Kajian tindakan perintang

6
KAJIAN TINDAKAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU RJ/MEI/02/2010 KAJIAN TINDAKAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU UNIT TEKNIK & VOKASIONAL SMK DATO HAJI TALIB KARIM TAHUN 2010 TAJUK: ”MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID UNTUK MEMBACA KOD JALUR WARNA PADA PERINTANG DENGAN BANTUAN KAD WARNA DAN KOTAK AJAIB”. DISEDIAKAN OLEH: ROHANA BINTI JANTAN GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU UNIT TEKNIK & VOKASIONAL SMK DATO HAJI TALIB KARIM 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. 26hb. MEI, 2010 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Murid-murid yang berada di tingkatan dua (2) akan mempelajari topik elektronik. Salah satu daripada sub topik dari mata pelajaran ini yang penting ialah membaca kod warna pada perintang. Ini adalah kerana didalam peperiksaan PMR pasti ada satu soalan dari bahagian ini yang dikeluarkan. Oleh itu menjadi satu kewajipan kepada murid-murid untuk menguasai topik ini. - 1 -

Transcript of Kajian tindakan perintang

Page 1: Kajian tindakan perintang

KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

RJ/MEI/02/2010

KAJIAN TINDAKANPANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

UNIT TEKNIK & VOKASIONALSMK DATO HAJI TALIB KARIM

TAHUN 2010

TAJUK:

”MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID UNTUK MEMBACA KOD JALUR WARNA PADA

PERINTANG DENGAN BANTUAN KAD WARNA DAN KOTAK AJAIB”.

DISEDIAKAN OLEH:

ROHANA BINTI JANTANGURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

UNIT TEKNIK & VOKASIONALSMK DATO HAJI TALIB KARIM78000 ALOR GAJAH, MELAKA.

26hb. MEI, 2010

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Murid-murid yang berada di tingkatan dua (2) akan mempelajari topik elektronik. Salah satu daripada sub topik dari mata pelajaran ini yang penting ialah membaca kod warna pada perintang. Ini adalah kerana didalam peperiksaan PMR pasti ada satu soalan dari bahagian ini yang dikeluarkan. Oleh itu menjadi satu kewajipan kepada murid-murid untuk menguasai topik ini.

- 1 -

Page 2: Kajian tindakan perintang

KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

RJ/MEI/02/2010

Di dalam P&P yang lalu murid telah pun mempelajari topik ini. Walaupun demikian semasa sessi ulangkaji didapati murid tidak dapat membaca kod warna pada perintang dengan betul. Oleh itu, saya merasa perlu melakukan sesuatu agar dapat membantu murid-murid untuk membaca kod warna pada perintang tersebut dalam menentukan nilai rintangan bagi setiap perintang. Maka, satu kaedah yang mudah dan menarik juga harus di tunjukkan kepada murid agar ia dapat membantu dan memudahkan murid dalam menguasai topik ini.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kemahiran membaca kod warna pada perintang adalah merupakan satu kemahiran yang sangat penting. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap murid untuk memudahkan mereka menetukan nilai rintangan bagi perintang itu. Murid-murid yang berada di tingkatan 2 sepatutnya telah pun menguasai kemahiran ini. Jika kemahiran ini tidak dapat dikuasai sudah pasti mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik ini. Oleh itu, satu teknik yang baik dan berkesan perlu diajar kepada murid-murid serta menjadi satu harapan agar ia dapat membantu murid-murid untuk menentukan nilai perintang dengan membaca kod jalur warna pada badan perintang.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

• Kajian ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan membantu murid-murid membaca kod jalur warna pada perintang dengan cara yang betul dan mudah dalam menentukan nilai rintangan bagi satu perintang.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS• Untuk memperkenalkan kepada murid satu kaedah yang mudah untuk

membaca kod jalur warna pada perintang dalam menentukan nilai rintangannya.

• Untuk mengatasi masalah murid keliru membaca kod jalur warna pada perintang terutamanya jalur yang ketiga(3) dan keempat( 4).

4.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran kajian ini ialah murid-murid tingkatan 2 Arif iaitu seramai 36 orang akan menjalani ujian bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada 15 orang lelaki dan 21 orang perempuan.

Di dalam kajian ini pecahan jumlah murid mengikut kaum ialah 11 orang murid lelaki melayu, 17 orang murid perempuan melayu, 4 orang murid lelaki cina dan 4 orang murid perempuan cina.

5.0 PERLAKSANAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH• Dalam perlaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan

pemerhatian dan soal selidik semasa P&P, analisis dokumen dan ujian pra.

- 2 -

Page 3: Kajian tindakan perintang

KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

RJ/MEI/02/2010

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 PEMERHATIAN / ANALISIS DOKUMEN

Hasil dari tinjauan, pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan semasa P&P, didapati 4 orang murid daripada 36 orang murid kelas ini sahaja yang dapat membaca kod jalur warna pada perintang dengan betul dan 32 orang murid masih tidak faham cara untuk membaca kod jalur warna pada perintang dalam menentukan nilai bagi perintang. Pemerhatian ini telah disahkan dengan membuat pemerhatian ke atas murid-murid semasa mereka menyelesaikan masalah menentukan nilai bagi satu perintang.

5.2.2 UJIAN PRA

Di dalam ujian pra ini, murid-murid diminta untuk membacakod jalur warna pada perintang untuk menentukan nilai perintang dengan menggunakan pengetahuan sedia ada di dalam diri murid-murid. Hasil yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

Membaca kod jalur warna perintang dengan betul.

Tidak dapat membaca kod jalur warna perintang dengan betul.

4 orang 32 orang11.1% 88.9%

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKANDengan merujuk kepada keputusan ujian pra, satu tindakan perlu dilakukan dalam menangani masalah tersebut. Oleh itu, murid-murid telah diperkenalkan dengan satu teknik yang dapat membantu murid-murid jelas dan faham dalam proses membaca kod jalur warna pada perintang. Satu set kad warna dan satu kotak ajaib telah diperkenalkan sebagai satu alatan yang dapat membantu memberi kefahaman kepada murid semasa menjalankan aktiviti membaca kod jalur warna pada badan perintang. Dengan ini menjadi satu harapan agar murid dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.4.1 PELAKSANAAN AKTIVITI 1 (P&P)Di dalam aktiviti 1 ini, guru akan mengajar murid dengan melakukan satu demonstrasi dan menunjukkan kepada murid cara untuk membaca jalur kod warna pada perintang dengan bantuan 13 keping kad warna dan kotak ajaib. Setiap kad warna tercatat nilai bagi warna itu. Manakala di dalam kotak ajaib itu pula terdapat sembilan keping kad kecil dengan tercatat no ’0’ di atas setiap keping kad. Langkah-langkah aktiviti adalah seperti berikut:Langkah 1:i. Murid-murid diminta melakarkan gambarajah satu perintang

dan melabelkan jalur warna pada perintang tersebut seperti rajah 1 dibawah.

Rajah 1: perintang tetap.

- 3 -

Page 4: Kajian tindakan perintang

KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

RJ/MEI/02/2010

ii. Guru memberi penerangan berkaitan dengan rajah 1 di atas. iii. Murid diperkenalkan dengan 13 keping kad warna dan sebuah

kotak ajaib. Kotak ini dikatakan ajaib kerana di dalamnya hanya mengandungi 9 keping kad-kad kecil yang tertulis huruf ’0’ pada setiap kad. Kotak ajaib ini hanya akan mewakili jalur yang ketiga (3) sahaja.

iv. Untuk memulakan aktiviti guru akan menunjukkan 10 keping kad warna yang akan mewakili untuk jalur 1 dan 2 sahaja. Manakala 3 keping kad lagi akan mewakili jalur keempat. Setiap kad warna mempunyai nilai kod warna yang telah ditetapkan iaitu:

Warna kad NilaiHitam 0Perang 1Merah 2Jingga 3Kuning 4Hijau 5Biru 6

Unggu 7Kelabu 8Putih 9Emas +5%Perak +10%

Tiada Warna +20%

v. Guru meminta murid pertama mengambil 1 kad warna untuk jalur 1. Murid kedua mengambil 1 kad warna untuk jalur 2. Murid ketiga mengambil 1 kad warna untuk jalur ketiga 3 dan murid keempat hanya boleh memilih kad berwarna emas atau perak atau tanpa warna sahaja untuk mewakili jalur keempat.

vi. Murid pertama akan melekatkan kad warna yang memaparkan nilai bagi warna tersebut pada papan hitam, diikuti oleh murid kedua. Manakala bagi murid ketiga pula perlu mengambil kad di dalam kotak ajaib mengikut bilangan nilai pada kad warna yang mereka telah pilih. Kemudian murid itu akan melekatkan kad-kad yang diambil dari kotak ajaib itu dan melekatkannya di papan hitam bersebelahan kad murid kedua tadi.

- 4 -

1 2 3 4

Page 5: Kajian tindakan perintang

KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

RJ/MEI/02/2010

vii. Akhir sekali, murid ke empat pula akan melekatkan kad yang telah diambilnya ke papan hitam untuk melengkapkan nilai bagi perintang itu. Dan bacaan nilai bagi perintang pun dapat dicari dan diketahui dengan mudah.

viii. Kaedah itu diulang sehingga tiga kali untuk lebih memberi kefahaman kepada murid.

ix. Akhir sekali murid diuji dengan beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan menentukan nilai perintang untuk mengetahui adakah murid telah pun jelas dan faham cara-cara untuk membaca kod jalur warna pada perintang.

5.4.2 PELAKSANAAN AKTIVITI 2 (UJIAN POS)

Setelah selesai P&P, murid-murid di minta untuk membuat penilaian atas segala aktiviti yang telah dijalankan. Hasil yang diperolehi adalah seperti jadual dibawah.

Dapat membaca Kod jalur warna perintang

dengan tepat.

Dapat membaca Kod warna perintang

tetapi kurang jelas.

Tidak dapat membaca kod jalur warna

perintang.

19 orang 4 orang 13 orang

52.8 % 11.11 % 36.1 %

6.0 REFLEKSI KAJIAN

• Pada pendapat saya berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, didapati keputusan yang hasilkan adalah kurang memuaskan ini kerana peratus murid yang dapat membaca dengan tepat hanya 52.8%. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor samada faktor dalaman mahupun dari persekitaran.

• Diantara faktor-faktor yang boleh di kenal pasti ialah:

i. Murid masih tidak dapat menguasai sub topik ini secara keseluruhannya.

ii. Murid kurang memberi tumpuan semasa p&p dan kajian sedang dijalankan.

iii. Murid kurang berminat dengan topik ini kerana ia melibatkan nombor.iv. Didapati pelajar tidak hadir semasa topik ini telah diajar oleh guru

matapelajaran.v. Pendekatan kaedah yang digunakan semasa kajian kurang berkesan.

- 5 -

Page 6: Kajian tindakan perintang

KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

RJ/MEI/02/2010

• Pendapat murid pula menyatakan bahawa dengan menggunakan kaedah ini mereka lebih faham. Beberapa murid pula menyatakan mereka jelas sedikt dan dapat memahaminya dan ada yang menyatakan langsung tidak faham. (Rujuk kepada penilaian dan hasil kerja murid).

• Dengan membuat pemerhati secara menyeluruh di dalam ujian pra dan ujian pos didapati kajian ini tidak dapat mencapai objektif yang di harapkan.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Untuk kajian seterusnya saya akan cuba mencari dan mengenalpasti satu teknik lain yang lebih mudah, cepat dan tepat untuk memudahkan murid-murid membaca kod jalur perintang untuk menentukan nilai rintangan perintang dengan lebih cepat dan tepat. Topik ini perlu dikuasai oleh semua murid kerana ia sangat penting dan akan diuji semasa peperiksaan. Maka dengan ini, akan menjadi satu kerugian sekiranya topik yang mudah ini tidak dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid. Bila topik ini telah jelas difahami oleh murid, maka mereka akan merasa gembira dan memudahkan mereka untuk menjawab soalan PMR nanti. Insyaalah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………ROHANA BINTI JANTANGuru Kemahiran Hidup Bersepadu,SMK Dato Haji Talib Karim,78000 Alor Gajah, Melaka.

- 6 -

LAMPIRAN

HASIL KERJA MURID DI DALAM PENGHASILAN

KAJIAN INI