Kalau anda sayangkan ibu

4
Setiap orang dilahirkan oleh ibu masing-masing. Ada di kalangan kita yang begitu bernasib baik kerana dapat tinggal bersama-sama ibu. Tetapi tidak kurang, ada juga yang tidak berkesempatan untuk tinggal bersama-sama ibu sepanjang hayatnya. Malahan, ada di kalangan kita yang tidak pernah menatap wajah ibunya. Perpisahan antara anak dan ibu adalah merupakan suratan takdir. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Ramai juga di kalangan kita yang tidak pernah melihat wajah ibunya, dari kecil sehingga mereka dewasa, tetapi tetap menyayangi ibu. Kerap kali kita mendoakan untuk kesejahteraan ibu, sama ada di dunia atau pun di akhirat. Ibu sebenarnya telah berkorban besar untuk melahirkan kita. Seseorang ibu yang mengandungkan anaknya terpaksa berhadapan dengan persoalan hidup atau mati. Biasa kita dengar, ada ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak. Namun fitrahnya, seseorang ibu rela berkorban untuk melahirkan anaknya. Kadangkala timbul persoalan, di kalangan kita yang telah dipisahkan antara dirinya dengan ibunya, kenapa kami dipisahkan? Walaupun begitu, terdapat mereka yang tinggal bersama ibunya sejak kecil, tetapi nampaknya tidak menyukai ibunya. Dikatakan, ibunya kuat berleter, selalu marahkan dirinya, suruh buat itu dan ini, walaupun dia tidak suka untuk disuruh begitu. Kalau anda sayangkan ibu anda, ada perkara-perkara tertentu yang perlu anda lakukan. Pertama, hormati ibu anda..... emmm bagaimana, ya? Menghormati ibu, pertama sekali tidak menentang

Transcript of Kalau anda sayangkan ibu

Page 1: Kalau anda sayangkan ibu

Setiap orang dilahirkan oleh ibu masing-masing.

      Ada di kalangan kita yang begitu bernasib baik kerana dapat tinggal bersama-sama ibu. Tetapi tidak kurang, ada juga yang tidak berkesempatan untuk tinggal bersama-sama ibu sepanjang hayatnya. Malahan, ada di kalangan kita yang tidak pernah menatap wajah ibunya. Perpisahan antara anak dan ibu adalah merupakan suratan takdir. Namun, kehidupan perlu diteruskan.

      Ramai juga di kalangan kita yang tidak pernah melihat wajah ibunya, dari kecil sehingga mereka dewasa, tetapi tetap menyayangi ibu. Kerap kali kita mendoakan untuk kesejahteraan ibu, sama ada di dunia atau pun di akhirat.

      Ibu sebenarnya telah berkorban besar untuk melahirkan kita. Seseorang ibu yang mengandungkan anaknya terpaksa berhadapan dengan persoalan hidup atau mati. Biasa kita dengar, ada ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak. Namun fitrahnya, seseorang ibu rela berkorban untuk melahirkan anaknya.

      Kadangkala timbul persoalan, di kalangan kita yang telah dipisahkan antara dirinya dengan ibunya, kenapa kami dipisahkan? Walaupun begitu, terdapat mereka yang tinggal bersama ibunya sejak kecil, tetapi nampaknya tidak menyukai ibunya. Dikatakan, ibunya kuat berleter, selalu marahkan dirinya, suruh buat itu dan ini, walaupun dia tidak suka untuk disuruh begitu.

  Kalau anda sayangkan ibu anda, ada perkara-perkara tertentu yang perlu anda lakukan.

      Pertama, hormati ibu anda..... emmm bagaimana, ya? Menghormati ibu, pertama sekali tidak menentang cakapnya. Sama ada kita setuju atau tidak setuju, kita dengar sahaja dulu. Kemudian laksanakan suruhannya setakat yang termampu dan berbuatlah sebaik mungkin. Sentiasa merendah diri apabila bercakap dengannya. Mencium tangannya semasa berjumpa atau untuk berpisah.

      Bercakaplah dengan nada dan bahasa yang sopan dan lembut. Usah meninggikan suara, semata-mata untuk

Page 2: Kalau anda sayangkan ibu

menunjukkan bahawa diri anda telah dewasa dan perkasa sekarang. Usah marahkan ibu anda kerana perbuatan itu bukan hak anda. Sesungguhnya, anda tidak layak untuk memarahi ibu anda. Kalau menegur kesilapannya pun, tegurlah dengan sopan.

      Kedua, ringankanlah bebannya. Banyak kerja yang ibu kita lakukan setiap hari, terutamanya kerja rumah. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang tidak mempunyai orang gaji di rumah.

      Di rumah, ibu terpaksa memasak, membasuh pakaian, melipat pakaian, menggosok pakaian yang kita pakai, membersih dan mengemas dalam rumah, membersih laman rumah, mencuci tandas, memberi makan ternakan, membuang sampah, menjirus bunga. Malah, seribu satu macam tugas lain lagi.

      Kalau anda menjadi anak yang baik dan sayang akan ibu anda, anda boleh memilih untuk meringankan beban kerja ibu anda. Buatlah mana-mana bahagian kerja yang ditanggung oleh ibu anda. Dengan itu, ibu anda akan berasa ringan dengan tugasnya.

      Sekurang-kurangnya cuci, lipat, dan gosoklah pakaian anda sendiri. Kemaskan bilik dan tempat tidur anda setiap pagi. Sentiasa menjaga kebersihan rumah anda dengan tidak menyepahkannya dengan permainan anda atau lain-lain.

      Beban yang paling berat ditanggung oleh seseorang ibu ialah memikirkan masa depan anaknya.

Kalau anda sedang belajar, ibu anda amat risau kalau anda mengalami kegagalan. Oleh itu, pastikanlah anda belajar dengan cemerlang dan bawa balik ke rumah keputusan yang cemerlang. Selalulah berbincang atau sekurang-kurangnya memberitahu pencapaian dan perancangan anda dalam pelajaran.

      Usah sembunyikan kegagalan anda. Dengan cara demikian, ibu anda mungkin tidak mampu menolong anda kerana tidak tahu. Beritahu perkara sebenar agar ibu anda faham dan kalau berpeluang boleh membantu anda, atau meminta orang lain, membantu anda.

Page 3: Kalau anda sayangkan ibu

      Usah malu dengan kelemahan anda kerana orang yang malu dengan kelemahannya tidak akan memperbaiki kelemahan tersebut. Kelemahan tersebut akan kekal bersamanya.

      Kalau anda keluar rumah, ibu anda risaukan keselamatan diri anda. Oleh itu, keraplah laporkan di mana anda berada dan bersama siapa. Beritahunya rancangan yang anda akan buat dan pukul berapa anda jangka akan pulang.

      Pastikan anda sentiasa mendapat izinnya untuk keluar rumah. Sekiranya berlaku sebarang masalah ketika anda keluar, maka orang yang bertanggungjawab akan mencari dan menyelamatkan anda, tentulah ibu anda.

      Kalau anda sayang akan ibu anda, cubalah untuk memahami pemikiran, tingkah laku, perasaan, harapan, dan kebimbangan ibu anda terhadap anda.

      Melalui kefahaman ini sahaja anda boleh menerima ibu anda, walau tidak sempurna macam mana sekalipun ibu anda pada pandangan anda. Setelah anda faham, semua ini akan dapat membantu anda untuk bersabar dengan kerenahnya. Berilah peluang untuk ibu anda menjadi diri sendiri, sebagaimana ibu yang ditakdirkan melahirkan anda dahulu.

      Kalau ibu anda bersifat garang, maka terimalah kegarangannya. Kalau ibu anda bersifat lembut dan lambat, terimalah kelembutan dan kelambatannya. Kalau ibu anda bersifat pendiam sekalipun, terimalah sifat yang ada padanya kerana dialah satu-satunya ibu yang melahirkan anda ke muka bumi ini. Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan perkara itu.

      Orang yang bijak akan menghargai apa yang dia ada dengan penuh rasa syukur. Anda juga begitu.