KAJIAN TINDAKAN REFLEKSI.docx

8
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2015 HBEF 3603 AKTIVITI 4 (T1A4) JUNAL REFLEKSI NAMA : WAHIDAH BINTI ABU BAKAR SIDEK NO.MATRIK : 670702715004001 NO KAD PENGENALAN : 670702-71-500 1

Transcript of KAJIAN TINDAKAN REFLEKSI.docx

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2015

HBEF 3603AKTIVITI 4 (T1A4)

JUNAL REFLEKSI

NAMA : WAHIDAH BINTI ABU BAKAR SIDEK NO.MATRIK : 670702715004001 NO KAD PENGENALAN : 670702-71-500

PENDAHULUAN

Pada semester September 2014,saya telah diberi satu tugasan dalam mata pelajaran Kajian Tindakan.Pada awal penerimaan tugasan itu saya merasa benar benar buntu kerana tidak tahu apa yang patut saya lakukan.Pada ketika itu Tutor Kajian Tindakan saya ialah Puan Rashimah.Bersama sama beliau saya didedahkan tentang apa yang patut kami lakukan sebagai persediaan untuk menyempurnakan tugasan ini.Dalam setiap perjumpaan, kami sentiasa dibimbing dan diberi beberapa contoh bahan kajian tindakan yang pernah dibuat oleh pengkaji pengkaji yang lalu.Saya juga merujuk kepada beberapa orang senior dan bertanyakan tentang tugasan yang perlu kami buat.Pada asalnya Puan Rashimah meminta kami menyediakan tugasan berpandukan panduan yang dijalankan oleh para senior, iatu Bab 1, Bab 2 dan Bab 3.Waktu itu saya masih tidak mengetahui siapakah penyelia saya.Ahli-ahli kumpulan juga saya tida tahu. Apabila pulang ke sekolah saya berfikir fikir apakah masalah yang ingin saya kaji.Hinggalah pada suatu hari ,saya mengajar di kelas 5 Bintang ,dan mendapat ilham untuk membuat kajian tentang masalah penggunaan imbuhan me(N) yang berpangkalkan huruf P,T,K,S. Saya telah memulakan tugasan yang diberi, malangnya apabila tugasan yang diberi hampir siap, saya dimaklumkan bahawa format tugasan yang kami buat tidak sama dengan kehendak tugasan dari OUM,Saya sudah berasa susah hati, tambahan pula masih tidak mengetahui siapakah penyelia saya.Akhirnya ,saya menghubungi pihak pentadbir OUM, saya dimaklumkan bahawa penyelia kami ialah Prof. Adenan Ayoub.Alhamdulillah, saya dan rakan rakan sekumpulan dapat berkumpul bertemu penyelia kami Prof Adenan Ayoub.Beliau meminta kami memilih satu tajuk dan beliau memberikan pendapat bagaimana untuk menyediakan proposal kajian tindakan itu.Beberapa kali juga saya buntu untuk menyelesaikan tugasan pertama ini, namun dengan bimbingan Prof. Adenan Ayoub saya dapat menyiapkan proposal Kajian Tindakan dengan mengambil tajuk tentang masalah murid MENINGKATKAN KEMAHIRANMENGIMBUHKAN AWALAN meN-(me) PADA KATA DASAR YANG BERPANGKALKAN HURUF P, T, K DAN S .Saya bercadang untuk menggunakan Teknik Papan Mudah PTKS untuk membantu menyelesaikan murid murid ini.Sepanjang menyiapkan proposal itu, pada awalnya saya bebincang dengan guru Cemerlang Bahasa Malaysia dan Ketua Panitia tentang pelbagaian teknik yang akan saya gunakan, saya juga menghadapi masaah untuk bertemu dengan murid murid ini kerana waktu itu ,suasana di sekolah agak sibuk dengan pelbagai aktiviti akhir tahunUntuk menjalankan akiviti Ujian Diagnostik juga telah tertangguh sebanyak 3 kali,ada ketikanya rasa seperti ingin menjerit kerana masa yang suntuk menantikan hari cuti sekolah yang panjang, Cukupkah masa untuk saya menjalankan perancangan saya .Setelah berbincang beberapa kali bersama sama guru Cemerlang,ketua Panitia dan bertanya apa yang saya tidak faham kepada Tuan Penyelia, Prof.Adenan Ayoub maka dapatlah saya menyempurnakan tugas pertama iaitu menghantar proposal kajian tindakan.Lega yang seketika, dengan kerja yang berlambak lambak dan murid murid UPSR saya yang terpaksa mengulang kertas peperiksaan sebanyak dua kali menyebabkan perancangan saya untuk menjalankan Ujian diagnostik terbantut.Memang waktu itu masa cukup terhad pada saya.Akhirnya pada akhir bulan Oktorber saya dapat menjalankan Ujian diagnostik kepada 30 murid tahun 5 Bintang.Saya juga membuat beberapa temubual bersama sama guru.Ada juga guru guru yang kurang memberi kerjasama pada saya.Sedih juga rasa hati waktu itu.

Selepas selesai ujian diagnostik, saya menjalankan temubual bersama sama 10 murid ang saya namakan peserta .Saya cuba menyelami isi hati mereka dan masalah masalah yang mereka hadapi.Kebnayakn peserta kajian saya terdiri daripada murid murid bukan Melayu.Saya mengadakan pertemuan bersama peserta peserta tersebut dan memberi penerangan tentang tindakan yang akan saya lakukan.Saya juga menghubungi ibu bapa peserta peserta tersebut untuk mendapatkan persetujuan.Pada awalnya, ada 2 ibu bapa yang tidak bersetuju kerana menganggap tidak perlu untuk anaknya, namun apabila saya menerangkan dengan panjang lebar akhirnya kedua dua kelaurga tersebut bersetuju untuk memberi keizinan .Selepas saya menapis 10 murid yang tidak mencapai pencapaian yang diinginkan,saya memberikan mereka ujian pra.waktu tersebut sudah hampir kepada cuti akhir tahun, ada 4 peserta yang tidak hadir kerana terlbat dengan aktivti luar.Saya terpaksa melakukan ujian pra bersama sama 4 peserta itu waktu hujung minggu.Lepas sudah sesak di dada saya.Cuti bermula, saya merancang apakah sesuai apa yang saya cadangkan dalam proposal yang telah dihantar,Terdapat satu aktiviti yang perlu saya ubah,perancangan asa saya ingin menggunakan Kotak Mudah, tapi saya ubah kepada Papan Mudah, kerana pada pandangan saya lebih jelas untuk diberi kepada peserta peserta.Disamping itu, saya juga menjalankan temubual dan menyediakan borang kaji selidik untuk para peserta seramai 10 orang itu.Saya juga menjalankan temubual secara lisan.Saya tidak sabar untuk menjalankan aktiviti pertama saya bersama sama peserta yang telah dipilih.Awal persekolahan 2015 telah tertunda selama seminggu,maknanya perancangan tidak mengikut jadual.Masalah muncul lagi,kerana murid murid ni telah berubah kelas tahun 2014 semua dalam kelas yang sama iaitu 5 Bintang, saya terpaksa mencari mereka.Ada yang sudah lpa mereka terpilih sebagai peserta saya.Saya harus berjumpa dan memberi taklimat sekali lagi dan menerangkan tarkh tarikh yang akan saya jalankan aktiviti.Saya berbincang bersama sama gurupembimbing saya masa dan tempat yang sesuai untuk saya menjalankan aktivitinyang dirancang.Dalam, suasana awal persekoahan yang agak sibuk saya harus segera menjalankan aktiviti yang dirancang.Saya menjalankan Ujian Pra, utnuk mendapatkan markah para peserta, kemudian saya berkumpul sekali lagi untuk memberi penerangan sekali lagi kepada peserta.Saya berjumpa Penolong Kanan Kurikulum untuk mendapatkan masa dan tempat menjalankan aktiviti yang dirancang.Alhamdulillah, saya diberi 2 tempat untuk menjalankan aktiviti dengan syarat tidak mengganggu PdP saya.Semasa ingin menjalankan aktiviti 1, saya menghadapi masalah dengan sikap seorang guru yang tidak membenarkan saya mengambil peserta untuk menjalankan aktiviti, namun akhirnya guru tersebut bersetuju untuk melepaskan peserta tersebut untuk masa 1 jam sahaja.Ketika menjalankan aktiviti ini, saya harus menerangkan sekali lagi tentang imbuhan me-(N) yang bertemu dengan kata dasar yang berpangkalkan huruf P.T,K dan S. Saya lihat murid murid menunjukkan kesungguhan, ditambah dengan penggunaan bahan bantu menggunakan komputer , saya juga memberi peluang untuk peserta peserta saya menggunakan Papan Mudah PTKS yang telah saya siapkan.Mungkin kerana warna yang menarik, peserta peserta begitu bersungguh sungguh menggunakannya.Namun masih ada beberapa peserta yang lupa dan menjawabnya dengan salah.Hati saya sedikit risau.Saya menyediakan setiap peserta 3 set soalan bagi menguji mental dan pengalaman lalu mereka,mungkin kerana jarak masa waktu cuti yang agak lama, menyebabkan mereka lupa.Namun saya tidak mahu berputus asa, dan meminta peserta peserta untuk datang pada waktu petang untuk membuat lebih banyak latihan.Namun , hanya 4 orang sahaja yang mampu hadir.

Seterusnya, saya menjalankan aktiviti 2 iaitu nyanyikan Laguku, saya lihat para peserta begitu gembira dengan aktiviti ini, walaupun ada yang tersasul dan lupa melodi lagu ayng diberikan, namun peserta nampa teruja, suasana pembelajaran sedemikian cukup menggembirakan saya.Semasa saya menjalankan aktiviti ini terdapat beberapa murid tahun 4 yang lalu dihadapan kelas yang kami gunakan dan turut menyanyi bersama sama.Mungkin teknik nyanyian memang memudahkan para peserta menghafalnya, tapi adakah mereka memahaminya? Disebabkan saya lihat para peserta seperti lebih faham dengan penggunaan teknik nyanyian ini maka, saya tidak bercadang untuk mengadakan masa tambahan ,Suasana pembelajaran pada hari itu begitu ceria, ini menaikkan semangat saya , dan saya merasakan objektif saya untuk membantu para peserta ini dalam masalah yang dihadapi akan tercapai.

Selepas menjalankan aktiviti 2, saya merancang menjalankan aktiviti 3, saya berjumpa guru pembimbing dan bincang masa yang sesuai untuk beliau buat penilaian kedua.Untuk aktiviti 3 , saya seperti kesuntukkan masa untuk menyiapkan bahan bahan bantuan yang perlu saya gunakan sebgai alat bantu dalam aktiviti ini Asalnya saya hanya menempah 1 sahaja papan mudah PTKS, tapi saya perlu menyediakan sebanyak 4 lagi papan yang sama suapaya peserta lebih selesa dan tidak berebut rebut, maknnya budget saya sudah bertampah.Dalam hati saya kata Tak mengapala yang penting apa yang ingin dijalankan akan memperoleh apa yang disasarkan.Masa yang saya ada hanya 3 hari,kerja sekolah berlambak lambak.Beginilah jadinya bila belajar sambal bekerja.Tambahan saya menjaga ibu yang uzur, namun semangat kena kuat walau penatnya tak mampu nak diterangkan.Setelah siap bahan bahan bantu, saya menjalankan aktivti 3 iaitu aktiviti Gunakan aku.Semasa menjalankan aktiviti ini, peserta peserta nampak bersemangat, terutama apabila saya menggunakan bahan bantu komputer.Setiap peserta bersungguh sungguh menjawab soalan yang diberi.Tapi , pada awal sebelum aktiviti, saya menghadapi masalah untuk memasang LCD di kelas yang digunakan sebagai tempat aktiviti dijalankan, LCD yang sedia ada tidak boleh berfungsi, rupa rupanya rosak.Sekali lagi saya mencari cari kelas kosong yang boleh digunakan.Peserta peserta mula buat bising, saya memberi janji kepada mereka agar senyap dan saya akan sediakan makan tengah hari untuk peserta. Saya terpaksa ambil masa 30 minit untuk mencari LCD yang lain, memasangnya sendiri .Nasib baiklah saya pernah menghadiri kursus penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran semasa PPSMI, saya dapat gunakan apa yang saya pelajari. .Alhamdulillah aktiviti berjalan lancar,guru pembimbing pun tersenyum lebar.Tapi semasa menjalankan aktiviti ini terdapat 2 daripada 10 peserta yang tidak berapa mahir mengunakan komputer riba, beberapa kali huruf yang dia taip salah, sedangkan secara lisan jawapannya betul.Aktiviti 3 memang menyeronokkan kerana setiap murid diberi beberapa set kata dasar yang berbeza , peserta-peserta diberi latih tubi yang berulang ulang.Teringat saya teori Behaviourisme yang menggalakkan teknik laih tubi untuk mengukuhkan ingatan murid murid.Memang terbukti teori ini apabila saya praktikkan.,murid murid semakin dapat menguasai penggunaan imbuhan me-(N) dengan menggunakan kata dasar berpangkalkan huruf P,T,K dan S apabila diberikan latihan pelbagai kata dasar menggunakan vocal a,e,i,o dan u.Daripada 10 peserta saya dapati masih ada 2 orang lagi yang penguasaannya belum mencapai apa yang saya tentukan.Maka, saya harus menambahkan masa latihan aktiviti 3 ini dimasa yang berlainan, saya harus meluangkan sedikit masa bersama 2 peserta ini sehingga mereka benar benar dapat memahami konsep yang diberikan.ni adalah kerana ke sepuluh sepuluh peserta akan menjalani ujian pasca .Saya amat berharap kesemua peserta akan dapat menjawab soalan soalan pasca dengan cemerlang.

Sepanjang menjalani tempoh praktikum, saya berasa sangat penat, memandangkan waktu diwal persekolahan memang padat dengan pelbagai aktiviti.Walaupun perbelanjaaan menyediakan bahan bahan bantu meningkat dan tidak seperti dirancang, saya merasa gembira sekiranya, teknik yang saya lakukan dapat mempertingkatkan lagi kemahiran murid murid dengan imbuhan me-(N) yang berpangkalkan huruf P,T,K dan S.Tiba masa aktiviti 4 untuk dijalankan, iaitu aktiviti Gunakanku, melalui aktiviti ini saya menyediakan pelbagai bentuk soalan dari penggunaan kata dasar, pengimbuhan, pembinaan ayat, mengisi tempat kosong.Murid murid dikumpulkan di satu kelas dan diberikan masa yang sama untuk menjawab semua soalan.Saya juga dibantu oleh guru pembimbing untuk mengawal aktiviti yang dijalankan.Saya berharap semua peserta akan dapat menjawab dengan cemerlang ujian pasca yang diberikan.Selepas menjalankan praktikum ini, saya perlu mengumpul data data markah dari ujian pra dan ujian pasca untuk memuat interpretasi data.Saya berharap penyelia saya Profesor Adenan Ayob akan dapat memberi tunjuk ajar agar segala gala perancangan dapat berjalan dengan baik.Sepanjang menjalankan praktikum ini, memang banyak yang perlu saya pelajari lagi. Pada awal perancangan banyak aktiviti yang ingin saya buat, namun masa untuk saya membuat banyak bahan bantu tidak mencukupi, memandangkan urusan sebagai guru kelas terlalu banyak pada awal tahun. Apa yang agak menyedihkan saya ialah, walaupun saya telah membentuk kumpulan yang diselia oleh penyelia yang sama, sukar untuk saya mendapatkan kerjasama untuk berbincang atau bersoal jawab, hanya ada 2-3 oang sahaja yang memberi respon apabila saya ingin mengadakan perbincangan.Masing masing seperti buat hal sendiri, tapi apabila ada masalah yang timbul, pada saya juga tempat mereka bertanya.Sikap seperti ini seharusnya dibuang jauh auh kerana kita sebagai pelajar sama sama kosong dalam membuat tugasan seperti ini. Saya berharap selepas ini rakan rakan sekumpulan saya akan sama sama berbincang tindakan tindakan yang perlu dilakukan.Saya hanya berperasangka baik dengan menganggap mereka semua sibuk dengan urusan sekolah.Inshaa Allah semuanya akan dapat diselesaikan, terutamanya , apabila kami mendapat penyelia yang bertaraf Profesor dan merupakan seorang yang banyak pengalaman dan banyak menghasilkan buku buku ilmiah.Sepanjang menjalankan praktikum ini, saya perlukan lebih banyak masa untuk membuat persediaan menjalankan aktiviti aktiviti yang dirancang.Selepas mendapat markah pos ,saya perlu membuat intepretasi data, saya berharap sangat agar saya dapat menyiapkan tugasan ini sepenuhnya dengan jaya.Inshaa Allah.

5