KANDUNGAN - riec.unimas.my

67
i KANDUNGAN PERKARA HALAMAN KATA ALUAN NAIB CANSELOR 1 KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) 2 KATA ALUAN PENGARAH UNIMAS INNOVATION 3 TERMINOLOGI DAN GLOSARI 4 DAFTAR SINGKATAN 10 BAB 1 SKIM GERAN PENYELIDIKAN UNIMAS 11 1.1 Pengenalan 11 1.2 Falsafah Skim Geran Penyelidikan UNIMAS 11 1.3 Definisi Skim Geran Penyelidikan 11 1.4 Tujuan Skim Geran Penyelidikan 12 1.5 Bidang Penyelidikan Tujahan 12 1.6 Kluster Penyelidikan 12 1.7 Peranan dan Tanggungjawab 13 1.7.1 Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan dan Inovasi Universiti (JKTSPI) 13 1.7.2 UNIMAS Innovation 13 1.7.3 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) 14 1.7.4 Jawatankuasa Etika Perubatan (MREC) 14 1.7.5 Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC) 15 1.7.6 Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia (HREC) 15 1.7.7 Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/Institut 15 1.7.8 Panel Pakar Penyelidikan Universiti (REP) 16 1.8 Penyelidik Utama (PI) dan Penyelidik Bersama 16 1.8.1 Tanggungjawab dan Amanah Penyelidik Utama (PI) 17 BAB 2 JENIS GERAN-GERAN PENYELIDIKAN DI UNIMAS 18 2.1 Pengenalan Geran Penyelidikan Di UNIMAS 18 2.2 Skim Geran Penyelidikan Jangka Pendek (Small Grant Scheme) (SGS) 18 2.2.1 Proses Penilaian Permohonan Geran SGS 19 2.2.2 Kriteria Penilaian 19 2.2.3 Senarai Semak dan Carta Alir Proses 19 2.3 Geran Penyelidikan Dalam UNIMAS 21 2.3.1 Geran Penyelidikan Siswazah (PGRG) 21 2.3.2 Dana Pasca Doktoral (DPD) 22 2.4 Geran Kursi Penyelidikan 24

Transcript of KANDUNGAN - riec.unimas.my

Page 1: KANDUNGAN - riec.unimas.my

i

KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

KATA ALUAN NAIB CANSELOR

1

KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR

(PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

2

KATA ALUAN PENGARAH UNIMAS INNOVATION

3

TERMINOLOGI DAN GLOSARI 4

DAFTAR SINGKATAN 10

BAB 1 SKIM GERAN PENYELIDIKAN UNIMAS 11

1.1 Pengenalan 11

1.2 Falsafah Skim Geran Penyelidikan UNIMAS 11

1.3 Definisi Skim Geran Penyelidikan 11

1.4 Tujuan Skim Geran Penyelidikan 12

1.5 Bidang Penyelidikan Tujahan 12

1.6 Kluster Penyelidikan 12

1.7 Peranan dan Tanggungjawab 13

1.7.1 Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan dan Inovasi

Universiti (JKTSPI)

13

1.7.2 UNIMAS Innovation 13

1.7.3 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

(JKKP)

14

1.7.4 Jawatankuasa Etika Perubatan (MREC) 14

1.7.5 Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC) 15

1.7.6 Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia (HREC) 15

1.7.7 Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/Institut 15

1.7.8 Panel Pakar Penyelidikan Universiti (REP) 16

1.8 Penyelidik Utama (PI) dan Penyelidik Bersama 16

1.8.1 Tanggungjawab dan Amanah Penyelidik Utama (PI) 17

BAB 2 JENIS GERAN-GERAN PENYELIDIKAN DI UNIMAS 18

2.1 Pengenalan Geran Penyelidikan Di UNIMAS 18

2.2 Skim Geran Penyelidikan Jangka Pendek (Small Grant Scheme)

(SGS)

18

2.2.1 Proses Penilaian Permohonan Geran SGS 19

2.2.2 Kriteria Penilaian 19

2.2.3 Senarai Semak dan Carta Alir Proses 19

2.3 Geran Penyelidikan Dalam UNIMAS 21

2.3.1 Geran Penyelidikan Siswazah (PGRG) 21

2.3.2 Dana Pasca Doktoral (DPD) 22

2.4 Geran Kursi Penyelidikan 24

Page 2: KANDUNGAN - riec.unimas.my

ii

2.5 Geran Penyelidikan Luar 27

2.5.1 Senarai Geran Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT)

27

2.5.2 Geran Penyelidikan Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI)

27

2.5.3 Geran Penyelidikan Korporat/Swasta/Industri/Badan Bukan

Kerajaan (NGO)/Antarabangsa (Selain dari Geran

Penyelidikan KPT & MOSTI)

27

2.5.4 Pendaftaran Geran Penyelidikan 28

BAB 3 PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN GERAN

PENYELIDIKAN

30

3.1 Pengurusan Geran Penyelidikan 30

3.2 Pembantu Penyelidik Siswazah [Graduate Research Assistant

(GRA)]

30

3.2.1 Prosedur Permohonan Perlantikan GRA 31

3.2.2 Prosedur Pelanjutan Tempoh Pelantikan GRA 31

3.2.3 Prosedur Pelantikan GRA 31

3.2.4 Prosedur Pelanjutan Tempoh Pelantikan GRA 31

3.2.5 Perkhidmatan Pembantu Penyelidik Siswazah 31

3.3 Perkhidmatan Ikhtisas – Honororium Enumerator/Pembantu Kerja

Lapangan

31

3.4 Menghadiri Persidangan/Seminar/Kolokium/Persembahan/Pameran 32

3.4.1 Menggunakan Peruntukan Geran Penyelidikan 32

3.4.2 Laporan Menghadiri Persidangan Luar Negara/Dalam Negara 33

3.5 Pemantauan Geran Penyelidikan 35

3.5.1 Pelaksanaan Projek Penyelidikan 35

3.5.2 Laporan Kemajuan/Prestasi 35

3.5.3 Pertukaran Penyelidik Utama (PI) 37

3.5.4 Pelanjutan Tempoh Projek Penyelidikan 37

3.6 Penutupan Projek Penyelidikan 39

3.6.1 Laporan Akhir Projek Penyelidikan 39

3.6.2 Hasil Penyelidikan 39

3.6.3 Penyerahan Aset/Inventori Penyelidikan 39

BAB 4 PERATURAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN GERAN

PENYELIDIKAN

40

4.1 Pengurusan Peruntukan Geran Penyelidikan 41

4.2 Penggunaan peruntukan Geran Setelah Projek Penyelidikan Tamat 41

BAB 5 PENGURUSAN HARTA INTELEK DAN

PENGKOMERSILAN

43

5.1 Pengenalan 43

7.2 Perlindungan Harta Intelek 43

5.3 Jenis-jenis Harta Intelek 43

5.3.1 Paten (Patent) 43

5.3.2 Hak Cipta (Copyright) 44

Page 3: KANDUNGAN - riec.unimas.my

iii

5.3.3 Cap Dagangan (Trademark) 44

5.3.4 Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design) 45

5.4 Prosedur Permohonan Pendaftaran Harta Intelek (HI) 45

5.5 Pemilikan Harta Intelek 45

5.6 Jenis Kaedah/Model Pengkomersilan 47

5.6.1 Pengkomersilan 47

5.6.2 Pelesenan (hanya bagi inovasi yang mendapat perlindungan

harta intelek)

47

5.7 Panduan Perkongsian Keuntungan 48

5.8 Enterprise 48

5.8.1 Kluster Penyelidikan/ Penyelidikan Transdisiplin 48

5.8.2 Geran Luar (Antarabangsa/Industri/Agensi Kerajaan) 50

5.8.3 Penyelidikan Kontrak 50

5.8.4 Inkubator Penyelidikan 51

5.4.5 Syarikat Terbitan (Spin-off Company) 52

BAB 6 INTEGRITI DAN ETIKA PENYELIDIKAN 54

6.1 Definisi Etika 54

6.2 Integriti dan Etika Penyelidikan 54

6.2.1 Penyelidikan 55

6.2.2 Penerbitan 55

6.2.3 Persidangan 55

6.2.4 Perundingan 56

6.3 Plagiarisma 56

6.4 Etika Penyelidikan yang Mantap dan Sempurna 56

6.4.1 Integriti 57

6.4.2 Keterbukaan 58

6.4.3 Bimbingan Professional dan Keperluan Perundangan 59

6.4.4 Kepimpinan dan Kerjasama 60

6.4.5 Penyeliaan 60

6.4.6 Latihan 60

6.4.7 Penerbitan dan Harta Intelek 60

6.4.8 Sumber Penyelidikan 61

6.4.9 Kolaborasi Penyelidikan 62

PENUTUP 63

SENARAI LAMPIRAN 64

Page 4: KANDUNGAN - riec.unimas.my

1

KATA ALUAN NAIB CANSELOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam

Sejahtera dan Salam UNIMASku Sayang,

Alhamdullilah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah

rahmat dan izinNya, Buku Garis Panduan Penyelidikan,

Inovasi dan Pengkomersilan UNIMAS ini telah berjaya

disempurnakan dan diterbitkan. Buku ini akan menjadi

wadah atau bahan rujukan serta panduan utama yang

penting untuk warga dan ahli penyelidik di UNIMAS di

dalam menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan, inovasi

dan pengkomersilan masing-masing.

Penghasilan buku ini adalah bukti kesungguhan dan iltizam UNIMAS untuk

meningkatkan kualiti, ekosistem inovasi serta hasil penyelidikan. Ini adalah selaras

dengan visi dan misi UNIMAS di dalam usaha untuk mengarusperdanakan dan

menghasilkan penyelidikan berimpak, warga serta ahli penyelidik yang kompeten,

berkemahiran tinggi, kreatif dan berdaya saing yang diiktiraf di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa.

Saya percaya dan yakin dengan terhasilnya buku ini, akan memudahkan warga dan ahli

penyelidik UNIMAS untuk lebih memahami tatacara, prosedur, serta kaedah untuk

menjalankan sesuatu aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan secara telus,

efisien dan efektif. Penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan merupakan asas yang

penting di dalam setiap universiti dan mampu menyumbang kepada pencapaian

universiti yang bukan sahaja dinilai berdasarkan kepada prestasi akademiknya semata-

mata, tetapi juga mencakupi kepada produk, perkhidmatan dan hasil penyelidikan yang

dijalankan.

Bagi merealisasikan hasrat UNIMAS untuk menjadi sebuah universiti komprehensif

yang berdaya saing dan disegani, diharapkan agar buku ini akan menjadi pemangkin

dalam meningkatkan jumlah dan hasil penyelidikan. Di samping itu harapan saya buku

panduan ini akan dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada penyelidik-

penyelidik untuk merancakkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di

UNIMAS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas saya ucapkan kepada UNIMAS Innovation serta

mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menghasilkan buku

garis panduan ini. Semoga apa yang telah dirancang akan mencapai matlamat seperti

yang telah disasarkan dan dipermudahkan, insha Allah.

Sekian. Terima kasih.

Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi

Naib Canselor

Page 5: KANDUNGAN - riec.unimas.my

2

KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR

(PENYELIDIKAN & INOVASI)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Salam Sejahtera,

Buku Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan, Inovasi

dan Pengkomersilan ini diadakan bertepatan dengan

dengan agenda transformasi untuk mengukuhkan dan

memantapkan ekosistem inovasi di UNIMAS agar

menjadi universiti komprehensif yang berwibawa dan

setanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penghasilan buku garis panduan ini adalah bagi merealisasikan hasrat kita dalam

menambahbaik dan memantapkan tadbir urus keseluruhan aktiviti-aktiviti penyelidikan,

inovasi dan pengkomersilan di UNIMAS.

Buku garis panduan ini dapat memberikan maklumat dan panduan kepada penyelidik

dan pentadbir penyelidikan di peringkat Fakulti, Institut dan Pusat Tanggungjawab

masing-masing dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti penyelidikan,

inovasi dan pengkomersilan masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada UNIMAS Innovation di atas keperihatinan, dan

usaha gigih kejayaan membukukan garis panduan ini.

Akhir kata, saya amat berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh

penyelidik dan pentadbir penyelidikan sebagai panduan dalam perancagan, pelaksanaan

dan pemantauan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan demi untuk

menaikkan nama UNIMAS ke tahap yang lebih tinggi.

Sekian. Terima kasih.

Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Page 6: KANDUNGAN - riec.unimas.my

3

KATA ALUAN PENGARAH UNIMAS INNOVATION

(PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN, INOVASI &

ENTERPRISE)

Salam Hormat dan Salam Sejahtera,

UNIMAS Innovation ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

yang terlibat di dalam memberikan

sumbangan idea dan maklumbalas baik

secara langsung mahupun tidak langsung

kepada terhasilnya penerbitan Buku Garis

Panduan Pengurusan Penyelidikan, Inovasi

dan Pengkomersilan Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) ini.

Tujuan penerbitan buku ini adalah untuk memberi panduan kepada penyelidik dan

pentadbir penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan dalam merancang, mengurus

dan memantau aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di UNIMAS.

Budaya penyelidikan yang berkualiti perlu diterapkan kepada para penyelidik di

UNIMAS agar kualiti penyelidikan dan inovasi serta pengkomersilan yang

dihasilkan menepati kehendak pemegang taruh dan menepati hasrat UNIMAS.

Inisiatif dalam menerbitkan buku panduan ini akan dapat membantu merealisasikan

iltizam UNIMAS untuk melahirkan lebih ramai lagi warga penyelidik yang berkualiti

dan berdaya saing di kalangan warga akademik UNIMAS dengan hasil penyelidikan

dan inovasi yang bermutu tinggi, berimpak dan berpotensi untuk dikomersilkan. Di

samping itu juga, ia diharapkan agar menepati penanda aras pencapaian yang telah

ditetapkan di dalam menyokong dan memajukan ekosistem inovasi di peringkat

global.

Besarlah harapan saya agar penerbitan buku ini dapat memberikan suntikan semangat

baharu kepada semua warga penyelidik dan pentadbir penyelidikan di UNIMAS.

Sebarang cadangan penambahbaikan buku panduan ini adalah sangat dialu-alukan

agar maklumat yang disediakan dapat memenuhi keperluan semasa dan kehendak

warga penyelidik di UNIMAS dalam menjalankan dan menjayakan penyelidikan

masing-masing.

Sekian. Terima kasih.

Profesor Dr. Lo May Chiun

Pengarah Kanan, UNIMAS Innovation

Page 7: KANDUNGAN - riec.unimas.my

4

TERMINOLOGI DAN GLOSARI

Bajet

Perancangan kewangan yang bertujuan melaksanakan dasar

tertentu bagi perbelanjaan yang dijeniskan mengikut kategori

seperti emolumen, perkhidmatan dan bekalan, aset dan lain‐

lain untuk mencapai objektif agensi.

Dana Kolaborasi

Antarabangsa (ICF)

Dana Kolaborasi Antarabangsa (ICF) adalah geran yang

disediakan oleh Kerajaan kepada penyelidik Malaysia yang

menjalankan projek R&D dengan kerjasama penyelidik luar

negara. Dana ini diwujudkan sebagai platform untuk

mengembangkan dan meningkatkan kapasiti penyelidikan

serta kerjasama antarabangsa dalam projek R&D yang

kompetitif, inovatif dan berimpak tinggi seterusnya dapat

menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan

teknologi yang membawa kepada pengkomersialan.

Dana Pembudayaan

Penyelidikan (RAGS)

Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) adalah dana tunas

yang bertujuan untuk membudayakan penyelidikan di

kalangan penyelidik muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) bukan Universiti Penyelidikan (RU) sebagai

persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan

supaya dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa.

Dana Program

Malaysia Social

Innovation (MySI)

Dana Program Malaysia Social Innovation (MySI) merupakan

salah satu inisiatif MOSTI untuk menjana pendapatan bagi

meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan

kampung/ luar bandar melalui penggunaan teknologi sedia ada

bagi memenuhi keperluan sosial.

Dana Penyelidikan

dan Pembangunan

(R&D) (MOSTI R&D

Fund)

Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) adalah inisiatif

kerajaan untuk membiayai projek penyelidikan oleh usahawan

dan penyelidik yang dapat meningkatkan pertumbuhan

ekonomi negara dan memberi kesejahteraan kepada

masyarakat.Projek yang dicadangkan mestilah berada pada

fasa pembuktian konsep (Proof of Concept), direka dengan

baik, terbukti secara saintifik dan berdaya saing. Projek juga

dapat menghasilkan produk, proses atau sistem baru yang

boleh diguna pakai oleh usahawan dan masyarat.

Page 8: KANDUNGAN - riec.unimas.my

5

Penyelidikan

Fundamental

Penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan

idea-idea untuk kemajuan dan pengembangan pengetahuan

baru. Tujuan penyelidikan jenis ini diadakan adalah untuk

menggalakkan perkembangan teori, konsep dan idea-idea

yang boleh bertindak sebagai pemangkin kepada penciptaan

pengetahuan baru.

Penyelidikan

Eksploratori/

Gunaan

Penyelidikan yang bertujuan untuk menjawab soalan-soalan

"apa" dan "di mana ". Penyelidikan jenis ini bertujuan untuk

meneroka idea-idea baru dalam domain yang belum diterokai.

Ia pada dasarnya bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan

baru. Selain menyumbang ke arah penjanaan disiplin baru,

penyelidikan penerokaan ini boleh digunakan untuk masalah

yang dikenalpasti berkaitan dengan bidang penyelidikan

tertentu.

Penyelidikan

Kontrak (Contract

Research)

Penyelidikan Kontrak (Contract Research) adalah

penyelidikan dan pembangunan yang dihasilkan melalui

kolaborasi dua atau lebih pihak, yang dilaksanakan atas

permintaan dan tawaran yang dibayar oleh syarikat, agensi,

pihak luar atau pembiaya dana (penaja) daripada UNIMAS

yang mempunyai objektif, tatacara dan hasil yang dicapai

menggunakan kaedah penyelidikan (Research methodology).

Ia lazimnya melibatkan persetujuan bersama yang dimeterai

menerusi kontrak dan mungkin melibatkan kawalan

kerahsiaan dan penerbitan.

Penyelidikan

Prototaip

Penyelidikan ini adalah penyelidikan yang berkaitan dengan

pembangunan prototaip dan bertujuan untuk merapatkan

jurang antara penyelidikan di peringkat hasil penemuan

makmal hingga ke peringkat pra-pengkomersilan. Ini

termasuklah pembuktian konsep, penilaian, skala upscaling,

ujikaji pra-klinikal dan ujikaji lapangan.

Enterprise

Aktiviti sebagai seorang usahawan, yang boleh ditakrifkan

sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan

dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi

pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi".

Etika

Tingkahlaku dan kelakuan betul serta kehidupan yang baik

berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan,

kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan.

Page 9: KANDUNGAN - riec.unimas.my

6

Fakulti/Institut/Pusat

Tanggungjawab

(PTj)

Mana-mana Fakulti yang ditubuhkan termasuk juga Pusat

Tanggungjawab dan Institut Penyelidikan yang berdaftar dan

diiktiraf di UNIMAS.

Felo Penyelidik

Individu yang diambil bekerja di bawah kontrak yang

berkhidmat dengan Universiti dan di bawah Perlembagaan

Universiti untuk melaksanakan fungsi penyelidikan. Beliau

boleh bertindak sama ada sebagai penyelidik secara

perseorangan atau di bawah pengawasan seorang Penyelidik

Utama.

Industri

Industri merujuk kepada organisasi swasta / badan bukan

kerajaan (NGO) yang menjalinkan kerjasama penyelidikan

dengan UNIMAS melalui cara membiaya dana penyelidikan,

khidmat nasihat, fasiliti, peralatan atau keperluan lain bagi

melaksanakan penyelidikan kontrak.

Inkubator

Program pembangunan ekonomi yang ditubuhkan untuk

meningkatkan kejayaan dan perkembangan di dalam

perniagaan. Untuk merealisasikan matlamat tersebut,

perniagaan yang baru dimulakan akan dilengkapi dengan

kemudahan, sumber, kelengkapan, dana dan bantuan

perkhidmatan untuk membantu mereka menempatkan diri

dalam pembangunan fasa pertama. Matlamat program

inkubator ini adalah mewujudkan perniagaan sehingga berjaya

bergerak sendiri dan mempunyai kewangan yang stabil.

Perniagaan yang telah tamat program inkubator ini mampu

bergerak dengan sendirinya dan akan mewujudkan peluang

pekerjaan, meningkatkan ekonomi tempatan dan

mengkomersilkan teknologi terbaru.

Inovasi

Proses penghasilan idea, kaedah atau pengolahan yang baharu

Kursi Penyelidikan

Dana penyelidikan di bawah Kursi Penyelidikan yang

diperolehi dari dana luaran untuk tujuan penyelidikan yang

mengkhusus dan bergantung kepada pembiaya dana dan

ditadbirkan di bawah Fakulti /Institut /Pusat. Fakulti/ Institut/

Pusat yang telah dilantik sebagai pemegang amanah Kursi

Penyelidikan akan menyelia dan memantau penyelidikan yang

dijalankan di dalam Fakulti/ Institut/ Pusat masing-masing.

Page 10: KANDUNGAN - riec.unimas.my

7

Panel Pakar

Penyelidikan

UNIMAS (REP)

Terdiri daripada staf akademik UNIMAS (Profesor/Profesor

Madya) yang berketerampilan dan berkepakaran dalam bidang

penyelidikan dan inovasi. Panel ini dilantik berdasarkan

kepada bidang kepakaran dan kluster penyelidikan, masing-

masing.

Pasca Doktoral

Penyelidik secara kontrak yang berkhidmat dengan Universiti

untuk melaksanakan fungsi penyelidikan sebagaimana yang

telah ditetapkan oleh perlembagaan Universiti. Calon mestilah

penyelidik yang baru menamatkan pengajian Ijazah

Kedoktoran dalam tempoh tiga (3) tahun dan dilantik untuk

tempoh masa yang terhad di universiti dan boleh mengambil

bahagian dalam projek-projek penyelidikan sama ada

disokong oleh anugerah atau fellowship dari luar.

Pengkomersilan

Pengkomersilan merujuk kepada hasil penyelidikan yang

diterjemah kepada bentuk produk, perkhidmatan, proses,

teknologi, atau sistem organisasi kemudian dipasarkan bagi

menjana pendapatan melalui kaedah pelesenan, penyerahan

hak, usahasama atau pemindahan teknologi.

Penyelidikan Geran

Dalam

Penyelidikan yang dibiayai menggunakan peruntukan

Universiti.

Penyelidikan Geran

Luar (Externel Grant)

Penyelidikan yang dibiayai oleh institusi atau agensi selain

dari Universiti.

Penyelidik

Individu yang menjalankan aktiviti penyelidikan yang

berdaftar dengan Universiti.

Penyelidik Utama

(PI)

Individu yang mengetuai dan menjalankan projek

penyelidikan khususnya projek penyelidikan yang ditaja oleh

pihak luar atau Universiti dan dikawalselia oleh universiti.

Penyelidik Utama (PI) bertanggungjawab untuk

merekabentuk dan menyediakan kertas cadangan projek

penyelidikan untuk mendapatkan pembiayaan, melaksanakan

dan melaporkan laporan kemajuan atau prestasi penyelidikan.

Hanya staf akademik (kontrak/tetap) Universiti dengan

pelantikan secara sepenuh masa layak dilantik sebagai

Penyelidik Utama (PI).

Page 11: KANDUNGAN - riec.unimas.my

8

Untuk melayakkan diri sebagai Penyelidik Utama (PI), jumlah

geran penyelidikan yang diperolehi untuk bidang Sains dan

Teknologi (S&T) perlulah berjumlah RM20,000.00 ke atas

(Kebangsaan) dan RM10,000 ke atas (Antarabangsa) dan

RM5,000.00 dan ke atas untuk bidang Sains Sosial dan

Kemanusiaan.

Penyelidik Bersama

Penyelidik bersama yang bertanggungjawab untuk

menyokong Penyelidik Utama (PI) dalam semua perkara yang

berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan projek

penyelidikan di mana perlu.

Peruntukan Vot

Rekod yang digunapakai bagi tujuan untuk proses

perbelanjaan geran penyelidikan dan mengkategorikan

perbelanjaan tertentu bagi tujuan penyelidikan.

Pindahan Vot

Bertujuan untuk menampung kekurangan peruntukan dalam

sesuatu vot lain semasa menjalankan aktiviti penyelidikan.

Ia dibenarkan dari mana-mana vot selagi berkaitan secara

langsung dengan projek penyelidikan mengikut peratusan had

siling yang telah ditetapkan oleh pembiaya dana.

Sistem Integrated

Research Information

Services (iRIS)

Integrated Research Information Services (iRIS) adalah

sistem yang digunapakai oleh UNIMAS Innovation dan

penyelidik bagi tujuan permohonan geran penyelidikan

dalaman, permohonan harta intelek, permohonan menghadiri

persidangan, menyimpan rekod dan data-data penyelidikan,

inovasi dan pengkomersilan.

Skim Geran

Penyelidikan

Fundamental

(FRGS)

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) adalah skim

geran penyelidikan yang bertujuan untuk menggalakkan

penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu

menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual,

penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang

dinamik selaras dengan aspirasi negara.

Skim Geran

Penyelidikan

Fundamental bagi

Penyelidik Baharu

(Fundamental

Research Grant

Scheme for Research

Acculturation of

Skim Geran Penyelidikan Fundamental bagi Penyelidik

Baharu (Fundamental Research Grant Scheme for Research

Acculturation of Early Career Researchers – FRGS-RACER)

merupakan dana tunas yang bertujuan untuk membudayakan

penyelidikan di kalangan penyelidik baharu di Universiti

Awam (UA) bukan berstatus Universiti Penyelidikan

(Research University – RU) iaitu universiti rakan RU (RRU).

Dana ini berperanan sebagai persediaan untuk membangunkan

Page 12: KANDUNGAN - riec.unimas.my

9

Early Career

Researchers –

FRGS-RACER)

prestasi penyelidikan di kalangan penyelidik baharu supaya

dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa.

Skim Penyelidikan

Jangka Panjang

(LRGS)

Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) merupakan

geran penyelidikan fundamental jangka masa panjang yang

menyeluruh dan memerlukan komitmen yang tinggi. Ia

dijalankan bertujuan untuk menjana teori, pengetahuan dan

idea baharu di dalam bidang tujahan. Projek penyelidikan ini

bermatlamat untuk memaju kecemerlangan ke arah penjanaan

teori, idea baharu dan idea inovasi dalam bidang keutamaan

strategik untuk pembangunan pengetahuan baharu.

Skim Geran

Penyelidikan Nic

Kementerian

Pendidikan Tinggi

Malaysia (NRGS-

KPTM)

Skim Geran Penyelidikan Nic Kementerian Pendidikan Tinggi

Malaysia (NRGS-KPTM) adalah dana khas yang bertujuan

untuk membantu melonjakkan dan membangunkan bidang

tujahan (Niche) penyelidikan bagi setiap Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) berstatus Universiti Komprehensif dan

Universiti Komprehensif Berfokus. Di samping itu, NRGS-

KPM ini akan menjadikan setiap IPTA tersebut unik dan

mempunyai kekuatan tersendiri.

Skim Geran

Penyelidikan

Pembangunan

Prototaip (PRGS)

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)

diwujudkan bertujuan untuk membantu merapatkan jurang

antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi

tujuan penciptaan teknologi baharu selaras dengan keperluan

K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Skim Geran

Penyelidikan

Transdisiplinari

(TRGS)

Skim Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) merangkumi

penyelidikan fundamental dan eksploratori yang dapat

menggalakkan penjanaan ilmu yang mampu menyumbang

terhadap peningkatan tahap intelektual, perkembangan

sempadan ilmu, penciptaan teknologi baru dan penyuburan

budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

Tempoh Ditetapkan

Tempoh di mana sesuatu penyelidikan itu dijalankan

merangkumi tempoh kelulusan pertama dan tempoh lanjutan

yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi

(JKPI) Universiti.

Page 13: KANDUNGAN - riec.unimas.my

10

DAFTAR SINGKATAN

AEC Animal Ethic Committee (Jawatankuasa Etika Haiwan)

CTC Chair Technical Committee (Jawatankuasa Kerja Teknikal Kursi)

DPD Dana Pasca Doktoral

FRGS Fundamental Research Grant Scheme

(Skim Geran Penyelidikan Fundamental)

FRGS-RACER

Fundamental Research Grant Scheme for Research Acculturation

of Early Career Researchers

(Skim Geran Penyelidikan Fundamental bagi Penyelidik Baharu)

GRA Graduate Research Assistant (Pembantu Penyelidik Siswazah)

HREC Human Research Ethic Committee

JKKP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

JKTSPI Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan dan Inovasi

JKTICT Jawatankuasa Teknikal ICT

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

LPU Lembaga Pengarah Universiti

LRGS Long Term Research Grant Scheme

(Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang)

MOSTI Ministry of Science, Technology, and Innovation

(Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)

MREC Medical Research Ethic Committee

(Jawatankuasa Etika Perubatan)

PGRG Postgraduate Research Grant (Dana Pelajar Siswazah)

PI Principal Investigator (Penyelidik Utama)

PRGS Prototype Development Research Grant Scheme

(Skim Geran Penyelidikan Prototaip)

REP Research Expert Panel (Panel Pakar Penyelidikan)

RO Research Officer (Pegawai Penyelidik)

SGS Short Grant Scheme (Geran Penyelidikan Jangka Pendek)

SHC Stake Holders Chair Committee

(Jawatankuasa Pemegang Amanah)

TNC (P&I) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

TRGS Transdisciplinary Research Grant Scheme

(Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari)

UNIMAS Universiti Malaysia Sarawak

UHSB UNIMAS Holding Sdn Bhd

UNIMAS Innovation Pusat Penyelidikan, Inovasi dan Enterprise UNIMAS

Page 14: KANDUNGAN - riec.unimas.my

11

BAB 1

SKIM GERAN PENYELIDIKAN DI UNIMAS

1.1 Pengenalan

Penyelidikan adalah “aktiviti bersistematik yang mengarah kepada penjanaan dan

penambahbaikan ilmu pengetahuan melalui aktiviti yang bersifat kesarjanaan,

saintifik dan kreatif” termasuklah input, output, penemuan, interpretasi atau

aplikasi ilmu pengetahuan yang dibincangkan atau dinilai oleh golongan akademik.

Aktiviti ini seterusnya akan menyumbang dan mencambah kepada penemuan ilmu

pengetahuan baharu yang membawa kepada kemajuan manusia serta menghasilkan

penjanaan pendapatan dan pembangunan negara.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mensasarkan dan berhasrat untuk menjadi

sebuah Universiti komprehensif yang terkemuka dan dikenali di dalam bidang

akademik dan penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. UNIMAS

komited untuk menggunapakai dan mengekalkan piawaian antarabangsa yang

tinggi, baik dalam kegiatan penyelidikan asas, pendidikan dan gunaan serta latihan

penyelidikan, termasuklah program di mana Universiti memenuhi tanggungjawab

seperti yang dinyatakan dalam visi dan misinya.

Projek penyelidikan di UNIMAS merujuk kepada mana-mana projek penyelidikan

di bawah tanggungjawab atau penyeliaan penyelidikan University. Ini termasuklah

projek yang melibatkan dana dalaman (dana Universiti) atau dana luar (dana luar

Universiti).

1.2 Falsafah Skim Geran Penyelidikan UNIMAS

Sebagai sebuah Universiti yang beraspirasi untuk menjadi di antara universiti yang

terkemuka dan terkenal di dalam bidang penyelidikan sama ada di peringkat

kebangsaan mahupun antarabangsa, UNIMAS perlu membudayakan bidang

penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di kalangan warga UNIMAS. Untuk ini,

UNIMAS berusaha untuk mewujudkan ekosistem inovasi dengan penyediaan

infrastuktur termaju dan peruntukan dana yang seterusnya akan dapat

menggalakkan penyelidikan asas dan gunaan untuk menjana ilmu yang dilihat

mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi

baru dan penyuburan budaya penyelidikan dan inovasi yang dinamik selaras dengan

aspirasi negara.

1.3 Definisi Skim Geran Penyelidikan

Skim geran penyelidikan adalah skim pembiayaan kepada penyelidikan asas dan

gunaan. Ia dilihat mampu menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi

perkembangan ilmu dan seterusnya dijadikan asas untuk dikembangkan ke

Page 15: KANDUNGAN - riec.unimas.my

12

peringkat gunaan dan penghasilan produk serta perkhidmatan yang berpotensi

untuk dikomersilkan.

1.4 Tujuan Skim Geran Penyelidikan

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea

baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos

sempadan ilmu dan penciptaan inovatif untuk dikembangkan ke peringkat aplikasi

dan gunaan yang membawa kepada penghasilan produk serta perkhidmatan bagi

kepentingan negara dan komuniti sejagat.

Geran penyelidikan ini diwujudkan antara lain adalah bagi tujuan untuk mencapai

objektif berikut:

a) Untuk meningkatkan jumlah dan kualiti penyelidikan dan inovasi yang

berimpak;

b) Untuk meningkatkan jumlah dan kualiti penyelidik UNIMAS sebagai

Penyelidik Utama (PI); dan

c) Untuk meningkatkan jumlah penerbitan artikel akademik dan penghasilan

produk serta perkhidmatan yang berpotensi untuk dikomersilkan bagi

tujuan kepentingan negara dan komuniti sejagat.

1.5 Bidang Tujahan Penyelidikan

Bersesuaian dengan lokasi UNIMAS di Sarawak, Borneo yang kaya dengan

kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna serta mengambilkira masyarakat majmuk

di Sarawak yang pelbagai dan tersebar, UNIMAS telah meletakkan bidang tujahan

penyelidikan seperti berikut:

a) Biodiversiti dan Pemuliharaan Persekitaran (Biodiversity and

Environmental Conservation);

b) Transformasi Komuniti Mapan (Sustainable Community Transformation);

dan

c) Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Kreatif (Information,

Communication and Creative Technology).

1.6 Kluster Penyelidikan

Pembiayaan geran penyelidikan UNIMAS meliputi kluster asas yang dapat

menyokong agenda strategik negara. Kluster yang dikenalpasti adalah seperti

berikut:

a) Sains Kehidupan dan Perubatan (Life Sciences and Medicine)

b) Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)

c) Sains Tabii (Natural Sciences)

d) Seni, Kemanusiaan, Sosial dan Pengurusan (Art, Humanity, Social and

Management)

Page 16: KANDUNGAN - riec.unimas.my

13

1.7 Peranan dan Tanggungjawab (PTj)

1.7.1 Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan dan Inovasi Universiti

(JKTSPI)

a) Merancang dan membentang di Jawatankuasa Senat pelan tindakan

untuk melaksanakan strategi-strategi penyelidikan, inovasi dan

pengkomersilan;

b) Memantau prestasi serta keberkesanan strategi-strategi yang telah

dilaksanakan dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan;

c) Meluluskan dan memperakukan permohonan geran penyelidikan,

laporan kemajuan/prestasi dan laporan akhir projek penyelidikan;

d) Mengenalpasti penyelidikan UNIMAS yang berpotensi menjana

pendapatan universiti bagi tujuan penjanaan pendapatan dan

pengkomersilan; dan

e) Melaporkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di

Jawatankuasa Senat.

1.7.2 UNIMAS Innovation

UNIMAS Innovation dipertanggungjawabkan dalam mengawalselia

pengurusan penyelidikan, penerbitan akademik dan perkara-perkara yang

berkaitan dengan harta intelek dan pengkomersilan di UNIMAS. Ia

bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) dan Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan dan

Inovasi (JKTSPI). UNIMAS Innovation ditugaskan untuk:

a) Menjadi urusetia dalam proses mendapatkan geran penyelidikan, Panel

Pakar dan Jawatankuasa Pasca Doktoral;

b) Bertindak sebagai penghubung di antara penyelidik dan agensi-agensi

pembiaya dana dari segi pemajuan laporan kemajuan, teknikal dan

kewangan;

c) Menggalakkan dan memudahkan aktiviti penerbitan akademik dalam

jurnal berindeks;

d) Membangun dan mengemaskini pangkalan data penyelidikan untuk

projek-projek penyelidikan yang berdaftar dan dijalankan;

e) Mengemaskini sistem pemantauan untuk membantu Penyelidik Utama

dalam memenuhi jadual pelaksanaan projek penyelidikan, laporan

kemajuan dan kewangan seperti yang telah ditetapkan dalam kertas

cadangan yang diluluskan;

f) Mengemaskinikan laman sesawang khusus untuk aktiviti penyelidikan

dan inovasi;

g) Memantau perolehan aset dan inventori yang diperolehi menggunapakai

peruntukan geran penyelidikan;

h) Menguruskan hak harta intelek (HI) UNIMAS;

i) Memudahcara pemindahan harta intelek dan membangunkan

mekanisme bagi proses pelesenan dan pengurusan teknologi;

j) Menggalakkan budaya penyelidikan, inovasi, perlindungan harta

intelek (HI) dan pengkomersilan;

Page 17: KANDUNGAN - riec.unimas.my

14

k) Melaporkan pencapaian penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di

UNIMAS secara berkala;

l) Mempamerkan hasil penyelidikan yang berjaya dan berimpak dalam

ekspo di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan

m) Menunjukajar dan membimbing staf akademik melalui seminar

atau/dan bengkel mengenai penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan;

Carta Fungsi dan Struktur UNIMAS Innovation adalah seperti digambarkan

dalam Lampiran 1.

1.7.3 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP)

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) yang efektif

berperanan untuk membantu majikan dalam mengimplementasikan semua

aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan bagi memastikan tempat kerja

yang selamat dan sihat. Penubuhan JKKP adalah dinyatakan dam Seksten

30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Subseksyen 30 (1)

yang menghendaki majikan menubuhkan JKKP tempat kerja. Jawatankuasa

tersebut adalah di bawah Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

UNIMAS (UKKP).

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sesawang:

http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/about-us/dosh-policy.

Jawatankuasa Biokeselamatan dan Biosekuriti adalah

dipertanggungjawabkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) yang berkaitan dengan keselamatan kerja-kerja

penyelidikan berkaitan dengan agen biologi, kimia dan fizikal.

1.7.4 Jawatankuasa Etika Perubatan (MREC)

Jawatankuasa Etika Perubatan (MREC) adalah berpandukan kepada garis

panduan, khidmat nasihat dan keputusan prinsip-prinsip etika penyelidikan

perubatan seperti yang telah dinyatakan dalam Deklarasi Helsinki (2013).

Ia merujuk kepada Garis Panduan Etika Kebangsaan dan untuk

Penyelidikan Bioperubatan yang melibatkan subjek manusia (CIOMS) dan

Laporan Belmont. Jawatankuasa Etika Perubatan telah menetapkan

prosedur operasi standard sendiri berdasarkan kepada Garis Panduan

Operasi bagi Jawatankuasa Etika Kajian Penyelidikan Bioperubatan

(WHO), dan International Council for Harmonisation of Technical

Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH) dan Garis

Panduan Malaysia bagi Amalan Klinikal Yang Baik. Ianya diadakan untuk

memenuhi syarat-syarat jaminan antarabangsa dan ditubuhkan untuk

berfungsi mengikut undang-undang dan peraturan Malaysia.

Polisi dan perincian berkenaan Jawatankuasa Etika Perubatan dan borang-

borang yang berkaitan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang

berikut: http://nih.gov.my/web/mrec/ dan untuk permohonan dalam

Page 18: KANDUNGAN - riec.unimas.my

15

melalui Jawatankuasa Etika Perubatan UNIMAS, maklumat lanjut boleh

diperolehi dengan melayari laman sesawang berikut:

http://www.riec.unimas.my/

1.7.5 Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC)

Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC) bertanggungjawab untuk mengawasi

dan memastikan agar segala aspek kerja-kerja makmal atau kerja lapangan

yang dijalankan oleh penyelidik yang melibatkan haiwan (vertebrata dan

bukan manusia hidup) dikendalikan dengan baik dan betul.

Penyelidik yang menjalankan kajian penyelidikan melibatkan penggunaan

haiwan bagi tujuan eksperimen perlu memohon dan mendapatkan

kebenaran daripada Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC), UNIMAS terlebih

dahulu sebelum menjalankan kerja penyelidikan mereka. Jawatankuasa

Etika Haiwan (AEC) berperanan untuk menilai kerja penyelidikan dan

memastikan ianya dijalankan secara bermanfaat, jelas dan telus serta

penggunaan haiwan juga adalah secara berperikemanusiaan dan dijaga

dengan betul dan baik.

Polisi dan perincian berkenaan Jawatankuasa Etika Haiwan UNIMAS dan

borang-borang yang berkaitan boleh diperolehi dengan melayari laman

sesawang berikut: http://www.riec.unimas.my/

1.7.6 Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia (HREC)

Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia berfungsi untuk

mempertimbangkan dan memberi permit kepada penyelidikan-penyelidikan

yang melibatkan manusia dalam bidang bukan perubatan seperti psikologi,

kaunseling, pengurusan manusia, dan mana-mana bidang lain yang

berkaitan.

Polisi dan perincian berkenaan dengan Jawatankuasa Etika Penyelidikan

Manusia UNIMAS dan borang-borang yang berkaitan boleh diperolehi

dengan melayari laman sesawang berikut: http://www.riec.unimas.my/

1.7.7 Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/Institut

Setiap Fakulti/Institut mempunyai Jawatankuasa Penyelidikan yang

ditugaskan untuk meneliti dan menilai setiap kertas cadangan projek

penyelidikan yang dimajukan oleh ahli di Fakulti/Institut masing-masing

sebelum dikemukakan kepada Panel Pakar Penyelidikan UNIMAS (REP)

untuk tujuan sokongan permohonan geran penyelidikan.

Ia bertanggungjawab untuk memastikan setiap kertas cadangan permohonan

geran penyelidikan yang dimajukan adalah memenuhi kriteria seperti

berikut:

Page 19: KANDUNGAN - riec.unimas.my

16

a) Tergolong dan menepati bidang tujahan penyelidikan Fakulti/Institut;

b) Berkualiti dan menyumbang kepada pengetahuan baharu dalam bidang

tujahan, realistik dari segi skop, tempoh masa dan mencukupi dari segi

sumber kewangan;

c) Secara teori dan metodologi adalah logik;

d) Mengukuhkan usaha-usaha penyelidikan secara keseluruhan dan ada

kepakaran berkaitan dalam Universiti;

e) Memenuhi garis panduan permohonan dan syarat-syarat khusus yang

telah ditetapkan oleh pembiaya dana;. dan

f) Relevan dengan keperluan masyarakat, mempunyai nilai

pengkomersilan dan menepati agenda R&D negara.

1.7.8 Panel Pakar Penyelidikan (REP)

a) Memastikan kertas cadangan/permohonan yang dikemukakan oleh

penyelidik adalah bertepatan dengan konsep/kehendak geran

penyelidikan yang ditawarkan oleh pembiaya dana bagi tujuan

penyelidikan. Panel boleh mengemukakan pandangan dan nasihat

kepada penyelidik untuk menambah baik kertas cadangan/permohonan

yang dikemukakan;

b) Berhak untuk menolak mana-mana kertas cadangan/permohonan yang

didapati tidak lengkap atau tidak sesuai untuk dipertimbangkan

menerima geran penyelidikan UNIMAS/geran penyelidikan luar. Panel

boleh meminta penyelidik untuk memperkemas atau memurnikan

semula tajuk/pengisian kertas cadangan/permohonan berdasarkan

kepada pandangan yang munasabah;

c) Menandatangani borang pengesahan/perakuan (evaluation form)

penilaian permohonan Skim Geran Penyelidikan untuk tujuan

direkodkan di UNIMAS Innovation; dan

d) Memberi input dan maklumbalas di dalam sistem pembiaya dana.

Terma dan rujukan bidang tugas Panel Pakar Penyelidikan UNIMAS adalah

seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran 2.

1.8 Penyelidik Utama (PI) dan Penyelidik Bersama

Penyelidik Utama (PI) dan Penyelidik Bersama hendaklah menjalankan

penyelidikan mereka secara profesional dengan cara yang bertanggungjawab dan

beretika. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan teknikal dan

fiskal keseluruhan projek penyelidikan yang dijalankan. Ini termasuklah pematuhan

kepada keperluan pemajuan pelaporan dan memastikan projek penyelidikan yang

dijalankan diurus dalam lingkungan bajet dan jadual perbatuan yang telah

diluluskan.

Untuk melayakkan diri sebagai Penyelidik Utama (PI), jumlah geran penyelidikan

yang diperolehi bagi bidang Sains dan Teknologi mesti bernilai RM20,000.00 ke

atas untuk geran kebangsaan atau RM10,000.00 untuk geran antarabangsa

Page 20: KANDUNGAN - riec.unimas.my

17

manakala bagi bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan ianya mestilah bernilai

RM5,000.00 dan ke atas.

Penyelidik Bersama pula bertanggungjawab untuk menyokong PI dalam segala

perkara yang berhubungkait dengan pengurusan dan pelaksanaan projek

penyelidikan yang dijalankan di mana perlu. Sekiranya kemajuan projek

penyelidikan yang dijalankan tidak mencapai kemajuan seperti yang ditetapkan

atau tergendala, Penyelidik Utama (PI) dan ko-penyelidik akan diberikan surat

peringatan dari Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

1.8.1 Tanggungjawab dan Amanah Penyelidik Utama (PI)

a) Memastikan kesemua ahli-ahli/penyelidik bersama terlibat secara aktif

di dalam penyelidikan yang dijalankan;

b) Mengemukakan sebarang pertambahan atau pengguguran

ahli/penyelidik bersama hendaklah dikemukakan kepada UNIMAS

Innovation melalui Pusat Tanggungjawab masing-masing;

c) Bertanggungjawab untuk memastikan perbelanjaan penyelidikan adalah

selari dengan peruntukan sebenar projek yang diluluskan dan

membelanjakan peruntukan penyelidikan berdasarkan kepada carta

perbatuan di dalam kertas cadangan yang diluluskan.

d) Mengemukakan permohonan secara bertulis melalui Pusat

Tanggungjawab masing-masing kepada UNIMAS Innovation sekiranya

memerlukan pelanjutan tempoh masa penyelidikan atau apa-apa

perubahan dalam penyelidikan;

e) Memperakukan sebarang urusan kewangan penyelidikan yang dibuat

oleh Penyelidik Bersama termasuklah bagi tujuan menghadiri

persidangan;

f) Bertanggungjawab melaporkan kepada UNIMAS Innovation melalui

PTj masing-masing sekiranya menamatkan perkhidmatan di UNIMAS

atau Bercuti Belajar dengan menamakan Penyelidik Utama (PI) baharu

(bagi penyelidikan belum selesai); dan

g) Bertanggungjawab untuk memantau dan menyemak melalui wakil

Pejabat Bendahari di PTj masing-masing dari semasa ke semasa baki

peruntukan geran penyelidikan masing-masing.

Page 21: KANDUNGAN - riec.unimas.my

18

BAB 2

JENIS-JENIS GERAN PENYELIDIKAN DI UNIMAS

2.1 Pengenalan Geran Penyelidikan Di UNIMAS

Geran Penyelidikan di UNIMAS adalah merupakan geran penyelidikan yang

bersifat jangka pendek dari satu (1) hingga tiga (3) tahun dan dibiayai sepenuhnya

oleh dana dari sumber dalam UNIMAS. Ia diadakan bertujuan untuk menggalakkan

penjanaan teori, konsep dan idea awal yang dapat menjadi landasan atau pemangkin

kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan

sempadan ilmu dan membantu dalam bidang penyelidikan tujahan Pusat

Tanggungjawab (PTj).

Pembiayaan skim ini meliputi bidang-bidang asas dan gunaan yang dapat

menyokong pembangunan bidang tujahan penyelidikan universiti dan bidang

tujahan penyelidikan institut atau Fakulti selaras dengan bidang keutamaan

penyelidikan di peringkat kebangsaan dan keperluan kerajaan negeri Sarawak.

Semua permohonan geran penyelidikan di UNIMAS dibuat secara atas talian

melalui sistem iRIS.

2.2 Skim Geran Penyelidikan Jangka Pendek (Small Grant Scheme) (SGS)

Objektif penawaran geran ini adalah untuk:

a) Menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan staf akademik yang

baharu;

b) Sebagai pendedahan awal kepada penulisan kertas cadangan yang baik dan

membudayakan aktiviti penyelidikan di kalangan penyelidik muda;

c) Bagi meningkatkan jumlah pembentangan kertas kerja di dalam

persidangan; dan

d) Bagi meningkatkan jumlah penerbitan artikel penyelidikan.

Syarat-syarat kelayakan:

i. Pensyarah dan guru bahasa lantikan baru (tetap atau kontrak) gred

DS52/DU52/DG52 dan ke bawah;

ii. Tempoh perkhidmatan tidak melebihi dua (2) tahun; dan

iii. Pemohon tidak berstatus Penyelidik Utama untuk mana-mana geran

penyelidikan di UNIMAS.

Tempoh maksima projek adalah dua (2) tahun dan ditawarkan hanya sekali sahaja

sepanjang tempoh perkhidmatan.

Bidang dan julat peruntukan permohonan terbahagi kepada:

i. Bidang Sastera, Sains Sosial dan Kreatif :RM5,000.00 - 15,000.00

ii. Bidang Sains dan Teknologi :RM20,000.00 - 25,000.00

Page 22: KANDUNGAN - riec.unimas.my

19

Hasil penyelidikan:

i. Sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan dalam jurnal berindeks

(ISI/SCOPUS/ERA). Penghargaan kepada geran tersebut mestilah

dinyatakan dengan jelas dalam penerbitan.

2.2.1 Proses Penilaian Permohonan SGS

Permohonan geran akan dinilai oleh Pusat Tanggungjawab (PTj) dan panel

pakar di peringkat Fakulti/Institusi/Pusat yang dilantik mengikut bidang-

bidang kepakaran dan penyelidikan masing-masing seperti yang telah

ditetapkan.Penilaian selanjutnya akan dibuat oleh Panel Pakar di peringkat

Universiti berdasarkan kepada syarat, peraturan dan kriteria seperti yang

telah dinyatakan. Permohonan boleh dibuat secara di atas talian melalui

sistem iRIS.

2.2.2 Kriteria Penilaian

a) Penyelidikan yang dipohon mestilah penyelidikan yang dapat

menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baharu;

b) Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan

model penyelesaian yang sedia ada;

c) Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan

kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara

dan sejagat; atau

d) Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda

strategik negara (terutama untuk negeri Sarawak) dan atas keperluan

semasa.

2.2.3 Senarai Semak dan Carta Alir Proses

Senarai semak permohonan Geran Small Grant Scheme (SGS) UNIMAS

adalah seperti berikut:

i. Carta Alir Metodologi Penyelidikan (untuk dimuatnaik ke dalam

iRIS);

ii. Salah seorang ahli berstatus pensyarah kanan ke atas;

iii. Lantikan Pembantu Penyelidik Siswazah adalah tidak

dibenarkan;

iv. Permohonan untuk menghadiri persidangan dihadkan dalam

negara;

v. Peruntukan menghadiri persidangan dihadkan dengan siling

RM2,500.00 sahaja (merangkumi perjalanan, penginapan dan

juga yuran persidangan); dan

vi. Pembelian aksesori, peralatan komunikasi dan perkakasan ICT

serta aset penyelidikan adalah tidak dibenarkan.

Gambarajah 1 di bawah menunjukan carta alir proses permohonan Geran Small

Grant Scheme (SGS) UNIMAS.

Page 23: KANDUNGAN - riec.unimas.my

20

Gambarajah 1: Carta Alir Proses Permohonan Geran Small Grant Scheme (SGS)

Jawatankuasa

Penilaian peringkat

PTj

Jawatankuasa Tetap

Senat Penyelidikan &

Inovasi

Mula

Isi permohonan melalui

sistem iRIS

Tamat

Penyelidik

Panel Pakar

RIEC

Memo kelulusan

RIEC Daftar

Semakan permohonan

Semakan kemaskini

permohonan

berdasarkan komen

Panel Pakar

Komen dan cadangan

panel pakar

Telah dikemaskini

Lengkap dan lulus

Perlu dikemaskini

Perlu dikemaskini

Perakuan dan

Kelulusan

Page 24: KANDUNGAN - riec.unimas.my

21

2.3 Geran Penyelidikan Dalam UNIMAS

2.3.1 Geran Penyelidikan Siswazah (PGRG)

Objektif penawaran geran ini ditawarkan khusus kepada penyelidik yang

menyelia pelajar PhD bagi membantu meningkatkan kualiti penyeliaan dan

hasil penyelidikan di kalangan pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD).

Syarat-syarat permohonan:

i. Permohonan perlulah dibuat oleh penyelia di dalam tempoh tidak

melebihi setahun (12 bulan) dari tarikh permulaan pengajian

pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) yang diselia;

ii. Pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) hendaklah berstatus berdaftar

dan aktif; dan

iii. Ahli-ahli penyelidik merangkumi pelajar siswazah dan minimum

seorang staf akademik UNIMAS sebagai penyelia bersama.

Tempoh maksima projek penyelidikan adalah selama tiga (3) tahun.

Siling permohonan:

i. Bidang Sastera, Sains Sosial dan Kreatif : RM5,000.00

ii. Bidang Sains dan Teknologi : RM10,000.00

Hasil penyelidikan:

i. Sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan dalam jurnal berindeks

(ISI/SCOPUS/ERA). Penghargaan kepada geran tersebut mestilah

dinyatakan dengan jelas dalam penerbitan.

ii. Pelajar sisawazah Ijazah Kedoktoran (PhD) di bawah geran tersebut

bergraduat. Penghargaan kepada geran Geran Penyelidikan

Siswazah (PGRG), UNIMAS tersebut mestilah dinyatakan dengan

jelas dalam penerbitan.

Senarai semak permohonan Geran Penyelidikan Siswazah (PGRG) adalah

seperti berikut:

i. Carta Alir Metodologi Penyelidikan (untuk dimuatnaik ke dalam

iRIS);

ii. Surat tawaran pelajar siswazah PhD, dokumen pengesahan

pendaftaran pelajar yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Pengajian

Siswazah atau dijana dari Sistem Pengurusan Pelajar Siswazah

(untuk dimuatnaik ke dalam iRIS; dan

iii. Ahli hendaklah terdiri daripada pelajar PhD dan salah seorang

penyelia bersama.

Page 25: KANDUNGAN - riec.unimas.my

22

2.3.2 Dana Pasca Doktoral (DPD)

Objektif penawaran geran ini ditawarkan khusus kepada penyelidik yang

menyelia calon Pasca Doktoral (Postdoctoral) bagi membantu menjalankan

kerja penyelidikan di UNIMAS.

Syarat-syarat permohonan:

i. Penyelia hendaklah mempunyai rekod geran penyelidikan aktif

yang sedang maju;

ii. Permohonan perlulah dibuat oleh penyelia di dalam tempoh tidak

melebihi tiga (3 bulan) dari tarikh perlantikan pasca doktoral yang

diselia;

iii. Ahli-ahli penyelidik merangkumi pasca doktoral dan minimum

seorang staf akademik UNIMAS sebagai penyelidik bersama.

Siling permohonan : RM10,000.00

Hasil penyelidikan:

i. Sekurang-kurangnya empat (4) penerbitan dalam jurnal berindeks

(ISI/SCOPUS/ERA). Penghargaan kepada geran Dana Pasca

Doktoral (DPD), UNIMAS tersebut mestilah dinyatakan dengan

jelas dalam penerbitan.

Senarai semak permohonan Geran Penyelidikan Siswazah (PGRG) adalah

seperti berikut:

i. Carta Alir Metodologi Penyelidikan (untuk dimuatnaik ke dalam

iRIS);

ii. Surat tawaran pelajar siswazah PhD, dokumen pengesahan

pendaftaran pelajar yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Pengajian

Siswazah atau dijana dari Sistem Pengurusan Pelajar Siswazah

(untuk dimuatnaik ke dalam iRIS; dan

iii. Ahli hendaklah terdiri daripada pelajar PhD dan salah seorang

penyelia bersama.

Gambarajah 2 di bawah menunjukan carta alir proses permohonan Geran

Dalam UNIMAS [Postgraduate Research Grant Scheme (PGRG) & Dana

Pasca Doktoral (DPD)].

Page 26: KANDUNGAN - riec.unimas.my

23

Gambarajah 2: Carta Alir Proses Permohonan Geran Dalam UNIMAS [Postgraduate

Research Grant Scheme (PGRG) & Dana Pasca Doktoral (DPD)].

Jawatankuasa

Penilaian peringkat

PTj

Mula

Isi permohonan melalui

sistem iRIS

Tamat

Gagal

Penyelidik

RIEC

RIEC

Lulus

Memo kelulusan

RIEC Daftar

Semakan

kemaskini permohonan

Semakan

permohonan

Semakan permohonan

Lengkap dan lulus

Tidak lengkap

Telah dikemaskini

Lengkap dan lulus

Perlu dikemaskini

Makluman kepada

PI

Page 27: KANDUNGAN - riec.unimas.my

24

2.4 Geran Kursi Penyelidikan

Objektif penawaran geran ini adalah bertujuan menjadi wadah kepada pemegang

taruh dan pihak berkepentingan dalam usaha-usaha penerokaan penyelidikan,

penemuan baharu dan penciptaan yang inovatif yang boleh menyumbang kepada

bidang tujahan UNIMAS. Geran Kursi Penyelidikan ini adalah dibiayai sepenuhnya

oleh dana luar (dana korporat dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan).

Setiap Kursi Penyelidikan mempunyai Ketua Kursi masing-masing yang dilantik

oleh Naib Canselor di kalangan staf akademik UNIMAS. Jawatankuasa Pemegang

Amanah terdiri daripada wakil-wakil dari semua pihak yang berkepentingan di

UNIMAS dan pemegang taruh Kursi Penyelidikan tersebut.

Geran Kursi Penyelidikan ditadbir urus oleh dua (2) jawatankuasa:

a) Jawatankuasa Pemegang Amanah Kursi [Stakeholders Committee (SHC)]

dan

b) Jawatankuasa Kerja Teknikal Kursi [Chair Technical Committee (CTC)]

Jawatankuasa Pemegang Amanah Kursi Penyelidikan bertanggungjawab untuk:

a) Mengawal selia polisi berkaitan dengan penggunaan dana Kursi;

b) Memperakukan perancangan dana dan permohonan geran penyelidikan;

c) Memperakukan pelaporan prestasi/akhir penyelidikan dan perbelanjaan;

dan

d) Memperakukan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan Kursi.

Jawatankuasa Kerja Teknikal Kursi Penyelidikan pula bertanggungjawab

sepenuhnya untuk:

i. Mengurus dan memantau aktiviti geran projek-projek penyelidikan Kursi;

ii. Menilai permohonan dan merangkap sebagai jawatankuasa panel pakar

dalam proses penilaian geran Kursi Penyelidikan; dan

iii. Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan dengan Kursi

Penyelidikan.

Kursi Penyelidikan yang sedia ada di UNIMAS adalah seperti berikut:

a) Kursi Tun Openg: Penyelidikan Sagu (Sago Research)

b) Kursi Tun Zaidi: Kimia Perubatan dan Produk Alam Semulajadi

Medicinal and Natural Product Chemistry)

c) Kursi SHELL: Biodiversiti dan Sains Persekitaran (Biodiversity and

Environmental Sciences)

Page 28: KANDUNGAN - riec.unimas.my

25

d) Kursi Nusantara: Kajian Komuniti Melayu dan Melanau di Kepulauan

Borneo (Studies of the Malay and Melanau Community in Borneo)

e) Kursi Dayak: Kajian Komuniti Dayak di Kepulauan Borneo (Studies of

the Dayak Community in Borneo)

f) Kursi Sino Borneo: Kajian Komuniti Cina di Kepulauan Borneo (Studies of

the Chinese Community in Borneo)

g) Kursi Tun Taib: Transformasi Komuniti Luar Bandar Secara Mapan

(Sustainable Rural Community Transformation)

h) Kursi Petronas - P. Ramlee: Seni Visual dan Bunyi (Visual Arts and

Sound)

i) Kursi Pusaka: Rekabentuk perabut dan pembangunan produk dari kayu

(Furniture Design and Product Development from Timber)

Hasil penyelidikan:

i. Sekurang-kurangnya satu (1) hingga dua (2) penerbitan dalam jurnal

berindeks (ISI/SCOPUS/ERA). Penghargaan kepada geran Kursi

Penyelidikan masing-masing tersebut mestilah dinyatakan dengan jelas

dalam penerbitan; dan

ii. Sesetengah Kursi Penyelidikan memerlukan hasil penyelidikan modal insan

dan pelajar siswazah (Sarjana) di bawah geran tersebut bergraduat.

Senarai semak permohonan Geran Kursi Penyelidikan adalah seperti berikut:

i. Carta Alir Metodologi Penyelidikan (untuk dimuatnaik ke dalam iRIS);

ii. Salah seorang ahli berstatus pensyarah kanan ke atas;

iii. Permohonan untuk menghadiri persidangan dihadkan dalam negara;

iv. Peruntukan menghadiri persidangan dihadkan dengan siling RM2,500.00

sahaja (merangkumi perjalanan, penginapan dan juga yuran persidangan);

dan

v. Pembelian aksesori, peralatan komunikasi dan perkakasan ICT serta aset

penyelidikan adalah tidak dibenarkan (kecuali diluluskan oleh

Jawatankuasa Pemegang Amanah Kursi).

Gambarajah 3 di bawah menunjukan carta alir proses permohonan geran kursi-

kursi penyelidikan di UNIMAS.

Page 29: KANDUNGAN - riec.unimas.my

26

Gambarajah 3: Carta Alir Proses Permohonan Geran Kursi Penyelidikan UNIMAS.

Ya

Tidak

Isi permohonan melalui sistem iRIS

Mula

Lulus

Maklumkan kepada Urus Setia Mesyuarat

Mesyuarat Teknikal Peringkat Fakulti

Mesyuarat

Jawatankuasa Amanah

Ya

Lulus

Tidak Dikembalikan

untuk buat

pindaan

Tamat

Urus Setia majukan cabutan

minit ke RIEC

Daftar geran dalam Sistem iRIS

Penyelidik dan JK Amanah

Penyelidik dan JK Amanah

Penyelidik dan JK Amanah

Penyelidik

JK Amanah

RIEC

Memo Kelulusan

Rekod dan Fail

RIEC

RIEC

Page 30: KANDUNGAN - riec.unimas.my

27

2.5 Geran Penyelidikan Luar

Geran penyelidikan luar adalah projek penyelidikan yang dibiayai oleh sumber

dana luar. Ini terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, swasta serta badan bukan

kerajaan (NGO) samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Beberapa

skim geran penyelidikan yang ditawarkan oleh pihak Kementerian adalah seperti

berikut:

2.5.1 Senarai Geran Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

a) Skim Geran Penyelidikan Fundamental bagi Penyelidik Baharu

(FRGS_RACER)

b) Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

c) Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS)

d) Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS)

e) Skim Geran Penyelidikan Bidang Tujahan (NRGS)

f) Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)

Maklumat lanjut dan permohonan dana ini boleh diperolehi dengan

melayari laman sesawang: http://mygrants.gov.my/main.php.

Pihak UNIMAS Innovation akan bertindak sebagai urusetia kepada geran-

geran Kementerian untuk proses penyaringan dan penilaian di peringkat

Panel Pakar Universiti, seterusnya memperakukan permohonan yang telah

disenaraipendek.

2.5.2 Geran Penyelidikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI)

a) Dana MOSTI R & D (MOSTI R & D Fund)

b) Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund)

c) Dana Program Malaysia Social Innovation (MySI)

Maklumat lanjut dan permohonan dana boleh diperolehi dengan melayari

laman sesawang: https://edana.mosti.gov.my/edana/ [Dana MOSTI R &

D (MOSTI R & D Fund) dan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International

Collaboration Fund)] atau https://emysi.mosti.gov.my. [Dana Program

Malaysia Social Innovation (MySI)]

2.5.3 Geran Penyelidikan Korporat/Swasta/Industri/Badan Bukan

Kerajaan (NGO)/Antarabangsa (Selain dari Geran Penyelidikan

KPT & MOSTI)

Selaras dengan hasrat Universiti untuk membudayakan aktiviti penyelidikan

dan inovasi di UNIMAS, geran-geran penyelidikan tersebut berperanan

untuk:

Page 31: KANDUNGAN - riec.unimas.my

28

i. Mengetengahkan kepakaran penyelidik di UNIMAS ke arah

kesejahteraan dan kemaslahatan masyarakat secara umum.

ii. Penyelidik berpeluang menyumbang idea dan buah fikiran; dan

iii. Penyelidikan yang dijalankan dapat membantu menyelesaikan

permasalahan yang dihadapi oleh komuniti dan pemegang taruh

setempat.

Untuk geran penyelidikan luar, khususnya dari badan bukan kerajaan

(NGO) dan antarabangsa, adalah menjadi tanggungjawab Penyelidik Utama

untuk memastikan sumber pembiayaan dan pembiaya dana adalah pihak

yang sah dan berdaftar di sisi undang-undang. Ini adalah penting untuk

memastikan agar sumber pembiayaan dan pembiaya dana tidak mempunyai

sebarang konflik atau percanggahan kepentingan kepada UNIMAS dan

negara.

Senarai semak permohonan pendaftaran Geran Luar adalah seperti berikut:

a) Penyelidik yang ingin mendaftarkan penyelidikan dengan penyaluran

Dana Geran Luar ke Pejabat Bendahari UNIMAS perlu:

i. Memajukan memo kepada pihak UNIMAS Innovation;

ii. Surat kelulusan projek penyelidikan dan pembiayaan dana;

iii. Kertas cadangan penyelidikan yang lengkap atau dokumen

perjanjian yang telah ditentusahkan oleh pembiaya dana;

iv. Bukti penyaluran dana ke Akaun UNIMAS; dan

v. Dua (2) Surat Ikatan Amanah salinan asal yang lengkap diisi

(ketetapan Pejabat Bendahari UNIMAS).

b) Penyelidik yang ingin mendaftarkan penyelidikan dengan penyaluran

Dana Geran Luar ke UNIMAS Holdings Sdn Bhd (UHSB) perlu:

i. Memajukan memo kepada pihak UNIMAS Innovation;

ii. Surat kelulusan projek penyelidikan dan pembiayaan dana;

iii. Kertas cadangan penyelidikan yang lengkap atau dokumen

perjanjian yang telah ditentusahkan oleh pembiaya dana;

iv. Kertas cadangan perlu turut mengambilkira kos pentadbiran dan

Cukai Perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak UHSB (ketetapan

UHSB); dan

v. Bukti penyaluran dana ke Akaun UHSB

2.5.4 Pendaftaran Geran Penyelidikan

Semua pendaftaran geran penyelidikan perlu melalui UNIMAS Innovation.

Setelah mendapat kelulusan, memo dan projek ID akan diberikan kepada

Penyelidik Utama dan dana yang disalurkan dapat digunakan untuk tujuan

penyelidikan. Segala maklumat pendaftaran geran penyelidikan dapat

dirujuk di dalam iRIS.

Gambarajah 4 menunjukkan carta alir proses pendaftaran geran luar UNIMAS

[Korporat/Swastsa/Industri/Badan Bukan Kerajaan (NGO)/Antarabangsa]. (Selain

dari Geran KPT & MOSTI)

Page 32: KANDUNGAN - riec.unimas.my

29

Gambarajah 4: Carta Alir Proses Permohonan dan Pendaftaran Geran Luar

UNIMAS. [Korporat/Swastsa/ Industri/ Badan Bukan Kerajaan (NGO)/

Antarabangsa]. (Selain dari Geran KPT & MOSTI)]

Mula

Tamat

Penyelidik

RIEC Pendataran dalam iRIS

Kemukakan Surat Ikatan

Amanah

Memo kelulusan

RIEC

Hantar permohonan pendaftaran

geran luar

Semakan

dokumen

Semakan penempatan

geran Pejabat Bendahari

UHSB Dokumen ke

UHSB RIEC

Lengkap

Tidak lengkap

Page 33: KANDUNGAN - riec.unimas.my

30

BAB 3

PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN GERAN PENYELIDIKAN

3.1 Pengurusan Geran Penyelidikan

Pengurusan geran penyelidikan melibatkan proses-proses dan ketetapan yang

berkuatkuasa untuk memudahkan para penyelidik melaksanakan kerja-kerja

penyelidikan dan aktiviti berkaitan agar selari dengan perancangan yang diluluskan

oleh pembiaya dana. Proses pemantauan juga penting bagi memastikan

penyelidikan akan mencapai objektif dan memenuhi keperluan hasil penyelidikan

yang disasarkan.

3.2 Pembantu Penyelidik Siswazah [Graduate Research Assistant) (GRA)]

Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) adalah terdiri dari kalangan pelajar-pelajar

siswazah yang aktif dan secara sepenuh masa mengikuti pengajian Ijazah Sarjana

atau Kedoktoran mod penyelidikan di UNIMAS. Pelantikan ini secara langsung

dapat membantu penyelidik untuk terus giat menjalankan aktiviti-aktiviti

penyelidikan.

a) Calon adalah warganegara Malaysia atau antarabangsa (tertakluk kepada

pemberi dana).

b) Calon Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mestilah pelajar UNIMAS

berstatus aktif dan mengikuti mod pengajian secara penyelidikan secara

sepenuh masa yang mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya

Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana (Master) dan dalam tempoh enam (6)

bulan sehingga dua belas (12) bulan pengajian masing-masing.

c) Pembiayaan Pembantu Penyelidik Siswazah adalah di bawah penyelidik

yang mempunyai geran penyelidikan.

d) Untuk pelajar yang dibiayai daripada sumber lain, tempoh keterlibatan

pelajar dalam adalah dalam tempoh projek penyelidikan aktif (minimum

adalah dua belas (12) bulan untuk pelajar Sarjana/Ph.D) dan perlu

bergraduat (walaupun di luar tempoh penyelidikan).

e) Tempoh minimum pelantikan adalah selama dua belas (12) bulan atau

setahun, perlu bergraduat (walaupun di luar tempoh penyelidikan) dan

maksimum lantikan adalah tertakluk kepada Penyelidik Utama dan tidak

boleh melebihi tempoh geran penyelidikan.

f) Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) bertanggungjawab untuk

melaksanakan tugas-tugas mengikut skop dan arahan Penyelidik Utama dan

ko-penyelidik dari masa ke semasa.

Nota: Untuk Geran Penyelidikan Luar dari industri/swasta/badan bukan kerajaan

(NGO), pelantikan GRA/RA adalah tertakluk kepada kelulusan pembiaya dana.

Page 34: KANDUNGAN - riec.unimas.my

31

3.2.1. Prosedur Permohonan Perlantikan GRA

Penyelidik yang mempunyai pelajar siswazah sebagai modal insan dalam

sasaran hasil penyelidikan, hendaklah memajukan permohonan untuk

perlantikan GRA ke UNIMAS Innovation.

Senarai Semak Permohonan GRA adalah seperti berikut:

i. Penyelidik perlu mengemukakan memo iringan kepada Pengarah

UNIMAS Innovation:

ii. Borang Permohonan Perlantikan Pembantu Penyelidik Siswazah

GRA (Lampiran 3A) yang lengkap diisi;

iii. Surat Tawaran Pengajian dan pengesahan pendaftaran pelajar

siswazah; dan

iv. Butiran akaun dan salinan kad pengenalan/passport pelajar

siswazah;

Pelantikan GRA akan dikeluarkan oleh UNIMAS Innovation dan pelajar

siswazah berkenaan perlu mengembalikan Borang Penerimaan Tawaran

Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) (Lampiran 3B).

3.2.2 Prosedur Pelanjutan Tempoh Pelantikan GRA

Penyelidik Utama (PI) perlu memajukan memo pelanjutan Pembantu

Penyelidik Siswazah (GRA) dalam tempoh satu (1) bulan sebelum tarikh

tamat lantikan bagi tujuan permohonan pelanjutan.

3.2.3 Perkhidmatan Pembantu Penyelidik Siswazah

Penyelidik Utama (PI) dikehendaki untuk mengemukakan memo rasmi

berkenaan dengan penamatan/pemberhentian perkhidmatan pembantu

penyelidik berkaitan kepada pihak UNIMAS Innovation dengan satu (1)

bulan notis. Kegagalan memberi notis tersebut boleh mengakibatkan

penyelidik dikehendaki untuk membayar satu (1) bulan gaji.

3.3 Perkhidmatan Ikhtisas – Honororium Enumerator/Pembantu Kerja

Lapangan

a) Pelantikan dikeluarkan oleh penyelidik sendiri dan bayaran honorarium

adalah berdasarkan kepada tugasan.

b) Pembayaran honorarium hanya boleh dibuat setelah tugasan/aktiviti

penyelidikan yang disempurnakan beserta dengan laporan ringkas dan

disahkan oleh Penyelidik Utama.

Page 35: KANDUNGAN - riec.unimas.my

32

Senarai Semak Pembayaran Honororium adalah seperti berikut:

i. Penyelidik perlu mengemukakan memo iringan kepada Pengarah UNIMAS

Innovation:

ii. Surat lantikan dan bukti penerimaan lantikan yang lengkap dengan senarai

tugasan dan kadar bayaran yang berpatutan; dan

iii. Penyelidik perlu mengesahkan laporan ringkas atau dokumen berkaitan

sebagai bukti kerja siap.

3.4 Menghadiri Persidangan/Seminar/Kolokium/Persembahan/Pameran

Permohonan untuk menghadiri persidangan luar negara perlu dimajukan dalam

tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh persidangan manakala untuk persidangan

dalam negara pula, permohonan menghadiri persidangan perlu dimajukan di dalam

tempoh satu (1) bulan sebelum tarikh persidangan untuk pertimbangan. UNIMAS

Innovation tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang implikasi yang timbul

jika sekiranya permohonan lewat dimajukan.

Senarai semak untuk permohonan menghadiri persidangan adalah seperti berikut:

i. Memo iringan kepada Pengarah UNIMAS Innovation untuk tujuan

kelulusan setelah diperakukan di PTj masing-masing.

ii. Borang menghadiri persidangan dalam negara (Lampiran 4) yang telah

lengkap diisi;

iii. Surat jemputan/dokumen pengesahan penerimaan kertas kerja;

iv. Abstrak/kertas kerja penuh;

v. Brosur/risalah yang mempunyai maklumat mengenai persidangan dan

yuran penyertaan;

vi. Sebutharga/Anggaran harga tiket penerbangan dan penginapan (untuk

persidangan luar negara);

vii. Borang Menghadiri Persidangan Luar Negara (Lampiran 5A), Borang

Menghadiri Persidangan, Seminar dan Lawatan Rasmi Ke Luar Negeri/

Lampiran A (Lampiran 5B) beserta Senarai Semak (Lampiran 5C); dan

viii. Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Permohonan menghadiri Persidangan/Kursus/Bengkel/Persembahan di luar negara

hendaklah diperakukan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut, Pengarah

UNIMAS Innovation dan seterusnya Timbalan Naib Canselor (TNCPI) dan

perjalanan ke luar negara pula akan diluluskan oleh Naib Canselor.

3.4.1 Menggunakan Peruntukan Geran Penyelidikan

a) Semua permohonan yang menggunakan Dana Geran Penyelidikan

adalah digalakkan untuk menghasilkan penerbitan dalam jurnal

berindeks (ISI/SCOPUS/ERA) dalam tempoh satu (1) tahun;

Page 36: KANDUNGAN - riec.unimas.my

33

b) Permohonan adalah untuk membentangkan kertas kerja secara lisan

(oral presentation) sahaja yang akan diberi pertimbangan dan tidak

melebihi RM2,500.00 (Geran Penyelidikan Dalam dan Kursi

Penyelidikan) untuk tujuan menghadiri persidangan dalam negara dan

digalakkan untuk menghadiri persidangan yang menghasilkan

prosiding/penerbitan jurnal berindeks (ISI/SCOPUS/ERA).

Khusus bagi tujuan menghadiri persidangan luar negara yang

menggunapakai geran dalam UNIMAS pula adalah tertakluk kepada

pematuhan perkara-perkara berikut:

i. Penyelidik perlu menghasilkan kertas kerja dalam jurnal berindeks

ketika tempoh asal geran projek penyelidikan masih aktif; dan ii. Tiada permohonan peruntukan tambahan dipohon di mana

penyelidik perlu menggunakan sepenuhnya peruntukan seperti

mana dalam kelulusan asal.

c) Permohonan menghadiri persidangan hanya akan diberi pertimbangan

kepada seorang pemohon sahaja bagi pembentangan kertas kerja yang

sama; dan

d) Pemohonan oleh penyelidik bersama untuk menghadiri

Persidangan/Kursus/Bengkel/Persembahan di dalam negara hendaklah

diperakukan oleh Penyelidik Utama (PI) dan disokong oleh Ketua PTj.

e) Manakala bagi yang dibiaya menggunakan peruntukan dana luar, ia

tertakluk kepada kelulusan pemberi dana.

3.4.2 Laporan Menghadiri Persidangan Luar Negara/Dalam Negara

a) Laporan menghadiri persidangan perlu disediakan dan dikemukakan

kepada UNIMAS Innovation melalui Fakulti/Pusat/Institut dalam

tempoh empat belas (14) hari selepas menghadiri persidangan tersebut;

dan

b) Senarai semak untuk penghantaran laporan menghadiri persidangan

adalah seperti berikut:

i. Memo iringan kepada Pengarah UNIMAS Innovation;

ii. Borang Laporan Menghadiri Persidangan (Lampiran 6) yang

lengkap diisi; dan

iii. Sesalinan kit persidangan kertas kerja (brosur, CD-ROM, prosiding

dan lain-lain) yang dibentangkan semasa menghadiri persidangan di

dalam dan di luar negara.

Gambarajah 5 di bawah menunjukan carta alir proses permohonan mengikuti

persidangan (Dalam dan Luar Negara).

Page 37: KANDUNGAN - riec.unimas.my

34

Gambarajah 5: Carta Alir Proses Permohonan Menghadiri Persidangan Dalam

Dan Luar Negara).

Mula

Majukan Permohonan

melalui PTj kepada RIEC

Penyelidik

Permohonan

dalam atau

luar negara?

Pejabat NC

Tamat

Memo

kelulusan

RIEC

Dalam

Luar

Keputusan

Lulus

Naib Canselor

Makluman

kepada Pemohon

Tidak

Page 38: KANDUNGAN - riec.unimas.my

35

3.5 Pemantauan Geran Penyelidikan

3.5.1 Pelaksanaan Projek

Penyelidik Utama (PI) bertanggungjawab:

a) Memastikan setiap ahli memainkan peranan seperti yang telah

dipersetujui dalam memastikan perancangan bagi projek penyelidikan

berjalan lancar dan mencapai sasaran seperti yang ditetapkan di dalam

kertas cadangan projek penyelidikan;

b) Memastikan projek berjalan lancar dan mencapai sasaran seperti yang

ditetapkan;

c) Menghantar laporan prestasi secara berkala menerusi iRIS; dan

d) Menghantar laporan akhir menerusi sistem 0iRIS sejurus projek tamat.

3.5.2 Laporan Kemajuan / Prestasi

Semua projek penyelidikan akan dipantau oleh UNIMAS Innovation dan

Fakulti/Institut. Pemantauan dilakukan dari segi:

a) Prestasi projek

b) Prestasi kewangan; dan

c) Pencapaian indeks penanda aras (KPI)

Secara umumnya, KPI merujuk kepada pencapaian dalam aspek-aspek

berikut:

a) Penerbitan artikel dalam jurnal berindeks (ISI/SCOPUS/ERA);

b) Penghasilan modal insan seperti GRA, Pelajar Siswazah

(Master/PhD); dan

c) Pendaftaran hasil harta intelek (HI).

Antara tanggungjawab PI adalah:

a) Memastikan projek penyelidikan dilaksanakan mengikut perancangan

dan mencapai sasaran output seperti yang telah diluluskan berdasarkan

kepada kertas cadangan projek penyelidikan masing-masing.

b) Mengemukakan laporan kemajuan sepanjang tempoh projek

penyelidikan yang berstatus aktif. Penyelidik dikehendaki menghantar

laporan kemajuan penyelidikan mereka setiap enam (6) bulan menerusi

iRIS.

Gambarajah 6 di bawah menunjukkan carta alir pemantauan geran

penyelidikan UNIMAS.

Page 39: KANDUNGAN - riec.unimas.my

36

Gambarajah 6: Carta Alir Proses Pemantauan Geran Penyelidikan UNIMAS.

Mula

Hantar Laporan Kemajuan

melalui sistem iRIS

Penyelidik

Jawatankuasa

Penilaian peringkat PTj

RIEC

Pelaksanaan projek Penyelidik

Memuaskan?

Semakan dan pengesahan

laporan

Tidak

Ya

Laporan ke JKTSPI

Tamat

Page 40: KANDUNGAN - riec.unimas.my

37

3.5.3 Pertukaran Penyelidik Utama (PI)

PI perlu melepaskan kedudukan sebagai ketua apabila tidak dapat

menjalankan peranannya melebihi tempoh tiga (3) bulan atas salah satu

sebab di bawah:

a) Cuti belajar / cuti tanpa gaji;

b) Bersara / tamat perkhidmatan;

c) Dipinjamkan / berpindah ke organisasi lain;

d) Sakit; atau

e) Sebab-sebab lain (perlu mendapat perakuan UNIMAS Innovation)

Pengecualian dibenarkan bagi PI yang bercuti sabatikal kurang daripada

enam (6) bulan dengan syarat masih menjalankan penyelidikan berkaitan

projek yang sedang dijalankan.

Permohonan pertukaran oleh PI hendaklah dimajukan kepada UNIMAS

Innovation melalui PTj masing-masing berdasarkan senarai semak berikut:

a) Memo iringan kepada Pengarah UNIMAS Innovation dalam

tempoh sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum pertukaran PI;

b) Justifikasi untuk pertimbangan cadangan PI yang bersesuaian dari

segi kepakaran untuk menggantikannya;

c) Curriculum Vitae (CV) terkini PI baru;

d) Laporan Prestasi terkini projek penyelidikan; dan

e) Dokumen sokongan berkaitan mengikut ketetapan pembiaya dana.

3.5.4 Pelanjutan Tempoh Projek Penyelidikan

Permohonan perlanjutan tempoh penyelidikan hendaklah dimajukan kepada

UNIMAS Innovation melalui PTj masing-masing berdasarkan senarai

semak berikut:

a) Memo iringan kepada Pengarah UNIMAS Innovation beserta

justifikasi dimajukan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3)

bulan sebelum tamat tempoh asal penyelidikan;

b) Laporan Prestasi terkini projek penyelidikan;

c) Carta Perbatuan baharu untuk tempoh perlanjutan yang dipohon;

dan

d) Dokumen sokongan berkaitan mengikut ketetapan pembiaya dana.

Permohonan perlanjutan boleh dipertimbangkan sebanyak dua (2) kali dan

tempoh pelanjutan yang dibenarkan bagi setiap perlanjutan adalah selama

enam (6) bulan sahaja. Permohonan untuk tambah peruntukan dan

pindahan vot adalah tidak dibenarkan dalam tempoh perlanjutan.

Page 41: KANDUNGAN - riec.unimas.my

38

Berikut adalah justifikasi perlanjutan tempoh yang tidak dapat

dipertimbangkan:

i. Penyediaan laporan akhir;

ii. Penerbitan buku dan lain-lain jenis penerbitan;

iii. Menghadiri persidangan (dalam dan luar negara);

iv. Membayar gaji Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA);

v. Membuat perolehan aset;

vi. Membelanjakan baki peruntukan penyelidikan; atau

vii. Sebab-sebab lain dengan justifikasi yang tidak kukuh dan tidak

jelas.

Gambarajah 7 di bawah menunjukkan carta alir proses permohonan pelanjutan

tempoh dan penamatan geran penyelidikan.

Gambarajah 7: Carta Alir Proses Permohonan Pelanjutan Tempoh Geran

Penyelidikan.

Mula

Permohonan Penyelidik

Layak?

Penyelidikan dijalankan mengikut

perancangan asal

Tamat

Kemaskini sistem iRIS & Memo

kelulusan

RIEC

Ya

Tidak

Semakan dan penilaian kelayakan

Makluman kepada

Pemohon

RIEC

Page 42: KANDUNGAN - riec.unimas.my

39

3.6 Penutupan Projek Penyelidikan 3.6.1 Laporan Akhir

a) Laporan akhir projek perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan

sesudah projek penyelidikan.

b) Lampiran bukti lengkap KPI (modal insan, penerbitan artikel dalam

jurnal berindeks atau/dan IP) dimajukan melalui Fakulti/Institut kepada

UNIMAS Innovation untuk pertimbangan di peringkat JKTSPI.

c) Bagi geran Kursi Penyelidikan, laporan akhir perlu perlu dimajukan

kepada Jawatankuasa Amanah Kursi Penyelidikan melalui Ketua Kursi

Penyelidikan untuk tujuan penutupan rasmi.

d) Bagi geran penyelidikan luar, surat kelulusan penutupan geran dari

pembiaya dana hendaklah dilampirkan.

e) Laporan akhir yang telah berjaya mencapai KPI akan diperakukan di

peringkat JKTSPI dan memo tamat geran penyelidikan akan

dikeluarkan secara rasmi.

3.6.2 Hasil Penyelidikan

Hasil penyelidikan atau pencapaian indeks penanda aras (KPI) kepada

projek penyelidikan adalah tertakluk kepada garis panduan geran

penyelidikan bagi setiap pembiaya dana.

Secara umumnya indeks penanda aras merujuk kepada pencapaian dalam

aspek-aspek berikut:

a) Penerbitan artikel ilmiah dalam jurnal berindeks

ISI/SCOPUS/ERA;

b) Penghasilan modal insan seperti Pembantu Penyelidik Siswazah

(GRA)/Pelajar Siswazah (Ijazah Sarjana (Master) dan/atau Ijazah

Doktor Falsafah (PhD); dan

c) Pendaftaran hasil harta intelek (HI).

UNIMAS menekankan perlunya penyelidik memuatnaik hasil penyelidikan

ke dalam Institutional Repository (IR) UNIMAS (Publication Repository

Information System Management) untuk tujuan rujukan. Maklumat lanjut

yang berkaitan boleh diperolehi di laman sesawang: https://ir.unimas.my/.

3.6.3 Penyerahan Aset/Inventori Penyelidikan

Pembelian inventori di bawah Vot 27000 (RM1,000.00 per unit sehingga

RM3,000.00) dan aset di bawah Vot 35000 perlu didaftar dan dilabel

sebagai “Hak Kerajaan Malaysia/UNIMAS” dan dinyatakan sumber atau

jenis geran penyelidikan. Aset-aset tersebut perlu didaftarkan dan

dikemaskini dengan maklumat penempatan mengikut Tatacara Pengurusan

Aset Alih UNIMAS.

Setelah projek penyelidikan tamat, peralatan tersebut perlulah dikembalikan

dan diisytiharkan sebagai alat gunasama serta diletakkan di bawah

pengurusan PTj masing-masing dan merupakan hak milik UNIMAS.

Peraturan ini tidak termasuk geran-geran pembiayaan dana luar yang

tertakluk kepada terma dan syarat-syarat perjanjian geran penyelidikan serta

kelulusan pembiaya dana.

Page 43: KANDUNGAN - riec.unimas.my

40

BAB 4

PERATURAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN GERAN

PENYELIDIKAN

4.1 Pengurusan Peruntukan Geran Penyelidikan

Setiap prosedur pengurusan kewangan dan perolehan hendaklah mematuhi

pekeliling dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia,

peraturan kewangan Universiti dan peraturan-peraturan lain yang sedang

berkuatkuasa.

Perbelanjaan projek yang terlibat/berkaitan dengan penyelidikan sahaja dibenarkan.

Penggunaan geran penyelidikan adalah secara kawalan vot yang telah dinyatakan

di dalam kertas cadangan projek penyelidikan asal yang telah diluluskan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

i. Tidak dibenarkan menggunakan peruntukan melebihi kelulusan setiap vot.

Sekiranya terdapat keperluan untuk tujuan ini, perbelanjaan hanya boleh

dibuat setelah pindah vot diluluskan oleh pihak UNIMAS Innovation atau

pihak pemberi dana; dan

ii. Proses pemindahan vot adalah tertakluk kepada rekod kewangan setiap

projek dan baki peruntukan semasa.

Pindah Peruntukan antara Vot (dalam projek)

i. Bertujuan untuk menampung kekurangan peruntukan dalam sesuatu vot lain

semasa menjalankan aktiviti penyelidikan;

ii. Pindah peruntukan ke vot baharu hanya dibenarkan selepas enam (6) bulan

dari tarikh pelaksanaan projek penyelidikan; dan

iii. Pindahan vot hanya dibenarkan sekali dalam setahun dalam tempoh asal

geran masih aktif.

4.2 Penggunaan Peruntukan Geran Setelah Projek Penyelidikan Tamat

Penyelidik tidak dibenarkan untuk membuat sebarang perbelanjaan selepas tarikh

tamat projek penyelidikan.

Penggunaan vot geran penyelidikan dan terma rujukan adalah seperti yang

dinyatakan di dalam Jadual 1.0 seperti di bawah.

Page 44: KANDUNGAN - riec.unimas.my

41

Jadual 1.0: Penggunaan Vot Geran Penyelidikan dan Terma Rujukan

VOT DESKRIPSI TERMA RUJUKAN

11000

(Upah/Gaji dan

Elaun GRA)

Gaji/Upah untuk Pembantu

Penyelidik Siswazah

(GRA) yang terlibat secara

langsung dengan

penyelidikan sahaja.

Minimum tempoh pelantikan adalah tidak kurang dari

dua belas (12) bulan. (Rujuk Lampiran 3: Lantikan

Pembantu Penyelidik Siswazah)

Upah/Gaji bulanan adalah termasuk bayaran EPF dan

Socso dengan siling :

i. Pelajar PhD (maksima RM2,300)

ii. Pelajar MSc (maksima RM1800)

Dibenarkan pindah peruntukan jika bilangan modal insan

telah dicapai mengikut KPI dan pindahan tidak melebihi

lima puluh peratus (50%) dari peruntukan vot asal.

Pindah peruntukan hanya pada tahun kedua dan ke atas

perlaksanaan projek.

Vot 21000

(Perjalanan dan

Pengangkutan)

Perjalanan bagi tujuan

kerja lapangan dan

menghadiri persidangan/

seminar/ bengkel dalam

dan luar negera

Tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran.

Tuntutan yang menggunakan pengangkutan sendiri

adalah berdasarkan kepada perbatuan sahaja.

Tuntutan petrol hanya dipertimbangkan bagi yang

menggunakan kenderaan rasmi UNIMAS sahaja.

Perjalanan yang dibenarkan adalah bagi tujuan kerja

lapangan, kutipan sampel dan yang berkaitan dengan

penyelidikan.

Bagi tujuan menghadiri persidangan/bengkel/seminar/

bengkel hanya dibenarkan untuk pembentangan secara

lisan sahaja.

Kos perjalanan hendaklah berdasarkan perjalanan yang

paling ekonomikal dari segi kemudahan, kepakaran dan

pemindahan teknologi.

Kelayakan hotel dan lain-lain elaun semasa menjalankan

tugas di luar pejabat adalah seperti yang digariskan dalam

Peraturan Kewangan UNIMAS.

Tidak digalakkan membuat pindahan masuk ke dalam

Vot ini kecuali bagi tujuan kutipan data/kerja lapangan

dengan justifikasi yang kukuh.

Vot 24300

(Sewaan)

Bagi peralatan,

pengangkutan, bangunan

dan barangan yang terlibat

secara langsung dengan

penyelidikan

Dibenarkan pindah peruntukan selagi ia berkaitan secara

langsung dengan projek penyelidikan.

Vot 27000

(Bekalan dan

Bahan

Penyelidikan)

Bahan mentah dan bahan

berkaitan penyelidikan

sahaja

Pembelian bekalan bahan pakai-habis (termasuklah

haiwan, pokok dan benih) dan bahan penyelidikan

termasuk peralatan kecil dan bekalan.

Dibenarkan pindah peruntukan selagi ia berkaitan secara

langsung dengan projek penyelidikan.

Page 45: KANDUNGAN - riec.unimas.my

42

Vot 28000

(Penyelenggaraa

n dan Ubah

Suai)

Perbelanjaan baik pulih

dan pengubahsuaian

kecil berkaitan

penyelidikan

Penyelenggaraan

peralatan sedia ada juga

dibenarkan

Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian

yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau

lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan

sahaja dibenarkan dari vot ini.

Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek

dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai

kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh

geran tersebut.

Dibenarkan pindah peruntukan selagi ia berkaitan secara

langsung dengan projek penyelidikan.

Vot 29000

(Perkhidmatan

Ikhtisas)

Vot ini terhad kepada

perkhidmatan

profesional yang tidak

dapat dipenuhi oleh

Penyelidik Bersma

Pembayaran honorarium kepada Penyelidik Utama atau

Penyelidik Bersama tidak dibenarkan.

Honororium kepada Enumerator/Pembantu Kerja

Lapangan adalah pada kadar bayaran yang munasabah

dan berdasarkan kepada tugasan. Pembayaran

honorarium hanya dibayar secara sekaligus (one lump

sum) setelah pengesahan kerja siap dimajukan mengikut

aktiviti penyelidikan

Pembayaran perkhidmatan yang dibenarkan adalah

seperti percetakan, konsultansi, khidmat kepakaran,

suntingan bahasa, caj bank, pembaharuan lessen perisian

dan bayaran analisis sampel.

Pembayaran untuk perkhidmatan khas yang dibenarkan

pula adalah seperti kos dan yuran persidangan, bengkel,

bayaran penerbitan dan lain-lain.

Vot 35000

(Aksesori dan

Peralatan)

Pembelian peralatan

khas dan aksesori

(termasuk

meningkatkan

keupayaan peralatan

sedia ada) yang

berkaitan dengan projek

penyelidikan

Tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran.

Hanya dibenarkan sekiranya telah diluluskan dan

dinyatakan dalam kertas cadangan yang diluluskan dengan

menyertakan justifikasi dan tiga (3) sebut harga bagi setiap

peralatan.

Pembelian aset tidak dibenarkan dalam tempoh enam (6)

bulan dari tarikh tamat asal.

Tidak dibenarkan membeli peralatan komunikasi dan

perkakasan ICT seperti workstation, laptop, iPad, telefon

nudah alih atau mesin pencetak.

Page 46: KANDUNGAN - riec.unimas.my

43

BAB 5

PENGURUSAN HARTA INTELEK, DAN PENGKOMERSILAN

5.1 Pengenalan

Garis panduan pengurusan harta intelek dan pengkomersilan ini adalah bertujuan

untuk memberi penerangan dan sebagai panduan untuk staf akademik dan pihak

yang berkepentingan di UNIMAS berkenaan dengan amalan Universiti dalam

perihal harta intelek (HI) serta pengkomersilannya. Ia juga disasarkan untuk

menyokong Fakulti/Institut/Pusat, dan staf dalam mengenalpasti, melindungi dan

mengurus hal-hal berkaitan dengan HI. Antaranya ialah untuk memahami bentuk

HI, hak milik, penggunaan dan prosedur khusus yang diaplikasikan dalam

Universiti.

5.2 Perlindungan Harta Intelek

Harta Intelek adalah segala hasil bentuk nyata (tangible) yang terhasil daripada

pemikiran manusia termasuklah, tetapi tidak terhad kepada idea, rekacipta,

rekabentuk, lakaran, lukisan, kerja penulisan dan muzik. Ia juga termasuk program

komputer, rekabentuk susunatur litar bersepadu dan pangkalan data.

Perlindungan harta intelek (HI) pula bermaksud melindungi sebarang HI yang

dihasilkan dan perlindungan ini boleh didaftarkan untuk tujuan perlindungan

kebangsaan dan antarabangsa. Perlindungan Harta Intelek adalah dikawal di bawah

Undang-undang Malaysia bagi membolehkan pemilik Harta Intelek melaksanakan

kawalan eksklusif ke atas sebarang eksploitasi terhadap hak pemilikan tersebut.

UNIMAS Innovation akan melaksanakan semua proses perlindungan harta intelek

setelah menerima permohonan perlindungan dengan maklumat produk dari staf

UNIMAS dan menjalankan langkah-langkah penyaringan, pemfailan dan

pendaftaran.

5.3 Jenis-jenis Harta Intelek

5.3.1 Paten (Patent)

Paten adalah hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta

baharu sama ada ia adalah di dalam bentuk produk atau proses. Paten akan

dianugerahkan apabila sesuatu produk atau proses tersebut menepati ciri-

ciri berikut:

a) Baharu (Novelty);

b) Melibatkan langkah merekacipta (Inventiveness); dan

c) Boleh digunakan dalam mana-mana industri (Industrial

application)

Page 47: KANDUNGAN - riec.unimas.my

44

Perlindungan suatu paten adalah untuk tempoh masa selama dua puluh

(20) tahun daripada tarikh pemfailan.

5.3.2 Hak Cipta (Copyright)

Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberi oleh undang-undang untuk

tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal karya mereka.

Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik tanpa sebarang keperluan

pendaftaran sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu

bersifat asli;

b) Karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;

c) Penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan

d) Karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya

itu adalah di Malaysia.

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan harta intelek adalah seperti

karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan

karya terbitan.

i. Karya Sastera, Karya Muzik atau Karya Seni

Hak Cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni

wujud semasa hayat pencipta dan hendaklah terus wujud sehingga

habis tempoh lima puluh (50) tahun selepas kematiannya.

ii. Filem, Rakaman Bunyi dan Pelaku

Hakcipta hendaklah wujud selama lima puluh (50) tahun dari karya

itu diterbitkan, dibuat penetapan untuk karya filem dan rakaman

bunyi. Bagi pelaku, hak cipta itu hendaklah wujud daripada

persembahan dilakukan atau penetapan dalam rakaman bunyi.

iii. Siaran

Hakcipta dalam siaran, perlindungan berlaku dalam cara transmisi

sama ada melalui cara wayar atau tanpa wayar (wireless), tempoh

selama lima puluh (50) tahun hendaklah dikira dari mana siaran

pertama kali dibuat.

5.3.3 Cap Dagangan (Trade Mark)

Cap Dagangan adalah cap yang digunakan bagi tujuan menunjukkan

hubungan antara barangan/perkhidmatan dengan pemilik/pengguna

berdaftar cap dagangan tersebut di dalam urusan perniagaan. Cap Dagangan

boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau

kombinasi daripada unsur-unsur tersebut.

Cap Dagangan boleh didaftarkan:

Page 48: KANDUNGAN - riec.unimas.my

45

a) untuk mendapatkan hak eksklusif ke atas penggunaan cap dagangan

tersebut dalam setiap urusan/perjalanan perdagangan; dan

b) sijil pendaftaran tersebut akan menjadi bukti kesahihan hak milik cap

dagangan tersebut.

Setiap pendaftaran adalah sah untuk tempoh masa selama sepuluh (10)

tahun daripada tarikh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran boleh

dibuat setiap sepuluh (10) tahun.

5.3.4 Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)

Reka bentuk perindustrian adalah rupa bentuk luaran secara keseluruhan

bagi sesuatu produk atau barang. Ia didefinisikan sebagai ciri bentuk,

tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui

apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap,

merupakan ciri yang menarik dan dinilai dengan pandangan mata.

Ia boleh didaftarkan untuk mendapatkan hak eksklusif ke atasnya dengan

syarat ia mestilah baharu dan tidak pernah didedahkan kepada pihak awam

di mana-mana di Malaysia. Perlindungan akan diberikan selama lima (5)

tahun daripada tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan sehingga tempoh

maksimum selama lima belas (15) tahun.

5.4 Prosedur Permohonan Pendaftaran Harta Intelek

Penyelidik yang berminat untuk mendaftarkan perlindungan harta intelek ke atas

produk inovasi masing-masing boleh berbuat demikian kepada UNIMAS

Innovation untuk tujuan perlindungan harta intelek.

Untuk melayakan produk inovasi didaftarkan dibawah perlindungan harta intelek,

produk inovasi perlulah merupakan hasil dari geran penyelidikan dan sekiranya dari

geran penyelidikan luar perlulah mendapatakan persetujuan dari pemberi dana dan

perlu persetujuan pengesahan pemilikan produk inovasi dari penyelidik bersama.

Semua permohonan pendaftaran harta intelek di UNIMAS dibuat secara atas talian

melalui sistem iRIS.

5.5 Pemilikan Harta Intelek

Hak Harta Intelek yang dibuat atau direkacipta oleh staf semasa dalam menjalankan

tugas sebagai staf Universiti atau pelajar yang berdaftar dengan Universiti itu

adalah dimiliki oleh Universiti.

Gambarajah 8 di bawah menunjukan carta alir prosedur kerja pengurusan harta

intelek untuk tujuan pendaftaran harta intelek UNIMAS.

Page 49: KANDUNGAN - riec.unimas.my

46

Gambarajah 8: Carta Alir Prosedur Kerja Pengurusan Harta Intelek untuk

Pendaftaran Harta Intelek UNIMAS.

Page 50: KANDUNGAN - riec.unimas.my

47

5.6 Jenis Kaedah/Model Pengkomersilan

Kaedah/model berikut:

i. Pengkomersilan;

ii. Pelesenan

5.6.1 Pengkomersilan

Pengkomersilan hasil penyelidikan penting kerana:

i. Menterjemahkan hasil penyelidikan kepada aplikasi yang praktikal;

ii. Membolehkan komuniti mendapat maafaat dari hasil penyelidikan;

dan

iii. Menghasilkan produk baharu yang akan memberikan impak positif

kepada masyarakat secara keseluruhan.

Pihak Universiti berhak untuk menyerahkan hak atau pemberian lesen,

sama ada secara eksklusif atau tidak, berkenaan dengan perlindungan harta

intelek untuk tempoh yang dianggap sesuai, atau membuat apa-apa urusan

lain yang berhubungan dengan harta intelek sebagaimana yang difikirkan

sesuai bagi memudahkan pemindahan teknologi di samping melindungi

kepentingan dan hak harta intelek Universiti. Jumlah minimum untuk

kategori pengkomersilan adalah RM20,000.00 dan ke atas.

5.6.2 Pelesenan (hanya bagi inovasi yang telah mendapat perlindungan harta

intelek)

Pelesenan ialah keizinan untuk mengeksploitasi hak harta intelek (HI)

UNIMAS yang diberi kepada pihak lain. Jumlah minimum kategori

pelesenan adalah RM10,000.00 dan melalui kaedah-kaedah berikut:

i. Lesen Eksklusif (Exclusive License)

UNIMAS Innovation menyerahkan hak tertentu untuk

mengeksploitasi harta intelek khusus kepada pemegang lesen

sahaja. Ini bermakna UNIMAS melepaskan hak eksploitasi harta

intelek atau memberi sebarang lesen yang berikutnya kepada pihak

lain. Walaubagaimanapun, UNIMAS boleh mengekalkan hak

penggunaan, menjalankan penyelidikan dan pembangunan

selanjutnya serta mengeksploitasi harta intelek untuk urusan bukan

pengkomersilan.

ii. Lesen Bukan Eksklusif (Non-exclusive License)

UNIMAS boleh menyerahkan hak eksploitasi harta intelek kepada

satu pihak atau lebih, termasuk hak untuk mengeksploitasi harta

intelek tersebut. Dalam lesen bukan eksklusif, UNIMAS boleh

memberikan hak sub-lesen kepada pemegang lesen.

Page 51: KANDUNGAN - riec.unimas.my

48

5.7 Panduan Perkongsian Keuntungan

Sebarang hasil kewangan yang diperolehi daripada pengkomersilan/ eksploitasi

inovasi/harta intelek Universiti hendaklah dibahagikan di antara UNIMAS

dengan pereka cipta berdasarkan harga jualan. Model perkongsian keuntungan

yang boleh dirujuk dalam Jadual 2 adalah seperti berikut:

Jadual 2.0: Model Perkongsian Keuntungan

*Nota: Perkongsian keuntungan tertakluk kepada pindaan oleh UNIMAS dari

masa ke semasa

Gambarajah 9 di bawah menunjukkan carta alir prosedur pengkomersilan bagi

produk atau pekhidmatan yang telah berjaya memperolehi harta intelek.

5.8 Enterprise

Inisiatif-inisiatif enterprise di UNIMAS adalah terbahagi kepada:

i. Kluster penyelidikan/penyelidikan transdisiplin

ii. Geran Luar (Antarabangsa/Industri/Agensi Kerajaan)

iii. Penyelidikan kontrak

iv. Inkubator penyelidikan

v. Syarikat Terbitan (Spin off Company)

5.8.1 Kluster Penyelidikan/Penyelidikan Transdisiplin

Kluster penyelidikan adalah kumpulan penyelidik yang diiktiraf secara

rasmi yang kepakaran penyelidikannya digunakan sama ada untuk bidang

yang sama, atau tema yang terlibat dalam projek penyelidikan kolaboratif,

atau set projek-projek yang berkaitan.

Tujuan kluster penyelidikan ini adalah untuk menggalakkan kerjasama di

kalangan ahli-ahli penyelidik UNIMAS dalam kerja-kerja ilmiah mereka

dalam bidang kepakaran masing-masing. Ianya adalah untuk mendokong

Pelan Penyelidikan Strategik Fokus UNIMAS.

Kluster penyelidikan ini juga bermatlamat untuk menggalakan pertukaran

di kalangan para penyelidikdan dan bersifat interdisciplinary. Setiap kluster

adalah untuk membangunkan pelan strategik, yang akan merangkumi

obkektif projek-projek penyelidikan yang bertujuan untuk memperkasa

kerja-kerja penyelidikan.

Jumlah Pereka

Cipta

Fakulti/

Institut

UNIMAS/

UNIMAS Holding

Sdn Bhd

Pengkomersilan: Harga jualan

RM20,000 ke atas

80%

10%

10%

Perlesenan:

Harga jualan RM10,000 ke atas

Majukan permohonan pengkomersilan atau

perlesenan produk ke RIEC

Mula

Penyelidik

Page 52: KANDUNGAN - riec.unimas.my

49

Gambarajah 9: Carta Alir Prosedur Pengkomersilan Bagi Produk Atau Perkhidmatan

yang telah Berjaya Memperolehi Harta Intelek.

5.8.2 Geran Luar (Antarabangsa/Industri/Agensi Kerajaan)

Page 53: KANDUNGAN - riec.unimas.my

50

Setiap geran penyelidikan luar samada dari pemberi dana antarabangsa,

industri atau agensi Kerajaan, yang diperolehi oleh mana-mana penyelidik

atas kapasiti sebagai staf UNIMAS hendaklah diletakkan dibawah tadbir

urus UNIMAS Innovation.

Geran yang diperolehi tersebut perlu di daftar dan dibuka akaun dalam iRIS

untuk tujuan tadbir urus kewangan.

Bagi geran penyelidikan antarabangsa yang tidak disalurkan melalui

UNIMAS Innovation, iaitu yang diurus secara terus antara penyelidik

dengan penaja, prosedur berikut adalah digunapakai:

a) Penerima geran perlu memaklumkan penerimaan geran

penyelidikan kepada UNIMAS Innovation bagi tujuan pembukaan

akaun dalam iRIS:

i. Salinan proposal penyelidikan bagi geran yang diterima

ii. Salinan Terma Rujukan perbelanjaan geran penyelidikan

yang meliputi tarikh keseluruhan projek

iii. Maklumat pecahan peruntukan mengikut vot dan jumlah

peruntukan yang diterima

iv. Salinan surat tawaran geran penyelidikan daripada agensi

terlibat

v. Salinan surat penerimaan tawaran

vi. Bukti pemindahan peruntukan

vii. Perjanjian (MoA/ MoU/ LoA atau yang setaraf)

Senarai pembiaya dana antarabangsa boleh dirujuk di dalam Lampiran 7.

5.8.3 Penyelidikan Kontrak

Penyelidikan Kontrak (Contract Research) merujuk kepada aktiviti penyelidikan

dan pembangunan yang dihasilkan melalui kolaborasi dua atau lebih pihak, yang

dilaksanakan atas permintaan dan tawaran yang dibayar oleh syarikat, agensi,

pihak luar atau penyumbang dana (penaja). Ini adalah untuk menggalakkan

koloborasi di antara university dan industri. Kebiasaannya, penyelidikan

seumpama ini melibatkan persetujuan bersama yang dimeterai menerusi

kontrak dan berkemungkinan mempunyai kawalan kerahsiaan, penerbitan

dan harta intelek.

Penyelidik yang menerima geran penyelidikan kontrak yang diperolehi dari

industri, agensi kerajaan atau penaja perlu dibuka akaun dalam iRIS untuk

tujuan tadbir urus kewangan. Geran ini perlu disalurkan melalui UNIMAS

Innovation akan diurus berdasarkan peraturan dan garis panduan yang sedia

ada.

Penyelidik dan PTj yang menerima dana penyelidikan kontrak hendaklah

memaklumkan kepada UNIMAS Innovation. Penyelidik perlu memastikan

bahawa kerja penyelidikan tidak bercanggah dengan peraturan Universiti

Page 54: KANDUNGAN - riec.unimas.my

51

dan kerajaan. Ketua Penyelidik (PI) adalah bertanggungjawab menubuhkan

kumpulan penyelidikan projek bagi melancarkan pelaksanaan projek

penyelidikan kontrak tersebut. Staf daripada agensi-agensi luar boleh

dilantik mengikut kesesuaian projek.

Ketua Penyelidik juga perlu memastikan bahawa penglibatan dalam

kerjakerja penyelidikan kontrak tidak akan menjejaskan tanggungjawabnya

sebagai staf Universiti dan tidak membebankan rakan-rakan lain di fakulti.

Penerima geran perlu memaklumkan penerimaan geran penyelidikan

kepada UNIMAS Innovation bagi tujuan pembukaan akaun dalam iRIS:

i. Salinan proposal penyelidikan bagi geran yang diterima

ii. Salinan Terma Rujukan perbelanjaan geran penyelidikan yang

meliputi tarikh keseluruhan projek

iii. Maklumat pecahan peruntukan mengikut vot dan jumlah

peruntukan yang diterima

iv. Salinan surat tawaran geran penyelidikan daripada agensi

terlibat

v. Salinan surat penerimaan tawaran

vi. Bukti pemindahan peruntukan

vii. Perjanjian (MoA/ MoU/ LoA atau yang setaraf)

Penamatan Geran Penyelidikan Kontrak sekiranya timbul keperluan,

hendaklah dibuat secara bertulis oleh penyelidik melalui Ketua Jabatan/

Dekan PTj dengan menyatakan alasan/ justifikasi kukuh serta memberi notis

sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh cadangan tamat kontrak untuk

pertimbangan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

5.8.4 Inkubator Penyelidikan

Inkubator memberi focus untuk mempercepatkan pengkomersilan dan

penerimaan inovasi-inovasi oleh industri-industri. yang dicetuskan dari

UNIMAS.

Ianya bertujuan untuk:

a. Mempercepatkan pengkomersilan inovasi dan teknologi dari

UNIMAS;

b. Mengetengahkan pemindahan teknologi dari universiti ke industry;

c. Sebagai one-stop centre untuk menterjemahkan (translate)

penyelidikan ke pasaran

Inkubator-inkubator juga dibenarkan untuk menyewa premis-premis

UNIMAS. Bagi tujuan ini, incubator-inkubator hendaklah memohon ke

UNIMAS Innovation dan mematuhi syarat-syarat dan garis panduan.

5.8.5 Syarikat Terbitan (Spin-off Company)

Page 55: KANDUNGAN - riec.unimas.my

52

Penyelidik UNIMAS boleh menubuhkan syarikat terbitan untuk tujuan

pengkomersialkan inovasi/ harta intelek UNIMAS di mana penyelidik,

UNIMAS dan/atau pihak lain adalah pemegang saham syarikat terbitan

tersebut.

Syarat Umum Penubuhan:

i. Ditubuhkan berdasarkan harta intelek, teknologi atau produk yang

dihasilkan oleh penyelidik UNIMAS;

ii. sekurang-kurangnya seorang daripada pengasas syarikat adalah staf

UNIMAS dan terlibat dalam penghasilan harta intelek, teknologi

atau produk yang ingin dikomersialkan; dan

iii. Perlu mengemukakan pelan perancangan perniagaan yang efektif

dan konsisten untuk jangka masa panjang.

Jenis-jenis dan syarat-syarat khusus syarikat terbitan adalah seperti berikut:

i. Jenis A (Type A) - UNIMAS memegang ekuiti:

a) UNIMAS perlu melaburkan sejumlah modal mengikut kadar ekuiti

yang ingin dipegang;

b) Sekurang-kurangnya seorang wakil UNIMAS dilantik sebagai ahli

Lembaga Pengarah syarikat terbitan;

c) pendapatan adalah melalui dividen daripada keuntungan syarikat;

d) Penjanaan pendapatan adalah melalui fi pelesenan dan royalti

daripada pengeksploitan harta intelek dan hasil jualan teknologi atau

produk;

e) UNIMAS boleh menawarkan pihak luar sebagai pemegang ekuiti

syarikat; dan

f) Penyelidik hendaklah dilantik sebagai salah seorang pemegang

ekuiti syarikat.

ii. Jenis B (Type B) -UNIMAS tidak memegang ekuiti:

a) UNIMAS tidak perlu melaburkan sebarang modal;

b) Penjanaan pendapatan adalah melalui fi pelesenan dan royalti

daripada pengeksploitan harta intelek dan hasil jualan teknologi atau

produk;

c) UNIMAS boleh menawarkan pihak luar sebagai pemegang ekuiti

syarikat terbitan;

d) Penyelidik sebagai salah seorang pemegang ekuiti syarikat terbitan

terbitan; dan

e) Syarikat terbitan perlu melaporkan aktiviti dan status kewangan

kepada UNIMAS secara berkala.

Jenis-jenis syarikat terbitan dan penandaras dengan universiti-universiti awam

yang lain diringkaskan dalam Gambarajah 10 dan Jadual 3.0.

Page 56: KANDUNGAN - riec.unimas.my

53

Gambarajah 10: Ringkasan jenis-jenis syarikat terbitan

Kedua-dua jenis syarikat terbitan akan mengagihkan pendapatan melalui

yuran perlesenan dan royalti. (Sila rujuk Jadual 3.0).

Jadual 3.0: Pendapatan yuran perlesenan dan royalti

Details Income

Licensing Fee Min RM10,000.00 to RM100,000.00 per year

Royalties 3% upfront gross profit

Spin-off WITHequity (Type A)

High profit if the company yields good return

University has to be one of the BOD (at least one)

University can control the company if the equity is the

largest

University can appoint a CEO to run the company

Spin-off WITHOUTequity (Type B)

University has only a representative in the BOD

but cannot control

University's returns are only the licensing fees and

royalties

The management of the company will be managed

by the company's BOD

Page 57: KANDUNGAN - riec.unimas.my

54

BAB 6

INTEGRITI DAN ETIKA PENYELIDIKAN

6.1 Definisi Etika

Etika bermaksud kelakuan betul dan kehidupan baik berkaitan dengan konsep-

konsep moral dan akhlak serta peribadi mulia seperti kebaikan, kebenaran,

kewajipan, tanggungjawab dan keadilan.

UNIMAS menggunapakai tiga kod etika penyelidikan seperti berikut:

a) Amalan Terbaik Penyelidikan adalah kod amalan terbaik penyelidikan

yang diterimapakai oleh Universiti termasuklah apa-apa pindaan atau

tambahan yang dibuat dari masa ke semasa;

b) Kod Etika Penyelidikan Perubatan boleh didefinisikan sebagai kod etika

penyelidikan perubatan yang melibatkan manusia yang diterimapakai oleh

Universiti termasuklah apa-apa pindaan atau tambahan penambahbaikan

yang dibuat dari masa ke semasa; dan

c) Kod Etika Penggunaan Haiwan dalam Makmal pula adalah merupakan

kod etika penyelidikan melibatkan haiwan yang diterimapakai oleh

Universiti termasuklah apa-apa pindaan atau tambahan yang dibuat dari

masa ke semasa.

6.2 Integriti dan Etika Penyelidikan

a) Penyelidikan ialah meninjau secara sistematik dan tekun ke dalam mata

pelajaran dan sumber-sumber dalam usaha untuk mewujudkan atau

menyemak semula fakta-fakta dan mencapai kesimpulan baru.

Tanggungjawab aktiviti penyelidikan adalah salah satu tugas utama mana-

mana ahli akademik. Ia dianggap sebagai satu tugas penting seorang ahli

akademik untuk memastikan pelajaran dikemaskini dan disampaikan

kepada pelajar.

b) Etika adalah tingkahlaku dan kelakuan betul serta kehidupan yang baik

berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar,

salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan.

c) Ia merupakan kaedah-kaedah prinsip moral yang mengawal tingkah laku

dan budaya seseorang atau kumpulan. Dalam suasana universiti, ianya

dianggap sebagai tingkah laku yang bersesuaian yang perlu dipatuhi

berdasarkan nilai-nilai ilmiah yang menolak tingkah laku yang tidak sesuai

sebagai ahli akademik.

d) Integriti adalah kualiti jujur dan prinsip-prinsip moral yang tinggi yang

menggabungkan ketegasan, perhatian dan tanggungjawab yang mencirikan

kesarjanaan yang dihormati. Semua ahli-ahli komuniti UNIMAS iaitu ahli

akademik, staf, pelajar, terlibat dalam penyelidikan harus menegakkan taraf

etika yang tertinggi.

Page 58: KANDUNGAN - riec.unimas.my

55

e) Dalam garis panduan ini, integriti penyelidikan adalah prinsip-prinsip moral

yang mengawal aspek-aspek penyelidikan, penerbitan, persidangan dan

perundingan.

6.2.1 Penyelidikan

Dalam aspek penyelidikan, integriti penyelidikan termasuk yang berikut,

tetapi tidak terhad kepada:

a) mengekalkan tahap kualiti tertinggi dalam prosedur dan proses

penyelidikan;

b) mengekalkan tahap tertinggi kejujuran dan keikhlasan dalam

prosedur dan proses penyelidikan;

c) mengekalkan tahap tertinggi ketulenan dalam mengumpul data

dengan memastikan data tidak dipalsukan atau dimanipulasi;

d) mengekalkan tahap tertinggi perancangan dalam perbelanjaan

penyelidikan;

e) menyokong tahap tertinggi pematuhan dengan syarat-syarat

perjanjian yang diberikan oleh pemberi dana penyelidikan;

f) mengekalkan penghargaan yang sesuai dan bertanggungjawab; dan

g) mematuhi semua undang-undang, peraturan dan kod etika.

6.2.2 Penerbitan

Dalam aspek penerbitan, integriti penerbitan adalah termasuk yang

berikut, tetapi tidak terhad kepada:

a) mengekalkan tahap kualiti paling tinggi dalam prosedur dan

proses penerbitan;

b) melaksanakan penerbitan terbuka dan perbincangan,

c) mengisytiharkan kebenaran dari segi bahan yang ditulis, tidak

dipalsukan atau berat sebelah dari segi data dan penemuan;

d) jujur dalam penulisan akademik dengan mendedahkan kaedah

dan analisis data prosedur;

e) untuk menjauhkan diri dari meniru buah fikiran atau data;

f) mengekalkan penghargaan yang sesuai dan bertanggungjawab;

dan

g) mematuhi semua undang-undang, peraturan dan kod etika.

6.2.3 Persidangan

Dalam aspek aktiviti persidangan, integriti adalah termasuk yang berikut,

tetapi tidak terhad kepada:

a) mengekalkan tahap tertinggi kejujuran dalam permohonan dan

objektif persidangan;

b) mengekalkan tahap tertinggi keikhlasan dalam penyediaan

belanjawan dan tuntutan,

Page 59: KANDUNGAN - riec.unimas.my

56

c) menyediakan pengesahan penerimaan abstrak dan kertas untuk

persembahan;

d) memperoleh kelulusan daripada pihak Universiti dan kerajaan untuk

persidangan yang diadakan di luar Malaysia;

e) melindungi reputasi negara dan Universiti;

f) hadir pada setiap sesi persidangan itu;

g) menghadiri dan membentangkan kertas dan tidak boleh tidak hadir

tanpa alasan yang munasabah;

h) apabila pulang dari persidangan, digalakkan untuk berkongsi

pengetahuan yang diperolehi melalui sesi perkongsian ilmu seperti

forum, sesi perbincangan, seminar dengan rakan-rakan dan pelajar;

dan

i) mengemukakan laporan persidangan ke Fakulti/Insitut/Pusat dan

UNIMAS Innovation.

6.2.4 Perundingan

Dalam aspek aktiviti perundingan, integriti adalah termasuk yang berikut,

tetapi tidak terhad kepada:

a) mengekalkan di peringkat tertinggi untuk cuba melakukan kerja

perundingan mengikut kepakaran bidang sendiri atau rakan-rakan

mereka;

b) mengekalkan tahap tertinggi kejujuran untuk memastikan projek-

projek perundingan tidak bercanggah atau menghalang dengan

tugas universiti;

c) mendapatkan kebenaran daripada Universiti dan mematuhi

peraturan sebelum memulakan perundingan; dan

d) memberitahu Universiti terhadap pendapatan daripada

perkhidmatan perundingan dan Universiti untuk membuat

keputusan sama ada untuk mengambil atau tidak mengambil apa-

apa bahagian daripada pendapatan tersebut.

6.3 Plagiarisme

Plagiarisme merujuk kepada tindakan disiplin yang melibatkan amalan mengambil

kerja atau buah fikiran orang lain, menggunakan kaedah atau penemuan orang lain

tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya atau sengaja tidak mengiktiraf bantuan

daripada orang lain, menyalin kata demi kata kerja orang lain daripada hasil

penerbitan (artikel atau buku) tanpa pengakuan yang betul, atau tidak

mengkreditkan mereka dengan harta intelek mereka.

6.4 Etika Penyelidikan Yang Mantap dan Sempurna

Semua penyelidikan yang dijalankan oleh ahli akademik dan pelajar termasuk

projek penyelidikan yang dijadikan sebagai sebahagian daripada program

pengajaran dan hendaklah pada tahap etika yang tinggi berpandukan kepada Etika

Page 60: KANDUNGAN - riec.unimas.my

57

Penyelidikan Perubatan dan/atau Kod Etika Penggunaan Haiwan dalam Makmal

dan Kod Amalan Terbaik Penyelidikan Universiti. Ahli akademik dan penyelidik

hendaklah menjalankan penyelidikan mereka bersesuaian dengan obligasi,

statutori, kontrak dan etika. Penggunaan sebarang sumber penyelidikan hendaklah

tidak melibatkan sebarang kepentingan peribadi berpandukan peraturan dan

undang-undang sedia ada.

Penyelidik hendaklah mematuhi setiap etika yang ditetapkan termasuk tetapi

tidak terhad kepada yang berikut:

a) Memastikan segala aspek keselamatan/hak asasi/etika penyelidikan

diambilkira dalam menjalankan penyelidikan;

b) Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Universiti sepanjang

menjalankan penyelidikan; dan

c) Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh agensi atau badan yang menaja

geran penyelidikan.

Bagi penyelidikan geran luar, penyelidik mestilah:

a) Memperjelaskan kepada Universiti akan tanggungjawab Universiti;

b) Memastikan sumber pembiayaan dana penyelidikan adalah dari sumber

yang sah dan selari dengan Undang-undang Malaysia sebelum

menandatangani memeterai sebarang kontrak perjanjian.

c) Menandatangani Perjanjian untuk penyelidikan kontrak antara pihak

Universiti dengan pihak yang terlibat dan pemilikan harta intelek yang

dibangunkan adalah tertakluk kepada Perjanjian tersebut; dan

d) Memastikan bahawa pendedahan terhadap penemuan penyelidikan adalah

tertakluk kepada kebenaran penaja dan/atau terma-terma Perjanjian.

Di dalam usaha untuk membudayakan etika dan amalan penyelidikan saintifik yang

baik dan berintegriti serta menekankan kekemasan dalam penyelidikan, UNIMAS

menggunapakai kod dan prinsip-prinsip yang dikawalselia dan diadakan oleh

Jawatankuasa Piawaian Kehidupan Awam yang berpangkalan di United Kingdom,

seperti berikut:

6.4.1 Integriti

a) Penyelidik, tanpa mengira disiplin akademik, hendaklah jujur di dalam

tindakan mereka sendiri dalam penyelidikan dan dalam jawapan mereka

kepada tindakan penyelidik lain. Ini boleh digunapakai untuk pelbagai

bidang penyelidikan secara keseluruhan, termasuklah merekabentuk

projek penyelidikan atau eksperimen, menjana dan menganalisa data,

memohon pembiayaan dan geran penyelidikan dan hasil penerbitan.

b) Penyelidik dikehendaki untuk menegakkan integriti penyelidikan pada

setiap masa. Secara khusus, penyelidik hendaklah mengakui sumbangan

langsung dan tidak langsung daripada rakan-rakan, rakan usahasama

penyelidikan dan lain-lain dalam kerja mereka dan hasil penerbitan pada

sepanjang masa.

Page 61: KANDUNGAN - riec.unimas.my

58

c) Integriti dan etika penyelidikan termasuklah mengekalkan kekemasan,

ketepatan dan akauntabiliti yang piawai yang diiktiraf sebagai

kesarjanaan yang baik, dan bukan hanya mengelakkan salahlaku. Semua

penyelidik aktif perlu mengamalkan perkara berikut:

i. Menekankan penyelidikan yang berkualiti tinggi;

ii. Melaksanakan penyeliaan penyelidikan yang bersesuaian;

iii. Menyimpan rekod aktiviti penyelidikan yang tepat dan

terperinci dan keputusan;

iv. Beretika terhadap objektif kajian masing-masing;

v. Bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan penyelidik,

rakan penyelidik dan lain-lain; dan

vi. Bertanggungjawab di dalam mengadakan hasil penerbitan dan /

atau membangunkan dan mengkomersialkan hasil penyelidikan

masing-masing.

d) Penyelidik bertanggungjawab kepada masyarakat, profesion mereka,

komuniti setempat, institusi di mana kerja penyelidikan sedang

dijalankan yang melibatkan staf dan pelajar, dan kepada penaja yang

membiayai projek penyelidikan.

e) Penyelidik dikehendaki untuk mengisytiharkan dan menguruskan apa

jua konflik sebenar atau yang bakal berlaku yang melibatkan kedua-dua

kewangan dan profesionalisma. Bidang konflik sebenar atau potensi

kepentingan, termasuklah:

i. mempunyai kepentingan kewangan yang sedia ada atau yang

berpotensi dalam hasil penyelidikan yang dijalankan;

ii. berkemungkinan besar mendapat manfaat amalan persendirian

atau peribadi yang ketara bergantung kepada hasil penyelidikan;

iii. keuntungan profesional atau peribadi penyelidik yang timbul

daripada hasil penyelidikan yang berkenaan lebih daripada biasa

dalam penyelidikan tertentu yang dijalankan.

6.4.2 Keterbukaan

a) Penyelidik perlu mengambilkira keperluan untuk melindungi

kepentingan mereka dalam penyelidikan, termasuk hak harta intelek.

Universiti menggalakkan penyelidik untuk terbuka dalam

membincangkan kerja penyelidikan mereka dengan penyelidik lain

serta orang awam. Apabila hasil kajian penyelidikan telah diterbitkan,

di mana yang bersesuaian, Universiti menjangkakan penyelidik akan

menyediakan data penyelidikan dan bahan-bahan yang berkaitan

kepada penyelidik lain bergantung kepada permintaan, dengan syarat

permintaan tersebut adalah konsisten dengan apa-apa kelulusan etika

dan persetujuan yang meliputi data dan bahan serta mana-mana hak

harta intelek di dalamnya.

b) Penyelidik perlu berhati-hati terutama sekali di dalam membincangkan

kerja penyelidikan mereka dalam forum awam, terutamanya kerja-kerja

Page 62: KANDUNGAN - riec.unimas.my

59

penyelidikan yang masih belum diperakukan atau masih belum lagi

diterbitkan.

6.4.3 Bimbingan Professional dan Keperluan Perundangan

a) Di mana bersesuaian, universiti menjangkakan penyelidik akan

dibimbing agar mematuhi amalan piawaian yang dinyatakan dalam

garis panduan yang diterbitkan oleh badan-badan pembiaya, masyarakat

saintifik dan badan-badan profesional yang berkaitan.

b) Penyelidik terikat dengan semua keperluan undang-undang, yang

mengawal selia kerja-kerja mereka, terutamanya keperluan kesihatan

dan keselamatan, piawaian alam sekitar, dan privasi dan perlindungan

data penyelidikan. Secara khusus, penyelidik adalah terikat untuk

mematuhi prinsip-prinsip umum utama bagi pemeliharaan, penggunaan

dan rawatan berperikemanusiaan terhadap haiwan dalam penyelidikan

saintifik yang melibatkan penggunaan haiwan (Etika Penggunaan

Haiwan dalam Makmal) dan untuk mendapatkan persetujuan terlebih

dahulu daripada subjek/peserta kajian manusia (Etika Penyelidikan

Perubatan). Senarai semak etika kajian untuk membantu penyelidik

merekabentuk dan melaksanakan penyelidikan yang melibatkan

subjek/peserta manusia (Etika Penyelidikan Manusia). Kesemua

etika-etika yang berkaitan boleh didapati dengan melayari laman

sesawang berikut: http://www.riec.unimas.my.

c) Penyelidik yang menjalankan penyelidikan dan bekerja dalam bidang

perubatan dan sains kesihatan dikehendaki untuk mematuhi Garis

Panduan Amalan Klinikal Baik Malaysia dan Garis Panduan

Penyeragaman Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Amalan Klinikal

Baik dalam Ujian Klinikal. Penyelidikan seperti ini akan ditadbir oleh

sebuah Panel Penilai peringkat Institusi dalam UNIMAS, iaitu

Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) Fakulti Perubatan

dan Sains Kesihatan. Jawatankuasa tersebut akan menilai,

mempertimbangkan serta membincangkan etika untuk projek-projek

penyelidikan yang melibatkan subjek manusia agar mematuhi Prosedur

Operasi Piawaian. Selain pemeriksaan dan pemantauan MREC, semua

projek penyelidikan yang melibatkan pesakit dan/atau kemudahan

Kementerian Kesihatan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada

Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan, di peringkat Kementerian

di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur.

d) Penyelidik yang bekerja di makmal sains yang memberikan atau

menerima bahan-bahan biologi diperlukan untuk memajukan Perjanjian

Pemindahan Bahan (MTA) dengan pembekal, pembeli atau rakan

usahasama penyelidikan luar pada setiap masa.

Page 63: KANDUNGAN - riec.unimas.my

60

6.4.4 Kepimpinan dan Kerjasama

Penyelidik Utama (PI) penyelidikan dan penyelidik kanan

bertanggungjawab untuk memupuk budaya penyelidikan yang dinamik

dalam suasana saling percaya- mempercayai dan bekerjasama di mana

semua ahli pasukan penyelidik digalakkan untuk membangunkan

pengetahuan dan kemahiran masinjg-masing dan bertukar-tukar idea dan

pendapat secara bebas dalam semangat kesarjanaan yang tulen.

6.4.5 Penyeliaan

a) Penyelidik Utama (PI) bertanggungjawab terhadap proses penyeliaan

penyelidikan secara keseluruhan, termasuk merekabentuk projek

penyelidikan, menyediakan permohonan pembiayaan, merekabentuk

protokol eksperimen atau penyelidikan, merakamkan data, analisis data

dan penerbitan dan penyebaran hasil kajian.

b) Penyelidik Utama juga bertanggungjawab bagi pelantikan pembantu

penyelidik dengan kelayakan yang bersesuaian dan pengawasan

pembantu penyelidik dalam menjalankan kerja penyelidikan.

c) Terdapat juga keperluan bagi Penyelidik Utama (PI) untuk

mengekalkan hubungan yang rapat dan akrab dengan staf sokongan

penyelidikan untuk menawarkan khidmat nasihat apabila diperlukan,

meneliti semua data penyelidikan dan memenuhi keperluan lebih luas

staf penyelidikan dan pelajar.

6.4.6 Latihan

a) Semua staf sokongan penyelidikan mempunyai hak untuk menerima

latihan yang diperlukan yang berkaitan untuk memastikan mereka dapat

melibatkan diri sepenuhnya dalam penyelidikan berkualiti tinggi.

b) Penyelidik Utama adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa

staf mereka menghadiri kursus atau latihan yang berkaitan sebagai

sebahagian daripada pembangunan kerjaya mereka.

6.4.7 Penerbitan dan Harta Intelek

a) Sebagai sebuah Universiti awam, semua hasil dapatan kajian akan

diterbitkan dalam bentuk yang dapat diakses oleh masyarakat umum.

Namun begitu, penerbitan secara terbatas atau tertangguh boleh

dilakukan atas pertimbangan-pertimbangan yang bersesuaian seperti

pematuhan kepada kontrak, kerahsiaan dan perlindungan harta intelek.

Page 64: KANDUNGAN - riec.unimas.my

61

b) Pertimbangan ini akan mengambil kira keperluan untuk mematuhi

sebarang obligasi privasi, kerahsiaan atau kontraktual yang telah

dimeterai berkaitan dengan penyelidikan yang telah dijalankan atau

keperluan untuk memastikan bahawa harta intelek yang wujud daripada

penyelidikan perlu dilindungi. Semua pekerja hendaklah mematuhi

Dasar Harta Intelek Universiti.

c) Semua penerbitan yang dihasilkan daripada geran penyelidikan

hendaklah merakamkan penghargaan kepada pembiaya geran.

Penerbitan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik

Universiti atau yang menggunakan sumber-sumber daripada Universiti

mestilah menyatakan afiliasi kepada Universiti.

d) Penerbitan hasil daripada penyelidikan hendaklah diterbitkan oleh pihak

penerbit yang diiktiraf oleh Universiti. Penerbitan hendaklah

mengutamakan Penerbit UNIMAS dan penerbit dalam negara yang

diiktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dalam usaha

memartabatkan penerbitan akademik negara. Open access adalah

digalakkan tanpa menjejaskan kualiti dan kelestarian kewangan.

6.4.8 Sumber Penyelidikan

a) Penyelidikan yang melibatkan peruntukan dana kerajaan Malaysia adalah

tertakluk kepada Peraturan Kewangan Universiti. Bagi penyelidikan

sumber dana luar (bukan kerajaan), ia masih tertakluk kepada Peraturan

Kewangan Universiti melainkan terdapatnya persetujuan bertulis di antara

Universiti dan pihak pembiaya. Kelulusan penggunaan dana penyelidikan

hendaklah mengikut Peraturan Kewangan Universiti atau kelulusan

pembiaya.

b) Semua aset penyelidikan termasuk peralatan, perisian dan pangkalan data

yang diperoleh serta baki peruntukan sesuatu penyelidikan adalah menjadi

hakmilik Universiti apabila tamat sesuatu projek penyelidikan, kecuali

hakmilik tersebut dituntut oleh pembiaya geran mengikut perjanjian yang

ditandatangani. Segala kos penyelenggaraan peralatan dan infrastruktur

yang dibiayai oleh dana penyelidikan perlu ditanggung sepenuhnya oleh

penyelidikan tersebut.

c) Sekiranya mana-mana penyelidikan (geran/makmal/pusat/institut

penyelidikan) memerlukan penjawatan sumber manusia, ia perlu mendapat

persetujuan dan kelulusan pihak Universiti. Semua geran penyelidikan

mestilah didaftarkan dengan Universiti melalui UNIMAS Innovation.

d) Penggunaan sebarang sumber penyelidikan hendaklah secara efisien dan

pada tahap yang optimum. Universiti berhak untuk menolak pembiayaan

penyelidikan daripada sumber-sumber yang diragui oleh Universiti.

Page 65: KANDUNGAN - riec.unimas.my

62

e) Bagi penyelidikan yang melibatkan pertukaran atau perkongsian sesuatu

bahan atau projek penyelidikan dengan agensi luar, maka Universiti

hendaklah menandatangani Perjanjian Material Transfer Agreement

(MTA).

6.4.9 Kolaborasi Penyelidikan

a) Universiti menggalakkan kolaborasi penyelidikan antara bidang,

jabatan, agensi, industri, institusi dan kerajaan dari dalam dan luar

negara yang diiktiraf oleh Universiti.

b) Semua penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan kolaborasi

hendaklah prihatin dan mematuhi semua dasar dan perjanjian bertulis

yang melibatkan penyelidikan tersebut. Semua yang terlibat dalam

penyelidikan kolaborasi hendaklah memberi sumbangan yang

bermakna. Hak semua penyelidik dalam projek penyelidikan kolaborasi

adalah terjamin.

Page 66: KANDUNGAN - riec.unimas.my

63

PENUTUP

Penyediaan buku garis panduan ini diharap akan dapat memantapkan perancangan,

pelaksanaan dan pengurusan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan melalui

keseragaman tadbir urus dan tatacara pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan baik di

peringkat Fakulti, Institut dan UNIMAS Innovation malahan juga di peringkat Pengurusan

Tertinggi UNIMAS. Tadbir urus penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan yang mantap

di samping kemudahan infrastruktur penyelidikan yang tersusun dan terkini akan

menyokong aspirasi universiti dalam melonjakkan kecemerlangan universiti dalam bidang

penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan.

Page 67: KANDUNGAN - riec.unimas.my

64

Senarai Lampiran:

Lampiran 1 : Carta Fungsi dan Struktur UNIMAS Innovation

Lampiran 2 : Terma dan Bidang Tugas Panel Pakar Penyelidikan UNIMAS

Lampiran 3A : Borang Permohonan Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah

(GRA) UNIMAS

Lampiran 3B Borang Penerimaan Tawaran Pembantu Penyelidik Siswazah

(GRA)

Lampiran 4 : Borang Menghadiri Persidangan Dalam Negara

Lampiran 5A : Borang Menghadiri Persidangan Luar Negara

Lampiran 5B Borang Lampiran Persidangan Luar Negara

Lampiran 5C : Borang Senarai Semak Persidangan Luar Negara

Lampiran 6 : Laporan Persidangan (Dalam@Luar Negara)

Lampiran 7 : Senarai Pembiaya Dana Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan