Kajian Tindakan Sekolah

6
Kajian Tindakan Sekolah LAPORAN KA JN TINDAKAN Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN EJAAN JAWI MELALUI KAEDAH LATIH TUBI Abstrak Kajian ini ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi. Penggunaan kata pinjaman bahasa arab ini memang agak sukar untuk dieja dan difahami kerana murid agak lemah dalam penggunaan sistem ejaan jawi . Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid pemulihan jawi dari kelas 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta jawapan ujian PKSR bulan Mac 2009 berhubung dengan kemahiran itu. Berdasarkan pemerhatian dan analisis tersebut murid didapati

description

j

Transcript of Kajian Tindakan Sekolah

Page 1: Kajian Tindakan Sekolah

Kajian Tindakan Sekolah LAPORAN KA JN TINDAKAN Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN EJAAN JAWI

MELALUI KAEDAH LATIH TUBI

Abstrak

Kajian ini ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam mengeja Kata Pinjaman

Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi. Penggunaan kata pinjaman bahasa arab ini memang

agak sukar untuk dieja dan difahami kerana murid agak lemah dalam penggunaan sistem ejaan

jawi . Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid pemulihan jawi dari

kelas 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru. Tinjauan awal untuk

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran

kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta

jawapan ujian PKSR bulan Mac 2009 berhubung dengan kemahiran itu. Berdasarkan

pemerhatian dan analisis tersebut murid didapati belum menguasai kemahiran mengeja kata

pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi.. Langkah awal guru perlu mengajar murid

dengan menggunakan kaedah latih tubi iaitu:

Page 2: Kajian Tindakan Sekolah

LAPORAN KA J IAN TINDAKAN Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran lalu

Saya mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Islam (Pemulihan Jawi) 3 Puteri 4. Saya dapati

ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan

sistem ejaan jawi. Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan guru melalui buku aktiviti

jawi sahaja kurang berkesan kerana murid tidak boleh menguasai kemahiran mengeja sistem

ejaan jawi. Keputusan ujian PKSR bulan Mac merosot dan didapati bahawa murid tidak dapat

menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Kesan daripada kelemahan mereka, saya

membuat keputusan untuk cuba melakukan sesuatu supaya dapat memberi kefahaman kepada

mereka tentang penggunaan kata pinjaman bahasa arab tersebut, seterusnya mengurangkan

kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

2. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan Mac yang rendah kerana

a.Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan sistem ejaan jawi menyebabkan mereka sukar untuk mengeja perkataan jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

b.Murid masih tidak mengenali huruf-huruf jawi dan sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain. Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat latihan dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, murid akan terus tidak memahami sistem ini lalu menyebabkan mereka akan menghadapi masalah untuk mengeja perkataan jawi yang lebih sukar dan panjang.

LAPORAN KA J IAN TINDAKAN

Page 3: Kajian Tindakan Sekolah

3. OBJEKTIF KAJIAN i. OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi

dengan menggunakan persembahanpowerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu,

murid akan dapat memahami dengan lebih baik penggunaan sistem tersebut.

ii. OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus kajian ini adalah supaya : • Murid dapat memahami cara menggunakan sistem ejaan jawi. • Murid dapat menjawab soalan yang diberikan. • Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan. • Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

4.KUMPULAN SASARAN

Page 4: Kajian Tindakan Sekolah

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPORSAL KAJIAN TINDAKAN

1. TAJUK MENGATASI MASALAH MURID 5 MARIKH DALAM MENGINGAT NOMBOR 1-100 DALAM BAHASA ARAB.

2. PENYELIDIK EN. MIOR SYAZRIL BIN MOHAMED SAPAWI3. NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU.4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

- Sewaktu mengajar mata pelajaran bahasa Arab Tahun 5 Marikh, saya sering meminta murid menyebut nombor ketika saya menulis tarikh di papan tulis. Saya dapati murid kelas ini kurang mengingati tentang bilangan nombor dalam bahasa Arab seperti kelas-kelas yang lain. Apabila diajukan soalan, mereka sering terdiam dan berfikir tentang nombor dalam bahasa Arab yang perlu mereka sebutkan.

- Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya melalui kajian ini.

5. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah murid mengingat nombor dalam bahasa Arab. Kajian ini adalah penting bagi murid-murid 5 Marikh kerana mereka telah mempelajari tentang nombor dari 1-100 sejak dari tahun 1 lagi hingga tahun 3. Apabila mereka sudah memasuki tahun 5 sekarang, sepatutnya masalah itu telah lama dapat diatasi.

6. OBJEKTIF UMUM KAJIAN

Murid mahir dalam mengingat dan menyebut nombor-nombor dalam bahasa Arab.

7. OBJEKTIF KHAS KAJIAN

1. Membantu murid menguasai nombor dalam bahasa Arab.

2. Membantu murid menguasai kemahiran mendengar, menyebut, membaca dan menulis nombor dalam bahasa Arab.

3. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ketika guru mengaitkan tajuk pelajaran dengan nombor (seperti tarikh, muka surat dan sebagainya).

8. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 39 orang murid Tahun 5 Marikh yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan.

9. TINDAKAN YANG DICADANGKAN (METHOD)

1. Menyediakan carta / banting tentang nombor bahasa Arab dalam kelas dan persekitaran sekolah.

2. Murid menghafal hanya 21 perkataan nombor bahasa Arab yang boleh diubah suai untuk mengira 1-100.

3. Memulakan setiap pengajaran dengan aktiviti menyebut nombor oleh setiap murid selama 3-5 minit sebagai set induksi.

4. Melakukan aktiviti menukar nama murid kepada nombor dalam bahasa Arab dan guru memanggil murid dengan nombor dan bukannya nama.

5. Menulis muka surat dalam perkataan bahasa arab di buku tulis.

6. Melakukan aktiviti-aktiviti matematik dalam bahasa arab.

Page 5: Kajian Tindakan Sekolah

(contoh : penambahan dan penolakan mudah)

7. Kuiz bahasa Arab yang berkaitan dengan nombor.10. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

MAC – APRIL 2009

11. JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON

Carta / Banting =RM 60.00