Kajian tinjauanICT JPA

14

Click here to load reader

Transcript of Kajian tinjauanICT JPA

Page 1: Kajian tinjauanICT JPA

Tinjauan Terhadap Halangan Penggunaan Peralatan Dan Perisian ICT Di Kalangan Pensyarah

Jabatan Pengajian Am Di Politeknik Merlimau

Oleh :

Asnuurien Najma Binti Ahmad

Jabatan Pengajian Am

Politeknik Merlimau Melaka

[email protected]

Munirah Binti Mustaffa Jabatan Pengajian Am

Politeknik Merlimau, Melaka

[email protected]

Siti Noor Binti Hussain

Jabatan Pengajian Am

Politeknik Merlimau, Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor halangan dalam penggunaan

peralatan dan perisian Information and Communication Technologies (ICT) di kalangan pensyarah

Jabatan Pengajian Am (JPA). Kajian ini juga melihat kepada faktor halangan memberi kesan terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kuantitatif di mana

ia melibatkan penggunaan instrumen soal selidik berskala likert dan kaedah pemerhatian. Seramai 35

orang pensyarah JPA yang telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Maklumat yang diperoleh

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows

yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min. Hasil dapatan kajian menunjukkan

bahawa faktor utama penghalang dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT adalah peruntukan

pembelian peralatan dan perisian ICT adalah mahal, terhad dan tidak berfungsi dengan baik atau rosak.

Cadangan untuk mengatasi halangan tersebut juga dikemukakan oleh pengkaji.

Kata kunci : halangan, penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam pembelajaran & pengajaran

(P&P)

Page 2: Kajian tinjauanICT JPA

1.0 PENGENALAN

Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau

menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara

bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon 1992). Walau bagaimanapun,

dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka

tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah ianya menjadi suatu pemangkin dalam P&P

(Ehwan Supangat, 2005).

Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan

mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para

pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang

yang diingini. Keberkesanan TMK dalam P&P dapat dilihat dari awal peringkat pra-sekolah,

sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, wujudlah

istilah pendidikan dan TMK yang sering dilaung-laungkan oleh Mantan Menteri Pelajaran

Malaysia. Ini dibuktikan dengan petikan kata-kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun

Hussein:

‘kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk

memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan’

Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan peralatan dan perisian ICT (Information and

Communication Technologies) dalam dunia pendidikan bukan lagi dianggap sesuatu yang

asing. Ia adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan serta sesuai

untuk dijadikan alat bagi membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Malah ICT juga turut mampu

membantu pengajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika

digunakan dengan lebih sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar

terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.

Page 3: Kajian tinjauanICT JPA

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemahiran ICT di peringkat institusi pengajian tinggi sememangnya tidak dapat disangkal lagi

kepentingannya dalam sistem pendidikan negara masa kini. Oleh yang demikian, pengetahuan

ICT di kalangan pensyarah adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasi kepada

para pelajar. Pada zaman yang serba canggih ini, dunia pendidikan juga menuntut para

pendidik terutama pensyarah memperbaharui cara penyampaian dalam pengajaran dengan lebih

efektif, kreatif dan berinovatif. Dengan adanya kecanggihan teknologi, ia dapat membantu para

pensyarah dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan serta menarik minat pelajar dalam

pembelajaran. Ia juga dapat menggantikan sistem P&P secara tradisional kepada kaedah yang

lebih canggih dan bersistematik serta efektif.

Pada hari ini, sistem pendidikan yang berasaskan ICT menggesa pihak Kementerian

Pengajian Tinggi menyediakan satu kemudahan serta prasarana yang lengkap dan

membekalkan pelbagai peralatan atau perisian ICT untuk kegunaan para pensyarah bagi

memastikan objektif pendidikan pada hari ini tercapai. Para pensyarah juga diberikan

pendedahan mengenai pengetahuan pengendalian peralatan dan perisian ICT melalui latihan

dan kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian bagi memastikan para pensyarah

berkemahiran tinggi serta menguasai dunia teknologi.

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) juga dilihat telah banyak mengaplikasikan

penggunaan TMK dalam P&P. Secara umumnya, proses P&P yang dijalankan masih

menggunakan cara tradisional iaitu kuliah syarahan dan tutorial. Namun, TMK memainkan

peranan penting sebagai satu alat bantu mengajar dan belajar yang serba canggih dan lebih

berkesan daripada pendekatan ’Paper & Chalk’. Dengan ini jelaslah penggunaan TMK dalam

P&P bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien, terancang dan bersesuaian

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan P&P.

Page 4: Kajian tinjauanICT JPA

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat

Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara yang baru diperkenalkan dalam kehidupan

sesuatu masyarakat ianya tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi

sebahagian dari budaya hidup. Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada faktor-faktor

seperti kemudahan untuk mendapatkannya, kecanggihannya serta manfaat yang boleh

diperolehi darinya. Pada hari ini juga Kementerian Pelajaran banyak membekalkan

kemudahan-kemudahan peralatan ICT untuk melaksanakan proses P&P. Sebagai contoh

pengagihan komputer riba kepada sebahagian tenaga pengajar malah setiap institusi pendidikan

dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan perisian ICT seperti Pemancar LCD dan OHP.

Namun begitu, pengkaji melihat ramai pensyarah lebih berminat menggunakan kaedah

tradisional daripada menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam P&P walaupun mereka

mengetahui hakikat sebenar kebaikan pengaplikasian ICT dalam P&P. Howell (1971) di mana

beliau melihat pelajar lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu subjek (bahasa Perancis) dengan

menggunakan komputer berbanding cara konvensional. Pengkaji juga sering melihat

kemudahan ICT hanyalah digunakan oleh pensyarah yang sama di mana mereka lebih maju

dari segi pengendalian peralatan dan perisian ICT jika dibandingkan pensyarah yang lain.

Oleh itu pengkaji ingin menyelidik faktor halangan yang wujud dalam penggunaan

peralatan dan perisian ICT dalam proses P&P serta melihat perkaitan sejauh manakah faktor

halangan mempengaruhi kekerapan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT. Pengkaji

juga melihat kesan ke atas proses P&P apabila wujudnya faktor halangan dalam penggunaan

peralatan dan perisian ICT di Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Merlimau, Melaka

(PMM).

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Mengenal pasti faktor halangan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT di

kalangan pensyarah JPA dalam proses P&P.

4.2 Mengenal pasti kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P.

4.3 Mengenal pasti cara mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan

perisian ICT di kalangan pensyarah.

Page 5: Kajian tinjauanICT JPA

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

5.1 Apakah halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT

dalam pengajaran pensyarah.

5.2 Apakah kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P.

5.3 Apakah cara untuk mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan

perisian ICT di kalangan pensyarah.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan

PMM, khususnya para pensyarah JPA. Pengkaji juga mengharapkan agar kajian ini dapat

memberikan maklum balas kepada pihak pengurusan PMM untuk dinilai akan kebenarannya.

Adalah diharapkan juga agar kajian ini menjadi salah satu saluran kepada pengurusan

politeknik untuk mengetahui perkembangan semasa pensyarah dalam proses P&P di PMM dan

dengan itu pihak pengurusan boleh menilai semula atau membuat perancangan pada masa

hadapan dengan lebih teliti bagi mengatasi halangan yang wujud dalam penggunaan peralatan

dan perisian ICT ini.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan agar dapat mengemukakan cara bagaimana untuk

mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan

pensyarah. Secara tidak langsung, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pensyarah-

pensyarah yang menghadapi masalah dalam menggunakan peralatan dan perisian sebagai

medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasi masalah tersebut.

7.0 KAJIAN LEPAS

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh Johari Bin Hassan dan Siti Norazlina Binti

Kamisan (2008) terhadap halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran di kalangan guru di Kulai Jaya, Johor menunjukkan bahawa antara halangan

yang telah dikenal pasti dalam halangan ini ialah faktor masa, faktor sikap, faktor latihan dan

faktor kemudahan.

Page 6: Kajian tinjauanICT JPA

Kajian yang seterusnya dijalankan oleh Noor Azean Bt Atan dan Beatrice Andrew

terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap guru pelatih

menunjukkan kebanyakan guru pelatih merasakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran

mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan lebih jelas dan efektif seiring dengan

peningkatan kemahiran generik mereka.

Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Koni Md Taha et.al 2006, (UiTM) pula

menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

menggambarkan seseorang pensyarah itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang amat

istimewa. Beliau menambah bahawa seseorang pensyarah perlulah menjadikan amalan

penggunaan peralatan ICT seperti komputer, internet dan lain-lain yang berkaitan dengannya

dijadikan sebagai satu budaya yang perlu dipraktikkan seharian.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan

pentadbir, dan kemudahan komputer di sekolah telah di kenal pasti menjadi halangan terhadap

pengunaan komputer dan ICT di kalangan guru-guru di sekolah. Justeru, pengkaji ingin

mengenal pasti halangan-halangan baru yang timbul dan halangan utama yang menjadi

penyumbang terbesar terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT di Politeknik Merlimau

khususnya di Jabatan Pengajian Am.

8.0 SKOP KAJIAN

Tempat kajian yang dilakukan adalah di JPA, PMM. Kajian ini hanya terbatas kepada

pensyarah-pensyarah JPA sahaja yang terdiri daripada 35 orang pensyarah iaitu dalam bidang

Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta bidang Bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini hanya

releven untuk aspek tempat dan kajian yang dikaji oleh pengkaji sahaja.

9.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Bentuk kajian penyelidikan yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif dengan

menggunakan borang soal selidik dan kaedah pemerhatian. Penyelidikan deskriptif adalah satu

kaedah kuantitatif. Mengikut Azizi Yahaya et al.(2007), statistik deskriptif digunakan bagi

menghurai ataupun membuat ringkasan pada maklumat ataupun data yang diperolehi bagi

populasi ataupun sampel, ia biasanya digunakan oleh para penyelidik bagi membuat ringkasan

Page 7: Kajian tinjauanICT JPA

pada data yang mempunyai kuantiti yang besar. Set soal selidik disediakan dan diedarkan

kepada responden bagi mendapatkan maklumat.

Penggunaan soal selidik bagi penyelidik adalah mudah dan sesuai dengan masa

malahan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam kajian ini, data-data telah

dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh pengkaji sendiri di

tempat kajian. Data mentah yang diperoleh telah dianalisa dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Maklumat yang diperoleh

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for

Windows yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min.

Sampel Kajian

Populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang spesifik (Azizi Yahaya

et. al., 2007). Seseorang penyelidik mungkin tidak berupaya menggunakan semua anggota

populasi dalam kajian. Oleh itu, wakil atau contoh am populasi yang dikenali sebagai sampel

sahaja yang akan digunakan dalam kajian (Mohd. Majid Konting, 2000)

Mohd Majid Konting (2005), mendefinisikan populasi sebagai satu set ciri yang

menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek.

Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat

yang sama antara satu sama lain. Tugas pertama dalam persampelan ialah mengenalpasti dan

mendefinisikan populasi yang disampel secara spesifik (Azizi et. al., 2007). Sampel kajian

adalah terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Am sahaja.

10.0 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan daripada set soal selidik yang telah diedarkan kepada responden akan dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Hasil

daripada analisis data tersebut kemudian akan dipaparkan dalam bentuk jadual yang

menunjukkan min bagi setiap item yang diperoleh.

Bagi analisis min, pengkaji telah mengklasifikasikan min kepada 3 tahap responden

sama ada rendah, sederhana, atau tinggi. Kategori pertama iaitu min antara 3.81 ≤ min ≤ 5.00

ditafsirkan kepada tinggi. Kategori kedua iaitu min 2.41 ≤ min ≤ 3.80 ditafsirkan kepada

Page 8: Kajian tinjauanICT JPA

sederhana manakala kategori ketiga iaitu min 1.00 ≤ min ≤ 2.40 ditafsirkan kepada rendah.

Ringkasan Nilai Skor Min adalah seperti jadual berikut :-

Jadual 1: Jadual Nilai Skor Min Untuk Tahap Halangan

Skor Min Tahap Halangan

1.00 ≤ min ≤ 2.40 Rendah

2.41 ≤ min ≤ 3.80 Sederhana

3.81 ≤ min ≤ 5.00 Tinggi

Taburan responden mengikut jantina dan umur

Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina di JPA, PMM. Seramai

35 orang responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini dengan jumlah responden lelaki

mewakili 40% daripada responden manakala selebihnya adalah responden perempuan. Jadual 1

juga menunjukkan taburan responden mengikut umur.

Kebanyakan responden dalam kajian ini adalah dalam lingkungan umur 26 hingga 30

tahun dengan responden perempuan mewakili 31.4% (11) manakala seramai 14.3% (5) adalah

terdiri daripada responden lelaki. Daripada kajian juga mendapati bahawa responden yang

paling sedikit mewakili sebanyak 8.6% (3) iaitu dalam lingkungan umur 20 hingga 25 tahun

yang terdiri daripada perempuan.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan majoriti responden di JPA mempunyai

pengalaman mengajar dari 1 hingga 5 tahun pengalaman mengajar iaitu sebanyak 34.3% (12)

mewakili perempuan dan sebanyak 20% (7) responden yang mewakili lelaki. Jadual 2 juga

menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pengalaman 15 tahun ke atas amat sedikit

bilangannya jika dibandingkan dengan lain-lain iaitu seramai 5.7% (2) responden yang

mewakili lelaki dan sebanyak 2.9% (1) yang mewakili responden perempuan.

Jadual 2: Jadual menunjukkan taburan responden mengikut jantina, umur dan

pengalaman mengajar

Jantina (%)

Umur Pengalaman Mengajar

20 – 25 thn

26 – 30 thn

31 – 35 thn

36 thn

ke atas

< 5 thn

1 – 5 thn

6 - 10 thn

11 – 15 thn

15 thn

ke atas

Lelaki 40% 0 14.3 % 17.2% 8.6 % 0 % 20% 5.7% 8.6% 5.7%

Perempuan 60% 8.6 % 31.4 % 5.7 % 14.3% 11.4% 34.3% 2.9 % 8.6 % 2.9 %

* N = 35 orang

Page 9: Kajian tinjauanICT JPA

Taburan responden mengikut bidang mengajar

Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut bidang mengajar di JPA, PMM.

Responden yang terdiri dari bidang Pendidikan Islam & Moral adalah mewakili 57.1% (20)

manakala responden yang terdiri dari bidang Bahasa Inggeris pula adalah mewakili 42.9% (15).

Jadual 3: Jadual Menunjukkan taburan responden mengikut bidang mengajar

Bidang Mengajar Peratus

Pendidikan Islam & Moral 57.1 %

Bahasa Inggeris 42.9 %

* N = 35 orang

Faktor halangan dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT di kalangan pensyarah

Jabatan Pengajian Am dalam melaksanakan proses P&P?

Jadual 4 : Jadual Menunjukkan taburan responden mengikut bidang mengajar

* N = 35 orang

Melalui hasil kajian ini didapati bahawa terdapat 10 item yang menjadi pernyataan halangan-

halangan yang dihadapi oleh responden terhadap penggunaan ICT.

Berdasarkan Jadual 4, faktor usia yang semakin meningkat (85.7%) mewakili mereka

yang mengatakan ianya bukanlah menjadi faktor penghalang dalam pengunaan peralatan dan

perisian ICT dalam P&P. Manakala tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam

Item Kajian Peratus Min

Item Tahap SP

Ya Tidak

Faktor usia yang semakin meningkat. 14.3% 85.7% 1.14 Rendah 0.36

Faktor peralatan yang disediakan terhad 82.9% 17.1% 1.83 Rendah 0.38

Kebanyakan peralatan yang disediakan tidak berfungsi/rosak 85.3% 14.7% 1.86 Rendah 0.36

Peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah

mahal.

94.3% 5.7% 1.94 Rendah 0.24

Tahap kemahiran penggunaan ICT adalah terhad. 60% 40% 1.60 Rendah 0.50

Tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam

pengajaran adalah rendah.

40% 60% 1.40 Rendah 0.50

Kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran 65.7% 34.3% 1.66 Rendah 0.48

Kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain. 65.7% 34.3% 1.66 Rendah 0.48

Pelajar lebih berminat memberi tumpuan kepada audio/visual

yang dipaparkan daripada penerangan pensyarah

51.4% 48.6% 1.51 Rendah 0.51

Kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual dalam P&P. 77.1% 22.9% 1.77 Rendah 0.43

Page 10: Kajian tinjauanICT JPA

pengajaran adalah rendah (40%) mewakili responden yang menyatakan bahawa ia adalah satu

penghalang terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam P&P.

Jadual 4 juga menunjukkan faktor utama yang mendorong responden tidak

menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Majoriti

responden iaitu seramai 33 orang (94.3%) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong

mereka tidak menggunakan peralatan dan perisian dalam proses P&P adalah disebabkan oleh

peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal. Manakala responden

yang menyatakan mereka tidak menggunakan peralatan dan perisian dalam proses P&P adalah

disebabkan oleh kebanyakan peralatan yang disediakan tidak berfungsi atau rosak iaitu seramai

30 orang (85.3%).

Ini diikuti seramai 29 orang (82.9%) menyatakan sebab mereka tidak menggunakan

peralatan dan perisian ICT adalah disebabkan peralatan-peralatan yang disediakan begitu

terhad, 27 orang (77.1%) disebabkan kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual P&P, 23

orang (65.7%) menyatakan disebabkan kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran, 23

orang (65.7% orang) disebabkan penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain, 21 orang (60%)

merasakan tahap kemahiran penggunaan ICT adalah terhad dan 18 orang (51.4%) disebabkan

pelajar lebih berminat memberikan tumpuan terhadap audio atau visual yang ditayangkan

berbanding dengan pengajaran pensyarah.

Kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran P&P.

Dapatan kajian daripada kaedah pemerhatian yang dibuat, faktor halangan yang dihadapi oleh

pensyarah banyak memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kesan

yang dilihat adalah pensyarah lebih berminat menyampaikan pengajaran secara tradisional iaitu

”Chalk and talk” berbanding penggunaan peralatan teknologi. Kesan ini adalah salah satu

penyumbang kepada kegagalan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk

mencapai objektif pendidikan ke arah penggunaan teknologi. Ia juga mempunyai perkaitan

dengan kemahiran pensyarah dalam penggunaan peralatan dan perisian ICT, di mana

pengetahuan dan kemahiran pensyarah akan terbatas kerana penggunaan peralatan dan perisian

ICT tidak diaplikasikan dalam P&P. Malah penggunaan peralatan ICT yang sedia ada hanya

digunakan oleh pensyarah yang mempunyai kemahiran ICT yang tinggi sahaja.

Page 11: Kajian tinjauanICT JPA

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa faktor halangan peralatan yang terhad dan tidak

berfungsi juga memberi kesan terhadap penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam P&P.

Peralatan dan perisian ICT yang terhad mengganggu proses P&P di mana pensyarah terpaksa

melupakan hasrat untuk menggunakan peralatan ICT sekiranya peralatan sedia ada telah

digunakan oleh pensyarah lain. Manakala perisian sedia ada seperti high class yang terdapat di

makmal bahasa juga tidak dapat digunakan dalam P&P kerana mengalami beberapa masalah

yang mengakibatkan perisian tersebut tidak berfungsi. Oleh yang demikian pensyarah tidak

berpeluang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan ia memberi impak di mana pensyarah akan

kelihatan ketinggalan dalam bidang teknologi pada zaman yang serba canggih ini.

Kajian juga menunjukkan faktor halangan bilik kuliah yang tidak praktikal juga adalah

penyumbang kepada kegagalan pensyarah dalam menggunakan peralatan dan perisian ICT

dalam P&P. Pengkaji mendapati kebanyakan bilik kuliah tidak disediakan peralatan teknologi

seperti layar skrin untuk paparan visual yang dipancarkan melalui LCD. Malah situasi bilik

kuliah tidak berada dalam keadaan yang kondusif. Ini menyebabkan hasil pancaran melalui

LCD menjadi kabur dan tidak jelas. Ini menyebabkan penyampaian P&P kelihatan tidak

menarik malah pelajar kurang memberi tumpuan terhadap penyampaian pengajaran pensyarah.

Ini mengakibatkan penyampaian pengajaran adalah tidak berkesan.

Cadangan untuk mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan peralatan dan

perisian ICT di kalangan pensyarah.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji menyarankan beberapa cadangan

untuk dipertimbangkan oleh pihak Pengurusan Politeknik dan pihak Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia (KPTM), para pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Pengajian Am dan

pihak-pihak yang berkenaan.

Cadangan kepada Pengurusan Politeknik & KPTM

(i) Memberi galakan kepada warga politeknik dengan memandang serius setiap

permasalahan yang ditimbulkan serta menyediakan infrasruktur yang bersesuaian dan

mencukupi seperti pembinaan bilik-bilik kuliah yang bersesuaian untuk penggunaan

ICT dalam P&P.

(ii) Memastikan peralatan dan perisian ICT serta kemudahan perkhidmatan internet

memenuhi keperluan pensyarah.

Page 12: Kajian tinjauanICT JPA

Cadangan kepada pihak pensyarah

(i) Memberi sokongan penuh terhadap usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

untuk mencapai objektif pendidikan berteraskan teknologi dengan mempertingkatkan

kemahiran ICT untuk pengajaran secara berterusan di kalangan tenaga pengajar

politeknik.

(ii) Pengajar atau pensyarah perlulah menerima kemahiran penggunaan ICT sebagai salah

satu kemahiran pengajaran yang perlu ada pada diri mereka.

11.0 KESIMPULAN

Pembelajaran elektronik atau lebih kerap dipanggil e-learning adalah merupakan menggunakan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menjadi pemudah cara dalam pembelajaran.

Kemajuan ICT seterusnya telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page) dan

jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan satu

persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan

pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih

meluas dalam proses pendidikan.(Baharuddin, 2000).

Hasil kajian ini telah dapat mengenal pasti beberapa faktor halangan terhadap

penggunaan peralatan dan perisian ICT dalam proses P&P. Antara halangan tersebut ialah

peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal, peralatan yang tidak

berfingsi atau rosak, pembelian peralatan perkasaan dan perisisan yang mahal, peralatan-

peralatan yang disediakan tidak berfungsi atau rosak, kemahiran penggunaan ICT yang terhad,

kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual P&P, kekangan masa dalam penyediaan bahan

pengajaran, kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain dan pelajar lebih berminat

memberikan tumpuan terhadap audio atau visual yang ditayangkan berbanding dengan

pengajaran pensyarah.

Hal ini menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pelajar, pensyarah, pentadbir

politeknik dan Bahagian Pengurusan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

(KPTM) untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Seterusnya dapat mewujudkan warga

politeknik yang berkemahiran dalam ICT sekaligus memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan

tenaga kerja yang berdaya saing, kompeten, progresif, dinamik dan bersifat glokal.

Page 13: Kajian tinjauanICT JPA

RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani et al 2006, Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-

Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau

Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2

Azahar Bin Muhammad & Nurul Huda Binti Abdul Wahab.2005, Aplikasi ICT Dalam

Pengajaran Pendidikan Islam Semasa Latihan Mengajar, Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. 2007, Menguasai

Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Badrul Hisham, 2000, Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Berbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah Menengah, Ipoh: Maktab Perguruan Ipoh.

Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali, (2008), Penggunaan

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah

Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru. Tesis

Sarjana Muda.

Ellington. H, Percival & Race (1993). Handbook of Educational Technology, London, Kogan

Page Limite,

Hishamuddin Md Som (2005). Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan Data SPSS

Windows. Johor Bahru : UTM, Skudai.

Hafizah Binti Che Ahmad et al. Tahap Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Guru-Guru Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Dan Kelengkapan Kemudahan Di Sekolah-Sekolah. Tesis Ijazah Sarjana Muda.

UPSI

Johari Bin Hassan & Siti Norazlina Binti Kamisan. Halangan Terhadap Penggunaan

Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan

Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan LuarBandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor.

Tesis Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan UTM : Skudai

Johari Bin Hassan & Norhayati Edje. Penggunaan Internet Di Dalam Mempertingkatkan

Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Dalam Kalangan Pensyarah Fakulti

Pendidikan, UTM Skudai

Lim Bee Yeok & Zaidatun Tasir. 2008, Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan

Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti

Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Mohd Majid Konting. 2005, Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Ketujuh, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan . Johor Bahru: Penerbitan

Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Sukri Saud et al. Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di

Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian

Page 14: Kajian tinjauanICT JPA

Tinggi (IPTA) Negeri Johor. 1st International Malaysian Educational Technology

Convention. Fakulti Pendidikan. UTM : Skudai.

Nurul Ain Bin Mohamad Amin. 2007, Tinjauan Penggunaan Komputer dalam kalangan Guru

di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik dalam Johor. Universiti Teknologi Malaysia:

Tesis Sarjana Muda.

Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad, (2007), ICT dalam Pendidikan: Prospek dan

Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) UKM.

Zainudin Bin Hassan & Muhamad Azam Bin Jaafar. Penggunaan Komputer Dan Internet

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di

Daerah Pasir Mas, Kelantan Fakulti Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia