KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT · PDF fileKANDUNGAN vii . SENARAI JADUAL xiii . SENARAI ......
Transcript of KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT · PDF fileKANDUNGAN vii . SENARAI JADUAL xiii . SENARAI ......
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop dan Batasan Kajian 13
viii
1.8 Definisi Operational 13
1.8.1 Keselamatan 13
1.8.2 JKKP 14
1.8.3 NIOSH 14
1.8.4 Industri 14
1.8.5 Sekolah-sekolah Rendah 15
1.8.6 Bengkel Kemahiran Hidup 15
1.8.7 Guru-guru Kemahiran Hidup 15
1.8.8 Guru Opsyen 16
1.8.9 Guru Bukan Opsyen 16
1.9 Kesimpulan 16
BAB II SOROTAN PENULISAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Penguatkuasaan Keselamatan dan Kesihatan 17
Pekerjaan
2.2.1 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 17
2.2.2 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan 18
Pekerjaan (JKKP)
2.2.3 Akta Keselamatan Dan Kesihatan 19
Pekerjaan OSHA 1994
2.2.4 Majlis Keselamatan Dan Kesihatan 19
Pekerjaan Negara
2.2.5 Institut Keselamatan Dan Kesihatan 20
Pekerjaan Negara (NIOSH)
2.3 Matlamat Pendidikan Malaysia 20
2.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 21
2.3.2 Objektif Sekolah Rendah Di Malaysia 21
2.4 Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 22
2.4.1 Matlamat Bagi Matapelajaran 24
ix
Kemahiran Hidup
2.4.2 Objektif Bagi Matapelajaran 24
Kemahiran Hidup
2.4.3 Jadual Waktu Bagi Sekolah Rendah 25
2.5 Tenaga Manusia 26
2.5.1 Guru Kemahiran Hidup Bukan Opsyen 26
Yang Mengajar Kemahiran Hidup
Di SJK (C) Daerah Kulai, Johor
2.6 Sekolah Yang Mengaplikasikan OSH 27
2.6.1 Program OSH Di Sekolah 27
2.7 Tanggungjawab 27
2.7.1 Tanggungjawab Majikan Mengikut 28
AKKP
2.7.2 Tanggungjawab Orang-Orang Yang 29
Bekerja Sendiri Dengan Mengikut AKKP
2.7.3 Tanggungjawab Perekabentuk, 29
Pengilang, Pengimport Dan Pembekal
Dengan Mengikut AKKP
2.7.4 Tanggungjawab Pekerja Dengan 29
Mengikut AKKP
2.8 Potensi Bahaya Di Dalam Bengkel 30
Kemahiran Hidup
2.8.1 Ruang Perjalanan dan Lantai 30
2.8.2 Alat dan Bahan 30
2.8.3 Peredaran Udara 30
2.8.4 Pencahayaan 31
2.8.5 Bekalan Elektrik 32
2.8.6 Potensi Bahaya Dengan Mengikut 33
AKKP
2.9 Pencegahan Kemalangan Di Bengkel 34
Kemahiran Hidup 2.9.1 Peraturan Bengkel Adalah Salah Satu 34
Langkah Pencegahan Kemalangan Di
Bengkel Kemahiran Hidup
x
2.9.2 Langkah-langkah Keselamatan 36
Di Dalam Bengkel
2.9.3 Langkah-Langkah Pencegahan 38
Kemalangan Berdasarkan AKKP
2.10 Kesimpulan 38
BAB III METODOLOGI KAJIAN 39
3.l Pengenalan 39
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Tempat Kajian 40
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Kesahan Kandungan Instrumen Kajian 44
Soal Selidik
3.8 Kebolehpercayaan Instrumen kajian 45
3.9 Prosedur Kajian 45
3.10 Pengumpulan Data 46
3.11 Analisis Data 46
3.12 Kesimpulan 48
BAB VI ANALISIS DATA 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Data Bahagian A 49
4.2.1 Peratusan Responden Mengikut 50
Jantina
xi
4.2.2 Pendidikan Tertinggi 50
4.2.3 Opsyen Mata Pelajaran di Maktab 51
Atau Institut Penguruan
4.2.4 Pengalaman Mengajar 52
4.3 Analisis Soalan Selidik Bahagian B 53
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 54
Apakah Persepsi Guru Di SJK (C)
terhadap tanggungjawab mereka bagi
menjaminkan keselamatan bengkel KH
berdasarkan kepada Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP)?
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 58
Apakah persepsi guru di SJK (C)
terhadap kefahaman potensi bahaya
yang terdapat di bengkel KH berdasarkan
Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (AKKP)?
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 63
Apakah persepsi guru di SJK (C)
terhadap kefahaman tentang langkah
-langkah pencegahan kemalangan di
dalam bengkel KH berdasarkan Akta
Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (AKKP)?
BAB V RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN 67
5.1 Pengenalan 67
5.2 Rumusan Kajian 67
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 68
5.3.1 Dapatan Latar Belakang Responden 68
xii
5.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 69
Apakah persepsi guru di SJK (C)
terhadap tanggungjawab mereka bagi
menjaminkan keselamatan bengkel KH
berdasarkan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (AKKP)?
5.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 69
Apakah persepsi guru di SJK (C)
terhadap kefahaman potensi bahaya yang
terdapat di bengkel KH berdasarkan
Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (AKKP)?
5.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 69
Apakah persepsi guru di SJK (C)
terhadap kefahaman tentang langkah-
langkah pencegahan kemalangan di dalam
bengkel KH berdasarkan Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP)?
5.4 Perbincangan 70
5.4.1 Tanggungjawab 70
5.4.2 Potensi Bahaya 72
5.4.3 Langkah Pencegahan Kemalangan 73
5.5 Cadangan 74
RUJUKAN 75
LAMPIRAN 80
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Jadual Waktu Bagi Matapelajaran Kemahiran 25
Hidup Sekolah Rendah
3.1 Pemilihan skala skor Likert 42
3.2 Taburan item soal selidik mengikut bahagian 43
3.3 Nilai pekali kebolehpercayaan bagi soal selidik 45
kajian
4.2.1 Jantina 50
4.2.2 Pendidikan Tertinggi 51
4.2.3 Opsyen Matapelajaran di maktab atau institusi 52
penguruan
4.2.4 Pengalaman Mengajar 53
4.3.1 Tanggungjawab 57
4.3.2 Potensi Bahaya 62
4.3.3 Langkah Pencegahan Kemalangan 66
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kekerapan Jumlah Kemalangan Yang Berlaku 2
Pada 1,000 Pekerja
xv
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
JKKP Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan
NIOSH Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan
National Institut Of Occupational Safety and Health
AKKP Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
KHSR Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
UPSR Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah
PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
SPM Sijil Peperiksaan Malaysia
STPM Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia
PC Pengajian Tinggi
BM Bahasa Malaysia
KH Kemahiran Hidup
MT Matematik
PSR Pengajian Sekolah Rendah
SN Sains
KT Kajian Tempatan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 81
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 86
C Surat Kelulusan Kementerian 87
Pendidikan Malaysia
D Surat Kelulusan Jabatan Pendidikan 88
Johor
E Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 89
SJK (C) Woon Hwa
F Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 90
SJK (C) Pulai
G Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 91
SJK (C) Senai
H Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 92
SJK (C) Seelong
I Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 93
SJK (C) Kulai 1
J Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 94
SJK (C) Kulai 2
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di Malaysia, terdapat pelbagai agensi yang telah ditubuhkan untuk mencegah
kemalangan berlaku di dalam industri. Antara agensi-agensi tersebut termasuklah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH). Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan ditubuhkan pada tahun 1878 manakala Institut Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Kebangsaan atau dikenali sebagai National Institut Of Occupational Safety
and Health (NISOH) dalam bahasa Inggeris telah ditubuhkan pada 1 Disember 1992
dibawah Akta Syarikat 1965.
Berpandu kepada maklumat daripada Utusan Malaysia pada tarikh 29 April
2008, jumlah kemalangan di tempat kerja pada tahun 2007 telah mencatat sebanyak
56,321 kes berbanding dengan 58,321 kes pada tahun 2006. Berdasarkan kepada
laporan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), jumlah kemalangan
pekerja sepanjang tahun 2007 ialah sebanyak 56,339 kes, manakala jumlah
kemalangan pekerja pada tahun 2006 ialah sebanyak 58,321 kes. Ini bermaksud
bahawa peratus kemalangan pekerja pada tahun 2007 telah menyusut sebanyak 3.4
peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Di samping itu, Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr. Ir Johari Basri
memaklumkan bahawa sebanyak 38,657 kes kemalangan pekerja telah berlaku di
2
tempat kerja manakala 17,683 kes lagi telah berlaku semasa pekerja dalam
perjalanan untuk pergi ke tempat kerja pada tahun 2007. Pada tahun 2006, jumlah
kemalangan berlaku di tempat kerja adalah sebanyak 40,617 kes manakala jumlah
kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja pula mencatatkan sebanyak 17,704
kes. Berdasarkan maklumat-maklumat tersebut, kadar kemalangan bagi kedua-dua
keadaan kemalangan yang berbeza ini turut mencatatkan penyusutan berbanding
dengan tahun sebelumnya.
Rajah 1.1: Kekerapan kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja
(Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia)
Pada tarikh 7 April 2008, jumlah kes kemalangan yang telah berlaku di dalam
industri swasta di Malaysia telah menurun daripada 17 bagi setiap 1000 pekerja
kepada 7.7 bagi setiap 1000 pekerja berbanding dengan tahun 2007. Disebabkan
pengurangan kes kemalangan di industri, jumlah pampasan yang diberikan oleh
Perkeso kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan turut dikurangkan.
Berdasarkan rekod-rekod yang diperolehi, meskipun jumlah kes kemalangan di
tempat kerja di Malaysia telah dikurangkan tetapi pencapaian ini masih tidak
setanding dengan pengawalan kemalangan di negara-negara maju. Selaku pengarah
JKKP, Datuk Dr. Ir Johari Basri memaklumkan bahawa beliau tidak berpuas hati
dengan komitmen majikan dalam penyediaan latihan dan kod amalan keselamatan
untuk pengawalan kemalangan pekerja.
3
Pada tarikh 27 Nov 2007, Datuk Dr Johari Basri menyatakan bahawa beliau
mendapati ramai ketua jabatan tidak prihatin terhadap aspek-aspek keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja. Beliau juga menyatakan bahawa bukan sahaja pekerja
industri yang terlibat dalam kemalangan malah pekerja sektor awam juga terdedah
kepada kemalangan di tempat kerja. Contohnya kemalangan yang sering berlaku
pada pekerja sektor awam ialah mereka yang bekerja di hospital mengalami risiko
tercucuk jarum suntikan adalah tinggi. Pekerja-pekerja hospital tersebut akan
terdedah kepada keadaan yang sangat berbahaya jika jarum tersebut telah digunakan
untuk pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. Selain itu, masalah kesihatan
pekerja juga boleh berpunca dari penggunaan komputer dalam jangka masa yang
panjang, ini akan menyebabkan seseorang pekerja mengalami masalah penglihatan.
sistem pengaliran udara yang tidak baik dan bervirus di pejabat juga merupakan
salah satu punca yang mengakibatkan kesihatan pekerja diancam.
Selain sektor-sektor swasta, JKKP juga menjalankan analisis kepada jumlah
kes kemalangan yang berlaku di dalam pelbagai sektor awam. Berdasarkan kepada
keputusan analisis tersebut, jumlah kes kemalangan di sektor-sektor awam telah
meningkat kepada 8,325 kes pada tahun 2004 berbanding 8,248 kes pada tahun 2000.
Daripada jumlah kes kemalangan di tempat kerja pada tahun 2004, jumlah
kemalangan yang membawa maut adalah 131 kes manakala kes hilang upaya kekal
(HUK) akibat kemalangan adalah sebanyak 1,073 kes, berbanding dengan 97 kes
maut dan 1,141 kes HUK berpunca dari kemalangan pada tahun 2000.
Kesimpulannya, kos kemanusiaan akibat kemalangan di tempat pekerjaan
merupakan isu utama. Setiap perangkaan dalam laporan Perkeso bukan setakat
melibatkan angka, ia juga melibatkan manusia atau pekerja. Peningkatan kemalangan
di tempat kerja boleh menjejaskan produktiviti dan keuntungan dalam industri
berkenaan. Tempat kerja yang bebas daripada ancaman kemalangan boleh membantu
syarikat berjimat dari segi kos, meningkatkan produktiviti dan keuntungannya. Di
samping itu, keadaan kerja yang selamat dapat meningkatkan semangat para pekerja.
Pendek kata, pembekalan dan pengekalan tempat kerja yang selamat dan sihat bukan
4
hanya merupakan tanggungjawab kerajaan malahan ia juga merupakan satu
tanggungjawab yang mesti dipukul sesama majikan dan pekerja.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada Mei 2005, Encik Kasim Buntak telah memegang jawatan sebagai
Penolong Pegawai Pelajaran Gabungan Ketua Unit dalam matapelajaran teknik dan
vokasional di pejabat pelajaran Gabungan Kota Belud (KOBTAR). Menurut kepada
Encik Kasim Buntar, matapelajaran Kemahiran Hidup mula dilaksanakan pada tahun
1993. Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) telah mengganti
matapelajaran Kemahiran Manipulatif yang diajar kepada murid-murid tahap dua
(tahun 4, 5 dan 6) dan ia merupakan salah satu matapelajaran wajib. Matapelajaran
KHSR diajar 2 waktu seminggu iaitu setimbang dengan 1 jam seminggu. Pelajar-
pelajar yang mengambil matapelajaran KHSR tidak perlu diuji dalam Ujian
Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tetapi mereka wajib dinilai dengan peperiksaan
di peringkat sekolah. Kemahiran Hidup juga merupakan satu matapelajaran amali
yang ditawarkan di sekolah rendah (Tahun 4 - 6) dan menengah rendah (Tingkatan 1-
3) yang bertujuan untuk memupuk celik teknologi, kesedaran ekonomi dan
pengurusan diri. Kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru-guru Kemahiran Hidup
merupakan kemahiran yang amat berguna dalam kehidupan harian, contohnya seperti
membuka, pasang, menyenggara, membaiki kerosakan kecil, berurus niaga,
menanam, menternak, memasak, menjahit, mengurus diri dan kerja. Oleh demikian,
matapelajaran Kemahiran Hidup adalah wajib dilaksanakan di setiap sekolah di
Malaysia.
Menurut peraturan keselamatan bengkel, beberapa aspek keselamatan seperti
keselamatan am, keselamatan diri dan rakan-rakan serta keselamatan alatan dan
bahan adalah isu-isu yang penting dan perlu memberi perhatian untuk memastikan
persekitaran kerja dan suasana bengkel Kemahiran Hidup yang teratur dan selamat
untuk mengelak kejadian kemalangan yang mengakibatkan kecederaan. Aspek
5
keselamatan am meliputi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas
dan memakai kasut bertutup. Pelajar-pelajar perlu mendapat kebenaran daripada guru
Kemahiran Hidup untuk memasuki bengkel Kemahiran Hidup. Pelajar-pelajar harus
berada dibawah pengawasan dan mematuhi arahan guru semasa menjalankan kerja-
kerja amali di bengkel. Setelah kerja disiapkan, pelajar-pelajar perlu membersihkan
kawasan tempat kerja dan memastikan semua suis elektrik dimatikan sebelum
meninggalkan bengkel Kemahiran Hidup. Menurut kepada aspek keselamatan diri
dan rakan, pelajar-pelajar harus menjaga keselamatan diri dan disamping ini saling
tolong-menolong semasa menjalankan kerja amali di dalam bengkel. Aspek
keselamatan alatan dan bahan pula menekankan bahawa pelajar harus mendapatkan
bimbingan daripada guru dalam penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum
memulakan sesuatu projek. Selain itu, para pelajar juga harus mengembalikan alatan
dan bahan ke tempat asalnya setelah selesai penggunaannya.
Menurut Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye, terdapat beberapa
kejadian kemalangan telah berlaku di dalam bengkel sekolah pada masa lepas.
Masalah yang timbul secara tidak langsung akan mengancam keselamatan mereka
yang berada di sekolah termasuk guru-guru, kakitangan sekolah, para pelajar dan ibu
bapa. Oleh demikian, program OSH telah diadakan di sekolah bertujuan untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang bekerja dan belajar
di sekolah, sejajar dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994
yang meliputi semua industri yang menggaji "orang di tempat kerja". Isu
keselamatan ini merangkumi kegiatan-kegiatan semua orang yang berada di tempat
kerja dan bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat di dalam bangunan
sekolah, struktur, tandas, kantin, bilik darjah, makmal dan padang sekolah.
Mengikut pengertian daripada Legal Literacy Para pendidik PTS Publications
& Distributors Sdn Bhd September 2003, pengetua, guru besar dan pegawai
perkhidmatan pendidikan yang lain sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh
menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan. Ini
adalah disebabkan mereka tidak begitu jelas atau tidak tahu tentang kewjudan
peraturan-peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam sistem pendidikan.
6
Kadang-kadang mereka terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan
dengan undang-undang dalam pendidikan. Pentadbir pendidikan di sekolah khasnya
guru besar tidak begitu peka kepada peraturan-peraturan yang sedia ada dan tidak
mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas pelajar-pelajar. Kejahilan pentadbir dan
pengurus sekolah adalah antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca sekolah
sering didakwa oleh ibu bapa. Justeru itu, dakwaan di mahkamah ke atas guru dan
sekolah menjadi perkara yang tidak asing lagi. Taraf pendidikan ibu bapa dan ahli
masyarakat yang semakin tinggi menyebabkan dakwaan mahkamah ke atas guru dan
sekolah menjadi perkara tidak asing.
Menurut Hee (2002), mengambil tindakan mahkamah ke atas guru adalah
satu unsur yang sudah meresap ke dalam bidang pendidikan di Malaysia. Namun
demikian, kebanyakan para pendidik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa
patuh kepada peraturan dan undang-undang. Ini terbukti dengan laporan kes-kes di
mahkamah yang amat kecil bilangannya yang membabitkan para pendidik.
Sebaliknya, terdapat beberapa kes yang melibatkan ibu bapa atau pelajar yang
mengheret para guru ke mahkamah kerana ‘kecuaian’ yang dilakukan oleh mereka.
Sesetengah ibu bapa sanggup meletakkan tanggungjawab sepenuhnya untuk
mendidik dan menjaga keselamatan anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Sikap
ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini telah membebankan para guru dan juga
menjadikan pekerjaan ini semakin mencabar. Pendek kata, para guru pada zaman
sekarang bukan sahaja dibebankan dengan tugas mengajar dan mendidik pelajar-
pelajar malahan juga dituntut untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar di
sekolah.
Profesion perguruan sentiasa berdepan dan menerima tekanan daripada orang
awam dan masyarakat yang mengharapkan segala yang terbaik daripada golongan
pendidik ini. Para guru sentiasa dituduh oleh golongan awam sekiranya peristiwa-
peristiwa kurang menyenangkan berlaku kepada pelajar-pelajar semasa mereka di
luar atau dalam kawasan sekolah. Justeru itu, pegawai perkhidmatan pendidikan
seharusnya menyalurkan celik undang-undang pendidikan iaitu legal literacy yang
sepatutnya didedahkan kepada bakal-bakal guru di maktab-maktab perguruan dan
7
institusi pendidikan tinggi sebelum mereka berkhidmat di sekolah. Pengetahuan
tentang undang-undang pendidikan ini membolehkan para guru melindungi diri
sekiranya dituduh oleh pihak ibu bapa dan golongan awam.
Yogeswari Nadarajah & Anor v. Government of Malaysia menyatakan
bahawa sekolah rendah SJK (T) Gemas di Negeri Sembilan telah membiarkan
ranting pokok bunga raya yang dipotong oleh pekerja sekolah berselerak di bawah
pokok tersebut. Pada 7 November, kecuaian ini telah mengakibatkan tragedi berlaku
terhadap seorang pelajar lelaki di sekolah tersebut iaitu terkena ranting kayu pada
mata kirinya atas perbuatan sendiri dan rakannya yang saling membaling ranting
kayu ke arah sesama mereka ini. Yang Arif Wong mengatakan bahawa undang-
undang tidak akan meletakkan liabiliti yang tegas ke atas para guru apabila
kemalangan berlaku atas kecuaian pelajar-pelajarnya. Walaubagaimanapun,
kemalangan ini berlaku disebabkan pihak sekolah gagal mengambil langkah yang
munasabah untuk mengawasi tingkah laku para pelajar.
Pada tarikh 1 Julai 2004 telah berlaku satu kemalangan di dalam bengkel
yang melibatkan 46 orang mangsa yang terdiri daripada golongan pelajar, guru dan
pembantu makmal. Kemalangan ini berlaku atas sebab letupan penunu bunsen
semasa para pelajar menjalankan ujikaji di makmal. Letupan yang kuat ini telah
mengakibatkan kerosakan kabinet sinki makmal yang teruk. Di samping itu, letupan
tersebut juga menyebabkan 19 orang pelajar telah dihantar ke hospital untuk dirawat
atas kecederaan mereka ini. Menurut kepada keputusan siasatan oleh pihak
berkenaan, kemalangan ini berlaku disebabkan oleh sistem paip gas yang terdapat di
dalam makmal tidak pernah disenggara setelah digunakan selama 22 tahun. Oleh itu,
sistem paip tersebut adalah tidak memenuhi standard pemasangan paip gas.
Menurut Majlis Perwakilan Pelajar UTHM (2008), terdapat satu kes
kemalangan telah berlaku di dalam bengkel kayu di Universiti tersebut. Dalam
kemalangan tersebut 2 orang pelajar diploma tahun akhir telah mengalami cedera
parah yang teruk akibat daripada kecuaian staff yang meminta bantuan daripada
pelajar untuk mengendalikan mesin yang berat. Salah seorang pelajar mengalami
8
kecederaan yang hampir putus pahanya dan rakannya pula retak pergelangan kakinya
atas kejatuhan mesin bengkel dari forklif. Kemalangan ini sepatutnya dapat
dielakkan sekiranya tindakan mengarahkan kedua-dua pelajar tersebut untuk
membuat kerja selain daripada kerja amali adalah tidak dibenarkan. Para pelajar
sepatutnya mendapat bantuan dan bimbingan daripada para pendidik semasa
menjalankan kerja amali di bengkel dan bukan sebaliknya diarahkan untuk bekerja
bagi pihak pendidik.
Pada September 2003, Mohamed Raihan Bin Ibrahim & Anor. V.
Government Of Malaysia melaporkan bahawa terdapat seorang pelajar tingkatan satu
dari Sekolah Menengah Port Dickson mengalami kecederaan di bahagian kepalanya
sedalam 2 ½ inci dan retak pada tulang tengkorak kanan kerana terkena cangkul yang
digunakan oleh rakannya semasa menjalani amali Sains Pertanian. Tragedi ini
berlaku atas kecuaian guru yang mengajar matapelajaran Sains Pertanian, Puan Hao
gagal membuat penyeliaan ke atas pelajar yang mengikuti kelas perkebunan.
Kecuaian-kecuaian tersebut termasuklah tidak memeriksa peralatan kebun, tidak
menyediakan sistem keselamatan semasa kelas pertanian, tidak memberi peringatan,
tidak mengambil langkah-langkah keselamatan mengikut keadaan pelajar dan gagal
memberi penerangan yang jelas berkenaan penggunaan cangkul.
Secara keseluruhannya, pihak sekolah bertanggungjawab menjaga
keselamatan pelajar semasa mereka berada dalam kawasan sekolah. Oleh itu, semua
guru haruslah mengambil alih tanggungjawab ibu bapa semasa para pelajar berada di
kawasan sekolah. Selain itu, para guru juga hendak sentiasa memberi penjagaan yang
rapi dan melindungi para pelajar daripada mengalami sebarang risiko yang boleh
mengancam mereka. Tanggungjawab guru-guru di sekolah juga termasuklah
pertimbangan kepada faktor-faktor seperti bilangan pelajar di bengkel, aktiviti yang
sering dijalankan, kelengkapan yang terdapat di dalam bengkel, keadaan fizikal
bengkel dan menyelia pelajar-pelajar yang melakukan kerja amali di bengkel agar
dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
9
Menurut kepada Comer (1998), perancangan kaedah untuk mencegah dan
melindungi masalah boleh digunakan untuk menjadikan sebagai satu garis panduan
pada masa kini dan akan datang. Ia menjurus kepada aspek-aspek pencegahan,
perlindungan dan keselamatan sekolah untuk bebas daripada elemen-elemen negatif.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan sebagai satu pertubuhan
yang menyediakan kesinambungan usaha menjaga keselamatan pelajar-pelajar dari
rumah ke sekolah dan sebaliknya. Justeru itu, penglibatan ibu bapa di dalam kegiatan
PIBG dan acara-acara sekolah yang dapat menjalinkan hubungan erat sesama
anggota PIBG.
Pada tarikh 1 Julai 2007, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH) telah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Negara supaya
mempertimbangkan untuk melaksanakan amalan pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan (OSH) di semua sekolah sebagai cara penyelesaian kepada
semua masalah yang berkaitan dengan OSH. Pada tarikh 13 Agust 2008, Yang Amat
Berhormat Puan Noraini Ahmad yang memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri
Sumber Manusia menyatakan bahawa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
perlu dijadikan matapelajaran baru di sekolah bagi memberikan pendedahan awal
tentang OSH kepada pelajar. Pendedahan awal mengenai OSH amat penting kepada
pelajar bagi membolehkan mereka mengetahui keselamatan dan kesihatan pekerjaan
sebelum mereka menempuhi alam pekerjaan. Pengetahuan mengenai OSH bukan
sahaja untuk kegunaan semasa bekerja tetapi ia juga akan digunakan untuk
kehidupan seharian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Menurut
kepada Yang Amat Berhormat Puan Noraini Ahmad yang juga merupakan Pengerusi
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, sekiranya
semua pekerja memiliki pengetahuan mengenai OSH, maka kemalangan dan
kecederaan di tempat kerja dapat dielakkan. Program OSH di sekolah dapat memberi
manfaat kepada pelajar-pelajar yang bakal membentuk tenaga kerja negara pada
masa depan dan secara langsungnya akan menyumbang ke arah menjadikan
keselamatan di tempat kerja sebagai budaya kerja dan cara hidup yang baik.
Sebenarnya, kesedaran OSH tidak sepatutnya terhad kepada guru-guru dan
kakitangan sekolah sahaja malahan harus diperluaskan kepada pelajar-pelajar bagi
10
memupuk kesedaran mereka di peringkat awal bahawa tempat kerja atau belajar yang
selamat dan sihat adalah penting.
Pelaksanaan peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas
dan berterusan. Ia meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan ko-
kurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal,
disiplin para pelajar dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan mereka. Penekanan
terhadap aspek keselamatan diri bagi para pelajar boleh dilakukan melalui
pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai
program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi dan lain-lain
aktiviti dari masa ke semasa untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada
para pelajar mengenai peraturan-peraturan keselamatan sekolah. Selain itu, aktiviti-
aktiviti seperti mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan bagi
meningkatkan kepekaan dan kesedaran pelajar tentang pentingnya amalan dan sikap
sentiasa berhati-hati semasa berada di sekolah perlu dijalankan. Selain ini, pengetua-
pengetua sekolah harus menggunakan ruang-ruang seperti perhimpunan mingguan,
pemakluman oleh guru tingkatan, mesyuarat staf dan mesyuarat pengawas sebagai
saluran untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang kepentingan
menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.
Pendek kata, kefahaman dan prihatin para pendidik dan pelajar terhadap
aspek-aspek keselamatan dan kesihatan terutamanya di sekolah rendah adalah sangat
penting untuk mengelakkan kemalangan berlaku di dalam bengkel Kemahiran
Hidup.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman dan keprihatinan guru-guru
Kemahiran Hidup terhadap keselamatan bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina daerah Kulai, Johor.
11
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:
I. Mengenalpasti persepsi guru di SJK (C) terhadap tanggungjawab mereka bagi
menjaminkan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup berdasarkan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP).
II. Mengenalpasti persepsi guru di SJK (C) terhadap kefahaman potensi bahaya
yang terdapat di bengkel Kemahiran Hidup berdasarkan Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP).
III. Mengenalpasti persepsi guru di SJK (C) terhadap kefahaman tentang
langkah-langkah pencegahan kemalangan di dalam bengkel Kemahiran
Hidup berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP).
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif tersebut, soalan-soalan kajian yang telah
disediakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti
berikut:
I. Apakah persepsi guru di SJK (C) terhadap tanggungjawab mereka bagi
menjaminkan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup berdasarkan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP)?
12
II. Apakah persepsi guru di SJK (C) terhadap kefahaman potensi bahaya yang
terdapat di bengkel Kemahiran Hidup berdasarkan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (AKKP)?
III. Apakah persepsi guru di SJK (C) terhadap kefahaman tentang langkah-
langkah pencegahan kemalangan di dalam bengkel Kemahiran Hidup
berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP)?
1.6 Kepentingan Kajian
I. Hasil kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak yang terlibat dalam
bidang pendidikan, terutama sekali para pendidik dan pihak sekolah.
Sehubungan dengan itu, kajian ini boleh dijadikan garis panduan untuk
mengenalpasti kesedaran guru-guru sekolah rendah terhadap keselamatan
bengkel di sekolah.
II. Kajian ini memberi peluang kepada guru-guru untuk meningkatkan kesedaran
mereka terhadap keselamatan bengkel di sekolah untuk pencapaian kerja
yang cemerlang.
III. Hasilan kajian ini dapat membantu pihak sekolah mendapatkan idea-idea
untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya bagi
mencegah kemalangan yang sering berlaku di dalam bengkel.