KANDUNGAN - ptg.selangor.gov.my download images... · Kebarangkalian 6.1 Had Penerimaan Risiko Had...
Transcript of KANDUNGAN - ptg.selangor.gov.my download images... · Kebarangkalian 6.1 Had Penerimaan Risiko Had...
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 2
KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
PENDAHULUAN ........................................................................................ 4
PELAN PENGURUSAN RISIKO PERKHIDMATAN UTAMA ..................... 6
BAHAGIAN I: POLISI PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR ................................................................................. 6
1.0 Visi dan Pernyataan Misi Pejabat Tanah dan Galian Selangor .......... 6
2.0 Definisi Pengurusan Risiko ................................................................ 7
3.0 Objektif Pengurusan Risiko ................................................................ 8
4.0 Model dan Kerangka Proses Pengurusan Risiko ............................. 10
5.0 Senarai Stakeholders dan Pelanggan .............................................. 12
6.0 Had Penerimaan Risiko, Indeks Impak dan Indeks Kebarangkalian 13
BAHAGIAN II: STRUKTUR DAN TADBIR URUS PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR ....................................... 17
1.0 Struktur Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Pengurusan Risiko .... 17
2.0 Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk dan Pelaksana
Pengurusan Risiko ........................................................................... 19
BAHAGIAN III: PENILAIAN, STRATEGI KAWALAN, KOMUNIKASI DAN PEMANTAUAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR ............................................................................... 22
1.0 Penilaian Risiko Pejabat Tanah dan Galian Selangor ...................... 22
2.0 Mengendalikan Risiko Melalui Strategi Kawalan .............................. 24
3.0 Kajian Semula Risiko dan Pemantauan Risiko ................................ 26
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 3
4.0 Komunikasi dan Perbincangan ........................................................ 27
LAMPIRAN A: JADUAL PENILAIAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR ............................................................................... 29
LAMPIRAN B: STRATEGI KAWALAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR ............................................................................... 36
PENUTUP ................................................................................................ 44
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 4
PENDAHULUAN
Pengurusan Risiko adalah satu aspek pengurusan yang signifikan dalam memastikan
kesinambungan perkhidmatan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Selaras
dengan itu adalah menjadi keutamaan PTGS agar memastikan penambahbaikan dan
pemantapan sistem pengurusan risiko yang berkesan dapat menepati matlamat jabatan
bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
Bagi menjamin pelaksanaan proses kerja yang berkesan, satu bentuk perancangan dan
pelan tindakan perlu dirangka sewajarnya bagi memastikan Pelan Strategik Pejabat
PTGS yang telah diwujudkan itu dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan.
Oleh itu, Pelan Pengurusan Risiko Pejabat Tanah dan Galian Selangor ini telah dikenal
pasti dan dibentuk, bersesuaian dengan objektif kualiti organisasi bagi meningkatkan
kualiti sistem penyampaian perkhidmatan. Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko
yang dianggotai oleh pegawai pengurusan tertinggi jabatan bertindak sebagai
pemantau akan mengawal selia setiap proses kerja di PTGS. Perancangan dan
pelaksanaan pengurusan risiko ini meliputi tempoh Pelan Strategik PTGS bagi tahun
2012 hingga 2016 tetapi kajian semula dan semakan akan dilaksanakan secara
berterusan.
Pelan Pengurusan Risiko PTGS adalah bertujuan untuk mengenal pasti risiko serta
menganalisa kesan dan akibat sekiranya sesuatu risiko itu terjadi dan justeru itu
merancang tindakan-tindakan kawalan, tindakan alternatif dan penambahbaikan dalam
mengawal risiko tersebut daripada terus mengakibatkan kesan yang buruk. Pelan ini
dijangka dapat menghadapi cabaran dalaman dan luaran organisasi dalam segala
urusan. Inisiatif yang digariskan dalam pelan ini perlu dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh dan penuh iltizam oleh semua pihak. Di samping itu, proses
penambahbaikan pelan perlu diteruskan dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan
cabaran dan keperluan baru pada masa hadapan.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 5
Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko ini merupakan satu inisiatif yang julung kali
diadakan bagi Pejabat PTG Selangor. Pengurusan Risiko merupakan amalan terbaik
dalam urusan Tadbir Urus Korporat yang berkesan. Pejabat Pengarah Tanah dan
Galian Selangor menyedari tentang pentingnya untuk mempunyai struktur pengurusan
risiko yang komprehensif bukan sekadar untuk mengurus risiko dengan berkesan tetapi
juga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan atau kejadian yang tidak diduga.
Pengurusan ini dapat membantu organisasi mengenal pasti halangan-halangan dan
seterusnya menggubal inisiatif dan penambahbaikan bagi membantu organisasi
mencapai matlamat. Dengan itu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor telah
melaksanakan Rangka Kerja Pengurusan Risiko untuk mengurus risiko yang dihadapi
oleh organisasi ini.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 6
PELAN PENGURUSAN RISIKO PERKHIDMATAN UTAMA
BAHAGIAN I: POLISI PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN
GALIAN SELANGOR
1.0 Visi dan Pernyataan Misi Pejabat Tanah dan Galian Selangor
VISI
Peneraju Perkhidmatan Tadbir Urus Tanah Yang Terbaik Dan
Cemerlang Menjelang 2015
Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah memilih Visi ini adalah kerana pejabat ini
mempunyai agenda membawa institusi tanah menjadi satu agensi kerajaan yang
mempunyai kekuatan dan kualiti dalam pelbagai skop perkhidmatan terutamanya dalam
penyampaian teknologi yang dilihat dapat membantu meningkatkan penyampaian
maklumat kepada pelanggan menjadikan agensi ini lebih mesra pelanggan.
MISI
Mentadbir Urus Tanah negeri Selangor selaras dengan
Dasar-Dasar Kerajaan Melalui Perkhidmatan yang Cekap dan
Inovatif kepada Pelanggan
Dalam mencapai matlamat menjadi satu agensi yang cemerlang dalam penyampaian
maklumat dan mesra pelanggan, Pejabat Tanah dan Galian Selangor akan mendokong
dasar dasar-dasar kerajaan Negeri dan Persekutuan agar Agenda Transformasi
Perkhidmatan Awam dapat dilaksanakan bersama pembangunan kualiti yang ingin
dihasilkan di dalam agensi ini.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 7
2.0 Definisi Pengurusan Risiko
Pengurusan risiko adalah proses bagi mengenal pasti, menilai dan
mengawal risiko serta merupakan salah satu ciri utama bagi sesebuah
organisasi berprestasi tinggi. Organisasi perlu bertindak secara positif
terhadap potensi risiko yang ada dan yang dijangka, di samping
memahami dan berusaha untuk mengawal sebarang kebarangkalian
berlakunya risiko yang mungkin menjejaskan penyampaian perkhidmatan
sesebuah agensi.
Matlamat utama pengurusan risiko adalah untuk meningkatkan kesedaran
keseluruhan warga organisasi terhadap kewujudan risiko yang memberi
kesan signifikan ke atas penyampaian perkhidmatan. Pengurusan risiko
yang berkesan akan mengurangkan kekerapan berlakunya gangguan dan
meminimumkan kesan insiden risiko terhadap penyampaian perkhidmatan
utama agensi. Menerusi pelaksanaan pengurusan risiko, risiko dapat
dikenalpasti dan ditangani dengan lebih cekap.
Bagi mewujudkan pengurusan risiko yang lengkap dan sempurna, kaedah
dari standard AS/NZ ISO 31000:2009 telah diadaptasi dalam
mengenalpasti dan menganalisis risiko. Penganalisiaan berdasarkan
standard ini adalah bagi menjamin insiden-insiden risiko dikenal pasti
berdasarkan perkhidmatan utama PTGS. Daripada penemuan ke atas
tahap risiko yang pelbagai membolehkan tindakan diambil oleh PTGS
untuk melaksanakan strategi kawalan risiko yang bersesuaian.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 8
Dalam konteks PTGS, definisi risiko adalah apa juga ancaman yang
berkemungkinan menghalang jabatan daripada mencapai objektif
atau sasarannya.
Dalam konteks PTGS, definisi pengurusan risiko adalah mengenalpasti,
menilai dan mengatur kepentingan risiko sebagai kesan yang boleh
menjejaskan produktiviti kakitangan, ekspetasi pelanggan dan imej
jabatan dalam menyumbang ke arah negeri maju dan berkebajikan.
3.0 Objektif Pengurusan Risiko
Objektif Pelan Pengurusan Risiko PTGS adalah seperti berikut:-
1. Memastikan risiko kritikal yang memberi kesan ke atas pencapaian
perkhidmatan teras, menjejaskan pengurusan kewangan dan
ketidakberkesanan pengurusan sumber dikawal secara sistematik.
2. Merekodkan hasil analisis ke atas setiap insiden risiko yang telah
dikenalpasti secara komprehensif sebagai rujukan pengurusan tinggi
dalam memastikan tindakan bersesuaian dapat diambil dengan
berkesan.
3. Menjadi mekanisme dalam mengkoordinasikan tindakan pencegahan
dan mitigasi ke atas insiden risiko yang telah dikenalpasti.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 9
4. Menjadi panduan utama dalam pelaksanaan tindakan ke atas
pengurusan bencana, komunikasi semasa krisis, dan tindak balas
semasa kecemasan.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 10
4.0 Model dan Kerangka Proses Pengurusan Risiko
Model dan kerangka proses pengurusan risiko yang diterima oleh PTGS
adalah seperti berikut:
4.1 Model Pengurusan Risiko Pejabat Tanah dan Galian
Selangor
(Diadaptasi daripada MS ISO 31000:2010)
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 11
4.2 Kerangka Proses Pengurusan Risiko Pejabat Tanah dan
Galian Selangor
(Diadaptasi daripada AS/NZS ISO 31000:2009 Risk Management – Principles and
Guidelines)
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 12
5.0 Senarai Stakeholders dan Pelanggan
Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian
Dato’ Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Selangor
Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor
STAKEHOLDERS
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
PELANGGAN
Rakyat Sektor Swasta/
Pembekal
Agensi Kerajaan
Negeri/ Persekutuan
Pejabat Tanah
Daerah
Pihak Berkuasa
Tempatan
BAR Council
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 13
6.0 Had Penerimaan Risiko, Indeks Impak dan Indeks
Kebarangkalian
6.1 Had Penerimaan Risiko
Had penerimaan risiko bermaksud tahap tertentu sesuatu risiko yang
berlaku dapat diterima oleh sesebuah organisasi. Sekiranya insiden
risiko yang berlaku itu berada dalam lingkungan yang boleh diterima,
tindakan kawalan akan diambil secara pentadbiran. Namun, jika
insiden risiko tersebut berada pada tahap tidak boleh diterima PTGS
perlu mempunyai strategi kawalan dalam mencegah insiden dari
berlaku atau mengurangkan kesan daripada insiden sekiranya
berlaku.
Had Penerimaan Risiko adalah berdasarkan seperti skala di bawah:
TAHAP
RISIKO SKALA TAHAP RISIKO PENERANGAN TAHAP RISIKO
E 13-25 Risiko sangat tinggi, pelan tindakan
terperinci diperlukan
H 8-12 Risiko tinggi, diberi perhatian oleh
pengurusan atasan PTGS
M 4-7
Risiko sederhana, diurus dan diberi
perhatian oleh pihak yang
dipertanggungjawabkan
L 1-3 Risiko rendah, diuruskan mengikut
prosedur sedia ada.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 14
Berdasarkan Had Penerimaan Risiko di atas, PTGS telah bersetuju
dengan ketetapan berikut:
a) Insiden-insiden risiko dalam skala 1 hingga 7 adalah risiko yang
boleh diterima dan akan diuruskan dengan menggunakan
mekanisme sedia ada;
b) Manakala skala 8 hingga 25 adalah tahap risiko yang tidak boleh
diterima. PTGS akan membina strategi kawalan yang sesuai
bagi insiden-insiden risiko tersebut.
6.2 Indeks Impak
Indeks Impak merujuk kepada indikator yang menerangkan kesan ke
atas empat (4) faktor iaitu Manusia, Reputasi, Kewangan, dan
Operasi akibat daripada sesuatu insiden risiko.
PTGS telah telah bersetuju untuk menetapkan bahawa insiden risiko
yang melibatkan pejabat ini dikategorikan mengikut 4 jenis risiko iaitu
manusia, reputasi, kewangan dan operasi. Kesan insiden risiko
pejabat ini dikelaskan kepada 5 peringkat iaitu Sangat Kecil, Kecil,
Sederhana, Besar dan Sangat Besar mengikut konteks dan
tanggungjawab jabatan ini. Indeks Impak yang akan digunakan
dalam penilaian risiko adalah seperti berikut:
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 15
Faktor
Sangat Kecil Kecil Sederhana Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5
Manusia
Masalah
melibatkan
anggota
seksyen/unit
Masalah
Melibatkan
anggota
Bahagian
Melibatkan
seluruh PTGS
Melibatkan
pelanggan
Melibatkan
seluruh rakyat
negeri
Sub unit
terjejas. Unit terjejas.
Bahagian
terjejas.
Lebih drpd 1
bahagian
terjejas.
Keseluruhan
jabatan
terjejas.
Reputasi Dalaman
sahaja
Melibatkan
agensi
Kerajaan
Negeri sahaja
Melibatkan
agensi
Kerajaan
Persekutuan
Rakyat Negeri
Selangor
Peringkat
nasional
Kewangan
Kerugian
sehingga 10%
dari
nilai/pulangan
projek/program
agensi
Kerugian
sehingga 20%
dari
nilai/pulangan
projek/program
agensi
Kerugian
sehingga 30%
dari
nilai/pulangan
projek/program
agensi
Kerugian
sehingga 40%
dari
nilai/pulangan
projek/program
agensi
Kerugian
sehingga 50%
dari
nilai/pulangan
projek/program
agensi
Operasi
Perkhidmatan
terganggu
untuk tempoh
3 jam
Perkhidmatan
terganggu
untuk tempoh
12 jam
Perkhidmatan
terganggu
untuk tempoh
24 jam
Perkhidmatan
terganggu
untuk tempoh
3 hari
Perkhidmatan
terganggu
untuk tempoh
7 hari
6.3 Indeks Kebarangkalian
Indeks Kebarangkalian merujuk kepada indikator yang akan
menerangkan kadar kemungkinan sesuatu kejadian risiko itu berlaku
di sesebuah agensi.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 16
PTGS telah bersetuju untuk mengkelaskan insiden risiko kepada 5
tahap skala kekerapan iaitu skala 1 bagi insiden risiko yang Jarang
berlaku iaitu sekali bagi tempoh melebihi 3 tahun sehingga kepada
insiden yang paling kerap atau Hampir Pasti berlaku pada skala 5
iaitu sekali bagi tempoh 3 bulan. Indeks Kebarangkalian yang akan
digunakan dalam penilaian risiko adalah seperti berikut:
SKALA PENARAFAN KETERANGAN
5 HAMPIR PASTI Sesuatu kejadian yang kerap/ hampir pasti
berlaku – sekali dalam sebulan
4 KEMUNGKINAN
TINGGI
Sesuatu kejadian yang besar kemungkinan
berlaku – sekali setiap 6 bulan
3 ADA
KEMUNGKINAN
Sesuatu kejadian yang rendah mungkin berlaku
– sekali setahun
2 KEMUNGKINAN
RENDAH
Sesuatu kejadian yang rendah kemungkinan
berlaku – sekali setiap 3 tahun
1 JARANG Sesuatu kejadian yang jarang berlaku – sekali
melebihi 3 tahun
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 17
Pengerusi (Chief Risk Officer, CRiO)
Pengarah Tanah dan Galian Selangor
Ahli :
Timbalan Pengarah Tanah Galian (Pengurusan)
Timbalan Pengarah Tanah Galian (Pendaftaran)
Penolong Pengarah (Bahagian Khidmat Pengurusan)
Urusetia :
Bahagian Korporat dan Audit Pengurusan Tanah
BAHAGIAN II: STRUKTUR DAN TADBIR URUS PENGURUSAN RISIKO
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
1.0 Struktur Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Pengurusan Risiko
1.1 Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR) Pejabat
Tanah dan Galian Selangor
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 18
Pengerusi (Risk Champion)
Timbalan PTGS (Pengurusan)
Ahli (Risk Officers)
1. Ketua Bahagian Pendaftaran Hakmilik 2. Ketua Bahagian Pendaftaran Hakmilik Strata 3. Ketua Bahagian Pembangunan dan Kemajuan
Tanah 4. Ketua Bahagian Penguatkuasaan,
Pengambilan dan Teknikal 5. Ketua Bahagian Hasil 6. Ketua Bahagian Undang-Undang 7. Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan 8. Ketua Bahagian Teknologi Maklumat 9. Ketua Bahagian Korporat dan Audit
Pengurusan Tanah\ 10. Ketua Unit Task Force dan Penyelidikan
Urusetia
Penolong Pengarah (Bahagian Korporat dan Audit Pengurusan
Tanah)
1.2 Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko (JPPR)
Pejabat Tanah dan Galian Selangor
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 19
2.0 Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk dan
Pelaksana Pengurusan Risiko
2.1 Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk
Pengurusan Risiko (JIPR) Pejabat Tanah dan Galian
Selangor
a) Meluluskan pengurusan risiko PTGS;
b) Memantau pelaksanaan pengurusan risiko PTGS;
c) Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan JPPR
PTGS sekurang-kurangnya dua kali setahun;
d) Mengisytiharkan Bencana/ Krisis; dan
e) Meluluskan penambahbaikan pengurusan risiko PTGS
melalui kajian semula mengikut keperluan atau sekurang-
kurangnya dua kali setahun.
2.2 Peranan Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko
(JPPR) Pejabat Tanah dan Galian Selangor
a) Melaporkan isu-isu berkaitan pengurusan risiko;
b) Memastikan dasar-dasar pengurusan risiko dilaksanakan
mengikut perancangan yang ditetapkan;
c) Memperakukan cadangan penambahbaikkan pengurusan
risiko kepada JIPR;
d) Mengadakan mesyuarat pemantauan pengurusan risiko
PTGS mengikut keperluan atau sekurang-kurangnya dua
kali setahun.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 20
2.3 Peranan Chief Risk Officer (CRiO)
a) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Pengurusan Risiko (JIPR) PTGS;
b) Memantau dan menyelia pengurusan risiko PTGS; dan
c) Merancang hala tuju pengurusan risiko PTGS.
2.4 Peranan Risk Champion
a) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
Pengurusan Risiko (JPPR) PTGS;
b) Meneliti semua laporan pengurusan risiko Bahagian/ Unit;
dan
c) Mengesahkan dan meluluskan semua pengurusan risiko di
peringkat JPPR untuk diangkat kepada pengurusan
atasan.
2.5 Peranan Risk Officers
a) Mengenal pasti risiko, ancaman dan impak yang dihadapi
oleh setiap Bahagian/ Unit;
b) Membangun, mengemaskini dan memantau pengurusan
risiko Bahagian/ Unit supaya sentiasa lengkap dan terkini;
c) Menilai, menganalisa, mengklasifikasi dan mengenal pasti
impak risiko di setiap Bahagian/ Unit;
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 21
d) Mewakili dan mengetuai bahagian masing-masing dalam
menangani dan mengawal risiko di peringkat Bahagian/
Unit;
e) Mencadangkan kepada JPPR bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengurusan risiko agensi; dan
f) Melaporkan keputusan yang dibuat oleh JPPR kepada
Bahagian/ Unit masing-masing.
2.6 Peranan Urusetia Jawatankuasa Induk dan Pelaksana
Pengurusan Risiko
Urusetia adalah berperanan membantu JIRP dalam aktiviti
Pengurusan Risiko agensi. Di samping itu, Urusetia juga terlibat
dalam:
a) Menyelenggarakan daftar risiko yang disediakan oleh
JPPR;
b) Menyelaras dan menyusun profil risiko yang disediakan
oleh JPPR;
c) Membantu JPPR dalam pemantauan tindakan pencegahan
dan mitigasi risiko yang telah diluluskan bagi tujuan
pelaporan kepada JIPR;
d) Merangka dan melaksanakan program kesedaran dan
latihan bagi meningkatkan kefahaman mengenai
pengurusan risiko di kalangan warga PTGS.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 22
BAHAGIAN III: PENILAIAN, STRATEGI KAWALAN, KOMUNIKASI DAN
PEMANTAUAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN
GALIAN SELANGOR
1.0 Penilaian Risiko Pejabat Tanah dan Galian Selangor
1.1 Mengenalpasti Risiko
Tujuan langkah ini adalah untuk mendapatkan insiden-insiden risiko
yang memberi impak kepada prestasi dan pencapaian objektif PTGS
dalam penyampaian perkhidmatan. Insiden-insiden risiko yang
dikenalpasti perlu disenaraikan dalam daftar risiko.
1.2 Menganalisis Risiko
Tujuan langkah ini adalah untuk melihat kebarangkalian berlakunya
risiko (likelihood) dan juga potensi impak ke atas PTGS. Akibat dan
kebarangkalian boleh digabungkan untuk mendapatkan jangkaan
tahap risiko, dalam nilaian tertentu melalui kaedah kuantitatif.
Menganalisis risiko merupakan sesuatu yang subjektif dan banyak
bergantung kepada penilaian dan pertimbangan pegawai, kakitangan
dan ahli Jawatankuasa Induk (JIPR) dan Pelaksana (JPPR)
Pengurusan Risiko PTGS.
Hasil dapatan daripada proses analisis risiko ini akan menentukan
risiko sesuatu insiden adalah pada tahap Extreme, High, Medium
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 23
atau Low dengan menggunakan Matriks Kebarangkalian dan Impak
seperti rajah di bawah:
(Diadaptasi daripada Standards Australia Risk Management AS/NZS 4360: 2004)
1.3 Mengkategori Risiko
Insiden risiko yang telah dianalisis dan ditentukan tahap risikonya
akan dikategorikan dalam langkah seterusnya. Insiden-insiden risiko
akan disusun mengikut tahap risiko mengikut keutamaan daripada
Extreme, High, Medium atau Low. Langkah ini akan
memperlihatkan dengan jelas susunan risiko yang perlu diberi
perhatian khusus bersesuaian dengan had penerimaan risiko (risk
appetite) yang telah dipersetujui.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 24
2.0 Mengendalikan Risiko Melalui Strategi Kawalan
Bagi insiden risiko yang perlu diberi perhatian khusus, langkah-langkah
strategi kawalan yang bersesuaian perlu dirangka. Langkah ini adalah
untuk menggariskan pilihan strategi kawalan risiko dan sebagai panduan
kepada pegawai dan kakitangan PTGS terlibat dalam mengambil tindakan
sewajarnya bersesuaian dengan persekitaran dan kewangan semasa
dalam menangani risiko tersebut.
Berdasarkan Model dan Kerangka Proses Pengurusan Risiko, terdapat dua
(2) kategori tindakan kawalan utama iaitu Kawalan Pencegahan dan
Kawalan Mitigasi yang merangkumi empat (4) pilihan strategi kawalan
risiko iaitu Mengelak, Memindah, Mengurang dan Menerima risiko
seperti rajah berikut:
Mengurangkan kesan risiko, iaitu mengurangkan tahap teruknya
kerugian yang ditanggung dengan melaksanakan usaha kekangan
kerugian dan mengambil langkah untuk mengurangkan kerugian
Mengurangkan kemungkinan berlakunya risiko dengan mengawal penyebab berlakunya risiko tersebut
KAWALAN
PENCEGAHAN
KAWALAN MITIGASI
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 25
Matriks Penentuan Strategi Kawalan Risiko adalah seperti rajah berikut:
Jadual Penilaian dan Strategi Kawalan Risiko yang meliputi kawalan
pencegahan dan kawalan mitigasi bagi PTGS adalah seperti di LAMPIRAN
A dan LAMPIRAN B.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 26
3.0 Kajian Semula Risiko dan Pemantauan Risiko
Pemantauan dan kajian semula dilaksanakan secara berkala bertujuan
untuk menguruskan risiko yang wujud dalam situasi yang berbeza.
Kaedah pemantauan dan kajian semula dalam pengurusan risiko adalah
seperti berikut:
Memastikan langkah-langkah strategi kawalan yang dipilih dalam
pengurusan risiko perkhidmatan utama bagi sesuatu insiden itu adalah
tepat;
Menilai semula sama ada strategi kawalan risiko yang dipilih sebelum
ini masih relevan;
Memastikan program atau langkah dalam dokumen pengurusan risiko
PTGS dilaksanakan mengikut ketetapan yang terkandung dalam
dokumen tersebut;
Menilai tahap risiko yang mungkin berubah dalam persekitaran
organisasi mengikut keadaan semasa;
Memastikan strategi komunikasi telah dilaksanakan dengan
menyeluruh dan komprehensif;
Memastikan sumber yang mencukupi dalam organisasi bagi
menangani risiko; dan
Memaklumkan status terkini berhubung pengurusan risiko kepada
stakeholders.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 27
Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko (JPPR) yang ditubuhkan di
bawah tadbir urus pengurusan risiko adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan proses pemantauan dan kajian semula pengurusan risiko
semua Bahagian/ Unit PTGS. Hasil dapatan daripada pemantauan dan
kajian semula pengurusan risiko semua Bahagian/ Unit perlu dilaporkan
kepada Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR) PTGS.
Pemantauan dan kajian semula perlu dilaksanakan secara menyeluruh
dalam proses pengurusan risiko. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana ia
sangat kritikal dalam menentukan sama ada sesuatu pelan pengurusan
risiko telah memenuhi tujuan asal ia diwujudkan atau dibangunkan iaitu
untuk membantu PTGS menghadapi ancaman risiko.
4.0 Komunikasi dan Perbincangan
Komunikasi yang melibatkan pengurusan tinggi dengan seluruh warga
agensi melalui mekanisme kedua-dua Jawatankuasa Induk dan Pelaksana
Pengurusan Risiko yang diwujudkan dalam PTGS membolehkan
perancangan dan tindakan yang berkesan dapat diambil bagi mencegah
dan melakukan tindakan mitigasi ke atas insiden-insiden risiko PTGS.
Komunikasi melalui pendekatan perbincangan sangat berkesan bagi
memastikan aktiviti-aktiviti penting kepada pengurusan risiko berdasarkan
kerangka yang telah ditetapkan.
Komunikasi dan Perbincangan dalam pengurusan risiko penting bagi:
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 28
Melaksanakan Dokumen Pengurusan Risiko Perkhidmatan Utama
yang telah dibangunkan;
Mendokumentasikan semua mesyuarat dan perbincangan dengan
stakeholders;
Menyebarluaskan Pengurusan Risiko Perkhidmatan Utama kepada
warga organisasi; dan
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga PTGS berkenaan
Dokumen Pengurusan Risiko Perkhidmatan Utama.
Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko (JPPR) yang ditubuhkan di
bawah tadbir urus pengurusan risiko adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan proses komunikasi dan rundingan. Hasil dan keputusan
berkaitan dengan proses ini perlu dibentangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR) PTGS.
Komunikasi dan rundingan adalah satu proses yang berterusan dan
dilaksanakan pada setiap proses pengurusan risiko iaitu bermula dari
proses penetapan risiko diikuti dengan penilaian risiko yang merangkumi
mengenal pasti dan menganalisis risiko seterusnya proses terakhir iaitu
menangani risiko. Kaedah ini penting bagi memastikan setiap proses
pengurusan risiko dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menguruskan
risiko.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 29
LAMPIRAN A: JADUAL PENILAIAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
KO
D R
ISIK
O
SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT
KE
BA
RA
NG
KA
LIA
N
IMPAK SEKIRANYA RISIKO BERLAKU
IMP
AK
(a+
b+
c+
d)/n
TA
HA
P R
ISIK
O
KO
D
TA
HA
P
RIS
IKO
(WA
RN
A)
(a) M
an
usia
(b) R
ep
uta
si
(c) K
ew
an
gan
(d) O
pe
ras
i
1.1 Kekurangan Ruangan Kerja
Salah letak dan kehilangan dokumen
Kebolehpercayaan orang awam terhadap jabatan berkurang
5 3 1 0 5 3 15 EXTREME
1.2 Bil tidak sampai kepada alamat pelanggan
Maklumat pelanggan yang tidak dikemaskini
Hasil tidak dapat dituntut 4 0 3 3 0 3 12 HIGH
1.3 Sistem / panduan / garis panduan yang tidak selaras dan tidak komprehensif
Keputusan pendaftaran tidak seragam
Integriti dan cara kerja dipersoalkan
5 0 2 0 1 2 10 HIGH
1.4 Ancaman semasa tindakan penguatkuasaan dijalankan
Kegagalan dan kelewatan dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan
Tindakan penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan 3 2 5 4 1 3 9 HIGH
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 30
KO
D R
ISIK
O
SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT
KE
BA
RA
NG
KA
LIA
N
IMPAK SEKIRANYA RISIKO BERLAKU
IMP
AK
(a+
b+
c+
d)/n
TA
HA
P R
ISIK
O
KO
D
TA
HA
P
RIS
IKO
(WA
RN
A)
(a) M
an
usia
(b) R
ep
uta
si
(c)
Kew
an
gan
(d) O
pe
ras
i 1.5 Peruntukan yang
diterima kurang
berbanding yang
dipohon
Sumber Kewangan
Yang Terhad Program tidak dapat
dilaksanakan secara
menyeluruh
3 1 2 2 5 3 9 HIGH
1.6
Penyalahgunaan ID Pengguna/ Aset ICT.
Pencerobohan /penggodaman Keselamatan ICT
Piagam piagam tidak dapat dipenuhi.
2 4 5 1 4 4 8
HIGH
Pencerobohan Server Aplikasi oleh kakitangan/ bekas kakitangan/ pembekal.
Pencerobohan /penggodaman Keselamatan ICT
Integriti terhadap keselamatan akan terjejas.
2 4 5 1 4 4 8
1.7 Tempat ruang simpanan tidak mencukupi
Fail hilang/ tidak dijumpai
Maklumat asal permohonan tanah tidak dapat diperolehi
2 2 2 - 5 3 6 MEDIUM
1.8 Surat diterima tidak direkod
Surat dari jabatan luar hilang
Terpaksa memohon surat ulangan 3 1 1 - 5 2 6 MEDIUM
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 31
KO
D R
ISIK
O
SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT
KE
BA
RA
NG
KA
LIA
N IMPAK SEKIRANYA
RISIKO BERLAKU
IMP
AK
(a+
b+
c+
d)/n
TA
HA
P R
ISIK
O
KO
D
TA
HA
P
RIS
IKO
(WA
RN
A)
(a) M
an
usia
(b) R
ep
uta
si
(c) K
ew
an
gan
(d) O
pe
ras
i
1.9 Surat ulasan jabatan teknikal lambat diterima
Proses permohonan tidak mencapai piagam (permohonan lewat)
Tidak mencapai sasaran yang ditetapkan 3 1 2 - 4 2 6 MEDIUM
1.10 Kecuaian dan tahap keselamatan yang rendah
Kehilangan barang kes
Reputasi dan kemungkinan bayaran pampasan perlu dilakukan.
3 2 3 1 1 2 6 MEDIUM
1.11 Laporan yang diterima tidak lengkap
Maklumat yang dilaporkan tidak menepati kehendak
Terpaksa membuat semakan semula (double work) 2 3 - - 4 2 4 MEDIUM
1.12 Serangan virus atau hardware rosak
Komputer rosak/tidak berfungsi dengan sempurna
Kerja-kerja penyediaan kertas ringkasan dan surat menyurat tertunda
2 1 - - 3 2 4 MEDIUM
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 32
KO
D R
ISIK
O
SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT
KE
BA
RA
NG
KA
LIA
N
IMPAK SEKIRANYA RISIKO BERLAKU
IMP
AK
(a+
b+
c+
d)/n
TA
HA
P R
ISIK
O
KO
D
TA
HA
P
RIS
IKO
(WA
RN
A)
(a) M
an
usia
(b) R
ep
uta
si
(c) K
ew
an
gan
(d) O
pe
ras
i
1.13 Ketidaksempurnaan sistem Keselamatan Jabatan.
Gangguan teknikal sistem/ perkakasan ICT/
Kos pemulihan meningkat.
3 3 1 2 1 2 6 MEDIUM
Kelemahan coding di dalam sistem.
Masa yang lama diambil untuk pemulihan.
Kerosakan perisian dan perkakasan.
Terdedah kepada cubaan pengodam ( ct : Sql injection)
Kurang pengalaman/ kepakaran dalam mengendalikan masalah teknikal luar jangka.
Kos tinggi diperlukan untuk lantikan kumpulan pakar
Bekalan elektrik terputus
Gangguan teknikal sistem/
Kutipan hasil terjejas
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 33
Server tidak beroperasi
perkakasan ICT/ Penyampaian perkhidmatan tergendala
Bencana alam Kos operasi meningkat
Gangguan rangkaian
Berlaku serangan virus / penggodam
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 34
KO
D R
ISIK
O
SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT
KE
BA
RA
NG
KA
LIA
N
IMPAK SEKIRANYA RISIKO BERLAKU
IMP
AK
(a+
b+
c+
d)/n
TA
HA
P R
ISIK
O
KO
D
TA
HA
P
RIS
IKO
(WA
RN
A)
(a) M
an
usia
(b) R
ep
uta
si
(c) K
ew
an
gan
(d) O
pe
ras
i 1.14 Berlaku Kerosakan
tape/hardisk
Kehilangan Data ICT
Operasi Terjejas
2 2 2 1 1 2 4 MEDIUM
Kecuaian operator Imej Terjejas
SOP tidak dipatuhi
Server tidak beroperasi
Penyampaian perkhidmatan tergendala
Bencana Alam Kos operasi meningkat
Gangguan Rangkaian
Berlaku serangan Virus /Pengodam
1.15 Kecurian
Aset/Kecuaian
Kakitangan
Kehilangan Aset Kerugian Kepada
Jabatan 3 1 1 2 3 2 5 MEDIUM
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 35
KO
D R
ISIK
O
SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT
KE
BA
RA
NG
KA
LIA
N
IMPAK SEKIRANYA RISIKO BERLAKU
IMP
AK
(a+
b+
c+
d)/n
TA
HA
P R
ISIK
O
KO
D
TA
HA
P
RIS
IKO
(WA
RN
A)
(a) M
an
usia
(b) R
ep
uta
si
(c) K
ew
an
gan
(d) O
pe
ras
i
1.16 Kurang
Penyelenggaraan
Bangunan, Bilik
Rekod
Kerosakan
Dokumen/Peralatan
Pejabat
Kehilangan Maklumat
1 1 4 3 5 3 3 LOW
1.17 Tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
Tindakan undang-undang terhadap Jabatan
Tindakan tidak dapat dilaksanakan dengan betul dan reputasi terjejas
1 3 3 3 1 3 3 LOW
1.18 Keselamatan pejabat dan ruang kerja
Pelanggan yang emosional membahayakan kakitangan
Kakitangan tidak mesra terhadap pelanggan
1 2 2 0 1 2 2 LOW
1.19 Kaedah penyimpanan dokumen yang tidak sempurna
Kerosakan dokumen usang
Urusan tanah terjejas
1 0 2 0 1 2 2 LOW
1.20 Mesin kirawang tidak dapat kenalpasti wang palsu
Terimaan wang palsu
Kehilangan wang awam
1 0 2 1 0 2 2 LOW
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 36
LAMPIRAN B: STRATEGI KAWALAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
KOD
RISIKO JENIS RISIKO INSIDEN RISIKO KEBARANGKALIAN IMPAK
TAHAP
RISIKO
KOD
TAHAP
RISKO
1.1 Kekurangan ruangan
kerja
Salah letak dan kehilangan
dokumen 5 3 15 EXTREME
1.2 Bil tidak sampai kepada alamat pelanggan
Maklumat pelanggan yang tidak dikemaskini
5 2 10 HIGH
1.3 Sistem / panduan / garis panduan yang tidak selaras dan tidak komprehensif
Keputusan pendaftaran tidak seragam 5 2 10 HIGH
1.4 Ancaman semasa tindakan penguatkuasaan dijalankan
Kegagalan dan kelewatan dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan
3 3 9 HIGH
1.5 Peruntukan yang
diterima kurang
berbanding yang
dipohon
Sumber Kewangan Yang
Terhad 3 3 9 HIGH
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 37
KOD
RISIKO JENIS RISIKO INSIDEN RISIKO KEBARANGKALIAN IMPAK
TAHAP
RISIKO
KOD
TAHAP
RISKO
1.6
Penyalahgunaan ID Pengguna/ Aset ICT.
Pencerobohan /penggodaman Keselamatan ICT
2 4 8
HIGH Pencerobohan Server Aplikasi oleh kakitangan/ bekas kakitangan/ pembekal.
Pencerobohan /penggodaman Keselamatan ICT
2 4 8
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 38
TINDAKAN
BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PELAKSANAAN
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
1. Menyediakan ruang tempat simpanan fail yang mencukupi
Berterusan BKP
2. Bahagian Khidmat Pengurusan perlu menyeragamkan dan memantau sistem pergerakan fail jabatan (Sistem elektronik)
Berterusan BKP
BIL. TINDAKAN MITIGASI
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
3. Mohon salinan daripada agensi/pihak berkaitan
KOD
RISIKO INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO
KOD TAHAP
RISIKO
(WARNA)
STRATEGI KAWALAN
1.1 Kekurangan ruangan kerja Salah letak dan kehilangan
dokumen EXTREME Cegah & Mitigasi
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 39
KOD
RISIKO INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO
KOD TAHAP
RISIKO
(WARNA)
STRATEGI KAWALAN
1.2 Bil tidak sampai kepada alamat
pelanggan
Maklumat pelanggan yang tidak
dikemaskini HIGH Cegah atau Mitigasi
TINDAKAN
BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PELAKSANAAN
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
3 Kemaskini data dengan pengumpulan maklumat dari luar dan dalam (data sistem dan maklumat dari pemilik berdaftar)
Berterusan BPH, BHS, BH dan BTM
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 40
KOD
RISIKO INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO
KOD TAHAP
RISIKO
(WARNA)
STRATEGI KAWALAN
1.3
Sistem / panduan / garis
panduan yang tidak selaras dan
tidak komprehensif
Keputusan pendaftaran tidak
seragam HIGH Cegah atau Mitigasi
TINDAKAN
BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PELAKSANAAN
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
2 Penyelarasan semua dokumen dan arahan yang berkaitan dengan urusan pendaftaran.
Berterusan BPH dan BHS
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 41
KOD
RISIKO INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO
KOD TAHAP
RISIKO
(WARNA)
STRATEGI KAWALAN
1.4 Ancaman semasa tindakan
penguatkuasaan dijalankan
Kegagalan dan kelewatan
dalam melaksanakan tindakan
penguatkuasaan
HIGH Cegah atau Mitigasi
TINDAKAN
BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PELAKSANAAN
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
1. Melengkapkan anggota penguatkuasaan dengan peralatan yang diperlukan.
2 tahun (2013-2016)
Bahagian Penguatkuasaan
2. Mengadakan kolaborasi bersama agensi kerajaan yang berkaitan.
2 tahun (2013-2016)
Bahagian Penguatkuasaan
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 42
KOD
RISIKO INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO
KOD TAHAP
RISIKO
(WARNA)
STRATEGI KAWALAN
1.5 Peruntukan yang diterima
kurang berbanding yang
dipohon
Sumber Kewangan Yang
Terhad HIGH Cegah atau Mitigasi
TINDAKAN
BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PELAKSANAAN
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
1. Merancang sebaik mungkin penggunaan sumber sedia ada
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 43
KOD
RISIKO INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO
KOD TAHAP
RISIKO
(WARNA)
STRATEGI KAWALAN
1.6
Penyalahgunaan ID
Pengguna/ Aset ICT.
Pencerobohan /penggodaman
Keselamatan ICT
HIGH Cegah atau Mitigasi
Pencerobohan Server
Aplikasi oleh
kakitangan/ bekas
kakitangan/
pembekal.
TINDAKAN
BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PELAKSANAAN
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
1. Tukar ID pengguna Setiap 3 bulan BTM
2. Penetration Testing Setahun Sekali BTM
3. Mengemaskini Rules & Regulation Peralatan keselamatan ICT (Firewall/IPS/IDS/DLL)
6 Bulan Sekali BTM
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 44
PENUTUP
Pelan Pengurusan Risiko Pejabat Tanah dan Galian Selangor digubal
selaras dengan kehendak kepimpinan dalam merangka kerja kepada pihak
pengurusan dan sebagai panduan kepada semua warga Pejabat Pengarah
Tanah dan Galian Selangor ke arah pencapaian visi dan misi yang telah
ditetapkan. Skop dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Risiko
PTG termasuklah menyemak dan mencadangkan strategi pengurusan
risiko, polisi dan toleransi risiko bagi kelulusan pihak pengurusan.
Selain daripada itu, jawatankuasa ini juga menyemak dan menilai polisi
pengurusan risiko dan rangka kerja dalam mengenal pasti, mengukur,
memantau dan mengawal risiko, memastikan infrastruktur, sumber dan
sistemnya adalah dalam keadaan yang baik serta menyemak laporan
pengurusan tentang pendedahan kepada risiko dan aktiviti pengurusan
risiko.
Satu pelan tindakan yang komprehensif telah dibangunkan yang meliputi
pelbagai proses utama daripada semua unit di jabatan. Tindakan yang
dirangka di dalam pelan tersebut adalah mengenalpasti risiko dan mencari
langkah-langkah penyelesaian bagi memastikan objektif setiap proses
utama jabatan dapat dicapai. Kesimpulannya, Pelan Pengurusan Risiko ini
dapat menjadi pemangkin kepada sistem penyampaian perkhidmatan
awam yang cekap sekaligus menjamin kelancaran dan keberkesanan
pentadbiran tanah di Negeri Selangor.
PELAN PENGURUSAN RISIKO PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR 45
Sebagai satu langkah penambahbaikan secara berterusan Pelan
Pengurusan Risiko ini sebenarnya tiada tempoh tertentu namun disediakan
bagi membantu dalam merealisasikan matlamat dan sasaran yang
terkandung dalam Pelan Strategik Pejabat Tanah dan Galian 2012 – 2016
ke arah menjadikan Pejabat Tanah dan Galian Selangor pejabat terbaik di
Malaysia.