kajian tindakan.ppt

13

Transcript of kajian tindakan.ppt

  • PENGENALANSENARIO PENDIDIKAN PENDIDIKAN MASA KINI

    Dalam bidang pendidikan, khususnya di sekolah; guru-guru sering terdedah kepada pelbagai situasi kompleks yang berkaitan dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Masalah bertambah berat apabila perubahan demi perubahan diperkenalkan saban tahun, seolah-olah the only Constant is Change. Isu ini timbul kerana terdapat jurang perbezaan antara jangkaan guru (expectation) dengan amalan guru (practise) dalam P&P.

    Untuk mendekatkan jurang ini, adalah penting budaya penyelidikan dijadikan sebahagian daripada budaya sekolah dan asas kepada tindakan perkembangan ikhtisas guru.

  • DEFINISI KAJIAN TINDAKANKajian tindakan sebagai satu kajian yangberbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukanoleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri(pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik;melaksanakan tindakan praktik (intervensi) merekasendiri yang bertujuan untuk memperbaiki ataumeningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman merekatentang amalan itu serta situasi di mana amalan itudilakukan. (Jamil, 2002)

  • TUJUAN MENJALANKAN KAJIAN TINDAKANMembantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran dan dengan itu memperkembangkan kemahiran profesional guru, khususnya dalam mengenal pasti teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    Mengeluarkan gru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri dan memperkembangkan idea-idea baru mengenai amalan.

    Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam bilik darjah, untuk membaiki tindakan dan melihat hasil atau keberkesanan usaha itu.

    Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan profesional mereka agar dapat meningkatkan keyakinan diri dan kepuasan kerja

  • Semasa melancarkan Majlis PenyelidikanPendidikan Malaysia (MAPPEMA) padaSeminar Kebangsaan PenyelidikanPendidikan tahun 1995, Datuk Seri Najib(Menteri Pendidikan) berpesan;

    Apa yang saya harapkan adalah; janganlah menjadikan persoalan metodologi serta mazhab penyelidikan bahawa pendekatan kauntitatif itu lebih baik daripada pendekatan kualitatif atau sebaliknya. Kontroversi ini jika menjadi satu pegangan yang taksib akan menenggelamkan matlamat dan tujuan asa penyelidikan apa yang penting ialah matlamat akhir daripada aktiviti penyelidikan itu sendiri

  • PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN(KITARAN KAJIAN TINDAKAN)

    MERANCANGBERTINDAKMEREFLEKMEMERHATI

  • Prosedur menjalankan Kajian Tindakan bolehdiringkaskan kepada langkah-langkah berikut;

    Langkah pertama : Mengenal pasti masalah yang

    hendak dikaji

    Langkah kedua: Merancang satu tindakan intervensi

    yang perlu dilakukan

    Langkah ketiga: Melaksanakan tindakan intervensi

    tersebut

    Langkah keempat: Memerhati dan menilai kesan

    tindakan intervensi

    Langkah kelima: Mereflek tentang kebekesanan tindakan

    intervensi

  • KITARAN KAJIAN TINDAKAN (edisi BPPDP 2004)MEREFLEKTINJAUAN AWAL: KUTIPAN DATAANALISIS DATAMERANCANG TINDAKANMELAKSANAKAN TINDAKANPENILAIAN : KUTIPAN DATAANALISIS DATAGELUNG 1GELUNG 2

  • PROPOSAL KAJIAN TINDAKANProposal merupakan panduan kepada penyelidik dalam melaksanakan Kajian Tindakan, dan kejelasan proposal akan membantu penyelidik menjalankannya dengan lebih sistematik. Perkara-perkara yang perlu ada dalam proposal ialah;

  • PROPOSAL KAJIAN TINDAKANFormat Penulisan Proposal Kajian Tindakan

    Tajuk KajianNama PenyelidikNama SekolahPeryataan masalah/refleksi pengajaran danpembelajaran laluObjektif kajianKumpulan sasaranTindakan yang dicadangkan

    -Tinjauan Masalah- Cara PelaksanaanJadual Perlaksanaan KajianPeruntukan Dipohon

  • LAPORAN KAJIAN TINDAKANSebagai pelengkap kajian tindakan yang telah dijalankan satu laporan perlulah disediakan oleh penyelidik

    Laporan Kajian Tindakan ialah satu pendokumentasian kajian yang ditulis secara sistematik, jelas dan mesra pembaca.

    Laporan Kajian Tindakan perlu ditulis sejak kita memulakan kajian sehinggalah kita selesai melaksanakan kajian.

  • LAPORAN KAJIAN TINDAKANFormat Penulisan Kajian Tindakan

    Kulit (format diberikan oleh BBPDP)Halaman PengarangAbstrakHalaman Kandungan

    Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran LaluMasalah yang dikajiObjektif kajianKumpulan Sasaran Pelaksanaan kajian- Tinjauan Masalah- Tindakan yang dirancang- Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian- Refleksi Cadangan untuk kajian seterusnyaBibliografiLampiran