kak ziana

download kak ziana

If you can't read please download the document

description

ece321

Transcript of kak ziana

Kaedah Mengajar Menulis di Prasekolah Saya

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur, pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang. Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.. Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.

Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar kanak-kanak prasekolah. Dalam tempoh tersebut, saya telah mengalami masalah yang sama dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Saya mendapati ramai murid di prasekolah mengalami masalah dari segi tulisan. Kebanyakkan latihan menulis huruf atau nombor di dalam buku latihan sukar dibaca dan difahami. Hal ini mungkin disebabkan mereka masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran pra tulis dan ini menyebabkan mereka tidak dapat menulis dengan betul. Bahkan untuk menyalin semula huruf atau nombor yang diberikan agak sukar bagi mereka. Dalam satu proses pembelajaran dan pengajaran yang telah saya jalankan, saya menyediakan satu latihan bertulis di dalam buku latihan. Saya mendapati beberapa orang murid tidak dapat menulis dengan baik, kemas dan teratur. Selain itu perkembangan motor halus tangan dan jari agak lemah dan ini menyukarkan mereka untuk memegang pensel dengan betul. Saya telah membuat teguran terhadap beberapa orang murid agar menulis dengan betul dan kemas namun hari-hari berikutnya saya masih menemui masalah yang sama. Banyak dikalangan guru-guru menggunakan teknik tradisi, mengajar kanak-kanak dengan gambar, menyebut nama serta menulis bentuk huruf di whiteboard. Atas sebab itulah ramai dikalangan kanak-kanak prasekolah tidak dapat menguasai pembelajaran menulis dengan baik. Penekanan yang diambil adalah berbentuk tergesa-gesa yang hanya menyebabkan kanak-kanak hilang fokus dan lebih banyak bermain dari mempelajari apa-apa, sama ada bahasa mahupun penulisan.

Secara rasionalnya proses pembelajaran melalui pengalih perhatian ini, mampu menjadikan mood kanak-kanak lebih ceria dan apabila mereka gembira maka mereka akan lebih terarah untuk belajar dengan guru daripada menangis apabila melihat guru. Ini juga akan memupuk kepercayaan mereka kepada guru. Bagi saya sebagai guru prasekolah adalah memadai untuk mengajar serta membiasakan kanak-kanak dengan penulisan mahupun lakaran, daripada membebankan mereka dengan penulisan kemas dan pengenalan perkataan tanpa mereka betul-betul memahaminya.

Saya rasa semua orang mempunyai kaedah sendiri mengajar menulis abjad dengan anak / anak murid. Saya sangat suka memulakan apa-apa sesi pembelajaran dengan nyanyian kerana bagi saya ia kaedah yang mudah dan cepat menceriakan mood kanak-kanak. Tidak kiralah sekiranya suara guru yang mengajar tidak selunak Siti Nurhaliza namun yang pasti anak-anak murid akan lebih mudah menerima pembelajaran dengan kaedah nyanyian.. Nak ajar abjad, apa lagi lagu seluruh dunia ABC song.

Saya menggunakan cd dan setiap pagi sebelum sesi P&P bermula dengan memasangnya pada tv, kanak-kanak akan mengikutnya dan lama kelamaan ianya akan terhafal sendiri. Apabila mood mereka ceria maka adalah senang untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dimulakan. Apabila proses belajar menulis dimulakan hendaklah ianya bermula dengan tulisan huruf-huruf yang mudah, bagi saya ianya dimulakan dengan menulis huruf i ataupun l kerana dua-duanya merupakan huruf berbentuk satu garisan menegak yang amat ringkas serta tidak memerlukan kemahiran untuk melakarnya. Namun untuk peringkat awal atau asas memadailah sekiranya membiarkan kanak-kanak prasekolah dengan latihan melakar, kerana ianya akan melatih mereka dengan penggunaan tangan.

Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2001) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara membolehkan kanak-kanak prasekolah memperolehi asas komunikasi, kemahiran sosial dan kemahiran lain yang positif seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani dan nilai estetik sebagai persediaan ke sekolah rendah. Di alaf baru pembangunan globalisasi negara yang berteraskan kepada kemajuan teknologi berasaskan komputer berhasrat bagi melahirkan insan yang seimbang dari segenap aspek boleh dilaksanakan dengan cara mengintegrasikan penggunaan komputer dalam pendidikan bersama dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional yang sedia ada seawal peringkat prasekolah. Melalui pemerhatian lepas, kanak-kanak prasekolah mengalami kesukaran belajar jika menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran menulis yang tradisional.

Disamping menggunakan kaedah yang telah saya sebutkan tadi saya juga ada menggunakan teknik mengajar menulis melalui penggunaan komputer. Namun dengan lima buah komputer yang terhad maka murid-murid juga terpaksa berlajar dalam keadaan berkongsi. Dengan kewujudan komputer sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah telah memberikan kepelbagaian maklumat kepada guru-guru prasekolah, guru-guru pelatih dan ibu bapa dalam usaha untuk mengajar kanak-kanak yang baru berada di alam pendidikan. Kemampuan komputer untuk menyimpan maklumat dalam saiz yang besar termasuk data-data yang berbentuk multimedia interaktif telah menjadikan maklumat-maklumat tersebut mudah diurus dan diguna pakai.

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, katanya. Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat danmengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Kemahiran dan pengetahuan guru amatlah penting, memandangkan kanak-kanak prasekolah memerlukan kemahiran khas. Mengajar prasekolah memerlukan kesabaran dan keupayaan untuk mengajar menulis sehingga murid-murid memahaminya. Guru-guru prasekolah perlu mempunyai imaginasi yang maju, kreativiti dan fleksibiliti untuk mewujudkan pengajaran dan aktiviti untuk beroperasi secara berkesan dalam bilik darjah. Mereka juga mesti seronok bekerja dalam persekitaran yang tidak berstruktur. Guru-guru prasekolah yang berkesan juga mempunyai semangat untuk mengajar anak-anak muda dan keupayaan untuk mewujudkan suasana yang penuh kasih dan hangat untuk pembelajaran.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas.

Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensil dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Apabila berada dalam situasi di mana mereka berkumpul dalam kelas, maka kanak-kanak ini akan mulai menimbulkan masalah. Ini kerana mereka tidak lagi fokus serta hilang objektiviti, harus diingat bahawa kanak-kanak prasekolah mudah mengalah apabila berkaitan tentang apa yang mereka tidak fahami. Seperti yang saya katakan tadi, guru-guru memerlukan kemahiran serta pengetahuan khusus untuk menangani kanak-kanak jenis ini. Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperolehi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.

Peruntukkan masa untuk mengajar kemahiran menulis

Guru perlu merancang untuk pengajaran dengan membuat penelitian dan pentafsiran terhadap kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas yang sedang berkuatkuasa. Kandungan sukatan pelajaran perlu disesuaikan mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar serta berlaku secara bersepadu. Selain daripada itu, pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan serta menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan pelajar. Biasanya berdasarkan pengalaman, guru-guru prasekolah memperuntukkan masa untuk mengajar kemahiran menulis kepada kanak-kanak dalam 45 minit untuk satu sesi harian. Namun kanak-kanak adalah cukup senang untuk teralih perhatian, maka memerlukan masa lebih lama berbanding sesi tradisional. Kemahiran menulis adalah salah satu aspek asas yang ditekankan dalam subjek pembelajaran bahasa. Kemahiran ini perlu dilatih dari tahap pembelajaran yang paling rendah lagi tidak kira secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran kemahiran menulis merangkumi 4 tahap utama iaitu contengan, pratulisan, tulisan mekanis dan tulisan mentalis. Setiap tahap ini mempunyai cabaran masing-masing untuk guru mengajarnya. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya termasuklah dari segi guru, murid, ibu bapa dan utiliti yang dibekalkan.

Masalah-masalah mengajar kemahiran menulisLain-lain perkara tentang kaedah menulis yang dilaksanakan

Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), kemahiran berfikir merentasi kurikulum, ShahAlam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Catron, C.E. dan Allen, J. (1999) Early childhood curriculum: a creative-playmodel (2nd. Ed). Prentice-Hall. New Jersey.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir. 2003. Pembangunan Perisian Multimedia. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Kamus Dewan, Edisi Empat (2007).

Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2001).

http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm