DI TINGKATAN 4 DAN MENGABAIKAN PEMBELAJARAN MASTERI.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran

(a)MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG  MENEPATI ARAHAN

   SOALAN.

(b) MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YAG MENARIK DAN RELEVAN

     DENGAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN.

Jika perkara ini tidak ditangani segera, masalah ini  akan menjadi lebih serius, murid akan

terusMENGHASILKAN PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG TIDAK MENEPATI

ARAHAN SOALAN

Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah  KARANGAN YANG

CEMERLANG keranaPENDAHULUAN KARANGAN MENJADI PENGENALAN KEPADA SESEBUAH

Page 65: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

KARANGAN YANG DITULIS SAMA ADA MENEPATI ARAHAN SOALAN ATAU TIDAK DAN

PENDAHULUAN KARANGAN JUGA MENJADI PANDUAN KEPADA PENGHURAIAN ISI

KARANGAN.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba  MEMBIMBING PELAJAR SAYA MENGHASILKAN

PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI  ARAHAN SOALAN

Objektif kajian :-

Secara amnya akan dapat membantu pelajar MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG

MENEPATI ARAHAN SOALAN.

Secara khususnya :-

1. Pelajar akan dapat menggunakan frasa menarik yang sesuai untuk pendahuluan karangan

2. Pelajar akan dapat menulis ayat umum yang relevan dengan isu yang menjadi fokus dalam

    soalan.

3. Pelajar akan dapat menggunakan ayat sokongan yang sesuai bagi menyokong ayat umum.

Page 66: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

4. Pelajar akan dapat menulis ayat arah yang menepati kehendak arahan soalan

4. Guru akan dapat menggunakan kaedah pengajaran menulis pendahuluan karangan yang

    mudah dan tepat.

Kajian ini melibatkan  31 ORANG  PELAJAR 5 INTELEK

MERANCANG

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi adalah bergantung  pada  masalah

yang guru

hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan

dijalankan

perlu dipejelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci.

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

1.PEMERHATIAN SIKAP PELAJAR KETIKA BELAJAR PENULISAN KARANGAN

2.PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID

3.UJIAN PRA-MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN

BERDASARKAN 10

    SOALAN KARANGAN.

Page 67: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Analisis Tinjauan masalah:

      (Jadual/statistik/peratus)

Tindakan yang akan saya dijalankan ialah :-

i.   Aktiviti 1 : MENGENAL PASTI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN

ii.  Aktiviti 2 : MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN

iii. Aktiviti 3 : MEMILIH DAN MENCANTUMKAN  AYAT MENJADI PEMERENGGANAN

                       PENDAHULUAN KARANGAN DARI JADUAL 4A

iv. Aktiviti 4: Ujian Pos.

BERTINDAK

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut ……………………………………..

Aktiviti 1: MENGENAL PASTI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN

Langkah 1: SAYA MEMBERIKAN 10 SOALAN KARANGAN SPM 

Page 68: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MEGGARISKAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN

Langkah 3: SAYA MEMBERIKAN RENCANA BERKAITAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN

Langkah 4: SAYA MEMINTA PELAJAR MENGGARISKAN AYAT-AYAT PENTING BERKAITAN ISU

                    YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN

Langkah 5: SAYA MEMINTA PELAJAR MENYALIN AYAT-AYAT YANG DIGARISKAN BERKAITAN

                    DENGAN ISU  YANG TERDAPAT DALAM ARAHAN SOALAN

Pemerhatian menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:

-MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN

-MEMBANTU PELAJAR MEMBINA AYAT UMUM YANG BERKAITAN DENGAN ISU YANG MENJADI

 FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa;

PELAJAR MUDAH MEMAHAMI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN DAN

DAPAT MEMBINA AYAT UMUM YANG TEPAT DENGAN  ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM

ARAHAN SOALAN.

Page 69: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Aktiviti 2 :   MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN

Langkah 1 : SAYA MEMBERIKAN 10 SOALAN KARANGAN SPM 

Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MENGGARISKAN AYAT ARAHAN YANG TERDAPAT   

                      DALAM SOALAN

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:

-MEMBANTU  PELAJAR MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa:

PELAJAR AKAN DAPAT MENULIS AYAT ARAH YANG TEPAT BERDASARKAN KEHENDAK

SOALAN DAN DAPAT MENULIS KARANGAN YANG MENEPATI TUGASAN YANG DIBERIKAN.

Aktiviti 3 : MEMILIH DAN MENCANTUMKAN  AYAT MENJADI PEMERENGGANAN

                  PENDAHULUAN KARANGAN DARI JADUAL 4A

Langkah 1 : SAYA MEMPAMERKAN JADUAL 4A SEBAGAI PANDUAN KEPADA PELAJAR

Page 70: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH AYAT MENARIK YANG BOLEH DIJADIKAN

                    PENDAHULUAN DARIPADA JADUAL 4A

Langkah 3 :SAYA MEMINTA PELAJAR MEMASUKKAN AYAT UMUM YANG BERKAITAN DENGAN

                    ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN

Langkah 4: SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH SEKURANG-KURANGNYA SATU AYAT

                    SOKONGAN YANG TERDAPAT DALAM JADUAL 4A

Langkah 5: SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH AYAT ARAH YANG TERDAPAT DALAM JADUAL

                    4A

Langkah 6: SAYA MEMINTA PELAJAR MENCANTUMKAN SEMUA AYAT YANG DIPILIH DARIPADA

                   JADUAL 4A DAN MENJADIKAN SATU PEMERENGGANAN PENDAHULUAN

                   KARANGAN YANG GRAMATIS DAN MENEPATI ARAHAN SOALAN.

Pemerhatian  menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:

-MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP PENULISAN KARANGAN

-MEMBANTU PELAJAR MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN DENGAN MUDAH DAN

 TEPAT

Page 71: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa:

PELAJAR AKAN DAPAT MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI

KEHENDAK DALAM ARAHAN SOALAN DENGAN MUDAH DAN PELAJAR LEBIH BERMINAT

DENGAN P& P YANG DIJALANKAN SEKIRANYA DIBERIKAN KAEDAH YANG MUDAH DIFAHAMI.

AKTIVITI 4: UJIAN POS

UJIAN INI DIJALANKAN BERTUJUAN UNTUK MELIHAT PENCAPAIAN MURID. KERTAS UJIAN

POS DISEDIAKAN, PELAJAR DIKEHENDAKI MENJAWAB SEMUA SOALAN. KERTAS UJIAN INI

MENGANDUNGI 5  SOALAN YANG MEMBAWA PEMBERIAN MARKAH SEBANYAK 50 MARKAH.

PELAJAR HANYA PERLU MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN SAHAJA. MASA

YANG DIBERIKAN KEPADA PELAJAR UNTUK MENJAWAB SOALAN SELAMA 30 MINIT.

Pemerhatian  menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:

Page 72: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila ujian pos  dijalankan menunjukkan bahawa:

DAPATAN UJIAN POS MENUNJUKKAN TERDAPAT PENINGKATAN PENCAPAIAN PELAJAR. JIKA

DALAM UJIAN PRA ADA MURID YANG GAGAL TETAPI DALAM UJIAN POS SEMUA PELAJAR 

LULUS MALAH PERATUS PENCAPAIAN SETIAP GRED JUGA MENINGKAT.

PELAJAR  MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK DAN PELAJAR DAPAT MENULIS AYAT

UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM SOALAN. AYAT SOKONGAN YANG

TEPAT DAN  MENARIK JUGA DIGUNAKAN DAN PELAJAR DAPAT MENULIS AYAT ARAH YANG

MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN SOALAN.

(Melaksanakan perubahan.(tindakan/rawatan)Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa

p&p biasa.

Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh guru sendiri. Catat segala

tindakan

dan buat refleksi bagi setiap aktiviti semasa pelasanaan)

MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Page 73: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5

(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan,saya mendapati, KAEDAH 4A

yang diperkenalkan kepada pelajar 5 INTELEK .merupakan kaedah yang mudah, efektif dan menarik

minat pelajar.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan

yang SUNGGUH MENGGALAKKAN. PELAJAR SAYA DAPAT MENGHASILKAN PEMERENGGANAN

PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN SOALAN DENGAN LEBIH MUDAH DAN

MEREKA LEBIH BERSEDIA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa

masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya

dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian

yang seterusnya berkaitan bahagian penulisan karangan.

http://cikgutum.blogspot.com/2012/05/panduan-asas-menyediakan-kertas.html

Page 74: Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5