Kalimah Syahadah

download Kalimah Syahadah

of 2

Transcript of Kalimah Syahadah

  • 8/14/2019 Kalimah Syahadah

    1/2

    KALIMAH SYAHADAH

    Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapatmenyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yangtelah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.

    Lafaz syahadah ialah :

    Ertinya :Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik

    saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

    Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkandengan tetap) di dalam hati.

    RUKUN SYAHADAH

    Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang bolehmerosakkan aqidah.Menurut Ulama Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :

    Menetapkan zat Allah.Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.

    Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak samadengan perbuatan makhluk.Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahajayang benar.

    SYARAT SYAHADAH

    Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkandengan lidah ).Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hakAllah dan Rasul.

    Jangan ada di dalamnya syak ( 70 percaya, 30 tidak percaya )Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )Jangan ada waham ( 30 percaya dan 70 lagi tidak percaya ).Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yangmerosakkan syahadah.

  • 8/14/2019 Kalimah Syahadah

    2/2

    IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR

    Kesan Dunia Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akantersesat.Kesan Akhirat bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya

    kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar.Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.

    10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

    Menyekutukan AllahBertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsepsebenarnya kepada Allah taala sahaja.Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidakmengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.

    akin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripadasistem Islam.Mencaci Nabi dan Sunnahnya.

    Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.

    Menenung nasib dan bermain sihir.

    Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam

    Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apaMenolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.