Kajian tindakan PK

56
TAJUK : PEMBELAJARAN KOOPERATIF BERASASKAN BAHAN MAUJUD Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. TUJUAN : 1) Untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar kerana semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2) Untuk memupuk sifat kerjasama antara pelajar kerana setelah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap ahli kumpulan berperanan untuk memberikan idea masing-masing dan ini boleh menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar. 3) Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana pelajar dikehendaki menyuarakan pendapat dan idea masing-masing kepada tugaan yang diberikan. 4) Membantu pemahaman para pelajar terhadap sesuatu topik kerana bahan maujud ini sendiri adalah bermaksud barang yang wujud, oleh itu barang yang nampak secara fizikal akan lebih "real" dan bahan maujud juga boleh berbentuk multimedia di mana di mana penggunaan video digunakan untuk menunjukkan contoh-contoh bahan maujud yang sukar di bawa ke dalam kelas.

Transcript of Kajian tindakan PK

Page 1: Kajian tindakan PK

TAJUK : PEMBELAJARAN KOOPERATIF BERASASKAN BAHAN MAUJUD

Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud.

TUJUAN :

1) Untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar kerana semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2) Untuk memupuk sifat kerjasama antara pelajar kerana setelah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap ahli kumpulan berperanan untuk memberikan idea masing-masing dan ini boleh menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar.

3) Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana pelajar dikehendaki menyuarakan pendapat dan idea masing-masing kepada tugaan yang diberikan.

4) Membantu pemahaman para pelajar terhadap sesuatu topik kerana bahan maujud ini sendiri adalah bermaksud barang yang wujud, oleh itu barang yang nampak secara fizikal akan lebih "real" dan bahan maujud juga boleh berbentuk multimedia di mana di mana penggunaan video digunakan untuk menunjukkan contoh-contoh bahan maujud yang sukar di bawa ke dalam kelas.

5) Melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

6) Setiap kumpulan akan berusaha menyelesaikan permasalahan untuk menerapkan pengetahuan dan keterampilan dalam rangka mencapai tujuan pembelajaran.

SIAPAKAH PESERTA KAJIAN? - Pelajar sekolah

Page 2: Kajian tindakan PK

DI MANAKAH SETTING KAJIAN? - Di dalam kelas

AKTIVITI 6

KEKUATAN SUBJEK PENGAJARAN :

Guru membuat demonstrasi apabila mengajar sesuatu topik misalnya tajuk system barter

Guru memberi contoh-contoh yang membolehkan pelajar mudah faham.

Sewaktu guru mengajar topik dokumen perniagaan dalam negeri, guru membawa dokumen sebenar yang terlibat seperti cek, invois dan sebagainya.

Guru membuat pertandingan kuiz secara berkumpulan Terdapat juga guru yang membawa keratan akhbar yang berkaitan

untuk dibincangkan.

AKTIVITI 7

KELEMAHAN SUBJEK PENGAJARAN :

Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan)

Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal

Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran.

Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar

Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat.

Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu.

Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik

AKTIVITI 8

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN SUBJEK PENGAJARAN :

Page 3: Kajian tindakan PK

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Sains dan Perdagangan.

Contohnya, menggunakan bahan maujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek samada melalui bentuk multimedia atau konvensional.

Memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas untuk meningkatkan minat dan mengurangkan perasaan jemu pelajar terhadap subjek yang di ajar.

Melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan mengasah skil komunikasi di kalangan mereka.

Bagi subjek perdagangan, latih pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti jualan terutama ketika sekolah melakukan sambutan seperti Hari Guru, Hari Kemerdekaan, Hari Kantin dan lain-lain lagi.

Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang di ajar.

Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik.

AKTIVITI 9 DAN 12

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

"Menambahbaik kaedah tradisional sekaligus mengingkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains."

OBJEKTIF KAJIAN

Menilai tahap kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains.

Meneroka minat dan kelakuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

Memantau cara penerimaan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan.

PERSOALAN KAJIAN

Adakah pengajaran berasaskan bahan maujud mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains?

Adakah pembelajaran secara kooperatif boleh meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

METHODOLOGY

Page 4: Kajian tindakan PK

Refleksi- kenalpasti pelajar yang tidak berminat dan lemah Perancangan-menggunakan pembelajaran kooperatif berasaskan

bahan maujud Tindakan-melaksanakan kaedah pembelajaran kooperatif

SETTING - Di dalam kelas macro teaching

SAMPLE - 22 orang Pelajar

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA

SWOT analysis Pemerhatian-tayangan video dan gambar Temubual-tidak berstruktur

AKTIVITI 10

Berdasarkan buku yang anda baca, bincangkan tentang "mengenalpasti masalah Kajian Tindakan"

Menjadi kebiasaan apabila ingin memulakan sesuatu kajian tindakan, kita akan berdepan dengan ketidakpastian dan ia bukan perkara luar biasa kerana akhirnya kita akan memulakan sesuatu usaha yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Untuk mencari sesuatu kepastian bagi memulakan kajian tindakan kita adalah dengan memilih topik yang sesuai.

Langkah awal adalah dengan mencari topik dan ukur samada ia sesuai untuk sesuatu pendekatan di dalam kajian tindakan selain memulakan usaha projek kajian tindakan dengan kenal pasti idea yang tepat tentang apa yang kita ingin siasat dan kaji.

Ciri-ciri yang perlu diketahui untuk mengenal pasti kesesuaian topik dan permasalahan kajian tindakan adalah :

1) Pengkaji berniat untuk memperbaiki dan mengubah keadaan. Persoalannya apa yang kita hendak perbaiki? Contohnya, hubungan dengan ibu bapa. Oleh itu, bagaimana kita berhubung dengan mereka setiap hari dan bagaimana kita berfikir tentang mereka?

2) Mengubah tingkah laku sosial. Pengkaji ingin memperbaiki amalan mereka dengan mengubah amalan tersebut dan cari pengetahuan baru tentangnya. Oleh itu, melalui kajian ia akan menambah pemahaman para pengkaji tentang apa dan kenapa kita lakukannya. Tingkah laku sosial bukan sahaja bergantung kepada niat kita tetapi juga bagaimana orang lain berfikir mengenainya.

Page 5: Kajian tindakan PK

3) Menghasilkan pengetahuan baru tentang tingkah laku sosial yang tertentu. Kajian tindakan boleh mengubah pengetahuan kita tentang apa yang dikaji kerana ia akan menimbulkan persoalan tentang apa yang kita tahu dan buat.

4) Sentiasa relevan dengan sesuatu yang spesifik. Topik yang dipilih mestilah relevan dan bukan sahaja memenuhi keperluan dan kehendak kita tetapi juga orang lain yang berada disekeliling kita seperti penyelia projek, rakan-rakan, keluarga dan sebagainya kerana mereka juga mungkin mempunyai cadangan atau idea yang boleh memastikan topik yang dipilih tepat dan dapat mencapai tujuan kita.

AKTIVITI 13

Kaedah yang akan digunakan di dalam mini kajian tindakan kami adalah kaedah pembelajaran secara kooperatif berasaskan bahan maujud. Kaedah kooperatif boleh digunakan dan diadaptasi di dalam setiap permasalahan yang timbul kerana ianya relevan dan sangat penting untuk mewujudkan semangat kerjasama antara para pelajar.

Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Oleh itu ia amat sesuai digunakan di dalam apa jua subjek kerana ianya akan meningkatkan penglibatan semua pelajar dan membantu komunikasi sosial antara pelajar. Jika sebelum ini pelajar agak pasif dan hanya berdiam diri di dalam kelas tetapi melalui kaedah ini akan membantu mengatasi masalah tersebut.

TEORI KONSTRUKTIVISM

Konstruktivisme merupakan pandangan yang melihat pembelajaran sebagai proses regulasi kendiri yang dibina daripada pengetahuan sedia ada pelajar di mana pelajar adalah peserta yang aktif di dalam proses pembelajaran.

Pelajar sebagai individu dan bagaimana mereka membina pengetahuan, kepercayaan dan identiti mereka.

Galakkan aktiviti dan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar. Sediakan peluang pelajar bekerja bersama-sama. Bantu pelajar novis membina kecekapan.

Page 6: Kajian tindakan PK

TEORI MOTIVASI

Teori Motivasi akan digunakan di sini bagi mendorong minat pelajar untuk mendalami subjek Perdagangan dan Sainsyang dirasakan bosan oleh mereka. Oleh yang demikian, Teori Pengajaran Bruner akan digunakan di sini dengan melihat perkembangan kognitif pelajar untuk membina teori pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Bruner, sesuatu pengajaran perlulah mengandungi 4 perkara berikut: a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar. b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari. c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari. d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.

KERANGKA TEORITIKAL

Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.

Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:

-Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji. -Panduan mencari kajian-kajian lepas. -Memilih aspek yang difokus. -Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.

-Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

Kajian lepas

Dalam mini kajian tindakan, kumpulan kami membuat tinjauan terhadap hasil kajian lepas supaya dapat memperolehi maklumat atau penjelasan terperinci terhadap bidang kajian dan asas data kajian.

KERANGKA KONSEPTUAL

Konsep pemikiran

Page 7: Kajian tindakan PK

Teori yang dihasilkan oleh Roger Sperry (1970) dalam konsep pemikiran menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek PERDAGANGAN DAN SAINS.

Konsep kemahiran berfikir

Konsep yang akan diaplikasikan di sini adalah konsep kemahiran berfikir. Konsep kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.

Kemahiran berfikir secara kritis : kebolehan membuat , mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir secara kreatif: kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli.

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan motivasi dan minat pelajar adalah dengan cara:

a) Berpusatkan pelajar : menggalakkan tanggungjawab dan penglibatan murid dalam P & P.

b) Berpusatkan tugas: murid menyempurnakan tugas (mencari bahan maujud yang bersesuaian dengan topik pengajaran guru), aktiviti yang diberikan oleh guru untuk melihat sama ada pelajar menguasai atau tidak isi kandungan pengajaran dan memberi peluang untuk murid berinteraksi dan mengamalkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas (kaedah kooperatif).

KAEDAH PENGAJARAN

Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Page 8: Kajian tindakan PK

POSTED BY FARA SAILA AT 5:22 AM 0 COMMENTS

S A T U R D A Y , N O V E M B E R 7 , 2 0 0 9

TUGASAN 1

AKTIVITI 1

ULASAN BUKU

TAJUK BUKU : DOING ACTION RESEARCH IN EARLY CHILDHOOD STUDIES (A STEP BY STEP GUIDE)

PENGARANG : GLENDA MAC NAUGHTON AND PATRICK HUGHES

TERBITAN : THE MC GRAW HILLS COMPANIES, 2009

KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah proses kitaran BERFIKIR - LAKUKAN - BERFIKIR untuk mengkaji dan mencipta perubahan. Kita berfikir tentang apa yang kita lakukan sekarang kemudian kita lakukan sesuatu untuk mencipta perubahan dan akhir sekali kita akan berfikir kembali tentang perkara yang telah dilakukan dan kesan-kesannya.

Apa yang kita fikirkan akan membentuk perbuatan / amalan kita dan apa yang kita lakukan / amalkan akan membentuk pemikiran kita pada masa

Page 9: Kajian tindakan PK

hadapan. Pengkaji tindakan melihat ini sebagai proses kitaran berfikir – lakukan – berfikir.

Kajian tindakan bermula dengan harapan, impian dan keinginan.

TUJUAN MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

1) Walaupun pelbagai risiko dan ketidaktepatan di dalam kajian tindakan namun individu professional yang terlibat di dalam pembelajaran awal kanak-kanak memilihnya kerana mereka ini memiliki harapan, mempunyai impian dan juga keinginan untuk meningkatkan cara hidup kanak-kanak, ibu bapa dan juga rakan sekerja mereka.2) Untuk menggalakkan, membolehkan dan memberikan inspirasi kepada individu yang terlibat di dalam permulaan di dalam pembelajaran awal kanak-kanak untuk menggunakan kajian tindakan bagi menghasilkan professional dan perubahan sosial di dalam bidang mereka.3) Pengkaji tindakan berharap mereka boleh mencipta perubahan untuk kebaikan, impian untuk hidup yang selesa dan keinginan untuk melakukan perubahan.

MENGAPA KAJIAN TINDAKAN PERLU DILAKUKAN

• Untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang berlaku.• Untuk mendapatkan teknik yang sesuai dalam proses pembelajaran

BILA KAJIAN TINDAKAN INI DILAKUKAN?

• Apabila berlaku sesuatu permasalahan.• Apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.

BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN?

• Melalui buku ini, pengkaji melakukan kajian melalui kitaran kajian tindakan yang terdiri daripada 4 fasa.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN

FASA 1 : PILIH UNTUK PERUBAHANFASA 2 : MERANCANG UNTUK PERUBAHANFASA 3 : MENCIPTA PERUBAHANFASA 4 : BERKONGSI PENGETAHUAN/HASIL KAJIAN

FASA 1 - PILIH UNTUK PERUBAHAN

Page 10: Kajian tindakan PK

1) PEMILIHAN TOPIK

Menentukan topik untuk kajian tindakan yang hendak kita jalankan. Contoh topik adalah penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran,

suara/ pendapat pelajar dalam kurikulum, anti-bias kurikulum. 4 ciri yang perlu dititikberatkan dalam penentuan pemilihan topik

adalah seperti berikut:

a) Pengkaji berniat untuk meningkatkan atau merubah sesuatu keadaanb) Meningkatkan amalan sosial – dengan menemui kaedah atau teknik terbaru.c) Cipta sesuatu ilmu pengetahuan yang baru tentang sesuatu amalan sosiald) Mengekalkan kerelevanan sesuatu perkara.

2) BERTANYA SOALAN

Daripada topik yang telah dipilih, pengkaji memikirkan tentang persoalan kajian.

Contoh soalan bermula dengan "bagaimana" dan "adakah"

Contoh topik adalah untuk memperbaiki hubungan dengan ibu bapa. Oleh itu persoalan yang timbul adalah bagaimana cara kita menghubungi mereka setiap hari dan apakah perasaan kita terhadap mereka.

FASA 2 - MERANCANG UNTUK PERUBAHAN

3) MEMENUHI KELUARGA KAJIAN TINDAKAN

Keluarga kajian tindakan menggambarkan hubungan antara perbezaan pendekatan kepada kajian tindakan. Setiap pengkaji mempunyai pandangan yang berbeza-beza dan yang manakah mampu memberikan kita panduan yang betul di dalam kajian.

Setiap pendekatan dilakukan pada masa dan tempat yang berbeza 2 cawangan

a) kajian tindakan untuk perubahan professional -dijalankan secara individu @ berkumpulanb) kajian tindakan untuk perubahan sosial - dimulakan dengan individu dan berakhir di dalam kumpulan

4) DALAMI TOPIK MELALUI KAJIAN YANG LEPAS

Page 11: Kajian tindakan PK

Belajar dengan lebih mendalam tentang topik kajian dengan merujuk kepada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini samada ia berbentuk akademik ataupun tidak.

Menjana idea dan boleh memperbaiki kekurangan. Beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam memilih kajian lepas

adalah seperti berikut:

a) hadkan jumlah tahun kajian – contohnya; ambil kajian yang terbarub) hadkan jenis kajian – contoh; ambil artikel kajian tindakan secara online.c) hadkan jenis pembelajaran – contoh; cari kajian tindakan berkaitan pelajar, guru dlld) hadkan perspektif teoritikal – cuma cari kajian yang berasaskan teori sosial, teori perspektif jantina

5) TANGGUNGJAWAB ETIKA

4 prinsip etika yang boleh membantu melaksanakan kajian :

cari dan ikut etika yang sesuai untuk mengkaji di dalam "kawasan" kita

kurangkan keburukan dan tingkatkan kebaikan dalami tentang maklumat penting dan masukkan di dalam kajian

tersebut kekalkan keadaan asal dan elakkan maklumat yang tanpa kebenaran

6) REFLEKSI DAN KRITIKAL REFLEKSI

Pengkaji akan melakukan refleksi apabila beliau merasa pelik atau ada perasaan ingin tahu terhadap sesuatu.

Berfikir tentang apa yang dilakukan pada masa yang lalu dan dan apa yang dilakukan hari ini untuk tujuan memperbaikinya.

7) PEMETAAN PRAKTIKAL

Contoh kajian adalah untuk mengkaji hubungan murid lelaki di dalam pembelajaran pra-sekolah. Oleh itu pemetaan praktikal adalah dengan memikirkan sumber praktikal yang perlu diubah iaitu bagaimana mereka bekerjasama dengan murid lelaki di dalam program pra-sekolah.

8) MERANCANG KAJIAN SUPAYA TELITI DAN SAH

Kajian yang teliti dan sah boleh mengukur dan mengadili kualiti dan ketulenan sesuatu kajian tersebut dan hasil pencarian kajian tersebut

Page 12: Kajian tindakan PK

FASA 3 -MENCIPTA PERUBAHAN

9) BENTUK KUMPULAN KAJIAN TINDAKAN

Kolaborasi di dalam kumpulan kajian tindakan sangat membantu sesuatu kajian.

Kolaborasi akan mmemberikan dorongan, galakan dan inspirasi di dalam pemikiran dan kelakuan. Para pengkaji mampu menghasilkan skil, semangat, keinginan dan juga komitmen.

10) MENDAPATKAN DATA ASAS

Data-data yang penting perlu diperolehi untuk dijadikan bukti dan akan menghasilkan kesimpulan di akhir kajian.

Data boleh berbentuk kualitatif ataupun kuantitatif. Sumber data di peroleh melalui pemerhatian, interview, peroleh data

dari contoh kerja, portfolio dan gabung semua atau sebahagian daripadanya.

Orang yang kumpul data - guru, kanak-kanak, ibu bapa, rakan sebaya dan lain-lain.

Tempat - kelas, rumah, kawasan komuniti

Cara mendokumentasikan data :

Nota bertulis, kamera termasuk kamera handphone, rekod audio, rekod video, persembahan peserta, contoh kerja, jurnal peserta.

11) CIPTA PERUBAHAN DAN KUMPUL DATA TENTANG KESANNYA

setiap perubahan yang dilakukan biasanya akan memberikan kesan samada positif ataupun negatif.

kumpul maklumat mengenai kesan-kesannya dan lakukan analisis terhadap kesan tersebut

12) ANALISIS DATA

4 bentuk menganalisis data :

menyusun data untuk analisis-luangkan masa untuk menyusun data supaya kita boleh review dengan lebih mudah. Setiap pengkaji menyusun data dengan berlainan seperti membuat label, cek dengan peserta. Jadikan data dalam bentuk yang mudah difahami.

Page 13: Kajian tindakan PK

membuat kod data-contohnya ialah buat numbering, warna dan simbol dan semuanya mestilah konsisten. Contohnya dengan membuat label bagi jantina, lokasi dan umur.

tapis data-untuk mengenalpasti bentuk penyusunan. Untuk melihat pelbagai kemungkinan yang timbul. Koponen yang boleh dilihat adalah idea, isu, soalan, dilema, topik, keputusan, nilai.

analisis data dan pamer keputusan-

13) MENDALAMI SECARA KESELURUHAN DATA TERSEBUT

4 teknik :

lakukan refleksi kritikal refleksi merujuk kepada kajian yang lepas fokus kepada maklumat utama sahaja

14) PILIH TOPIK/ ISU BARU UNTUK DIUBAH @ PERBAIKI YANG BOLEH MEMBANTU UNTUK KAJIAN YANG SETERUSNYA

FASA 4 - BERKONGSI HASIL KAJIAN

15) MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA ANALISIS DATA

Kita akan membuat kesimpulan daripada data dan analisis yang dilakukan dan memerlukan kita membuat keputusan apa yang berubah dan apa yang tidak berubah dari mula projek dijalankan dan terangkan kenapa dan akhir sekali adalah apa yang dipelajari daripada kesan yang wujud,

16) BERKONGSI PENGETAHUAN MENGENAI PROJEK ANDA

• Laporan projek secara formal• Artikel akademik• Bab dalam buku• Artikel dalam majalah• Paparan dalam website (blog)• Pembentangan formal seperti di persidangan• Pembentangan tidak formal – kepada rakan-rakan dan keluarga

CONTOH

FASA 1 : MEMILIH UNTUK BERUBAH

OLEH : SHERALYN CAMPBELL, PELAJAR KEDOKTORAN

Page 14: Kajian tindakan PK

PERSOALANBagaimana jujur dan ikhlasnya bekerja untuk kanak-kanak di dalam teori dan praktikal yang dilakukan?

SAMPLE DAN SETTING KAJIANKanak-kanak dan dirinya sendiri

METODOLOGIDalam kajian Sheralyn, beliau telah menggunakan konsep Bungee Jumping untuk menunjukkan pengalaman pertamanya dengan kajian tindakan sebagai pelajar kedoktoran. Konsep ini ibarat mendaki tangga Bungee dan melihat keseluruhan dari atas sebelum terjun dan memasuki bidang yang diceburi.

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATASelepas 20 tahun bekerja di dalam bidang awal kanak-kanak, Sheralyn berasa selamat dan pasti dengan pengetahuan yang dia perolehi dan bagaimana dia mempraktiskan apa yang diketahuinya itu.

HASILHasilnya berbeza daripada apa yang Sheralyn fikirkan. Jika pekerjaan dilakukan untuk kesamarataan dan keihklasan, dia perlu berfikir semula apa yang dia tahu.Untuk melompat dengan baik, selamat dan landasan yang betul, dia perlu cuba melakukan dengan berbeza. Ini kerana konsep bungee jumping menggambarkan pengalaman, kerana ia bukan sekadar berterbangan dan jatuh ke bawah semata-mata.“Lompatan Sheralyn terganggu dengan perkara yang tidak dijangka, kekecewaan. Tetapi ada juga yang membuatkannya ingin “melompat” kembali kerana cabarannya dan kesanggupan dirinya.

POSTED BY FARA SAILA AT 11:10 AM 0 COMMENTS

TUGASAN 2

AKTIVITI 2 DAN 11

ULASAN JURNAL

JURNAL 1:

BUILDING INFORMATION LITERACY : AN ACTION RESEARCH APPROACHBy : Helen Schutz, Alison Pick and Gina Knox (3 experienced teachers from Sydney Schools)

Page 15: Kajian tindakan PK

PERSOALAN KAJIAN :

1. Adakah kajian tindakan merupakan sesuatu yang bernilai yang boleh digunakan oleh guru perpustakaan untuk meningkatkan hasil daripada pembelajaran di dalam kebolehan membaca dan menulis informasi yang diberikan guru?2. Adakah dengan penglibatan daripada guru perpustakaan boleh melakukan sesuatu perubahan kepada kebolehan pelajar menguasai kemahiran informasi?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

Pelajar daripada dua kelas tahun 8 di dalam Kelas Sejarah.

METODOLOGI:

Pelajar telah diberikan tugas berdasarkan kepada topik sejarah iaitu “The Black Death” dengan mengenal pasti kata kunci dan membina soalan yang perlu diberi perhatian serta perlu penghasilan peta minda digital dan mengkategorikan soalan susah dan senang. Tugasan dilakukan secara online sepenuhnya dan menggunakan website yang menghubungkan semua pelajar yang direka khas oleh guru perpustakaan.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Di dalam jurnal ini menunjukkan pengumpulan data terbahagi kepada data kualitatif dan kuantitatif.

1. Pelajar dinilai dengan melihat kepada bagaimana pelajar mengenal pasti kata kunci dan membina soalan yang perlu diberi perhatian.2. Pelajar juga dinilai dengan melihat kepada penghasilan peta minda digital dan mengkategorikan soalan susah dan senang.3. Guru kelas melakukan pemerhatian terhadap pelajarnya.4. Guru perpustakaan melakukan temuduga kepada pelajar.

ETIKA KAJIAN:

Di dalam tugasan yang diberikan, pelajar dibekalkan dengan papan hitam elektronik, software peta minda, dan Microsoft Publisher.

HASIL :

1. Guru kelas memberikan komen yang positif terhadap tugasan yang telah diberikan terutama guru yang mengajar kelas sederhana dan terkejut kerana tidak pernah melihat pelajarnya begitu komited terhadap sesuatu

Page 16: Kajian tindakan PK

tugasan.2. Pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya.3. Guru daripada kedua-dua kelas tersebut percaya mereka telah memandang rendah terhadap kebolehan pelajarnya untuk melakukan tugasan tersebut kerana pelajar berjaya melakukannya.4. Pelajar merasakan mereka akan lebih apa yang ingin dibuat selepas ini jika diberikan tugasan oleh guru.

JURNAL 2:

WHO IS CONDUCTING TEACHER RESEARCH?By : Debbie L. Hahs-Vaughn (University of Central Florida) & Karen L. Yanowitz (Arkansas State University)

PERSOALAN KAJIAN :

1. Sejauh manakah karakter guru dan sumbangannya, penglibatan guru, penglibatan sekolah di dalam perkembangan professional dan karakter sekolah yang melihat penglibatan guru dalam kajian?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

49184 orang guru (78.9% guru wanita dan 21.1% guru lelaki)

METODOLOGI:

Kajian ini menggunakan Logistics Regression Models untuk menilai hubungan antara karakter guru, sekolah dan penglibatan menyokong perkembangan professional yang boleh mempengaruhi penglibatan guru di dalam kajian.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Di dalam jurnal ini, pengkaji memperolehi data dalam bentuk data kuantitatif iaitu :

1. Data diperolehi melalui jadual statistik diskriptif.2. Data yang diperolehi adalah merujuk kepada maklumat daripada SPSS.

ETIKA KAJIAN:

1. Model 1 – hubungan antara karakter guru dan kemungkinan penglibatan guru secara individu atau kolaboratif bertentangan untuk tidak terlibat di dalam kajian.2. Model 2 – karakter sekolah sebagai tambahan kepada karakter guru yang menyumbang kepada sekolah.

Page 17: Kajian tindakan PK

3. Model 3 – melihat penglibatan di dalam perkembangan professional dan bagaimana faktor ini mempengaruhi kemungkinan penglibatan guru di dalam kajian.4. Model 4 – menilai pengaruh sokongan kepada perkembangan professional serentak dengan karakter guru dan sekolah penglibatan di dalam perkembangan professional.

HASIL :

Guru yang berpengalaman mengajar di sekolah swasta adalah 1.2 kali lebih penglibatan di dalam kajian daripada guru yang tiada pengalaman.Guru yang mengajar di sekolah yang mempunyai pelajar yang kurang daripada 300 mempunyai 90% peluang untuk kajian.Guru yang terlibat di dalam perkembangan professional berkaitan penilaian pelajar mempunyai 1.530 kali dalam kajian guru manakala guru yang terlibat di dalam perkembangan professional berkaitan kaedah mengajar mempunyai 1.470 kali di dalam kajian guru.

JURNAL 3:

AN ACTION RESEARCH EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN SIXTH GRADE SOCIAL STUDIES CLASSROOMBy : Courtney Kosky, West Virginia University.

PERSOALAN KAJIAN :

1. Adakah dengan menyatupadukan kesenian dengan pelajaran sosial di sekolah boleh meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar?2. Adakah dengan meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar turut dapat meningkatkan pencapaian akademik?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

Pelajar tahun 6 di Sekolah Profesional bekerjasama dengan tenaga pengajar Benedum.

METODOLOGI:

Pelajar telah diberikan 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek berdasarkan pilihan pelajar sendiri dengan menggunakan elemen-elemen seni seperti membuat ilustrasi, membuat cerita dongeng/teladan, lakonan, melukis komik, meyediakan kostum, mencipta lagu dan sajak, membuat persembahan video/power point dan sebagainya.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Page 18: Kajian tindakan PK

Di dalam jurnal ini, pengkaji mengumpul data melalui :

1. Jurnal guru – guru merekod mengenai bagaimana setiap aktiviti berjalan pada setiap hari termasuk mengenai penglibatan pelajar di setiap pelajaran dan aktiviti.2. Pelajar menilai dengan menggunakan skala 1-10 dan memberi maklumbalas.3. Memberi penilaian dan rubrik melalui kuiz, ujian dan lembaran kerja dan lain-lain.4. Tinjauan dngan guru memberi reflek terhadap pengajaran setiap hari.

ETIKA KAJIAN:

Di dalam jurnal guru, penglibatan pelajar direkod dengan memberi kadar atau nombor iaitu 1 untuk Low (pelajar tidak termotivasi dan berminat di dalam kelas seperti tidak aktif atau tidak menjadi sukarela), 2 untuk Average (pelajar berbincang dan menjawab soalan tetapi tidak sepenuhnya terlibat dan tidak sepenuhnya berminat dengan aktiviti dan 3 untuk High (Penglibatan sepenuhnya dan aktif).

HASIL :

1. Pelajar lebih berminat kerana guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan maklumat apa yang mereka belajar.2. Pencapaian akademik pelajar turut meningkat dengan peningkatan penglibatan pelajar.

BANDINGKAN MASALAH YANG DIBINCANGKAN DI DALAM KETIGA-TIGA JURNAL

Semua pengkaji mengkaji masalah yang berbeza dan setiap pengkaji mempunyai matlamat tersendiri kenapa mereka melakukan kajian mereka itu terhadap sample yang dipilih. Jurnal pertama dan ketiga menjadikan pelajar sebagai sample manakal jurnal kedua menjadikan guru sebagai sample.

Jurnal pertama mengkaji adakah dengan bantuan guru perpustakaan yang memberikan tugasan yang berasaskan teknologi kepada pelajar mampu meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap pembelajaran. Jurnal kedua pula menekankan guru ketegori mana yang banyak terlibat dengan kajian. Jurnal ketiga menjurus kepada penggunaan unsur-unsur kesenian di dalam subjek sosial.

BANDINGKAN BAGAIMANA PARA PENGKAJI MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Page 19: Kajian tindakan PK

Kesemua jurnal menjalankan beberapa proses yang terlibat dan menyerupai proses perlaksanaan kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi di dalam proses kajian mereka itu.

APA YANG DIPELAJARI DARIPADA KETIGA-TIGA JURNAL

Kajian tindakan di dalam pendidikan umumnya melibatkan proses mengenalpasti masalah yang berlaku tidak kira di mana sahaja contohnya seperti di dalam bilik darjah sama ada melibatkan diri para pelajar, suasana bilik darjah, mahupun pada diri guru sendiri. Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, maka penambahbaikan perlu dilakukan dengan cara merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, dan dikukuhkan dengan pembinaan matlamat dan objektif yang jelas sebagai garis panduan kepada kajian yang ingin dilakukan. Pelan tindakan yang dibentuk hendaklah merangkumi aspek seperti langkah-langkah yang ingin diambil, perancangan untuk mengumpul data mengenai permasalahan tersebut, cara untuk memantau semula perancangan yang telah dibuat dan bagaimana untuk menilai semula sama ada apa yang dirancang tercapai ataupun tidak.

Proses kajian tindakan yang dilakukan tidak hanya melibatkan proses mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian semata-mata. Ia juga turut melibatkan proses mengumpul data-data, memantau perjalanan kajian sama ada berjalan seperti yang dirancang ataupun tidak, dan juga menilai semula sama ada matlamat dan objektif kajian tercapai ataupun tidak. Sesuatu kajian tindakan juga melibatkan proses pengulangan pemantauan dan penilaian sepanjang kajian dilakukan bagi memastikan sebarang kekurangan di dalam kajian dapat diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa. ini bertujuan untuk penambahbaikan sebarang fakta yang terdapat di dalam kajian, atau mungkin bagi memastikan tiada sebarang kesalahan yang berlaku.

POSTED BY FARA SAILA AT 11:07 AM 0 COMMENTS

T H U R S D A Y , O C T O B E R 2 9 , 2 0 0 9

TUGASAN 3

AKTIVITI 3

ULASAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM 2009

Ulasan Pembentangan 1

Meningkatkan tahap penguasan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1

Page 20: Kajian tindakan PK

bagi mata pelajaran pendidikan Islam

Oleh : Nurul Syuhada Mohd Muzni (P48631), Norbasirah Saodi (P48616),Ahmad Fadli Mokhtar (P48673)

Pernyataan Masalah

1) Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf Jawi?2) Sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf Jawi?

Methodologi, setting kajian dan sampel kajian

Methodologi

1)Refleksi- kenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi2)Perancangan-Menggunakan teknik mentor mentee3)Tindakan- Membimbing dan memantau pelajar yang lemah4)Pemerhatian- Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi

Setting kajian - Kajian dilakukan di SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka

Sample kajian - Kajian dilakukan kepada 6 orang pelajar yang lemah dari tingkatan 4ea/pd1

Pengumpulan dan penganalisian data

1)Ujian Saringan- memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi2)Pemerhatian- -dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan3)Temubual- Sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan dan dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan.

Implikasi kajian

1)Dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar)2)Pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi kerana hubungan pelajar dan guru rapat3)Pelajar lebih seronok dan tidak malu untuk bertanya kerana belajar bersendirian dengan guru4)Membuatkan pelajar yang lemah dan tidak tahu mengenai tulisan jawi semakin mengenali tulisan jawi tersebut.

Ulasan kepada pembentangan

Page 21: Kajian tindakan PK

Seperti yang kita maklum, dewasa ini ramai pelajar yang tidak tahu menulis mahupun membaca jawi. Mungkin ini kerana kurangnya pendedahan yang diperolehi terutamanya apabila mereka berada di rumah. Namun, ekoran malu bertanya kepada rakan atau guru menyebabkan mereka tidak dapat dilatih dari awal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi ini. Mereka gusar jika memberikan jawapan yang salah atau khuatir pertanyaan mereka adalah tidak bernas.

Gurulah yang harus bijak untuk mengikis tanggapan dan sikap malu bertanya pelajar ini dengan menggunakan teknik mentor mentee yang mampu meningkatkan penguasaan para pelajar. Ini kerana ia hanya melibatkan interaksi antara pelajar dan guru tersebut sahaja dan sudah tentu mampu mengelakkan pelajar menjadi malu dan pelajar bebas untuk mneyuarakan masalah mereka. Teknik ini amat sesuai digunakan kerana dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar). Apabila hubungan di antara pelajar dengan guru semakin rapat maka pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi.

Ulasan Pembentangan 2

“Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi Terhadap Permainan, Motivasi dan Keberkesanan Ulangkaji Melalui Pembelajaran kolaboratif (Permainan Dam Ular)”

Oleh : Jovinia Jowinis ,Zaleha Mohd Jaafar

Pernyataan Masalah

Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap;

i) Permainan dam ular di dalam aktiviti ulangkaji subjek Sejarah dan Pendidikan Islam?

ii) Motivasi pelajar apabila menjalankan aktiviti ulangkaji menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular?

iii) Keberkesanan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular dalam aktiviti ulangkaji pelajar?

Methodologi, setting kajian dan sampel kajian

Methodologi

1) Model kajian tindakan Kemmis & McTaggert (1988)

Page 22: Kajian tindakan PK

2) Kajian kolaboratif

Setting kajian - Kajian dilakukan di SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi

Sample kajian - Kajian dilakukan kepada 83 orang pelajar dari tingkatan 4

Pengumpulan dan penganalisisan data

1) Borang soal selidik2) Pemerhatian melalui video dan gambar3) Soal selidik soalan terbuka (Open ended questionaire).

Implikasi kajian

1) Dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek yang diajar.2) Pelajar lebih seronok kerana melalui permainan, ianya tidak membosankan dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.3) Pelajar dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain dengan membincangkan jawapan kepada soalan yang diberi.4) Pelajar akan lebih aktif untuk mengulangkaji pelajaran mereka melalui permainan dam ular ini.

Ulasan kepada pembentangan

Rata-rata pelajar tidak berminat untuk mengulangkaji pelajaran jika guru tidak pandai menggunakan pendekatan yang betul ataupun menggunakan teknik dan kaedah mengajar yang betul. Mereka cepat berasa bosan dan bersifat malas. Berdasarkan hasil penelitian, analisis dan perbincangan dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular adalah positif dan kaedah ini dapat meningkatkan keaktifan pelajar dalam melakukan aktiviti ulangkaji. Ini kerana mereka tidak berasa bosan malah dapat bermain sambil menjawab soalan dan dapat berbincang dengan rakan-rakan yang lain. Ini juga mampu meningkatkan sifat bekerjasama dan kefahaman para pelajar itu sendiri.

POSTED BY FARA SAILA AT 10:40 AM 0 COMMENTS

S U N D A Y , O C T O B E R 2 5 , 2 0 0 9

TUGASAN KELAS

MENGAPA KAJIAN ADALAH PENTING BAGI GURU?

1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan

Page 23: Kajian tindakan PK

pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaik amalan sendiri.

4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.

5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dan merapatkan perhubungan antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.

7. Mampu meningkatkan mutu pendidikan negara seiring dengan JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial ).

8. Dapat mengenal pasti masalah samada berpunca dari segi pengajaran dan pembelajaran serta masalah yang melibatkan pelajar sekaligus mampu menjana idea untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

9. Dapat mempelajari teknik dan kemahiran cara pengumpulan data serta menjana idea baru yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.

10. Menjadi sumber rujukan kepada guru-guru yang lain dan dapat berkongsi ilmu dengan mereka.

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN

Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini.

Kajian tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu menganalisis sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.

Bersifat kolaboratif iaitu sepasukan pengkaji dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.

Kajian ini berunsurkan penglibatan iaitu ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan

Page 24: Kajian tindakan PK

keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri,

Meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan bagi memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,

Menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan kajian tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai pengkaji dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan kajian tindakan dengan menggunakan CRASP

Critical collaboration enquiry by Reflective practitioners who are Accountable in making the results of their enquiry public Self evaluative in the practice and engaged in Participative problem solving and continuing professional

development

AKTIVITI 5

MENGAPA GURU PELATIH/NOVIS/BERPENGALAMAN PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran

Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan

Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan

Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai

hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)

Page 25: Kajian tindakan PK

Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri

Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja

Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.

Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan; Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;

Dapat menyediakan guru, sebagai pengkaji yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

Membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan

Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

1) Model Lewin's2) Model McKernan's3) Model Kemmis's4) Model Ebbutt's5) Model Elliot's

MENGAPA KAJIAN ADALAH PENTING BAGI GURU?

1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaik amalan sendiri.

4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.

5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

Page 26: Kajian tindakan PK

6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dan merapatkan perhubungan antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.

7. Mampu meningkatkan mutu pendidikan negara seiring dengan JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial ).

8. Dapat mengenal pasti masalah samada berpunca dari segi pengajaran dan pembelajaran serta masalah yang melibatkan pelajar sekaligus mampu menjana idea untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

9. Dapat mempelajari teknik dan kemahiran cara pengumpulan data serta menjana idea baru yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.

10. Menjadi sumber rujukan kepada guru-guru yang lain dan dapat berkongsi ilmu dengan mereka.

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN

Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini.

Kajian tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu menganalisis sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.

Bersifat kolaboratif iaitu sepasukan pengkaji dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.

Kajian ini berunsurkan penglibatan iaitu ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri,

Meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan bagi memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,

Page 27: Kajian tindakan PK

Menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan kajian tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai pengkaji dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan kajian tindakan dengan menggunakan CRASP

Critical collaboration enquiry by Reflective practitioners who are Accountable in making the results of their enquiry public Self evaluative in the practice and engaged in Participative problem solving and continuing professional

development

AKTIVITI 5

MENGAPA GURU PELATIH/NOVIS/BERPENGALAMAN PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran

Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan

Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan

Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai

hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)

Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri

Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja

Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.

Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

Page 28: Kajian tindakan PK

Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;

Dapat menyediakan guru, sebagai pengkaji yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

Membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan

Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

1) Model Lewin's2) Model McKernan's3) Model Kemmis's4) Model Ebbutt's5) Model Elliot's

PERJALANAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan di dalam pendidikan umumnya melibatkan proses mengenalpasti

masalah yang berlaku di dalam bilik darjah sama ada pada diri para pelajar,

suasana bilik darjah, mahupun pada diri guru sendiri. Setelah sesuatu masalah

dikenalpasti, maka penambahbaikan perlu dilakukan dengan cara merancang pelan

tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, dan dikukuhkan dengan pembinaan

matlamat dan objektif yang jelas sebagai garis panduan kepada kajian yang ingin

dilakukan.

Page 29: Kajian tindakan PK

Pelan tindakan yang dibentuk hendaklah merangkumi aspek :

1. Langkah-langkah yang ingin diambil.

2. Perancangan untuk mengumpul data mengenai permasalahan tersebut.

3. Cara untuk memantau semula perancangan yang telah dibuat.

4. Bagaimana untuk menilai semula sama ada apa yang dirancang tercapai

ataupun tidak.

Ini menunjukkan bahawa, proses kajian tindakan yang dilakukan tidak hanya

melibatkan proses mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian semata-

mata. Ia juga turut melibatkan proses mengumpul data-data, memautau perjalanan

kajian sama ada berjalan seperti yang dirancang ataupun tidak, dan juga menilai

semula sama ada matlamat dan objektif kajian tercapai ataupun tidak.

Sesuatu kajian tindakan juga melibatkan proses pengulangan pemantauan dan

penilaian sepanjang kajian dilakukan bagi memastikan sebarang kekurangan di

dalam kajian dapat diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa. ini bertujuan

untuk penambahbaikan sebarang fakta yang terdapat di dalam kajian, atau

mungkin bagi memastikan tiada sebarang kesalahan yang berlaku.

Page 30: Kajian tindakan PK

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

S E M O G A M E N D A P A T M A N F A A T D A R I P A D A B L O G I N I

F R I D A Y , D E C E M B E R 1 1 , 2 0 0 9

Aktiviti 13 : Tugasan 4 Mini KT

 Berdasarkan kursus psikologi pendidikan / kaedah mengajar / pentaksiran pembelajaran

a) Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna @ diadaptasi bagi setiap masalah

b) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian

# mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan /objektif/soalan kajian

Page 31: Kajian tindakan PK

Jawapan (a)

1) Teori yang digunakan

Teori Resapan Inovasi adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett M.Rogers. "Resapan" merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial (Rogers, 1983). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan mendalam bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-bagai khalayak contohnya dalam hal ini pelajar merupakan khalayak utama. Teori Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap penggunaan animasi sebagai bahan multimedia yang mampu memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar.

2) Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi Pemusatan Murid

Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau secara individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Contohnya berdasarkan tajuk kajian kami, kaedah yang akan diterapkan adalah soal jawab, sumbangsaran dan perbincangan.

3) Kaedah yang digunakan

(i) Kaedah soal jawab

Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya mewujudkan interaksi di antara guru dengan murid secara berkesan. Ia dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar hendaklah memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Terdapat beberapa tujuan utama kaedah ini dilaksanakan, antaranya adalah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Selain itu, dapat mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar di samping dapat melatih pelajar berani untuk memberi pendapat dan berkomunikasi. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping

Page 32: Kajian tindakan PK

dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

(ii) Kaedah sumbangsaran

Sumbangsaran merupakan satu kaedah yang dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) iaitu merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli menyumbangkan pendapat dan idea. Melalui kaedah ini, pelajar akan melibatkan diri secara aktif untuk memberikan idea dan pandangan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui penggunaan kaedah ini juga, secara tidak langsung banyak idea baru dapat dicungkil sebanyak mungkin dalam sesuatu isu.

Pelaksanaan :a) Guru akan menerangkan tujuan dan mengemukakan persoalan yang menjadi fokus sesi pembelajaran.b) Idea akan dinyatakan secara spontan dan dapat dikumpul sebanyak yang mungkin.c) Idea tersebut turut boleh dikembangkan oleh pelajar lain.

(iii) Kaedah Perbincangan

Kaedah perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk. Tujuan kaedah ini adalah untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan berpendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:83). Kaedah ini merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan di kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Aktiviti perbincangan ini dilakukan antara pelajar secara bekerjasama mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi.

Pelaksanaan :

a) Guru menarik perhatian pelajar kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

b) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seseorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek-aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

c) Guru kemudiannya menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.d) Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis atau kad manila mana-mana yang penting.

Page 34: Kajian tindakan PK

Matlamat KajianMengenal pasti penggunaan animasi mampu memberikan kefahaman yang tinggi dalam menguasai pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan KajianMemberi rangsangan kepada pelajar agar lebih tertumpu dan menarik minat dalam pembelajaran.

Objektif Kajian1. Membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam P & P.2. Mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran

POSTED BY IBNUSINA84 AT 12:26 AM 0 COMMENTS

Aktiviti 11 : Tugasan 2 : Jurnal

Soalan

Berdasarkan 3 jurnal, lihat :

a) Apa pernyataan masalah dalam kajian?b) Bagaimana mereka melapor pernyataan masalah.

 PERBANDINGAN JURNALJurnal 1Understanding our learners and developing reflective practice: Conducting action research with English language learners

Jurnal 2An action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom

Jurnal 3Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study

RINGKASANJurnal 1

Kajian ini membincangkan cara di mana projek kajian tindakan boleh digunakan di dalam English Language learners (ELLs) sebagaimana menolong para guru untuk mewujudkan amalan latihan. Berdasarkan tinjauan, projek kajian tindakan yang dijalankan dengan English Language learners (ELLs) dan refleksi sebagai data, kajian meneroka pertanyaan guru mengenai kesan dan kerja di dalam kaedah

Page 35: Kajian tindakan PK

pengajaran dan kebergantungan terhadap ELLs. Para pelajar menyatakan bahawa mereka membesar seperti seorang guru, berfikir dan lebih yakin mengenai mengajar di dalam keadaan biasa dan mengajar ELLs.

Jurnal 2Kajian ini adalah kajian tindakan yang telah dijalankan untuk untuk mengetahui cara untuk menggabungkan seni di dalam pendidikan sosial kanak-kanak dapat meningkatkan penyertaan, motivasi dan kesan pencapaian pelajar melalui peningkatan motivasi dan juga penyertaan. Rancangan pengajaran yang asas memerlukan kebijaksanaan di dalam menggabungkan aktiviti kesenian yang memberikan pelajar pilihan di dalam jenis aktiviti untuk diselesaikan yang mana ianya mempunyai impak di dalam motivasi dan persepsi. Kebanyakan markah aktiviti kesenian meningkat yang berlaku kerana gabungan aktiviti seni dan pilihan pelajar.

Jurnal 3Kajian ini adalah mengenai bagaimana penilaian terhadap sekumpulan pelajar di mana bahasa ibunda mereka dan budaya adalah berbeza dengan bahasa dan budaya pengkaji. Bagaimana kefahaman yang sama dapat diwujudkan antara pengkaji dan pelajar (responden) di mana mereka mempunyai cara berkomunikasi yang berbeza.

APA MASALAH YANG DIJADIKAN KAJIANJurnal 1

Kajian ini ialah mengkaji cara-cara di mana melakukan kajian tindakan yang melibatkan pengajar bahasa Inggeris di mana mereka membantu graduan ke arah pengajaran yang melibatkan pelbagai jenis pelajar dan kesan di dalam pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah salah satu daripada bahagian di dalam kajian guru yang dapat memberikan galakan kepada mereka untuk mempraktikkannya di dalam kelas.

Jurnal 2

Kebiasaannya, pelajar selalu diberikan penekanan terhadap matapelajaran yang teras seperti matematik. Ianya banyak juga memberikan kesan terhadap pendidikan sosial yang mengajarkan tentang aspek berkomunikasi dan pergaulan seringkali diabaikan oleh guru kerana ingin berusaha untuk mencapai sasaran pencapaian pelajar yang baik terhadap matapelajaran teras.

Jurnal 3

Page 36: Kajian tindakan PK

Masalah yang terbesar adalah perbezaan komunikasi dan budaya antara pengkaji dan pelajar (responden) di dalam menentukan tahap keberkesan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut di mana masalah bahasa dan cara pertuturan yang tidak sama.

POSTED BY IBNUSINA84 AT 12:25 AM 0 COMMENTS

Aktiviti 10 : Tugasan 1 : Buku

Soalan:Berdasarkan buku yang anda baca, bincang tentang "Mengenal pasti masalah kajian tindakan"

Berdasarkan, buku Action Research yang ditulis oleh Ernie T.Stringer ini menunjukkan bahawa sesuatu kajian yang dilakukan secara sistematik dan teratur adalah untuk memberi jawapan atau menyelesaikan sesuatu permasalahan / fenomena yang timbul di mana masalah itu wujud.

Bagi mengenal pasti suatu permasalahan dalam kajian, suatu penyelidikan itu boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti berikut :

Mengandungi isu atau masalah yang boleh terjawab melalui penyelidikan Proses mendapatkan maklumat Penjelasan yang membolehkan individu untuk memahami masalah

Kajian juga boleh membincangkan tindakan yang mencuba untuk menyelesaikan masalah yang telah dikaji. Kajian dapat digambarkan sebagai sesuatu yang tidak lebih daripada perkembangan aktiviti di mana kita terlibat di dalam kehidupan seharian. Walaupun masalah yang biasa, contoh : Di manakah stokin biru saya?

Page 37: Kajian tindakan PK

 Kita bertanyakan soalan yang memerlukan penjelasan yang menyediakan asas kepada jawapan (saya telah memakai stokin biru semalam) , (saya) mungkin meletakkan stokin tu dalam mesin basuh).

 Kejayaan kajian saintifik adalah berdasarkan desakan di atas ketepatan dan ketelitian formulasi huraian, pemerhatian, dan penjelasan. Ketelitian terhadap apa yang diperhatikan dan yang dihuraikan akan memberikan penjelasan tentang keberkesanan yang membolehkan kita untuk membuat anggapan dan mengawal masalah di dunia ini.

Prosedur Kajian

Setiap kajian perlu ada prosedur-prosedur tertentu agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedur yang ditekankan adalah seperti berikut:

a) Mengenal pasti dan fokus kepada isub) Mendefinisikan masalahc) Kaedah yang digunakan , contohnya tinjauand) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenal pastie) Mengumpul dataf) Menganalisis data 

Untuk kelas 18 hb Disember 2009

Pengenalan: Matlamat kajian tindakan dapat dicapai melalui proses pengumpulan data. Dalam membuat kajian tindakan bukanlah bermakna menulis apa yang kita rasa betul tetapi perlu melalui kajian dan proses pengumpulan data. Hasil kajian tindakan tersebut adalah kesimpulan daripada fakta atau data yang dikumpul tersebut. Selain itu, kajian tindakan perlu dibuat secara sistematik. Ini bermakna sebelum kajian dimulakan, perancangan untuk pengumpulan data perlu dibuat terlebih dahulu. Pengumpulan data di dalam projek kajian tindakan dilakukan dalam jangka masa yang berbeza dan melalui pelbagai cara. Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang dikemukan dalam buku tersebut sebagai panduan untuk pembaca memilih kaedah mana yang sesuai.

1. Temu Ramah (Interviews)

Kaedah temu ramah ini hanya dilakukan apabila responden mempunyai kelapangan masa dan mengikut kesesuaian pihak responden. Kaedah ini dilakukan semasa proses pengedaran atau pengumpulan borang soal selidik melalui serahan tangan. Penyelidik menggunakan kaedah ini terhadap sesetengah responden pada

Page 38: Kajian tindakan PK

sesetengah kawasan sahaja. Ini kerana terdapat sesetengah responden merupakan kenalan pihak penyelidik. Soalan-soalan yang tertentu telah pun disediakan dan disusun oleh penyelidik. Pihak penyelidik telah pun membuat temu janji seminggu lebih awal, bagi memastikan pihak responden benar-benar bersedia dengan segala jawapan yang mungkin. Soalan temu ramah ini akan menambahkan pengetahuan dan membantu penyelidik dalam menyiapkan kajian yang dijalankan.

a. Soalan    • Soalan tipikal    • Soalan spesifikb. Rakaman audio

2. Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation) Kaedah ini berasal dari bidang antropologi (kajian tentang kehidupan masyarakat). Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut. Elemen-elemen yang terdapat di dalam kaedah ini:a. Tempat

b. Manusiac. Objekd. Perlakuane. Peristiwaf. Tujuang. Masah. Perasaan

3. Data Penyimpanan Rekod (Documents)

Data ini termasuklah memo, minit mesyuarat, rekod, laporan rasmi, kenyataan polisi, laporan tahunan, rekod pencapaian pelajar, skor ujian,fail komulatif, pekerjaan ibu bapa, rekod kehadiran. Keadah pengumpulan memerlukan pengkaji perlu mangikut prosedur yang ditetapkan dan menggunakan dan merekod dengan penuh etika.

Rumusan : Pengumpulan data boleh dilakukan dalam banyak bentuk dan sumber samada fakta yang dikumpul atau direkod. Kesesuaian dan perancangan yang fleksibal perlu dilakukan terlebih dahulu dalam proses pengumpulan data.Kaedah pengumpulan data bagi kajian tindakan perlu dipelbagaikan dan dikumpul dengan pelbagai cara dan sepanjang masa.Terdapat banyak kaedah pengumpulan data yang dikemukan dalam buku tersebut namun anda perlu memilih dua atau empat kaedah sahaja supaya kajian tindakan anda lebih terfokus

Page 39: Kajian tindakan PK

Analisis data: Secara ringkasnya, analisis data merupakan proses menggunakan data dan mengolahnya menjadi maklumat untuk dihuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu isu yang dijadikan sebagai kajian. Untuk menganalisis data yang diperoleh, pengkaji perlu :

i) mengenal pasti elemen utama atau dengan kata mudah mengenal pasti maklumat penting sahajaii) merumuskan kategori, contohnya kumpulan yang mempunyai item yang serupaiii) merumuskan tema, contohnya bagi kumpulan yang mempunyai kategori yang sama

Data yang diperolehi disusun berdasarkan;i) kegiatan dalam penyelidikan yang telah dilakukan, merangkumi apa yang telah dilakukan, di mana, bila, dan mengapaii) Situasi / konteksiii) Isu yang menjadi persoalan kajian

POSTED BY IBNUSINA84 AT 12:22 AM 0 COMMENTS

S A T U R D A Y , N O V E M B E R 2 1 , 2 0 0 9

Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini KT

Dalam pasukan bina : 1. Matlamat kajian tindakan (satu ayat / penyataan umum apa yang hendak dicapai di akhir kajian)2. Bentuk objektif kajian3. Bentuk soalan kajian

Matlamat KajianMengenal pasti penggunaan animasi mampu memberikan kefahaman yang tinggi dalam menguasai pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Kajian1. Membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam P & P.2. Mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran

Soalan Kajian1.Bagaimana penggunaan animasi dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam P & P?2.Adakah penggunaan animasi mampu mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran?

Page 40: Kajian tindakan PK

POSTED BY IBNUSINA84 AT 3:59 PM 0 COMMENTS

Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini KT

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :-

Pengalaman / refleksi secara individu

1. Pengurusan pengetahuan merupakan suatu konsep yang kompleks dan meragukan2. Teknologi yang menguruskan pembelajaran dan pengetahuan condong kepada sifat pembahagian dan tidak mungkin akan diintegrasi3. Kebergantungan guru terhadap bahan animasi tersebut boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar.

Pengalaman / Refleksi dalam pasukan1.Sesetengah maklumat berkenaan dengan pembelajaran tentang realiti sebenar sesuatu keadaan atau benda itu mungkin akan hilang dan tidak boleh diperolehi dalam program animasi.2.Penggunaan animasi tidak mengambil kira tahap murid-murid di dalam sesuatu kumpulan atau kelas.

Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini KT Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :-Fikir sendiri cadangan secara individu

1. Guru menyediakan sendiri animasi interaktif untuk digunakan semasa proses P & P2. Guru harus bersiap sedia dengan bahan-bahan animasi yang lain (bercetak) contohnya menggunakan gambar berbentuk animasi untuk diterapkan dalam P&P sebagai inisiatif lain.3. Guru perlu menguasai kemahiran dalam penggunaan ICT tidak kiralah sama ada ia melibatkan penggunaan animasi, video dan sebagainya.

Fikir cadangan dalam pasukan

1. Guru harus lebih kreatif dalam penyediaan bahan-bahan animasi yang sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran. 2. Guru harus memilih masa yang sesuai untuk menayangkan animasi tersebut agar ianya sesuai dengan kehendak pembelajaran pada masa itu. 3. Animasi yang menjadi pilihan guru untuk dijadikan sebagai bahan

Page 41: Kajian tindakan PK

pengajaran perlulah mempunyai kandungan yang sesuai serta penerapan pelbagai nilai yang sememannya khusus untuk suatu pengajaran tersebut.

POSTED BY IBNUSINA84 AT 3:53 PM 0 COMMENTS

Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini KT

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– kekuatan pengajaran-pengajar an subjek berkenaan berdasarkan :-Pengalaman / refleksi secara individu

a) Penggunaan animasi dapat menarik minat pelajar agar lebih fokus dalam P & P, kerana penggunaan warna, pergerakan, muzik dan lain-lain sememangnya mampu menghiburkan pelajar yang memang pada dasarnya suka akan hiburan.b) Sesuatu pengajaran menjadi lebih menyeronokkan.c) Dapat meningkatkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar.d) Mengelakkan kebosanan dalam sesi P & P.e) Menggalakkan penyertaan pelajar di dalam proses P & P.f) Memberikan pengalaman yang baru di dalam aktiviti pengajaran selain “chalk and talk”

Pengalaman / refleksi dalam pasukan 1. Penggunaan animasi merupakan satu alternatif berkesan untuk menyampaikan sesuatu P&P memandangkan animasi turut menjadi rancangan kegemaran yang biasa di tonton di rumah.2. Animasi sebagai alat untuk membantu pelajar melaksanakan tugas pembelajaran di samping dapat menyalurkan maklumat.3. Animasi turut mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran.4. Dapat menunjukkan dengan jelas struktur, fungsi, urutan atau prosedur sesuatu. Contohnya cara melukis suatu segi tiga sama sisi dengan bantuan jangka lukis.5. Dapat menjelaskan konsep yang abstrak seperti menggambarkan struktur dan fungsi sesuatu sistem yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya, aliran tenaga elektrik dan halaju.6. Penggunaan animasi mampu meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi pelajar untuk berfikir sesuatu yang baru.7. Penggunaan animasi sebagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi memudahkan pembelajaran serta dapat menyampaikan bahan pembelajaran.8. Animasi sebagai suatu bahan untuk meningkatkan perhatian pelajar dan secara tidak langsung turut meningkatkan motivasi pelajar.

Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan

Page 42: Kajian tindakan PK

lain)

1. Tajuk ini sesuai digunakan di dalam era teknologi maklumat.2. Penggunan animasi dapat memberikan impak pengajaran yang berguna di dalam pengajaran.

Berdasarkan literatur review – buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)

Jurnal KESEDIAAN DAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTERDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI DI SEBUAHSEKOLAH MENENGAH

Tang Keow Ngang Abdul GhaniKanesan AbdullahUniversiti Sains Malaysia

Media dan teknologi pembelajaran telah banyak mempengaruhi corak pendidikan di seluruh dunia. Kini perkembangan dan program komputer telah mula mengubah senario pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kewujudan penggunaan komputer bukan sahaja dapat merangsang pemikiran pelajar bahkan dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Zoraini Wati Abas, 1993, ms. 27). Penggunaan perisian-perisian yang dibangunkan khas untuk sesuatu mata pelajaran, bahan-bahan sumber dalam bentuk elektronik, penggunaan CD-ROM berasaskan subjek, penggunaan pangkalan data elektronik adalah aspek-aspek penting yang boleh meningkatkan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Biologi. Secara keseluruhannya, penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sememangnya membawa manfaat kepada para pelajar.

Buku

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKANOleh : Rozinah Jamaludin

Multimedia memberikan dimensi baru dengan mengintegrasikan bunyi, gambar, muzik, dan video dengan teks dan menukar wajah pembelajaran secara linear dan menjurus pelajar kepada pembelajaran secara kendiri dengan guru sebagai fasilitator dan mentor.

POSTED BY IBNUSINA84 AT 3:34 PM 0 COMMENTS

Page 43: Kajian tindakan PK

F R I D A Y , N O V E M B E R 1 3 , 2 0 0 9

Tugasan Kelas: Aktiviti 5

Bersama ahli kumpulanSoalan1) Bincang dengan pasangan anda MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan2) Bincangkan dengan pasangan anda mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Jawapan Soalan 1

Seorang guru tidak kira pelatih/novis/pengalaman perlu melakukan kajian tindakan kerana kajian tindakan merupakan satu cara dan pendekatan yang dapat dilihat keberhasilannya dan secara tidak langsung guru dapat memikirkan langkah-langkah yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui kajian tindakan yang dilakukan, guru dapat mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih baik. Secara umumnya kajian tindakan ini dilakukan adalah bertujuan untuk penambahbaikan. Melaluinya, guru dapat memikirkan pelbagai pendekatan baru bagi menyesuaikan amalan pengajaran mereka dengan kehendak pelajar.

Ekoran daripada itu, guru boleh memperbaiki cara pengajaran mereka di samping dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Dengan ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan profesionalisme seorang guru.

Jawapan Soalan 2Tujuan kami memilih tajuk seperti di bawah adalah kerana :

"Penggunaan Animasi melalui Media Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran ICT, Bahasa Melayu dan Perdagangan"

Animasi merupakan antara elemen multi media yang paling diminati serta mendapat perhatian ramai termasuklah anak kecil dan orang dewasa. Ia berbentuk paparan visual yang bersifat dinamik dan merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.Maka melalui penggunaan

Page 44: Kajian tindakan PK

animasi ini, terdapat banyak kelebihannya. Antaranya adalah seperti berikut :

a) Dapat menceriakan proses penyampaian gurub) Membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan kelihatan hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-matac) Dapat menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsangkan dan menyeronokkand) Mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Pelajar akan memberi tumpuan yang lebih lama.

POSTED BY IBNUSINA84 AT 4:05 PM 0 COMMENTS

Tugasan Kelas: Aktiviti 4 - Cadangan Mini Kajian Tindakan

Bersama dengan ahli kumpulan, kemukakan apakah cadangan mini kajian tindakan yang anda ingin lakukan dalam pengajaran mikro yang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kami telah mencadangkan tajuk seperti di bawah sebagai mini kajian tindakan : "Penggunaan Animasi melalui Media Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran ICT, Bahasa Melayu dan Perdagangan"

POSTED BY IBNUSINA84 AT 4:01 PM 0 COMMENTS

Tugasan 1: Aktiviti 1 - Ulasan Buku (Apa itu kajian tindakan?)

Aktiviti Berkumpulan:

1. Ahmad Faiz Bin Mohamed @ Mahmood2. Aena Munirah Binti Abd Rahim3. Norazura Binti Tukiran

Buku 1Nama Buku : Action Research : Second EditionNama Pengarang : Ernie T. Stringer

Page 45: Kajian tindakan PK

Apa itu Kajian Tindakan?

Ianya adalah satu tindak balas kepada kedua-dua penekanan sama ada yang berbentuk pragmatik atau falsafah. Kini, ianya lebih dikenali sebagai disiplin pertanyaan (kajian) yang memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti organisasi masyarakat, komuniti dan kehidupan keluarga. Buku ini melihat kaedah dan teknik penyelidikan yang mengambil kira sejarah manusia, kebudayaan, amalan interaksi dan menyentuh berkaitan dengan kehidupan.

Buku 2

Nama Buku : The Action Research Guidebook : A Four-Step Process for Educators and School Teams. Nama Pengarang : Richard Sagor

Buku ini memberi konsep kajian tindakan sebagai satu siasatan atau kajian yang dilakukan oleh individu atau kumpulan ke atas sesuatu permasalahan yang berkenaan dengan bidang masing-masing dengan tujuan untuk penambahbaikan.

Page 46: Kajian tindakan PK

Kajian tindakan ini sesuai diaplikasikan ke atas sesuatu permasalahan itu jika permasalahan tersebut menepati tiga persoalan berikut:

1. Adakah fokus dalam persoalan kajian itu menumpukan kepada permasalahan di dalam bidang profesional anda?2. Adakah anda mempunyai kuasa atau kemampuan untuk mmengubah dan melakukan sesuatu berdasarkan hasil atau dapatan daripada kajian?3. Adakah penambahbaikan itu mampu dibuat?Jika ketiga-tiga soalan ini mempunyai jawapan 'ya', maka kajian tindakan adalah sesuai dijalankan.

Penilaian terhadap kedua-dua buku ini:

Buku 1 sesuai digunakan sebagai panduan untuk pelbagai jenis pengguna termasuklah guru, pekerja kesihatan, pekerja sosial dan sebagainya. Setiap prosedur diterangkan dengan jelas menggunakan tahap-tahap yang sesuai.Begitu juga dengan bahasa yang digunakan senang difahami.

Manakala Buku 2 khusus untuk dijadikan panduan kepada pendidik dan pentadbir di sekolah.