KANDUNGAN - PIS

16
www.pis.edu.my P E N E R A J U I L M U S E J A G A T KANDUNGAN Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Jais Sarday, Pengarah PIS, Hatta Zainal, Presiden MyCenTHE, Dr. Li Jianyao, konsulat Singapura di Johor, Ian Ng, rakan-rakan kolaborasi Industri Pelancongan & Hospitaliti PIS, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS, Abdul Razak Senan serta barisan pengurusan PIS. Disediakan oleh: Baniamin bin Abu Bakar “Politeknik Mentransformasi Kehidupan” P Penubuhan MyCenTHE di bawah Projek Permulaan Ke-10 (EPP10), merupakan satu daripada 13 Projek Permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Program Transformasi Ekonomi Malaysia. MyCenTHE berperanan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam bidang hospitaliti dan pelancongan selain mempromosikan kurikulum pembelajaran berasaskan kerja melalui kerjasama strategik dengan pemain industri hospitaliti dan pelancongan utama Malaysia. Ia juga ditubuhkan untuk meningkatkan jumlah mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi dalam industri dengan sasaran jangka panjang serta melahirkan sekurang-kurangnya 50,000 kakitangan berkemahiran setiap tahun menjelang tahun 2020. Program pembelajaran berasaskan kerja MyCenTHE ini bukan sahaja akan memberikan mereka pengalaman industri sebenar tetapi juga membuka peluang pekerjaan yang berdaya maju. Majlis pelancaran Politeknik Ibrahim Sultan sebagai ketua kluster MyCenTHE negeri Johor. YB Tuan Hj Md. Jais bin Sarday (Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan & Koperasi - wakil rasmi YAB MB Johor) EDISI 1 / 2015 ISSN 2232-0008 oliteknik Ibrahim Sultan (PIS) telah dilantik sebagai Ketua Kluster Pusat Pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti (MyCenTHE) bagi negeri Johor pada 12 Mac 2015 di Dewan Serbaguna, Politeknik Ibrahim Sultan. Menteri Besar, YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin berkata, penubuhan MyCenTHE itu juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang hospitaliti dan pelancongan. Seiring dengan sasaran Johor yang ingin menjadi destinasi pelancongan bernilai tinggi menjelang tahun 2023 sebagaimana terdapat dalam agenda Pelan Induk Pelancongan Negeri. AMANAT TAHUN BAHARU 2015 POLITEKNIK, MENCORAK MASA HADAPAN TVET MALAYSIA PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK & KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI PAYAP UNIVERSITY CHIANG MAI THAILAND JOM BELAJAR BUAT LAYANG- LAYANG SOBEK DI JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL LAWATAN AKADEMIK KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO DI PUTRA WORLD TRADE CENTER GOLD MEDALS IN SEOUL INTERNATIONAL INVENTION FAIR 2014 2 4 6 12 15 16 www.pis.edu.my

Transcript of KANDUNGAN - PIS

Page 1: KANDUNGAN - PIS

www.pis.edu.my

P E N E R A J U I L M U S E J A G A T

KANDUNGAN

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri,

Jais Sarday, Pengarah PIS, Hatta Zainal, Presiden MyCenTHE, Dr. Li Jianyao, konsulat Singapura di Johor, Ian Ng, rakan-rakan

kolaborasi Industri Pelancongan & Hospitaliti PIS, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS, Abdul Razak Senan serta barisan

pengurusan PIS.

Disediakan oleh: Baniamin bin Abu Bakar

“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”

P

Penubuhan MyCenTHE di bawah Projek Permulaan Ke-10 (EPP10), merupakan satu daripada 13 Projek Permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Program Transformasi Ekonomi Malaysia. MyCenTHE berperanan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam bidang hospitaliti dan pelancongan selain mempromosikan kurikulum pembelajaran berasaskan kerja melalui kerjasama strategik dengan pemain industri hospitaliti dan pelancongan utama Malaysia. Ia juga ditubuhkan untuk meningkatkan jumlah mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi dalam industri dengan sasaran jangka panjang serta melahirkan sekurang-kurangnya 50,000 kakitangan berkemahiran setiap tahun menjelang tahun 2020. Program pembelajaran berasaskan kerja MyCenTHE ini bukan sahaja akan memberikan mereka pengalaman industri sebenar tetapi juga membuka peluang pekerjaan yang berdaya maju.

Majlis pelancaran Politeknik Ibrahim Sultan sebagai ketua

kluster MyCenTHE negeri Johor. YB Tuan Hj Md. Jais bin

Sarday (Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan

Usahawan & Koperasi - wakil rasmi YAB MB Johor)

EDISI 1 / 2015 ISSN 2232-0008

oliteknik Ibrahim Sultan (PIS) telah dilantik sebagai Ketua Kluster Pusat Pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti (MyCenTHE) bagi negeri Johor pada 12 Mac 2015 di Dewan Serbaguna, Politeknik Ibrahim Sultan.

Menteri Besar, YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin berkata, penubuhan MyCenTHE itu juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang hospitaliti dan pelancongan. Seiring dengan sasaran Johor yang ingin menjadi destinasi pelancongan bernilai tinggi menjelang tahun 2023 sebagaimana terdapat dalam agenda Pelan Induk Pelancongan Negeri.

AMANAT TAHUN BAHARU 2015

POLITEKNIK, MENCORAK MASA

HADAPAN TVET MALAYSIA

PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK & KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI PAYAP UNIVERSITY CHIANG MAI THAILAND

JOM BELAJAR BUAT LAYANG-

LAYANG SOBEK DI JABATAN

REKABENTUK & KOMUNIKASI

VISUAL

LAWATAN AKADEMIK KE

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO DI

PUTRA WORLD TRADE CENTER

GOLD MEDALS IN SEOUL

INTERNATIONAL INVENTION FAIR

2014

2

4

6

12

15

16

www.pis.edu.my

Page 2: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 2

i PREM ER BULETIN

POLITEKNIK, MENCORAK MASA HADAPAN TVET MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Warga politeknik yang saya kasihi sekalian. Hadirin sekalian, Jika diimbas pada tahun 2014, kita telah menyaksikan kejayaan-kejayaan pensyarah dan pelajar kita dalam pelbagai pertandingan peringkat inovasi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Dalam The 13th Malaysia Invention & Innovation Awards 2014, politeknik berjaya mendapat 1 emas, 4 perak dan 6 gangsa; dalam 25th International Invention, Innovation & Technology Exibition (ITEX’14), politeknik berjaya mendapat 3 emas, 3 perak dan 3 gangsa; dalam Seoul International Invention Fair 2014 (SIIF, Korea), Politeknik menggondol 2 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Kesemua pertandingan tersebut ditambah pula dengan penyertaan politeknik dalam 9 kategori pada National Innovation And Invention Competition Through Exhibition (iCompEx'14).

Dalam Kejohanan FIRA Robo World Cup ke-19 pada bulan November 2014 di China, pasukan Politeknik Malaysia telah memenangi 3 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa. Pingat emas disumbang dalam acara Androsot (Dribble and Attack), Androsot (Soccer) dan Mirosot (5 by 5’s). Pingat perak disumbang melalui kategori Robosot (Vision Challenge) manakala pingat gangsa pula disumbang dalam kategori Robosot (Motion Challenge) dan Robosot (Open Creative Challenge). Ini merupakan penampilan terbaik sepanjang penyertaan pasukan Politeknik Malaysia dalam Kejohanan FIRA Robo World Cup yang telah kita sertai sejak sedekad yang lalu.

Pada tahun lepas, saya telah mengusulkan satu konsep “Penghijauan dalam TVET” untuk kita anjurkan dalam sistem politeknik seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam institusi TVET di luar negara seperti di Korea, China dan Singapura. Malahan konsep yang dibawa oleh Colombo Plan Staff College (CPSC) melalui Green Economy School Concept (GESC) telah mula diterapkan dalam sistem kita. Konsep yang melibatkan perubahan menyeluruh dalam usaha menjadikan kampus politeknik sebagai Kampus Hijau yang menekankan konsep 6R iaitu Reuse, Reduce, Renew, Recycle, Repair dan Rethink untuk dijadikan amalan setiap warga politeknik. Untuk makluman, inisiatif PolyGreen mengintegerasikan pembangunan hijau dalam Pengajaran & Pembelajaran di politeknik dalam lima aspek seperti pengurusan kampus hijau, pembangunan kurikulum hijau, pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau untuk jangka masa pendek. Jawatankuasa PolyGreen telah dibentuk dan tiga sesi bengkel Master Trainer PolyGreen Politeknik Malaysia telah dilaksanakan pada tahun lepas. Saya dimaklumkan pelancaran PolyGreen Blueprint akan diadakan pada bulan Mac 2015 sempena dengan acara Earth Hour yang akan berlangsung pada 28 Mac 2015 di semua politeknik. Saya amat berharap politeknik sebagai institusi yang menerajui teknologi, dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran bagi membangunkan suatu sistem yang lestari dalam jangka masa panjang. Akhir kata, ingin saya ingatkan bahawa politeknik mempunyai peranan yang besar mencorak masa hadapan TVET Negara. Pelanggan dan pemegang taruh telah meletakkan kehendak yang semakin meningkat dan mencabar pada hari ini. Agenda Transformasi Politeknik kekal sebagai hala tuju penting dalam gerak langkah kita. Justeru, jadikanlah tahun 2015 sebagai pentas untuk kita terus bertekad dan berganding bahu memperkasakan agenda transformasi politeknik sebagai institusi inovatif, kreatif dan responsif akan menjadi realiti. Insyaa Allah. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Page 3: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 3

ISU 1 / 2015

oliteknik Ibrahim Sultan (PIS) was appointed to Head The Centre Tourism and Hospitality Education (MyCenTHE) Cluster

for the state of Johore on 12 March 2015 at PIS Multipurpose Hall. Johore Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin said that the cluster had met the aspiration of the state government to produce more skilled workers in the field of tourism and hospitality. Johore has set its eyes to become a highly commercial tourist spot in 2023 as written in the blueprint of the state. Chairman of Education, Entrepreneurship Development and State Cooperation, Jais Sarday, PIS Director, Hatta Zainal, MyCenTHE President, Dr. Li Jianyao, Singapore Consul-General in Johore, Ian Ng and other industry partners were amomg the people who witnessed the historical event. MyCenTHE was established under the 10th Entry Point Project (EPP10). It is also one of 13 projects listed as the National Key Economic Areas to upgrade Tourism and Hospitality education and promote work-based curriculum which can only be materialized through a strategic co-operation established by Tourism and Hospitality Industry and Malaysian Polytechnics. Besides, MyCenTHE also plays a role to ensure at least 50000 skilled and qualified workers are produced in 2020.

The speech from PIS Director, En. Mohd Hatta

bin Zainal

Prepared by: Baniamin bin Abu Bakar Translated by: Yeow Chee Kheong

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

THE HEAD OF CENTRE OF TOURISM AND HOSPITALITY EDUCATION (MyCenTHE)

The speech from YB Tuan Hj Md. Jais bin Sarday

(Chairman of Education, Entrepreneurship Development

and State Cooperation)

Page 4: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 4

i PREM ER BULETIN

Disediakan oleh : Fadilah binti Yurani

Program kolaborasi strategik & kecemerlangan akademik pelajar

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI PAYAP UNIVERSITY CHIANG MAI THAILAND

ada 17 hingga 22 Januari 2015, satu Program Kolaborasi Strategik & Kecemerlangan Akademik Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan diadakan di

Universiti Payap, Chiang Mai, Thailand sempena Program The 5th Asean Traditional Textile Symposium 2015. Creative Design Centre ( CDeC ), Politeknik Ibrahim Sultan telah dijemput untuk menyertai program tersebut. Dr. Prasanna Kesavan, Pn Fadilah Yurani, En Badrul Hisham bin Shaharin, Pn Mazlisa binti Mohd Isa dan En Mohd Izswan bin Mohd Sidik mewakili Creative Design Centre ( CDeC). Manakala Pn. Nurulaini Idaya binti Muhammad sebagai pensyarah pengiring dari Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual dan En. Johaini bin Ibrahim sebagai wakil pensyarah pengiring bagi Kelab Kebudayaan. Turut serta ke program tersebut ialah Prof. Madya Sulaiman bin Abd Ghani selaku penasihat Cretive Design Centre (CDeC).

Banyak aktiviti telah dilaksanakan bagi program tersebut di mana pelajar- pelajar dari Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual telah menyertai pameran produk yang dibangunkan di bawah PolyDesign. Peragaan fesyen pula dipersembahkan melalui projek Yes Batik dari projek pembangunan Creative Design Centre Politeknik Ibrahim Sultan. Di samping itu, juga Kelab Kebudayaan Politeknik Ibrahim Sultan juga dijemput untuk membuat persembahan kebudayaan pada Majlis Makan Malam bersama kerabat Diraja Thailand. Satu sesi perbincangan bagi mengadakan kolaborasi berterusan telah diadakan bersama Mrs Malee Kongwanmit dari Payap University. Payap University akan menjadi universiti pengantara bagi meluaskan jaringan kolaborasi antara Politeknik Ibrahim Sultan dengan universiti yang terdapat di Chiang Mai, Thailand khasnya dan universiti yang terdapat di seluruh Thailand amnya. Pada perbincangan tersebut, Dr. Parsanna Kesavan menerangkan fungsi Creative Design Centre (CDeC) Politeknik Ibrahim Sultan serta menerangkan projek pembangunan di bawah CDeC dalam bidang tujahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di bawah CDeC. Objektif perbincangan tersebut untuk mencari peluang dan ruang kolaborasi yang boleh dijalankan dengan universiti tersebut.

Bengkel pewarnaan batik menggunakan warna alam

Pertunjukan Fesyen dari projek Pembangunan Creative Design Centre Yes Batik

Sesi perbincangan dengan Mrs Malee Kongwanmit

dari Payap Universiti

Persembahan tarian dari Kelab Kebudayaan Politeknik Ibrahim Sultan pada Majlis Makan Malam bersama kerabat Diraja Thailand

Page 5: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 5

ISU 1 / 2015

Pasukan Misi Sukarelawan PIS bersama dengan murid dan guru SK. Tebing Tinggi Tanah Merah Kelantan

Disediakan oleh: Abu Bakar bin Abd. Kadir

Misi sukarelawan banjir DI KELANTAN DARUL NAIM

rogram ini telah dianjurkan oleh PIS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PIS. Program ini melibatkan seorang staf pengiring dan 26 pelajar sukarelawan PIS.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu dalam usaha-usaha pasca banjir dan mewujudkan salah satu aktiviti kesedaran ke atas pelaksanaan tanggungjawab sosial kepada staf, kakitangan dan pelajar. Misi sukarelawan ini bertolak dari PIS pada jam 8.30 pagi, 16 Disember 2015 dan tiba di Politeknik Kota Bharu (PKB) pada jam 1.00 pagi 17 Disember 2015. Misi bermula pada jam 8.00 pagi dan kawasan pasca banjir yang telah dipilih oleh pihak PKB adalah Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah, Kelantan. Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan bermula jam 9.00 pagi dimulai dengan taklimat dan ucapan aluan dari Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tn. Hj. Abdul Aziz dan misi hari pertama tamat pada jam 6.00 petang. Delegasi bertolak pulang semula ke PKB pada jam 7.00 malam.

Pada hari kedua, misi bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Dalam masa dua hari kerja pasca banjir yang dijalankan, kawasan persekitaran sekolah yang berlumpur dan berselut berjaya diselesaikan. Kawasan dewan yang berjaya dibersihkan dengan jayanya pada hari pertama telah boleh digunakan oleh murid-murid sekolah tersebut memandangkan pada hari kedua misi ini berlangsung, murid-murid sekolah telah memulakan sesi persekolahan. Keceriaan terpancar di wajah mereka dan guru-guru di sekolah tersebut amat gembira dengan bantuan yang diberikan. Misi pasca banjir tamat pada jam 6.00 petang dan delegasi PIS bertolak semula ke PKB. Delegasi PIS bertolak pulang dari PKB ke PIS pada jam 8.30 pagi, 19 Januari 2015 dan selamat tiba di PIS pada jam 1.00 pagi dalam keadaan selamat. Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan seperti mana yang telah dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Misi Sukarelawan Banjir ini.

Kawasan pasca banjir yang telah dipilih oleh pihak PKB adalah Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah, Kelantan

Page 6: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 6

Peserta dan tenaga pengajar Kursus Bengkel Pembuatan Layang-

Proses membuat Wau oleh peserta

Penerangan dari tenaga pengajar tentang proses membuat Wau Daun

Hiasan Wau dan antara yang telah dihasilkan oleh Peserta Kursus

estival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang Ke-20 kali ini telah diadakan pada 25 Februari hingga 1 Mac 2015. Ini merupakan kali ke-4

Politeknik Ibrahim Sultan menyahut cabaran selepas kali terakhir pada tahun 2014 yang lalu dimana ianya merupakan tahun yang cemerlang di mana PIS berjaya menggondol tempat kedua, ketiga, keempat dan keenam bagi kategori layang-layang 3D. Pertandingan Rokakku Korporat pula merupakan antara acara menarik yang pasti menjadi perhatian pengunjung. Semua peserta yang terdiri dari institusi korporat akan menerbangkan layang-layang Rokakku masing-masing dan cuba menjatuhkan layang-layang lawan di udara untuk muncul sebagai pemenang. Selain dapat mencapai objektif pertandingan, program sebegini juga merupakan sebahagian daripada proses pembentukan jati diri pensyarah dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Pertandingan layang-layang sedunia ini yang merupakan acara tahunan dalam kalendar Negeri Johor juga disenaraikan di dalam Indikator Pencapaian Projek Pameran & Pertandingan (KPI 11), Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Peratus Penglibatan Pelajar di Peringkat Kebangsaan/ Antarabangsa.

Sehubungan itu, langkah sewajarnya seperti mengadakan ceramah, bengkel atau latihan daripada golongan profesional perlu diambil untuk mencapai objektif tersebut. Bengkel ini telah dilaksanakan pada 19 hingga 20 Januari 2015 bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Tenaga pengajar di dalam bengkel ini terdiri daripada En. Muhammad Reduan b. Isahak dan En. Ismail bin Isahak dari Terbang Bina. Bengkel ini telah disertai oleh 12 orang pelajar dan 4 orang pensyarah dari Jab. Rekabentuk & Komunikasi Visual. Pensyarah yang menjayakan bengkel ini adalah Pn. Nor Rofizah binti Johari selaku Pengarah Program, En. Norfaridzen bin Tohid, En. Halmi Mashindra bin Saleh dan Pn. Nadhzifatul Khuzaimah binti Mohd Dahlan. Adalah diharapkan hasil daripada program begini dapat memberi manfaat dan pengalaman berharga kepada pelajar dalam proses pembelajaran dan pembentukan jati diri mereka. Kerjasama dan sokongan daripada pihak pengurusan amat dihargai dan semoga program ini dapat mencapai objektif program dalam membawa nama Politeknik Ibrahim Sultan ke persada antarabangsa. Sokongan warga PIS pemangkin kejayaan warga ‘Peneraju Ilmu Sejagat’.

i PREM ER BULETIN

Disediakan oleh: Nor Rofizah binti Johari

Jom buat layang-layang sobek DI JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL

Page 7: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 7

ISU 3 / 2014

AJK yang terlibat

Para peserta program dan Jawatankuasa bergambar kenangan bersama Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Tn Hj Mohamad Yusof bin Sulaiman

ISU 1 / 2015

ada 10 Mac 2015 (Selasa), satu program derma darah telah diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan, yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Program ini merupakan hasil kolaborasi antara Persatuan PUSPANITA, Jabatan Hal

Ehwal Pelajar dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan. Golongan sasaran bagi program ini adalah terdiri daripada kakitangan dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Program Derma Darah yang bertemakan, “SETITIS DARAH SERIBU MAKNA 2015” ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar dan kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan bagi melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya kepada para pesakit yang dalam kecemasan, para penghidap kanser dan mereka yang sedang menjalani pembedahan.

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu menambah jumlah bekalan darah di Tabung Bekalan Darah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana pihak hospital telah mensasarkan untuk mendapatkan sebanyak 80 beg bekalan darah. Walau bagaimanapun, program kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 98 beg darah dan merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Syabas diucapkan kepada para penderma! Sehubungan itu, jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar - pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Semester 1 ambilan Disember 2014 atas bantuan secara langsung dan tidak langsung yang telah disumbangkan dalam program ini. Diharapkan semoga program seumpama ini akan dapat diteruskan dalam pada masa akan datang dan mampu memberi manfaat kepada insan – insan yang memerlukan. Terima kasih.

Disediakan oleh : Maisarawani binti Spahat

SETITIS DARAH SERIBU MAKNA 2015

ada hari Khamis, 29 Januari 2015 , program Motivasi Jati diri dan Pembinaan Sahsiah –

“Be Responsible!” Sesi Disember 2014 anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah di laksanakan di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk menjadi insan yang berkualiti dan terbaik bukan sahaja dari aspek kecemerlangan pendidikan malah dalam pembentukan jati diri dan sahsiah yang cemerlang.

Program ini dikendalikan oleh En. Muhammad Hamka bin Idris iaitu konsultan yang berpengalaman dari MHI Training and Consultancy. Terdapat 4 slot utama dalam program ini iaitu Slot 1: Memahami Tujuan Kehidupan, Membentuk Dalaman Jati Diri (Spiritual), Memahami Jati Diri Dalaman & Professional, Expertise & Honest (Bidang Elektrik), Slot 2: Memahami Sistem Pencerapan Manusia, Aplikasi Peserta Perkaitan Sistem Pencerapan dengan Kaedah Pembelajaran. Slot 3: Fokus kepada Penyelesaian (Lulus VS Belum Lulus) Back To Basic, Pembentangan Kumpulan dan Slot 4: Plan of Action (Apakah Tindakan Anda Selepas Ini)

Disediakan oleh: Norazlina binti Jamil

BE RESPONSIBLE! MEMBENTUK JATI DIRI

Aktiviti Berkaitan Konsep. Majlis penutup telah dihadiri oleh Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Tn Hj Mohamad Yusof bin Sulaiman yang berbesar hati untuk sama-sama memeriahkan program. Majlis bersurai pada jam 4.30 petang selepas selesai sesi bergambar dan minum petang.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai sasarannya dalam meningkatkan diri pelajar untuk menghadapi cabaran kehidupan diluar kampus. Disamping itu, nilai-nilai kemanusian dapat dipupuk melalui jati diri dan peribadi yang unggul. Berbekalkan ilmu, keikhlasan dan kemahiran yang tinggi, jatidiri pelajar yang sebenar dengan ‘Pembentukan Kepakaran (Expetise) ‘dan ‘Kejujuran /Amanah (Honest)’ dapat disebatikan dalam diri mereka. Pencapaian para peserta turut dipantau dengan melihat kepada HPNM yang dicapai pada peperiksaan akhir yang akan datang.

Page 8: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 8

Disediakan oleh : Pn Syarifah Hannan binti Sayed Abd Rahman

MINGGU JMSK SESI DISEMBER 2014

abatan Matematik, Sains dan Komputer telah menganjurkan program Minggu JMSK, Sesi Disember 2014 pada 23 hingga 26 Februari 2015

yang lalu. Perancangan program ini telah dipersetujui di peringkat Politeknik Malaysia dalam Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan tahun 2014 yang lalu untuk diadakan selama seminggu pada setiap semester. Matlamat program ini diadakan untuk membolehkan pelajar memahami konsep matematik, sains dan komputer dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar teori di kuliah-kuliah pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, program Minggu JMSK ini juga menitikberatkan kesedaran alam sekitar dan hubungan bersama komuniti. Program ini juga memberi impak positif kepada Politeknik Ibrahim Sultan dari segi prestasi, kreativiti dan inovasi pelajar dan staf sekaligus menyumbang kepada pencapaian polyrate Politeknik Ibrahim Sultan. Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang program Minggu JMSK 2015 ini. Antaranya ialah Pertandingan Kuiz 100 Challenge, Pertandingan Water Rocket Challenge Kategori Parachute dan Target, Pertandingan Sudoku & Chess, Pertandingan Recycle Product

i PREM ER BULETIN

Disediakan oleh: Nurul Shida binti Noni

My green redeem 2015 ANJURAN GABUNGAN JMSK & MPPG

ada 11 Mac 2015 yang lalu, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan program ‘MyGreenRedeem’

dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Matlamat utama program ini adalah untuk menanam kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan melaksanakan kitar semula dan menjaga alam sekitar. Program ini disasarkan kepada pelajar keusahawanan semester 6 daripada seluruh jabatan di PIS.

Aktiviti dimulakan dengan ceramah ‘komposisi sisa makanan menjana pendapatan’ oleh MPPG di Dewan Kuliah Utama, PIS. Selepas sesi ceramah, pelajar telah mengadakan demonstrasi aktiviti kitar semula sisa makanan untuk dijadikan baja kompos dengan tunjuk ajar staf MPPG. Pameran berkaitan komposisi sisa makanan juga diadakan oleh MPPG bertempat di kantin PIS dan pada masa yang sama, beberapa kumpulan pelajar telah terlibat dengan pameran dan pertandingan produk kitar semula waste to wealth. Selain itu, syarikat minuman kopi Super telah berbesar hati menaja minuman kopi pada majlis tersebut. Ahli jawatankuasa sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh MPPG , Syarikat Super

dan pelajar yang menyertai sesi ceramah dan pertandingan mengitar semula barang. Dengan adanya program kitar semula di politeknik ini secara berterusan, diharapkan kesedaran pelajar-pelajar serta staf mengenai kepentingan kitar semula dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal yang akan dilupuskan ke tapak pelupusan sisa pepejal sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, sihat dan selamat.

(Frame-Making), Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster dan Pertandingan Fotografi melalui Instagram. Semua peserta adalah terdiri daripada semua pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Selain itu, Kursus Adobe Photoshop bersama staf Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) juga diadakan bersempena dengan Program Minggu JMSK 2015 dalam kategori Community Engagement. Majlis Perasmian Penutup telah berlangsung pada hari Khamis, 26 Februari 2015 bertempat di Dewan Kuliah Utama telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim, En Mohd Hatta bin Zainal. Akhir kata, program Minggu JMSK 2015 ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga program Minggu JMSK 2015 yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Cenderahati kepada penceramah MPPG

Praktikal membuat baja kompos menggunakan sisa makanan

Para pemenang dan ahli jawatankuasa bergambar bersama Pengarah, TPA & Ketua Jabatan yang hadir

Pertandingan catur

Pertandingan water rocket

Page 9: KANDUNGAN - PIS

yukur alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNya, majlis sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Johor telah selamat dijalankan. Program ini melibatkan pelajar lelaki dan perempuan PIS. Seramai 80

petugas kendarat terdiri daripada pelajar PIS. Sambutan Maulidur Rasul tahun 1436H bertemakan “Perpaduan Nadi

Transformasi Negara”. Perarakan Maulidur Rasul bermula dari Istana Besar ke Masjid Sultan Abu Bakar. Setiap petugas kendarat diberikan taklimat ringkas oleh Pn. Salwana (wakil Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru) berkenaan skop tugas yang perlu dilakukan. Mereka diminta oleh pihak urusetia membantu menghidangkan makanan kepada tetamu-tetamu yang hadir.

Mukasurat 9

oliteknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Politeknik Ibrahim Sultan pada Rabu, 04 Februari 2015 anjuran Masjid Politeknik Ibrahim

Sultan. Majlis ini disambut di Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 1000 orang staf, pelajar-pelajar politeknik Ibrahim Sultan dan masyarakat sekitar telah memeriahkan majlis tersebut. Pelbagai aktiviti bermanfaat diadakan antaranya Pertandingan Kain Rentang (Banner) dan Sesi Tazkirah dan Ceramah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan Nabi Muhammad SAW.

Antara aktiviti yang diadakan dalam majlis ini ialah Pertandingan Kain Rentang (banner/ sepanduk) dan seterusnya diadakan pertandingan perarakan antara jabatan. Majlis kemudian diteruskan dengan kata aluan daripada Pengarah PIS, En. Mohd Hatta bin Zainal. Bagi acara kemuncak, majlis diteruskan dengan ceramah daripada Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Ahmad Zaki Fikri bin Nooh, Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM, Melaka dengan tajuk “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Antara yang disentuh dalam ceramah beliau adalah sejarah kelahiran Rasulullah SAW dan perkembangan dakwah Rasulullah SAW. Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kain rentang dan perarakan. Penyampaian ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Mohd Hatta bin Zainal, Pengarah PIS diringi Tn. Syed Syikh bin Syed A. Kadir, Pengerusi Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Di dalam majlis itu juga, Masjid PIS dan jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar PIS yang kediamannya terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini. Kemudian, anugerah tahunan iaitu “Anugerah Iltizam” untuk memberi penghargaan kepada individu yang bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada pembangunan dan aktiviti masjid. Pada tahun ini pelajar semester enam dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, saudara Mohd Aidil bin Yahya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Iltizam. Semoga penganjuran program kali ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada peserta, AJK dan masyarakat setempat. Insya Allah program-program seperti ini akan diadakan lagi dan diharapkan ianya akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak khususnya para dermawan.

Pasukan Perarakan PIS bersama Petugas Kendarat PIS dan Pegawai Pengiring selepas majlis bersurai

Jemaah berada di dalam Masjid Sultan Abu Bakar

Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana & VVIP di Majlis Maulidur Rasul Tahun 2015

ISU 1 / 2015

Disediakan oleh: Mohd Fazrin bin Hamdan.

SUASANA KEMERIAHAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI JOHOR

Semua petugas kendarat berjaya menunjukkan semangat ukhuwwah dan dapat bekerjasama antara satu sama lain walaupun daripada institusi yang berbeza. Secara keseluruhannya program berjaya dilaksanakan seperti mana yang telah dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Johor 1436H/2015M.

Disediakan oleh: Md Yusri bin Jani

Majlis sambutan maulidur rasul saw DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN TAHUN 2015 MASIHI/ 1436 HIJRAH

Page 10: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 10

i PREM ER BULETIN

Disediakan Oleh: Pn. Rossielyana binti Abdul Rahim

Kursus inovasi dalam kejuruteraan

ursus Inovasi Dalam Kejuruteraan ini telah dijalankan pada 28 Januari 2015 pada jam 9.00 pagi hingga

5.00 petang bertempat di Bilik Seminar, JKE. Sesi pendaftaran peserta bermula pada jam 8.30 pagi. Kursus ini dihadiri oleh seramai 25 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar bagi program DEP, DEE dan DJK. Objektif program adalah memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan daripada pihak industri. Program ini juga adalah memenuhi keperluan Pensyarah Pelawat yang bertujuan untuk memberi maklumat dan pengetahuan yang berkaitan terus dengan Inovasi dalam Kejuruteraan. Di sini, para pelajar dapat didedahkan dengan inovasi dalam teknologi yang diperlukan dalam kejuruteraan. Inovasi menjamin kelestarian sejagat.

Tepat jam 9.00 pagi, ketibaan penceramah En. Hasni Bin Rais dari Kolej Vokasional Kota Tinggi diiringi oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Tn. Hj. Mohamad Yusof bin

Sulaiman dan Ketua Program DEE, En. Nordin Bin Zakariah. Pengerusi majlis memulakan kursus ini dengan kata aluan, mengumumkan ketibaan tetamu dan bacaan doa sebagai memberkati majlis. Antara intipati ucapan perasmian kursus oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik ialah berkenaan kepentingan inovasi dalam kejuruteraan. Elemen inovasi dan kreativiti adalah penting bagi setiap pelajar dalam melaksanakan projek akhir nanti.

Majlis diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Hasni bin Rais dengan tajuk “Inovasi dalam Kejuruteraan”. Ceramah disampaikan selama 7 jam dan diselitkan dengan sesi soal jawab bersama peserta program. Bagi mengakhiri majlis ini, diadakan sedikit jamuan ringkas. Secara keseluruhannya, objektif program tercapai dan program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik menyampaikan cenderahati kepada pihak

penceramah.

Program ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai pelajar, Ketua Jabatan JKE, Ketua Program DEE serta

penceramah yang hadir

rogram G.I.F.T yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bimbingan Kaunseling dan

Kerjaya JRKV pada 10 Januari 2015 di Dewan Sebaguna PIS dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini disertai oleh 131 orang pelajar dari Jab. Rekabentuk & Komunikasi Visual dan dibimbing oleh 15 orang pensyarah dari jabatan yang sama. Program ini merupakan satu wadah yang bukan sahaja merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan pensyarah jabatan, malah dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada budaya pembelajaran seni kreatif dalam mempersiap siagakan pelajar menghadapi cabaran bagi semester yang berikutnya. Aktiviti-aktiviti yang dirancang juga mendidik pelajar untuk menguruskan masa dengan cekap samping membentuk sahsiah peribadi dan jati diri pelajar.

Disediakan oleh: Nor Rofizah binti Johari

g.i.f.t prograM

Program pada kali ini juga membabitkan penglibatan pelajar semester 5 dan 3 Program Diploma Rekabentuk Industri. Rasional penglibatan pelajar adalah untuk melatih mereka mempraktikkan teori dengan suasana sebenar dan memberikan kemahiran komunikasi yang lebih berkesan di kalangan pelajar. Matlamat program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan budaya dan persekitaran pembelajaran seni kreatif dengan semangat bekerjasama dalam satu kumpulan. Program ini juga menggalakkan semangat bekerjasama di kalangan pelajar dan mendidik mereka untuk mengurus masa dengan cekap.

Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan seperti Design Talk oleh En. Mohd Sufiyan Yahuza bin Abd Rahman dari Adireka Sdn Bhd & En. Wan Marzi Anuar bin Hj. Wan Chik dari Grand Banks Yacht Sdn. Bhd, Sesi Senamrobik, LDK, Amazing Race dan akhir sekali Perasmian Program G.I.F.T Sesi Disember 2014. Semoga dengan adanya program seumpama ini, ia dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar khususnya pelajar yang terlibat daripada semester 1, 3 dan 5. Besarlah harapan agar intipati yang disampaikan dapat diaplikasi dalam pembelajaran ataupun dalam bidang kerjaya yang bakal diceburi setelah menamatkan pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan kelak.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Page 11: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 11

ISU 1 / 2015

Disediakan oleh: En. Hamzah bin Zakaria

PROGRAM PERASMIAN KABIN KOKURIKULUM DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Disediakan oleh: Mohd Rezal bin Miskam

VOLUNTOURISM SEMPENA PELANCARAN PAKEJ RIADAH WARISAN NUSANTARA

rogram Perasmian Kabin Kokurikulum telah berlangsung pada 4 Februari 2015 di mana ianya melibatkan 5 buah kabin yang akan digunakan bagi kegunaan badan-badan

beruniform yang ditawarkan di Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, En. Mohd Hatta bin Zainal dan telah menyerahkan kunci kabin untuk menyatakan simbolik penggunaan kabin seterusnya. Kunci ini telah diserahkan pada Ketua Pemerintah Rejimen 501, Ketua Pemerintah Kem Madini, Pengarah Jabatan Pertahanan Negeri Johor dan Pengarah Sukarelawan Negeri Johor. Kabin ini akan digunakan untuk Askar Wataniah, Askar Simpanan Tentera Laut, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

ourism Malaysia, Johor telah menganjurkan Program Voluntourism pada 31 Januari 2015 yang dijalankan sempena pelancaran Pakej

Riadah Warisan Nusantara yang diadakan di Riyadh Equestrian, Ulu Tiram, Johor. Program ini telah menarik minat 35 orang pelajar semester 2, Program Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Seramai 5 orang pensyarah terlibat dalam program ini. Program ini melibatkan aktiviti pembersihan ladang kuda yang mana para pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk tugas-tugas tertentu seperti mengecat pondok, membersihkan ladang kuda, mengemas stor simpanan dan mencabut rumput. Pihak penganjur juga memberi peluang kepada pelajar untuk beriadah setelah tugas yang diamanahkan selesai. Antara aktiviti yang dilakukan ialah permainan rakyat seperti Tuju Selipar. Para pelajar juga diberi peluang untuk menunggang kuda

Di antara tetamu VIP yang hadir semasa majlis tersebut ialah Mejar Mohd Ziarul bin Mohd Fadzil, Pegawai Pemerintah Batalian Pertama Askar Wataniah, Komander Rosli Bin Otho, PSSTLDM. Pegawai Koordinasi Latihan Kd Sri Medini, Penolong Pesuruhjaya Rela Tn Aziz bin Makon Timbalan Pengarah Rela Negeri Johor dan Mejar (Pa) Nurul Azle bin Ab Jabar, Wakil Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor Hasil kolaborasi yang sedia terjalin di antara PISPA Politeknik Ibrahim Sultan dan JPAM Negeri Johor maka dengan ini, satu produk inovasi telah dihasilkan. Produk inovasi ini dikenali sebagai After Burner yang bertujuan untuk memusnahkan lebah yang berada di atas pokok dengan hanya menggunakan kaedah obor gas. Produk After Burner ini telah dipertandingkan dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Pertahanan Awam Malaysia(ALPA) di Bangi pada 25-27 November 2014 dan telah berjaya merangkul tempat ke 3 bagi kategori inovasi terbaik dengan membawa pulang sejumlah wang RM 2000.

Aktiviti pembersihan di kandang kuda dan mengecat pondok

dan merasai pengalaman memanah secara tradisional. Program seperti ini mampu memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan produk-produk baru yang ada di Negeri Johor disamping mewujudkan jaringan industri dengan pihak yang terlibat.

Wajah gembira pelajar-pelajar menyertai aktiviti memanah secara tradisional

Tuan Pengarah PIS, En. Mohd Hatta melawat ruang pameran di dalam kabin

Produk inovasi After Burner

Page 12: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 12

Penerangan oleh Ketua Bahagian Pekhidmatan Maklumat, Pn Noraini Yahya

berkenaan dengan kemudahan yang terdapat di PRZS.

Peserta yang mengikuti Program Lawatan Akademik ke Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Sebahagian pelajar yang mengikuti lawatan mendengar penerangan

berkenaan kaedah peminjaman buku

i PREM ER BULETIN

ada Isnin, 29 Disember 2014 seramai 45 orang pelajar semester 5 dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan 3 orang pensyarah pengiring iaitu En. Norehan bin

Misran, Pn. Nor Ashiqeen binti Jamalud-din dan Pn. Lim Hooi Peng telah mengadakan satu Lawatan Akademik ke Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Lawatan ini merupakan inisiatif dari Unit Projek Jabatan Kejuruteraan Mekanikal untuk menjalinkan kolaborasi akademik dengan Universiti Teknologi Malaysia dari segi perkongsian kaedah pendidikan dan sumber maklumat perpustakaan. Kolaborasi ini diharap akan membantu dan melancarkan proses perpustakaan Polteknik Ibrahim Sultan untuk mendaftar sebagai ahli mesyuarat Persidangan Perpustakaan Universiti Negara (PERPUN).

Disediakan oleh: Lim Hooi Peng

Lawatan akademik KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

Lawatan ini bermula dengan pengenalan kepada perkhidmatan maklumat am perpustakaan yang meliputi kaedah peminjaman dan pemulangan buku rujukan, syarat-syarat untuk mendaftar sebagai ahli merujuk luar, perkhidmatan merujuk kajian dan akses kepada online database eBooks serta Journals. Bengkel Literasi Maklumat telah disampaikan oleh Pn. Syaranah Ahmad Raqi yang bertugas sebagai perpustakawan di Perpustakaan Sultanah Zanariah. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti perbincangan. Pada sesi petang, pelajar-pelajar telah dibawa untuk melawat ke Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) yang dirasmikan oleh Tunku Temenggong Johor dalam Majlis Pemasyhuran pada 30 September 2014 yang lalu. Taklimat ringkas mengenai perkhidmatan yang disediakan dan jenis koleksi yang terdapat di PRZS telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pekhidmatan Maklumat, Pn Noraini Yahya. Sesungguhnya lawatan akademik ini telah dapat menambahkan lagi ilmu dan memberi impak positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran kepada semua yang terlibat.

Page 13: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 13

ISU 1 / 2015

Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk SJSI

ada 14 Januari 2015, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah melaksanakan lawatan akademik pelajar ke Stesen

Janaelektrik Sultan Iskandar, Bahagian Penjanaan TNB, Pasir Gudang, Johor. Seramai 12 orang pelajar program DEE 3 dan 15 orang pelajar program DJK 2B serta tiga (3) orang pensyarah pengiring terlibat dalam program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar berkenaan teknologi penjanaan kuasa elektrik di Malaysia dan menjana idea untuk melaksanakan projek akhir. Di samping merebut peluang kolaborasi, sebagai contoh dalam menjalankan latihan industri di Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang dan dapat memahami kepentingan bidang ini dan peluang kerjaya di syarikat ini bagi lepasan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik amnya. En. Nazri selaku Jurutera Elektrik diberi tanggungjawab untuk memberikan penerangan berkaitan penjanaan tenaga di stesen tersebut. Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar merupakan nadi utama sumber elektrik bagi kawasan Pasir Gudang dan kawasan-kawasan di sekitarnya. Sumbangan dan peranannya dalam pembangunan industri di Pasir

Disediakan oleh: Nurhidayati Binti Hassan

Lawatan akademik KE STESEN JANAELEKTRIK SULTAN ISKANDAR, PASIR GUDANG

Gudang menjadi salah satu daya tarikan pelabur-pelabur asing. Aktiviti di tapak bina telah dimulakan pada bulan Februari 1977. Unit pertama berkeupayaan 120MW telah mula beroperasi pada 28 Januari 1982 sementara unit kedua telah dilancarkan pada 18 Julai 1982. Stesen Janaelektrik yang terletak di atas tapak seluas 23.8 hektar ke utara Selat Johor, berhampiran dengan Malaysian Shipyard & Engineering adalah salah sebuah janaelektrik stim yang terbesar dalam rangkaian Stesen Janaelektrik Tenaga Nasional. Stesen Janaelektrik yang terletak di sempadan Singapura ini juga menjalankan aktiviti import dan eksport tenaga bergantung kepada permintaan pengguna.

Staf JKE, PIS dan SMK Dato’ Penggawa Timur bergambar kenangan.

ada 4 Januari 2015 yang lepas, satu lawatan Penandaarasan JKE, PIS ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur, Masai telah

diadakan. Seramai 20 orang pensyarah bersama penasihat program Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman telah mengikuti lawatan ini. Secara umumnya, lawatan ini adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan dari segi pengurusan sebagai penandaaras dalam berkongsi cabaran beban tugas guru, meninjau infrastruktur dan kemudahan dalam membuat penambahbaikan yang bersesuaian dengan jabatan, mempromosi PIS sebagai salah sebuah Politeknik Premier dan memberi peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma di PIS. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat bersama Tuan Pengetua SMK Dato Penggawa Timur, Tuan Haji Abdul Halil bin Abu Bakar. Beliau memperkenalkan barisan pengurusan sekolah dan menekankan bahawa pemfokusan SMK Dato Penggawa Timur adalah dalam bidang sains dan sukan bowling.

Semasa berlangsungnya lawatan, para pensyarah juga di bawa untuk melihat prasarana persekitaran sekolah seperti kaki lima sekolah, papan kenyataan, papan tanda, bilik tingkatan dan makmal dan fasiliti luar yang lain. Terdapat papan tanda yang dicetak dengan kata-kata motivasi dan nasihat untuk memperingatkan pelajar tentang jatidiri seseorang pelajar.

Lawatan PENANDAARASAN JKE KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO PENGGAWA TIMUR

Papan tanda ini adalah sumbangan daripada kolej INTI, iaitu kolaborasi sekolah dengan pihak akademik luar. Ini memberi sedikit idea dan gambaran jelas yang boleh kita usahakan sebagai penambahbaikan fasiliti di jabatan.

Hasil daripada lawatan ini, jabatan dapat mengambil ini sebagai salah satu usaha ke arah penambahbaikan pengurusan dan fasiliti. Lawatan ini juga dapat membentuk satu hubungan kerjasama yang positif antara pihak jabatan dengan sekolah.

Disediakan oleh: Salmah binti Thukiman

Page 14: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 14

rogram CSR “Sense Of Responsibility” telah dilaksanakan pada 31 Januari 2015 di Tanah

Perkuburan Cahaya Masai. Seramai 31 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar semester 5, Diploma Pengurusan Hotel dan Katering bersama 2 orang pensyarah dan disertai oleh 8 orang sukarelawan yang terdiri daripada masayarakat komuniti bertungkus lumus menyediakan semua keperluan dan sekaligus menjayakan program ini dengan jayanya. Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk sifat tanggungjawab dalam diri peserta terhadap persekitaran sekelilingnya, membuka minda serta mata peserta bahawa persekitaran melambangkan identiti kita serta melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi terhadap ilmu fardhu kifayah yang patut diketahui oleh setiap insan yang beragama Islam.

Bahagian sukarelawan yang menjalankan

aktiviti pembersihan di kawasan Perkuburan

Taman Cahaya Masai

There were four games conducted at the school namely Tongue Twister Race, Poisonous Grammar, Paste the Picca/Pictures, Snake & Ladder and Bingo . Each activity was facilitated by the assigned facilitators. The involvement of facilitators and participants from the school helped strengthen the relationship with one another and motivated the students from both institutions to constantly improve their English proficiency. From this programme, students had the opportunity to learn and use language in the most interesting way. Ultimately, the programme instills their love for English Language.

LOVE ENGLISH 2015 PROGRAMME was a one-day programme held at SMK Bandar Seri Alam, Masai, Johor on 27 January 2015. The CSR programme was

organised by English Language Unit, General Studies Department, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) in collaboration with SMK Bandar Seri Alam, Masai. PIS sent 22 facilitators from various semesters across four departments. Also, there were eight lecturers in charge of the students; Puan Ainun Juhariah Binti Hussin, Puan Noor Azeelia Binti Abdul Manan, Puan Akhmaliah Bte Abd. Rahim, Puan Pooganeswari A/P Siteram Pillai, Cik Nurul Hana Ab Nasir, Encik Yeow Chee Kheong, Encik Mohd Rafiq Bin Mujilan and Puan Catherine

Nguoi Chui Lam. The participants involved were 60 form 3 students from SMK Bandar Seri Alam. The objectives of the programme were to encourage students to learn English language in a fun way through games and activities, and to enhance their abilities to deliver and speak confidently. They were also able to widen their English vocabulary. Students who were assigned as the facilitators were able to develop their leadership and problem-solving skills.

PIS students as the facilitators

i PREM ER BULETIN

Disediakan oleh: Nurhidayati binti Hassan

CSR PROGRAM SENSE OF RESPONSIBILITY

Sukarelawan ini bermula seawal jam 8 pagi bertempat di Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya Masai. Semua sukarelawan telah berkumpul di sana untuk mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh pengarah program. Program dimulakan

Prepared by: Noor Azeelia binti Abdul Manan & Akhmaliah binti Abd. Rahim

I love english

Presentation from SMK Bandar Seri Alam’s students.

Activities during the event

dengan bacaan Surah Yassin yang telah diketuai oleh Ustaz Azhari bin Ahmad. Seterusnya, aktiviti pembersihan kawasan tanah perkuburan dijalankan sehingga jam 1 petang. Jamuan makan telah disediakan untuk semua sukarelawan. Program khidmat masyarakat yang dianjurkan ini telah berjaya dilaksanakan atas kerjasama semua pihak yang terlibat.

Page 15: KANDUNGAN - PIS

Mukasurat 15

ISU 1 / 2015

Silver Award dianugerahkan kepada pereka produk

Enjoyable Lawn Mower (JKE).

alaysia Techonology Expo (MTE) 2015 yang ke-14 merupakan pameran yang memperkenalkan R & D dan teknologi yang terkini di pasaran. Expo ini telah

berlangsung pada 12 hingga 14 Febuari 2015 di PWTC, Kuala Lumpur. Tujuan utama ekspo ini adalah untuk mewujudkan pendedahan dan peluang pemasaran bagi produk dan perkhidmatan yang berasaskan teknologi. Penyertaan Politeknik Ibrahim Sultan dalam ekspo ini merupakan peluang yang baik untuk mempamerkan kemampuan dan kesungguhan para pensyarah dan pelajar dalam mereka cipta produk dan perkhidmatan yang berasaskan teknologi. Ekspo ini juga menjadi satu saluran yang baik untuk politeknik mewujudkan peluang pemasaran, kolaborasi and perkongsian dengan organisasi tempatan mahupun antarabangsa. Politeknik juga dapat memperolehi keutamaan dan peluang-peluang perniagaan daripada bakal pelabur yang berminat. Ekspo ini memberi peluang kepada politeknik untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pesaing utama di antara pesaing lain dalam sektor R & D dan teknologi. 3 anugerah telah dipertandingkan di MTE 2015 iaitu Asian Youth Innovation Awards & Expo, Invention & Innovation Awards dan Malaysia International Design Awards.

Penyertaan PIS pula adalah kali yang ke-4 di mana Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih untuk menjadi urusetia bagi MTE kali ini. 4 produk daripada PIS telah dipertandingkan iaitu 1 penyertaan bagi Asian Youth Innovation Awards & Expo dan

Malaysia technology expo DI PUTRA WORLD TRADE CENTRE

3 produk menyertai Invention & Innovation Awards. Keputusan keseluruhan bagi MTE 2015 ialah Enjoyable Lawn Mower FS93 JKE Asian Youth Innovation Awards & Expo, (Games–Toy) Silver, Compact Automation Control Trainer JKE Invention & Innovation Awards,(Teaching methods and material) Bronze, The Transcube JRKV Invention & Innovation Awards, (Furnishing & Interior Architecture) Bronze, Coffee Waste Nutrition’s for Skin Health JPH Invention & Innovation Awards, (Cosmetics) Participant certificate. Penyertaan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam Malaysia Techonology Expo (MTE) 2015 ke-14 dapat memperkenalkan dan memperkukuhkan penjenamaan baru Politeknik Ibrahim Sultan kepada orang ramai.

Disediakan oleh : Mohd Azali bin Zainal Abidin

PERTANDINGAN MYINOVASI 2014

ada 14 – 16 DISEMBER 2014, Pertandingan MyInovasi 2014 telah diadakan di Kompleks Perbadanan

Putrajaya. Program ini bertujuan untuk menguji kemahiran mahasiswa dalam membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar IPT seluruh negara. Pada tahun 2014 ini, sejumlah RM353,000 akan diperuntukkan sebagai geran hadiah pertandingan dan masih mengekalkan tema Inovasi Berbudi Masyarakat Lestari menuntut para pelajar mencari satu penyelesaian atau cabaran yang dijana dari sesebuah masyarakat dan mencadangkan satu Idea Inovasi yang dapat menyelesaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat tersebut. Pertandingan ini dibahagikan mengikut dua peringkat iaitu Peringkat Zon dan Peringkat Akhir yang dikenali sebagai Peringkat Nasional.

Di peringkat Zon, sebanyak 1250 penyertaan telah diterima untuk pertandingan MyInovasi 2014 ini. Daripada 1250 itu, 50 pasukan telah berjaya melayakkan ke peringkat nasional yang terdiri daripada pelbagai zon. Pasukan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan merupakan salah satu yang terpilih untuk ke peringkat nasional. Kumpulan dari Politeknik Ibrahim Sultan yang telah berjaya di peringkat Zon diselia oleh En. Mohd Azali bin Zainal Abidin. Pesertanya pula terdiri daripada Muhammad Izzuddin bin Ab Hamid, Mohd Suheel Asyraf bin Sharif dan Rizal Azani bin Rahim. Tajuk projek mereka adalah PLC Fire Fighting System. Manakala di peringkat Akhir (Peringkat Nasional) pula, Politeknik Ibrahim Sultan telah memenangi tempat ke-empat penyertaan terbanyak. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Politeknik Ibrahim Sultan.

Disediakan oleh: Norli binti Jaswadi

Kumpulan dari PIS bergambar kenangan

Page 16: KANDUNGAN - PIS

BULETIN PREMIER POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, KM 10,

JALAN KONG KONG 81700 PASIR GUDANG, JOHOR

TEL: 07 2612403 / 2423 [email protected]

www.pis.edu.my

Sidang Redaksi

F-Ex Machine (Fibre Extractor Machine)

i PREM ER BULETIN ISU 1 / 2015

GOLD MEDALS IN SEOUL INTERNATIONAL INVENTION FAIR 2014

number of 723 entries took part in the competition. Out of this number, 102 entries were from the Ministry of

Education of Malaysia. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) representatives were amongst the 76 medal winners from Malaysia.

The winning product, F-Ex Machine (Fibre Extractor Machine), created by Ahmad Zia Bin Mhd Yuso, Muhammad Farid Bin Salleh, Mohamad Adzmiey bin Mohamad Nawi, Mohd. Khairul Bin Sadikin and Liana Fairuz Binti Zakaria managed to take home two gold medals and a silver medal.

Prepared by: Liana Fairuz binti Zakaria Translated by: Yeow Chee Kheong

The event took place at conference hall and COEX Exhibition Hall, displayed fifteen innovative products from Malaysian Polytechnics. The Preparation of venue and decoration, and also the arrangement of the activities were done as planned. Participants were assessed and judged by the jury appointed by SIIF 2014. It is hoped that the participation of Malaysian Polytecnic representatives in this event will encourage and motivate the staff of Malaysian Polytechnic to excel in the field of research in order to keep the flag of Malaysia Polytechnics flying.