Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

61

Transcript of Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Page 1: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 2: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

DEFINISI

TAHAP

JENIS-JENIS

CIRI-CIRI

FAKTOR-FAKTORTIPS UJIAN KETAJAMANIMPLIKASI

TERHADAP P&P

Page 3: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 4: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN

Dari segi pendidikan = sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan

pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian

pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan

denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian

mereka.

Page 5: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

1. Tidak dapat melihat langsung.

2. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.

3. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

Page 6: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 7: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

Masalah penglihat

an

sederhana teruk Sangat

teruk

Page 8: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Masalah pada tahap sederhana masih

membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti

melibatkan deria penglihatan dengan

menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

SEDERHANA

Page 9: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih

banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam

mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun

dengan bantuan khas.

TERUK

Page 10: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan

kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti

membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain

SANGAT TERUK

Page 11: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 12: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

ASTIGMATISME

HYPEROPIA

STRABISMUS

GLAUCOMA

ALBINISME

MYOPIA

RABUN WARNA

DIPLOPIA

AMBLIPIA

KATARAK

Page 13: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

ASTIGMATISME

Astigmatisme atau mata silindris merupakan kelainan pada mata yang disebabkan oleh kerana lengkung kornea mata yang tidak merata.

Page 14: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 15: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

MYOPIAIni adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

Page 16: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun.Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun dekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

Page 17: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 18: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

HYPEROPIADikenali juga sebagai rabun jauhterjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanakkanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang

Page 19: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 20: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

RABUN WARNARabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.

Page 21: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. ada segelintir orang yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.

Page 22: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 23: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.

STRABISMUS

Page 24: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Sebab-sebab mata juling • Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. • Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam. • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.

Page 25: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 26: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

DIPLOPIA

Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat double atau ganda. Diplopia berasal dari bahasa Yunani,

diplo = gandaopia = penglihatan

Page 27: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 28: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

GLAUKOMAGlaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik.

Page 29: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

Page 30: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 31: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

AMBLIPIA

Dikenali sebagai lazy eye / mata malasSuatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya.

Page 32: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal. Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.

Page 33: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 34: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

ALBINISME

kurangnya ataupun tidak adanya pigmen melanin pada mataAlbinisme diakibatkan oleh pewarisan alel gen resesif. Pada beberapa kes, seseorang yg mengalami albinisme juga memiliki keterbatasan fizikal sebagai berikut:Sensitif terhadap sumber cahaya yang kuat, seperti lampu yang terang, sinar matahari.Memiliki keterbatasan pada jarak penglihatan.

Page 35: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

KATARAKsejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. 

Page 36: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :-Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasiKatarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.

Page 37: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 38: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 39: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

CIRI-CIRI MASALAH

PENGLIHATAN

RUPA

ADUAN

TINGKAH LAKU

Page 40: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

RUPA Bebola mata selalu berputar-putar

Tidak bertindak balas dengan cahaya

Mata yang selalu bergerak-gerak

Page 41: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

ADUAN Selalu mengadu sakit kepala

Penglihatan yang kabur

Nampak 2 imej pada sesuatu objek

Page 42: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

TINGKAH LAKUSelalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk

melihat papan tulis ataupun objek.Selalu mengerutkan ataupun

mengecilkan mata.Kerap bercakap.

Kerap menggosok mata.Selalu menutup sebelah mata.

Selalu terlanggar objek.Keliru dengan huruf.

Page 43: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Menonton televisyen ataupun membaca buku

dengan jarak yang terlalu dekat.

Memegang kepala dengan cara luar biasa.

Kerap menangis Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa

sudut berlainan.

Page 44: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Sering mencari-cari ayat yang dibaca.

Meniru kerja kawan.Tidak menyiapkan tugasan yang diberi.Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.

Page 45: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 46: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

1. baka dan keturunan2. komplikasi semasa hamil dan

semasa lahir3. Rubella -Rubella adalah

penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.

4. sifilis5. kecederaan6. penyakit

Page 47: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 48: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaran bayi. Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mula mengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu objek besar ketika berumur empat bulan. Perkembangan penglihatan ini berkembang berterusan dan akan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun. 

Beberapa ujian penglihatan boleh dilakukan di rumah oleh ibu bapa bagi menilai tahap penglihatan anak-anak dan untuk mengesan sebarang masalah penglihatan.

Page 49: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

* Ujian penglihatan cahaya - Ini boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu digerakkan.

* Menggunakan mainan yang sederhana besar - Ujian ini boleh dilakukan ketika bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi, Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut. 

Page 50: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

* Mengunakan gula-gula manik - Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuh bulan. Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza. 

* Memadankan gambar-gambar yang serupa – Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.

Page 51: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Sekiranya bayi tidak menunjukkan tindak balas yang diharapkan terhadap ujian di atas, bawalah ia berjumpa pakar mata (optometris atau oftalmologis) untuk pemeriksaan lanjut. Jangan takut untuk membuat pemeriksaan mata terhadap anak-anak anda kerana pengesanan masalah pada peringkat awal adalah penting untuk mengelak kes-kes yang lebih teruk seperti amblyopia dan juling. Amblyopia dan juling juga kini boleh dirawat melalui kaedah ortoptik yang boleh didapati di pusat rawatan pakar mata dan juga pusat perkhidmatan optometris. Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap kesihatan mata anak agar tidak menjejaskan kehidupan dan pendidikan mereka kelak.

Page 52: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Page 53: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARI ASPEK ADAPTASI KHAS MURID MASALAH PENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN, PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH, PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAAN INTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL

Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:

Page 54: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

SentuhPandu tangan kanak-kanak untuk

menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda

ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang

kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian

seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur

ataupun di taman.

Page 55: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

PendengaranBercakap dengan kanak-kanak itu pada

setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang

sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan

jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.

• Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan 

galakkan ia bertanya kembali.• Elakkan daripada menggunakan bahasa

pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya

, “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya

terus kepada kanak-kanak.

Page 56: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

BauPastikan kanak-kanak

diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi,

bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan

lain-lain.

Page 57: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

RasaGalakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan

sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan.

Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan

minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah

makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi

kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam

pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa

baginya.

Page 58: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan

peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya

adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta,

gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik

penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand

magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.

Page 59: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari

segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak.

Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki

penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan

preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak

kategori ini.

Page 60: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas  menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui ramai murid low vision  yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh, sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan

Page 61: Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan