Kajian Tindakan Peribahasa (1)
Transcript of Kajian Tindakan Peribahasa (1)
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
1/87
PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KEM TERENDAK MELAKA
ASLINDA BINTI KHAMIS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISMAC 2003
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
2/87
PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KEM TERENDAK MELAKA
ASLINDA BINTI KHAMIS
NO. MATRIK: 20001-O5019
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA ISYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM
MAC 2003
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
3/87
i
PENGAKUAN
Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya.
Mac 2003 ..
ASLINDA BINTI KHAMIS
No. Pend. 20001-05019
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
4/87
ii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani
Syukur Alhamdulillah, ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan restunya dapat saya
menyempurnakan penulisan ilmiah ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada Cik Husna Faredza Binti Mohamed
Redzwan, selaku penyelia penulisan ilmiah ini atas dorongan, bimbingan serta keyakinan
yang telah beliau berikan untuk kesempurnaan kajian yang telah dilakukan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka iaitu Puan Hjh. Hapsah Binti Hj. Ismail
kerana telah memberikan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan di sekolah terbabit.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pelajar tingkatan 4 Sains III dan 4 Ekonomi
Asas kerana memberi kerjasama yang memuaskan.
Buat emak dan abah tersayang terima kasih di atas doa dan restu kalian selama ini.
Serta tidak ketinggalan kepada teman seperjuangan terima kasih atas bantuan dan
dorongan yang diberikan. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada masyarakat Melayu
amnya dan bidang pendidikan khasnya. Bahasa Jiwa Bangsa.
Aslinda Binti Khamis
Program Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
5/87
iii
ABSTRAK
PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR TINGKATANEMPAT: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KEM TERENDAK, MELAKA
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mendapatkan data tentang penguasaan
peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini turut
memperlihatkan kebolehan pelajar meletakkan peribahasa Melayu dalam penggunaan
ayat yang betul dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari
peribahasa Melayu di kalangan pelajar. Kajian tinjauan ini dilakukan ke atas pelajar
Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka. Seramai 40orang pelajar tingkatan empat telah dipilih untuk dijadikan responden. Kajian ini
menggunakan dua set alat kajian iaitu soal selidik dan ujian peribahasa. Pengkaji
menganalisis data secara manual berdasarkan peratus. Keputusan kajian menunjukkan
penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan empat berada pada tahap
memuaskan. Pencapaian keseluruhan mereka dinilai mengikut gred A,B,C,D dan E
setelah markah diberi mengikut peratus. Sebanyak 22.5% pelajar memperoleh gred B
(Baik), 25.0% pula mencapai gred C (Sederhana) manakala sebanyak 52.5% pelajar
mencapai gred D (Lemah). Jadi, kajian ini menunjukkan daripada 40 orang responden
tiada seorang pelajarpun mencapai tahap cemerlang (A) dan tiada pelajar berada pada
tahap sangat lemah (E). Peratus kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam
penggunaan ayat yang betul pula hanya seorang iaitu 2.5% pelajar berupaya betul
sebanyak 18 daripada 20 soalan yang dikemukakan manakala bilangan pelajar yang
betul di bawah 10 adalah seramai 3 orang iaitu 7.5%. Walau bagaimanapun, majoriti
pelajar betul sekitar 11 hingga 17 jawapan. Masalah penguasaan peribahasa Melayu di
kalangan pelajar tingkatan 4 ini dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu sikap pelajar itu
sendiri, sifat semula jadi peribahasa Melayu dan guru. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan ini dapatlah dirumuskan bahawa peribahasa Melayu perlu dipertahankan.
Oleh itu, ia perlu dipelajari, difahami dan dihayati oleh generasi kini agar ia tidak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
6/87
iv
ABSTRACT
THE MASTERY OF MALAY PROVERB AMONG FORM FOUR STUDENTS : A
CASE STUDY AT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KEM TERENDAK, MELAKA.
This is a survey to collect data regarding the mastery of the malay proverb among the
Form Four students. This study also includes the ability of students to place the proverb
correctly in a sentence and to identify the problems they encountered while learning the
Bahasa Melayu proverb. The survey was conducted to the Form Four students in
Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka. Forty of them were chosen as
respondents. This study used two sets of devices which are questionnaire and proverb
test. The researchers analyzed the findings manually based on percentage. The result of
the study indicates that the mastery of proverb among students is at the satisfactory
level. The whole achievement is valued according to A, B, C, D and E grades after the
marks are given according to percentage. A total of 22.5% of students achieved B grade(good), 25.0% got the C grade (satisfactory) while 52.5% got the D grade (poor). Thus,
the study indicates that no one out of the 40 students achieved the excellent level ( A )
and no students are at the very poor level ( E ). The percentage of the ability for
students placing the proverb in the correct usage is only one or 2.5% of students
managed to answer correctly 18 out of the 20 questions asked. The number of students
who answered correctly under 10 are 3 students that equals to 7.5%. Nevertheless,
majority of students got correct around 11 to 17 answers. The problem of mastering the
Malay proverb among the Form Four students is influenced by factors such as the
students own attitude, the nature of the Malay proverb and the teachers. Based on the
study conducted, we can conclude that the Malay proverb needs to be unheld. Thus, it
needs to be studied, understood and valued by the generation so that it will remain
forever.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
7/87
v
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL vii
SENARAI SINGKATAN viii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Permasalahan Kajian 6
1.3 Tujuan Kajian 10
1.4 Kepentingan Kajian 11
1.5 Batasan Kajian 14
1.6 Definisi Istilah 15
BAB II TINJAUAN KAJIAN LEPAS
2.0 Pengenalan 18
2.1 Kajian Berkaitan 20
2.2 Kesimpulan 33
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.4 Alat Kajian 37
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 383.6 Prosedur Penganalisisan Data 40
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
8/87
vi
BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Ujian Peribahasa 41
4.3 Analisis Soal Selidik 44
BAB V RUMUSAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan Kajian 54
5.3 Perbincangan 56
5.4 Cadangan Kajian Lanjut 625.5 Kesimpulan 64
SUMBER RUJUKAN 65
LAMPIRAN
A Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan
B Borang Soal Selidik
C Ujian Peribahasa
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
9/87
vii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Perkara Halaman
1 Penguasaan Peribahasa Melayu Di Kalangan Pelajar
Tingkatan 4 42
2 Alasan Pelajar Bagi Yang Tidak Memilih Karangan
Berbentuk Peribahasa Pada PMR 2002 47
3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Dalam Mempelajari
Peribahasa Melayu 50
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
10/87
viii
SENARAI SINGKATAN
KBSM Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah
(p & p) Pengajaran dan Pembelajaran
SMKKT Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak
PMR Penilaian Menengah Rendah
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
11/87
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan unsur terpenting dalam mengembangkan budaya manusia dan
masyarakat. Salah satu warisan bangsa Melayu yang boleh dikembangkan melalui
sistem pendidikan ialah peribahasa. Peranan peribahasa tampaknya semakin luntur
penggunaannya dalam percakapan dan penulisan. Fenomena ini seakan-akan
mencerminkan bahawa peribahasa tidak berupaya digunakan oleh generasi muda dalam
percakapan dan penulisan. Bahkan, ada sebilangan generasi muda yang sukar untuk
menghuraikan atau menjelaskan maksud peribahasa walaupun secara singkat. Justeru
itu, peribahasa sesuai dikembangkan dan dipertahankan melalui sistem pendidikan.
Dalam Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), aspek peribahasa
perlu diajarkan dalam pendidikan bahasa Melayu. Ia merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan. Sari pengajaran yang terdapat di
dalam peribahasa Melayu, meliputi pelbagai bidang kehidupan seperti perbandingan
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
12/87
2
hidup, tumbuh-tumbuhan, kehidupan haiwan dijadikan tamsil yang tepat dengan tabii
dan kehidupan masyarakat umumnya.
Selain itu, di dalam ungkapan peribahasa, terkandung keunggulan pemikiran
yang terhasil daripada pengalaman hidup dan pemerhatian masyarakat masa dahulu.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya dan alah bisa tegal biasa merupakan sebahagian daripada peribahasa
Melayu yang sering menjadi sebutan masyarakat. Jadi, sebagai cabang sastera lama
aspek bahasa Melayu yang amat indah ini seharusnya diajarkan kepada murid-murid di
sekolah supaya mereka dapat menikmati dan menghayati keindahannya sebagai warisan
kebudayaan Melayu.
Rahman Shaari (1993:88) berpendapat, aspek peribahasa harus dianggap sama
pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)
bahasa Melayu. Ini kerana peribahasa hidup dan berkembang bersama-sama bahasa
berkenaan secara keseluruhannya. Cuma kini masyarakat umum kurang memberi
perhatian terhadap peribahasa sendiri pada hal ia merupakan kata-kata bijaksana yang
mengandungi pengajaran dan teladan bagi diri dan kehidupan bermasyarakat.
Terdapat tanggapan negatif yang mengatakan peribahasa sebagai kata-kata yang
tidak bermakna kononnya ia tidak sesuai lagi dengan zaman kini. Mereka lebih gemar
menggunakan bahasa yang dianggap moden dan tidak berbunga-bunga. Sebenarnya,
mempelajari dan menghayati peribahasa bukan sahaja sebagai memenuhi syarat
kehendak kurikulum malahan kita dapat mengenali sejarah masyarakat terdahulu.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
13/87
3
Hal ini dipersetujui oleh Asmad (1990:10) yang mengatakan bahawa mengenal
atau mempelajari peribahasa, bukan sahaja dapat diketahui erti dan maksudnya, bahkan
dapat pula mengenal watak, sikap, budi bahasa dan latar belakang sejarah kehidupan
masyarakat yang melahirkan peribahasa itu.
Pelbagai pendapat dan definisi diutarakan berhubung dengan peribahasa. Zainal
Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba (1962:165) mendefinisikan peribahasa
sebagai :
Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang
ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya,
luas dan benar tujuannya, dipakai akan dia jadi sebutan oleh orang
sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Maka ialah juga dikatakan
bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan kerana tiap-tiap satu ini
cakap yang mengandungi segala sifat bahasa yang telah disebutkan itu.
Manakala Abdullah Hussain (1991: vii) dalam kata pengantar Kamus Istimewa
Peribahasa Melayu pula menyatakan, peribahasa merupakan salah satu cabang sastera
lama yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Malah hampir setiap bangsa
mempunyai bentuk-bentuk peribahasanya sendiri, dan peribahasa suatu bangsa itu
mencerminkan watak bangsa itu.
Selain itu, penggunaan peribahasa haruslah betul agar maksud yang hendak
disampaikan tepat dan tidak disalahtafsirkan. Abdul Rahman (1986:1V) berpendapat
seseorang yang dapat menggunakan peribahasa di tempat-tempat yang betul, baik
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
14/87
4
dalam percakapan mahupun tulisan akan memberikan satu gambaran tentang kemahiran
menggunakan sesuatu peribahasa. Penggunaan yang tepat dapat menjelaskan sesuatu
maksud yang hendak diperkatakan.
Oleh itu, apabila bercakap tentang peribahasa dalam penggunaannya, kesedaran
yang patut ada ialah penggunaan peribahasa itu mempunyai objektif tersendiri bagi
membolehkan orang yang mendengarnya atau membacanya tidak mudah tersinggung
serta mempunyai kesan yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka. Oleh itu,
penghayatan serta keterampilan mengetahui serta menggunakan wacana warisan tradisi
seperti peribahasa penting dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam konteks
penggunaannya.
Dalam konteks masyarakat Melayu, dengan menggunakan peribahasa mereka
mudah untuk memberi nasihat, teguran, anjuran ataupun sindiran. Oleh itu, diharapkan
pengajaran dan pembelajaran aspek peribahasa di sekolah akan dapat menerapkan dan
menunjukkan keadaan kesopanan, kesantunan dan budi pekerti iaitu membayangkan
keluhuran hati seseorang. Misalnya apabila orang lain membuat kebaikan kepada kita
maka kita tahu membalasnya dengan pengucapan yang baik seperti: orang berbudi kita
berbahasa, orang memberi kita merasa.
Selain itu, pengajaran peribahasa di sekolah juga dapat menerapkan nilai-nilai
murni seperti sikap tidak suka membuang masa. Antara peribahasa yang
menggambarkan sikap tersebut ialah bergalah ke hilir ketawa buaya, bersuluh di bulan
terang ketawa harimau dan bagai menghasta kain sarung. Selain itu sifat berhati-hati
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
15/87
5
sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak merugikan diri sendiri boleh dilihat
dalam beberapa peribahasa seperti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna dan sarang tebuan jangan dijolok.
Oleh yang demikian, berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran
peribahasa ia akan dapat mengukuhkan dan meninggikan tahap penguasaan
keterampilan berbahasa di kalangan pelajar daripada aspek lisan, pembacaan dan
penulisan. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat diselitkan.
Dari segi potensi ke arah perkembangannya dalam pengajaran dan pembelajaran
peribahasa Melayu dalam konteks pendidikan formal di sekolah-sekolah seharusnya
memberangsangkan. Ini kerana terdapat beberapa kelebihan daripada penggunaan dan
penguasaan peribahasa itu sendiri. Antaranya adalah seperti yang berikut:
1.Peribahasa Melayu adalah warisan yang perlu dipertahankan oleh generasi masakini.
2.Peribahasa memberi kesedaran dan teladan serta pengajaran dalam kehidupanseharian. Contohnya dalam peribahasa yang berbunyi sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya.
3.Bunyi peribahasa Melayu sedap didengar. Contohnya sarang tebuan jangandijolok.
4.Peribahasa dapat meringkaskan sesuatu huraian yang panjang. Contohnyaindah khabar dari rupa yang bermaksud perkhabaran selalu dilebih-lebihkan
daripada keadaan sebenar.
5.Peribahasa dapat digunakan untuk menyindir dengan bahasa yang sopan.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
16/87
6
Menurut Ismail Bin Salleh (1990:406) peribahasa bukanlah ungkapan yang
mati untuk dihafal dan diketahui maknanya semata-mata. Malahan penggunaan yang
lebih penting ialah penggunaan sebenar mengikut keperihalan keadaan, sama ada dalam
wacana lisan ataupun tulisan. Menyedari bahawa ramai yang beranggapan peribahasa
itu tidak bernilai pada masa sekarang, pengkaji ingin menjalankan kajian ilmiah untuk
melihat tahap penguasaan peribahasa di kalangan pelajar. Secara tidak langsung hasil
kajian ini akan dapat melihat keberkesanan pengajaran peribahasa di sekolah melalui
tahap penguasaan mereka.
1.2 Permasalahan kajian
Hala tuju ke arah memartabatkan kedudukan dan penggunaan peribahasa Melayu dalam
masyarakat secara langsung boleh dijalankan melalui sistem pendidikan di sekolah
melalui pendidikan bahasa Melayu. Matlamat akhir pengajaran peribahasa ialah supaya
pengajaran, pembelajaran serta penghayatan peribahasa bukan sahaja bertujuan untuk
kefahaman tetapi harus dapat mencapai tahap kemahiran berbahasa di kalangan para
pelajar.
Keberkesanan kemahiran berbahasa ini dapat dilihat daripada kemampuan
mereka untuk menghasilkan gaya penggunaannya yang berkualiti.Contohnya, ia boleh
dilihat dalam konteks aktiviti penulisan kerana sesebuah hasil penulisan akan menjadi
lebih indah dan bermutu jika disulami dengan peribahasa di dalamnya. Peribahasa
seharusnya diberikan perhatian sewajarnya dalam aktiviti penulisan dan lisan. Satu
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
17/87
7
bentuk motivasi harus dipupuk dan dimantapkan supaya wujud kesedaran serta
keyakinan bahawa peribahasa adalah sebagai satu keindahan bahasa. Justeru itu, para
pelajar harus didorong untuk menikmati dan menggunakannya secara meluas dalam
situasi tulisan dan lisan sama ada secara formal dan tidak formal.
Walau bagaimanapun, kini peribahasa semakin jarang dan tidak digunakan
dalam kehidupan harian malah penggunaannya sudah menjadi begitu asing bagi
generasi masa kini. Pada tanggapan mereka, peribahasa adalah suatu bahasa klise yang
sering digunakan dan dihafal oleh golongan tua sahaja serta tidak sesuai lagi dengan
zaman kini.
Hal ini disebabkan oleh pengajaran peribahasa Melayu di sekolah yang
dikatakan kurang berkesan. Menurut Koh Boh Bon (1989:150) pengajaran peribahasa
di sekolah cenderung berpusat kepada guru iaitu guru memberikan penjelasan tentang
maksud peribahasa yang hendak diajarkan dan pelajar hanya terlibat secara pasif
sebagai penerima maklumat. Semasa proses p&p pelajar tidak dilibatkan secara aktif
untuk berfikir dengan mendalam tentang penyampaian maksud peribahasa melalui
analogi yang digunakan untuk menilai sejauh mana ketepatan ataupun kesesuaian
peribahasa itu dalam konteks penggunaannya.
Kesan daripada pengajaran di atas, telah menyebabkan pelajar tidak akan
memahami erti peribahasa yang telah diajar dengan sebenarnya. Kemudian mereka
cenderung untuk menghafal maksud peribahasa berkenaan. Lama-kelamaan mereka
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
18/87
8
menganggap peribahasa sebagai satu aspek bahasa Melayu yang tidak bermakna dan
mati.
Oleh itu, dari segi pelaksanaan pengajaran peribahasa Melayu di sekolah telah
menimbulkan beberapa kesukaran kepada para pelajar untuk menggunakan peribahasa
secara berkesan. Keadaan ini berlaku juga kerana pengajaran peribahasa sering
dianggap sebagai satu aspek bahasa yang berasingan serta jarang digabungjalinkan
dengan kemahiran berbahasa yang lain seperti lisan dan tulisan.
Masalah di atas turut dipersetujui oleh Koh Boh Boon (1989:150) yang
mengatakan bahawa pengajaran peribahasa sering kali dianggap sebagai satu aspek
bahasa Melayu yang berasingan jadi ia jarang digabungjalinkan secara teliti dengan
aspek lain seperti lisan dan penulisan. Oleh itu, dari segi pelaksanaan pengajaran
peribahasa Melayu di sekolah telah menimbulkan kesukaran kepada pelajar untuk
menggunakan peribahasa secara berkesan.
Justeru itu, Goh Suzie (1998:100) bersetuju mengatakan bahawa, walaupun
peribahasa Melayu dianggap penting dalam aspek kemahiran berbahasa tetapi aspek ini
kurang dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di
sekolah. Oleh itu, tidak hairanlah berlaku keadaan di mana kegagalan pelajar
menguasai peribahasa Melayu dengan baik.
Kenyataan ini telah dibuktikan daripada kajian yang dijalankan oleh beliau yang
berjudul Penggunaan Peribahasa Melayu dan Simpulan Bahasa dalam Bahasa Melayu
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
19/87
9
di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Dapatan kajiannya ke atas pelajar berkenaan
masih pada tahap yang sangat rendah. Responden kajian telah diberikan dua ujian untuk
mengenal pasti sama ada mereka mengetahui, memahami dan menggunakan peribahasa
dan simpulan bahasa sama ada dalam persekitaran formal dan tidak formal. Hasilnya
hanya sekumpulan kecil pelajar mengetahui, memahami peribahasa dan simpulan
bahasa dalam bahasa Melayu tetapi sebahagian besar daripada mereka tidak mampu
untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.
Hasil daripada kajian tersebut, beliau dapat mengenal pasti beberapa masalah
yang dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari peribahasa dan simpulan bahasa
antaranya termasuklah:
1. sukar untuk diingat dan dihafal2. peribahasa Melayu rumit kerana terdapat banyak makna dan sukar untuk
memahami makna tersirat
3. jumlah peribahasa Melayu banyak dan menyukarkan penghafalan4. peribahasa panjang dan mempunyai makna yang pelbagai5. makna peribahasa yang mendalam menyukarkan pemilihan situasi yang sesuai
untuk digunakan.
Sehubungan dengan itu, para pelajar mendapati bahawa mereka sukar untuk
menghafal makna atau peribahasa itu sendiri. Ini kerana selain mempunyai makna
yang berbagai-bagai ia juga mempunyai tafsiran yang berbeza mengikut situasi dan
suasana sesuatu peribahasa atau simpulan bahasa itu digunakan. Kesukaran mengingat
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
20/87
10
ini dipersetujui oleh Ishak Ramli (1990:283) yang mengatakan bagi sesetengah orang,
kerana peribahasa itu berbentuk tetap dan menuntut kemahiran hafalan maka untuk
menggunakannya adalah sulit.
Selain daripada sifat peribahasa yang sukar itu terdapat faktor sikap pelajar itu
sendiri yang tidak mempunyai persepsi positif terhadap peribahasa. Persepsi ini
mencetuskan sikap tidak suka, tidak berminat serta mempunyai anggapan bahawa
peribahasa dan simpulan bahasa adalah pembelajaran membosankan. Akhirnya mereka
tidak dapat menguasai keterampilan dalam kefahaman dan penggunaan peribahasa dan
simpulan bahasa dengan baik.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada faktor pengajaran yang kurang
berkesan terhadap pengajaran peribahasa di sekolah, sifat peribahasa itu sendiri yang
dianggap susah dan banyak serta sikap negatif pelajar terhadap peribahasa telah
mendorong pengkaji untuk mengkaji sejauh mana tahap penguasaan peribahasa di
kalangan pelajar tingkatan empat.
1.3 Tujuan Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa tujuan. Antara tujuan kajian ini adalah seperti
yang berikut:
1. melihat sejauh mana tahap penguasaan peribahasa Melayu di kalanganPelajar tingkatan empat
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
21/87
11
2. melihat kebolehan pelajar meletakkan peribahasa Melayu dalam penggunaanayat yang betul
3. mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajariperibahasa Melayu di kalangan pelajar.
1.4 Kepentingan Kajian
Kajian ke atas penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar ini
diharapkan dapat memberi manfaat dan sedikit panduan kepada guru agar mereka dapat
memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang lebih tepat dan berkesan.
Kepesatan era sains dan teknologi kini yang semakin membuatkan para pelajar alpa
akan unsur-unsur falsafah pemikiran masyarakatnya. Melalui peribahasa yang
sewajarnya dipelajari, difahami dan dihayati supaya asas pertumbuhan daya pemikiran
generasi kini berteraskan budaya masyarakat bangsanya sendiri.
Secara khususnya, diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada:
1. Para guru
Kajian ini dapat memberi manfaat terutama kepada guru bahasa Melayu
sendiri. Mereka mestilah mempunyai kefahaman yang baik terhadap keistimewaan
sifat peribahasa Melayu jika hendak mengajar peribahasa dengan berkesan kepada
pelajar-pelajarnya. Tegasnya, penguasaan guru terhadap isi pelajaran akan menjamin
keberkesanan pengajarannya. Selain itu, melalui kajian ini juga diharapkan dalam
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
22/87
12
proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) bahasa Melayu para guru akan dapat
membimbing pelajar-pelajar memahami makna tersurat dan terus menyelami makna
tersirat.
Oleh itu, guru perlu mengubah corak pengajaran yang semata-mata berpusatkan
guru kepada lebih menolong pelajar-pelajar membuat inferensi tentang erti
tersembunyi di dalam sesuatu peribahasa. Guru mestilah menyediakan alat bantu
mengajar berbentuk satu petikan, atau wacana berbentuk cerita, peristiwa dan dialog.
Ia bukan sahaja dapat menarik minat pelajar tetapi boleh dilihat sebagai motivasi bagi
menggalakkan pemahaman pelajar.
Selain itu, semasa proses (p&p) berlaku guru boleh menekankan konteks
peribahasa dalam sesuatu ayat atau beberapa ayat. Peribahasa dalam sesebuah wacana
juga amat diberi perhatian bagi memastikan penggunaan peribahasa yang berkesan. Ia
perlu diberi perhatian kerana terdapat beberapa peribahasa yang dapat atau sesuai
digunakan dalam satu atau daripada satu ayat dalam sesuatu wacana. Selain itu,
peribahasa harus diberi perhatian dalam pendidikan bahasa Melayu agar pelajar dapat
mencapai keterampilan berbahasa iaitu dapat menguasai kecekapan berbahasa dan
ketepatan berkomunikasi.
2. Para Pelajar
Kepada para pelajar pula, diharapkan kesedaran timbul kerana peribahasa
bukanlah satu aspek bahasa yang mati untuk dihafal dan diketahui maknanya semata-
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
23/87
13
mata. Sebaliknya mempelajari peribahasa adalah perlu kerana ia merupakan warisan
bangsa Melayu yang menggambarkan keunggulan bangsa dan bahasa Melayu sendiri.
Selain itu, mempelajari peribahasa bukan sahaja dapat menghayati keindahan
bahasanya malah boleh dapat dijadikan pengajaran dan panduan hidup. Jadi pelajar
perlu mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran peribahasa.
3. Peribahasa
Peribahasa Melayu merupakan hasil falsafah pemikiran masyarakat dahulu dan
merupakan warisan budaya Melayu yang dapat dijadikan panduan dan pegangan hidup
pada sepanjang zaman. Oleh itu, ia harus dipelajari dan diambil pelajaran daripadanya.
Ia merupakan sebahagian daripada perbendaharaan bahasa dan kesusasteraan Melayu
yang tersebar luas di nusantara. Sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Usaha
mengkaji dan mengumpulnya telah dilakukan oleh pelbagai bidang yang mencintai
peribahasa. Antaranya bidang bahasa, kesusasteraan, antropologi dan sosiologi. Jika
ahli bahasa misalnya mereka memusatkan penelitian terhadap soal-soal kebahasaan
manakala bagi ahli kesusasteraan penelitiannya pula kepada keindahan peribahasa dan
ahli antropologi serta sosiologi pula memusatkan penelitian terhadap hal-hal
kemasyarakatan dan kemanusiaan yang terpancar daripada ungkapan-ungkapan
peribahasa. Oleh itu, peribahasa wajar dipelajari dan dipertahankan.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
24/87
14
1.5 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dibataskan kepada dua aspek peribahasa, iaitu simpulan bahasa dan
perumpamaan. Responden yang terlibat pula, daripada kalangan pelajar tingkatan
empat sahaja iaitu seramai 40 sampel. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap
penguasaan peribahasa pelajar. Jadi, dapatan kajian dapat membuktikan sama ada
pelajar menguasai aspek peribahasa ini. Pengkaji menggunakan saiz sampel seramai 40
orang pelajar. Lokasi kajian yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kem
Terendak (SMKKT).
Pengkaji akan memberi borang soal selidik kepada responden untuk mengenal
pasti latar belakang mereka. Contohnya dari segi jantina dan halangan penguasaan
peribahasa di kalangan mereka. Pelajar dikehendaki menjalani ujian bertulis yang
terdiri daripada dua set soalan berkaitan simpulan bahasa dan perumpamaan. Menerusi
ujian ini tahap penguasaan pelajar akan dapat dinilai serta masalah-masalah dalam
mempelajari peribahasa turut dapat dikenal pasti.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
25/87
15
1.6 Definisi Istilah
Berikut adalah beberapa definisi istilah tajuk kajian ini
I1.6.1 Penguasaan
Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:716) penguasaan bermaksud perihal
menguasai dan menguasakan.
1.6.2 Peribahasa
Menurut Zaba (1962:165) Peribahasa ialah segala susunan cakap yang pendek yang
telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama, oleh sebab sedap dan
bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakai akan dia sebutan-sebutan orang
sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Maka ialah juga dikatakan bidalan,
pepatah, perbilangan dan perumpamaan kerana tiap-tiap satu ini cakap yang
mengandungi segala sifat-sifat peribahasa yang telah disentuh itu.
Manakala Teuku Iskandar (1970:856) menjelaskan peribahasa sebagai ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian
tertentu, bidalan, pepatah. Pegangan mereka yang teguh kepada pepatah biar mati anak
jangan mati adat, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka; peribahasa.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
26/87
16
Asmad (1990:6) pula mendefinisikan peribahasa segala susunan kata atau cakap
yang mendak yang telah umum difahami dan dipakai orang ramai sejak beberapa lama.
Oleh sebab sedap dan bijak atau tepat perkataan atau susunan kata-katanya, tambahan
pula erti dan maksudnya benar dan tepat, maka ia jadi sebutan masyarakat sebagai
bandingan, teladan dan pengajaran yang baik atau sebaliknya.
Sebaliknya Kamarudin Hj. Husin (1997:69) memberikan definisi pendek
terhadap peribahasa. Beliau mendefinisikan peribahasa kepada susunan bahasa yang
indah dan menarik dituturkan oleh orang Melayu terutamanya sejak beberapa lama
dahulu. Oleh sebab bahasanya cantik dan membawa pengertian yang mendalam,
susunan bahasa ini dipakai orang untuk dijadikan teladan, bandingan dan pengajaran.
Seterusnya, merujuk kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:1018) peribahasa
disifatkan sebagai ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah.
1.6.3 Simpulan Bahasa
Pendeta Zaba (1965:151) mendefinisikan simpulan bahasa sebagai rangkaian
perkataan telah tetap tersimpul atau terbuku dengan susunan yang khas dan dipakai
dengan erti yang khas berlainan daripada yang asalnya. Teuku Iskandar (1970:1110)
mengatakan simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau
lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang
membentuknya. Contohnya kaki ayam.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
27/87
17
1.6.4 Perumpamaan
Perumpamaan ialah ungkapan yang membandingkan dan mengumpamakan sesuatu
perlakuan manusia dengan alam sejagat. Dalam penulisan Ishak Ramly (1990:286),
dikatakan Zaba mentakrifkan perumpamaan sebagai peribahasa yang
mengumpamakan atau membandingkan keadaan sesuatu tingkahlaku manusia dengan
alam sejagat. Biasanya, perumpamaan menggunakan perkataan perbandingan iaitu
seperti, umpama, bagai, laksana dan bak. Contoh perumpamaan ialah seperti kaca
terhempas ke batu.
Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa peribahasa adalah warisan bangsa
Melayu yang mempunyai keindahan bahasanya di samping memberi pengajaran,
teladan, nasihat dan sindiran. Pendek kata, ia wajar dipelajari, difahami dan dihayati
oleh generasi masa kini agar ia tidak menjadi beku begitu sahaja sehingga ditelan
zaman.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
28/87
18
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas adalah ungkapan yang tepat untuk
menggambarkan peribahasa Melayu. Ia telah wujud dalam masyarakat Melayu sejak
zaman- berzaman seperti mana yang sedia ada terus diungkap, manakala yang baru
terus dicipta. Jadi wajar dikatakan bahawa salah satu warisan bangsa Melayu ini
mendapat perhatian pengkaji yang telah melahirkan pendapat serta kajian terhadapnya.
Merujuk ahli bahasa ia memusatkan penelitian mereka terhadap soal-soal
kebahasaan manakala dalam bidang pendidikan ia dapat menerapkan unsur-unsur
pengajaran yang terkandung melalui peribahasa itu. Sesuai dengan konsep Kemahiran
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), peribahasa menjadi salah satu cabang
pendidikan supaya pelajar dapat mengenal, menilai dan menggunakannya dalam
perhubungan berinteraksi supaya aspek ini terus dipelihara.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
29/87
19
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah,
bidalan dan perbilangan serta kata-kata hikmat dan bahasa kiasan perlu
diajarkan dalam pendidikan bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-
kata hikmat dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah,
keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.
(Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM, 2000:15)
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, dari segi p&p bahasa Melayu di sekolah,
peribahasa merupakan komponen dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang terdiri
daripada beberapa jenis serta mengutamakan pemilihan peribahasa yang mempunyai
nilai positif untuk diserapkan kepada pelajar.
Penggunaan bahasa Melayu penuh bervariasi dan terdapat kesatuan bahasa yang
digambarkan melalui penggunaannya. Penggunaan bahasa seumpama ini menguatkan
lagi kenyataan yang mengatakan bahasa Melayu kaya dengan pelbagai bunga bahasa
(S. Nathesen, 1994:6). Penggunaan bunga-bunga bahasa bertujuan untuk mengindahkan
lagi bahasa Melayu di samping mencerminkan sifat kebahasaan itu sendiri yang
mempunyai ciri kehalusan, kesopanan dan variasi yang pelbagai berdasarkan situasi
dan status bahasa itu diungkapkan. Penggunaan peribahasa yang baik ialah seseorang
hendaklah betul-betul memahami peribahasa itu dan mengetahui tempat dan ketikanya
peribahasa itu diperlukan (Rahman Shaari, 1993:98).
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
30/87
20
Walau bagaimanapun, jika ditinjau tahap penguasaan peribahasa di kalangan
pelajar di sekolah tidak memberangsangkan. Ini dapat dibuktikan daripada hasil
beberapa kajian ilmiah yang dilakukan oleh pengkaji tempatan di sekolah. Oleh itu,
peribahasa seharusnya diberi perhatian sewajarnya dalam pendidikan bahasa Melayu
agar dapat mencapai keterampilan berbahasa, iaitu dapat menguasai kecekapan
berbahasa dan ketepatan berkomunikasi.
2.1 Kajian Berkaitan
Asmad menerusi bukunya bertajuk Siri Bunga Rampai Kebudayaan Malaysia Budaya
Bahasa (I) Puisi, menyatakan dalam percakapan biasa peribahasa kerap disebut sebagai
kata orang tua-tua atau sudah dibidalkan orang dan beliau mengatakan peribahasa
Melayu ada beberapa jenis dan antara jenis-jenisnya itu mempunyai ciri perbezaan yang
khusus. Beliau turut menyatakan pandangannya mengenai masyarakat kini yang kurang
perhatian terhadap peribahasa sendiri pada hal ia merupakan kata-kata bijaksana yang
mengandungi pengajaran dan teladan bagi diri dan kehidupan masyarakat bersama
( 1990:9).
Beliau turut membandingkan masyarakat bangsa yang telah maju dan masih
berpegang teguh kepada pengajaran yang terdapat dalam peribahasa bangsanya.
Menurutnya lagi orang barat amat menghargai peribahasa mereka dan menjadikan
aspek ini sebagai salah satu cara pemikiran dan pegangan atau falsafah hidup mereka.
Beliau turut menyertakan contoh peribahasa antaranya ialah sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit, sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain, yang mempunyai
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
31/87
21
sama maksudnya dengan peribahasa barat, tetap dan tekun, ibu kekayaan. Manakala
peribahasa orang Jepun yang sama maksud dengannya ialah perjalanan 1000 batu,
dimulai dengan satu langkah. Tegasnya beliau menyatakan peribahasa sebagai satu
daripada budaya masyarakat yang harus dipelajari dan dihargai oleh warganegara
masyarakatnya sendiri.
Berdasarkan perbandingan peribahasa kita yang dibuat oleh Asmad kita harus
menyedari betapa pentingnya kita mempertahankan peribahasa sebagai warisan budaya
bangsa Melayu. Hal ini turut dipersetujui oleh Abdul Samad Idris seperti dalam
kenyataan beliau:
Peribahasa, simpulan bahasa dan ungkapan lain bukan sekadar bunga
bahasa tetapi melambangkan etos nilai dan cara hidup umat Melayu.
Warisan ini terlalu penting untuk jangan kita lupakan begitu sahaja.
Meskipun bangsa kita terus maju untuk mencapai cita-cita masyarakat
industri yang terampil dari segi sains dan teknologi. Tradisi ini perlu
menjadi idea-idea yang memandu kita untuk hadapi cabaran masa
akan datang. Kalau tradisi positif ini kita teruskan, kita boleh
mengadunkan antara tradisi dengan teknologi dan mewarnakan
teknologi dengan budaya tempatan
(Abdul Samad Idris, 1990:XVII)
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
32/87
22
Walau bagaimanapun, menurut Abdullah Hussien (1975:ix), sejak akhir-akhir
ini ahli masyarakat kita sudah jarang menggunakan peribahasa sebagai bunga bahasa
dalam percakapan mereka, baik semasa perbualan tidak formal ataupun semasa
bergurau senda kerana ahli masyarakat masa kini lebih suka berterus-terang dan terus
kepada tujuan, lebih kepada buka kulit ambil isi untuk mengelakkan berlakunya
keadaan rusa ditembak, kijang yang kena. Tambah beliau keadaan ini wujud kerana
terdapat juga tanggapan bahawa ada antara peribahasa berkenaan yang tidak sesuai lagi
digunakan dalam konteks persekitaran sekarang yang serba moden.
Justeru itu, bagi mengelakkan persepsi sedemikian, peribahasa perlulah dilihat
sebagai bukan ungkapan yang mati untuk dihafal dan diketahui maknanya semata-mata.
Malahan yang lebih utama ialah penggunaan sebenar mengikut keperihalan keadaan
sama ada dalam wacana lisan mahupun tulisan. Oleh itu hala tuju ke arah
memartabatkan kembali kedudukan dan penggunaan peribahasa dalam bahasa Melayu
dalam masyarakat Malaysia ditentukan oleh sikap kerana sikap penting mempengaruhi
individu secara dinamik terhadap sesuatu perkara termasuklah peribahasa.
Walaupun peribahasa semakin dilupakan, namun masih ada pengkaji melihat
perkembangan bahasa yang melibatkan pertumbuhan peribahasa moden. Jadi dalam
bahasa yang dinamis ini telah wujud peribahasa-peribahasa baru. Abdullah Hassan dan
Ainon Mohd (1994:viii) telah menyenaraikan beberapa peribahasa moden antaranya
ialah kayu pengukur, mulut laser, pasar tani, calon bebas, rundingan meja bulat dan
turut menyatakan 4,480 buah peribahasa Melayu moden dalam bukunya.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
33/87
23
Dalam pada itu, Tajuddin Hj. Abdul Rahman (1989:206), turut menyedari
perkembangan bahasa Melayu yang pesat telah mengakibatkan berlaku beberapa
perkembangan baru dalam bahasa itu sendiri. Beliau mengkategorikan ungkapan baru
ini mengikut aspek tertentu antaranya:-
1. Aspek sosial, alam sekitar dan kebudayaan. Contohnya bahasa antarabangsa,bencana alam dan rumah haram.
2. Aspek politik dan pentadbiran. Contohnya calon bebas, kerajaan pusat dan kertas
kerja.
3. Aspek ekonomi. Contohnya cukai eksport, sumber ekonomi dan pekan sehari.
4. Aspek pendidikan. Contohnya cabang ilmu, gaya bahasa dan menduga akal.
Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan keistimewaan peribahasa
itu sendiri. Dalam Jurnal Dewan Bahasa, Jilid. 34, bil.4 ,1990, Ishak Ramly Dan Goh
Ong Sing dalam artikelnya yang bertajuk Menilai Perkembangan Peribahasa Melayu
telah menonjolkan keistimewaan peribahasa yang menjadikan bahasa Melayu kini lebih
indah dan ekonomis.
Menurut mereka peribahasa yang menggunakan lambang yang terdapat di
dalam masyarakat sekarang mengindahkan bahasa Melayu kini. Beliau mengemukakan
contoh perumpamaan, menanti ara tidak bergetah, air ditetak tak akan putus yang
bukan sahaja menggunakan lambang-lambang yang tepat tetapi dengan lambang ini
juga bilangan perkataan dikurangkan sehingga peribahasa itu padat dalam sesuatu
susunan.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
34/87
24
Daniel Jebon Janaun menerusi artikelnya dalam Jurnal Dewan Bahasa, Jil.1,
Bil.6, 2001 yang bertajuk Keindahan Bahasa Dalam PeribahasaMelayu. Menerusi
artikel tersebut, penulis meneliti keindahan bahasa dalam peribahasa Melayu melalui
beberapa kriteria utama antaranya kriteria gaya bahasa, pemilihan diksi, sintaksis dan
makna menganalisis keindahan bahasa tersebut.
Merujuk kepada pemilihan diksi (kata) beliau menghuraikan bahasa yang
terdapat dalam peribahasa Melayu bukan sahaja teratur, padat dan jitu tetapi juga sedap
didengar. Contohnya peribahasa, menabur biji di atas batu yang bermaksud berbudi
kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang
tidak mahu mengendahkannya. Jelasnya, pemilihan kata dalam peribahasa Melayu
dibuat secara sedar dengan mengambil kira aliran dan kecenderungan hidup masyarakat
pada waktu itu.
Berdasarkan jurnal yang sama, Saidatul Nornis Hj. Mahali melalui artikelnya
bertajuk Peribahasa Melayu Dan Cina : Serupa Tetapi Berbeza beliau melihat
keindahan yang tersirat dalam kedua-dua peribahasa tersebut. Antara contoh peribahasa
yang dinyatakan ialah:-
Peribahasa Melayu Peribahasa Cina Maksudnya
Seekor kerbaumembawa lumpur
semuanya akan
terpalit
Seketul tahi tikus bolehmengotorkan sekuali bubur Seseorang yangmelakukan kesalahan
akan memalukan seisi
kampung atau anggota
masyarakat lain
Adat dunia balas-
membalas, syariat palu-
memalu
Air bukit akan berjumpa
dengan air laut
Perbuatan yang baik
dibalas baik dan
perbuatan buruk dibalas
buruk
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
35/87
25
Pisang tak berbuah dua
kali
Kuda yang makan rumput
tidak akan berpusing
semula ke belakang
Kesilapan yang lepas
tidak akan berulang
semula
Indah khabar dari rupa Seribu kali bertanya tidak
berguna, lebih baik tengok
sendiri
Perkhabaran selalu
dilebih-lebihkan
daripada keadaan
sebenar
(Dipetik daripada Jurnal Dewan Bahasa, Jil.1, Bil.6, 2001)
Berdasarkan sebahagian contoh peribahasa yang dipetik daripada penulisan
beliau, kita dapat memahami bahawa masyarakat Melayu dan Cina sering membuat
pengamatan terhadap pendukung budaya masing-masing. Beliau menyimpulkan,
bahawa menelusuri peribahasa Melayu dan Cina membolehkan kita memahami bahawa
peribahasa merupakan salah satu angkubah utama dalam proses sosialisasi. Tegasnya,
kebolehan mengadun, mengolah dan menyusun atur kata-kata akan membentuk satu
keperibadian yang molek.
Hal ini turut dipersetujui oleh Keris Mas dalam kenyataannya:
Pemilihan kata amat besar ertinya kerana tiap-tiap kata itu bukan
sahaja mengandungi erti tetapi juga mengandungi rasa. Orang
menggunakan bahasa bukan semata-mata menyatakan fikirannya tetapi
juga menyatakan perasaannya. Apalagi dalam kehidupan orang
Melayu, bahasa berhubungan budi dan sopan santun. Salah
menggunakan sepatah kata sudah cukup untuk mengecap seseorang itu
melanggar bahasa, ertinya kurang sopan.
(Keris Mas dalam Jurnal Dewan Bahasa, 2001:29)
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
36/87
26
Dalam konteks pendidikan, Rahman Shaari (1993:88) berpendapat bahawa
aspek peribahasa harus dianggap sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Beliau berkata demikian
kerana peribahasa hidup dan berkembang bersama-sama perkembangan bahasa secara
keseluruhannya. Beliau berpendapat sebagai pendidik, guru harus melihat peribahasa
dari dua segi, iaitu peribahasa sebagai rakaman minda Melayu dan keduanya peribahasa
sebagai alat yang digunakan untuk tujuan gaya berbahasa.
Berdasarkan dua perkara yang dilihat oleh Rahman Shaari itu dapat
dihuraikan aspek yang pertama peribahasa yang digunakan itu memancarkan
pemikiran, falsafah dan penglihatan dunia yang lahirkan peribahasa itu, iaitu segala
pengalaman hidup masyarakat lama dapat dijadikan sebagai panduan hidup generasi
masa kini. Manakala peribahasa sebagai alat yang digunakan untuk tujuan gaya
berbahasa pula boleh dilihat sebagai tahap kemahiran berbahasa di kalangan pelajar.
Dalam hal ini, ia melihat kemampuan pelajar untuk menghasilkan gaya penggunaannya
yang berkualiti dan ia dapat dilihat dengan jelas dalam konteks penulisan.
Sesungguhnya peribahasa Melayu adalah elemen penting dalam kemahiran
berbahasa. Namun aspek ini semakin kurang dititikberatkan. Jika ditinjau dari segi
pelaksanaannya pengajaran peribahasa Melayu di sekolah telah menimbulkan
kesukaran kepada pelajar untuk menggunakan peribahasa Melayu secara berkesan
(Ishak Ramly, 1990:238). Kesulitan ini ditambah pula dengan keadaan pengajaran
peribahasa di sekolah sering dianggap sebagai satu aspek bahasa Melayu yang
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
37/87
27
diasingkan dan jarang digabungjalinkan secara teliti dengan aspek lain seperti
kemahiran lisan dan penulisan.
Koh Boh Boon (1989:150), turut bersetuju permasalahan tersebut dan
mengatakan pengajaran peribahasa Melayu di sekolah menengah kita memang patut
dan dapat diperbaiki yang melibatkan perubahan teknik-teknik pengajaran yang
diamalkan oleh guru bahasa Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkan pengajaran
peribahasa yang berkesan di peringkat sekolah sewajarnya melalui tiga peringkat iaitu:
i. pengamatan tentang pertalian antara benda-benda yang dibandingkan
ii. penyimpulan erti simbolik (tersembunyi)
iii. penilaian tentang ketepatan perumpamaan dalam konteksnya
(Koh Boh Boon, 1989:152)
Pendekatan ini, menurut beliau adalah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran peribahasa Melayu secara berkesan.. Bagi mencapai matlamat tersebut
beliau menyarankan tugas utama guru ketika ini ialah sebagai fasilitator kepada pelajar
supaya mereka dapat memahami maksud tersurat dan tersirat sesuatu peribahasa.
Beberapa kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh pengkaji tempatan
mendapati tahap penguasaan pelajar terhadap peribahasa masih berada di tahap yang
rendah. Goh Suzie melalui kajiannya berjudul Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar
Menengahdan beliau meninjau penggunaan aspek perumpamaan dan simpulan bahasa
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
38/87
28
dalam kehidupan harian para pelajar berkenaan serta masalah yang dihadapi dalam
mempelajari peribahasa.
Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penguasaan perumpamaan dan
simpulan bahasa di kalangan mereka masih pada tahap yang sangat rendah. Ia
berdasarkan keputusan dua ujian yang perlu dijalani oleh mereka bagi mendapatkan
maklum balas dari segi pengetahuan, kefahaman dan penggunaan peribahasa dalam
persekitaran formal dan tidak formal. Dua ujian tersebut membuktikan bahawa ada
pelajar yang mengetahui serba sedikit tentang peribahasa tetapi masih tidak mampu
menggunakannya dalam kehidupan harian mereka.
Beliau menjelaskan lagi, pencapaian pelajar yang lemah dalam ujian
menunjukkan pelajar juga tidak dapat memberikan makna peribahasa yang disoal dan
tidak tahu peribahasa yang diberi maknanya. Implikasinya, pelajar tidak dapat
menggunakan peribahasa dengan meluas dalam kehidupan mereka. Hasil kajian Goh
Suzie dapat mengenal pasti halangan-halangan penggunaan peribahasa Melayu dalam
kehidupan harian mereka. Antaranya ialah:-
1. peribahasa jarang digunakan pada zaman ini
2. penguasaan peribahasa yang lemah menyukarkan penggunaannya dalam
kehidupan harian
3. tiada sebab peribahasa Melayu perlu digunakan dalam mata pelajaran bahasa
Melayu
4. para pelajar bukan bangsa Melayu tidak faham atau tidak pandai peribahasa
Melayu
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
39/87
29
5. tidak berminat
6. peribahasa Melayu membosankan sebab sukar difahami
7. takut melakukan kesilapan apabila digunakan pada situasi yang tidak tepat atau
salah penggunaannya
8. benci membaca peribahasa Melayu kerana sukar difahami
Manakala masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu
ialah:-
1. sukar untuk diingat dan dihafal
2. peribahasa merumitkan kerana ada banyak makna dan kebanyakan maknanya
tersirat dan sukar difahami
3. terlalu banyak peribahasa dalam bahasa Melayu sehingga sukar untuk dihafal
4. peribahasa terlalu panjang dan ada makna pelbagai
5. makna peribahasa yang mendalam menyukarkan pemilihan situasi yang sesuai
digunakan
6. ada peribahasa yang mengelirukan
Selain itu, terdapat kajian ilmiah yang dilakukan oleh Mat Kamal B. Abd.
Majid yang menyentuh tentang Penguasaan Simpulan Bahasa di Kalangan Pelajar
Tingkatan 3 Sekolah Menengah Sungai Pelek Sepang, Selangor. Berdasarkan kajian
yang dibuat, beliau telah menghuraikan tiga masalah utama dalam penguasaan
simpulan bahasa pelajar antaranya ialah masalah pelajar sendiri, masalah guru yang
mengajar dan masalah p&p simpulan bahasa di sekolah.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
40/87
30
Dapatan kajian beliau mendapati, penguasaan simpulan bahasa pelajar di
tingkatan tiga ini amat lemah kerana peratus pelajar tingkatan tiga sekolah ini bukan
penutur jati bahasa Melayu sebaliknya penutur jati hanyalah sebanyak 14.7% sahaja.
Selain daripada faktor majoriti pelajar bukan penutur Melayu, masalah bahan
pengajaran yang digunakan oleh guru yang tidak terkawal, lemah, kaku, tidak mencabar
dan membosankan turut menyumbang kelemahan penguasaan simpulan bahasa di
kalangan pelajar.
Menurut beliau, guru langsung tidak mengambil berat tentang penggunaan
bahan-bahan untuk bantu mengajar simpulan bahasa di sekolah sehingga ada yang
menganggap ia boleh dihafal sahaja oleh pelajar. Manakala masalah pengajaran dan
pembelajaran simpulan bahasa di sekolah pula, mendapati sekolah masih menggunakan
kaedah tradisional.
Menurut beliau pelajar-pelajar di sekolah diajar melalui pendekatan deduktif
dengan memberi hukum-hukum dan peraturan serta makna simpulan bahasa kemudian
mereka dikehendaki hafal simpulan bahasa tersebut dan menjawab soalan yang
diberikan. Beliau turut mengenal pasti proses (p&p) simpulan bahasa yang lebih
berpusat kepada guru teacher oriented dan bukannya berpusatkan kepada pelajar
child oriented serta dari segi minat pelajar, kebanyakan daripada mereka tidak
meminati simpulan bahasa.
M. Khalid B. Shaari (1991) pula melalui kajian ilmiah beliau ke atas pelajar
Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Dato Ahmad Lenggong Perak bertajuk
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
41/87
31
Perlaksanaan Penggabungjalinan Aspek Simpulan Bahasa Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian beliau mengambil kira perlaksanaan
pengajaran simpulan bahasa digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa serta
kepenggunaan di kalangan pelajar sendiri. Seramai lapan orang guru bahasa Melayu
dari tingkatan satu dan dua dipilih untuk menjawab soal selidik berkaitan pengajaran
serta perlaksanaan aspek simpulan bahasa di bilik darjah tapi hanya dua guru bahasa
Melayu dipilih sebagai sampel kajian.
Manakala daripada lapan orang guru hanya dua orang sahaja (25%) yang
mempunyai pengalaman mengajar melebihi 11 tahun ke atas. Mereka merupakan guru
yang mempunyai banyak pengalaman dan pernah mengikuti kursus dalam
perkhidmatan sedangkan tujuh orang lagi kurang berkeyakinan untuk mengajar bahasa
Melayu terutama simpulan bahasa dengan baik di bilik darjah. Berdasarkan kenyataan
tersebut, guru berperanan penting dalam menyampaikan ilmu tersebut agar pelajar
dapat memahami pelajaran di samping memupuk minat mereka.
Hasil kajian ke atas pendapat pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru
bahasa Melayu dalam simpulan bahasa mendapati secara keseluruhannya pelajar
beranggapan bahawa guru bahasa Melayu mereka jarang dan tidak pernah
melaksanakan kaedah simpulan bahasa seperti kaedah objek, kaedah rakaman dan
kaedah padanan jawapan simpulan bahasa.
Oleh itu, penekanan perlu untuk gabung jalinkan aspek bahasa Melayu yang
akan memotivasikan pelajar ke arah perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
42/87
32
terhadap pelajar. Justeru itu, beliau menyarankan kepada guru-guru bahasa Melayu agar
lebih menekankan kepada penggunaan kaedah mengajar simpulan bahasa yang tepat
dan akan menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam proses (p&p) bahasa Melayu di
bilik darjah.
Terdapat kajian ilmiah terhadap penggunaan bahan simpulan bahasa dalam
buku teks bahasa Melayu sekolah menengah rendah dan kesesuaiannya sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan sebanyak tiga buah
buku teks bahasa Melayu dari tingkatan satu-tiga. Fokus kajian Hairumazirah Binti
Manap ini ialah kepada aspek penggunaan simpulan bahasa dalam petikan dan latihan
yang disediakan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu alat kajian, iaitu
senarai semak. Pada keseluruhannya, dapatan kajian beliau menunjukkan penggunaan
bahan simpulan bahasa masih lagi digunakan walaupun terdapat kelemahan-kelemahan
dalam penggunaannya.
Penggunaan bahan simpulan bahasa menunjukkan peratusan yang tinggi dalam
buku teks bahasa Melayu Tingkatan Satu iaitu sebanyak 43.8% manakala penggunaan
bahan simpulan bahasa dalam buku teks tingkatan dua iaitu 37.5% seterusnya
penggunaan bahan simpulan bahasa dalam buku teks tingkatan tiga adalah sebanyak
18.8%. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beliau merumuskan bahawa penggunaan
bahan simpulan bahasa semakin berkurangan dalam buku teks yang dikaji.
Hal ini menunjukkan penggunaan bahan simpulan bahasa tidak dititikberatkan
kepada pelajar peringkat tinggi kerana mementingkan peperiksaan. Beliau berpendapat
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
43/87
33
jika keadaan ini berterusan akan lenyaplah simpulan bahasa yang kaya dengan makna,
falsafah dan kias ibarat. Oleh yang demikian tanpa disedari generasi kini akan
ketandusan bunga bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
2.2 Kesimpulan
Peribahasa Melayu merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
yang sesuai dan patut digunakan untuk pembelajaran di sekolah. Berdasarkan beberapa
kajian yang dilakukan, contohnya berkaitan pengajaran daripada peribahasa dapat
menggambarkan kepada kita akan keistimewaan dari segi pemilihan kata serta maksud
tersirat yang terdapat di dalam peribahasa itu sendiri. Bahan ini bukan sahaja boleh
dipelajari dengan mengkaji makna malah merangkumi aspek keindahan, ketepatan dan
kehalusan bahasa penggunanya.
Penggunaan bahan peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta kata-kata hikmat dan bahasa
kiasan seperti yagn termaktub di dalam sukatan pelajaran berasaskan pengajaran di
sekolah diharap bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang mahir menggunakan unsur
bahasa ini malah dapat menjadikan ia sebagai bahan pengajaran dan teladan dalam
kehidupan.
Justeru, setelah beberapa pembacaan yang dibuat ke atas kajian-kajian lepas
terhadap peribahasa pengkaji terdorong untuk mengkaji peribahasa untuk melihat tahap
penguasaan peribahasa di kalangan pelajar. Kemudian tahap penguasaan mereka boleh
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
44/87
34
dinilai berdasarkan ujian yang diberikan meliputi peribahasa jenis perumpamaan dan
simpulan bahasa. Keduanya pengkaji ingin melihat kebolehan mereka meletakkan
peribahasa dalam penggunaan ayat menerusi ujian. Untuk mengenal pasti masalah dan
halangan yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu kajian ini turut
memuatkan aspek ini. Semoga hasil kajian ini nanti memberi manfaat kepada pengkaji
amnya dan dalam dunia pendidikan khasnya.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
45/87
35
BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.1 Pengenalan
Penyelidikan ini menunjukkan penemuan hasil kajian yang telah dibuat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka (SMKKT). Pengkaji telah
menggunakan kaedah dan tatacara tertentu untuk mendapatkan data yang diperlukan.
3.2 Reka bentuk kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk melihat
tahap penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar iaitu melibatkan pelajar
tingkatan empat, SMKKT. Selain itu, kajian ini dilakukan juga untuk melihat
kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang betul
berdasarkan ujian aneka pilihan yang diberikan pada ujian set kedua. Serta kajian ini
juga mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa
Melayu. Jadi dapatan kajian ini hanya mewakili
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
46/87
36
kumpulan ini sahaja dan tidak merangkumi semua pelajar tingkatan empat di sekolah
ini.
Kajian ini bercorak tinjauan iaitu dengan mengemukakan soalan-soalan melalui
soal selidik dan ujian. Soal selidik ini adalah untuk mengetahui latar belakang pelajar
dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan peribahasa Melayu mereka
(Lihat Lampiran B). Di samping itu, ujian peribahasa juga turut dibuat bagi
memperoleh data dan maklumat berkaitan aspek-aspek penguasaan peribahasa pelajar
dan kebolehan pelajar dalam meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang betul
( Lihat Lampiran C).
Selain itu, pengkaji turut melakukan kajian kepustakaan. Bahan rujukan yang
digunakan merangkumi buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal Dewan Bahasa, tesis dan
sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah (2000) bahasa Melayu.
3.3 Populasi Dan Sampel
Sekolah yang dipilih untuk kajian tinjauan ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan
Kem Terendak, Melaka. Sekolah ini terletak dalam sebuah kem tentera yang dikenali
sebagai Kem Terendak. Kem Terendak atau lokasinya terletak di mukim Sungai Udang
dan jarak antara Kem Terendak ke Bandar Melaka ialah 25 kilometar. Sekolah ini
mempunyai populasi pelajar tingkatan empat seramai 134 orang pelajar. Kajian ini
hanya melibatkan 40 orang sampel sahaja.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
47/87
37
Dalam kajian ini, pengkaji memilih sampel secara rawak mudah. Menerusi cara
ini proses mengambil atau menggunakan sampel berlaku apabila tiap-tiap individu
dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
3.4 Alat Kajian
Untuk mendapatkan data, alat kajian yang digunakan ialah soal selidik dan ujian
bertulis.
3.4.1 Soal Selidik
Responden diberi satu set soal selidik. Jenis soal selidik yang digunakan oleh pengkaji
ialah soal selidik jawapan dipilih iaitu subjek dikehendaki memilih jawapan yang tepat
terhadap soalan-soalan atau rangsangan yang dikemukakan. Soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu, terdiri daripada bahagian A dan bahagian B (Lihat
Lampiran B). Bahagian A terdiri daripada latar belakang pelajar manakala bahagian B
pula terdiri daripada masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa.
3.4.2 Ujian Peribahasa
Bagi menentukan tahap penguasaan atau kemahiran responden dalam bidang
peribahasa, ujian pencapaian digunakan. Ujian ini terdiri daripada dua set soalan yang
meliputi aspek simpulan bahasa dan perumpamaan. Soalan set pertama berkehendakkan
pelajar menjawab 30 soalan manakala set kedua 20 soalan sahaja. (Lihat Lampiran C )
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
48/87
38
Berdasarkan kedua-dua ujian ini, pengkaji telah memilih dua jenis butir ujian
iaitu ujian jenis jawapan dibina dan ujian jenis jawapan dipilih. Jenis butir jawapan
dibina memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab soalan yang
dikemukakan, iaitu berbentuk subjektif. Ini merupakan soalan yang terdapat pada set
pertama yang memerlukan pelajar mengisi jawapan pada tempat kosong yang
disediakan berkenaan maksud simpulan bahasa dan perumpamaan. Manakala set yang
kedua, merupakan ujian jenis butir jawapan dipilih seperti ujian aneka pilihan yang
mengkehendaki responden memilih satu jawapan yang paling tepat. Dalam set kedua
ini pelajar diuji kebolehan mereka meletakkan peribahasa pada penggunaan ayat yang
betul.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
Beberapa langkah diambil untuk menjalankan kajian ini:
3.5.1 : Pemilihan Tempat Kajian
Setelah tajuk kajian dikenal pasti, seterusnya pengkaji memilih sebuah sekolah yang
hendak dijadikan tempat kajian, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak,
Melaka. Surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari fakulti diberi kepada pengetua
sebagai pengesahan. (Lihat Lampiran A). Sekolah ini terletak dalam sebuah kem tentera
yang dikenali sebagai Kem Terendak dan jarak di antara Kem Terendak ke bandar
Melaka ialah 25 kilometer.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
49/87
39
3.5.2 : Meminta Kebenaran
Setelah memilih sekolah, pengkaji menemui pengetua dan guru bahasa Melayu
tingkatan empat di sekolah tersebut untuk mendapatkan kebenaran dan kerjasama
mereka sepanjang kajian ini dijalankan, seperti mendapatkan data tentang responden,
mentadbir soal selidik dan menjalankan ujian peribahasa ke atas mereka.
3.5.3 : Ujian Peribahasa
Kajian ini melibatkan responden menduduki ujian peribahasa. Aspek yang diuji ialah
meliputi simpulan bahasa dan perumpamaan.Ujian ini pula terbahagi kepada dua set
soalan . Ujian set pertama berbentuk ujian jenis butir jawapan dibina dan ujian kedua
pula jenis butir jawapan dipilih. Hasil ujian mereka diambil dan ditanda oleh pengkaji
sendiri.
3.5.4 : Soal Selidik
Untuk mendapatkan data bagi menggambarkan penguasaan peribahasa Melayu
responden, satu set soal selidik telah dibentuk dengan mengemukakan soalan-soalan
tertentu yang ada kaitan dengan masalah yang dikaji. Soalan yang dikemukakan
merujuk dua bahagian. Bahagian A: mengenai latar belakang pelajar manakala
bahagian B: pula merujuk masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
50/87
40
peribahasa Melayu. Menerusi bahagian B ini pengkaji akan dapat mengenal pasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari peribahasa Melayu.
3.6 Prosedur Penganalisisan Data
Data yang diperoleh daripada soal selidik dan ujian akan dianalisis untuk mendapat
maklumat tentang masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa
Melayu di kalangan pelajar dan tahap penguasaan mereka dalam peribahasa Melayu.
Selepas semua soal selidik dan ujian dikumpul, pengkaji akan menanda sendiri kedua-
dua borang yang telah dijawab oleh responden. Pengkaji akan menganalisis data yang
diperoleh dalam bentuk peratus.
Contoh pengiraan data ialah:-
Peratus = Jumlah x 100
Bil. Responden
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
51/87
41
BAB IV
KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini merupakan laporan daripada hasil kajian tinjauan yang dilakukan ke atas 40
orang responden yang merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan
Kem Terendak, Melaka. Laporan diperlihatkan secara deskriptif dan berdasarkan hasil
ujian peribahasa yang bertujuan untuk melihat tahap penguasaan peribahasa Melayu di
kalangan pelajar tingkatan 4. Selain itu, maklumat juga diperoleh daripada maklum
balas yang diberikan oleh responden melalui soal selidik yang meliputi masalah-
masalah yang dihadapi oleh responden dalam mempelajari peribahasa Melayu.
4.2 Analisis Ujian Peribahasa
Ujian peribahasa ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama
berkehendakkan pelajar mengisi ruangan kosong dengan peribahasa dan makna yang
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
52/87
42
sesuai. Terdapat 30 soalan yang dikemukakan manakala ujian bahagian kedua pula
soalannya berbentuk aneka pilihan sebanyak 20 soalan bertujuan untuk melihat
kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang betul. Secara
keseluruhannya, markah responden dikira dalam bentuk peratus kemudian penguasaan
mereka akan dinilai mengikut gred A, B, C, D dan E.
4.1.1 Penguasaan Peribahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Secara
Keseluruhan
Jadual 1
Penguasaan Peribahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4
Gred Ujian Peribahasa
Bilangan pelajar
(orang)
Peratusan ( %)
A (Cemerlang) _ _
B (Baik) 9 22.5
C (Sederhana) 10 25.0
D (Lemah) 21 52.5
E (Sangat Lemah) _ _
Jumlah 40 100.0
Berdasarkan jadual 1 di atas, secara keseluruhannya analisis kajian ini
menunjukkan bahawa daripada 40 orang responden yang dikaji menerusi ujian
peribahasa berada pada tahap memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan 9 orang pelajar
mencapai tahap penguasaan peribahasa mereka pada gred B (Baik) iaitu 22.5%.
Manakala 10 orang lagi berada pada gred C (Sederhana) iaitu 25.0%. Seterusnya 52.5%
iaitu seramai 21 orang responden memperoleh gred D dalam ujian peribahasa Melayu
yang dijalankan. Penguasaan peribahasa Melayu pelajar pada gred D adalah yang paling
ramai ini menunjukkan masih terdapat pelajar lemah dalam peribahasa Melayu. Hal ini
kerana pencapaian pada gred ini paling tinggi berbanding gred B dan C.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
53/87
43
Kesimpulannya, tahap penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar
tingkatan empat pada tahap memuaskan berdasarkan dapatan kajian melalui jadual satu
serta pengkaji merumuskan pencapaian mereka pada tahap memuaskan kerana tiada
seorang responden yang berjaya mencapai tahap cemerlang dan tiada juga responden
yang berada pada tahap sangat lemah (E).
4.1.2 Kebolehan Pelajar Meletakkan Peribahasa dalam Penggunaan Ayat yang
Betul
Kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang betul
diuji pada ujian bahagian dua. Ujian ini mengandungi 20 soalan aneka pilihan yang
meliputi aspek simpulan bahasa dan perumpamaan. Dapatan kajian tersebut
menunjukkan rata-rata pelajar boleh menjawab ujian ini.
Daripada 20 soalan yang dikemukakan hanya seorang pelajar yang menjawab
18 soalan dengan betul (2.5%). Manakala bilangan pelajar yang hanya menjawab 10
soalan dengan betul seramai dua orang (5.0%). Sebaliknya bilangan pelajar yang
menjawab 11 hingga 15 soalan dengan betul adalah yang paling ramai. Jadi, dapatlah
dirumuskan bahawa majoriti pelajar dapat meletakkan peribahasa pada penggunaan
ayat yang betul.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
54/87
44
4.3 Analisis Soal Selidik
Hasil analisis data soal selidik adalah khusus untuk menjawab latar belakang
pelajar dan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam mempelajari peribahasa
Melayu.
4.3.1 Latar Belakang Pelajar
Kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar yang melibatkan dua buah kelas iaitu
kelas tingkatan 4 Sains III dan tingkatan 4 Ekonomi Asas. Latar belakang pelajar pula
bertujuan untuk melihat minat dan pandangan mereka tentang peribahasa Melayu. Latar
belakang pelajar terdiri daripada dua bahagian iaitu maklumat peribadi pelajar seperti
keputusan peperiksaan bahasa Melayu peringkat PMR (2002) dan masalah yang
dihadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penguasaan
pelajar dalam peribahasa bukanlah diukur berdasarkan keputusan bahasa Melayu
peringkat PMR mereka sebaliknya maklumat tersebut hanya untuk kegunaan pengkaji
sahaja.
Berdasarkan keputusan bahasa Melayu peringkat PMR kebanyakan pelajar
mencapai keputusan gred B iaitu seramai 22 orang pelajar (55.0%), pada gred C pula
seramai 7 orang (17.5%) manakala 11 orang lagi memperoleh gred A. Tiada seorang
pun pelajar yang mendapat gred D & E.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
55/87
45
Pada peperiksaan PMR yang lepas (2002), terdapat soalan karangan berbentuk
peribahasa daripada 5 soalan karangan yang dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam kertas 2 bahasa Melayu Oktober 2002. Soalan tersebut berbunyi jika tidak
dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagu, sering kali disebut dalam
masyarakat kita. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu (30 markah).
Melalui soal selidik, pengkaji telah mengemukakan soalan tersebut kepada
pelajar untuk mendapat maklum balas sama ada mereka memilih karangan tersebut
ataupun tidak ketika menjawab kertas 2 bahasa Melayu peringkat PMR yang lepas. Jika
mereka menjawab soalan itu mereka dikehendaki untuk memberikan maksud peribahasa
itu sebaliknya jika mereka tidak memilih karangan itu mereka diminta untuk
mengemukakan sebab-sebabnya.
Dapatan kajian tersebut menunjukkan hanya 5.0%, iaitu seramai 2 orang pelajar
sahaja yang menjawab atau memilih karangan itu daripada 40 orang pelajar. Sebaliknya
95.0% lagi iaitu seramai 38 orang pelajar tidak memilih karangan itu dengan pelbagai
alasan, iaitu tidak meminati, sukar mendapatkan isi-isi penting, tidak faham maksud
peribahasa dan memilih karangan lain yang lebih senang. Peribahasa yang dikemukakan
oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia jika tidak dipecah
ruyung, di mana boleh mendapat sagu membawa maksud yang berikut:
i. tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah
ii. cita-cita dan maksud tidak akan tercapai jika tidak bersusah payah dahulu.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
56/87
46
Berdasarkan maksud yang dinyatakan di atas sebenarnya ia membawa
pengertian yang sama, iaitu sebarang keinginan atau kehendak tidak akan diperoleh jika
kita tidak mahu bersusah payah ke arahnya. Berdasarkan maksud peribahasa yang
dikemukakan oleh dua-dua orang pelajar yang menjawab karangan itu pengkaji
mendapati mereka mengetahui maksud peribahasa tersebut. Maksud yang diberikan
oleh dua orang pelajar yang memilih karangan berbentuk peribahasa pada peringkat
PMR 2002 adalah seperti yang berikut:-
1. kita kena cuba dari bawah untuk mendapatkan hasil2. kalau nakkan sesuatu kita kena berusaha
Daripada jawapan yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa mereka faham
akan maksud peribahasa itu. Faktor tersebut telah menyebabkan karangan tersebut
menjadi pilihan mereka. Sebaliknya bagi 38 orang pelajar yang tidak menjawab atau
memilih karangan jenis peribahasa mempunyai pelbagai alasan. Antara alasan tersebut
adalah berdasarkan jadual di sebelah.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
57/87
47
Jadual 2
Alasan Pelajar Bagi yang Tidak Memilih Karangan Berbentuk Peribahasa
PMR 2002
Bilangan Alasan Bilangan pelajar
(orang)
Peratus (%)
1 susah untuk mendapatkan
isi-isi penting
15 37.5
2 tidak faham maksudnya 8 20.0
3 tidak minat karangan
peribahasa
9 22.5
4 pilih soalan lain yang lebih
senang dan menarik
6 15.0
Jumlah 38 95.0
Jadual di atas menunjukkan alasan yang diberikan oleh pelajar yang tidak
memilih karangan peribahasa untuk menjawab bahasa Melayu peringkat PMR.
Beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak memilih karangan peribahasa seperti
yang terdapat pada Jadual 2 di atas. Berdasarkan Jadual 2, majoriti pelajar, iaitu
sebanyak 15 orang (37.5%) tidak memilih karangan berbentuk peribahasa atas alasan
kesukaran untuk mendapatkan isi-isi penting. Ini menunjukkan bahawa mereka
bukannya tidak faham maksud peribahasa sebaliknya mereka kekurangan idea penting
untuk menghasilkan karangan tersebut.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
58/87
48
Bagi pelajar yang tidak memahami maksud peribahasa itu adalah seramai 8
orang pelajar iaitu (20.0%). Selain daripada tidak faham maksud peribahasa itu terdapat
juga seramai 9 orang pelajar iaitu (22.5%) yang tidak meminati karangan peribahasa. 6
orang lagi pelajar iaitu (15.0%) telah memberikan alasan yang mereka memilih soalan
lain yang lebih senang dan menarik. Kenyataan mereka terhadap soalan lain yang lebih
senang dan menarik menggambarkan bahawa peribahasa itu adalah susah dan tidak
menarik.
Selain itu, menerusi soal selidik ini juga pengkaji dapat mengenal pasti bilangan
pelajar yang mempunyai kamus peribahasa sendiri di rumah. Dapatan kajian
menunjukkan kebanyakan pelajar memiliki kamus peribahasa sendiri dirumah iaitu
sebanyak 25 orang pelajar daripada 40 orang (62.5%). Manakala seramai 15 orang lagi
(37.5%), tidak mempunyai kamus peribahasa sendiri di rumah. Dapatan daripada soal
selidik ini memperlihatkan pelajar menyedari kegunaan kamus peribahasa sebagai
sumber untuk merujuk makna peribahasa yang tidak difahami.
Kesedaran peribahasa Melayu sebagai warisan Melayu yang perlu
dipertahankan oleh generasi kini menunjukkan kesedaran yang amat
memberangsangkan. Ini kerana daripada dapatan kajian, 100.0% pelajar mengatakan ia
perlu dipertahankan oleh generasi kini walaupun pada dasarnya terdapat 6 orang pelajar
yang mengatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari peribahasa
Melayu.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
59/87
49
Melalui soal selidik ini pengkaji turut meminta mereka memberikan alasan bagi
jawapan ya dan tidak. Keseluruhan pelajar yang mengatakan peribahasa perlu
dipertahankan memberikan sebab yang sama iaitu peribahasa merupakan warisan nenek
moyang yang perlu dipertahankan. Selain itu, melalui peribahasa pengajaran dan teladan
dapat diperoleh.
Pengkaji sangat bersetuju dengan kesemua alasan yang diberikan oleh mereka
dan berharap daripada kesedaran itu para pelajar akan cuba menghargai dan menghayati
keistimewaan peribahasa walaupun dikatakan peribahasa ketinggalan zaman ekoran
kemajuan sains dan teknologi.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
60/87
50
4.3.2 Masalah yang Mempengaruhi Penguasaan Peribahasa Melayu di
Kalangan Pelajar
Jadual 3
Masalah-masalah yang Dihadapi dalam Mempelajari Peribahasa Melayu
Bil Perkara Kategori
Ya Tidak
Jumlah
Pelajar
(orang)
Peratus
(%)
Jumlah
Pelajar
(orang)
Peratus
(%)
1 Minat mempelajari peribahasa
Melayu
34 85.0 6 15.0
2 Peribahasa Melayu sukar diingat
atau dihafal
19 47.5 21 52.5
3 Peribahasa merumitkan kerana
banyak makna dan kebanyakan
maknanya tersirat dan sukar
difahami
29 72.5 11 27.5
4 Kekerapan guru memberi latihan
karangan berbentuk peribahasa
19 47.5 21 52.5
Secara keseluruhan Jadual 3 menunjukkan bahawa masalah-masalah dalam
mempelajari peribahasa yang dapat dikenal pasti oleh pengkaji. Antara masalah tersebut
termasuklah sikap pelajar sendiri, kesukaran mengingat peribahasa Melayu dan
kekerapan latihan karangan berbentuk peribahasa yang diberikan oleh guru.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
61/87
51
Berdasarkan jadual, sikap pelajar terhadap peribahasa adalah positif. Ini kerana
kebanyakan pelajar berminat untuk mempelajari peribahasa Melayu iaitu sebanyak 34
orang (85.0%), sebaliknya hanya 6 orang sahaja (15.0%) yang tidak berminat untuk
mempelajari peribahasa Melayu. Kesimpulannya, daripada soal selidik ini, sikap tidak
menjadi masalah utama kerana rata-rata mereka mempunyai minat mempelajari
peribahasa Melayu.
Oleh kerana sebilangan besar pelajar mempunyai minat mempelajari
peribahasa Melayu jadi hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 21 orang pelajar
tidak menjadikan kesukaran mengingat atau menghafal peribahasa Melayu sebagai satu
masalah. Sebaliknya hanya 19 orang (47.5%) sahaja mengatakan peribahasa Melayu
menyukarkan atau sukar dihafal.
Walau bagaimanapun, peratusan itu menunjukkan pelajar bermasalah untuk
mengingati peribahasa. Hal ini disebabkan sifat peribahasa itu sendiri yang mempunyai
makna yang pelbagai dan tafsiran yang berbeza mengikut situasi dan suasana sesuatu
peribahasa itu digunakan.
Masalah mempelajari peribahasa yang turut dikenal pasti oleh pengkaji melalui
soal selidik ini ialah sifat peribahasa itu sendiri yang dianggap rumit kerana mempunyai
banyak makna dan kebanyakan maknanya tersirat serta sukar difahami. Dapatan kajian
menunjukkan peratusan pelajar yang mengatakan peribahasa Melayu rumit adalah
tinggi iaitu sebanyak 29 orang (72.5%) manakala pelajar yang mengatakan peribahasa
Melayu tidak merumitkan adalah 11 orang ( 27.5%).
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
62/87
52
Kekerapan guru memberi latihan karangan berbentuk peribahasa juga
merupakan antara masalah yang dikenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam mempelajari peribahasa Melayu. Guru memainkan peranan yang penting
dalam menggalakkan minat pelajar bukan sahaja dalam penulisan karangan berbentuk
peribahasa malah penggunaan peribahasa yang berterusan di samping melaksanakan
proses p&p yang berkesan.
Dapatan kajian memperlihatkan guru-guru masih menitikberatkan pengajaran
karangan berbentuk peribahasa apabila terdapat pelajar mengatakan guru mereka kerap
memberi latihan karangan berbentuk peribahasa iaitu sebanyak 19 orang pelajar
(47.5%). Pelajar selebihnya 21 orang lagi mengatakan guru tidak memberi latihan
karangan berbentuk peribahasa (52.5%).
Merujuk kepada soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji hanya 4 masalah
utama yang dapat dikenal pasti seperti masalah yang telah dikemukakan oleh pengkaji.
Pengkaji turut memberi ruang kepada pelajar untuk menyatakan sebarang masalah lain
yang dihadapi oleh mereka.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
63/87
53
Antara masalah yang dinyatakan oleh mereka ialah kesukaran untuk
memahami maksud peribahasa walaupun mempunyai minat untuk mempelajarinya.
Kenyataan pelajar terhadap masalah tersebut dapat pengkaji simpulkan bahawa masalah
utama mereka dalam mempelajari peribahasa Melayu ialah sifat peribahasa Melayu itu
sendiri seperti kesukaran mengingat makna peribahasa. Justeru itu, guru melaksanakan
proses (p&p) yang berkesan supaya kefahaman pelajar dapat dipertingkatkan terhadap
peribahasa Melayu.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
64/87
54
BAB V
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini meliputi ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian dan cadangan untuk
kajian lanjutan. Dalam bahagian rumusan kajian, dijelaskan semula tujuan kajian yang
meliputi sampel kajian, alat kajian dan pengumpulan serta pemprosesan data. Dalam
perbincangan pula akan dibincangkan dapatan kajian berasaskan analisis data. Akhir
sekali dibincangkan cadangan selanjutnya.
5.2 Rumusan Kajian
Kajian ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan data bagi melihat tahap penguasaan
peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4. Kajian ini juga dibuat untuk melihat
kebolehan pelajar meletakkan penggunaan peribahasa dalam penggunaan
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
65/87
55
ayat yang betul. Perlu juga diketahui masalah-masalah yang dihadapi semasa mereka
mempelajari peribahasa Melayu.
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji memilih kajian tinjauan dengan
menggunakan 2 set alat ujian dan 1 set soal selidik. Kedua-dua alat ini dilaksanakan
oleh pengkaji sendiri dengan bantuan seorang guru penyelaras bahasa Melayu ke atas 40
orang pelajar yang terdiri daripada 2 buah kelas tingkatan 4 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kem Terendak, Melaka. Dapatan yang dikumpul daripada alat kajian yang
digunakan telah dianalisis oleh pengkaji dengan melihat tahap penguasaan peribahasa
Melayu di kalangan mereka melalui markah diperolehsecara keseluruhan dalam bentuk
peratusan. Kemudian pencapaian tersebut akan dinilai mengikut gred A,B,C,D dan E.
Kesimpulan dapatan kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa penguasaan
peribahasa Melayu oleh pelajar tingkatan 4 SMKKT adalah seperti yang berikut:-
Daripada 50 soalan peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa dan
perumpamaan, didapati bahawa tahap penguasan secara keseluruhan yang dicapai oleh
mereka ialah pada tahap yang memuaskan. Berdasarkan daripada pencapaian mereka di
dalam ujian yang diberikan, seramai 9 orang pelajar (22.5%) mencapai gred B, 10 orang
(25.0%) gred C dan 21 orang lagi (52.5%) berada pada gred D. Ini bererti hasil ujian
menunjukkan tiada pelajar yang sangat menguasai peribahasa Melayu dan tiada juga
pelajar yang tidak mengetahui langsung peribahasa.
Merujuk kepada kebolehan pelajar meletakkan peribahasa Melayu dalam
penggunaan ayat yang betul mendapati tiada seorang pelajar yang memperoleh markah
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
66/87
56
penuh iaitu sebanyak 20. Sebaliknya, seorang sahaja yang memperoleh pencapaian
tertinggi adalah sebanyak 18 daripada 20 soalan yang dikemukakan. Pelajar yang
menjawab 11 hingga 15 soalan dengan betul adalah yang paling ramai. Ini menunjukkan
bahawa keseluruhan pelajar boleh menjawab dan meletakkan peribahasa Melayu
mengikut suasana yang sesuai pada tempatnya. Hal ini dibuktikan lagi apabila hanya 2
orang pelajar yang mampu menjawab 10 atau kurang daripada 10 soalan dengan betul.
Daripada hasil kajian juga memperlihatkan bahawa semua masalah yang
dikemukakan oleh pengkaji mempengaruhi penguasaan peribahasa Melayu di kalangan
pelajar tingkatan 4. faktor-faktor tersebut ialah faktor sikap pelajar, kesukaran untuk
memahami maksud peribahasa dan kekerapan latihan yang diberikan oleh guru.
5.3 Perbincangan
Dapatan kajian melalui soal selidik didapati keseluruhan pelajar mempunyai
sikap yang positif terhadap pemelajaran peribahasa Melayu. Iaitu seramai 34 orang
pelajar mengatakan minat (55.0%) manakala hanya 6 orang (15.0%) mengatakan tidak
minat mempelajari peribahasa Melayu. Walau bagaimanapun, berdasarkan tindak balas
yang diberikan oleh pelajar berkaitan minat mempelajari peribahasa Melayu tidak boleh
dijadikan ukuran sepenuhnya kerana walaupun mereka meminati peribahasa tetapi pada
peperiksaan PMR yang lepas hanya 2 orang sahaja yang memilih karangan berbentuk
peribahasa. Justeru itu, fenomena ini berkaitan dengan sikap pelajar itu sendiri terhadap
peribahasa.
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
67/87
57
Berdasarkan pendapat Asmah Hj. Omar (1998:107) berkenaan definisi sikap
beliau melihat sikap sebagai gejala mental yang menggambarkan keadaan minda
individu seterusnya beliau mengatakan bahawa sikap positif melahirkan bersama-sama
fikiran yang positif. Sikap positif selalunya menghasilkan kesan yang positif.
Oleh itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Asmah Hj. Omar jelas
memperlihatkan pelajar tingkatan 4 ini mempunyai sikap positif terhadap pemelajaran
peribahasa tetapi kesannya tidak menggambarkan keadaan minda individu sebenar
pelajar kerana hanya 2 orang pelajar memilih karangan peribahasa. Serta maklum balas
daripada pelajar mengatakan karangan itu tidak menjadi pilihan kerana beberapa
masalah seperti susah mendapatkan isi-isi penting, susah dan terdapat karangan yang
lebih senang serta menarik.
Walau bagaimanapun, kesan daripada ujian yang diberikan menunjukkan kesan
yang positif tetapi guru harus lebih peka terhadap masalah utama pembelajaran
peribahasa pelajar supaya mereka terus menghayati dan menghargai peribahasa.
Selain itu, pengkaji juga melihat bahawa peribahasa Melayu masih berada di
hati pelajar. Kenyataan ini dapat dikenal pasti oleh pengkaji melalui soal selidik
berkaitan sama ada pelajar memiliki kamus peribahasa sendiri di rumah serta mereka
dikehendaki memberikan alasan bagi jawapan ya dan tidak berkaitan dengan
kenyataan peribahasa perlu dipertahankan. Daripada 40 orang pelajar seramai 25 orang
(62.5%) mempunyai kamus peribahasa sendiri di rumah manakala selebihnya sebanyak
15 orang (37.5%) tidak memiliki kamus itu. Jadi, ia menunjukkan mereka mempunyai
-
8/21/2019 Kajian Tindakan Peribahasa (1)
68/87