kAJIAN TINDAKAN PRESENT

17
Meningkatkan Kebolehan Menghafal Bacaan Tahiyatul awal dan akhir Dalam Solat Melalui Teknik “ Chunking dan Kait” TAJUK KAJIAN:

Transcript of kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Page 1: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Meningkatkan Kebolehan Menghafal Bacaan Tahiyatul awal dan akhir

Dalam Solat Melalui Teknik “Chunking dan Kait”

TAJUK KAJIAN:

Page 2: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Sekolah Kebangsaan Jalan Batu Tiga Kelang, Selangor Darul Ehsan.

NAMA SEKOLAH:

Page 3: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

NAMA DAN AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI

MOHD MUSTAKIM MUSTAFASITI ZANARIAH MD. NOR

JULIA MAT ZINNOR ASHIKIN MOHD SAAD

Page 4: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan mata pelajaran asas yang wajib kepada semua pelajar Muslim

Sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merangkumi asas-asas fardhu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim dan selaras dengan perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani

Para pelajar wajib mempelajari asuhan tilawah Al-Quran, ulum as-syariah, akhlak Islamiyah dan mata pelajaran jawi

LATAR BELAKANG KAJIAN

Page 5: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Keempat-empat bidang berkenaan perlu disampaikan dengan berkesan oleh guru agar pelajar dapat mempraktikan bidang-bidang tersebut dalam kehidupan mereka seharian

Dalam kajian yang akan dijalankan, tumpuan diberikan kepada bidang asas ulum as-syariah Islam yang merujuk kepada ibadat solat

Melalui topik ibadat terdapat tajuk berkaitan solat di mana para pelajar akan diajar tentang pengertian solat, jenis-jenis solat fardhu, bacaan-bacaan dalam solat serta terjemahannya, cara melakukan solat melalui amali dan hikmah bersolat

Pelajar perlu menghafal bacaan-bacaan tersebut bagi membolehkan pelajar melakukan dengan sempurna

Untuk mencapai matlamat ini, kemahiran menghafal dan mengingat perlu dipraktikan dengan berkesan

Page 6: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Skop ibadat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam memerlukan pelajar menghafal dan mendalami makna bacaan ayat-ayat dalam solat

Amali dijanlankan di samping memperdengarkan bacaan-bacaan yang terdapat dalam setiap rukun solat berkenaan

Salah satu bacaan ayat wajib dalam rukun solat berkenaan ialah bacaan Tahiyatul awal dan akhir

Semasa amali solat dilakukan di surau, terdapat lapan orang pelajar dalam kalangan tahun 4 Dahlia tidak dapat membaca tahiyatul awal dan akhir dengan betul.

PENYATAAN MASALAH

Page 7: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Apabila ditanya, mereka menyatakan tidak tahu membaca dan susah menghafal ayat tersebut

Keadaan ini, amat membimbangkan kerana ayat tersebut merupakan bacaan wajib dalam solat lima waktu. Jika masalah ini tidak dibendung, maka murid tidak akan dapat menjalankan solat lima waktu dengan sempurna

Kaedah pembelajaran ini memerlukan kemahiran mengingat dan menghafal, sedangkan amalan ini amat membosankan terutamanya bagi pelajar yang lemah

jawatankuasa pengkaji cuba mengetengahkan kajian tindakan yang akan menggunakan kaedah “chunking dan kait”bagi membolehkan mereka mengingati dan menghafal dengan cara mudah bacaan ayat “Tahiyatul awal dan akhir” secara lebih berkesan.

Page 8: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Kajian tindakan yang akan dijalankan ini difokuskan kepada cara untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan menghafal bacaan ayat “Tahiyatul awal dan akhir” kerana pengkaji mendapati:-

a)Pelajar kurang mahir dalam pembacaan Al-Quran

b) Pelajar hanya membaca secara berulang-ulang untuk menghafal tanpa memahami maksud ayat tersebut.

c)Pelajar tidak mengerjakan solat di rumah menyebabkan mereka kurang mengambil

berat untuk menghafal ayat tersebut

FOKUS KAJIAN

Page 9: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Objektif umum:- Meningkatkan kemahiran mengingat dan menghafal bacaan ayat “Tahiyatul awal dan akhir dalam solat”

Objektif khusus :-

Membantu pelajar mempelajari teknik yang berkesan untuk mengingat dan menghafal bacaan ayat “Tahiyatul awal dan akhir”.

Memberi pengukuhan kepada pelajar untuk menghafal melalui pemahaman terhadap makna ayat tersebut.

Meningkatkan penguasaan pelajar menghafal ayat tersebut secara sedikit-sedikit seterusnya menghafal sepenuhnya dengan lancar.

OBJEKTIF KAJIAN

Page 10: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Bagaimanakah cara yang mudah untuk pelajar menghafal serta mengingat bacaan ayat “Tahiyatul awal dan akhir” dengan berkesan?

Mengapakah pelajar perlukan pengukuhan dari segi memahami makna ayat tersebut untuk menghafal?

Apakah kesan daripada menggunakan teknik chuncking dan kait ini?

PERSOALAN KAJIAN

Page 11: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

PELAKSANAAN KAJIAN

Reka bentuk kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut:

Langkah 1 – Pengenalpastian isu dan masalahLangkah 2 – Penetapan objektif dan fokus kajianLangkah3 – Penentapan cadangan dan tindakanLangkah 4 – Perlaksanaan dan tindakanLangkah 5 – Refleksi semasa kajian dilaksanakan

Page 12: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Kumpulan Sasaran

8 orang pelajar tahun 4 Dahlia Sekolah Kebangsaan Jalan Batu Tiga, Kelang. Pelajar tersebut terdiri daripada 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan

Instumen kajianDalam kajian yang akan dijalankan, 2 kaedah pengumpulan data akan dilakukan

Soal selidik ujian pra – set soal selidik ujian pra akan diberikan kepada kumpulan sasaran bagi meninjau tentang amalan melakukan solat di rumah. Item-itam soal selidik tersebut akan menrangkumi kekerapan melakukan solat dalam sehari, bacaan ayat-ayat yang kerap dalam solat dan amalan ibadat harian lain

Page 13: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Ujian pembacaan (tasmiq) – sebelum melakukan teknik“chunking dan kait”, guru akan menjalankan ujian pembacaaniaitu dengan mentasmiq kumpulan pelajar sasaran sewaktusesi amali dijalankan. Guru akan menyediakan satu borangpenilaian kebolehan kognitif aras aktiviti mental, TaksonomiBloom. Kebolehan kognitif yang diuji adalah dari segi:

I. Daya ingatan –pengertian/tahu/ingat : pelajar akan diminta untuk membaca Tahiyatul awal dan akhir berserta maknanya sekali. Kemudian pada sesi seterusnya, pelajar diminta untuk mengingati ayat tersebut

II. Kefahaman – menguji dari segi makna bacaan Tahiyatul awal dan akhir

III. Penggunaan (Aplikasi) – pelajar akan dapat mengaplikasikan bacaan ayat tersebut dalam amali solat yang akan dijalankan. Seterusnya dapat memparktikan di rumah. Ianya melibatkan aplikasi pengetahuan dan kefahaman

Page 14: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah ini perlu dilakukan untuk memahami dan mengetahui masalah tersebut dengan lebih jelas dan terperinci.

Satu ujian pra dijalankan kepada pelajar tahun 4 Dahlia meliputi ujian pembacaan ayat tersebut (mentasmiq ayat), dan soal selidik tentang cara menghafal serta amalan solat di rumah

Ujian pra ini bertujuan bagi mengetahui tahap kelemahan pelajar dalam pembacaan ayat tersebut serta punca kelemahan tersebut sama ada disebabkan kurang kemahiran membaca al Quran, tiada teknik mengingat yang berkesan atau tidak mempraktikannya dalam solat.

CADANGAN DAN TINDAKAN

Page 15: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

Teknik “chunking dan kait”

Chunking merupakan satu teknik memisahkan dan memecahkan

maklumat yang banyak dalam satu bahagian yang lebih kecil dan mudah

untuk diingati (Miller 1956)

Sepotong ayat yang panjang dipisahkan kepada beberapa bahagian yang

sesuai dan mudah untuk diingati. Teknik ini akan dilakukan semasa sesi

amali Pendidikan Islam dijalankan oleh guru-guru yang terlibat

CADANGAN DAN TINDAKAN

Page 16: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

1) Ujian Pra: Melakukan ujian bacaan ayat Tahiyatul awal dan akhir

selama 20 minit setiap seorang pelajarMelakukan tasmiq’ dalam kelas sewaktu sesi pengajaran

dan pembelajaran berlangsungDilakukan dalam kelas 4 DahliaDalam masa yang sama borang soal selidik diedarkan

bagi meninjau amalan melakukan solat di rumah dan membuat penilaian dari segi kekerapan melakukan solat dalam sehari, ayat-ayat terpilih untuk bacaan solat dan ibadat harian

Amali ini akan dilakukan sekali dalam seminggu.

TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN

Page 17: kAJIAN TINDAKAN PRESENT

2) Teknik Chunking dan Kait Dari segi perlaksanaanya ialah: (sewaktu sesi amali

dijalankan)

Pelajar akan diminta oleh guru untuk memisahkan Ayat Tahiyatul awal dan akhir kepada 2 hingga 3 bahagian daripada ayat tersebut.

Setiap bahagian tersebut perlu diketahui dari segi maknanya satu persatu

Pelajar diminta untuk mengingati 2 hingga 3 bahagian dalam satu sesi dan kaitkan bahagian-bahagian tersebut antara satu sama lain sehingga kumpulan pelajar tersebut berjaya mengingati keseluruhan ayat dan maknanya sekali.

Pelajar akan diberi masa untuk melakukan chunking mengikut kemampuan mereka.

TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN