Kanak-kanak Sindrom Down
Transcript of Kanak-kanak Sindrom Down
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
1/11
1
1.0 Pengenalan
Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak- kanak yang
mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehanyang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada
kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka
(Heward,2003) Pelbagai
istilah lain telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khasini seperti kanak-kanak
istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-
kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak- kanak terbantut pertumbuhan dan
perkembangan.
Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa
atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh
mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan
untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang
mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir.
Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak- kanak normal dari
segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat dan mendengar),keupayaan
berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur
gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri).
RAMAI orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada
mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu
dan buta. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah
masalah pembelajaran.
Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut
ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah
pembelajaran dan lain-lain.
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
2/11
2
Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami
lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia
kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif -
lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak
terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun.
Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja
dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas.
Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti
pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu,
lembab dan nakal kerana tingkahlaku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas.
Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk,
serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai
yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan
mereka malas dan tidak minat belajar.
Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan.
Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar
lain. Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit
peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini.
Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan
hasil.
Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri
untuk penilaian seterusnya.Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya
mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidakmengalami penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah
yang dilihat di klinik psikiatri.
2.0 Definisi Sindrom Down
Menurut kamus, perkataan sindrom membawa maksud kehadiran gejala dan tanda yang
menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Istilah Sindrom Down ini diambil sempena nama
seorang doktor berbangsa Inggeris yang bernama Dr. John Langdon Handon Down. Beliau
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
3/11
3
merupakan orang pertama yang telah menjelaskan keadaan serta tanda dan gejala penyakit
genetik ini pada tahun 1866.
Di Malaysia, kelahiran bayi Sindrom Down yang berlaku adalah satu dalam setiap 660 bayi.
Secara perbandingan, kelahiran bayi Sindrom Down di Amerika Syarikat hanya berlaku satu
dalam setiap 1000 bayi. Hal ini bermakna kelahiran bayi Sindrom Down di Malaysia adalah
lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.
Definisi Sindrom Down dari sumber yang lain menyatakan:
"Down Syndrome is the most common and readily identifiable chromosomal conditionassociated with intellectual disabilities. It is caused by a chromosomal abnormality: for some
unknown reason, an accident in cell development results in 47 instead of the usual 46
chromosomes. This extra chromosomes changes the orderly development of the body and
brain. In most cases, the diagnosis of Down Syndrome is made according to results from a
chromosome test administered shortly after birth"
Sindrom Down adalah suatu kumpulan gejala akibat daripada abnormalitas atau
ketidaknormalan kromosom. Biasanya kromosom 21yang tidak berhasil memisahkan diri
selama meiosis sehingga terjadi individu dengan 47 kromosom. Dalam kandungan ibu, anak
akan menerima 46 kromosom iaitu 23 kromosom daripada ibu dan 23 kromosom lagi adalah
daripada bapa. Dalam kes Sindrom Down ini, anak akan menerima satu kromosom lebih iaitu
pada kromosom 21. Seterusnya, menjadikan jumlah kromosom semuanya adalah 47
kromosom iaitu lebih satu kromosom.
Sindrom Down merupakan kelainan kromosom autosomal yang paling banyak terjadi pada
manusia dan menjadi punca terencat akal. Punca yang mendorong terjadinya penyakit genetik
Sindrom Down ini adalah berkaitan dengan faktor umur ibu semasa mengandung.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan menunjukkan lebih 50% kanak-kanak Sindrom
Down adalah dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas. Kanak-kanak Sindrom
Down dapat dikesan sejak lahir kerana fizikal mereka jelas memaparkan kategori itu.
Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down mengalami terencat akal, sama ada ringan ataupun
sederhana.
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
4/11
4
Sindrom Down adalah kecacatan kromosom yang bercirikan kehadiran bahan genetik salinan
tambahan pada kromosom 21 manusia samada keseluruhan (trisomi21) atau sebahagian
(disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas
antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor
persekitaran, dan peluang rawak. Terdapat tiga jenis genetik yang menyumbang kepada
Sindrom Down yang perlu diketahui. Tiga jenis Sindrom Down itu ialah trisomi 2, Sindrom
Down Mosaik, dan translokasi Robertsonian.
a) Trisomi 21
Trisomi 21disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat kegagalan
ini, gamate (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom 21. Akibat
penambahan kromosom ini menjadikan gamate mempunyai 24 kromosom. Apabila
bergabung dengan gamete normal dari pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom
dengan tiga salinan pada kromosom 21. Trisomi 21adalah punca sekitar 95% Sindrom Down
yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh
kecacatan pada gamete bapa.
b) Sindrom Down Mosaik
Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam badan terjejas.
Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel
mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai Sindrom Down Mosaik. Keadaan ini boleh
berlaku dengan dua cara. Samada dalam keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel
pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21 atau embrio Sindrom
Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan
kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada
keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini merupakan 1-2% daripada Sindrom Down yang dikaji.
c) Translokasi Robertsonian
Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan Sindrom Down mungkin disebabkan oleh
translokasi Robertsonian. Translokasi melibatkan pemindahan materi kromosom dari satu
kromosom ke kromosom yang lain. Translokasi dapat merupakan Robertsonian atau timbal
balik. Translokasi ini terjadi dengan frekuensi satu dalam setiap 500 kelahiran bayi hidup.
Dapat diwariskan daripada orang tua.
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
5/11
5
Translokasi Robertsonian melibatkan 2 kromosom akrosentris (sentromer terletak pada
hujungnya) kromosom yang berfungsi dekat pusat sentromer dengan lebih lanjut kehilangan
kedua-dua lengan pendek kromosom dan lengan panjangnya membentuk kromosom baru.
Sindrom Downtranslokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan
punca 2-3% daripada kes Sindrom Down yang dikaji. Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan
oleh usia ibu dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu.
3.0 Ciri-ciri kanak-kanak sindrom down
Berikut merupakan ciri-ciri kanak-kanak sindrom down.
1. Ciri-Ciri Fizikal Sindrom Down
Kanak-kanak Sindrom Down, mempunyai cirri-ciri fizikal yang unik dimana mereka
mempinyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol. Mereka juga
mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di
sudut dalam. Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu
bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi
bahagian dalam mata. Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat .
Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi
mereka adalah lambat dan tidak teratur . Paras telinga adalah lebih rendah. Kebiasaannya,
kepala mereka lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya
agak pendek.
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari
kelingking membengkok ke dalam di mana tangan yang lebar dan pendek.Kebiasaannya,tapak
tangan mereka hanya terdapat satu garisan urat dinaamkan Simian Crease. Jari dan tangan
mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol. Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu
jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. Kanak-kanak Sindrom Down
mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah
lewat dalam perkembangan motor kasar.
Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan
rendak serta agak bongkok. Mereka juga majoritinya berambut lurus dan lembut.
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
6/11
6
Kebiasaannnya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan gembira dimana mereka
mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik. IQ mereka pula adalah di antara 30-80.
Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir.
Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi
akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga mempunyai
masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah
pertuturan serta menghidap penyakit jantung berlubang. Mereka juga mudah mendapat radang
tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping
masalah kesihatan ini mereka juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata,tangan,
koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya masih kaku dan perkembangan
sensori-motor mereka adalah lambat dan tidak normal.
2. Ciri-ciri Emosi
Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka berkelakuan
tidak menentu iaitu agresif ,pasif dan meminta perhatian yang lebih daripada keluarga.
Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks dimana perasaan
mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak balas tidak sama . Mereka mudah
menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat singkat .
Ketidakstabilan emosi dimana jika harapan mereka terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas
dengan perasaan takut atau marah. Walau bagaimanapun, mereka juga bersifat pengasih dan
mudah mesra.
3. Ciri-ciri Kognitif
Perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka
mempunyai daya ingatan , perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak
dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari
segi percakapan. Dari segi kognitif juga, mereka kurang daya penaakulan dalam pemberian
tumpuan. Keupayaan mental mereka adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70
tetapi bolah mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik.
4. Ciri-ciri Bahasa
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
7/11
7
Dari segi perkembangan bahasa , penggunaan bahasa mereka adalah terhad dimana mereka
tidak boleh menyebut perkataan dengan betul (pelat). Ini kerana mereka menghadapi masalah
kurang pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat bertutur iaitu bermasalah pertuturan.
4.0 Dapatan Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dilakukan dikelas yang sebenar, dapatan dirumuskan dalam jadual
dibawah.
Bil Komponen Pemerhatian
1 Komunikasi dan Bahasa Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidaksesuai dengan pertanyaan.
Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami. Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa
mengerti maksudnya.
Suka menarik tangan orang lain apabila memintasesuatu.
Tergagap-gagap apabila bertutur2 Kognitif mempunyai tumpuan yang singkat, tetapi
memberi tumpuan yang berlebihan kepada
perkara yang disukai
3 Interaksi Sosial Suka berhubung dan bercakap dengan nada yangmanja
.
4 Emosi Mudah marah apabila barang yang dibawanyadikacau
5 Perangai dan Sikap Mudah hilang tumpuan dan kemudian duduktermenung di satu sudut.
Bersikap manja dan suka senyum6 Fizikal Mata yang condong ke bawah
Tidak suka diusap dan disentuh anggota badan.
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
8/11
8
7 Pola Bermain Membawa dan memegang barang sertamembawanya tanpa melepaskan benda tersebut.
Daripada pemerhatian yang dijalankan didapati bahawa tidak terdapat banyak perbezaan yang
dikenalpasti terhadap dapatan yang diperolehi daripada bahan bacaan.
Seperti kanak-kanak yang sindrom downyang lain, semasa belajar atau mendengar sesuatu daripada guru,
pelajar ini akan terbuka mulutnya dan cenderung untuk mengeluarkan lidah. Matanya juga sepet dan berkepala
bulat. Tubuhnya juga sedikit bongkok dan jari-jemari pendek. Pelajar mempunyai masalah dalam
pembelajarannya. Hasil dapatan kajian saya, saya mendapati kanak-kanak yang sindrom down seperti
responden lambat untuk memahami dan mengingat apa yang telah dipelajari.
Contoh yang boleh saya kemukakan disini adalah apabila pelajar tersebut diajar untuk mengeja bermula
daripada huruf a hinggalah kepada g. Responden diajar berserta dengan bunyi dan gambar yang mewakili
huruf-huruf tersebut. Pada awalnya Responden, secara perlahan Responden dapat mengikut apa yang telah
diajar. Selepas beberapa minit kemudian, Responden diminta untuk mengulangi apa yang telah diajar.
Namun, responden tidak dapat menyebutnya dengan tepat. Apa yang diajar oleh guru tersebut telah lupa.
Responden diulang beberapa kali, untuk membantu Responden mengingat dengan baik. Selain itu juga,
Responden mudah terganggu semasa aktiviti membaca. Responden memerlukan perhatian yang khusus untuk
membantunya membaca. Tanpa bantuan daripada guru, pelajar ini tidak akan dapat membaca dengan baik.
Tumpuan Responden kepada benda lain adalah lebih tinggi daripada membaca.
Responden juga mempunyai masalah dalam perkembangan motor halus. Bagi kanak-kanak normal yang
seusia dengannya, mereka sudah mampu untuk menyambung titik lukisan dengan tepat dan betul. Namun,
Responden amatlah berbeza kerana Responden tidak mampu menyambung titik dengan betul. Konsentrasi
Responden dan juga jari yang lemah menjadi punca kepada kenapa responden susah untuk melakukan aktiviti
tersebut. Pemantauan yang berkesan daripada guru adalah penting dalam membentuk perkembangan kanak-
kanak ini.
Namun demikian tidak semua ciri-ciri yang dinyatakan dalam bahan bacaan terdapat pada
murid yang diperhatikan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh responden yang diperhatikan
adalah berbeza dan juga tahap keseriusan simptom yang terdapat pada responden yang dikaji.
Namun secara keseluruhannya ia adalah hampir bersamaan dengan bahan bacaan. Justeru ini
memberikan sedikit pengetahuan dan gambaran yang lebih jelas mengenai simptom atau ciri-
ciri murid berkeperluan khas ini.
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
9/11
9
5.0 Penutup
Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang.
Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses
pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka
yang mempunyai masalah dari segi pemikiran hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa,
pertuturan, penulisan,berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai
kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain.Justeru, mereka tidak mempunyai
kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan
bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang sesuai
dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama,
mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran.
Mereka biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah dan
prosedur pengajaran yang biasa disebabkan jangka penumpuan yang pendek, kurang kebolehan
memindahkan perkara-perkara yang dipelajari. Mereka juga memerlukan lebih dorongan dan benda-benda
yang nyata atau maujud ketika belajar. Kebanyakan mereka dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran
semenjak tahun pertama persekolahan. Beberapa pendekatan haruslah diambil untuk membatu
masalah pelajar ini. Pelajar-pelajar tersebut tidak mampu untuk bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan
dan dorongan orang lain. Keperluan pelajar ini harus diambil berat agar mereka tidak akan rasa disisih dan
mampu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang lain.
6.0 Refleksi
Saya amat bersyukur kerana akhirnya saya telah mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik. Bantuan dan
juga tunjuk ajar yang amat berguna diberikan oleh pensyarah amatlah saya hargai. Tanpa bimbingan beliau,
saya tidak akan mampu untuk menyiapkan tugasan tepa tpada masanya seperti yang telah ditetapkan. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sumbangan idea dalam melengkapkan lagi tugasan
ini. Saya ama tterharu dengan jasa baik yang telah diberikan oleh semua orang yang membantu saya. Terima
kasih saya ucapkan kerana telah membantu saya. Tugasan ini memerlukan kajian tentang kanak-
kanak yang berkeperluan khas.
Kajian yang dibuat amat mencabar bagi saya kerana saya tidak mempunyai pengalaman untuk berhadapan
dengan pelajar yang berkeperluan khas ini. Saya telah banyak membuat rujukan terlebih dahulu dan
bertanyakan kepada beberapa guru pendidikan khas tentang cara untuk berhadapan dengan pelajar tersebut.Saya telah mendapatkan beberapa pendapat dalam memilih pelajar untuk dijadikan sampel kajian saya. Pelajar
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
10/11
10
yang saya telah pilih adalah pelajar sindrom down. Pelajar ini tidak mempunyai masalah kepada saya. Dengan
bantuan guru di situ, saya dapat menjalankan pemerhatian dan ujian ke atas pelajar tersebut dengan lancar.
Namun, saya mempunyai masalah untuk bertutur dengan pelajar tersebut. Pelajar berkeperluan khas itu lebih
suka berdiam dan dilihat takut dengan orang yang tidak dikenali. Saya telah mengambil langkah, untuk
mendekatkan diri saya dengan sampel kajian saya. Walaupun pada awalnya pelajar itu sukar untuk bercakap
dengan saya, tetapi apabila sudah lama bersama dengan mereka, mereka mula menjadi biasa dan senang untuk
melakukan aktivit bersama mereka seperti mewarna, menulis perkataan, dan melukis gambar. Saya ingin
melahirkan rasa bertuah kerana berpeluang untuk melakukan kajian ini. Kajian ini banyak mengajar saya
bagaimana untuk mengenali pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan lebih dekat lagi. Saya sudah mula untuk
mengenali dan memahami pelajar-pelajar tersebut. Saya amat bangga kerana mendapat pendedaha nseperti ini.
Pengalaman yang telah diperolehi bersama pelajar bermasala hpembelajaran ini tidak akan saya lupakan dan
saya akan jadikan panduan kepada saya untuk menjadi guru yang memahami kanak-kanak pada suatu hari
nanti.
-
8/12/2019 Kanak-kanak Sindrom Down
11/11
11
Rujukan
Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak MasalahPembelajaran: Open University
Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd..
Abdullah Yusof ,2007. .HBSE 1103 Pengenalan pendidikan khas Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.
Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak -kanak:Untuk Program IjazahSarjana Muda
Perguruan:Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik,KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd
Jamila K.A Mohamed, (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak -kanak Istimewa. Selangor: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007).Buku Panduan Instrumen
Penempatan Pendidikan Khas BermasalahPembelajaran (IPP) :Manual. Selangor:
Absolute Master Printers Sdn.Bhd
Jamilah K.A Mohamed, 2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Batu Caves:
Percetakan Zafar Sdn. Bhd
K.A. Razhiyah, 2008. Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd
Mohd. Sharani Ahmad, 2006. Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd
Shahabuddin, 2007.Psikologi pendidikan Kuala Lumpur: PTS Professional PulishingSdn.Bhd.