KANTIN SEKOLAH.docx

20
KANTIN SEKOLAH Kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan amalan di kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun, dan amalan-amalan disiplin yang lain. Kantin sekolah juga boleh dijadikan sebagai suatu sumber yang berkesan bagi menggalakkan pendidikan pemakanan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Berbagai-bagai aktiviti boleh dijalankan bagi menggalakkan usaha-usaha mempromosikan kantin sekolah sihat dan selamat. SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAH Instrumen yang digunakan untuk memantau tahap kesihatan dan kebersihan Kantin sekolah ialah Borang Harian Pemeriksaan Kendiri Kantin. Diantara objektif penggunaan borang ini adalah untuk menurunkan risiko berlakunya kejadian keracunan makanan di sekolah, meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan di kantin Sekolah, Kontraktor dan pengusaha kantin perlu menjalankan pemeriksaan berdasarkan senarai semak pada setiap hari. Pemeriksaan kantin di SJKT Mak Mandin telah dijalankan selama 5 hari iaitu dari 15.6.2015 hingga 19.6.2015 ,menggunakan Borang Harian Pemeriksaan Kendiri Kantin. Borang yang telah ditanda disertakan bersama. ( Lampiran disertakan di belakang ).

Transcript of KANTIN SEKOLAH.docx

KANTIN SEKOLAH

Kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan amalan di kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun, dan amalan-amalan disiplin yang lain.Kantin sekolah juga boleh dijadikan sebagai suatu sumber yang berkesan bagi menggalakkan pendidikan pemakanan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Berbagai-bagai aktiviti boleh dijalankan bagi menggalakkan usaha-usaha mempromosikan kantin sekolah sihat dan selamat. SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAHInstrumen yang digunakan untuk memantau tahap kesihatan dan kebersihan Kantin sekolah ialah Borang Harian Pemeriksaan Kendiri Kantin. Diantara objektif penggunaan borang ini adalah untuk menurunkan risiko berlakunya kejadian keracunan makanan di sekolah, meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan di kantin Sekolah, Kontraktor dan pengusaha kantin perlu menjalankan pemeriksaan berdasarkan senarai semak pada setiap hari.Pemeriksaan kantin di SJKT Mak Mandin telah dijalankan selama 5 hari iaitu dari 15.6.2015 hingga 19.6.2015 ,menggunakan Borang Harian Pemeriksaan Kendiri Kantin. Borang yang telah ditanda disertakan bersama.

( Lampiran disertakan di belakang ).

Berikut adalah Analisa laporan dan rumusan pemeriksaan kantin yang dibuat selama 5 hari pemantauanPERKARA YANG DIPANTAU

MARKAH DEMERIT

15/6Isnin16/6Selasa17/6Rabu18/6Khamis19/6Jumaat

Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan sihat dan tiada luka terdedah

Memakai pakaian, penutup kepala, apron dan kasut yang bersih dan sesuai 3

Pengendali makanan bersih dan berkuku pendek

3

Amalan Pengendali Makanan

Mencuci tangan sebelum mengendali makanan / selepas ke tandas

Menanggalkan apron apabila ke tandas

22

Tidak batuk / bersin ke arah makanan

3

Tidak menyentuh makanan sedia dimakan dengan tangan 11

Bahan Mentah

Segar, berkualiti dan selamat

Bahan mentah disediakan di tempat yang bersih, tinggi dan kalis air

Makanan

Makanan masak atau dimakan terus diasing daripada bahan mentah. 5

Makanan yang dimasak disimpan / dihidang di dalam keadaan bertutup

Makanan masak tidak disimpan pada suhu bilik melebihi 4 jam 555

Baki makanan tidak dibawa ke hidangan seterusnya

5555

Makanan dari pembekal luar bersih dan selamat

Bekalan Air

Bersih dan mencukupi

Bekas simpanan bersih dan bertutup

2

Pengendali dan penyimpan ais adalah bersih dan selamat

Stor dan tempat penyimpanan

Penstoran Bersih dan tersusun / teratur serta bebas dari bahan kimia / racun2

Peti Sejuk

Suhu 'Chiller' ( 0C hingga 4C ) 2 Suhu 'Freezer' ( < -18C )

Makanan disimpan dalam bekas tertutup, teratur dan bersih

Peralatan / Perkakas

Peralatan / perkakas sentiasa bersih, mudah dicuci, kalis air dan sempurna

Gunakan peralatan berasingan untuk bahan mentah dan makanan sedia dimakan

Papan dan pisau pemotong bersih

Meja penyediaan bersih

Kain lap yang digunakan bersih dan khusus

22

Pinggan mangkuk dan lain-lain pekakas dicuci di tempat yang tinggi ( melebihi 1 meter dari lantai )

Tandas dan Sinki Mencuci Tangan

Tandas dibersihkan dengan sempurna

33

Kemudahan mencuci tangan bersih dan berfungsi serta mempunyai sabun cecair dan tisu tangan222

Tong Sampah

Tong sampah mempunyai beg plastik dan bertutup

Kawalan Serangga dan Haiwan Lain

Ada kawalan makluk perosak (Lalat, Lipas & Tikus ) dan berfungsi dengan baik

Tiada anjing, kucing dan haiwan peliharaan yang lain

Lain-lain

Lantai, dinding dan siling hendaklah sentiasa bersih

Kepala paip dan pemegang pintu hendaklah sentiasa bersih

Perlimbahan dan perparitan sentiasa diselenggara

Jumlah Markah Demerit1618191210

Markah Penilaian %8482818890

ANALISA LAPORANDaripada laporan diatas ,perkara-perkara yang kurang diberi perhatian oleh pengendali makanan adalah tentang kepentingan memakai pakaian, penutup kepala, apron , kasut yang bersih dan sesuai serta kebersihan diri .Amalan mencuci tangan sebelum mengendali makanan atau selepas ke tandas, menanggalkan apron apabila ke tandas, tidak batuk atau bersin kearah makanan, tidak menyentuh makanan sedia dimakan dengan tangan juga merupakan sikap pengendali makanan yang cuai, malas dan tidak terfikir tentang risiko yang akan dihadapi oleh murid-murid kelak.Pengendalian makanan seperti makanan masak atau dimakan terus perlu diasing daripada makanan mentah, makanan masak tidak boleh disimpan pada suhu bilik melebihi 4 jam, baki makanan tidak boleh dibawa ke hidangan seterusnya adalah juga aspek aspek yang kurang diberi perhatian oleh pengendali kantin.Menurut analisis juga, kebersihan peralatan yang digunakan dan kebersihan dan susunan peralatan di bilik stor serta tidak bebas dari bahan kimia atau racun, peralatan seperti kain lap yang digunakan tidak bersih dan khusus.Keadaan tandas yang tidak dibersihkan dengan sempurna, tidak membekalkan kemudahan mencuci tangan dan tiada sabun dan tisu tangan dalam tandas yang membawa masalah kesihatan kepada murid-murid.CADANGAN YANG DISYORKAN Pengetahuan yang tinggi dalam kalangan pengendali-pengendali kantin perlu disemai sekiranya mereka mengikuti kursus penyediaan makanan sebanyak dua hingga lima kali dalam tempoh dua tahun. Pengetahuan pengendalian makanan adalah amat penting dalam menjamin mutu dan kebersihan makanan . Perlu menyediakan makanan yang bersih, bermutu, berkhasiat serta selamat untuk dimakan. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa ilmu pengetahuan tentang kebersihan makanan adalah merupakan faktor penting dalam meningkatkan kesedaran serta keyakinan berkenaan bahaya yang boleh menyebabkan pencemaran dan kerosakan makanan. Secara tidak langsung, pengendali kantin akan mempraktikkan amalan kebersihan dalam penyediaan makanan. Makanan yang telah dimasak perlu di simpan di tempat berbeza daripada bahan mentah menunjukkan bahawa pengasingan tersebut boleh mengelakkan berlakunya pencemaran makanan. Ini dapat dibuktikan bahawa penyimpanan bahan mentah dengan bahan makanan yang telah dimasak perlu diasingkan untuk mengelakkan berlakunya perpindahan bakteria

Pengendali kantin wajiblah mengamalkan kebersihan diri semasa mereka bertugas. Pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri seperti menjaga kebersihan tangan, kebersihan rambut, tidak berpenyakit dan tidak meludah semasa penyediaan dan penyajian makanan. Mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih selepasmenggunakan tandas bagi menjaga kebersihan tangan supaya dapat mengelakkan berlakunya pencemaran. Poster-poster kebersihan diri murid dan pengendali kantin perlu dipamerkan dipapan kenyataan di kantin . Seminar, bengkel dan kursus mengenai kebersihan dan keselamatan kantin untuk pengendali kantin ,murid dan guru perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk KESELAMATAN KANTINKantin adalah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan murid-murid sewaktu rehat bagi mendapatkan makanan dan minuman yang diingini untuk mengalas perut yang lapar. Andai pengurusan prosedur keselamatan di kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak risiko yang akan berlaku. Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan penggunaan kantin kepada semua warga sekolah.CADANGAN MENGUKUHKAN KESELAMATAN KANTIN Kebenaran Masa Berada Di Kawasan Kantin Sekolah Murid perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat iaitu pada pukul 1000 hingga 1020 sahaja. Namun bagi staf sekolah, waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan tidak menganggu jadual bertugas masing-masing. Kebersihan Kantin Sekolah Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan kantin sekolah dijaga dengan bersih dan bebas dari sampah sarap. Selain daripada itu, kantin sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan tikus ). Keselamatan Di Kantin Sekolah Murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya apabila keadaan lantai yang licin terutamanya selepas hujan turun. Makanan Terlarang Pengusaha kantin dilarang menjual sebarang makanan TIDAK HALAL dan murid bukan Islam juga dilarang membawa dan makan sebarang makanan TIDAK HALAL di dalam kantin.

Laporan Kemalangan Dan Pergaduhan Pengawas atau guru yang bertugas hendaklah dimaklumkan apabila terjadi sebarang kemalangan dan pergaduhan berlaku di dalam kantin.

CADANGAN UNTUK PENGGUNAAN MURID Beratur Sewaktu Membeli Makanan Murid-murid sentiasa beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut giliran sewaktu hendak membeli makanan. Dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri sewaktu membeli makanan, mendapatkan tempat duduk dan balik ke kelas masing-masing. Kebersihan Menjadi Keutamaan Sentiasa menjaga kebersihan tempat makan ( meja ) dalam keadaan bersih. Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan di tempat yang disediakan. Dilarang membuang sampah di merata tempat. Membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Larangan Sewaktu Berada Di Dalam Kantin Dilarang makan dan minum sambil berjalan atau berdiri. Dilarang membawa makanan dan minuman keluar dari kantin. Jangan meludah di kawasan kantin. Jangan bergaduh sewaktu membeli makanan dan minuman. Jangan membuat bising dan bercakap-cakap sewaktu sedang menikmati hidangan makanan.CADANGAN UNTUK PENGGUNAAN GURU Pengawasan Tingkah Laku Murid Guru perlu mengawas tingkah laku murid semasa beratur dan bergerak sewaktu membeli makanan dan minuman. Ini bagi mendidik murid-murid berdisiplin tinggi dan menjadikan urusan pembelian makanan dan minuman berjalan dengan selesa. Memastikan Makanan Dan Minuman Yang Dijual Menepati Piawai Guru perlu memastikan makanan dan minuman yang disediakan dan dijual oleh pihak kantin adalah tidak melanggar peraturan-peraturan makanan 1985 dan menepati piawai kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kebersihan Dan Keselamatan Kantin Guru perlu memastikan kebersihan dan keselamatan di dalam kantin telah memenuhi piawai Kementerian Kesihatan Malaysia. Guru memastikan makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat untuk dimakan. Guru memastikan semua kemudahan kantin seperti tempat menyediakan, mempamerkan atau menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan kemas. Memastikan tiada staf yang akan merokok di dalam kantin sekolah..

KESELAMATAN PERSEKITARAAN SEKOLAH

PENGENALAN

Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti di stor sukan, bilik komputer, bilik darjah, bilik mandi, tandas, padang dan dapur.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

PROSEDUR KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH

Prosedur keselamatan adalah proses yang digunakan sebagai panduan seseorang individu atau kumpulan individu dalam mencegah atau mengelakkan sesuatu kemalangan yang boleh mengundang bahaya dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial berlaku. Di sini akan dibincangkan tatacara penggunaan am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru bagi empat tempat di kawasan sekolah iaitu stor sukan, kantin, dewan sekolah dan bilik komputer.

Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh semua warga sekolah bagi memastikan persekitaran sesebuah tempat memberi keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa gangguan daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara penggunaan tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur keselamatan berjalan dengan lancar.

2.0STOR SUKAN

Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.

CADANGAN KESELAMATANRekod Keluar MasukPerlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku.

Peralatan Disimpan Di Tempat KhasAlat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu,tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.

Peralatan Berbahaya Perlu PerhatianPeralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.

Kelulusan Piawai Dan PengikhtirafanSemua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.

Dilupuskan Mengikut ProsedurPeralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut presedur yangDitetapkan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan peralatan berlaku dalam stor sukan.

TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1Kebenaran Memasuki Stor Sukan

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut.

2.2.2Laporan Kerosakan

Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan.

2.2.3Pengembalian Peralatan Sukan

Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.

2.3TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan semua peralatan sukan yang digunakan.

2.3.2Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan

Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam keadaan

yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di samping itu, guru

juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang dikembalikan dalam keadaan

seperti sedia kala serta bersih.

2.3.3Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya

Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri bahaya. Selain itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.

2.3.4Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan

Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta peralatan yang perlu diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status peralatan sama ada boleh digunakan atau dilupuskan.

2.3.5Guru Berkelayakan

Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan dan bertauliah dalam mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan urusan sukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.

4.0DEWAN SEKOLAH

Dewan sekolah adalah sebuah tempat yang luas dan dapat menempatkan jumlah murid yang ramai pada satu-satu masa bagi tujuan perhimpunan, mengadakan sesuatu majlis seperti majlis penyampaian sijil dan hadiah serta majlis sambutan perayaan serta boleh juga digunakan untuk latihan atau pertandingan permainan seperti ping pong dan badminton. Bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan berlaku, tatacara dalam dewan perlu digubal sebagai panduan manual kegunaan murid, guru dan warga sekolah.

4.1TATACARA PENGGUNAAN AM

4.1.1Ciri-ciri Keselamatan Di Dewan Sekolah

Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah sentiasa diselenggara setiap masa secara berkala. Ini penting untuk memastikan peralatan tersebut dalam keadaan yang baik semasa hendak digunakan.

4.1.2Permainan Yang Dilarang Dijalankan Di Dewan Sekolah

Permainan-permainan seperti hoki, bola sepak, bola tampar dan sepak takraw tidak dibenarkan diadakan dalam dewan sekolah disebabkan faktor ruang yang tidak mengizinkan penggunaannya.

4.1.3Kebersihan Di Dewan Sekolah

Kebersihan adalah tanggungjawab semua.

Sentiasa memastikan dewan sekolah dalam keadaan yang bersih daripada sebarang sampah sarap.

Jangan meludah merata-rata tempat.

4.1.4Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Menyediakan buku catatan penggunaan dewan untuk sesuatu aktiviti.

4.2TATACARA PENGGUNAAN MURID

4.2.1Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Murid-murid tidak dibenarkan berada di dewan pada waktu malam sama ada untuk latihan tarian, nyanyian atau permainan badminton dan ping pong kecuali dengan pengawasan dan kebenaran seorang guru.

4.2.2Kebersihan Dewan Sekolah

Dilarang membuang sampah sarap di merata tempat.

Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

Jangan meludah sebarangan di kawasan dewan sekolah.

4.2.3Laporan Kerosakan

Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru andai ada sebarang kerosakan yang berlaku pada kelengkapan dewan.

4.2.4Pemindahan Dan Pengeluaran Kelengkapan Dalam Dewan Sekolah

Murid-murid dilarang memindahkan dan mengeluarkan mana-mana kelengkapan dan barang yang berada dalam dewan tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.

4.2.5Sentiasa Mematuhi Semua Peraturan Dalam Dewan Sekolah

Jangan berlari dan membuat bising sewaktu perhimpunan diadakan.

Sentiasa berbaris dan tidak berebut-rebut apabila masuk atau keluar dari dewan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.

Tidak menconteng dinding dan permukaan peralatan yang terdapat di dalam dewan.

Tidak merosakkan peralatan dengan sengaja.

4.3TATACARA PENGGUNAAN GURU

4.3.1Merekod Aktiviti Yang Dijalankan

Guru perlu merekod masa dan aktiviti yang dijalankan di dalam dewan sekolah di dalam buku catatan yang telah disediakan.

4.3.2Peka Dan Bertanggungjawab Dengan Kemudahan Yang Ada Dalam Dewan

Guru harus memastikan keadaan fizikal dewan sekolah selamat digunakan untuk aktiviti yang telah dirancang.

Guru harus memastikan ciri-ciri keselamatan diutamakan sebelum aktiviti dijalankan.

Guru harus memastikan kipas dan lampu hendaklah dipadam selepas aktiviti dijalankan.

4.3.3Tugas Pengawasan Keselamatan Murid

Setiap aktiviti yang dijalankan perlu sentiasa diawasi oleh guru bagi memastikan keselamatan murid terjamin sepanjang aktiviti dijalankan.

5.0BILIK KOMPUTER

Bilik komputer merupakan sebuah bilik yang menyimpan banyak perkakas yang berasaskan elektrik seperti komputer, pelbagai suis, penyambung wayar, soket dan pelbagai wayar. Ciri-ciri keselamatan amat ditekankan bagi memastikan tiada kemalangan yang tidak diingini akan berlaku. Beberapa tatacara penggunaan bilik komputer telah dilaksanakan dari sudut secara am, murid dan guru bagi mempertingkatkan disiplin pengguna apabila berada di dalam bilik komputer.

5.1TATACARA PENGGUNAAN AM

5.1.1Keselamatan Bilik Komputer

Memastikan semua tingkap dan pintu bilik komputer hendaklah dipasang dengan jeriji bagi mengelakkan sebarang kecurian dan pencerobohan berlaku.

5.1.2Keselamatan Peralatan Dan Perisian

Sebarang peralatan dan perisian tidak dibenarkan dibawa masuk dan keluar kecuali dibenarkan oleh guru. Ini bagi mengelakkan agar sistem komputer terlindung daripada virus-virus pada masa kini.

5.1.3Merekodkan Penggunaan Bilik Komputer

Buku catatan hendaklah disediakan bagi memastikan semua aktiviti dan tempoh masa yang digunakan dalam bilik komputer direkod. Ini bagi memudahkan membuat sebarang laporan andai terdapat sesuatu kejadian idak diingini.

5.2TATACARA PENGGUNAAN MURID

5.2.1Kebenaran Menggunakan Bilik Komputer

Semua murid dibenarkan masuk ke bilik komputer dengan kebenaran dan pengawasan guru.

5.2.2Benda-benda Yang Dilarang Dibawa Masuk Ke Dalam Bilik Komputer

Semua beg hendaklah ditinggalkan atau diletakkan di rak yang berada di luar bilik komputer.

Semua jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik komputer.

Objek tajam juga dilarang dibawa masuk.

Kasut dan selipar hendaklah ditanggalkan sebelum masuk ke dalam bilik komputer.

5.2.3Mencatat Kehadiran

Semua murid perlu mencatatkan kehadiran mereka di dalam buku caatan yang telah disediakan di setiap meja komputer.

5.2.4Laporan Yang Perlu Dibuat

Murid perlu melaporkan sebarang kerosakan dan bau yang asing kepada guru bagi tindakan selanjutnya.

Jika berlaku sebarang masalah kepada sistem komputer hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.

5.2.5Kebersihan Dan Keceriaan Bilik Komputer

Murid-murid hendaklah memastikan bilik komputer dalam keadaan kemas dan bersih setiap masa.

Murid memastikan tidak membuang sampah sarap di merata tempat dan tidak menconteng dinding bilik komputer bagi memelihara keceriaan dalam bilik tersebut.

5.2.6Perlu Minta Kebenaran

Murid perlu memberitahu dan meminta kebenaran apabila hendak megakses internet.

Murid harus memberitahu guru jika ingin menanggalkan sebarang sambungan pada sistem komputer bagi mengelakkan renjatan elektrik atau litar pintas berlaku.

5.3TATACARA PENGGUNAAN GURU

5.3.1Persediaan Sebelum Memulakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru perlu memastikan semua murid telah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebelum memulakan pelajaran.

Guru menyediakan satu prosedur yang mudah dalam memulakan sistem komputer agar semua murid dapat menerimanya dengan senang dikuasai.

5.3.2Laporan Kerosakan

Setiap kerosakan yang terdapat pada peralatan, guru haruslah merekod dan membuat laporan untuk tindakan yang selanjutnya.

5.3.3Kerja-kerja Penyelenggaraan

Guru memastikan kerja-kerja peyelenggaraan dan baik pulih seharusnya dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikansistem komputer berada dalam keadaan yang terbaik diguna setiap masa.

PENUTUP

Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di kawasan sekolah.

RUJUKANAbbey, P.M & Mc Donald, G (1979).O Level Cookery. London: Methuen Educational. Pg 212-216.Aishah Hamzah (2003). Teknologi dan Perkhidmatan Katering. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.Alexis Sover (1985). Advanced Practical Cookery. London: Holder & Stouhton.Andrioli Sergio, Douglas and Peter (1990). Profesional Food Service. London: Heineman ProfesionalPublishing. Pp16-20.Awang Haji Azis bin Haji Nayan (2008).Menjana Kesihatan Kita. Portal Yayasan Dakwah IslamiahMalaysia.Azanza, J.A. (1995). Food Safety Knowledge and Practices of Consumer in the U.S.A. Journal ofConsumer Studies and Home Economic, 19. pp 199-134Azhar (2008).Sanitation for Food Service Workers. Majalah Inspektor Kesihatan.Azizi Yahya et al (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS ProfessionalPublishing Sdn. Bhd.Barbara (2006). Food Safety: Avoiding Food Poisoning. Chatham Journal Weekly.Bas Murat, Ersun Azmi Safak, Kivanc Gkhan (2006).The evaluation of food hygiene knowledge,attitudes, and practices of food handlers' in food businesses in Turkey. Oxford: ROYAUMEUNI.Che Rejuna Che Lah (2000). Satu Tinjauan ke atas Amalan Kebersihan di Kalangan Pengusaha KedaiMakan di Pentadbiran Majlis Daerah Kota Bahru. UTM: Kertas Projek Sarjana Muda FakultiPendidik.Chmelynski, C.C (2005). Opportunities in Food Service Careers. Washington D.C: McGraw-HillProfesional. Pp2-12CH Tang dan UW Fong (2004).A Survey of Food Hygiene Knowledge and Attitudes among Chinese FoodHandlers in Fong Song Tong District. Asia Pac J Public Health.Clayton, D.A, Griffith, C.J, Peters AC. & Price, P (2002). Food Handlers' Beliefs and Self-ReportedPractices. International Journal of Environmental Health Research, volume 12.Cleland et al (2004). What are grade 5 and 6 children buying from school canteens and what do parentsand teachers think about it. Nutrition & Dietetics: The Journal of the Dieticians Association ofAustralia.Cruickshank, J.G. (1990). Food handlers and food poisoning: Training Programmers are best. BritishMedical Journal 300, pp. 207208.Diane, C (2006). Food Poisoning. London: Edward Arnold.Dudley, S.R. (1988).Mastering Catering Science.London:Macmillan Education Ltd.FOMCA (2007). Menangani Keracunan Makanan Di Sekolah.Gay, L.R (1996). Education Research: Competencies for Analysis an Apllication. Ed. New Jersey:Prentice Hall, Inc.Hansen, A.C (1995). Hygiene a Complete Course for Food Handlers. Great Britain: Holder & StoughtonEducational.Haysom. W & Sharp A.K. (2005). Bacterial Contamination of Domestic Kitchens Over a 24 hourPeriod. British Food Journal.Howens, M., McEwen, S., Griffith, M., & Harris, L. (1996). Food handler certification by home study: