KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

download KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

of 17

Transcript of KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    1/17

    MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERANG21700 KUALA BERANG,HULU TERENGGANU

    TERENGGANU DARUL IMANTEL / FAX : 09 6816462

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN

    SOALAN BERASASKAN PETA PELAJAR TINGKATAN TIGA

    DENGAN MENGGUNAKAN

    KAEDAH PENYUBURAN PETA

    Oleh

    Hj. Kasman bin Embong

    SMK Seri Berang, 21700 Kuala Berang,

    Hulu Terengganu, Terengganu.

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    2/17

    MENINGKATKAN PENCAPAIAN GEOGRAFI

    PELAJAR TINGKATAN TIGA DENGAN MENGGUNAKAN

    KAEDAH PENYUBURAN PETA

    Oleh

    Hj. Kasman bin Embong

    SMK Seri Berang, 21700 Kuala Berang,

    Hulu Terengganu, Terengganu.

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan dengan tujuan membantu pelajar Tingkatan 3 An Najmu

    (3D) menjawab soalan berkaitan menanda lokasi peta. Sekiranya mereka mampu

    berbuat demikian, harapan untuk lulus dalam mata pelajaran Geografi sangat

    tinggi. Seramai 35 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini iaitu 26 orang

    pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan dan seorang guru yang terlibat.Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian yang dibuat semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran, semakan buku latihan pelajar dan jawapan ujian /

    peperiksaan. Hasil daripada tinjauan yang dibuat ternyata 90% pelajar tidak dapat

    menjawab soalan lokasi peta dengan baik. Sekiranya keadaan ini dibiarkan akan

    berhadapan dengan masalah besar untuk menjawab soalan PMR nanti. Kandungan

    mata pelajaran ini adalah pelbagai dan memerlukan banyak kemahiran dari segi

    mengingat dan berfikir. Salah satu elemen dalam Geografi ialah peta. Dalam

    peperiksaan PMR, soalan yang berkaitan dengan peta meliputi 15 soalan iaitu 13 soalan peta Malaysia dan 3 soalan peta dunia. Daripada pemerhatian yang

    dijalankan melalui keputusan Peperiksaan TOV dan OTI 1 yang lepas menunjukkan

    pelajar masih lemah dalam menguasai peta. Masalah ini berpunca daripada

    kurangnya latihan dan minat dalam mengecam, melukis, menanda dan menamakan

    lokasi dalam peta. Sebagai langkah awal penyelesaian saya telah mengambil

    anisiatif menampal dan mencirikan lokasi pada peta dinding yang digantung di blok

    pentadbiran sekolah. Namun apa yang mengecewakan, pelajar kurang minat untuk

    mendapatkan maklumat daripada peta tersebut.Melalui kajian penyelidikan ini

    diharapkan mampu membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam mata

    pelajaran Geografi PMR 2007.

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    3/17

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

    Pelajar dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang pencapaiansederhana. Daripada pemerhatian setelah dua bulan mengajar kelas tersebut dan melalui

    aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, dan ujian bulanan, didapati mereka gagal

    menjawab soalan yang melibatkan rangsangan peta. Saya mendapati kegagalan ini

    berlaku kerana mereka tidak dapat menyatakan lokasi yang betul kerana kurang

    membuat latihan dan tidak berminat untuk mengingat dan mengesan lokasi dalam peta.

    Pada keseluruhannya, pencapaian pelajar tingkatan 3 An Najmu dalam mata pelajaran

    Geografi agak lemah.Hal ini dapat dilihat melalui Ujian Pengesan TOV yang telah

    diadakan baru-baru ini. Hanya 20 orang pelajar iaitu 57% yang lulus dan 15 orang iaitu

    43% lagi yang gagal. Markah yang paling tinggi di kalangan pelajar yang lulus ialah 60%

    markah, manakala yang lain sekitar 40 43 % markah. Ini menggambarkan tahap

    pencapaian pelajar masih terlalu rendah. Berdasarkan analisis yang dibuat mendapati

    daripada 11 soalan peta yang dikemukakan kebanyakan pelajar betul di bawah 5 soalansahaja. Di sini menampakkan bahawa pelajar tidak berminat dan semacam ada fobia

    dengan peta. Beberapa kali bila ditanya tentang soalan berkaitan peta, pelajar menyatakan

    soalan tersebut cukup sukar dijawab.Dalam siri ujian lisan yang saya lakukan, saya dapati

    pelajar masih keliru dan tidak dapat menyatakan negeri-negeri di Malaysia, apa lagiberkaitan dengan negara-negara di dunia secara umumnya.

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Memandangkan mata pelajaran geografi merangkumi suatu skop ilmu yang agak

    luas dan memerlukan tahap kemahiran menganalisis peta yang baik, maka menjadikeutamaan saya untuk memfokuskan kajian ini kepada masalah kegagalan pelajar

    menentu dan mengesan lokasi dan ciri-ciri geografi dalam peta. Walaupun soalan yang

    ditanya secara langsung berkaitan dengan peta sebanyak 13 hingga 15 soalan sahaja

    namun sebenarnya pemahaman keseluruhan kandungan geografi itu sendiri adalah juga

    berkaitan dengan kedudukan sesuatu lokasi di dalam peta. Pelajar yang cemerlang dalam

    mata pelajaran ini adalah pelajar yang dapat menguasai kemahiran mengesan dan

    mengenal sesuatu lokasi itu di dalam peta. Sekiranya saya mampu membantu pelajar

    mengenali dan mengingati sesuatu ciri dan lokasi peta, sudah tentu mereka mampu lulus

    dengan cemerlang dalam mata pelajaran Geogrfi di peringkat PMR. Oleh itu pendekatan

    yang saya ambil ialah dengan menggunakan kaedah Penyuburan Peta. Kaedah ini dapatmerangsang minat, pemahaman dan ingatan pelajar terhadap fakta-fakta geografi

    terutama melibatkan lokasi di dalam peta.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    3.1. Objektif Umum

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    4/17

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    5/17

    Setelah melihat kelemahan-kelemahan ini, saya merasakan perlu dibuat

    sesuatu tindakan dan langkah serta strategi bagi memberi kefahaman kepada

    pelajar agar mereka dapat menjawab soalan peta dengan baik. Keutamaan yang

    akan diberi ialah menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk melakarkan peta

    dan mengesan lokasi dalam peta.

    5.2 Analisis Tinjauan Masalah.

    Setelah menganalisis keputusan Ujian TOV 2007, saya mula berfikir secara

    yang lebih serius untuk mengatasi masalah pelajar Tingkatan 3 An Najmu yang

    rata-ratanya lemah menjawab soalan berkaitan langsung dengan peta. Bagi

    membuktikan kesahan bahawa pelajar benar-benar lemah bahagian peta, maka

    saya membua sekali lagi ujian dikenali Ujian Pos yang memfokuskan kepada

    soalan berkaitan dengan peta sahaja. Sebanyak 20 soalan dikemukakan. Ujian

    yang dijalankan ini mengambil masa 30 minit. Setelah dibuat penyemakan

    didapati hasil keputusannya hampir sama dengan TOV seperti yang ditunjukkan

    dalam jadual di bawah:

    Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos TOV 2007 bahagian soalan peta.

    Bilangan

    Soalan

    Peta

    20 19 18

    17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5

    Bilangan

    pelajar- - - - - - - - 1 3 8 10 11 1 - -

    Keputusan Ujian Pos TOV di atas menunjukkan tahap pencapaian pelajar

    dalam menjawab soalan peta begitu lemah. Walaupun ada sebahagian soalan

    yang dikemukakan itu telah disoal dan dibincangkan di dalam kelas bersama

    guru. Namun begitu dilihat majoriti pelajar tidak mencapai tahap 50% betul.

    Saya mengadakan sesi temu-bual dan berbincang dengan para pelajar

    Tingkatan 3 An Najmu untuk mengetahui punca-punca kelemahan mereka dalammenjawab soalan tersebut. Kesimpulannya ialah pelajar tidak berminat menjawab

    soalan peta, mereka tidak dapat membayangkan lokasi sebenar dan sentiasa

    keliru dengan kedudukan dan lorekan-lorekan yang ditanda di dalam peta.

    Keadaan ini berlaku ada kaitan dengan asas yang mereka pelajari semasa di

    tingkatan 1 yang mana tajuk-tajuk di tingkatan 1 adalah agak berat berbanding

    semasa di tingkatan 2 dan tingkatan 3. Ini kerana semasa di tingkatan 1 pelajar

    perlu memahami dan mengingati lokasi-lokasi bentuk muka bumi, iklim dan

    tumbuhan semula jadi sama ada di Malaysia atau di dunia. Dalam kesempatan

    berbual itu juga saya telah menunjukkan peta Malaysia dan dunia bagi mengujipengetahuan mereka, terbukti mereka tidak mengenali negara-negara di dunia.

    Ada juga di kalangan mereka tidak tahu kedudukan Malaysia di dalam peta

    dunia. Mereka juga tidak dapat menunjukkan kepada saya kedudukan negeri

    Terengganu. Apa yang melucukan ada yang menunjukkan kedudukan Pulau

    Langkawi di atas daratan Semenanjung Malaysia dan ada pelajar yang tertukar

    kedudukan antara Melaka dengan Negeri Sembilan. Melihatkan keadaan

    sedemikian saya mula terfikir mungkin juga ada di kalangan orang dewasa yang

    tidak mengetahui kedudukan negeri-negeri di Malaysia. Daripada petunjuk-

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    6/17

    petunjuk inilah timbulnya kesedaran dan keazaman saya untuk membantu pelajar

    agar mereka lebih berminat dan dapat mengenali lokasi-lokasi di Malaysia

    dengan lebih baik. Dengan itu saya telah mengatur beberapa strategi dan langkah

    untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap peta.

    5.3 Tindakan Yang Dijalankan

    5.3.1 Strategi melakar peta kosong

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran geografi kemahiran

    melakar peta terutama peta Malaysia dan peta dunia adalah dikira pra

    syarat penting kepada setiap orang guru. Walaupun penggunaan petagantung boleh dibeli di kedai, namun adalah dirasakan kurang lengkap

    kalau guru tidak sekali sekalanya melakar sendiri di atas kertas atau di

    papan putih di dalam kelas. Oleh kerana tidak ada latihan membina peta

    maka timbul masalah apabila guru cuba menyatakan kedudukan lokasi

    pada peta dengan menggunakan lakaran sendiri. Biasanya rupa peta yangdilukisnya berbagai-bagai rupa malah melucukan sehingga boleh

    diketawakan pelajar sendiri. Begitu juga halnya kepada pelajar, merekaperlu dilatih dan dibiasakan melakar sendiri peta sama ada peta Malaysia

    atau peta dunia. Pada peringkat awal sememangnya agak sukar untuk

    menghasilkan peta yang sama dengan lakaran sebenar. Namun guru bolehmulakan dengan cara membuat satu gerak kerja dengan membina garisan-

    garisan lurus pada peta lakaran sebenar membentuk garisan grafik seperti

    di bawah.

    U

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    7/17

    Garisan-garisan lurus tadi kemudiannya di buat pada kertas kosong

    atau papan putih.

    Setelah itu guru atau pelajar bolehlah membina garisan-garisan

    tidak lurus sebagai garisan pantai sebagaimana peta lakaran sebenar.

    U

    Apabila saya tunjukkan langkah ini kepada pelajar, mereka mula

    berminat dan dapat melakar sendiri dengan baik setelah mengulanginya beberapa

    kali. Mereka seterusnya menggunakan peta lakaran sendiri itu apabila membuat

    nota atau catatan geografi dengan memasukkan maklumat-maklumat penting

    mengikut topik di dalam peta tersebut.

    5.3.2 Membuat ulangkaji menggunakan peta lakar kosong.

    Apabila saya selesai menyampaikan pengajaran dan pembelajaransesuatu topik sebagaimana yang terkandung dalam huraian sukatan

    pelajaran dan buku teks, saya membimbing pelajar membuat nota

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    8/17

    ulangkaji topik tersebut pada peta kosong yang diberikan atau pelajar

    sendiri membina peta kosong pada kertas A4. Sebagai contoh nota

    ulangkaji yang boleh dibuat ialah bagi tema atau tajuk bentuk muka bumi.Langkah pertama ialah sediakan peta kosong Malaysia yang diletakkan

    ditengah-tengah kertas A4. Pastikan ada rungan kosong d luar bingkai peta

    bagi membolehkan maklumat ditulis di ruangan tersebut. Langkah kedua, pelajar membaca nota atau buku teks dan fakta yang diperolehi itu

    dipindah ke dalam peta kosong. Peta kosong di dalam bingkai hanya

    digunakan untuk melorek atau menanda sahaja manakala maklumat ataufakta ditulis di luar bingkai peta. Pelajar boleh menggunakan beberapa

    warna bagi membezakan sub tajuk dalam tajuk atau tema bentuk muka

    bumi seperti tanah tinggi ditulis dengan warna biru, tanah pamah dengan

    warna kuning dan seumpamanya. Akhirnya pelajar akan dapatmenghasilkan satu bentuk nota yang lengkap seperti di bawah.

    TEMA BENTUK MUKA BUMI

    TANAH TINGGITANAH PAMAH

    KWS BERALUN

    SUNGAI DAN TASIK

    TANAH TINGGI

    Banjaran Titiwangsa

    - Gunung lipat tua berpunca dr Dataran Tinggi Yunnan, usia 130 juta tahun

    - Pelancongan tanah tinggi

    - Tanaman hawa sederhana teh, sayur, bunga

    - Jana kuasa hidro Sultan Abu Bakar Cameron Highland

    Banjaran Crocker

    - Gunung lipat muda berpunca di Himalaya, usia 35 juta tahun

    - Tanaman hawa sederhana di Kundasang

    B. BINTANG

    B. KELEDANG

    B. TITIWANGSA

    B.TAHAN B.PANTAI TIMUR

    B.CROCKER

    B.KAPUAS HULU

    B.TAMA ABU

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    9/17

    TEMA BENTUK MUKA BUMI

    TANAH PAMAH

    Dataran Kedah -Perlis, Delta Kelantan,

    Kerian -Sg. Manik ,Tanjung Karang & Delta Rajang

    Merupakan kawasan penanaman padi kerana

    tanih aluvium yang subur.

    KAWASAN BERALUN SELATAN

    Negeri Johor sesuai utk tanaman getah

    dan kelapa sawit kerana saliran yang baik.

    SUNGAI

    1. Mengairi tanaman padi Sg. Muda, sgKelantan, sg Rajang

    2. Sempadan negeri sg. Muda, sg. Bernam, Sg. Muar, sg Endau, sg. Golok

    3. Kuasa Hidroelektrik Sg. Perak,sg. Terengganu,sg.Kelantan,sg. Rajang,sg. Lupar, sg. Padas

    4. Pengangkutan & hanyut balak Sg.Kinabatangan, sg. Rajang & sg. Baram

    TASIK

    Tasik semula jadi Chini & Bera

    Dataran Kedah

    Delta Kelantan

    Delta Rajang

    Sg. Baram

    Sg. Padas

    Empangan Tenom Pangi

    Sg. Kinabatangan

    Sg. Rajang -

    Empangan Bakun

    Sg. Lupar

    Empangan Batang Ai

    Sg. Muda

    Sg. Perak Empangan Chenderoh, Temenggor

    Tanjung Karang

    Kws Beralun SelatanTasik Chini

    Tasik Bera

    Kerian -Sg. Manik

    5.3.3 Menjawab soalan menggunakan peta kosong

    Kaedah ini hampir sama dengan kaedah mengulangkaji mengikut topik

    menggunakan peta kosong. Cuma kaedah ini berbeza sedikit di mana walaupun

    soalan-soalan yang dikemukakan tidak melibatkan peta , pelajar dikehendaki

    membina peta kosong dan memasukkan maklumat daripada soalan dan jawapan

    untuk soalan itu ke dalam peta tersebut sebagaimana contoh di bawah.

    Soalan : Banjaran yang dikenali sebagai tulang

    belakang Semenanjung Malaysia ialah

    A Banjaran Crocker C Banjaran Titiwangsa

    B Banjaran Iran D Banjaran Tahan

    Daripada soalan dan jawapan ini pelajar boleh memindahkan maklumat daripada

    soalan dan jawapan ke dalam peta kosong yang disediakan. Banjaran Titiwangsadilorek pada peta kosong dan jawapan yang betul ditulis pula di luar bingkai petasebagai maklumat atau fakta.

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    10/17

    U

    Seterusnya pelajar menjawab soalan-soalan lainnya dan memindahkan jawapanyang betul sebagai fakta atau maklumat.Akhirnya daripada soalan yangdikemukakan (rujuk lampiran) , pelajar akan dapat menghasilkan maklumat peta

    seperti berikut

    BANJARAN TITIWANGSA

    Tulang belakang Semenanjung

    Malaysia

    BANJARAN CROCKER

    Gunung tertinggi di Asia Tenggara

    Ketinggian 4101 m GunungKinabalu

    SELAT TEBRAU

    DELTA KELANTAN

    Perairan memisahkan SjungMsia dgn Singapura

    SUNGAI GOLOK

    Sempadan A/bangsa Malaysia

    dgn Thailand

    LAUT

    CHINASELATAN

    LAUT

    SULU

    BANJARAN BINTANG

    BANJARAN TAHAN

    Dataran bertanih lanar

    Terima hujan Monson TL

    SungaiRajang SungaiKinabatangan

    peranan

    Mengangkut barangan

    Jalan perhubungan ke kws

    pedalaman

    Pusat peranginan

    Tanah Tinggi Genting, BukitFraser & Tanah Tinggi Cameron

    SgSg TerengganuTerengganu

    EmpanganEmpangan kenyirkenyir

    PusatPusat PelanconganPelancongan

    JanaJana kuasakuasa HidroeletrikHidroeletrik

    Apabila maklumat yang ditulis itu telah banyak dan peta menjadi padat,

    maka pelajar boleh menggunakan peta kosong yang lain pula. Pada peringkat

    permulaan ini pelajar perlu menggunakan buku teks atau buku rujukan lain untuk

    mendapatkan lokasi lorekan yang betul dan tepat. Adalah diyakini sekiranya pelajar mempraktikkan kaedah ini pelajar akan dapat mengingat lokasi-lokasi

    penting di dalam peta.

    BANJARAN

    TITIWANGSA

    Tulang belakang

    Semenanjung Malaysia

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    11/17

    5.3.4 Explore racelima minit

    Kaedah ini sebagai pemanas badan sebelum saya memulakan pengajarandan pembelajaran sesuatu topik pada hari berkenaan. Pelajar diminta mengisi

    rungan kosong peta yang diberikan, sebagai contoh tajuk yang akan diajar pada

    hari itu ialah tajuk penduduk. Dalam masa lima minit selepas atau dalam masa setinduksi guru boleh mengemukakan soalan mengingat lokasi tentang bentuk muka

    bumi atau lain-lain tajuk sebelumnya kepada pelajar sama ada dalam bentuk

    lembaran kerja atau tayangan LCD. Contoh di bawah boleh dijadikan panduan.

    Namun begitu kaedah ini tidaklah semestinya dilakukan setiap kali P&Pdijalankan, sebaliknya guru boleh menggunakannya antara dua atau tiga kali

    seminggu bagi mengelakkan pelajar berasa jemu dengan kaedah tersebut. Walau

    bagaimanapun kaedah ini sebenarnya cukup menarik tumpuan dan memberi kesan

    kepada pemahaman dan ingatan pelajar terhadap topik-topik yang diajar olehguru.

    Bjn.Titiwangsa

    Bjn. Crocker

    Tasik

    Bera

    Sg.Baram

    Dat. Kedah

    DeltaRajang

    Hutan Pantai

    Kuantan

    Pel.

    Kelang

    BintuluLahatDatu

    Gua Niah

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    12/17

    6.0 PEMERHATIAN DAN HASILAN

    Malalui aktiviti yang dijalankan di atas, menampakkan ada satu perubahanyang

    besar di kalangan pelajar. Pelajar lebih berminat mempelajari mata pelajaran Geografi

    berbanding sebelumnya. Hakikat ini dapat diterjemahkan menerusi perbandingan antara

    Ujian TOV dengan Ujian Operational Target Indicator (OTI) 1 yang telah dijalankan,

    lebih-lebih lagi berkaitan soalan rangsangan peta.

    Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian TOV dengan Ujian OTI1

    bahagian soalan peta.

    Bilangan

    Soalan

    Peta

    10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

    Bilangan

    pelajar

    2 13 16 3 1 - - - - -

    Secara keseluruhannya saya bersyukur kerana kajian yang saya jalankan ini telah

    dapat membantu pelajar-pelajar dalam mengatasi kekeliruan dan kesalahan ketikamenjawab soalan berkaitan peta. Melalui kaedah yang dilaksanakan ini juga dapat

    memperlihatkan bahawa Geografi itu sebenarnya mudah dan dapat dipermudahkan lagi

    penyampaiannya. Dengan ini juga minat dan tumpuan pelajar boleh terarah dan

    dipertingkatkan lagi demi kecemerlangan mereka.

    7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

    Secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa mata pelajaran Geografi

    merupakan mata pelajaran yang cukup menarik dan kaedah pengajarannya pula boleh

    dipelbagaikan. Kepelbagaian kaedah ini tentunya dapat meningkatkan minat para pelajar.

    Apabila minat itu timbul, maka guru akan menjadi lebih mudah untuk menyampaikankandungan mata pelajaran ini. Seterusnya pencapian dalam peperiksaan akan menjadi

    lebih cemerlang. Keberkesanan kajian ini juga sebenarnya telah mendorong saya untuk

    melakukan kajian yang seterusnya bagi membangkitkan lagi minat dan kesungguhanpelajar dalam mempelajari dan menguasai mata pelajaran ini. Perancangan saya yang

    seterusnya untuk tahun 2008 ialah Meningkatkan Penguasaan Mata Pelajaran Geografi

    Tingkatan 3 Dengan Menggunakan Kaedah Taman Mini Replika Peta Malaysia.

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    13/17

    8.0 BIBLIOGRAFI

    Buku Seminar Penyelidikan Pendidikan (AKRAM). (2005). Jabatan Pelajaran

    Terengganu.

    Prosiding Seminar Pendidikan. (2005). Universiti Sains Malaysia dan

    Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan. Bahagian

    Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

    Pendidikan Malaysia.

    Kamus Dewan Edisi Ke-3. (2000). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Khaw Ah Seng. (2004). Geografi Tingkatan 3 Kuala Lumpur; PTS Publications

    & Distributors Sdn. Bhd.

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    14/17

    LAMPIRAN

    SOALAN LATIHAN PENYUBURAN PETA

    1. Banjaran yang dikenali sebagai tulang

    belakang Semenanjung Malaysia ialah

    A Banjaran Crocker C Banjaran Titiwangsa

    B Banjaran Iran D Banjaran Tahan

    Soalan 2 dan 3 berdasarkan peta di bawah.

    Malaysia

    2. Pernyataan di atas merujuk kepada gunung bertanda

    A. I C III

    B II D IV

    3. Perairan X telah memisahkan Semenanjung Malaysia

    dengan Singapura. Perairan terssebut ialah

    A Selat Tebrau C Selat Melaka

    B Selat Batam D Selat Singapura

    4. Pernyataan di atas dikaitkan dengan

    A. Dataran Cangkat Jong C Delta KelantanB Dataran Kerian D Dataran Kedah

    IV

    IIIII

    I

    Ketinggian gunung ini melebihi 4101 m.

    Merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara

    Kawasan ini merupakan dataran bertanah lanarMenerima hujan lebat ketika Monsun Timur Laut

    X

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    15/17

    5. Perairan manakah yang mengelilingi Malaysia?

    I Selat Tebrau

    II Laut Sulu

    III Laut JawaIV Laut China Selatan

    A I, II dan III C I,III dan IV

    B I, II dan IV D II,III dan IV

    6. Sungai yang manakah menjadi sempadan antarabangsa

    antara negara Malaysia dengan Thailand?

    A. Sungai Muda C Sungai Bernam

    B Sungai Kelantan D Sungai Golok

    Soalan 7 berdasarkan peta di bawah.

    Malaysia

    7. Antara berikut yang manakah benar menerangkan lokasi

    tanah tinggi di Malaysia?

    A I - Banjaran Tahan

    B II - Banjaran Keledang

    C III - Banjaran Nakawan

    D IV - Banjaran Crocker

    8. Peranan utama Sungai Rajang dan Sungai

    Kinabatangan ialah

    I membekal air untuk tanaman sayuran hawa sederhana

    II kawasan pemeliharaan hidupan liar

    III mengangkut barang-barang

    IV jalan perhubungan ke kawasan pedalaman

    A I dan II C II dan IV

    B I dan III D III dan IV

    IV

    IIIII

    I

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    16/17

    9. Di kawasan tanah tinggi terdapat banyak pusat

    peranginan yang terkenal. Tanah Tinggi Cameron,

    Bukit Freser dan Tanah Tinggi Genting terletak di

    A Banjaran Keledang C Banjaran Crocker

    B Banjaran Titiwangsa D Banjaran Kapuas

    Soalan 10 berdasarkan peta di bawah

    Semenanjung Malaysia

    10. Pernyataan di atas merujuk kepada sungai bertanda

    A. I C III

    B II D IV

    II

    I

    III

    IV

    Pembinaan Empangan Kenyir di hulunyaLokasi pelancongan yang menarik

    Terdapat stesen jana kuasa

  • 8/14/2019 KAJIAN TINDAKAN_KASMAN

    17/17